CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Shooting -

[Copy link]
 Author| Post time 28-10-2008 10:14 PM | Show all posts

Reply #40 ecam's post

ah... tak tau la tu....
tak ada reply ni.. mungkin tak ada...

tapi - ada yang tak nampak post tu --
ni thread dah up... hopefully someone
will notice --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2008 10:14 PM | Show all posts
28 Oktober, 2008          

NSAM Rancang Perkasakan Kemampuan Penembak Di Peringkat Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Persatuan Menembak Kebangsaan (NSAM) merancang menambah bilangan jurulatih berkelayakan di setiap pusat latihan negeri bagi memperkasakan kemampuan atlet pelapis.


Setiausaha Eksekutif NSAM Mejar Jasni Shaari berkata pihaknya menyenaraikan beberapa jurulatih tempatan yang berkelayakan untuk diperhalusi Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kita mengalami masalah kekurangan jurulatih pada peringkat negeri dan ada sesetengah pusat latihan tidak mempunyai jurulatih dan diharapkan masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Jasni berkata kekosongan ini perlu diisi jika negara mahu melahirkan lebih ramai penembak muda yang berbakat.

Beliau berkata bagi melahirkan penembak berbakat, pendedahan hendaklah seawal umur 12 tahun kerana seorang penembak akan mencapai tahap kematangan pada usia 16 atau 17 tahun.

Tidak seperti acara sukan lain, sukan ini tidak mempunyai had umur maksimum bagi membolehkan seseorang atlet bergiat aktif dalam mana-mana kejohanan.

Sementara itu, Jasni berkata 20 penembak muda telah dipilih untuk diserapkan ke dalam skuad elit tahun depan.

Katanya kebanyakan daripada penembak muda tersebut terdiri daripada penembak yang mewakili negara pada Kejohanan Remaja Komanwel yang berlangsung di India dari 12 hingga 18 Okt lalu.

Pada kejohanan tersebut skuad menembak negara berjaya membawa pulang tiga pingat perak dan dua pingat gangsa.

Tiga pingat perak diperolehi menerusi Alia Sazana Azahari dalam acara 25m Pistol wanita, Nurfarah Afiqah Taufekh (50m Rifle wanita) dan Muhamad Zubair Mohammad (50m 3 Posisi lelaki).

Dua pingat gangsa pula diperolehi oleh Nur Ayuni Farhana Abdul Halim (10m Air Rifle wanita) dan Wahida Ismail (10m Air Pistol wanita).

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2008 08:53 AM | Show all posts
Pemanah turut 'berburu' di Utah
Oleh Mohd Ali Majid


KEBANGKITAN pemanah remaja cetus harapan besar
negara untuk raih pingat pada Olimpik London 2012.


Tambah pengalaman persiapan hadapi Sukan Olimpik 2012 di London

PEMANAH muda negara yang akan menyertai Festival Olimpik Remaja Australia di Sydney Januari depan, akan turut dihantar bersaing di Kejohanan Remaja Dunia di Ogden, Utah, Amerika Syarikat, pada Julai 2009.

Pengurus Sukan Memanah Cawangan Pelapis di Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Nor Ezuan Mohd Ariffin, berkata kedua-dua kejohanan itu penting bagi memastikan skuad negara mempunyai cukup persediaan menjelang Sukan Olimpik London 2012.

Kedua-dua kejohanan itu juga penting kerana menjadi landasan untuk melayakkan pemanah negara ke Sukan Olimpik Remaja di Singapura 2010 nanti," katanya.

Enam pemanah yang dikenal pasti untuk misi ke Sydney adalah antara 12 pemanah pelapis kebangsaan yang kini menjalani latihan pusat di MSN Bukit Jalil.

Mereka ialah Mohd Faiz Farhan Abd Wahab, Haziq Kamaruddin, Mohd Amirul Faiz Khairul (lelaki) dan pemanah wanita, Fepriyenita Anuar, Nurul Amalina Rosney, Nor Amirah Mohamad.

