CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KILL_NANCY

[Falsafah] [SYV 001] Perspektif Genocide

[Copy link]
Post time 15-2-2019 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 15-2-2019 01:00 AM

Kira, genocide ni endemic, holocaust tu pandemic sebab bukan jadi kat satu2 tempat atau negara saja? Maka, holocaust tu bukan satu genocide kalau ikut definisi UN yang pal*t tu?

P/s: tetiba rasa tanya soalan, sendiri jawab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 15-2-2019 07:28 AM
Kira, genocide ni endemic, holocaust tu pandemic sebab bukan jadi kat satu2 tempat atau negara saja? ...

genocide tu satu term spesifik pada penghapusan etnik, pembunuhan rawak dan sebagainya.

holocaust ni perbuatan dalam genocide.burn jews in a big furnace or an out of control wildfire in a forest.holocaust ni satu pembunuhan beramai2 yang bersistematik semasa ww2.

faham?pergi jauh2 buat apa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik hari ni free so boleh baca thread ni sampai habis..sorry TT, iols tak mampu nak reply..mampu baca untuk tambah pengetahuan je
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 01:18 PM | Show all posts
one thing yg saya perasan adalah teknologi genocide yg diorang guna.. sangat advance untuk masa tu.. cerita bab komposisi kimia yg diorang guna. seram jugak bila baca..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 02:22 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 16-2-2019 02:23 AM
chesfa replied at 15-2-2019 07:12 AM
Komunism satu ideologi? Ya. Sedikit-sebanyak dah diubah-ubah mengikut negara, zaman, campuran ideolo ...

alamak aiiihh topik communism dan socialism... jujurin ai tak brp arif, cik chesfa

Vladimir Lenin berpegang pd konsep vanguardism.
Dia nak pejuang2 dan aktivis working class bergabung tenaga dan idea menentang sistem capitalist. Spt Marx, Lenin tekankan golongan proletariat harus fight their own emancipation. Namun batu penghalang adalah majikan/kapitalis berkemampuan utk melaga2kan sesama pekerja dan teori Marx berkenaan "the ruling ideas of society" - agenda media kepunyaan korporat yg menanam idea dlm minda kita bahawa apa yg kita alami dan miliki dlm hidup adalah yg terbaik. Ini menyebabkan pandangan dan matlamat para pekerja berbeza2... Tiada penyatuan. Ada suka keuntungan wang, ada yg tidak. Ada yg menolak racism agar semua pekerja bersolidariti, tp ada jua yg menyalahkan pekerja asing sbg punca masalah mereka. Jadi isu di sini adalah leadership utk menyatukan semua dlm satu organisasi. Say hello to Bolshevik Party/Russian Social-Democratic Workers’ Party. Parti ini diterajui oleh Lenin bersama2 sekumpulan kecil individu yg intelektual (the vanguard of the people) utk mengapi2kan semangat revolusi, menjatuhkan negara capitalist, dan memimpin golongan pekerja menuju ke destinasi socialism.
Sekian, karangan SPM ai yg tak study langsung sebelum exam sambil dibantu wikipedia





Layaannn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 15-2-2019 06:22 PM
alamak aiiihh topik communism dan socialism... jujurin ai tak brp arif, cik chesfa

Vla ...

Yessss! Thank u sis. Tambah points kat situ haha. Assyrian genocide happened dekat2 dengan armenian genocide kan?


*Jujurin saya pun sikit tahun lagi boleh sambut Silber jubilee tinggalkan sekolah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 14-2-2019 01:18 PM
kaum mongol ni macam yakjuj dan makjuj je kan....kejam tanpa batasan

Saya prnh baca buku masa zmn sek, lupa dh tajuk apa. Penulis buku kata makjuj tu monggol. Yakjuj tu kaum tartar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 03:04 AM | Show all posts
chesfa replied at 16-2-2019 08:51 PM
Yessss! Thank u sis. Tambah points kat situ haha. Assyrian genocide happened dekat2 dengan armenia ...

