Edited by Kangkung1M at 2-4-2020 02:45 PM
3 wartawan hilang secara tiba-tiba sejurus selepas dikatakan mahu dedah senario sebenar yg berlaku di bandar Wuhan.
Dari kiri: Li Zehua, Fang Bin dan Chen Qiushi yang dilaporkan hilang.
China digesa siasat kehilangan wartawan dedah kes COVID-19
WASHINGTON: China digesa menyiasat kehilangan tiga wartawan negara itu sejurus selepas dikatakan mahu mendedahkan kesan COVID-19 di bandar Wuhan.
Wakil Parti Republikan, Jim Banks, turut mendesak kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyiasat nasib Fang Bin, Chen Qiushi dan Li Zehua, yang dilaporkan hilang selepas mendedahkan gambar kesesakan di hospital serta mayat dalam sebuah bas mini.
Ketiga-tiganya difahamkan mengambil risiko itu untuk melakukan pendedahan berkenaan tetapi mereka kini didakwa sudah dipenjarakan atau berdepan nasib yang lebih buruk.
Setakat ini, Kedutaan China dan jabatan negara itu tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung status wartawan berkenaan.
Walaupun jabatan Negara AS tidak terikat untuk menunaikan permintaan Banks, pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, sudah pun menyelaras beberapa tindakan bagi mendesak China bersikap lebih terbuka dalam menangani krisis COVID-19.
Banks turut meminta jabatan Negara AS menggunakan saluran diplomatik bagi menyiasat kehilangan tiga wartawan China itu dan mengharamkan mereka yang terbabit daripada memasuki AS.
Virus yang kini sudah menjadi pandemik itu muncul buat kali pertama di Wuhan pada akhir Disember lalu dan mengakibatkan lebih 10,000 orang dijangkiti di wilayah itu.
Dasar kerahsiaan China mendapat kecaman sejak penularan virus itu, yang turut mengakibatkan kritikan di alam maya dan media tempatan terhadap betapa seriusnya penularan itu di peringkat awal. - AGENSI
|