|
Sebenarnya kenapa dia menyamar?dia nak apa ye |
|
|
|
|
|
|
|
stingerskip replied at 6-4-2019 01:32 PM
Org bunian kt rumah kau yg berkongsi ranjang selama ini dgn kau, sihat?
Hukhukhuk
Assalamualaikum stinger. .... |
|
|
|
|
|
|
|
WS....
Org bunian jawab Salam just like us kewww, cik kak?
Curious jugak kheuun?
|
|
|
|
|
|
|
|
stingerskip replied at 6-4-2019 01:37 PM
WS....
Org bunian jawab Salam just like us kewww, cik kak?
Wallahualam....sebab x pernah jumpa. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana u leh caya org yg tk u kenali..peliknya....u tk pernah jmpa pn dia kan.....dua thn kena tipu...lama tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Fishy betul. Ke dia ni mental pastu si mak sedara ni tolong carikan jodoh a.k.a kambing hitam |
|
|
|
|
|
|
|
Tp pelik lah makcik2 pon gigih nak catfish ye makcik. Adesss |
|
|
|
|
|
|
|
macam pernah dgr kisah gini.rupenye bercinta dgn perempuan.ade jugak org gitu.psycho |
|
|
|
|
|
|
|
onexox97 replied at 6-4-2019 11:36 AM
Tapi kan at least ada LA jugak org nak TT walau pengkid
Sy ni sedeh
Ko dah kenape |
|
|
|
|
|
|
|
Macam siri catfish plak bila bc..dahla tt better jgn di lyn org cmni.hubungan cmni xkan kemana.i pnh ada pnglmn sk2 lyn org bila jmpa xmcm kita nak,dh berthn lyn xkan nk pts camtu ja??last2 mmg i amek kesempatan secara pelan2 putus scra elok wlupn sakit utk org sblh sana.cinta xblh dipaksa ok. |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 6-4-2019 03:29 PM
Ko dah kenape
Sendu di hujung minggu |
|
|
|
|
|
|
|
Sila sambung tt... menarik juga pengalaman hidup tt jumpa dgn org yg misteri. Kalau i, sure dah gv up kalau sekali je janji nk jumpa tp tak muncul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Norav replied at 5-4-2019 08:41 PM
Ye. Sebab masa tu sy fikir dia orang yang baik-baik. Katanya dah pergi haji dan umrah 3 4 kali dah ...
Pondan kan tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-4-2019 05:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan...
Sejak kes K pindah duduk rumah mak ayah kandung dia kat Shah Alam, mak saudara dia dah tak call saya. Yang ada kakak angkat ke kakak kandung entah lupa. Lepas kejadian tu saya block semua FB, whatsapp dan yang berkaitan. Nombor mak saudara K, nombor K pun saya block. Sebab malas fikir dah pasal K. Sekejap je malam tu ada nombor baru whatsapp kata K dengan kakak K nak jumpa. Saya pun okay la suruh datang. Happy tapi berdebar la jugak kan. Dia kata nak datang malam. Selama ni saya yang nak jumpa sangat.
Dia cakap dia dah sampai. Saya turun bawah tengok takde kereta pun. Tiba tiba muncul sorang perempuan. Gemuk. Pakai spec. Tudung labuh jenis tudung sarung. T-shirt besar dan jeans. Saya pergi tempat dia berdiri. Saya salam dia. Soalan first saya tanya mana K? Dia kata K tak dapat datang. Masa tu geram sangat dah. Sebab suara sama macam mak saudara K. Sedangkan K kata datang dengan kakak K. Saya tanya kakak tu, datang sorang ke? Datang ngan apa? Dia kata datang dengan family, tapi family pergi makan. Nanti selesai dia datang ambik. Saya kata kat kakak K. Kenapa eh suara sama macam mak saudara K. Dia kata mana ada sama, lain. Pastu dia tanya macam mana ni dengan K. Kenapa buat K macam tu, kenapa block semua. Saya tegaskan yang saya nak jumpa K bukan orang lain. Dia kata K kerja tetiba ada hal tak dapat datang.
