CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AILIOMLELE

[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)

[Copy link]
Post time 5-2-2006 06:44 PM | Show all posts
Harta Suami Isteri
Dalam hidup berumahtanga, masing-masing pihak mempunyai harapan agar perkahwinan mereka berakhir sehingga ke akhir hayat. Dalam tempoh perkahwinan biasanya tidak timbul pertikaian harta. Masing-masing pihak sudah memahami bahawa harta yang diperolehi itu adalah harta mereka bersama. Meskipun suami atau isteri cuba menggunakan atau memanfaatkan harta mana-mana pihak,  biasanya tindakan itu diredhai atau memberi apa-apa ganti rugi secara sukarela atau rundingan bersama apabila ia dibangkitkan. Biasanya, pada tahap ini tidak timbul pertikaian atau tuntutan sehingga dibawa ke mahkamah atau perantara. Apa yang biasa menjadi pertikaian dan tindakan seterusnya ialah apabila pihak suami cuba untuk berpoligami atau timbul perselisihan sehingga membawa kepada perceraian, maka barulah harta mereka yang peroleh itu sama ada di dalam atau di luar rumah cuba dibangkitkan.   Mutakhir ini juga timbul pelbagai asas tuntutan harta yang biasanya dibangkitkan oleh pihak isteri atau bekas isteri misalnya sumbangan secara tidak langsung mereka di dalam rumah seperti mengurus rumah dan anak serta makan minum suami dan sebagainya, apa-apa simpanan suami dalam tempoh perkahwinan yang cuba dituntut atas asas yang sama. Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa atau membantu meringankan bebanan suami yang dikenali dengan prinsip 搒umbangan konstruktif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2006 06:46 PM | Show all posts
.     PENGENALAN

1.1.    Harta sepencarian bukanlah isu baru dalam konteks pemilikan harta di Malaysia. Di antara kes terawal yang telah dilapor ialah kes Tijah v Mat Ali di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada tahun 1884. dan diikuti oleh kes-kes lain di Perak, Terengganu dan di beberapa negeri lain. Sebahagian daripada kes-kes tersebut masih dijadikan rujukan perundangan sehingga sekarang. Namun dalam konteks semasa, di mana ekonomi negara berkembang pesat dan perbezaan jantina tidak pernah  membataskan individu dalam memiliki harta kekayaan, ditambah pula dengan kerapuhan institusi keluarga yang berkesudahan dengan meningkatnya jumlah perceraian, maka isu 揾arta sepencarian
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 5-2-2006 07:08 PM | Show all posts
Saya tak ada masalah dengan rukun harta sepencarian saudara/i Edved...
Cuma pertalianya dengan hak isteri bukan islam dimana suaminya yg baru setahun didakwa memeluk islam.
Bukakah dia lebih berhak terhadap hartanya bekas suaminya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 12:11 PM | Show all posts
Wasiat Harta Secara Hibah

Soalan:
Saya mempunyai pertanyaan tentang wasiat harta. Contoh yang diberikan ialah mengenai wanita yang ditinggalkan suami. Masalah yang saya hadapi adalah berkenaan dengan harta peninggalan wanita bujang. Saya ditinggalkan oleh bapa sejak kecil tanpa nafkah. Dia tidak bertanggungjawab dan tidak pernah memberi nafkah.

Emak sayalah yang membesarkan saya. Mengikut hukum faraid, sekiranya saya meninggal dunia, sebahagian besar hara peninggalan saya akan diwarisi oleh bapa saya dan adik beradik tiri saya (berlainan emak).

Saya mahukan harta peninggalan saya digunakan untuk menjaga kebajikan ibu saya dan anak angkat saya. Bagaimana boleh saya memberikan harta peninggalan saya kepada mereka?


Jawapan:
Seperti yang puan sedia maklum, Islam telah menetapkan prinsip-prinsip untuk pengagihan harta benda si mati yang beragama Islam, yang secara lazimnya dikenali sebagai hukum faraid. Prinsip-prinsip am hukum faraid terkandung dalam al-Quran, Surah An-Nisa, Ayat 11-4. Memandangkan persoalan puan bukan berhubung dengan hukum faraid secara khususnya, maka jawapan ini tidak akan mendalami isu tersebut.

Persoalan puan adalah berhubung cara-cara untuk meninggalkan harta benda puan kepada ibu dan anak angkat puan. Seorang Islam boleh meninggalkan wasiat, tetapi wasiat tersebut mesti mematuhi syarat-syarat berikut:

1. Suratcara wasiat tersebut tidak boleh mewasiatkan lebih daripada satu pertiga harta benda orang yang memberi wasiat.
2. Penerima wasiat tersebut mestilah seorang yang tidak disenaraikan sebagai waris dalam hukum faraid - syarat kedua ini adalah hukum mengikut mazhab Sunni.