"Ini kali kedua Malaysia dipilih menyertai kejohanan dua tahun sekali itu berdasar kepada keupayaan yang ditunjukkan oleh pemanah negara di peringkat antarabangsa khususnya di Sukan Olimpik Beijing 2008," katanya yang juga Pengurus Pasukan.

"Selain itu, prestasi yang memberangsangkan oleh pemanah elit negara seperti Mohd Marbawi Sulaiman, Wan Mohd Khalmizan dan Cheng Chu Sian dalam kejohanan yang sama dua tahun lalu, menjadi asas kuat kepada tuan rumah memilih Malaysia sebagai peserta pada kejohanan ini,' katanya.

Katanya, kecuali Fepriyenita Anuar yang sudah mendapat pendedahan awal pada Kejohanan Remaja Dunia di Antalya, Turki Mei lalu, baki pemanah lain adalah muka baru dalam kejohanan peringkat antarabangsa.

"Sebagai sukan yang mempunyai prospek menyumbang pingat di Olimpik nanti, kita mengharapkan pemanah berkenaan mengambil peluang untuk menyahut cabaran kerajaan yang menaruh harapan tinggi kepada sukan memanah," katanya.


****************************************************************************

all the best to our shooting athletes -
bagus ada pelapis2 begini.. buat persediaan olympic nanti -
kalau dapat banyak exposure boleh cemerlang dalam sukan ni -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2009 06:24 AM | Show all posts
Penembak remaja beri cabaran awal

SUBANG JAYA - Bukan sekadar tempelan. Penembak muda negara seolah-olah memberi amaran bahawa kehadiran mereka dalam Kejohanan Menembak Selangor 2009 adalah untuk bersaing dengan penembak senior lain.


Dalam acara 10 meter air rifel wanita semalam di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, penembak kebangsaan, Leftenan Madya Nur Suryani Mohd. Taibi yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara selepas memungut 496.7 mata, bagaimanapun dia diberi saingan sengit oleh penembak remaja, Nur Ayuni Farhana Abd. Halim yang memungut 488 mata beza 8.7 mata di tempat keempat.

Rakan sepasukan Suryani, Shahera Rahim Raja yang memungut 492.9 dan Haslisa Hamed, 488.4 memenangi tempat kedua dan ketiga dalam acara tersebut pada hari pertama sekali gus memenangi acara berpasukan dengan mengumpul mata keseluruhan 1,173 meninggalkan Pahang di tempat kedua (1,150) dan Selangor di tempat ketiga (1,142).

"Saya amat lega dapat memungut 395 mata sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir dan muncul juara dengan memungut mata keseluruhan 496.7, sebelum ini saya hanya memungut 394 mata pada Kejohanan Menembak Kebangsaan tahun lepas," kata Suryani ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Dua lagi penembak muda Noreffani Abd. Malick dan Wahidah Ismail turut memberi cabaran kepada penembak senior negara, Sapiah Pilus dalam acara 25 meter pistol wanita individu, namun kedua-duanya hanya berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

Sapiah yang mewakili ATM memungut 758.1 mata, manakala Noerffani yang mewakili Pahang, 752 mata, sementara Wahidah dari pasukan Kedah memungut 751.7 mata.

Bagaimanapun Sapiah gagal membantu ATM yang hanya memenangi tempat ketiga acara berpasukan dengan memungut 1,626 mata, manakala juara milik Pahang (1,654), manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat kedua (1,652).

"Saya kurang berpuas hati dengan prestasi saya hari ini (semalam) walaupun saya muncul pemenang tempat ketiga, mungkin saya kurang yakin," kata penembak remaja, Wahidah.

Bagi acara 50 meter pistol lelaki individu, Denis Ajoh dari ATM muncul juara selepas memungut 617.4 mata meninggalkan rakan sepasukan Alais Neek Sulong yang berpuas hati dengan 609.4 mata, sementara tempat ketiga milik penembak dari Pahang, Mohd. Ridwan Roslan memungut 593.6 mata.

