CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paranormal_85

Cerita pendek yg best...

[Copy link]
 Author| Post time 14-7-2006 07:44 PM | Show all posts

TRADISI SOLEHIN

TRADISI SOLEHIN

Kerana Sabar Menjala.
Kedua-dua lelaki itu begitu bersungguh-sungguh menebar jala masing-masing ke dalam sungai. Salah seorang daripadanya menebar dengan menyebut nama Allah manakala yang seorang lagi menebar dengan menyebut nama berhala. Mereka bertanding untuk membuktikan agama siapa yang benar dan memberi rezeki kepada penganutnya. Siapa paling banyak dapat ikan, dia menang.

Jala yang ditebar oleh si kafir selalu menghasilkan ikan yang banyak. Makin lama ikan yang dikumpul olehnya makin banyak. Hatinya begitu girang. Dan bertambah girang apabila dia mendapati bakul si Muslim masih kosong walaupun telah berpuluh-puluh kali jalanya diangkat.

Si Muslim masih menjala dengan sabar dan tekun. Dalam hatinya tidak sedikit pun terdetik sangka buruk terhadap Allah. "Mungkin ada rezeki yang lebih baik daripada ini untukku!" detik hatinya.
Mulutnya masih mengukir senyum. Akhirnya salah satu daripada jaringannya itu terasa berat.

Setelah diangkat didapatinya ada seekor ikan. Di wajahnya terbayang sedikit kegembiraan. Mungkin yang seekor. Ini pengubat usahanya untuk hari itu. Membawa balik ikan walaupun seekor lebih baik daripada pulang dengan tangan.., kosong. Hatinya tetap bersyukur walaupun cuma direzekikan dengan seekor ikan sahaja.

Malang, ikan yang seekor itu pun terlepas kembali ke dalam sungai. Namun hatinya masih bersabar.

"Mungkin ada hikmahnya!" pujuk hatinya.

Sementara si kafir itu pula ketawa berdekah-dekah melihat malangnya nasib si Muslim itu. Dengan ketawa yang berdekah-dekah itulah si kafir pulang dengan jinjingan bakul yang sarat dengan ikan. Manakala si Muslim pulang dengan tangan kosong dan badan yang penat tetapi hatinya bertawakal kepada Allah.

Melihat kejadian yang pelik itu, malaikat yang menjaga si Muslim terus mengadap Allah untuk mendapat kepastian tentang nasib si Muslim itu. Lalu Allah menunjukkan Syurga yang dikhususkan untuk si Muslim itu kerana kesabarannya. Dan ditunjukkan Neraka untuk si kafir itu.

Malaikat berkata, "Tidak sia-sialah usaha dan kesabaran si Muslim itu walaupun mendapat sedikit kesulitan di dunia, tetapi malanglah nasib si kafir itu walaupun dia bernasib baik di dunia."

-rufaqadaily- :love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


white_angel This user has been deleted
Post time 21-7-2006 01:03 PM | Show all posts
ok juga laa citer ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 03:46 PM | Show all posts

aku setuju....

Originally posted by white_angel at 21-7-2006 01:03 PM
ok juga laa citer ko ni...




TRADISI SOLEHIN- by paranormal_85


best la....

bagi manusia biasa mcm saya, untuk  sabar atau susah didunia dulu dan senang di akhirat kemudian ni  

agak tidak menyeronokkan lantaran daripada hati sendiri yang kotoq dan cinta dunia......

tetapi, membaca cerita2 camni banyak mendidik untuk terima hakikat tuh...
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 22-7-2006 03:55 AM | Show all posts
nak lagi citer2 best..nak lagi...(kid's begging voice)
kalu saya ada citer best, insyaAllah saya pun nak post gak kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 10:01 PM | Show all posts
DIALOG

Tentang qada` dan qadar. Qadar itu ketentuan Tuhan tetapi Qadar itu lebih kepada kemampuan kita. Maknanya kita boleh berusaha untuk lepasi qadar. Bagaimana untuk lepasi qadar yang ditetapkan?

