CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: braun

MINGGU NI MINGGU EXAM.. CAMNE PERSEDIAAN ANAK2?

[Copy link]
Post time 18-10-2006 09:49 AM | Show all posts
mac pulak yang rasa rugi kak fie.... yela parents tak kisah, mac pulak yang risau ye.... kalau anak my sisters, boleh la mac tolong2 monitorkan.... tapi sisters in law.... nanti ada pulak yang tak suka..... lain pulak jadinya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2006 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by macademia at 18-10-2006 09:49 AM
mac pulak yang rasa rugi kak fie.... yela parents tak kisah, mac pulak yang risau ye.... kalau anak my sisters, boleh la mac tolong2 monitorkan.... tapi sisters in law.... nanti ada pulak yang tak  ...


yup exactly....
Different people have different priorities in life ......
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 02:04 PM | Show all posts
Bantu anak hadapi peperiksaan

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

LAZIMNYA apabila anak menduduki peperiksaan utama sama ada Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, ibu bapa yang lebih berasakan ketegangannya.

Pada saat itu, ibu bapa akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.

Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak.

Ia juga tiket kepada peluang mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai ibu bapa, mereka bertanggungjawab mempersiapkan anak dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

Antaranya mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik anak, memberi dan menerima anak tanpa syarat, menerima kritikan membina daripada anak dan mewujudkan suasana anak berasa dimiliki.

Ibu bapa juga patut mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sering dilakukan iaitu tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi, tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang, tidak membantu anak mengurus masa dengan bijak, tidak menyediakan jadual waktu, tidak peduli jika anak tiada keyakinan diri atau bersemangat, meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak dan kurang berdoa.

Anak belajar secara berkumpulan perlu digalakkan. Kaedah itu lebih berkesan kerana biasanya mereka dapat bertukar fikiran dan bersoal jawab jika ada perkara yang kurang jelas.

Lagipun, suasana pembelajaran seperti itu tidak membosankan atau tidak boleh membuat anak mengantuk.

Secara bersama anak boleh berkongsi nota, membanding jawapan, merumus sesuatu idea dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

Ibu bapa juga tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah. Dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh diserang penyakit ketika hari peperiksaan. Ini pasti menjejaskan keupayaan menjawab soalan.

Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, mereka boleh membantu meletakkan sasaran yang bersesuaian dengan kemampuan anak. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan.

Jika dilakukan secara berterusan, insyaAllah anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan.

Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa. Jadi, tidak mustahil jika kita dikejutkan dengan kes pelajar sekolah membunuh diri kerana mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan.

Ibu bapa boleh dikatakan begitu mengambil berat kemajuan anak. Malangnya, hasrat murni ibu bapa belum mencapai tahap yang memuaskan.

Mereka perlu mengajak anak berfikir mengenai senario akan datang. Peluang untuk masuk ke institusi pengajian tinggi didasarkan kepada merit. Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang.

Jika masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak akan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Seperkara lagi, pelajar kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca. Masih ramai yang menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian.

Sebagai permulaan ibu bapa perlu menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan membaca. Boleh dikatakan sebilangan besar keluarga mempunyai bahan bacaan di rumah.

Bahan itu ada yang disusun dan diguna dengan sempurna dan tidak kurang pula yang tidak menjaganya dengan baik.

Ibu bapa perlu berusaha menyusun bahan bacaan sebagaimana mereka menyusun perhiasan di ruang tamu agar dapat dimanfaatkan anak dari semasa ke semasa.

Bukankah sudah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa ayat yang pertama turun kepada Rasulullah ialah: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah al-Alaq, ayat 1). Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan budaya membaca.

Ibu bapa yang gemar membeli bahan bacaan dan membaca akan menjadi ikutan anak. Berdasarkan itu, ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai kegiatan seisi keluarga sebagaimana budaya solat, makan dan bercuti bersama.

Dengan itu, budaya ilmu secara tidak disedari akan menjadi amalan yang sangat baik bagi kemajuan ummah.

Dalam satu hadis riwayat Abu Nai'm daripada Ibnu Abbas Rasulullah bersabda: "Manusia yang terdekat kepada darjat kenabian ialah orang yang berilmu dan berjihad. Ada pun yang berilmu, maka mereka memberi petunjuk kepada manusia daripada apa yang dibawa nabi. "Dan yang berjihad, mereka berjuang dengan pedang bagi membela apa yang dibawa nabi." Kesimpulannya, ibu bapa adalah pembimbing dan pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar.

Apapun perancangan yang dibuat, jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, segala-galanya akan sia-sia saja.

Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yassin ketika anak menduduki peperiksaan.

