|
Kalau tak salah patterson mengaku gambar ni sebenarnya hoax...yang dalam gambar dia tu memebr dia! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
http://taraknama.tblog.com/post/1969858525
Bigfoot: Kaum zaman Iskandar Dzulkarnain?
Dilulus terbit pada Wednesday, January 11 @ 19:52:04 CST oleh LinuxPro
Bahan Umum Dihantar Oleh : cakroaminoto
"Dalam Tafsir Al Quran oleh Bapak Ahmad Sonhadji Mohamad dalam Juz 16 muka surat 34 , beliau telah menghuraikan bahawa Dzulkarnian telah menemui satu bangsa yang ganjil keadaannya. Mengikut tafsir al Maraghi menyebut bangsa itu terdedah tubuh badannya ( berbogel) kerana tiada berpakaian, tiada rumah dan terdedah kepada panas matahari.
Mereka mendiami lubang-lubang dalam tanah. Di lubang itulah mereka berlindung pada waktu siang dan keluar pada malam hari untuk mencari makan mengikut cara mereka. Mereka tidak pula mengikut kebiasaan lain-lain bangsa.
Berdasarkan beberapa penemuan rakyat negara kita, hampir kesemuanya mendakwa terserempak dengan makhluk berbulu ini selepas lewat senja dan malam. Adakah ini manusia ganjil yang dikhabarkan oleh Allah swt dalam surah Al Kahfi ini? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : BIGFOOT bukan mawas
Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Gergasi bertapak kaki besar, Bigfoot dipercayai bukan Orang Mawas seperti dikatakan beberapa Orang Asli yang mendakwa pernah terserempak makhluk berkenaan di hutan simpan di negeri ini, pada Ogos dan November lalu.
Walaupun masih tiada bukti sahih mengenai kewujudan Bigfoot, gambaran fizikal beberapa individu mengenai kedua-dua makhluk itu menunjukkan perbezaan ketara sehingga pelbagai pihak menolak kemungkinan Bigfoot adalah Mawas.
Seperti digambarkan beberapa individu yang mendakwa pernah melihat Bigfoot, ia dikatakan bertubuh tegap dan besar, gigi besar, mata warna merah, bulunya berwarna hitam atau merah kehitaman yang meliputi seluruh tubuh dan ketinggiannya antara 3 hingga 3.6 meter.
Makhluk berkenaan tidak menyerang atau mengganggu manusia sebaliknya malu jika terserempak manusia.
Ia hanya makan pucuk kayu muda dan akan menggosok badannya di kulit pokok kayu terutama pokok merbau bagi menghilangkan kegatalan pada tubuh.
Biasanya ia hidup dalam kumpulan satu keluarga termasuk ibu bapa dan anak serta berpindah-randah.
Seorang penduduk Kampung Temenin, Jumaat Aman, 53, yang sering mencari petai di hutan berhampiran muara Sungai Panti, berkata dia pernah beberapa kali terserempak makhluk aneh bersama rakan-rakannya.
Beliau berkata, makhluk berkenaan mudah ditemui pada hari hujan memandangkan makhluk berbulu gergasi itu gemar berteduh di bawah Pokok Payung bagi mengelakkan hidungnya dimasuki air hujan.
Menurutnya, ia berikutan makhluk terbabit yang dipercayai Orang Mawas mempunyai hidung menghala ke atas, selain kaki dalam keadaan terbalik dan tidak seperti ciri-ciri fizikal Bigfoot yang digambarkan beberapa pengkaji di seluruh negara.
Katanya, ketika terserempak dengan Orang Mawas, dia masih ingat cara makhluk berkenaan berjalan dalam keadaan terlalu bongkok sehingga bulu panjang lengannya berjuntai ke tanah.
揔ami beberapa kali terserempak makhluk berkenaan ketika masuk hutan tetapi tidak pernah diganggunya. Malah ia pantas menyembunyikan diri dalam sekelip mata sehingga kewujudannya dianggap sebagai misteri.
