|
poster best! |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta lesbian 'penyeri' PTB
09-02-2007 11:13:37 AM
oleh ZIEMAN
Pengarah berbakat dan kreatif Osman Ali terpaksa mengorbankan minatnyauntuk bereksperimen bagi memenuhi kehendak penonton, dalam filemsulungnya Puaka Tebing Biru (PTB).
Filem yang pernah tertangguh sedikit masa dulu kerana memberi ruangpada heroinnya Umie Aida pulih dari pembedahan apendiks, dijangka dapatmembuka mata peminat filem Melayu tentang kebolehan pengarah yang satuini.
Sebelum ini, Osman telah pun membuktikan kalibernya sebagai pengarahdalam filem pendek yang mendapat pengiktirafan dalam Bukak Api danMalaikat Di Jendela.
PTB, terbitan Tayangan Unggul, telah dipratonton pada karyawan filembaru-baru ini di GSC, Midvalley dan rata-rata filem ini mendapat reaksiyang berbeza di kalangan penonton.
Ramai yang beranggapan filem ini mempunyai banyak potensi dan akanmendapat menarik peminat ke panggung apabila ianya ditayangkan pada 18Februari nanti.
Menurut graduan kelahiran Akademi Filem Malaysia ini, dia sendiri tidak dapat meneka selera penonton ketika ini.
"Selera penonton tidak boleh dijangka. They are unpredictable. Sayasendiri tidak dapat meneka apa yang mereka mahukan. Harapan saya PuakaTebing Baru akan dapat memikat penonton," ujar pengarah yang yang cukupberhemah ini.
Katanya lagi, "Kalau dulu saya membuat filem untuk kelompok tertentukini ianya berbeza. Saya mahu filem saya ditonton oleh semua golonganjadi saya terpaksa 'mainstream'kan cerita saya. Tidak boleh buatartistik, underground kerana saya mahu ia sampai ke penonton."
Ketika ditanya adakah dia mengikut trend justeru memilih genre seramuntuk filem pertamanya, Osman berkata, "Saya tidak rasa ia sesuatu yangnegatif. Ia juga bukan sebagai mengikuti trend kerana dari dulu lagicerita hantu sudah jadi tarikan sejak Studio Jalan Ampas lagi."
"Kita rancak menghasilkan filem seram sampai satu masa kita dihalangmembuat filem jenis ini, tidak silap saya dari lewat tahun 80anhinggalah ke awal tahun 2000," jelasnya. Bagi Osman, halangan inimembuat ramai penerbit dan penulis skrip frustrated dan kecewa.
"Filem Mistik mengorak langkah membuat filem seram awal 2000, itupunhantunya terpaksa keluar dalam bentuk mimpi. Ini diikuti oleh PontianakHarum Sundal Malam, itupun dalam bentuk mimpi juga. Hanya setelahLembaga Penapisan Filem (LPF) agak fleksibel dalam peraturannya barulahPontianak Harum Sundal Malam II menyusul. Yang paling memberangsangkan,filem hantu ini memperolehi pulangan yang memberangsangkan," terangpengarah kelahiran Pulau Langkawi ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggak utama PTB : Fahrin Ahmad, Amani, Umie Aida dan Nasha Aziz |
|
|
|
|
|
|
|
Nasha Aziz |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh .. 3 Best Actress FFM in one filem ..
Sapa leading ni ? Nasha or Umie ..
Tengok trailer looks promising .. |
|
|
|
|
|
|
|
still waiting.. |
|
|
|
|
|
|
|
antu ijau sudah mari! |
|
|
|
|
|
|
|
ya salam...naper ijau muka hantu nih...cam incredible hulk pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 klubbkidd's post
awat sket sgt gambar nye kidd |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 jac_diehard_fan's post
Nk tgk fahrin r tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 AyieBoyZ's post
:no: nak tgk nasha berkemban :love: |
|
|
|
|
|
|
|
buat penat jer aku gi wayang semlm, ingat dah tayang.....
korang prasa tak, budak yg belakon gubra, adik amani pon blakon kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 buiscasey's post
adik amani ke amani sendiri? rasenye amani |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok promo macam best!! Lepas raya ciner ni....sure wajahku akan terpacak kat panggung wayang!! |
|
|
|
|
|
|
|
tu ar
mcm best jer
nak tgklah |
|
|
|
|
|
|
| |
|