Ha'ah. Genocides rakyat Ottoman berbangsa Armenian, Assyrian dan Greek berlaku dlm jangkamasa yg sama, sekitar 1915-1923.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 09:03 AM | Show all posts
awekjepun replied at 16-2-2019 08:57 PM
Saya prnh baca buku masa zmn sek, lupa dh tajuk apa. Penulis buku kata makjuj tu monggol. Yakjuj t ...

menarik utk dikupas tu, terima kasih awekjepun
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 18-2-2019 11:00 AM
KILL_NANCY replied at 15-2-2019 04:10 AM
genocide tu satu term spesifik pada penghapusan etnik, pembunuhan rawak dan sebagainya.

holocau ...


Terima kasih. Kena gi jauh sebab ada bias Rujuk kepada post #24. Now now let me refresh sedikit pengetahuan pasal Anfal genocide masa Iran-Iraq war circa 80-an

Apa yang Saddam Hussein dan sepupu dia buat tu, an act of genocide, sebab nak hapuskan puak Kurdish (satu daripada empat etnik utama di Timur Tengah - Arabs, Turks, Persians, Kurds, orang Kurdish ni jer tak de negara sendiri)

Lepas tu, US masuk campur, intervened, memula nak tolong Iraq.. jadi ramai civilians, orang Arab - Muslims, Jews, Christians etc terkorban. Tu bukan genocide? A civil war? A war crime? Bukan genocide sebab tak disengajakan? TER? Tapi tu kaum Arab, regardless of their many religions

Masa Arab Spring, penduduk kat sana protes tentang rejim pemerintahan pemimpin yang terlalu menindas, mengekang kehidupan mereka. Itu... their rights to protest. Sama macam revolusi-revolusi lain. Bashar al-Assad, presiden Syria buat banyak massacres (genocide kecil-kecilan?) to control their movements

Sekali lagi, US masuk campur. Bilangan orang yang terbunuh lepas US ni menyibuk, lagi ramai dari jumlah yang terkorban dalam massacres tu. Bukan sebab saya sokong pembunuhan melalui massacres, genocides ke apa, tapiiiii....kenapa semua ni tak 'didendangkan' atau salah dendangan?

1) campur tangan US ni 'dilindungi' sebab politik, menurut definisi UN tentang genocide, padahal orang Arab tu satu kaum/etnik juga

2) all genocides dibuat masa zaman pemerintahan empayar Ottoman, kerajaan Turki tak pernah acknowledge, admit pasal benda tu....kenapa?....






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 14-2-2019 06:32 AM


First piece of advice: don't get caught in their false dichotomies  ni laporan dari sebelah timur atau barat?


Rujuk post #24, mengikut definisi UN tu,

teks akhir :

dalam konvensyen ini, genocide bermaksud mana2 perbuatan berikut yang dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan kebangsaan, etnik, kaum atau agama


Mao tak ber'niat' nak bunuh mereka semua, no? Ikut definisi tu, bukan genocide? Teori Maoism nak buat industrialized China, Great Leap Forward, second Five Years Plan, matlamat yang agak tak realistik sebab China mundur lagi masa tu


Malangnya, masa tu juga ada kemarau El Nino, paling teruk in 70 years, kurangnya teknologi pertanian moden masa tu sebab lebih fokus nak jadi negara komunis katanya kan, terlalu sedikit makanan untuk terlalu ramai orang, makanan kena catu, orang kaya dapat makanan, orang miskin terabai dan lain-lain sebab

*long version, kena baca lagi banyak buku pasal ni


"A socialist believes that the government should take care of the people while a communist believes that there should be no government and the people should take care of each other without interference." <--- cikgu cakap hari tu


Mao bukan tergolong dalam dua kategori tu, a feudal? Atau sebenarnya buat ideologi, polisi ikut suka hati kepala dia jer? No way, dia bukan komunis


He was a terrible leader and economic planner, tapi juga bukan sengaja bunuh 40-45 juta orang tu. Tak masuk dalam rancangan asal dia pun


Jadi, ni genocide? Bukan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 20-2-2019 08:02 PM
chesfa replied at 18-2-2019 01:19 PM
Terima kasih. Kena gi jauh sebab ada bias  Rujuk kepada post #24. Now now let me refresh sedik ...


lepas us undermined iraq, over 500k people died in the violence.ini sangat teruk berbanding status quo under pemerintahan saddam.

kenapa us tak invade iraq in the previous years?ketika iraq guna chemical weapons melawan iran?padahal us beforehand banyak masa untuk invade iraq.