揘amun, ketika berkhemah di hutan, kami pernah mendengar bunyi Orang Mawas yang terlalu kuat dan menggerunkan selain pernah sekali dia menceroboh rumah orang untuk mendapatkan makanan pada tengah malam, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saintis jejaki Bigfoot tiga bulan lagi
JOHOR BAHRU: Pasukan saintis tempatan yang ditubuhkan kerajaan Johor bagi meneroka penemuan makhluk berbulu gergasi atau Bigfoot di hutan simpan negeri ini dijangka melakukan ekspedisi saintifik tiga bulan lagi.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata kerajaan negeri kini sedang mengenal pasti saintis dan pakar tempatan yang akan dipilih menyertai pasukan berkenaan.
Katanya, pasukan itu disertai saintis dan pakar dalam beberapa bidang alam semula jadi, flora dan fauna seperti biologi, zoologi, sains hayat, selain masyarakat Orang Asli.
Beliau berkata, penyertaan masyarakat Orang Asli dalam pasukan itu penting kerana mereka mempunyai kemahiran mengenai hutan di negeri ini termasuk Taman Negara Endau Rompin.
Abdul Ghani berkata, 80 peratus daripada keseluruhan 48,000 hektar kawasan Taman Negara Endau Rompin belum diterokai atau dilakukan kajian saintifik secara menyeluruh dan terperinci.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan bilik pameran Kleemann Motor Sports Sdn Bhd di Jalan Tun Razak, di sini petang semalam.
"Kita sedang membentuk pasukan saintis tempatan dan apabila sudah ditubuhkan, kita berharap mereka akan menggunakan rangkaian mereka di luar negara untuk membantu pelaksanaan kajian dan ekspedisi saintifik ini," katanya.
Abdul Ghani sebelum ini mengesahkan mengenai kewujudan Bigfoot di hutan simpan Johor berdasarkan sumber yang diperoleh masyarakat Orang Asli kerana mereka mempunyai kebolehan mengesan Bigfoot menerusi bau dan jejak.
Beliau turut mengesahkan wujudnya makhluk berbulu setinggi lebih tiga meter di hutan simpan di negeri ini sejak bulan lalu, dan mendapat liputan meluas di luar negara.
Ditanya sama ada kerajaan negeri perlu menggubal undang-undang baru bagi melindungi makhluk berbulu gergasi itu jika ia ada di hutan negeri ini bagi mengelak pihak tertentu menangkap, menjerat dan membunuhnya, Abdul Ghani menjelaskan, kerajaan negeri perlu melihat banyak perkara dan aspek.
"Kita kena periksa peruntukan sedia ada daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sama ada ia sudah mencukupi bagi memelihara dan memastikan makhluk berkenaan dapat dilindungi," katanya.
Sejak Disember lalu, akhbar tempatan melaporkan dakwaan beberapa masyarakat tempatan termasuk Orang Asli yang mendakwa melihat Bigfoot di sekitar hutan di daerah Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.
Kebanyakan mereka mendakwa melihat makhluk besar yang bulunya berwarna perang kehitaman, bermata merah dan berjalan seperti manusia, di hutan di Sedili, Gunung Panti, Kahang dan Lenggor di negeri ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
So what exactly is an Orang Mawas? An Ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti kukuh Bigfoot
Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD
[email protected]
KOTA TINGGI: Bukti fizikal kukuh mengenai kewujudan Bigfoot Johor ditemui di kaki gunung Hutan Panti oleh sekumpulan pakar pengkaji bio-diversity dan wakil media, semalam.
Kumpulan itu memasuki hutan berkenaan untuk menyiasat dakwaan penduduk kampung berdekatan bahawa mereka terdengar jeritan mengerikan daripada makhluk itu, Selasa lalu.
Selepas menjejaki laluan hampir tiga jam di dalam hutan berdekatan Kampung Lukut di Panti, kumpulan itu dibawa oleh pekerja ladang kelapa sawit yang mendakwa mendengar jeritan Bigfoot berhampiran ladang berkenaan, kira-kira jam 4 pagi, Selasa lalu.
