|
Nabi Muhammad saw pembawa cahaya kebenaran. Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan rahmat Nya Nabi Muhammad saw diutuskan memberi peringatan kepada kita. Oleh itu selayaknya peringatan itu iaitu Al-Quran difahami dan dihayati bersama dengan meminta petunjuk dari Nya... InsyaAllah akan ditunjukkan ke jalan yang benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Tarikh 12 Rabiul awal tertulis dalam Sirah Ibnu Ishaq dan kemudian ditulis semula dalam Sirah Nabawiyah Ibnu Hisham (bab 41, Kelahiran Rasulullah (s.a.w.) dan ibu susuannya)
Ibnu Ishaq berkata: bahawa Abu Muhammad bin Abdul Malik bin Hisham berkata kepadaku bahawa Ziyad bin Abdullah al-Bakka'i berkata kepadaku dari Muhammad bin Ishaq al-Mutallibi yang berkata, "Rasulullah s.a.w. dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun gajah".
Ulamak semua bersepakat bahawa hari Isnin sebagai kelahiran Baginda kecuali tarikh 12 Rabiulawal yang jadi perselisihan. |
|
|
|
|
|
|
|
SUATU KETIKA DULU...
semasa nabi lahir.. orang yang paling gembira.. ialah abu jahal.. dikatakan dia siap buat kenduri.. 100 ekor unta.. seronok sangat dengan kelahiran Nabi saw.. tapi bila nabi dilantik menjadi rasul.. jadilah abu jahal orang yang paling kuat menentang Rasul SAW.. (siapa agaknya golongan dizaman ini yang boleh kita sifatkan seperti abu jahal? hanya seronok sambut maulid saja..tapi...???)
DI ZAMAN INI..
sambutan maulid nabi.. begitu gah sekali.. berarak beramai2.. tapi.. amalan nabi camna? syariat yang dibawa? undang2 Islam? Sunnah2nya??
bila pulak nak dijadikan cara hidup??
come on la sahabat2ku.. tak payah la dibicarakan perkara2 khilaf ni di khalayak umum.. bincanglah sesama mereka yang arif sahaja..
asyik bertengkar perkara2 kecik begini.. sampai bila pun Islam takkan menang.. apa kata kita ikut seruan dr yusuf qardhawi..
natawafuq fi mattafaqna.. wa natasamuh fi makhtalafna..
maksudnya:
marilah kita sama2 bersatu pada perkara yang telah dipersetujui..dan saling memaafkan pada perkara khilafiah
cara orang syiah keluar hukum..lain.. cara orang salaf kuar hukum..lain.. orang khalaf lain.. tapi yang pentingnya camna nak hidup dalam masyarakat.. ihtiramlah pendapat orang lain.. insyaAllah anda kan dihormati.. wallahua`lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Malfator at 1-4-2007 08:40 AM
sekadar memperingati baginda,muhasabah diri dan menambahkan kecintaan kepada baginda... inilah yg selalu dinyatakan oleh sesiapa sahaja bila ditanya "apa tujuan tuan melakukan ini?"....... tidakkah mereka tahu yg beginda SAW telah beberapa kali berpesan dan memberi peringatan kepada sekalian ummatnya supaya MENGIKUTINYA?? dengan mengikuti sunnahnya dan mengamalkannyalah (hakikatnya) telah memadai utk kita mengingati baginda.. sudah amat besar neraca utk dijadikan perbandingan antara kita dengannya.. sudah amat berharga nilai kecintaan kita terhadapnya..
sy tidak mahu berdebat panjang....
apa yg saudara maksudkan itu...
itu lah maksud saya....
dalam pos sy tidak sy tulis yg kita perlu gembira kerana muhasabah diri biasanya memerlukan keinsafan...
dan muhasabah diri juga memerlukan kita mengikuti cara hidup baginda...sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan tarikh sambutan maulidur rasul, jawapan dari Mufti Perak pada 30-Mac-2007, bila ditanya berkenaan tarikh 9 atau 12. Katanya: Kita sambut kelahiran Rasulullah s.a.w. bukan 'hari' kelahiran. Tuan Mufti kata lagi, kalau sambut kelahiran Rasulullah s.a.w. bila-bila pun boleh atau sepanjang tahun pun boleh.
Dari jawapan dia tu aku rasa dia pun tahu yang 12 Rabiulawal tu tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Asalamualaikum Wbt...
Dengan kelahiran Rasulullah SAW itu... Aku berasa sangat bersyukor kerana aku dapat menjadi umatnya... tak kira lerrr berapa haribulan pun baginda dilahirkan yang penting bagi aku bagi telah pun lahir dan dunia nih pun dah berubah sesuai dengan rahmat dan barakah Allah di atas kelahirannya... kalau nak buat macam Abu Lahab tu... sampai korbankan Unta aku tak berdaya cuma aku ikutlah berarak dan bermarhaban dengan rasa bangganya kat atas bumi nih... kerana aku umat Rasulullah tak kira lah kalau orang nak kata aku nih apa bende pun..... yang aku dapat rasa kan masa berarak tuuu memang aku betul-betul bangga dapat jadi umat Rasulullah... andai kata di akhirat esok aku di soal kerana membuat Bida'ah terima jek lerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
ada contoh tak zaman sahabat mrk atau penduduk Makkah/Madinah berarak & celebrate maulidur rasul? kalau memang ada boleh aku pun nak berarak sama tahun depan. terimakasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 2-4-2007 04:23 PM
ada contoh tak zaman sahabat mrk atau penduduk Makkah/Madinah berarak & celebrate maulidur rasul? kalau memang ada boleh aku pun nak berarak sama tahun depan. terimakasih.
