CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lace

[BEST!!!]Dukun

[Copy link]
 Author| Post time 21-11-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 20-11-2018 03:56 PM
***sambungan***

Setiba dirumah, aku terus memasang 16 batang colok seperti yg diminta Tok Cha, se ...

***sambungan***

Begitulah seterusnya kehidupan ku, sentiasa mendapat perhatian lelaki walau dimana aku berada. Satu kepuasan utk ego ku. Berbagai kemewah ku terima dari lelaki lelaki hidung belang ni. Terima kasih Mongkut, terima kasih Tok Cha. Kalau dulu aku cuma duduk menumpang di rumah kak emi, tapi sekarang aku sudah tinggal di bungalow milik ku sendiri di atas bukit di tengah bandaraya, kawasan yg sangat dipenuhi kehijauan dan privacy. Yg paling penting, jauh dari masjid. Kak emi ku ajak tinggal dgn ku, rumah ini terlalu besar utk aku tinggal sendirian. Tambahan pula rumah dikelilingi hutan simpan, walaupun privacy tapi agak menyeramkan. Sekurang2 nya aku ada kak emi sebagai peneman. Aku tidak punya special boyfriend. Disebabkan jadual kerja yg memerlukan aku terbang kesana sini, aku lebih selesa tiada apa apa ikatan. Lagipun, kalau boleh pasang banyak boyfriend, kenapa perlu terikat pada satu? Cuma ada beberapa lelaki yg merasakan diri mereka teman special ku.
Stefan si hartawan eropah yg sesekali akan dtg melawat ku di Singapura (my 2nd home) dan setiap waktu tak pernah lokek memasuk kan jumlah duit yg besar ke akaun bank ku, Dia sudah beristeri dan anak.
Boy, jejaka melayu anak kepada tycoon hartanah yg terkenal. Bujang playboy yg sgt flamboyant. Juga sgt generous, sentiasa melimpahkan wang ringgit dan harta benda kepada ku.
Tan Sri, seorang VVIP yg tidak mahu sesiapa mengetahui perhubungan kami (read as: suami orang). Dia cuma boleh berjunpa dgn ku di luar negara. Kemewahan utk ku tidak pernah dia abaikan. Demi nak menutup mulut ku sebagai kekasih gelap nya.

Selamat kan hidup aku? Ada 3 lelaki yg ku anggap boyfriend. 3 character yg berbeza, satu tinggal jauh di eropah, 1 di kuala lumpur (tapi jarang bertemu juga, masing2 punya jadual kerja yg ketat) dan 1 lagi Tan Sri yg cuma mampu bersama dgn ku di luar negara demi nak jaga nama baik.

Diwaktu yg sama, aku masih juga dating dgn lelaki lelaki prominent yg lain. Pandai makan, pandai lah simpan.
Kehebatan Mongkut tak perlu ku sangkal. Boleh dikatakan setiap apa permintaan ku, dia pasti laksana kan. Apa yg ku ingin kan, aku seru pada nya, nescaya dia akan mendatangi mimpi atau tidur ku utk membisikkandan memberi alamat tentang apa yg harus aku laku kan. Sayang ku pada Mongkut makin menebal. Dia sebahagian dari hidupku. Yg utama nya, dia tidak pernak menganggu ku atau menakut kan aku. Setakat bunyi dia ketawa, berlari, bermain di dalam rumah ku itu sudah lali bagi ku. Tak ada apa yg nak ku takuti.

Hingga lah pada satu mlm waktu aku baru tiba dari Singapura, terasa amat letih. Waktu nak meletak kan air utk Mongkut di altar nya, aku tersiggung gelas kaca di atas altar tu. Aduh...jatuh pecah berderai. Disebabkan malas nak kedapur utk ambil penyapu, aku cuma mengutip serpihan kaca dgn tangan ku. Auchhh, terkena serpihan tu pada jari ku. Dah luka pulak jari ni. Habis mengemas kan di altar, aku capai first aid kit utk mencuci darah dan luka dijari ku itu. Sikit je pun.
Keesokan hari nya, sewaktu aku nak tukar bekas makan yg kusediakan utk Mongkut, aku terperasankan ada titisan merah dlm mangkuk tu. Ni mesti titisan darah dari jari aku mlm tadi tu. Alamak, mcm mana ni! Kenapa aku begitu cuai. Warning dari Tok Cha terus bermain dikepala ku.
"Jangan sesekali beri Mongkut darah, segaja atau tidak sengaja. Nescaya dia akan bertukar jadi liar dan haus kan darah sentiasa"
Perasaan takut dan panik menyelubungi aku. Apa harus aku buat ni.
Ku pasang colok dan ku seru Mongkut. Cuba memujuk nya dgn harapan dia tidak termakan darah yg tertitis mlm tadi dan minta dia jgn berkelakuan pelik selepas ni.