Difahamkan, penduduk Kampung Lukut turut mendengar jeritan berkenaan sejak empat hari lalu, yang menimbulkan rasa bimbang di hati mereka, sekali gus menghalang orang ramai masuk ke hutan.
Pakar bio-diversity tempatan, Vincent Chow, yang mengetuai kumpulan itu berkata, walaupun tapak kaki kerbau liar di tebing anak sungai itu mengganggu sebahagian besar kesan tapak kaki Bigfoot, kumpulan itu berjaya menemui empat kesan tapak kaki besar yang jelas.
Katanya, empat kesan tapak kaki sebesar kira-kira 50 sentimeter (sm) kali 30 sm dan jelas menunjukkan makhluk berkenaan memiliki empat jari besar dan satu ibu jari serta beberapa kali ganda lebih besar berbanding tapak kaki monyet.
Beliau juga berkata, di bahagian atas seiring dengan tapak kaki berkenaan, mereka melihat beberapa dahan pokok seolah-olah kehilangan daun dan dimakan oleh haiwan gergasi berkenaan.
Pekerja ladang, Yazid Jaafar, 29, berkata kali pertama dia melihat kesan tapak kaki itu pada Selasa lalu, ketika meninjau punca dan lokasi jeritan Bigfoot pada pagi berkenaan.
揔ami dapat melihat dengan jelas kesan tapak kaki besar dan dalam, seperti tapak kaki manusia dengan jari besar dan ibu jari di sepanjang tebing anak sungai itu.
揗akhluk itu datang ke hutan ini dan berjalan di sepanjang tebing untuk makan daun pokok sebelum dipercayai balik semula ke dalam hutan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapak kaki, lolongan bukti Bigfoot
Oleh Abdul Razak Raaff
KOTA TINGGI: Penduduk Kampung Panti yang tinggal berhampiran Hutan Simpan Panti, dekat sini menemui banyak tapak kaki bersaiz besar dipercayai milik makhluk gergasi Bigfoot selepas mendengar lolongan dan ngauman ganjil dari hutan itu pada awal pagi Selasa lalu.
Penemuan tapak kaki gergasi berukuran kira-kira 50 sentimeter panjang dan 30 sentimeter lebar itu boleh menjadi satu lagi bahan bukti fizikal mengenai kewujudan makhluk berbulu gergasi atau Bigfoot di hutan Johor.
Tapak kaki bersaiz besar yang ditemui itu juga dikatakan jelas sekali menunjukkan empat jari dan ibu jari dan bentuknya seakan-akan tapak kaki monyet dengan ibu jari membengkok sehingga 90 darjah.
Penemuan terbaru itu juga menyokong kenyataan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dalam akhbar ini minggu lalu yang mengesahkan kewujudan Bigfoot di hutan Johor.
Pekerja ladang kelapa sawit yang terletak di kaki Gunung Panti, Yazid Jaafar, 29, berkata kali pertama melihat tapak kaki itu pada pagi Selasa.
Beliau berkata, daun pada dahan pokok di sekitar kawasan tapak kaki Bigfoot itu ditemui juga terdapat kesan petikan pada ketinggian melebihi tiga meter dan dipercayai dimakan oleh makhluk berkenaan.
"Saya nampak dengan jelas bekas tapak kaki seperti tapak manusia tetapi jarinya lebih besar di sepanjang tebing sungai berkenaan.
"Makhluk ini mungkin muncul di hutan sekitar kawasan ini dan berjalan di sepanjang tebing sungai berkenaan untuk makan daun dari pokok di situ," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Mengimbas semula kejadian pada awal pagi Selasa lalu, Jaafar berkata, beliau bersama rakannya, Ariffin Sham dan Wan Ahmad Ismail berada dalam kuarters ketika mendengar lolongan dan ngauman ganjil dari hutan berkenaan.
Beliau berkata, bunyi yang didengar itu sungguh luar biasa serta belum pernah didengarinya dan ia seperti cantuman bunyi monyet dan babi hutan.