Saya rasa bebetul tertipu. Saya cakap kat kakak K, nak IC. Nak tengok IC. Dia tak bagi. Dia kata dompet semua dengan family. Family pergi makan kejap tu. Dia tak tanya soalan lain, just tanya macam mana dengan K. Sampai saya naik rimas. Saya jawab la macam mana apa, saya nak jumpa K, mana janji nak datang selama ni. Kata nak kahwin la apa la. Dia kata kena sabar. Masa tu dah habis sabar dah. Saya terus masuk kereta keluar daripada kawasan rumah tu. Sebelum tu memang dah deal dengan member suruh dia tengokkan dari dalam kereta. Takut juga sebab first time jumpa. Malam pulak tu. Dah keluar pergi makan, member rumah whatsapp bagitahu ada orang cari kat bawah masa dia nak masuk rumah. Kakak tu suruh bagitahu dia tunggu kat situ. Dan member saya bagitahu kakak tu mengadu pasal saya dengan K. Member saya tak nak layan, naik atas. Dia kata intai kakak tu ada je kat bawah dalam gelap sorang2. Ingat balik geram, sakit hati sangat2 masa jumpa akak tu. Dah la duk tanya benda sama macam mana hubungan dengan K. Pastu masa keluar, akak tu whatsapp cakap sebenarnya K sakit sebab tu tak leh datang. Dia kata K pekak dan bisu sebenarnya. Tak boleh bercakap. Sebab tu tak pernah call. Saya balas cakap sakit macam mana pun terus terang, saya okay je. Bukan bagi alasan macam2. Saya suruh member tengok, kalau kakak tu dah balik baru saya nak balik. Terputus sampai situ hubungan.
Dalam 6 bulan lost contact. Nak dijadikan cerita. Saya tengah cari rumah sewa, K suka rela nak tolong carikan. Saya fikir masa tu nak duduk sekejap je sementara cari rumah lain. Sebab rumah dia cari tu jauh sikit dengan kawasan tempat kerja. Dia tahu sebab dia stalk FB saya guna FB lain. Nombor pun nombor lain dia guna. Memang banyak lah nombor dia. Dia kata saya kena pergi tempat tu, ambil kunci. Dia sewakan kereta untuk saya. Myvi. Owner kereta sewa tu hantar kat saya. Kereta tu dia suruh guna sementara cari rumah tetap. Masa tu malam, dia kata nanti ada orang tunggu bawah. Saya pergi dekat guard. Tengok ada orang. Perempuan. Yes perempuan yang mengaku kakak K hari tu. Benci tengok dia, tapi terpaksa sebab sementara cari rumah lain. Masa tu perasaan saya sekadar biasa2. Tak pernah mengharapkan apa2 dah daripada si K. Jadi malas dah nak tanya kakak tu duduk mana apa semua. Dah sampai guard, kakak tu kata dia kena masuk kereta, sebab nak tunjuk parking dan rumah nombor berapa. Kawasan tu macam kawasan private. Security tinggi la jugak. Nak masuk guard tu kena sentuh access card. Dia tunjuk parking kat mana. Parking tu dia kata kena parking situ je. Parking tetap. Nak masuk ke tempat lift kena touch card. Saya dah cuak. Berdebar. Takut dia buat bukan2. Bawa ke tempat bukan2. Masuk lift pun kena touch kad tu. Baru lift leh gerak naik. Dia tunjukkan rumah. Rumah menghadap swimming pool je. Rumah jenis studio suite. Ada 1 bilik. Dekorasi dalaman memang lawa.
Saya ingatkan kakak tu balik, rupanya kakak tu kata kena tidur situ sementara. Saya tanya ni rumah siapa sebenarnya. Dia kata rumah K. Tapi K tak duduk sini. Sebab K kerja jauh. Saya tak kisah pun sebab masa tu tak percaya dah pun yang K tu boleh muncul. Sebab selama kenal tak pernah munculkan diri. Saya jadi tak takut. Dan saya fikir kalau dia nak buat jahat, dah lama dah dia ajak keluar. Masa tu saya perhati je gerak geri kakak tu. Mana tahu kakak tu lelaki ke. Menyamar jadi perempuan ke. Dia bukak tudung. Memang ada lah aset dia. Rambut pendek boleh ikat sikit tapi bukan jenis pixy. Saya perhati juga seluar dia. Kelakarkan. Macam nampak je. Padahal tak nampak pape. Tapi memang confirm perempuan. Jadi boleh la tidur dengan aman malam tu. Masa duduk berdepan dengan kakak tu, saya try mesej, whatsapp K. Tak bunyi plak fon kakak ni. Tapi tak berbalas.