1) campur tangan US ni 'dilindungi' sebab politik, menurut definisi UN tentang genocide, padahal orang Arab tu satu kaum/etnik juga


sumber tang mana kata arab tu satu kaum?iraq tu ethnicity dalam bangsa arab?kurds?bagaimana pula dengan sasanian empire?jajahan arab tak semestinya etnik arab.

first kurdish genocide, al anfal campaign yang diketuai oleh ali hassan al majid, saddam hussein's cousin pada tahun 1986, halabja chemical attack 1988 ini dikategorikan sebagai genocide atas dasar ethnic cleansing pada puak kurds dan syiah, seperti tertera pada the prevention and punishment of the crime of genocide, artikel 2, di un konvensyen.

banyak sebab kenapa terjadinya 2003 invasion of iraq.kes wtc, isis jihadists, saddam ni ada pihak assumed top notch dalam isis ketika tu, kurdish genocide etc etc .... yang mendapat sokongan daripada rakyat amerika sendiri dan negara lain.500k kematian rakyat iraq tidak diklasifikasikan sebagai genocide sebab us tak provides war crimes kononnya, mereka ikut prosedur yang ditetapkan oleh Laws of War.gitu .... to me why do they follow rules when they're battling to the death?huh bullshit!

un tak boleh declare yang us ni buat war crimes macam genocide atas beberapa faktor salah satunya, us ni provides safeguarding certain fundamental human rights, macam jaga keselamatan dan kesihatan civilians ketika pencerobohan ni berlaku (macam dalam movie diorang hehe) berbeza dengan perang antara peshmerga dan the golden divisions di mana membawa kepada ethnic cleansing, yang ni mereka declared as a genocide and war crime.sumber ini dirujuk juga daripada geneva conventions 1977 yang terkandung undang2 kemanusiaan antarabangsa yang paling penting dan terperinci.

2) all genocides dibuat masa zaman pemerintahan empayar Ottoman, kerajaan Turki tak pernah acknowledge, admit pasal benda tu....kenapa?


kenapa kerajaan turki tak acknowledge pasal armenian genocide, pada tahun 2007 turkish counsellor orhan tung ada tulis dalam new statesman, berikutan isu ini diperdebatkan dunia, armenian genocide sangat berlainan dengan holocaust atau bosnian war yang ada plot dan kronologinya di mana2 perpustakaan di seluruh dunia, there are no reported documents that are widely internationally recognized as showing intent for armenian genocide.

kerajaan turki tak percaya yang armenian genocide ni berlaku, mereka menolaknya tetapi mereka menamakan kepada peristiwa itu sebagai politically motivated killings, tak tau samada turki play safe tentang ni atau mereka menolak sebab definisi genocide itu sendiri yang telah dibentangkan oleh konvensyen un.



dalam buku An Inconvenient Genocide by Geoffrey Robertson, mengikut kajian demografi (turki) membuktikan bahawa sebelum ww1, kurang daripada 1.5 juta rakyat armenia hidup di seluruh ottoman empire.oleh itu, tuduhan bahawa lebih daripada 1.5 juta orang armenia mati dari timur Anatolia adalah palsu dan tak relevan.

kenyataan ini juga disokong oleh The Ottoman Empire’s Escalation from Reforms to the Armenian Genocide, 1908-1915 yang diolah secara terperinci di dalam buku Secession And Security by Ahsan I. Butt mukasurat 125, bab 4.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 20-2-2019 06:35 PM
chesfa replied at 20-2-2019 12:27 AM
First piece of advice: don't get caught in their false dichotomies  ni laporan dari sebelah timu ...