"Sepanjang tinggal di sini saya tidak pernah dengar bunyi ganjil kerana kami tahu membezakan bunyi haiwan liar yang biasanya ditemui di hutan berdekatan.
"Bunyi berkenaan didengari agak lama kira-kira 10 minit. Selepas itu, kami mengambil lampu suluh dan cuba pergi mencari punca bunyi dan bila berada di kawasan berhampiran kami dengar bunyi dengusan yang kuat dan terus beredar kerana takut," katanya.
Sementara itu, seorang penyelidik bio-diversiti, Vincent Chow yang mengetuai ekspedisi bersama beberapa rakannya dan wartawan dari akhbar kumpulan New Straits Times Press (NSTP) ke tempat kejadian berkata, kebanyakan kesan tapak kaki Bigfoot itu sudah dirosakkan oleh kerbau liar.
Namun, katanya, pasukannya masih berjaya mengesan dan mengambil gambar yang jelas bentuk tapak kaki gergasi itu untuk tujuan penyelidikan pada masa akan datang.
Beliau berkata, terdapat juga kesan ranting dan dahan pokok patah di atas tapak kaki berkenaan yang dipercayai dilakukan Bigfoot untuk mendapatkan daunnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
40 Bigfoot dipercayai hidup di hutan Johor
JOHOR BAHRU 18 Feb. - Persatuan Perlindungan Hidupan Liar Johor mendedahkan terdapat kira-kira 40 Bigfoot berkeliaran di dalam hutan di seluruh negeri ini.
Setiausahanya, Tay Teng Hwa berkata, berdasarkan maklumat ahli persatuan tersebut, Bigfoot paling tua dipercayai berusia dalam lingkungan 60 tahun.
``Mereka sememangnya mengetahui tentang kewujudan Bigfoot di negeri ini kerana beberapa orang ahli persatuan kami tinggal di dalam hutan sejak beberapa tahun lalu,'' katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut serta mendedahkan sumber maklumat berkenaan tetapi sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menjejaki makhluk tersebut.
Menurut Teng Hwa, hasil kajian persatuan itu juga mendapati, sekurang-kurangnya terdapat tiga keluarga Bigfoot atau `Orang Lenggor' mendiami beberapa kawasan hutan di negeri ini.
``Ia mempunyai ketinggian di antara 10 hingga 12 kaki bagi dewasa atau enam hingga tujuh kaki bagi anak. Sebanyak 70 peratus daripada Orang Lenggor itu kelihatan seperti manusia manakala 30 peratus selebihnya adalah seperti monyet,'' katanya.
Beliau memberitahu, `Orang Lenggor' ini pada mulanya berbulu kehitam-hitaman tetapi akan bertukar perlahan-lahan kepada warna coklat apabila usia meningkat.
``Mereka suka memakan ikan dan buah-buahan hutan termasuk durian. Ia juga suka kepada air-air sungai yang mempunyai kandungan garam dan sanggup berjalan jauh untuk mendapatkan sumber garam itu,'' katanya.
Isu Bigfoot tercetus semula hujung tahun lalu apabila Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow berkata, beliau yakin dengan kewujudan makhluk itu di hutan Johor dan ia dibuktikan dengan beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu.
``Ia (Bigfoot) memang wujud. Kami menerima banyak maklumat tentang insiden manusia terserempak dengan makhluk itu seperti di kawasan hutan di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, Taman Negara Endau Rompin dan Kota Tinggi,'' katanya.
Berikutan itu beberapa orang yang mendakwa pernah terserempak dengan makhluk itu tampil menceritakan pengalaman mereka.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga turut mengesahkan laporan media berhubung kewujudan Bigfoot di Johor berdasarkan sumber Orang Asli.
Dalam pada itu, Teng Hwa berkata, terdapat kumpulan penyelidik asing memasuki hutan di Johor untuk menjalankan kajian mengenai makhluk tersebut tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
Menurutnya, kumpulan tersebut meminta bantuan salah seorang ahli persatuan yang tinggal di Kahang untuk membawa mereka masuk ke dalam hutan.
