CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] COVID-19: Pelajar balik kampung mulai 27 Apr. Waktu 9 pagi-9 malam. Zon hijau sh

[Copy link]
Post time 21-4-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bdg negara org dgn negara sendiri tlg tgk mcm2 perkara... saiz shj pun dah berbeza...blm msk sitiasi rakyat, sempadan tempat negeri dan mcm2 lg .. .asyik banding dgn negara org jer....kita pun dah kluarkan ttg penjadualan exam, sklh etc....itu pun kena ambik kira mcm2 situasi rakyat di pelbagai tempat..  payah la kalau jenis mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 nak soh depa balik, stop pkp je la. Ke dah tak mampu nak tanggung depa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 09:20 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-4-2020 06:54 AM
Alang2 nak soh depa balik, stop pkp je la. Ke dah tak mampu nak tanggung depa?

Moga2 MCO (PKP) tamat minggu depan.. Walau bagaimanapun, lebih baik tiadakan Hari Raya tahun ini

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 22-4-2020 09:20 AM
Moga2 MCO (PKP) tamat minggu depan.. Walau bagaimanapun, lebih baik tiadakan Hari Raya tahun ini
...

Iols tak rasa tamat. Sbb ada zon merah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 21-4-2020 11:31 PM
rasa mcm dah terlewat nak balek...harap mrk x paksa la sume balek...

unless kat umah ada intern ...

Betul..bagi option utk student nak balik bila..mungkin ada yg rumah takde internet coverage ,nak study dulu ke..nak siapkan assignment dulu ke.. kalau bercampr dgn student ipta ni kadang2 terkejut ada yg dtg dari kwsn ulu..kwsn pedalaman...rumah berhimpit2 adik beradik ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 10:42 AM | Show all posts
Covid19 replied at 22-4-2020 10:33 AM
Betul..bagi option utk student nak balik bila..mungkin ada yg rumah takde internet coverage ,nak s ...

not juz that...
ada yg asal family susah...
maybe mknn free kat hostel tu 100 x lebih sedap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2020 11:20 AM | Show all posts
PKP: Benarkan pelajar IPT pulang secara berfasa
2-3 minutes

KUALA LUMPUR: Penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wajar dilakukan secara berfasa bagi membendung penularan COVID-19.

Perkara itu dicadangkan Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Tan Sri Lee Lam Thye, jika kerajaan membenarkan pelajar yang terkandas di kampus, pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, jika pelajar dibenarkan pulang pada skala yang besar pada satu masa, ia mengundang kebimbangan penularan virus terbabit.

“Saya menyambut baik kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka SOP (prosedur operasi standard) yang mesti dipatuhi semua pelajar IPT (untuk pulang ke kampung halaman masing-masing).

“Saya merasakan perkara ini amat mendesak dan saya faham perasaan pelajar yang tidak dapat pulang. Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi, saya khuatir pelajar ini akan berdepan tekanan, keresahan dan kebimbangan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Lam Thye berkata, setiap pelajar yang dibenarkan pulang perlu menjalani saringan kesihatan termasuk pemeriksaan suhu badan dan pengesanan gejala.

Katanya, pelajar terbabit juga harus menjaga disiplin diri dengan mengamalkan penjarakan sosial, duduk di rumah dan tidak mengingkari PKP.

“Kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk semua pelajar dan saya berharap supaya mereka bersabar serta mematuhi SOP ditetapkan MKN,” katanya.

Ismail Sabri pada sidang media hariannya di Putrajaya semalam, memaklumkan MKN sedang merangka SOP mesti dipatuhi semua pelajar IPT ketika kembali ke pangkuan keluarga, apabila dibenarkan berbuat demikian.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan kepulangan kira-kira 100,000 pelajar ke pangkuan keluarga masing-masing selepas memperhalusi SOP yang perlu dipatuhi.

Jelasnya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perbincangan dengan MKN bagi menyediakan SOP berkenaan.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
bg la balik, kesian mak pak dok risau kat rumah tu... buat ujian saringan dl.. sedia pengangkutan unt elak bkumpul tmp ramai... insya Allah dipermudahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 11:31 AM | Show all posts
Buat mcm Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) tu.

Depa guna bas depa sendiri pi hantaq balik ke kampung masing2
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesal nak u turn. Kang kluster baru ado kang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 11:38 AM | Show all posts
bg jela diorg balik..dh sebulan lebih dok dekat asrama mestilah dh xbergaul dgn org luar..kire diorg clean la tu..melainkn ade yg curik2 keluar tu lain kes..
apahal plak kluster kayangan kne kuarantin 14hari pastu blh balik jumpe keluarga..yg student dh kne kurung sebulan xboleh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 22-4-2020 11:20 AM
PKP: Benarkan pelajar IPT pulang secara berfasa
2-3 minutes


Akhirnya. ..hehe..........tunggu jela. ...harap ok lah ya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lebih sebulan kan student dikuarantin..insya Allah x de bawak covid19 ke kg..jimat sikir duit gomen nak bg mkn free kat dorang..boleh salur bantuan ke golongan yg lebih memerlukan yg hilang sumber pendapatan disebabkan pkp
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello to pkp4
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 12:03 PM | Show all posts
Bagi jer lah dia org balik. Pelajar balik dari luar negara 14 hari jer di kuarantin, di hotel 5 bintang pulak tu.