ini pandangan peribadi saya di mana komunis macam mao akan selalu membantah tentang bagaimana kapitalis menindas, bagaimana mereka opress orang, bagaimana mereka jadi tamak, bagaimana mereka support imperialis ....
then mao like every other communist turns around and does the same thing.he creates his own ruling class, itu jam ruling class jadi political class instead of the business class.

apa yang dia buat?catu makanan semasa el nino?provides death toll untuk industrialization?

no .... dia tindas orang cina, dia musnahkan free thought, bunuh semua orang yang menentang dia <<<<< political issue, encourages budak2 untuk menyerang guru2 mereka, mencuri daripada golongan miskin dan memberikannya kepada political class (golongan kaya) sama seperti yang dianjurkan kapitalis but this shit is on a much bigger scale.it's total hypocrisy, indeed.

there's no way that 40 million people died and at no point!!!opss sorry incik mao terbunuh 40 juta orang, dia tak sengaja maafin cute girllll.tunjukkan bukti pada saya bahawa dia membunuh 40 juta orang dan dia tidak tahu tentang tu? tunjukkan bukti pada saya yang dia tak tahu menahu that he was sending people to gulag camps di lagoi?that is solid facts.

fakta yang mengatakan ramai orang cina mati dekat labor camps, show me evidence he wasn't involved?bukan genocide leyyy.ketuk setiap pintu rumah family yang terbunuh sebab great leap forward ni, bagitahu mereka "ekceli kan kak, bapak akak maren mati sebab mao tak sengaja bunuh.alahhhh sikit lebih kurang lah kak ya.kak carilah bapak lain.sayang akak muah muah kiri kanan".

genocide is, by definition, intentional.it can be a meansssssss to an end, yesss, tapi akhirnya ia perlukan kepada jumlah to intentional intended destruction of a group.macam hutu dan tutsi (rwandan genocide) mereka tidak berbeza secara etnik.begitu juga jika ia disasarkan kemusnahan kepada orang miskin, atau orang yang mempunyai rambut merah atau homoseksual misalnya, itu masih dikira sebagai genocide.rujuk balik post #24.

mao bukan komunis?serius ah?

mao dan persekutuan parti komunis china (communist party of china or cpc) dengan kuomintang membawa kepada kepada komuniti shanghai.lepas tu, cpc tidak punya urban base atau dasar proletariat, sebab mereka semua dah dibunuh.

revolusi komunis china diintepretasikan sebagai revolusi bourgeois.satu2nya "compliments" yang kita boleh tawarkan kepada mao dan cpc adalah perindustrian pesat (bangunan kapitalisme), which increased life expectancy and such.it came at a cost though.it gives the impression of expensiveness.

fasa pertama pemerintahan mao adalah dari 1949 hingga 1957.he made no secret of the fact that the new regime was based on the "bloc of four classes".inilah yang dipanggil goal of communism.macam mana pula mao bukan communist kak pah?

ramai sejarawan membandingkan fahaman antara mao's communism dan marx's communism, tetapi dasarnya tetap sama iaitu communism.cuma mao ni lebih kepada filsafat trotskyism dan stalinism, kedua2nya spinoff dari leninism.

mao masa chinese civil war tidak begitu banyak pemikir politik.dia secara amnya mengikuti cita2 stalinist, melihat aspek nasionalisnya sebagai cara yang baik untuk memelihara kedudukannya terhadap "theoretically possible attempt" yang mungkin dilakukan oleh soviet untuk membentuk sejenis kesatuan sino soviet.

lepas je stalin meninggal pada tahun 1953 dan dia digantikan dengan khrushchev warganegara ukraine dan pada masa yang sama sangat tidak senang dengan apa yang telah dilakukan stalinisme di ukraine khususnya.ketika soviet union menghentikan kultus stalin, mao melihat peluang ini dengan develop cawangan komunisme yang unik yang dikenali sebagai split sino soviet pada tahun 1956.