Teng Hwa berkata, penyelidik dari Singapura dan Amerika Syarikat (AS) itu juga membawa peralatan canggih untuk menjejaki makhluk itu.
Beliau khuatir mereka akan mengumumkan mengenai penemuan makhluk tersebut kepada media asing tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
``Pihak berkuasa perlu mengawasi mereka untuk memastikan bahawa isu ini tidak dieksploitasi,'' katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saintis minta bukti 40 Bigfoot di hutan Johor
JOHOR BAHRU: Beberapa saintis dan penyelidik tempatan meminta Persatuan Perlindungan Hidupan Liar Johor menunjukkan bukti berhubung dakwaan kononnya ada kira-kira 40 makhluk berbulu atau Bigfoot di hutan Johor.
Mereka turut meminta persatuan itu menunjukkan kaedah penyelidikan bagi menyokong dakwaan kewujudan Bigfoot seperti yang disiarkan sebuah akhbar semalam.
Seorang penyelidik tempatan yang enggan namanya disiarkan berkata, setiap kenyataan yang hendak dihebahkan kepada umum perlu disokong pelbagai bukti kukuh dan jelas.
Beliau sukar mempercayai hipotesis kajian atau penyelidikan tanpa dijelaskan kaedah dan bukti saintifik, termasuk mengenai kewujudan makhluk berbulu Bigfoot yang tingginya melebihi tiga meter.
"Bagaimana persatuan berkenaan hendak membuktikan bahawa ada 40 Bigfoot di hutan Johor. Apakah bukti dan kajian saintifik mereka yang menyokong kenyataan itu.
揓ika dakwaan mereka benar, maka perlu menunjukkan semua bukti fizikal yang sudah diperoleh supaya dapat dikongsi semua orang, tetapi bagaimana pula sebaliknya," katanya di sini, semalam.
Laporan akhbar itu semalam memetik Setiausaha Persatuan Perlindungan Hidupan Liar Johor, Tay Teng Hwa sebagai berkata, berdasarkan maklumat ahli persatuan itu, Bigfoot paling tua dipercayai berusia lingkungan 60 tahun dan ada tiga keluarga makhluk itu mendiami beberapa hutan di negeri ini.
Sementara itu, seorang saintis universiti tempatan berkata, mengikut etika penyelidikan, penyelidik hanya akan mengumumkan penemuannya selepas kajian selesai dilakukan.
Katanya, mengikut kebiasaan, penyelidik hanya akan mengisytiharkan hasil penemuannya selepas mengkaji setiap maklumat, selain menyelidik setiap bukti fizikal yang ditemui mengikut kajian saintifik.
Beliau berkata, penyelidik juga melakukan perancangan rapi dalam semua aspek dan tidak mengumumkan kaedah penyelidikan sehingga kajiannya selesai bagi mengelakkan ia diciplak.
Sementara itu, kira-kira 20 penyiasat kegiatan paranormal tempatan, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom dikatakan mengadakan ekspedisi sehari bagi menjejaki Bigfoot di hutan di Kota Tinggi, semalam.
Seorang penyiasat paranormal Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, berkata tujuan ekspedisi ialah menjejaki dan membuktikan kewujudan Bigfoot di hutan Johor.
Katanya, ekspedisi kumpulan itu turut dilengkapi pelbagai peralatan canggih untuk mengesan makhluk berkenaan.
"Tujuan kita ialah memastikan kewujudannya berdasarkan kajian dari sudut kepakaran yang kita miliki.
"Sebagai contoh, kita mungkin boleh merekod bunyi makhluk atau merakam tapak kakinya, sekali gus dijadikan bahan bukti," katanya yang turut terbabit dalam menghasilkan dokumentari realiti bercorak seram Seekers yang disiarkan di saluran televisyen ntv7. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Mana bukti?
Oleh Zalifah Mohd Yatim
[email protected]
JOHOR BAHRU: Dakwaan Persatuan Perlindungan Hidupan Liar Johor, ada kira-kira 40 makhluk berbulu gergasi atau Bigfoot di hutan Johor diragui beberapa saintis dan penyelidik tempatan.