-apakah anak belaan tu akan mendengar keluhan hati dan menurut kata? Kita sambung lagi nanti ye-


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 20-11-2018 08:16 PM
Tak sabar den menanti sambungan..
Sekarang si pencerita memang dah bebas dari benda2 ni semua? Tt ...

Nantikan hujung penceritaan ye.
Tulis waktu siang, tak lah terasa apa apa. Cuma ada try buat sambungan mlm tadi dlm jam 9pm. Panjang juga dah siap, bila send je, terus hilang cerita tu. Technical error je kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 20-11-2018 08:36 PM
kiranya berjaya ritual tu.seram dengar ritual 3 malam berturut turut.

Kata nya benda mcm ni mmg dibuat dlm angka ganjil. 3 mlm, 5 hari, 7 jenis. Mcm tu lah kira kira nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 20-11-2018 11:11 PM
Ow best..please sambung a

Baik lah. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 10:18 AM
Nantikan hujung penceritaan ye.
Tulis waktu siang, tak lah terasa apa apa. Cuma ada try buat samb ...

i want more!!! mane tt hahahah tak sabar nye
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 12:29 PM | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 10:19 AM
Kata nya benda mcm ni mmg dibuat dlm angka ganjil. 3 mlm, 5 hari, 7 jenis. Mcm tu lah kira kira ny ...

tu la kan..selalunya angka ganjil, mungkin ada maksud tertentu dengan angka ganjil tu
TT..kisah ni ada sedkit persamaan dengan manuskrip yang saya dah karang..
suratan atau kebetulan ni..
seram pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 21-11-2018 12:19 PM
i want more!!! mane tt hahahah tak sabar nye

Sekejap ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 21-11-2018 12:29 PM
tu la kan..selalunya angka ganjil, mungkin ada maksud tertentu dengan angka ganjil tu
TT..kisah n ...

Manuskip apa tu, mesti menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Rentetan dari peristiwa tertitis darah dlm makanan Mongkut tu buat aku resah gelisah. Kalau lah pondok Tok Cha tu dekat memang aku dah berdesup pergi. Ni nak drive makan hampir sepanjang hari. Nak pergi dgn flight pun bkn nya airport tu dekat dgn pondok dia yg terpencil di pendalaman sana.
Kak emi mencadangkan aku bawa mongkut ke temple siam utk minta blessing dari sami disana. Hmm bagus juga idea tu. Serta merta aku pergi ke temple besar di Tmn Jaya. Mmg aku dah kerap kesana utk memberi sedekah. Jadi nya aku tidak lagi kekok berkisar di kawasan temple tersebut. Cuma nya di temple ni sami sami tu bukan nya dukun. Mereka cuma melakukan ritual keagamaan.
Mujur lah waktu aku tiba tu memang tepat pada session sami bertemu dgn pelawat (sami sami ni pun ada waktu waktu khas mereka utk berjumpa. Tak lah kena buat appointment ke apa. Cuma nya kalau silap pergi time dia org tgh beristirehat, masak lah juga nak menunggu berjam jam).
Setelah menyerahkan Mongkut pada sami, dia meletak kan mongkut diatas pahar perak dan sami mulakan pembacaan mentera yg tak kufahami, sambil merenjis renjis kan air dari cangkir menggunakan seikat lidi. Renjis ke Mongkut dan renjis pada aku. Selesai upacara memberi blessing tu, ku masuk kan sampul berisi duit kedlm kotak sumbangan derma(ikut ikhlas hati) yg terdapat di sisi tangga. Sebelum keluar, aku ambil beberapa tangkai bunga kekwa dan seplastik air yg memang tersedia utk sesiapa nak ambil bawa balik. Itu semua disedia kan percuma. Bunga tu utk dihias pada altar Mongkut. Air tu adalah air yg dah dibacakan mentera oleh para sami.
Harap harap semua nya ok lah lepas ni.

