org dapat project best2, mahchai CI dapat tolo ayam je
tu pun cukai sst kena bayar lain
bongok
Semakan Sabahkini2 Mohd Farish Hussain Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri sekarang adalah bekas Timbalan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dua pegawai universiti termasuk Mohd Farish Hussain bersekongkol dengan syarikat milik Datuk Peter Anthony 'memalsukan' surat yang disokong oleh Shafie Apdal turut diambil keterangan. Status kes ini tidak diketahui sehingga sekarang selepas dibuka pada november 2017.
Beliau dipecat oleh UMS kerana penglibatannya dalam kes rasuah paling kontroversi di UMS yang melibatkan syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan (Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah) Walaupun dipecat sehingga kini Farish masih mendapat projek di UMS menggunakan lesen-lesen atas nama isterinya. Semua projek gerai bawah Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dimonopoli oleh syarikat Farish. Sabahkini2 pernah melaporkan kes rasuah Peter Anthony yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah bernilai RM43 juta. Ia sebuah kes lama yang dibuka semula. Shafie Apdal dan Peter Anthony turut dipanggil SPRM berhubung kes ini pada November 2017. Kes penipuan projek penyelenggaraan UMS itu mendapat surat sokongan daripada Shafie Apdal sebelum ini. Kes ini pernah dilaporkan kepada SPRM pada tahun 2012.
|