Kehebatan Denis dan Alais berjaya membantu ATM memenangi acara berpasukan dengan mengumpul 1,554 mata meninggalkan Pahang di tempat kedua, 1,505 mata, manakala PDRM di tempat ketiga, 1,488 mata.

Kejohanan menembak yang berlangsung selama empat hari bermula semalam itu dijalankan serentak dengan acara Kejohanan Menembak Remaja Sportexcel 2009.

Hari ini empat lagi acara akan dipertandingkan 10 meter air pistol wanita, 25 meter rapid fire lelaki dan 50 meter rifel prone lelaki dan wanita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 09:30 AM | Show all posts
Penembak utama tunduk

Oleh FERZALFIE FAUZI



MOHD. Hameleay Abd. Mutalib mengemaskan kedudukan rifelnya
dalam acara 50 meter rifle prone lelaki pada Kejohanan Menembak
Selangor di Lapang Sasar Subang, semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2009 05:56 AM | Show all posts
ATM juara keseluruhan



PENEMBAK ATM (dari kiri) Shahera Rahim, Noriha Rani dan
Nur Suryani Mohd. Taibi menguasai acara 50 meter raifal
tiga posisi wanita berpasukan.



KONTINJEN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendominasi hari terakhir Kejohanan Menembak Selangor 2009 di Lapang Sasar Kebangsaan di Subang semalam.


Mereka mengutip tiga lagi pingat emas, menjadikan jumlah keseluruhan 15 emas.

Pungutan emas terakhir ATM hadir melalui acara 25 meter Centre Fire Pistol Berpasukan Lelaki, 50 meter Raifal Tiga Posisi Wanita individu dan berpasukan.

Shahera Rahim Raja menghadiahkan emas pertama buat ATM apabila membidik 670.8 mata meninggalkan rakan sepasukan, Haslisa Hamed yang mengumpul 666.9 mata untuk kedudukan pingat perak.

Tempat ketiga dimiliki Nordalilah Abu Bakar dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengutip 666.3 mata.

Sementara itu, dalam acara 50 meter Rifle Tiga Posisi Wanita berpasukan, Shahera sekali lagi menghadiahkan emas buat ATM apabila bergandingan dengan Nur Suryani Mohd. Taibi dan Noriha Ab. Rani untuk memungut 1,716 mata.

Dalam acara 25 meter Centre Fire Pistol berpasukan Lelaki, gandingan Mohd. Ridhuan Mohamed, Zulkefli Ismail dan Khalel Abdullah turut menghadiahkan emas kepada ATM apabila membidik 1,675 mata untuk menundukkan pasukan PDRM.

Gandingan PDRM, Mohd. Hashim Desa, Mohd. Agil Abu Bakar dan Darham Ali terpaksa akur di tempat kedua dengan 1,663 mata.

ATM yang bergelar juara keseluruhan kejohanan ini pulang dengan kutipan 15 emas, 10 perak dan empat gangsa.

Dalam kategori remaja, Pahang muncul juara keseluruhan apabila mengutip 14 emas, enam perak dan enam gangsa.

Penembak remaja Pahang, Mohd. Hassanul Adzhar M. Badrin mencuri tumpuan dalam acara 10 meter Raifal lelaki apabila mengumpul 675.4 mata untuk menumpaskan penembak senior dari PDRM, Shahrizal Ishak yang ketingga- lan hanya 0.1 mata untuk merangkul pingat perak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2009 01:14 AM | Show all posts
06 Mac, 2009           

Tiga Penembak Negara Bakal Beraksi Di Jerman

LANGKAWI, 6 Mac (Bernama) -- Tiga penembak negara yang diketuai penembak Sukan Olimpik, Hasli Izwan Amir Hamzah bakal beraksi pada Kejohanan Menembak Rapid Fire dunia di Jerman, mulai 12 hingga 16 Mac ini.


