CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: CARI-HBZ

[Politik] Pakar Kesihatan Rayu Campur Tangan Agong Henti PRU15, Barisan Hadapan Tertekan

[Copy link]
Post time 8-1-2021 09:57 AM | Show all posts
Gawat Covid-19: 'PN hentikan berbalah, membawa celaka'

Diterbitkan Hari ini 11:11 pm
Dikemaskini Hari ini 11:24 pm
Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata dengan kes positif melepasi 125,000, kematian melebihi 515 dan hari ini merekodkan kes terbanyak 3027, Malaysia berada dalam posisi yang amat gawat.

Ini, katanya dapat dilihat apabila kemudahan kesihatan awam khasnya hospital Covid-19 sudah hampir sarat dengan pesakit, manakala bagi mereka yang tidak bergejala tidak lagi dimasukkan ke hospital dan menjalani kuarantin di rumah.

Semalam KKM memaklumkan sistem penjagaan kesihatan awam negara sedang berada pada "tahap genting."

Justeru, Dzulkefly menyeru kepimpinan gabungan politik negara supaya menumpukan usaha menangani pertambahan kes Covid-19.


"Berhenti berpolitik termasuk berbalah sesama sendiri dalam Perikatan Nasional, sekaligus membawa celaka dan ketidakstabilan buat rakyat dan negara," tegasnya pada hantaran di Facebook malam ini.

Menurut Dr Dzulkefly "pemimpin negara semakin kaget dan cenderung untuk sekadar mengenakan PKP sahaja."

"Sementara itu ada sebahagian pemimpin politik berangan-angan untuk membubarkan parlimen dan mengheret rakyat untuk berpilihan raya," katanya.

Ahli parlimen Kuala Selangor dan pemimpin Amanah itu mengulas kemelut antara dua parti teras utama PN, Umno dan Bersatu.


Mesyuarat MT Umno yang dipengerusikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi malam tadi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno, yang dijadual 31 Januari ini.

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.

Menurut laporan, sebanyak 189 bahagian Umno membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat bahagian masing-masing.

Bagaimanapun bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa berkata dia mendapat maklumat hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan parti serpihannya itu.

Selain itu, terdapat gesaan yang kuat supaya PRU15 diadakan segera daripada pemimpin Umno.

Sementara itu, Dr Dzulkefly juga mengulas surat terbuka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang ditandatangani lebih 40 pakar perubatan negara.


"Surat terbuka ini sememangnya tepat dan wajar untuk perdana menteri kelapan bertindak!

"10 pelan tindakan kritikal yang disarankan dalam surat terbuka ini adalah amat mustahak dilaksanakan segera," katanya lagi.

Menurut surat terbuka itu, pakar-pakar mengambil maklum "pengurusan pandemik Covid-19 negara memberi gambaran yang suram dan tidak terkawal."

"Walaupun dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain, laporan harian kes masih tidak menunjukkan tren penurunan.

"Kadar Insiden Terkumpul (bagi setiap 100,000 penduduk) dan Kadar Kebolehjangkitan (kes aktif bagi setiap 1,000 penduduk) tidak melandai, dengan Kadar Kebolehjangkitan berada pada tahap 0.879 bagi setiap 1,000 penduduk.

"Ini bermaksud antara 8 hingga 9 orang telah dijangkiti untuk setiap 10,000 orang," kata mereka.

Lantaran itu, pakar-pakar ini mengusulkan sepuluh tindakan yang boleh dilakukan kerajaan, antaranya dengan memindahkan semua pesakit bukan Covid-19 ke hospital kerajaan dan swasta yang tidak merawat pesakit Covid-19.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 10:11 AM | Show all posts
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.


silap2 buat pru hanya 189 manusia melayu je dtg mengundi pasal mereka ketua bhg umno
ahli2 biasa pilih duduk rumah dari amik risiko kena kobid
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:16 AM | Show all posts
ramai yg masih tak faham percaturan abah rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:44 AM | Show all posts
Yang kemaruk nak pru ni semata2 nak lepas tengkuk sendiri je.
Bukan peduli rakyat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 8-1-2021 08:29 AM
mana pakar2 kesihatan ni semua bila muhyiddin lepas rentas negeri time kes covid ribu2, tak tutup se ...

Tekanan pakar kesihatan aku yakin bukan kerna the intensity of work per say tapi kelahatan pemimpin2 yg tak dengar nasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 10:59 AM | Show all posts
Masalah utama sekarang bukan PRU... AbahCow & semburit pintu belakang dah gagal.. Patot minta YDPA suruh AbahCow letak jawatan.. ganti dengan orang lain yang dirasakan pada Hemat YDPA lebih layak... kalo tanak PRU, AbahCow punya lemah, ingat buleh selesai masalah kaa?? kununn pakar kesihatan, benda ni pun tak buleh nak pikiaq..