Mlm tu aku masuk tidur awal sebab esok flight aku awal pagi ke Singapura. Ada photoshoot utk product campaign, dan Stefan juga akan sampai ke sana mlm nya. Tidur cepat ye mata, esok nak kena bangun pagi pagi. Bisik hati ku.
Mlm tu aku didatangi budak kecil seakan Mongkut, tapi wajah nya tak seperti biasa. Mata nya merah menyala, mulut luas menampakan siung gigi yg menyeramkan. Dia tak dtg bermanja dgn ku seperti biasa tapi dia menyingkap selimut yg menutupi kaki ku, lepas tu aku rasa pedih di bahagian ibu jari ku. Aku bagaikan terpukau tak mampu buat apa apa, merelakan saja ibu jari kaki ku disakiti. Setelah beberapa ketika baru lah dia melepaskan ibu jari kaki ku dan baru aku mampu bersuara. Ku jerit jerit memanggil nama Mongkut, tapi dia tak hiraukan dan berlari meninggalkan aku.
Serentak itu aku terjaga. Oh aku bermimpi rupa nya. Tapi terasa pedih di jari kaki ku. Bila ku periksa, terdapat mcm kesan darah dan ada kesan tusukan tajam pada ibu jari kaki ku. Apa ni semua, mimpi atau reality? Aku buntu dan tak dapat lelap kan mata.

Setiba di Singapura, aku mcm dah fikir pasal mimpi mlm tadi. Aku cuma fokus pada kerja. Cuma rasa letih sgt, mungkin aku tak cukup tidur mlm tadi. Client menegur ku yg kata nya aku nampak letih dan kurang fresh. Byk roll rejected sebab imej tak memuaskan dari photoshoot tu. Client mencadangkan aku balik berehat dan arrange photo session yg lain. Mujur lah client tak bising.

Mlm tu Stefan bawa ku makan mlm. Dia pun menegur yg aku nampak letih. Aku cuma beritahu yg aku mmg overworked kebelakangan ni. Dia cadangkan aku ambil cuti dan pergi holiday. Aku cuma senyum, malas nak panjangkan cerita.
Mlm tu Stefan terjaga dari tidur dan mengejutkan aku. Dia tanya samada aku ada terdengar bunyi bising di ruang tamu? Suite yg aku duduk ni ada ruang tamu, bilik tidur, bilik closet dan kitchenette. Aku beritahu dia yg aku tak dgr apa, mungkin dia bermimpi. Tapi dia kata dia sgt yakin yg dia dengar. Bukan mimpi. Dia bangun utk memeriksa kat luar bilik. Namun tak ada apa yg dijumpai atau nampak. Waktu dia naik kekatil semula dia terkejut bila nampak ada kesan darah di hujung selimut bahagian aku tidur. Ohhhh my, sekali lagi ibu jari kaki ku berdarah. Hmmm aku yakin dan pasti ini bukan kerja org lain tapi...
Utk menutup mulut Stefan dari byk bertanya dan panik, aku berbohong yg siang tadi jari kaki ku tercedera waktu photo shoot. Tak de apa yg serious pun. Jgn risau, jom sambung tidur.

Utk pengetahuan: bilamana aku berpergian ke mana sekali pun, aku akan bawa Mongkut betsama ku. Tidak lah perlu aku mengusung patung tu bersama. Cuma secara spiritual nya akan ku seru roh Mongkut utk mengikut ku sewaktu aku nak meninggalkan rumah.
"Mongkut, mummy nak pergi Singapura ni. Jom ikut mummy ye. Mongkut duduk diam diam kat dlm tas tangan mummy (atau duduk atas bahu mummy)" begitu lah lebih kurang cara nya.
Waktu berpergian, aku tak perlu menyediakan makan, minum utk Mongkut. Cuma aku perlu ajak dia makan bersama (sepinggan dgn ku), bila nak mulakan makan akan ku berkata di dalam hati: "mari Mongkut, makan sama sama dgn mummy". Aku tak perlu lah suap kan dia, cukup dgn aku tinggalkan sebahagian kecil dari makanan ku di dalam pinggan. Seolah mcm aku tak habis kan makanan tu. Tak siapa pun syak apa apa atas perlakuan ku ini. Model kan mmg makan tak banyak. Dan didalam tas tangan ku akan sentiasa ada stok gula gula utk Mongkut.