Qada dan qadar adalah salah satu rukun iman. Siapa yang tidak percaya maka rosak imannya. Qada dan qadar ini, tidak seperti rukun Islam. Rukun Islam ada sukatannya dan boleh kita nampak. Rukun iman pula bersifat yakin manakala rukun Islam bersifat perbuatan. Jadi kalau begitu, qada dan qadar itu perlu diyakini sebagaimana kita yakin wujudnya Tuhan. Tuhan itu disuruh kita yakin bukan dengan digambarkan Nya begian-begian. Jadi Tuhan itu disuruh yakin bukan disuruh gambarkan. Begitu juga dengan qada dan qadar. Kita disuruh yakin itu seperti kita disuruh yakin kepada Tuhan, tetapi bukan disuruh untuk difasa-fasakan atau disukat-sukat. Jadi, soal kita disuruh buat itu dan ini, itu bukan kerana hendak menyukat qada dan qadar. Itu perintah yang menjadi syariat. Kita disuruh yakin dengan qada dan qadar itu seperti kita yakin adanya Tuhan. Apabila Tuhan perintahkan kita buat itu ini, bangunkan itu dan ini, maka kita berbuat. Bila kita laksanakannya, is tidak ada kena mengena dengan qada dan qadar tetapi kerana itu perintah Tuhan. Berniaga itu syariat, bertani itu syariat tetapi tidak diukur qada` dan qadar tetapi kejayaannya Tuhan yang ukur. Katalah saya bertani sungguh-sungguh. Kehendak saya hendak dapat 100 guni tapi tiba-tiba dapat 10 guni. Itu lah qada` dan qadar yang Tuhan tentukan. Bukan kita yang tentukan. Tetapi perlu diingat qada` dan qadar itu sudah janj i Tuhan. Ianya tidak sama bagi setiap orang. Kalau saudara ditakdirkan dapat 20 guni, maka saudara akan dapat 20 guni. Kalau saya ditakdirkan dapat 10 guni maka saya akan 10 guni. Yang menentukan qada` dan qadar itu bukan kita tetapi Tuhan. Kita hanya disuruh yakin sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 04:55 PM | Show all posts

Taubat Seorang Wanita Buta

Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:

"Wahai Tuhan, Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?"

"Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu.

"Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91)

"Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"

Perempuan itu menjawab: "Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut. Aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2006 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 19-10-2006 04:55 PM
Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menan ...



SALAM............
dan saya meng'copy' ayat terjemahan yang amat menyentuh seluruh diri saya sehingga bergetar kulit saya.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
["Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91)

Inilah ayat dan terjemahan sepenuhnya untuk kita pertimbangkan bersama.



Dan tiadalah mereka menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia". Bertanyalah : "Siapakah yang menurunkan Kitab  yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan  dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan sesuatu yang tidak diketahui oleh kamu  dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?" Katakanlah: "Allahlah yang menurunkannya", kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.

Perlakuan ini walaupun Allah catatkan berlaku pada zaman Nabi Musa, hingga kini masih kedapatan manusia-manusia yang terus menerus bersifat dan berkelakuan seperti itu.  Ini menunjukkan walaupun sejarah telah berlaku, namun manusia tidak mahu mengambil pengajaran darinya.

Pada pertimbangan peribadi saya, terjadinya hal yang demikian kerana kita mengenepikan kedudukan AL-Quraan sebagai Kitab yang Esa dari PenciptaNya, iaitu ALLAH yang MAHA ESA,

Dan ini juga yang dirintihkan oleh Rasulullah dalam Hadis Baginda, Sabdanya:: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
Hadis ini boleh dicari dalam suroh Al-Furqaan ayat 30
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 09:25 AM | Show all posts

Taubat Seorang Wanita Buta

Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:

"Wahai Tuhan, Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?"

"Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu.

"Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91)

"Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"

Perempuan itu menjawab: "Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut. Aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 09:32 PM | Show all posts

Kisah Rasulullah dan seorang badwi

PADA suatu masa, ketika Nabi Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: ?a Karim! Ya Karim!?


