|
sape nk wat team netballl jom la. micha pn nk join. micha bleh jd GS. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by micha at 24-4-2008 07:58 PM
sape nk wat team netballl jom la. micha pn nk join. micha bleh jd GS.
micha...
kalau sunday nanti boleh ke main kat UKM?
tapi yang tu lawan jojo and the gang...
rasanya karam pun nak main sama...
btw - saya main netball twice a week after work
tuesday and thursday before running session
tapi leisure aje.. bukan ada team pun.. best gak..
kalau ada forum members perempuan nak buat team
would be good... micha boleh la tanya kalau ada yang nak
main... saya nak join juga... nanti kita boleh buat friendly
match lawan jojo's team -
(nanti saya suggest kat jojo pm budak lelaki yang selalu kat
board ni.. manraj pun dah jarang sebab sebuk kat college
jojo leh pm akughi reuk hetrek amazed yosh ayuki mr fed.. etc...
mana tahu kan.. depa interested..)
[ Last edited by dexa at 25-4-2008 07:32 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 dexa's post
ukm or hukm? nnt micha cnfirm blk, ari ahad kan.
tula, micha da lama nk wat team netbal. kalo ader bleh lwn team guys. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 micha's post
that would be great -
tu naszryn pun nak join -
dah ada 3 orang dah -
nanti kita tanya yang lain juga -
btw - UKM bangi --
jojo mentioned UKM - |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana nak bagi tenaga utk main netball ni
bila main saya asik pancit je......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 naszryn's post
habis tu - kat mana ye --
mungkin boleh main kat pusat sukan
kg pandan --
ada netballz court kat sana - |
|
|
|
|
|
|
|
04 Julai, 2008
Malaysia Mahu Kekal Juarai Bola Jaring Remaja Asia
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Skuad bola jaring remaja kebangsaan yakin mengekalkan Piala Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia buat kali ketiga berturut-turut.
Malaysia pertama kali menjadi juara pada kejohanan itu di Sri Lanka pada 2004 di Sri Lanka dan di India dua tahun berikutnya.
Ketua jurulatih Choo Kon Lee berkata walaupun bakal menghadapi saingan sengit dari Singapura dan Sri Lanka, kemampuan Malaysia untuk mengekalkan kejuaraan dwitahunan itu tidak akan tergugat berdasarkan persiapan dan komitmen pemain.
"Kami telah menjalani latihan dalam beberapa fasa sejak Januari lepas.
Skuad negara juga menyertai Kejohanan Liga Super di Singapura awal tahun ini sebagai sebahagian daripada persiapan untuk Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia.
"Skuad kali ini dibarisi pemain-pemain senior dan tujuh pemain yang pertama kali mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa," katanya pada sidang media sempana majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia Low Beng Choo di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, Jumaat.
Choo berkata skuad negara menjalani latihan pusat di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar di Johor.
Pada edisi keenam kejohanan yang berlangsung di Hong Kong dari 12 hingga 20 Julai ini, Malaysia diundi bersama-sama Hong Kong, Thailand dan Taiwan dalam Kumpulan A.
Kumpulan B pula terdiri India, Sri Lanka dan Singapura.
Barisan pemain :
Nurul Ain Ramlan (ketua pasukan), S. Aruna, Norhayati Saaidun, Aziemah Abdul Aziz, Siti Sri Dalimah Suhaimi, Fazira Mesnan, Nur Salfarina Muhamad Amin, Noor Atikah Mat Salleh, Nurul Shaffa Mustafa, Izyan Syazana Mohd Wazir, Norashikin Kamal Zaman dan Nur Husna Idris.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 dexa's post
dulu nenek pernah main netball kat taman tasik titiwangsa.
kena la usung tiang dari dalam stadium dia. hehehe
cuba kontek orang taman titiwangsa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
20 Julai, 2008
Malaysia Kekal Juara Bola Jaring Remaja Asia
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Skuad bola jaring remaja negara berjaya mengekalkan kejuaraan untuk kali ketiga berturut-turut Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia.
Skuad negara menumpaskan musuh tradisi, Sri Lanka dengan 61-45 untuk muncul juara edisi keenam kejohanan dwi-tahunan yang berlangsung di Southorn Indoor Stadium, Hong Kong.
Malaysia dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia pada 2004 di Sri Lanka dan dua tahun berikutnya di India.
"Semua pemain telah menunjukkan pretasi terbaik mereka, baik dari segi skil, ketahanan diri dan berjaya mempamerkan semangat berpasukan yang kuat," kata jurulatih kebangsaan Choo Kon Lee melalui kiriman SMS kepada Bernama, malam ini.
Choo berkata sebelum menyertai kejohanan itu skuad negara menjalani latihan pusat di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sejak Januari lepas.
Malaysia selaku juara bertahan telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Hong Kong, Thailand dan Taiwan.
Sementara Kumpulan B pula menyaksikan saingan antara India, Sri Lanka dan Singapura.
Pemain negara dijangka tiba dari Hong Kong petang esok.
Barisan pemain pasukan bola jaring remaja negara terdiri daripada Nurul Ain Ramlan (ketua pasukan), S. Aruna, Norhayati Saaidun, Aziemah Abdul Aziz, Siti Sri Dalimah Suhaimi, Fazira Mesnan, Nur Salfarina Muhamad Amin, Noor Atikah Mat Salleh, Nurul Shaffa Mustafa, Izyan Syazana Mohd Wazir, Norashikin Kamal Zaman dan Nur Husna Idris.
-- BERNAMA
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
congratulations - |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best je...aku pun nak join gak wei...minat gile gn netball ni...
pasal coach tu, msti da lepas da erk...wid nak bulan 4 kan..aku baru 1st time masuk sini..slalu g kat problem ke. gossip ke...best gak ni...aku duk pantai dalam...so, da bergerak ke team ni? |
|
|
|
|
|
|
|
hadiah RM 700 - Pertandingan bola jaring remaja bawah 25 tahun
bola jaring antara salah satu aktiviti yang dijalankan
anjuran kemeterian belia dan sukan sempena Cabaran kecergasan ..
tempat pertandingan - taman tasik titiwangsa(di court tenis)
tarikh 8 dan 9 nov 2008
masa 7.30 pagi
haya terbuka kepada wanita di bawah 25 tahun sahaja
1 st place-RM 700 +medal
2nd place-RM 500+medal
3rd place- RM 300+medal
4 th place- RM 300 +medal
untuk keterangan lanjut:-
sila hubungi yat -012-3010203
suhaila - 012-5419224
atau dapatkan borang penyertaan di
Jbtn belia dan sukan negeri selangor
ting 4,plaza perangsang, shah alam.
- 03-55192326
atau layari www.kbs.gov.my |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...
Saya baru join thread nih. Kat opis saya ni ada la 1 team netball. Kalau ada mana-mana team nak ajak friendly match / ada tournament ke, boleh la invite kami sama. Our opis kat Putrajaya.
Tqs. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 nor5014's post
ada lawan lelaki juga ke -
kalau ada bagus juga
boleh arrange dengan team jojo - |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #59 dexa\ catat
We all tak kisah. Boleh jer lawan team mana-mana. Boleh la MOD tolong arrangekan friendly match tuh erk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|