Bagaimanapun, kebanyakan ulama Sunni juga berpendapat bahawa wasiat yang meninggalkan harta benda kepada salah seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid (contohnya, anak perempuan si mati) masih sah sekiranya waris-waris yang lain bersetuju dengan isi kandungan wasiat tersebut selepas kematian pemberi wasiat

Namun, memandangkan masalah yang mungkin timbul, wasiat sedemikian adalah tidak dinasihatkan bagi seseorang Islam.

Dalam kes ini, anak angkat puan bukanlah seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid. Maka, puan hanya boleh mewasiatkan harta benda yang nilainya tidak melebihi satu pertiga nilai jumlah keseluruhan harta benda kepada anak angkat puan.
Sekiranya harta benda yang diwasiatkan di bawah wasiat tersebut didapati kelak adalah lebih daripada satu pertiga nilai keseluruhan harta benda pemberi wasiat, maka waris-waris yang sah boleh memohon untuk mengeluarkan sebahagian harta benda yang terkandung dalam wasiat tersebut supaya nilai yang diberi tidak melebih had satu pertiga.

Ibu puan pula merupakan seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid. Menurut perkiraan hukum faraid, ibu puan akan berhak mendapat satu pertiga dan ayah berhak mendapat dua pertiga dari harta benda puan.
Di negara kita, nisbah pembahagian harta benda menurut hukum faraid secara lazimnya ditentukan oleh Mahkamah Syariah melalui sijil faraid. Sekiranya puan telah meninggalkan wasiat, maka pembahagian harta benda kepada ayah dan ibu akan dilakukan selepas pengagihan harta benda kepada penerima wasiat.

Hukum faraid tidak akan terpakai sekiranya si mati, sebelum kematiannya telah memindahkan harta bendanya kepada orang lain. Jadi, dalam keadaan sekarang ini, puan bolehlah mempertimbangkan sama ada ingin memindahkan harta benda yang tertentu kepada ibu atau anak angkat semasa hayat puan (sekiranya puan tidak ingin memberi wasiat kepada anak angkat puan).

Melalui proses ini, waris-waris puan yang lain tidak akan berhak langsung kepada harta benda puan kelak.

Proses pemindahan harta benda ini boleh dilakukan dalam beberapa cara. Contohnya, jika puan memiliki sebuah rumah, puan boleh memindahkan rumah tersebut kepada nama ibu atau anak puan menerusi prosedur di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Selain itu, puan juga boleh menghadiahkan rumah tersebut menggunakan konsep syariah yang dipanggil hibah kepada ibu atau anak puan dan pendaftaran pemindahan tersebut di pejabat tanah (di bawah Kanun Tanah Negara 1965) boleh dilakukan kemudian.

Jika puan mengambil khidmat seorang peguam, maka peguam tersebut akan memberi nasihat mengenai selok-belok proses pemindahan ini.
Perlu dijelaskan bahawa hanya bayaran terhadap proses pemindahan atau hibah yang perlu dilakukan dan tiada apa-apa bayaran lain yang perlu dibayar.

Isu yang paling penting di sinilah adalah puan mesti memindahkan harta benda yang ingin dipindahkan semasa hayat puan. Sekiranya terdapat syarat bahawa pemindahan harta benda akan berlaku hanya selepa kematian, maka ia tidak sah dari segi syariah dan hukum faraid akan menentukan pembahagian harta.

Hibah itu juga mestilah diterima oleh si penerima. Jika si penerima tidak tahu bahawa ia telah dihibahkan sesuatu benda, maka hibah tersebut mungkin tidak sah dan hukum faraid yang akan menentukan cara pembahagian benda tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 12:13 PM | Show all posts
Isteri mendapat hak yang paling sedikit (1/8), tetapi adakah itu kesudahannya?

Apabila anda mendengar bahawa seorang isteri hanya mendapat satu per lapan (1/8) bahagian harta peninggalan suaminya, mungkin anda berpendapat perkara ini tidak adil. Dari dulu lagi, undang-undang ini digunakan. Mungkin juga timbul rasa tidak puas hati di antara kaum wanita yang membanting tulang membantu suami dan keluarga. Apatah lagi perasaan mereka yang selama ini terpaksa bekerja dan mengurus keperluan seisi rumah semasa suami hidup. Adakah adil sekiranya mereka mendapat harta yang paling sedikit sedangkan merekalah yang perlu meneruskan tanggungjawab mengurus keluarga setelah kematian suami kelak?

Sekiranya seseorang tidak mengetahui 'cerita sebenar' mengenai cara pembahagian harta menurut Undang-undang Islam, akan berlakulah kekusutan dan andaian yang bukan-bukan. Walaupun seorang isteri hanya berhak ke atas 1/8 bahagian harta suaminya, dia tetap berhak menuntut harta sepencarian, iaitu setengah (1/2) daripada harta peninggalan yang boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Harta sepencarian selalunya menjadi isu kerana harta sepencarian ditafsir mengikut undang-undang negeri dan tempat si mati bermastautin. Harta sepencarian bukanlah hukum Allah dan ia tidak termasuk dalam hukum faraid, tetapi harta sepencarian adalah sekadar 'adat yang diperhakimkan'. Sehubungan dengan itu hak harta sepencarian seringkali menjadi isu tuntutan di Mahkamah Syariah, kerana pemberiannya adalah tertakluk kepada Undang-undang Syariah tempatan dan budi bicara tuan hakim.