"Dua lagi penembak ialah Hafiz Adzha dan bakat baru Khalel Abdullah yang akan beraksi buat julung kali pada kejohanan itu," kata jurulatih kebangsaan Mohd Hashim Desa ketika ditemui pada sesi latihan di lapang sasar antarabangsa Langkawi (Lisram) di sini Jumaat.

Mohd Hashim berkata kejohanan itu merupakan pendedahan bagi menghadapi Sukan Sea ke-25 di Laos Disember ini.

"Kita berharap orang baru seperti Khalel akan mendapat pendedahan lebih luas kerana ini adalah peluang terbaik untuk timba pengalaman," katanya.

Sebanyak 25 negara termasuk Rusia, England, Australia, Malaysia dan Jerman menyertai kejohanan itu, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hashim berkata 11 penembak bagi acara Pistol dan Rifle sedang menjalani latihan fasa pertama di sini sejak 25 Feb lepas untuk persiapan Sukan Sea.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:51 AM | Show all posts
camne nak menceburi sukan menembak ni ek? ..aku pernah gak menembak sebab bapak aku suka memburu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2009 10:58 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Teman baru jer memceburi sukan menembak nih.
Memula guna 0.22

Teruja jugak....

Tapi seperti biasa......SAFETY 1ST.
Kena pelajari dahulu akan KESELAMATAN n PERATURAN nya.
Peluru yg di gunakan adalah yang BETUL BETUL. (bukan COBAAN)

Mungkin next week teman nak tukar ke 038 ataupun 9mm.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 03:16 AM | Show all posts
Salam..aku adalah ahli tetap dalam Selangor Shooting Club, Subang..

Sesaper nak join kelab boleh PM aku..dan nak rasa pegang G-Lock serta tembak peluru 9mm pon dipersilakan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 10:09 PM | Show all posts
50# swotworld

macam menarik ajer.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 04:18 PM | Show all posts
ni kalau sesiaper yang berminat nk join kelab laa...

Bayaran keahlian RM1000 + Yuran Tahunan RM500 = RM1500
Pastu hanya bayar yuran tahunan sahaja...iaitu RM500 setahun

Kat sana, nk bawak family pon bole..sebab ada kolam renang, court tennis, court badminton dan court squash..

Untuk menembak...
Sewa pistol Glock 9mm - RM2.00
Peluru 9mm sekotak (50 butir) - RM 80.00
Target  - RM0.60 sekeping..

Newbie pon okay..kat sana ada instruktur yg boleh ajar kira mcmana nk menembak..

Air rifle dan Short Gun (tembak plate terbang)..yg ni aku x pernah try lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 04:22 PM | Show all posts
lupa plak bagi link...

http://www.gunclub.org.my/home.html
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 05:06 PM | Show all posts
ok good info.. tp macam mahal jer nk starting... walupun ada faedah nya sebab yuran tu melibatkan 1 tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 09:42 PM | Show all posts
mcm aku, memang ada basic menembak, so bila dah join takde laa kekok sangat.

sebelum kita dibenarkan join, diaorg akan suruh polis siasat dulu latar belakang kita..kalau clean baru buleh join..sebab tu laa kelab akan ambil tempoh 1-2 bulan untuk keluarkan membership card..

haa...salah satu lagi tujuan aku join, bila polis dah clear..dan aku dah join kelab agak lama..maybe aku dibenarkan untuk ambik lesen senjata api..bermakna aku bole ada pistol sendiri...tapi prosedurnya ketat laa..dan memang tidak semudah yang disangka..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 12:44 AM | Show all posts
owh ye ke... ok ler tu.. kena check dulu sebelum dapat jadi membership... owh ari tu kawan aku polis nk g bawak aku g shooting, last2 xbawak2 sampai skrg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 01:07 AM | Show all posts
nanti kalau aku nak pegi sana..aku cakap kat sini..nak join pm aje..then aku bagi no phone..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:16 AM | Show all posts
nk join yang macam mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:48 PM | Show all posts
Join tembak sedas dua, bagi rasa syok dulu...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 12:56 AM | Show all posts
59# swotworld se das ajer? aiyoo kedekut peluru tul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.256673 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list