Siang nya, aku keluar bersiar siar dgn Stefan. Tak seperti selalu nya aku mampu meredah Orchard Road tanpa kenal erti penat. Tapi hari ni rasa sgt letih. Stefan menegur wajah ku agak pucat. Mencadangkan aku ke klinik utk dapatkan rawatan doktor.
Tak de apa yg perlu dirisaukan menurut doktor, cuma keletihan biasa dan perlukan rehat secukup nya. Kan aku dah cakap, aku tak sakit.
Stefan harus terbang ke Hong Kong keesokan hari nya. Jadi mlm tu kami masuk tidur awal, nak kena bangun awal kan. Flight dia awal pagi. Aku pun ada appointment tengahari tu.
Tgh mlm dlm jam 2 pagi gitu, aku terkejut bila dengar Stefan terpekik. Dah kenapa dia ni memekik tgh tgh malam buta. Dia kata dia terjaga sebab bunyi mcm org terlanggar sesuatu, bila dia buka mata dia nampak ada mcm lembaga kecil warna hitam berkilat cuba merapati aku. Lembaga tu ghaib sebaik Stefan terpekik. Ahhhh sudahhh, dia main jelma jelma pulak kasi org nanpak. Parah ni.
Aku cuba tenangkan Stefan dgn mengatakan itu cuma khayalan atau mimpi je. Mujur lah org putih ni kurang sikit bab bab tahyul ni. Tapi riak muka dia mmg nampak tak selesa dan dia terus terusan yakinkan aku yg dia nampak "anak hantu" tadi.

- anak hantu dan berani menampakan diri, kisah seterus nya akan disambung lagi -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 20-11-2018 01:51 PM
Tak byk yg mampu di huraikan tentang peribadi sang pencerita demi janji kami utk menjaga aib, priv ...

Bagus TT jaga aib,privacy & keselamatan si pencerita...jalan cite yg menarik & snang nk paham...keep it up TT
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 02:19 PM | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 12:36 PM
Manuskip apa tu, mesti menarik.

manuskrip untuk my next noveltersama tapi tak serupa..gitu..



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 01:46 PM
***sambungan***

Rentetan dari peristiwa tertitis darah dlm makanan Mongkut tu buat aku resah geli ...

Best cerita TT ni. Pernah juga terbaca pasal orang yang membela ni seringkali akan tinggalkan sedikit makanan di pinggan mereka untuk jadi habuan belaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapz replied at 21-11-2018 02:17 PM
Bagus TT jaga aib,privacy & keselamatan si pencerita...jalan cite yg menarik & snang nk paham...ke ...

InsyaAllah, akan cuba pegang pada janji yg dibuat dgn pencerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 21-11-2018 02:19 PM
manuskrip untuk my next noveltersama tapi tak serupa..gitu..

Wow,  novelist. Hebat, teringin jadi mcm you. Nanti kasi lah tajuk novel, boleh cari kat kedai, nak beli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 21-11-2018 02:19 PM
manuskrip untuk my next noveltersama tapi tak serupa..gitu..

Wow,  novelist. Hebat, teringin jadi mcm you. Nanti kasi lah tajuk novel, boleh cari kat kedai, nak beli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
fairy_fairy replied at 21-11-2018 03:09 PM
Best cerita TT ni. Pernah juga terbaca pasal orang yang membela ni seringkali akan tinggalkan sedi ...