Amalan itu dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka. Seterusnya bertawakal kepada Allah selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa yang dihajatkan. Firman Allah bermaksud: "Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal."
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 04:14 PM | Show all posts
buat pertama kalinya Has merasai camana perasaan bila anak nak exam.......dia baru tahun 1 jadi masa ujian bulan MAC rasa macam cemas jugak Has (bukan apa sebab subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeriss itulah).......terfikir dalam otak Has nie boleh ke tidak dia jawab.........hanya berbekalkan pengalaman selama 3 tahun anak di tadika swasta (semasa kat tadika swasta tu rasanya lagi susah soalan Sains dan Metematik yg cekgu deorang buat tu)..... Has beritahu anak Has baca alfatihah 2 kali dan baca ayat 4 kul.....memang dirumah selalu bagi latihan utk semua subjek cuma Has ajar dia membaca doa sewaktu anak sembahyang .......biar anak Has sendiri yang sebut apa yang dia mahu dalam peperiksaan itu......pada Has kalau buat latihan bertubi-tubi setiap malam atau tution TETAPI TIDAK DENGAN DOA KEPADA ALLAH.........rasanya mustahil nak dapat markah A..........cuma Has tidak mahu terlalu mengharap anak dapat semua subjek A........kalau setiap malam anak buat latihan TAPI dia gagal dapat A Has terima sahaja apa yang dia dapat..........cuma Has selalu beritahu kalau dapat semua subjek A ibu akan beri hadiah....cuma yang Has jaga jangan dia demam masa exam bila dah demam otakpun lemah nak berfikir.....dan lagi satu suruh anak tidur awal dari biasa....

.........alhamdulillah masa exam tu hari keputusan di sekolah kebangsaan sama dengan kelas KAFA....cuma BM dia dapat B nampaknya Has kena bagi dia lebih banyak latihan dirumah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 10:42 AM | Show all posts
Anak periksa, ibu turut sibuk
Oleh Zuhayati Yazid

SEMINGGU ini individu paling sibuk dalam keluarga sudah tentu anak yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Berdasar pengamatan, lazimnya bukan setakat anak, ibu bapa juga tidak kurang sibuknya menyediakan apa yang patut agar si anak tenang dan selesa dalam menjalani ujiannya.

Ada ibu bapa sanggup mengambil cuti, manakala bagi yang beragama Islam mereka berusaha dengan cara yang lebih berbentuk kerohanian seperti bernazar, berpuasa atau solat hajat.

Bagi seorang pelajar, persediaan di peringkat awal memang satu kemestian, namun peranan ibu bapa juga mampu bertindak sebagai pemangkin untuk anak-anak mencapai kejayaan di dalam peperiksaan.

Kaunselor Jabatan Perkhidmatan Kaunseling, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Saiful Redza Mohamed berkata, aspek yang perlu diberi penekanan ialah kesediaan anak-anak, fizikal serta psikologi.

Katanya, ada kajian membuktikan bahawa semangat yang diberikan oleh ibu bapa mampu mengubah anak-anak menjadi lebih maju, di samping memberi kata-kata semangat.


Mempengaruhi

Keadaan sekitar yang kondusif juga mempengaruhi mereka menghadapi peperiksaan dengan selamat dan tenang.

揟idak ada salahnya jika ibu bapa bertanya dan duduk semeja dengan anak untuk melihat persediaan mereka menghadapi peperiksaan.

揟anya tahap persediaan dan pada masa sama memberi motivasi melalui sentuhan, pujukan dan kata-kata positif kepada anak-anak,
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 2-10-2006 12:15 PM
sape ada anak amik PMR?
hari nih start dah kan?

anak akak yang kedua amek PMR today.
tadi petang dia called katanya so far 2 paper
yang dah lepas dia rasa dia boleh score.
tad paper BM dan PAI esok selasa BI.
harap dia terus fokus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2007 08:48 AM | Show all posts
BEst of Luck pada anak2 yg sit for PMR. Semoga dapat menjawab kertas soalan dengan tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 12:38 PM | Show all posts
My eldest UPKK since yesterday. As usual, last min preparataion!
Mak yg penat. Demam lak tu 3 hari. Adoi la!!! Ku hy mengharapkan the miracle of ramadhan! Malas wa nak tensen tensen. Nak raya nih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 09:46 PM | Show all posts
doter i exam lepas raye...
baru tadi ajar2 dia, sampai nangis dia... maunye tak kena marah, asyik blur jeee.. jwb lambat2... maybe penat kot... kesian dia...
tu pun sbb dia buat salah yg cuai dlm buku latihan maths dia...

nasib baik laaa dia rajin buat score a tu... dptlah dia belajar advance skit...
but mummy dia kena tolong laaa...

anyway , good luck utk sume anak2 forumers yg nak amik exam
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:06 AM | Show all posts

Reply #49 sari_apot's post

terima kasih  semalam my girl called nangis -nangis.
dia kata di confident je jawab soklan sains and dia rasa senang
sebab yag keluar solan basic kbkk. tapi bila kuar dewan bebudak
lain mengeluh susah ada yang tension gila, jadi dia pun dah rasa
lain macam. bimbang betul klau dia hilang fokus sebab ari ni
paper math dan sejarah. tinggal dua paper lagi lepas ni.
jumaat satu paper khamis satu paper.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by arasham at 3-10-2007 08:06 AM
terima kasih  semalam my girl called nangis -nangis.
dia kata di confident je jawab soklan sains and dia rasa senang
sebab yag keluar solan basic kbkk. tapi bila kuar dewan bebudak
...