Takkan SOP sebegitu tak terpakai utk pelajar ipt dalam negara .
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 22-4-2020 11:53 AM
Dah lebih sebulan kan student dikuarantin..insya Allah x de bawak covid19 ke kg..jimat sikir duit go ...

Amin...kita doakan yg baik2. ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la srh bdk2 tu blk patut dr awal lg. Tp b4 blk buat test dulu. Negatif br bleh blk.
yg ni lg efektif drp kerajaan kena tanggung mkn minum kat kampus. Gila apo. Brp bnyk duit abes? Bdk2 pun da boring dok hostel/umah sewa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2020 02:05 PM | Show all posts


UA sudah rangka SOP bawa pulang pelajar - Perwakilan pelajar

3-4 minutes

KUALA LUMPUR: Beberapa universiti awam (UA) sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk membawa pulang pelajar ke kampung halaman dalam usaha mengelak tercetusnya kluster COVID-19 baharu.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Nur Syahmi Shaare, berkata pihaknya sudah berbincang dengan Malaysia Airlines untuk menyusun pergerakan khususnya bagi pelajar Sabah dan Sarawak.

“Kira-kira 7,000 pelajar di UiTM seluruh negara dan kebanyakannya adalah pelajar Sabah dan Sarawak. Oleh demikian kami perlu menyusun pergerakan dan perjalanan mereka bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“Bagi pelajar Semenanjung, kita akan memastikan mereka naik bas dari dalam kampus dan tidak perlu berkumpul di terminal bas. Pengangkutan perlulah disediakan pihak universiti,” katanya kepada BH.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, pergerakan pulang sedang diteliti dengan pematuhan SOP yang ketat termasuk saringan kesihatan.

Nur Syahmi berkata, cadangan kerajaan untuk membenarkan pelajar pulang adalah amat baik kerana ketika ini, pelajar universiti semakin tertekan dari segi emosi.

“Dari segi kebajikan, kesemua pelajar UiTM amat terjaga tetapi kami tidak mahu timbul isu kesihatan mental kerana ramai di antara mereka dalam keadaan tertekan,” katanya yang berharap penghantaran sepenuhnya akan berakhir sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Akmal Hakim Adnan, berkata pihak mereka akan menyaring terlebih dahulu setiap pelajar yang dibenarkan pulang.

“Kita sedang merangka SOP sendiri sebelum MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan cadangan yang lebih baik. Antaranya adalah memastikan setiap pelajar yang akan pulang nanti berada dalam keadaan sihat sepenuhnya.

“Begitu juga pelajar di luar kampus, mereka dicadangkan akan ‘dikuarantin’ dahulu dalam kampus sekurang-kurangnya seminggu sebelum boleh dibenarkan pulang,” katanya

Muhammad Akmal berkata, hasil kaji selidik yang dilakukan terhadap 1,400 pelajar yang ‘terkandas’, lebih 900 bersetuju untuk pulang ke kampung masing-masing.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaysia, Muhammad Haziq Azfar Ishak, berkata pihaknya ketika ini hanya menunggu ‘lampu hijau’ dari kerajaan untuk membenarkan pelajar pulang.

“Kita sudah mempunyai satu SOP menyeluruh khususnya untuk pelajar dalam kampus kerana isu penghantaran pulang pelajar sudah diketengahkan kepada kementerian sejak dua minggu lalu.

“Antaranya adalah memastikan pelajar mengamalkan penjarakan sosial di dalam bas iaitu jika biasanya sebuah bas boleh memuatkan 44 penumpang, bagi SOP UM pula hanya 22 pelajar sahaja dibenarkan,” katanya yang turut berhubung dengan Malaysia Airlines.

Haziq berkata perkara yang perlu dititik beratkan juga adalah kebajikan pelajar luar kampus yang kini seramai lebih 1,200 yang tidak pulang memandangkan mereka tidak menerima bantuan makanan seperti pelajar dalam kampus.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
di spore utk enforce pkp takde masalah sbb tiada pembangkang yg nak bising2... semua rakyat spore terima keputusan tu demi kebaikkan bersama

tp kat msia ni... dlm pkp pun dok sibuk nak wat persidangan parlimen ... nk bincang bajet la... kononnya pkp ni sbb TSMY takot nk wat sidang parlimen... ekonomi terok la... dn pelbagai alasan lg... tu blm lg dgn perangai rakyat yg sibuk nak kuar... nak ke sana ke sini... dok merayu nak balik kg la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 22-4-2020 11:31 AM
Pesal nak u turn. Kang kluster baru ado kang

Sbb number new cases dah dua digit kot..
Sbb last time masa diorg bising tu cluster syurga xhbis kuarantin sume..
Dan mungkin pkp4 next..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.309545 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list