china secara terbuka meletakkan posisinya sendiri terhadap eastern bloc dan warsaw pact serta mencari persahabatan dengan negara yang tidak sejajar (non aligned nations) di dunia. china berusaha untuk mendapatkan keselamatan daripada pencerobohan oleh amerika dan soviet lantas mereka berjaya mengembangkan senjata nuklear pada tahun 1964 dan menjalankan ujian termonuklear pertamanya pada tahun 1967.

bukan communist?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 20-2-2019 07:05 AM
ini pandangan peribadi saya di mana komunis macam mao akan selalu membantah tentang bagaimana ka ...

Wei gege nuan nuan liang liang, wo skip pasal Mao Maoism, terus lompat masuk pasal sosialism kapitalism Deng Xiaoping, let some people get rich first. Xie xie bentangkan pasal komunism lemaoism ni

So dalam buku Mao: The Untold Story, penulis tu cakap, semua benda yang ada dalam buku The Long March tu menipu belaka. Mao seorang yang evil through and through. Orang Cina pula, albeit tak semua, cakap Mao is God-like, Mao was the best emperor China ever produced, hurrahhh!

The history of the world is but biography of great men - Thomad Carlyle. To misjudge them is to misjudge history and risk misguiding the future

Naratif standard yang orang putih guna, 30 tahun pertama CCP - China di bawah pemerintahan Mao met unmitigated disaster, dan Mao menyelamatkan legasinya dari terus dikenang sebagai 'pembunuh' dengan menafikan pemerintahan ideologi berasaskan komunis dan jasa dia yang telah membawa dan memajukan negara ke arah yang bertentangan dari pengaruh Barat

There are always two sides of the story, right? Pendapat awak berdasarkan info yang awak dapat, dan pendapat saya dari apa yang saya baca, then kat tengah2 tu, there's truth

Soooo...

On the other hand, tu salah. Ramai yang bahagikan kepimpinan CCP selama 64 tahun dalam tempoh 30 tahun: yang pertama dari 1949 hingga 1979, kebanyakannya di bawah Mao, dan yang kedua dari 1979 hingga sekarang, bermula dengan pembaharuan dramatik Deng Xiaoping

Pembaharuan yang dibuat oleh Deng baiki banyak kesilapan polisi Mao  sebelumnya dan berjaya mencapai kejayaan besar. Tetapi tanpa asas yang dibina dalam 30 tahun pertama, pencapaian 30 tahun kedua tidak mungkin berlaku. Pada masa Mao, CCP guna kuasa politik pusatnya untuk menggerakkan sumber negara tu yang terhad dan membina infrastruktur perindustrian dan infrastuktur rakyat sebuah negara moden. Deng is so underrated, sigh!

Oppsss, mana pasal Maoism dan komunis?

Saya guna analogi ni, dalam Islam Sunnah ada 4 mazhab, Syafii, Maliki, Hanafi, dan Hambali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, Wahabi, Khawarij etc, tak de cukup kaedah yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan macam yang empat tadi. Certain orang Syiah pula, sebab dah jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, dianggap terkeluar dari Islam (berdasarkan fatwa dan hukum dikeluarkan oleh jabatan mufti kat sini)

Jadi, berdasarkan pendapat awak, Maoism tu masih lagi dalam kategori komunis Marxism, walaupun ideologi tu sebenarnya dah banyak diubah-suai dan jauh berbeza dari teori manifesto komunis Marxism? Spinoff dar Stalinism - Trotskyism? Dedua pula tu spinoff dari Leninism. Dan Leninism pun another spinoff dari Marxism, Maoism still boleh dipanggil anak-beranak cucu cicit manifesto komunism Marxism? Cool...terima kasih, kena berjinak-jinak baca banyak buku lagi