Bagaimana agaknya pula para sahabat dulu nak luahkan perasaan mereka yer? Agaknya tak boleh kot...sebab kalau ada kematian tak boleh nangis dan kalau ada kelahiran tak boleh seronok sangat cause nanti boleh jatuh bidaah pulak kerana melahirkan perasaan gumbira. So nak jadi orang beriman maka senyap-senyap ajer lah hidup ini....tak boleh menunjuk-nunjukkan perasaan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2-4-2007 10:30 PM
Bagaimana agaknya pula para sahabat dulu nak luahkan perasaan mereka yer? Agaknya tak boleh kot...sebab kalau ada kematian tak boleh nangis dan kalau ada kelahiran tak boleh seronok sangat ca ...
spt orang iran yg berarak sambil memukul diri agaknya? mrk belajar dari Nabi atau sahabat Rasulullah utk berbuat begitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Malfator at 3-4-2007 01:59 AM
soal ingin melakukan apa2 perkara sudah dijelaskan oleh rasul SAW dengan banyak sekali... antaranya ialah dengan mengikut sunnahnya serta sunnah para khulafa' raasyidin sesudahnya.. yg man ...
Dah banyak baca kitab ker sehingga tahu semua sunnah-sunnah nabi ataupun cuma tahu dari ustaz-ustaz tertentu saja. Kalau dia kata sunnah maka ikut dan percaya aja lah sunnah tu. Yang lain tu bukan sunnah dan tak perlu pulak nak ambil tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 3-4-2007 09:07 AM
spt orang iran yg berarak sambil memukul diri agaknya? mrk belajar dari Nabi atau sahabat Rasulullah utk berbuat begitu?
Sebelum nak mengata orang lebih baik anda buat kajian dulu sebelum ditertawakan pulak nanti. Tau tak bagaimana nak buat kajian sejarah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 3-4-2007 12:54 PM
Sebelum nak mengata orang lebih baik anda buat kajian dulu sebelum ditertawakan pulak nanti. Tau tak bagaimana nak buat kajian sejarah?
oklah. jom kita berarak sambil memukul diri & meraung2 kesedihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 3-4-2007 06:06 PM
oklah. jom kita berarak sambil memukul diri & meraung2 kesedihan.
Hehehe..jangan bang! Itu taklid buta namanya. Belajar dan mengkaji dulu sebelum buat sesuatu tu. Kalau taklid kepada ulama buta seperti Ben Baz pun kena pikiaq dua kali gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 3-4-2007 06:58 PM
Hehehe..jangan bang! Itu taklid buta namanya. Belajar dan mengkaji dulu sebelum buat sesuatu tu. Kalau taklid kepada ulama buta seperti Ben Baz pun kena pikiaq dua kali gak.
tau pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 3-4-2007 07:08 PM
tau pun.
Apa yang tau? Depa berarak tu ada dalil dan sandarannya manakala ko pulak nak berarak ikut done ajer. Tak ker haru jadi nya nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 Malfator's post
rasanya nabi tak pernah pun suruh kita sambut hari lahir dia.. tapi dia suruh mengasihinya.. dan cara utk sayangkan nabi.. banyak! jika khilaf pada tarikh.. camna nak betulkan? tuan ada caranya? pada pendapat saya yang marhain ini.. 12 rabiul awal telah disepakati oleh jumhur.. jadi saya pun ikut je.. salah ke?
bagi orang salaf yang berpegang..semua perkara baru adalah bidaah.. mmg pendapat kita tak sama.. sbb sy lebih suka pendapat bidaah terbahagi dua.. bidaah hasanah dan bidaah dholalah.. dan saya ada dalil pada perkara ni.. bukan ikutan semata..
jika tuan suka mengharamkan orang berzikir selepas sembahyang.. mengharamkan memuji allah dan rasul dalam tahlil.. zikir beramai2.. qunut dan sebagainya.. mmg kita berbeza pendapat.. but i`m not interested in discussing this kind of matter.. dah beratus malah beribu tahun perkara ni dibincangkan.. penyelesaiannya??? ada jumpa ke?? tak pernah selesai pun.. sbb tu saya lebih suka natasamuh fi makhtalafna. |
|
|
|
|
|
|
|
berkenaan sambutan besar2an yang dilakukan sekarang.. saya kurang setuju.. sebabnya.. cuba anda bayangkan..utk majlis peringkat kebangsaan.. seramai 12000 telah merayakannya. 12000 bermakna 12000 pasang baju melayu, jika sepasang baju melayu harganya 200 termasuk sampinnya.. cuba anda kira berapa pembaziran yang telah dilakukan dengan jayanya? 2.4 juta!!!
itu baru bajunya.. belum kira lain2 kos lagi bang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 3-4-2007 07:15 PM
Apa yang tau? Depa berarak tu ada dalil dan sandarannya manakala ko pulak nak berarak ikut done ajer. Tak ker haru jadi nya nanti.
oic. memang ada dalil berarak sambil mencederakan badan. dalil thaipusam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 3-4-2007 09:19 PM
oic. memang ada dalil berarak sambil mencederakan badan. dalil thaipusam.
Hehehe...thaipusam pun thaipusam lah jang. Suka hati mak bapak ekau lah yang melahirkan anak yang jahil ni. Tak dapek den nak buek apo-apo!
|
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Malfator at 4-4-2007 10:32 AM
sabda rasul SAW yg bermaksud : 揃arangsiapa mengada-ada cara baru tentang urusan kami (ibadah) ini, padahal tidak bersumber darinya, dia itu tertolak |
|
|
|
|
|
|
| |
|