Kannnn, ada juga pernah nampak yg mcm ckp sorang2. Agaknya ada belaan juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2018 04:29 PM | Show all posts
baru habis baca cerita ni..best la tt, kusyuk sangat baca sampai kena tegur dengan pakcik office ni suruh pakai spek ..tak sabar nak tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tggu sambungan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la tt, cepat2 sambung, mongkut dh mula ketagih darah.. Eiii seramnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Makin hari aku makin cepat letih dan lesu. Walaupun hari cuti, aku seolah tak larat nak bangun. Kalau boleh nak tidur dan baring je sepanjang hari. Hampir setiap mlm Mongkut akan menghisap darah ku. Dia jadi sgt active dan agressive. Bila mlm je mcm mcm kerenah dia buat, jatuh dan pecah kan barang lah, hentak pintu dan segala mcm bising yg boleh menaikkan darah aku sebab menganggu tidur ku.
Aku alihkan altar Mongkut ke dalam satu bilik yg sememang nya kosong. Pintu sentiasa ku kunci. Bila mlm je, segala mcm bunyi kedengaran dari bilik tu. Aku tak kisah kalau setakat dia nak memekak dlm bilik tu, yg tak tahan nya dia akan keluar dan buat gangguan bising di seluruh rumah.
"Eiii aku boleh gila dgn gangguan bunyi anak kau setiap mlm. Do something, biar dia aman sikit" kak emi dah mula komplen, sebab dia pun terganggu dgn tantrum si Mongkut ni.
Kalau budak betul mmg dah lama aku hantar ke rumah anak yatim. Ni aku dah bawak ke sami di temple pun tak jalan.
Akhir nya aku ambil keputusan utk bawa Mongkut semula ke Tok Cha. Tengok kan kalau2 aku boleh pulangkan Mongkut pada Tok Cha.
Kebetulan pula agency aku tgh berikan aku notice cuti panjang, disebabkan keadaan aku yg tak fit (sering letih, pengsan di set, muka pucat).

Tok Cha tak boleh terima Mongkut sebab aku dah bersumpah utk menjaga dia umpama nyawa ku sendiri waktu aku nak ambil dia dulu. Apa kah ini bererti aku kena korban kan nyawa aku utk lepas dari Mongkut?
Menurut Tok Cha aku cuma akan dapat dipisahkan dari Mongkut sekiranya aku mampu dapatkan nyawa pengganti buat Mongkut. Nyawa pengganti mcm mana tu?
Dapat nya mana mana wanita yg hamil dan roh Mongkut akan diserapkan ke janin tersebut.
Syarat nya, janin tu tidak dari diri aku sendiri, wanita hamil tu juga tidak boleh tahu perkara ini.

Lepas tu apa jadi? Wanita tu akan lahir kan bayi yg punyai roh Mongkut?
Kata Tok Cha, bayi itu tidak akan dilahir kan, kandungan wanita itu akan hilang ghaib bilamana roh Mongkut dah sebati dgn janin. Akan hilang secara mistik tanpa ada sebarang kesan.
Dengar mcm mudah kan. Tapi ia nya tidak semudah itu. Janin yg dihilangkan itu akan berada "ditangan" Tok Cha, kemudian nya aku lah akan bertanggung jawab utk menamatkan tugasan akhir keatas janin tersebut (akan dicerita kan kelak apa dan bagaimana proses nya).

Sekarang, tugasan aku nak kena cari wanita mengandung. Hmmmm mana aku nak cari yg boleh mengandung utk aku ni.
"Haaa jgn nak pandang aku ye. No way aku nak buat ni semua" kata kak emi bila aku mula pandang kat dia.
Mmg tak boleh pun sebab syarat nya, wanita tu tak boleh tau rancangan aku.

Bingo! Aku ada idea yg ku rasakan sgt baik utk rancangan ini. Esok nya pagi pagi lagi aku ajak kak emi menemani ku ke sebuah kampung orang asli.
"Kau plan apa ni gila? Nak cari dukun orang asli pulak ke? Jgn campur campur ilmu, sasau kau nanti" jerkah kak emi
Bukan mcm tu. Aku nak cari satu gadis orang asli untuk diambil menjadi pembantu rumah.
Memang lah selama ni ada bibik yg ku bayar utk datang mengemaskan rumah beberapa kali dlm seminggu. Dia cuma datang utk beberapa jam saja bagi setiap sessi.

"Habis tu, yg kau gigih nak ambil inhouse maid lagi ni nak buat apa? Bukan ada kerja pun" soal kak emi lagi
"Listen kak, gadis orang asli tu cuma puppet aku je sebagai maid. Selebih nya aku nak dia jadi ibu pada janin idaman ku itu. As for now, kau jgn mess up sgt dgn plan aku. Watak kau dlm sandiwara aku ni cuma sebagai saudara aku yg kasihan kan aku nak cari pembantu rumah" terang ku pada kak emi.