Semua bukti dan kaedah penyelidikan mengenai Bigfoot yang dilakukan persatuan itu perlu didedahkan bagi menyokong dakwaan berhubung laporan kewujudan makhluk itu di hutan di negeri ini.
Seorang penyelidik tempatan yang enggan namanya disiarkan berkata, setiap kenyataan yang hendak dihebahkan kepada umum perlu disokong dengan pelbagai bukti kukuh dan jelas.
Beliau berkata, sukar untuk mempercayai sesuatu hipotesis kajian atau penyelidikan tanpa dijelaskan kaedah dan bukti saintifik termasuk mengenai kewujudan Bigfoot yang tingginya melebihi tiga meter.
揃agaimana mereka (persatuan berkenaan) hendak membuktikan ada 40 Bigfoot di hutan Johor dan apakah bukti dan kajian saintifik yang mereka peroleh bagi menyokong kenyataan mereka?
揓ika dakwaan mereka benar maka perlu menunjukkan semua bukti fizikal yang diperoleh supaya dapat dikongsi semua orang, tetapi bagaimana pula sebaliknya, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sierra4 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2
kumpulan penyelidik asing masuk hutan Johor menjejaki BIGFOOT
JOHOR BAHRU 18 Feb. - Persatuan Perlindungan Hidupan Liar Johor mendedahkan terdapat kira-kira 40 Bigfoot berkeliaran di dalam hutan di seluruh negeri ini.
Setiausahanya, Tay Teng Hwa berkata, berdasarkan maklumat ahli persatuan tersebut, Bigfoot paling tua dipercayai berusia dalam lingkungan 60 tahun.
``Mereka sememangnya mengetahui tentang kewujudan Bigfoot di negeri ini kerana beberapa orang ahli persatuan kami tinggal di dalam hutan sejak beberapa tahun lalu,'' katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut serta mendedahkan sumber maklumat berkenaan tetapi sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menjejaki makhluk tersebut.
Menurut Teng Hwa, hasil kajian persatuan itu juga mendapati, sekurang-kurangnya terdapat tiga keluarga Bigfoot atau `Orang Lenggor' mendiami beberapa kawasan hutan di negeri ini.
``Ia mempunyai ketinggian di antara 10 hingga 12 kaki bagi dewasa atau enam hingga tujuh kaki bagi anak. Sebanyak 70 peratus daripada Orang Lenggor itu kelihatan seperti manusia manakala 30 peratus selebihnya adalah seperti monyet,'' katanya.
Beliau memberitahu, `Orang Lenggor' ini pada mulanya berbulu kehitam-hitaman tetapi akan bertukar perlahan-lahan kepada warna coklat apabila usia meningkat.
``Mereka suka memakan ikan dan buah-buahan hutan termasuk durian. Ia juga suka kepada air-air sungai yang mempunyai kandungan garam dan sanggup berjalan jauh untuk mendapatkan sumber garam itu,'' katanya.
Isu Bigfoot tercetus semula hujung tahun lalu apabila Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow berkata, beliau yakin dengan kewujudan makhluk itu di hutan Johor dan ia dibuktikan dengan beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu.
``Ia (Bigfoot) memang wujud. Kami menerima banyak maklumat tentang insiden manusia terserempak dengan makhluk itu seperti di kawasan hutan di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, Taman Negara Endau Rompin dan Kota Tinggi,'' katanya.
Berikutan itu beberapa orang yang mendakwa pernah terserempak dengan makhluk itu tampil menceritakan pengalaman mereka.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga turut mengesahkan laporan media berhubung kewujudan Bigfoot di Johor berdasarkan sumber Orang Asli.
Dalam pada itu, Teng Hwa berkata, terdapat kumpulan penyelidik asing memasuki hutan di Johor untuk menjalankan kajian mengenai makhluk tersebut tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
Menurutnya, kumpulan tersebut meminta bantuan salah seorang ahli persatuan yang tinggal di Kahang untuk membawa mereka masuk ke dalam hutan.