LA.... okla dia dapat jawab and org lain susah nak jawab..... yg takutnya kalau the other way round...

hehe.... tapi mac faham, mesti dia rasa semacam ajer and pikir bukan2......

You kasi la semangat kat dia.....

Mac selalu cakap kat anak bila nak sit for peperiksaan kerajaan ni.... once dah selesai a paper, jangan pikir2 lagi pasal paper tu.... takda guna sebab u cant change anything.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 09:18 AM | Show all posts
anak Has plak memang dah terbiasa dengan buku-buku latihan dirumah............Has cuba merancang dari peringkat awal tahun membiasakan anak dengan latihan semua subjek.......supaya bila time exam dia tidak perlu berjaga terlalu lama untuk mengulangkaji semua subjek..........time exam Has suruh dia tidur awal dan Has tak mahu latih anak belajar last minit nanti dah terbiasa susah nanti.....cuma Has bagi tips untuk anak bila jawab soalan tu jawab yang senang dahulu, baca betul-betul soalan dan baca alfatihah sebelum jawab soalan.......Has senantiasa berada disebelah bila anak tengah buat latihan...ajar dia bagaimana nak jawab soalan subjek2 yang tertentu.........Has selalu tanya "apa yang ibu ajar sama tak dengan cekgu ajar disekolah".....kalau tidak anak Has plak berperang dengan Has macam ajar mengeja waktu tadika dahulu....ditadika guna kaedah lain cara membaca dan Has plak guna cara lain..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 10:09 AM | Show all posts

Reply #52 hasmania's post

Bagusla mcm tu Has. Me pun ada beli byk buku2 latihan tambahan sejak awal thn. Tp budak2 ni x sama walau pun satu mak, satu ayah. My 2nd one, no problem at all. Sgt berdikari. Dia boleh buat semua sendiri tanpa disuruh. Bab pelajaran je la. Tp bab kerja2 rumah, hampeh la pulok!
Yg eldest plak, mcm pahat dgn penukul.   Selalu nak buat last min. Bertahun2 sampai dah darjah 5. Letih!!!
Alhamdulillah UPKK dah habis. Ada 2 minggu lg utk final exam kat sekolah. Minggu ni kena concentrate betul2 la. Minggu raya sure dah x lehnya. Bg depa raya sakan kejap!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 10:35 AM | Show all posts
haaa...tu la pasal...lps cuti raye terus final exam....
dgn mak2 die x beraye....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:02 PM | Show all posts
tu la kan..slalunya bila anak exam..bapak ngan anak relax..mak nya yang over..ni dapat lak bulan puasa..kol 9 anak pia dah tido..letih..camna nak belajo..pia pulak tgh mabuk2 skrg..memang tak larat..nak soh bapaknya tolong ..dgn dia2 pon bz jugak..tu baru std 1..kalo dah std 6..maunya tak tido malam..risau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 08:19 AM | Show all posts
Di bulan Ramadhan ni, mac tukar jadual belajar anak mac yg std 5 tu.

Balik sekolah 3pm terus tidur. Start belajar pukul 9pm - 10:30pm. And then lepas sahur at 5:30am cuba curi masa belajar lagi setengah jam sebelum mandi untuk kesokolah.

Kalau hari weekend. anak2 buat ulangkaji lepas sahur from 5:30am to 1pm, with several 15mins/30 mins break in between. And then malam sambung lagi 9pm - 10:30pm.

Adik2 pun join jugak, they will start studying when their kakak starts studying, tapi they will stop much earlier la, esp my son yg attention span dia tu kurang sikit.

[ Last edited by  macademia at 8-10-2007 08:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 08:21 AM | Show all posts
Yes I also believe that regular revision is the best. So anak tak tension masa exam. Mak pun tak tension
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 10:54 AM | Show all posts
Cuti raya hampir ke penghujung.......

Isnin depan dah start exam utk anak2 kita....................
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 10:59 AM | Show all posts
sian anak2 buah...semuanya nak balik awal ke asrama sebab exam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 11:19 AM | Show all posts
yela..... budak U, budak college, budak sek men, budak sek rendah.... semua exam next week.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066254 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list