Ye lah kan, orang asli ni pun bukan nya semudah tu nak percaya dgn org luar yg tetiba dtg nak minta anak dara dia kerja dgn kita. Kalau aku dtg berseorangan akan nampak janggal disitu. Ada nya kak emi yg akan berlakon sebagai aaudara kepada ku, nampak lah convincing sikit. Kak emi dah matured, air muka dan pertuturan dia lebih mudah utk org percaya dan terpedaya.

"Mcm mana kau boleh tau kampung orang asli kat ulu ni?" Tanya kak emi.
"Aku pernah ikut Boy masuk kampung ni untuk urusan tanah yg bapak dia nak usaha kan. Tok Batin kampung pun aku dah kenal" jawab ku.
Tak sia sia aku korbankan waktu aku dulu utk temankan Boy masuk ke kampung orang asli ni. Ada juga kegunaan nya.
Boy mmg sering cadangkan aku utk tinggalkan dunia modelling dan masuk ke bidang hartanah. Pasal tu ada ada kala yg aku free, dia pujuk aku ikut dia ke tapak tapak kawasan utk aku fahami sikit tentang apa itu investment hartanah.

Selepas aku nyata kan hasrat ku utk dapatkan seorang gadis yg boleh membantu ku dirumah, Tok batin angguk angguk bagaikan memahami kemahuan ku. Agak payah juga sebenarnya, sebab orang asli dikampung itu dlm era dimodern kan, makanya anak anak mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian. Kalau yg tak berapa cerdik tu pulak diberi peluang kerja di kilang kilang. Lebih freedom kan kerja kilang dari jadi inhouse maid.

"Tolong lah Tok, saya sgt perlukan. Bukan nak suruh buat kerja sangat, nak dia jadi peneman saya dirumah. Kak emi ni sering kerja out station. Selalu saya satu org je kat rumah. Tolong lah ye Tok" kata ku sambil menyelitkan beberapa keping note rm100 ketangan Tok Batin tu.
"Mcm ni lah, awak dtg semula 2-3 hari lagi, saya ada kenalan dibukit seberang sana yg ada ramai anak dara. Dia org masih duduk dibukit dan tak bersekolah. Mlm ni saya jumpa kawan tu cuba pujuk dia" balas Tok Batin sambil tersenyum mengenggam keping kepingan duit yg ku titip kan tadi.
"Tolong ye Tok, berapa pun saya sanggup bayar. Lusa saya datang lagi time time waktu mcm ni, Tok tunggu saya ye" kata ku lagi.

Hari yg dijanji kan, Tok Batin membawa kami ke rumah kenalan nya itu. Jauh juga nak naik ke bukit tu. Mujur bukan musim hujan, kalau tak pasti azab nak drive naik ke situ dgn jalan tanah merah nya.
Agak daif penempatan situ, rumah dari kayu bertiang tinggi. Tidak seperti kawasan Tok Batin yg dah agak maju. Aku dah siap sedia dgn beberapa kampit beras, gula, tepung, milo, sardin dan what not utk keperluan dia org didapur.
"Kau mcm wakil rakyat melawat kawasan" usik kak emi.
He he, aku pelajari ni dari Boy. Kalau masuk kawasan pendalaman kena "beli" hati dia org dulu, baru mudah kita dapat apa yg dihajati.
Org org disini agak primitif juga, masih berkemban dan rata rata memandang aku dan kak emi bagai kan kami alien.
Setelah bercerita panjang dan drama pujuk memujuk, akhir nya mereka membenarkan anak mereka yg bernama Ayi ikut aku pulang. Ayi berusia 19 tahun, cuma bersekolah setakat darjah 6 dan tak pernah bekerja. Laaa lebih kurang umur aku je budak ni. Cantik budak ni kalau di groom betul2. Leher panjang, cheekbones tinggi, jawline prominent.

Setelah menyerahkan sejumlah duit yg ku letak didalam sampul A4 ketangan bapa Ayi, aku yakin kan mereka yg aku akan jaga Ayi sebaik mungkin. Aku juga akan bawa Ayi balik melawat keluarga setiap 2-3 minggu. Sekiranya ada apa apa yg mustahak, khabar kan saja pada Tok Batin dan dia akan hubungi aku.  Aku juga berjanji akan menghantar bantuan keperluan dapur setiap bulan disamping membayar gaji Ayi seperti yg dipersetujui.

