Louis Vuitton atau singkatannya LV, jenama barangan mewah terkenal dari Perancis sering menarik perhatian ramai dan rebutan golongan berkemampuan kerana rekaannya yang sangat teliti dan ekslusif.
Terbaru, LV memperkenalkan pelindung muka ciptaannya sebagai salah satu koleksi 2021 Cruise Collection yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Kredit foto: New York Post
Kebiasaannya, pelindung muka seumpamanya berharga sekitar RM4.90 setiap satu. Namun, berbeza dengan pelindung muka keluaran LV, setiap satu pelindung muka ini mencecah sehingga RM4,000!
Kredit foto: New York Post
Nampak macam tiada apa yang berbeza dengan pelindung muka biasa kerana ia tetap mempunyai fungsi melindungi individu daripada jangkitan wabak COVID-19.
Tapi itulah, jenama LV kan. Sudah pasti ada pembelinya berebut nanti. - CARI |