Dok jaja umno gagal ke hulu ke hilir... umno tu bukan ada kuasa banyak dalam KERAjaan AbahCow.. final decision semua control by AbahCow serta barisan punaisihat seperti semburit & beberapa orang lagi.. sebab tu umno desak PRU kerja AbahCow gagal depa pun terpalit sekali dek kerna kebodohan ramai orang kununnn ingat umno ada banyak kuasa untuk tadbir negara ini..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak amek iktibar dpd PRN Sabah ke politicians ni semua..orang sibuk nak dgn kobid dorang tak abes politik
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 8-1-2021 09:23 AM
Akak dah cross check belom senarai nama penerima jawatan glc yg byk dimonopoli umno? Punya la rama ...

PM sape? TPM sape? MF sape? Sape yg lantik BOD GLC tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi cepat Pru15 lagi cepat boleh bina balik ekonomi negara yg hancur sejak PH n PN take over.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 12:02 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 8-1-2021 12:05 PM
silencekiller replied at 8-1-2021 10:59 AM
Masalah utama sekarang bukan PRU... AbahCow & semburit pintu belakang dah gagal.. Patot minta YDPA s ...

heheh start dah sesi saling salah menyalahkan..malu la tuh bila PN dah gagal total...salah abahkau dgn jemin burit je kew?..abistu menteri kkm dgn MKN yg hari2 kluar tv suruh rakyat teguk air suam,ikut sop bagai tu dari parti mana?

ke menteri2 umngok selama dlm kabinet 10bulan ni cuma tau goyang telo jah tunggu gaji masuk akaun bulan2?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 12:06 PM | Show all posts
Bagi tentera amik alih tak payah nak demokrasi sangatlah kalau parti politik dalam Malaysia neh macam hanat semua, sial! Semak betul!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 01:28 PM | Show all posts
tripleid replied at 8-1-2021 12:02 PM
heheh start dah sesi saling salah menyalahkan..malu la tuh bila PN dah gagal total...salah abahkau ...

Nak komen pun nampak bongok.. memang sistem politaik Malaysia ni dikawal oleh PM & paling kanan pun semburit... even macai2 Pakatan Hancing pun tuduh Atok Det yang gagalkan inspirasi kaa janji2 kaa reformasi... suka atau tidak memang PM akan bagi final decision... hang tukaq menteri ayaq suam p bagi kat mantan menteri KKM dari PAN pun... ingat buleh selesai masalah dengan PM AbahCow..

Sebab tu mintak ganti AbahCow bukan the entire KERAjaan kaa menteri cabinet ka apa kaa... nak komen biaq nampak cerdik sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 8-1-2021 10:59 AM
Masalah utama sekarang bukan PRU... AbahCow & semburit pintu belakang dah gagal.. Patot minta YDPA s ...


Blame UMNO atas kegagalan Pee End under Abah Mahiaddin yg Prihatin lg Berpenjana ni sama jer mcm blame Bangnon atas kegagalan Pee Esh under Atok dulu....giler btol

Tp paling dahsyat blame MP PD lah, sbb dia x setelkan masalah2 dlm negara, padahal org tua kutuk tu dlm kabinet pun x.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 11:28 AM | Show all posts
axl_bach replied at 8-1-2021 11:40 PM
Blame UMNO atas kegagalan Pee End under Abah Mahiaddin yg Prihatin lg Berpenjana ni sama jer mcm ...

Siapa blame Bung Nuar dek kerna kegagalan Pakatan Hancing?

Orang ada akai tahu gagal kerna Atok Det memang lagu tu... cara pemerintahan dia dah tak selari dengan peredaran zaman & cara pikiaq dia masih sama mcm penjajah yakni jadikan negara sebagai lubuk duit & jalankan mcm sebuah company yang keja nak pikiaq untung.. ucapan2 dia dah buleh nampak masa jadi PM..

orang2 marah dek kerna cabinet dapur & Bung Nuar sundri yang terkenal bermusuh dengan Atok Det zaman berzaman tapi sanggup menjilat2 dek kerna kuasa terutama Mat Sabu "121 kaa 212" & Lim Tokong... ikotkan sejarah, kebenciaan depa kat Atok Det lebih dahsyat dari Najib tuu... tp sanggup jilat demi kuasa & perjudikan prinsip2 yang kununn depa perjuangkan selama ini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 9-1-2021 11:28 AM
Siapa blame Bung Nuar dek kerna kegagalan Pakatan Hancing?

Orang ada akai tahu gagal kerna A ...

Hehehehe, bkn main ramai yg blame Bangnon tu Broler oiiii....

Nk2 yg blame MP PD sbb katanya x setelkan kes Adib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.109830 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list