Sebelum masuk tidur, dia tanya macam mana dengan K. Macam mana hubungan dengan K. Duk tanya soalan sama. Saya cakap macam tu lah. Start je dia tanya soalan tu terus saya jadi nak marah. Saya kata bukan datang jumpa saya pun. Saya pun cakap nak tidur. Saya cakap kat akak tu saya tidur luar takpe. Sebab bilik tu satu je. Kakak tu kata takpe dia yang tidur luar. Saya tidur dalam bilik. So saya kata takpelah. Saya tidur dalam bilik tapi takleh kunci pintu bilik takut kakak tu nak masuk toilet. Sebab toilet satu je dalam bilik tu. Sebelum tidur, saya tengok fon baru masuk mesej K. Dia tanya dah masuk rumah ke. Dah ambil kunci ke. Saya dah dah macam tu la. Tidur lena la dalam air cond selimut tebal, tapi perasaan takut tetap ada. Saya jenis mudah tersedar. Alhamdullah malam tu takde pape jadi.
Esoknya cuti, bangun. Fikir nak mandi. Sanggup salin baju dan pakai baju dalan toilet. Tengok kakak tu bangun kemas rumah. Kakak tu kata rumah tu berhabuk. Dah macam orang gaji saya tengok kakak menyapu, mengemop rumah tu. Dia kata dah suruh maid kemas, tapi macam ada lagi habuk. Rasa bersalah pulak sebab susahkan kakak tu. Kakak tu pun kata dia dah biasa buat benda ni. Dah siap kemas, dia kata nak keluar gi beli makanan. Saya kata malas nak keluar. Jadi dia nak gi beli. Dia keluar je, saya nampak ada beg dia. Saya selongkar beg dia. Ada IC, lesen semua. Pastu terjumpa tiket bas balik Kemaman. Saya snap gambar lesen serta nombor IC. Sebab nanti nak cek rekod dia. Dia balik, memang banyak beli lauk. Sekejap je. Tak sampai setengah jam dia keluar. Dia kata pergi kedai dekat je. Dah siap makan, kuah saya tertumpah, dia tak bagi pun saya kemas. Dia nak kemas kejap lagi dia kata. Dah takpe la. Saya biarkan je la dah dia nak buat semua. Lepas tu dia ajak keluar. Dia tanya nak keluar pergi mana. Saya cakap tak kisah. Dia pun kata pergi tengok wayang lah dekat Subway Pyramid. Cerita apa tah masa tu. Macam kisah kekeluargaan la. Sedih. Dia menangis teresak-esak sapu air mata. Dia duduk sebelah saya, pegang fon pun macam tak bagi saya nampak. Macam sembunyi2 je skrin fon dia tu daripada saya. Saya masa tu fikir jugak dia ni K ke. Kenapa takut sangat tengok fon macam tu sekali kan.
Dah habis wayang. Dia belanja makan. Dia tolong isikan minyak kereta. Pastu dia tanya nak beli apa2 ke. Saya tak reti nak meminta. Cakap tak je la. Pastu dia kata nak pergi Jaya Grocer sebelum balik rumah, nak beli barang2 rumah. On the way balik, dia cerita K guna kereta tu la. Dia tunjuk kereta tu masa kereta tu potong kereta. Dia kata K tak suka guna kereta tempatan ni. K suka guna kereta import je. Saya diam je la. Then pergi Jaya Grocer. Dia suka cerita K suka ni makan ni. Dia duk tunjuk K suka makan tu makan ni. Dia ada beli jugak. Dia kata mana la tahu nanti K balik sini masa cuti nak datang rumah ke. Saya tanya nanti kalau K datang kakak tu ada sekali tak. Kakak tu kata dia ada sekali.
Smbung jap lagi.. Sebenar tadi dah nak post dah siap taip hampir habis.. Tapi bila tekan send kena log in balik. Habis hilang semua yang taip. Penat perah otak nak ingat balik peristiwa2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertuahnya si K, dapat awek.
Aku smpai sekarang tak berjaya utk mendapatkan awek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tt takde apa2.mana tau pompuan tu jahat,pakat dgn k. Buka pintu bagi k masuk rumah. Jadi kes rogol ke. Uisshh, berani betul tt tinggal dgn orang tak kenal sangat. Yang pelik, tak pernah jumpa tapi bercinta sampai nak tunang bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan cerita anda tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
gelak mengekek aku baca alasan2 K.. tak logik ada, tak masuk akal pon ada.. mcm citer hindustan!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|