However, saya setuju dengan awak. Parti komunis, yang dipimpin oleh Mao, bertanggungjawab atas apa yang terjadi setelah parti itu berkuasa. ROC (sebelum jadi PRC) masa tu adalah di bawah pemerintahan diktator sampai semua dasar yang dibuat dan dikuatkuasakan oleh parti Komunis China harus dilaporkan kepada pihak komunis Cina. Mao, kerana 'dictatorship'nya, bertanggungjawab untuk semua 'keputusan Cina' yang berlaku di bawah kepimpinannya

Tapiiiii, 35-40 juta orang terkorban tu, angka tu bias. Sebab-sebab tu pun bias. Bukan salah leMao seorang

china secara terbuka meletakkan posisinya sendiri terhadap eastern bloc dan warsaw pact serta mencari persahabatan dengan negara yang tidak sejajar (non aligned nations) di dunia. china berusaha untuk mendapatkan keselamatan daripada pencerobohan oleh amerika dan soviet lantas mereka berjaya mengembangkan senjata nuklear pada tahun 1964 dan menjalankan ujian termonuklear pertamanya pada tahun 1967.


Apa kaitan senjata nuklear djian termonuklear dengan komunis pula? Jadi, Korea Utara under DPR pun komunis juga? Sebab diorang anggota NAM ni, tak bersetuju dengan any major power bloc, maka semua anggota NAM komunis? Tito and sosialism, yes. Che Guevara, yes. Suharto? Pencerahan please. Semua negara yang buat senjata nuklear dan ujian termonuklear tu negara komunis? PRC masa Xi Jinping ya, Mao dah tapau babai, buat GFW, Great Firewall China to shield them from being spied, tu sebab komunism juga? Dah OT rasanya lol

Terima kasihhhhh in advance
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 22-2-2019 06:52 PM
Wei gege nuan nuan liang liang, wo skip pasal Mao Maoism, terus lompat masuk pasal sosialism kapit ...

mesti gugel2 takde dalam gugel kan?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
thread ni sangat eksklusif.thanks sesiapa yang topup knowledge pasal genocide ni ya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 22-2-2019 10:58 AM
mesti gugel2 takde dalam gugel kan?

Gigil2 baca pasal thread ni. Sudah laaa, nak sambung sapu sampah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 22-2-2019 03:37 PM
KILL_NANCY replied at 20-2-2019 07:04 AM
lepas us undermined iraq, over 500k people died in the violence.ini sangat teruk berbanding stat ...

sumber tang mana kata arab tu satu kaum?iraq tu ethnicity dalam bangsa arab?kurds?bagaimana pula dengan sasanian empire?jajahan arab tak semestinya etnik arab.


Habis tu orang Arab tu apa yang sesuai untuk kelaskan mereka? Bangsa? Kaum? Etnik? Boleh samakan klasifikasi Arab tu seperti kaum (race) Melayu, Cina, India dan lain-lain, macam kat sini? Atau etnik, macam kaum Melayu, ada etnik Melayu Banjar, Aceh, Minang etc? Etnik Melayu tak sama dengan rumpun bangsa Melayu, kalau ikut kata2 Johann Blumenbach

Jajahan Arab? Berdasarkan apa yang saya tau..fuh dan gugel2 of course. Thank u google

Who are them?

Kurds adalah salah satu daripada 4 kumpulan etnik utama di Timur Tengah. Tau kan Timur Tengah tu apa, berapa banyak negara dalam tu, dan orang Turki, walaupun ada negara, diorang ni masih terawang2 nak join EU ker Middle East.. Dalam peta di bawah,  Hijau - Turks, Merah -  Kurds, Kuning -Arab dan Orange - Persia. Gerak jauh sikit ke timur, ada warna Coklat for Pashtun. Semua 5 teratas kebanyakannya Muslim, tetapi mereka semua mempunyai budaya dan identiti mereka sendiri dan membentuk sejarah dan politik 'jajahan' tu dalam pelbagai cara


Sumber, boleh tengok banyak peta jajahan Arab di sini

Kembali ke zaman silam, orang Kurdish ni tolong empayar Ottoman Turki masa WWI 'buat' Armenian genocide

