View: 9063|Reply: 95
|
Malas Mandi, Membersihkan Rumah Antara Simptom Penderita Kemurungan
[Copy link]
|
|
Penderita kemurungan sebenarnya tidak menyedari apa yang sedang dialaminya. Apatah lagi, gejala kemurungan pada setiap orang kebiasaannya berbeza-beza dan tidak jelas bentuknya.
Tetapi, ada beberapa kebiasaan tanpa disedari sering dilakukan golongan yang menghidap kemurungan dan gejala itu biasanya perbuatan berulang.
Bagi orang disekeliling pula, tanda-tanda yang ditunjukkan boleh juga menjadi petanda golongan ini memerlukan bantuan dan sokongan agar simptom yang ditunjukkan tidak bertambah teruk.
Berikut adalah kebiasaan yang kerap dilakukan oleh penderita kemurungan.
1. Tidak ingin keluar rumah
Ada segelintir pesakit boleh duduk di rumah tanpa keluar selama berminggu-minggu lamanya. Biasanya, perkara ini terjadi kerana terbit rasa benci pada diri sendiri atau rasa tertekan yang memuncak.
Penderita kemurungan juga memiliki tahap tenaga yang sangat rendah dan turut menjadi penyebab mengapa mereka enggan keluar rumah.
2. Dibebani rasa bersalah
Rasa bersalah terhadap sesuatu perkara adalah perkara normal. Tetapi, penderita kemurungan biasanya akan berasa bersalah atas apa juga perkara yang mereka lakukan.
Misalnya, golongan ini berasa bersalah kerana tidak dapat membantu orang yang menjadi mangsa bencana alam atau memberi derma kepada golongan memerlukan. Perasaan bersalah itu membuatkan mereka rasa tidak berharga.
3. Pura-pura bahagia
Kemurungan tidak semestinya berada dalam keadaan sedih tetapi kebanyakan kes penderitanya masih mampu ketawa dan kelihatan gembira. Hal ini terjadi kerana mereka berusaha menyembunyikan perasaan sebenar mereka.
Bagaimanapun, ramai yang gagal mempertahankan 'kepalsuan' yang cuba ditunjukkan dan pada akhirnya mereka akan memunculkan tanda-tanda kesedihan, sengsara dan kesepian.
4. Pola tidur berubah
Kajian menunjukkan kurang tidur boleh memicu masalah kemurungan. Terlalu banyak tidur juga boleh menjadi tanda seseorang mungkin sedang mengalami masalah kesihatan mental.
Meskipun telah tidur dalam tempoh yang lama, penderita kemurungan biasanya akan tetap berasa letih dan mengantuk serta tidak mempunyai tenaga sepanjang hari. Namun ada pula yang sukar tidur.
5. Tiada minat melakukan apa-apa
Salah satu gejala kemurungan yang sering tidak disedari adalah hilangnya minat terhadap perkara rutin atau melakukan aktiviti seperti bersenam, bersiar-siar atau pun ke tempat kerja!
6. Mudah marah dan tersinggung
Perubahan emosi juga membuatkan golongan ini mudah marah dan tersinggung meskipun ia hanya hal kecil dan remeh. Biasanya, kemarahan yang ditunjukkan adalah salah satu cara untuk mengalihkan kesedihan mereka.
7. Tidak menjaga kebersihan
Individu yang cenderung mengalami kemurungan juga kurang menjaga kebersihan diri dan persekitarannya. Mereka menjadi malas mandi atau membersihkan rumah.
Sumber: mStar |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
murung iols baca |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu hoarders sebenarnya ada masaalah ni juga |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur la aku masih rajin mandi n mengemas |
|
|
|
|
|
|
|
aku pulak tak blh tgok rumah tak kemas.....
OCD ke haku..... |
|
|
|
|
|
|
|
perkara biasa di zaman media sosial ... things can make u depressed ... |
|
|
|
|
|
|
|
8. Banyak hutang/loan.
9. Media sosial. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat menyibuk hal orang kat facebook pon satu punca murung gak..asyik tengok orang lain upload benda mewah2..suami isteri romantik bagai...last2 yg takder semua tu jadi murung dgn nasib sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
1,2,3,4,6,7.
I have it all.
Bermula dari lepas divorced. Rase cam memalukan family.
But x nk la self diagnosed diri sendiri ade depression ke hape ke.
But....
Walaupun aku x de niat nk buat mende bukan2 termasuk bunuh diri,
Aku leh paham perasaan tu. Sgt faham perasaan bodoh yang rase lebih senang if semua mende stop.
Bile time perasaan camni, jgn sesekali menyendiri, eventhough tu ape yang hati kite nak.
Find company, x kisah la family ke, best friend ke, yang boleh mendengar tanpa menghukum. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tengok ke kalau bersepah?
Boleh hidup dalam kekotoran??? |
|
|
|
|
|
|
|
missus_meow replied at 9-1-2021 03:07 PM
perkara biasa di zaman media sosial ... things can make u depressed ...
Khenst. Ummah tak sedar, socmed pun penyebab depresi. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 9-1-2021 05:25 PM
1,2,3,4,6,7.
I have it all.
Bermula dari lepas divorced. Rase cam memalukan family.
Stay strong, stay positive though it's effin hard to get where you want to be. Keep trying. Don't stop moving. God bless.
|
|
|
|
|
|
|
|
No.2 & 5 je betul. Yg.lain semua tak tepat. Cuba check ijazah yg.tulih artikel tuh, mesti tipu punyer. |
|
|
|
|
|
|
|
BicaraHatiku replied at 9-1-2021 07:09 AM
8. Banyak hutang/loan.
9. Media sosial.
10 : kena berenti kerja
11 : umur dah nak masuk 40 |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 9-1-2021 09:51 AM
Boleh tengok ke kalau bersepah?
Boleh hidup dalam kekotoran???
Kekotoran tu depan mata. Tapi kalau mcm kemurungan mmg ada dalam kepala. Kemurungan cuma tiada bila tido. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu buat sesuatu utk betulkan minda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada semua simptom. Skrg ni tgh cuba nak atasi. Tambah2 badan cepat letih, penat. Mmg tak minat nk buat apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun ada simptom tapi aku still boleh kawal walaupun takde sokongan sapa2.. cuma kdg2 rasa nak tido lama2 xyah bangun2 tido sebab time tido xyah pikir apa2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|