Rasulullah SAW meniru zikirnya ?a Karim! Ya Karim!?

Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi ?a Karim! Ya Karim!? Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi ?a Karim! Ya Karim!?

Orang ituberasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

Orang itu berkata, ?ahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.?

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: ?idakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab??

?elum,? jawab orang itu.

?adi bagaimana kamu beriman kepadanya?? tanya Rasulullah SAW.

?aya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,? jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: ?ahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.?

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, ?uan ini Nabi Muhammad?? ?a,? jawab Nabi SAW.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah SAW. Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata, ?ahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.?

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, dia berkata, ?a Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: ?atakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar.?

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, ?emi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya.?

Orang Arab badwi berkata lagi, ?ika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.?

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, ?a Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: ?erhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu , penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.?

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 02:32 AM | Show all posts

hmmm....

tak kisahlah dari mana sumbernya cerita ini...

hakikatnya...

beruntungnyer....jika mendapat perhatian dari tuhan...

siapelah sy disisiNye...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 04:40 PM | Show all posts
sesungguhnya Allah itu maha pengasih.............
semoga kita semua beroleh kasih sayangNya..........
Aminnnnnnnnnnnn............
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 08:01 PM | Show all posts
suka bawak naik
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 10-2-2007 08:01 PM
suka bawak naik


memang best....cerita wanita buta itu mengundang airmata.....mengetarkan jiwa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 03:28 AM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 22-5-2006 07:53 AM



sory la mengganggu ko punya perasaan... aku cuma nak kongsi jer dengan sapa2 yang ada kat sini.... cerita2 ni cuma pendek jer bukan susah sangat nak baca... ko tak rasa best ker dengan ceri ...



teruskan usaha saudara...
saya sgt bersetuju dgn niat saudara berkongsi ilmu...
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 03:39 AM | Show all posts
Originally posted by luvsuk at 5-6-2006 09:19 PM




bila aku baca yg nih....barulah aku perasan...selama ni Allah sentiasa disisi aku....memberikan rahmatnya...tapi aku lupa dan lalai...lupa bersyukur......selama ni aku ditimpa masalah rup ...



sama ler kita... :malu:
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 06:12 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 9-6-2006 09:15 AM


betul. aku rasa oang melayu kebanyakan tak benci anjing. aku sendiri pun kalo terlihat anak anjing, comelnyaa..terdetik dalam hati. tapi kalo jumpa kat jalan tu biasanya kotor, ada yang kejar ...

Aku pun setuju.
Kalau anjing orang bela biasanya bersih aku suka tgk. Tapi selalu anjing yg aku jumpa tepi jalan penuh dengan kurap takkan aku usap-usap pulak. Even orang yang bela anjing pun aku tgk dia halau bila anjing tu datang.

Bila ada benda mkn lebih aku baling juga bagi kat anjing tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2007 11:11 PM | Show all posts
SEKILAS ......                                                                                                        

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai

Padasuatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelahtembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Makabertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau tujukanmarahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?"
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini .  Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

-rufaqadaily-


[ Last edited by  paranormal_85 at 11-2-2007 11:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 01:55 AM | Show all posts
sesungguhnya cerita ini amat menginsafkan kerana kita hanyalah makhluk,

dan semuanya datang dari Allah hatta buruk sekalipun,

bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 02:09 PM | Show all posts
kalau insaf kenapa katakPisang letak avatar mcm tu?
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 15-2-2007 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 19-5-2006 09:16 PM
BILA RAHSIA SUDAH TERBONGKAR
14/05/2006


Abdullah Al Mubarak mempunyai seorang hamba. Dia berjanji, "Engkau akan aku bebaskan jika aku dibayar seratus dinar."

Oleh kerana terla ...


Moral kisah ini mengikut pendapat saya ;
1. Allah melihat pada takwa bukan kepada kekayaan, bangsa dan keturunan...
2. Jangan berburuk sangka,
3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat redha Allah..
4. Dll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068161 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list