Teng Hwa berkata, penyelidik dari Singapura dan Amerika Syarikat (AS) itu juga membawa peralatan canggih untuk menjejaki makhluk itu.
Beliau khuatir mereka akan mengumumkan mengenai penemuan makhluk tersebut kepada media asing tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
``Pihak berkuasa perlu mengawasi mereka untuk memastikan bahawa isu ini tidak dieksploitasi,'' katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapak Bigfoot dikesan
Oleh Abdul Razak Raaff
JOHOR BAHRU: Wartawan asing yang menemui kesan tapak kaki dipercayai milik Bigfoot di Kampung Lukut China, Kota Tinggi, petang kelmarin, mencetak tapak itu dengan menggunakan plaster untuk mengesahkan penemuan bukti mengenai kewujudan makhluk berkenaan.
Mereka membuat beberapa cetakan daripada tapak kaki yang jelas menunjukkan lima jari yang berukuran 60 sentimeter panjang dan 35 sentimeter lebar iaitu tiga kali ganda le ih besar daripada saiz manusia biasa.
Seorang ahli kumpulan berkenaan, Joshua Gates, 28, dari syarikat Mandt Bros Productions di Los Angeles, Amerika Syarikat berkata, penemuan tapak kaki yang terbenam di dalam lumpur itu adalah satu kejayaan besar.
Katanya, ia juga memberi suatu petunjuk dan bukti secara saintifik mengenai kewujudan Bigfoot di hutan Johor.
"Ini adalah penemuan yang tidak pernah dijangka berlaku pada diri saya sebelum ini.
揙leh itu, kita yakin usaha untuk menjejaki makhluk besar ini positif kerana sudah memperoleh satu bukti fizikal.
"Ia juga petunjuk jelas dan ia boleh digunakan secara berkesan bagi membawa penemuan lebih banyak lagi bukti yang berkait rapat dengan kehadiran Bigfoot di hutan Johor," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, saiz tapak kaki yang ditemui itu berbeza dengan kumpulan monyet atau binatang lain yang pernah ditemuinya sebelum ini.
Katanya, beliau percaya penemuan tapak kaki berkenaan pastinya akan dapat meningkatkan lagi keghairahan dan minat di kalangan penyelidik, pengkaji paranormal dan wartawan di Amerika Syarikat untuk ke hutan Johor, apabila program mengenai penemuan itu disiarkan kelak.
Gates bersama lima ahli krewnya melakukan ekspedisi itu bersama dua wartawan akhbar The Independent dari United Kingdom serta lima penyiasat paranormal dari negara ini dan tiga dari Singapura.
Beliau dan krewnya kini sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan masih belum pasti bila akan datang semula ke Johor.
Gates adalah pengacara program Destination Truth disiarkan dalam rangkaian televisyen NBC Universal Sci-Fci di Amerika Syarikat yang memaparkan pembongkaran mengenai perkara misteri, ganjil dan paranormal.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pelancongan negeri, Fredie Long Hoo Hin, berkata semua persatuan atau penyelidik tempatan yang membawa rakan mereka dari luar negara untuk menjejaki Bigfoot seharusnya mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri.
Katanya, mereka seharusnya membuat permohonan ke pejabat tanah atau pejabat Pegawai Daerah jika ingin membawa rakan mereka dari luar negara untuk membuat ekspedisi menjejaki Bigfoot.
揗ereka yang membawa pelbagai peralatan termasuk kamera sepatutnya mendapatkan kebenaran daripada kerajaan dan tidak sewenang-wenangnya masuk ke kawasan hutan Johor," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Footprint casts hope of finding Bigfoot
Chuah Bee Kim
JOHOR BARU, Tues.
--------------------------------------------------------------------------------
Foreign journalists tracking "Bigfoot" in the jungles of Johor have made a plaster cast of a fresh footprint measuring 60cm by 30cm.
Almost three times the size of a human foot, they feel the evidence indicates they are close to finding and filming the creature.
"This is very close to an actual sighting," said Joshua Gates, 28, who is part of a seven-member expedition to the jungles of Kota Tinggi.