Nowwww, kenapa ada masalah ini, orang Kurdish ni tak de negara sendiri etc:

1. Cabaran untuk British dan Perancis yang mempunyai 'wilayah' besar ini selepas WWI dan tidak tahu bagaimana untuk membina sempadan negara-negara

2. Lain-lain etnik utama - Arab, Persia, Pashtun dan Turki dapat negara mereka sendiri. Malah, orang Arab mendapat banyak negara/kawasan untuk etnik mereka. Walau bagaimanapun, hanya orang Kurdish yang tersisih daripada permainan, sebab mereka ditipu (dijanjikan negara sebab tolong Ottoman Turki, tapi nan hado). Tiada siapa yang peduli untuk memberi mereka negara mereka sendiri selepas WWI berakhir, apabila semua negara lain dicipta di sekeliling mereka

3. Apabila mereka dengan budaya yang berlainan ni tak de negara sendiri to go to, mereka ni historically tertindas, jadi mangsa [OT: Ini adalah sebab mengapa Israel mahukan negara majoriti Yahudi untuk diri mereka sendiri] orang Kurdish menanggung akibatnya kerana tidak mempunyai negara sendiri

4. Di tempat orang Kurdish terpaksa 'merempat' (komuniti mereka besar di Iran, Iraq, Syria dan Turki), mereka adalah antara orang yang paling bertoleransi dan demokratik. Humbly 'melutut' sebab tak de negara sendiri kan. Sikap tu tidak sesuai dengan suku-suku lain yang mengamalkan Islam yang lebih ortodoks

Apa sejarah mereka?

Orang Kurdish pada mulanya adalah golongan pengembala biri-biri di Iran dan kerana penaklukan Muslim dari abad ke-6, mereka dibawa jauh dan terus melencong masuk ke arah Barat dan masuk ke Turki, Syria, dan sebagainya. Sebilangan mereka beragama Yazidi, ada yang kekal animists, Kristian. Yang lain menjadi Muslim

Mereka kemudiannya terperangkap di antara 2 kumpulan yang sangat kuat - Safavid dari Persia dan Ottoman Turki. Kedua-dua dinasti ini squeezed the helll out of orang Kurdish dan buat mereka kehilangan semua kuasa mereka. Kedua-dua dinasti ini anggap etnik mereka sendiri sangat unggul, hebat, gah  dan buat orang Kurdish ni macam bola sepak, ke kiri dan kanan padang tapi pernah masuk gol?



Tadaaa...

So, after WWI, Britain tolong mereka untuk mendapatkan satu negara sendiri, Republik Ararat tapi Kamal Attaturk dari Turki terlalu kuat untuk jeneral Kurdish, Ihsan Nuri. Akhirnya Turki reabsorbed Republik Ararat

Di Mesopotamia pula, orang Arab dibenarkan untuk mengambil wilayah Kurdish untuk membentuk negara baru, Iraq. No pertolongan dari Britain anymore sebab Britain perlu berkawan dengan puak Hashemite Arab yang berkuasa kerana mereka menemui rizab minyak baru dan tau betapa kuatnya kuasa mereka bakalan menjadi kalau mereka berkawan

Sekarang, kerajaan Turki yang demokratik di bawah Recep Endorgan provides better home untuk untuk orang Kurdish, pemerintah Arab di Iraq pula selalu melihat orang Kurdish ni sebagai pengacau, orang asing, takut mereka memberontak nak tubuhkan satu negara baru untuk puak sendiri, hence Kurdish genocide

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 22-2-2019 09:55 PM
Habis tu orang Arab tu apa yang sesuai untuk kelaskan mereka? Bangsa? Kaum? Etnik? Boleh samak ...

ni bukan pertanyaankan?

jadi terang dah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 22-2-2019 02:03 PM
ni bukan pertanyaankan?

jadi terang dah kan?

Bagi orang genius dengan IQ seberat 150 bunga, orang Arab tu apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 2.144245 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list