|
Alhamdulillah, sebak baca post dr amalina..
Hebat orang2 malaysia ni di dalam & luar negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
terima kasih buat dr.amalina sbb permudahkan urusan family ini |
|
|
|
|
|
|
|
syukur Alhamdulillah..i doakan adik ainul segera sembuh dan hidup same spt org lain..berakhir sudah penderitaan adik ainul..sedih sgt tgk adik ainul menahan sakit..
bangga iols dgn doktor Amalina yg hanye jd bahan cercaan acik2 bawang..tahniah utk team doktor yg terlibat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Semoga lekas sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Semoga adik ainul mardihah cpt baik.. Tabah sgt parents adk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh adik
Nak ambil tahu kes ni tp x kuat...
Pic mash Ketumbuhan tu sblm/slps pmbedahan? |
|
|
|
|
|
|
|
[UPDATE] Tumor seberat 200g berjaya dikeluarkan
MyMetroMutakhir
Zaharah Othman
[email protected]
BAYI sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor selamat menjalani pembedahan semalam di sebuah hospital di London.
Tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway yang memantau bayi berkenaan sebaik tiba dari Malaysia pada 24 Mei lalu.
Pakar Bedah Plastik Pediatrik dan Craniofacial Juling Ong berkata, pembedahan itu mengambil masa selama lima jam bermula 11 pagi semalam.
“Pembedahan berjalan lancar dan baik seperti dirancang. Ketumbuhan itu juga dapat dikeluarkan seperti dijangka.
“Tidak banyak pendarahan dan Ainul juga dalam keadaan baik dan stabil sepanjang pembedahan dijalankan.
“Ini satu pembedahan yang besar memandangkan ketumbuhannya yang agak serius, ” katanya.
Ong berkata, terdapat komponen kanser dan bukan kanser pada ketumbuhan berkenaan.
“Buat masa ini, kita meletakkannya di Unit Perawatan Intensif untuk keselesaan sementara lukanya sembuh.
“Kemudian, barulah dia dibenarkan dikeluarkan namun kita tetap akan memantau keadaannya untuk beberapa minggu dan bulan bagi memastikan sekiranya ada tanda keadaan sama berulang,” katanya.
Dalam pada itu, Ong turut meluahkan penghargaan kepada pakar pelatih surgikal, Dr Nur Amalina Che Bakri atas inisiatifnya membantu ibu bapa Ainul Mardhiah membawa bayi berkenaan mendapatkan rawatan di London.
“Tanpa beliau (Dr Nur Amalina) , kita tidak tahu mengenai kes berkenaan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia juga yang menjadikan Ainul Mardhiah ke sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Dr Nur Amalina ketika ditemui berkata, beliau berharap rakyat Malaysia terus mendoakan Ainul Mardhiah supaya sembuh daripada penyakit berkenaan.
“Sebaik melihat berita dan gambarnya, saya rasa amat simpati dan tekad berusaha membawanya ke sini supaya dapat menjalani pembedahan seperti yang dirancang.
“Malah, saya menganggap dia sebahagian daripada keluarga sendiri dan berharap rakyat Malaysia terus mendoakannya supaya segera pulih, ” katanya.
Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin, 24, bersykur kerana anaknya selamat menjalani pembedahan dengan bantuan pakar di hospital berkenaan.
Ahmad Safiuddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan terus mendoakan kesihatan anaknya.
“Selepas selesai pembedahan, kami lihat wajahnya comel, sama seperti ketika baru dilahirkan dan ini ibarat kelahiran semulanya.
“Kami bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan berharap dapat bermain dengannya seperti bayi lain,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur alhamdulillah. The best piece of news today |
|
|
|
|
|
|
|
semoga baik2 saja. sebak rasa baca berita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Sedih tgk video yang mak dia pakaikan anaknya baju raya |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Tahniah Dr. Amalina. Sayu rasa hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Baby ainul strong sangat. Harap sembuh cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga diberi kesembuhan sepenuhnya & membesar sihat macam budak lain |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah syukur..ainul sgt kuat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya tumor 200g , gws adik ainul. Thanks Dr Amalina! |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..terima kasih dr.amalina |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. Terima kasih Dr. Amalina yang menghulurkan bantuan. Semoga beliau sentiasa kekal duduk di oversea dan berkhidmat dr jauh. Banyak benda dia boleh bt jika tinggal di over sea |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Madel at 11-6-2019 01:14 PM
Malaysia.Doom replied at 11-6-2019 07:14 AM
Dr Amalina Berjasa pada Malaysia....Tak sia-sia sheols ke luar Negara untuk belajar....Satu permata ...
Bukan dr.amalina je sorg org msia
Dr.Juling Ong tu dari Penang tak silap., dr ni yg terlibat dlm pembedahan Ainul. |
|
|
|
|
|
|
| |
|