Gates, who found the foot, is the host of Destination Truth, a new television programme to be shown over the Sci-Fi Network in the United States.
The Sci-Fi Network is an NBC Universal television network dedicated to programmes exploring the mysterious, paranormal, fantastic and unexplained.
Gates and his crew have been in Kota Tinggi since yesterday to shoot a documentary on the creature.
The group travelled deep into the jungle and found the footprints in Kampung Lukut after searching an area covering 30 sq km.
"One of the footprints, showing five toes, was especially well preserved in the mud. We made several plaster casts of it.
"This is most credible evidence to date that the Bigfoot might indeed be roaming the jungles of Johor," he said.
"We believe we are on the trail of something really big.
"The size of the footprint doesn抰 match that of any primate or animal we have ever seen.
"This is bound to stir a great deal of interest in the US when the documentary is shown.
"It might prompt more researchers and journalists to come to Johor in search of Bigfoot." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang Lenggor cari habitat baru
JOHOR BAHRU: Koloni Bigfoot atau Orang Lenggor yang dipercayai mendiami beberapa kawasan hutan di Johor kini dipercayai berasal dari hutan di sekitar Grik, Perak yang terpaksa mencari habitat baru atas beberapa faktor.
Seorang aktivis alam sekitar berkata, sekumpulan 17 Bigfoot yang kini diberi nama Orang Lenggor terpaksa mencari habitat baru selepas hutan yang mereka diami di Grik menjadi kawasan pertempuran antara tentera dengan gerila komunis.
揔umpulan itu bergerak ke selatan hingga ke hutan Pahang sebelum menjadikan hutan di Johor sebagai habitat baru, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sierra4 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Gunung Panti 'bigfoot' could be swamp dweller, says expert
R. Sittamparam
JOHOR BARU, Thurs:
--------------------------------------------------------------------------------
THE shape of the giant footprints believed to be that of the Johor Bigfoot discovered near Gunung Panti over the past week shos that that the creature could be a swamp dweller.
The splayed toes as compared to joined toes of the Sasquatch (Bigfoot) of America could imply that the Johor Bigfoot had evolved separately to adapt to the wet and muddy conditions of swamps and river banks of Malaysia.
Universiti Putra Malaysia's Animal Science Department head Dr Azhar Kasim said the creature, obviously being bulky and heavy, required a large and widely spread foot to move about in the soft ground of the Malaysian rainforest.
He was asked to comment on the plaster cast of a large footprint believed to be that of the Johor Bigfoot that was found by a team of local and foreign media and researchers at the Panti foothills on Monday.
SWAMP DWELLER: Notice the splayed toes as indicated in this plaster cast of the giant footprint - pictures courtesy of Vincent Chow
Dr Azhar said the foot formation of the gigantic creature which was seen to be basically a land dweller, was consistent with the areas where the footprints were found, at river banks and muddy spots.
Commenting on yesterday's find of mysterious clearings in the secondary forest area close to where the Bigfoot footprints were, Dr Azhar said it was common animal behaviour to keep its nesting area open and clear.
"This will enable the animal to easily escape when faced with any threats. However in this case there is no nest in the area."
Dr Azhar said another logical explanation could be that the area served as a courtship space for mating couples |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : Kesan tapak kaki mawas
Oleh Ibrahim Isa
JOHOR BAHRU: 揔esan tapak kaki yang ditemui di Hutan Simpan Johor sebelum ini dan dikatakan milik Bigfoot, sebenarnya mungkin kesan tapak kaki mawas yang dibebaskan keluarga Diraja Johor, lebih 30 tahun lalu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
x penah tgk bigfoot.tp penah diberi amaran oleh org asli.katanya kalau jumpa tapak kaki manusia besor gile, jgn bergerak ke arah berlawanan, psl katanya tapak kaki bigfoot ni terbalik.kalau kita jalan ikut tumit dia mmg kita akan jmpa dia.alkisah..tak tau le betul ke idak.wallahua'lam.
tapak kaki rimau penah le nengoknye.hehe... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|