Ayi agak gembira dirumah ku. Mana tak nya, dia bukan nya perlu buat apa apa kerja. Kau tgk la tv tu sampai kau muntah. Bila aku free, aku bawa dia jalan jalan pergi shopping, makan dan sebagai nya.
"Kakak ni pelakon ye?" Soal Ayi pada ku.
"Eh bukan lah, aku model je" jawab ku
"Model tu apa kak?" Beriya iya dia nak tau
"Model tu yg peraga fashion baju, make up, barangan yg berkaitan dgn kecantikan" terang ku lagi
"Oh patut la nampak gambar akak dimajalah  dan iklan tv. Best nya kak. Aku ingin macam tu juga" teruja sekali si Ayi ni.
Ehhh kau nak jadi model lah pulak. Sambil tersenyun aku beritahu dia yg aku akan buat dia jadi cantik kalau dia ikut segala kata aku. Hmmm, ni satu strategi utk aku tawan budak naif ni.
Ye Ayi, aku mampu beri kau apa saja asalkan kau boleh beri aku apa yg aku mahu dari kau.

Ayi mengadu pada ku yg dia sering dengar mcm mcm bunyi menakut kan dirumah ni.
Aku pujuk dia dgn mengatakan yg kawasan ini mmg agak keras. Tapi tak perlu bimbang. Dirumah ku ada pengawal keselamatan yg 24 jam berjaga.  Kalau dengar bunyi bunyi yg pelik, sila abaikan. Lama lama nanti jadi biasa.
Haiii si Mongkut ni pun satu hal. Ada saja yg nak dia bising kan tau. Dah la darah aku tak puas puas kau sedut.

"Ayi, kakak ada urusan nak kena jumpa org diluar. Urusan kerja. Ayi duduk dirumah ye. Sekejap lagi kak emi balik. Nanti balik kakak beli kan sate yg Ayi suka tu ye" kata ku sewaktu nak meninggalkan rumah.
Aku ada temuja janji dgn Lokman, bekas bodyguard Tan Sri yg dulu nya biasa escort aku bila di luar. Lokman dah tak kerja dgn Tan Sri atas silap faham antara mereka yg aku tak minat nak masuk campur. Lokman ni boleh dibawa berunding sekiranya aku perlukan apa2 bantuan. Dia lah dulu yg selamatkan nyawa aku bila Puan Sri dapat tau hubungan aku dan Tan Sri.
"Ada apa yg saya boleh bantu Che Puan kali ni" tanya Lokman
Aku perlukan dia utk arrange seseorg utk tackle Ayi. Convince kan Ayi sampai dia berjaya ditiduri. Kalau petlu tabur janji manis, sila lah. Asal kan Ayi berjaya ditiduri.
"Ini dah bagus Che Puan, dah la dapat wang besar, dapat nikmat pulak" kata Lokman sebaik ku hulurkan envelope tebal berisi duit.

Lokman hantar Sidek yg berlagak umpama PA merangkap driver ku. Sidek is not bad looking. Tinggi, hitam manis, muka baik baik. Jenis yg perempuan mudah jatuh hati lah senang cakap.

"Abang Sidek tu baik lah kak. Selalu hadiah kan aku dgn coklat yg sedap sedap. Tak pernah aku dapat mcm ni" kata Ayi pada ku
"Sidek memang baik, dia dah lama kerja dgn aku. Kau suka dia ke?" Soalan pancing ku pada Ayi
Malu malu suka pulak si Ayi ni bila aku tanya mcm tu. Gatal juga kisah nya.

"Ayi, lusa aku nak ke Singapura utk kerja. Kali ni aku tak dapat bawak kau, kau belun ada passport. Lain kali aku buat kan passport utk kau dan kau boleh ikut aku ye" kata ku pada Ayi

"Aku tinggal sorang kat rumah je ke? Takut lah. Ckp lah dgn kak emi jangan selalu keluar tinggalkan aku ye kak" rayu Ayi.

"Kau jgn risau lah, Sidek nanti dtg selalu teman kan kau dan bawa jalan2. Sidek tak ikut aku pergi Singapura" terang ku pada Ayi.

Kelihatan berseri seri tersenyum si gatal ni bila aku sebut nama Sidek. Tau lah kau untung nasib kau nanti dgn Sidek ye.

- sambung lagi kemudian ye-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.316619 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list