Sebagai seorang suami bertanggungjawab dan menyayangi isterinya, dia tidak akan berfikir tentang isteri kahwin lain setelah kematinya kelak. Naluri seorang ibu selalunya lebih kuat berbanding nafsu kerana kebiasaannya seorang ibu akan meletakkan kepentingan anak-anaknya terlebih dahulu, berbanding dengan kepentingan diri sendiri. Untuk memberi isteri bahagian yang lebih supaya dia boleh menjalankan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak tanpa sebarang masalah, sebagai seorang suami, anda bolehlah menggunakan instrumen hibah.

Hibah boleh dibuat untuk memberi sebahagian harta kepada isteri. Harta tersebut tidak akan termasuk dalam senarai harta yang perlu diagihkan mengikut hukum faraid. Ini menunjukkan bahawa agama Islam adalah adil kepada semua umatnya, tetapi kita perlu peka dan perlu berusaha untuk memastikan keadilan dan hak masing-masing dilindungi. Tiada undang-undang yang menjalankan semua tanggungjawab peribadi, tidak kira samada ia merupakan Undang-undang Syariah ataupun Undang-undang Sivil.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 12:14 PM | Show all posts
Baki harta anda akan disalurkan kepada baitulmal sekiranya anda tidak mempunyai waris lelaki. Bagaimana pula dengan anak perempuan, anak angkat, anak luar nikah dan rakan?

Jika anda tidak mempunyai seorang waris lelaki, maka baki harta (selepas menolak bahagian dan hak waris-waris yang berhak) akan disalurkan kepada baitulmal. Berikut adalah contoh:

Contoh 1) Waris yang hidup hanyalah: seorang ibu dan seorang isteri. Ibu mendapat 1/3 bahagian dan isteri mendapat 1/4 bahagian. Sebahagian lagi harta yang ditinggalkan akan disalurkan kepada baitulmal sekiranya tiada wasiat atau instrumen hibah digunakan untuk mengurus harta anda. Walaubagaimanapun, anda masih mempunyai kuasa untuk memberi bahagian yang lebih kepada ibu dan juga isteri.

Contoh 2) Waris yang hidup hanyalah: seorang isteri dan dua orang anak perempuan. Isteri mendapat 1/8 bahagian dan 2/3 bahagian dikongsi oleh dua orang anak perempuan. Baki harta disalurkan kepada baitulmal.

Contoh 3) Tiada waris yang hidup. Apabila tiada waris yang hidup, tidak bermakna anda tidak boleh menyalurkan harta yang ada kepada individu, institut atau mana-mana pihak mengikut keinginan anda. Jika anda meninggal dunia tanpa membuat wasiat atau menggunakan instrumen hibah, maka kesemua harta anda akan disalurkan kepada baitulmal. Jika anda membuat perancangan maka anda bolehlah mewakafkan harta, memberi kepada rakan karib dan individu-individu yang memainkan peranan sebagai anggota keluarga semasa hayat anda. Adakah ini lebih bermakna? Anda bukan sahaja dapat mengawal dan mengurus harta yang ada, malah anda dapat membantu individu lain selain melakukan amal jariah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.

Contoh 4) Anda hanya mempunyai anak angkat dan keluarga angkat. Anda masih beruntung kerana mempunyai keluarga walaupun mereka bukan darah daging anda sendiri. Hukum faraid tidak mengiktiraf anak angkat dan keluarga angkat sebagai ahli waris harta pusaka walau sebanyak mana pun pengorbanan yang dilakukan mereka atau betapa banyak kasih dan kitang dicurahkan. Siapa kata anak angkat dan keluarga angkat tidak boleh menerima harta pusaka anda walaupun mereka tidak dianggap sebagai ahli waris? Terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan mereka menerima harta pusaka anda, asalkan anda mengambil tindakan yang sewajarnya semasa hidup.
Jangan salah faham. Orang perempuan tidak ditindas, tetapi hukum Allah menetapkan bagi orang lelaki untuk menerima bahagian harta yang lebih banyak daripada orang perempuan kerana tanggungjawab melindungi orang perempuan dan orang yang bergantung hidup dengan mereka. Kita setuju dengan pendapat kalian bahawa dalam era ini, orang perempuan juga memainkan peranan yang sama, malah ada juga di antara mereka memikul tanggungjawab yang lebih banyak berbanding dengan orang lelaki. Kita tidak boleh mengutuk atau mengubah hukum Allah, tetapi kita boleh merancang dan mengambil tindakan proaktif bagi menjamin hak masing-masing, tidak kira jantina, umur, kelayakan, status perkahwinan, status pekerjaan ataupun taraf kehidupan. Orang miskin dan daif juga perlu mempunyai wasiat. Ini menunjukkan betapa pentingnya instrumen wasiat di dalam ekonomi dan struktur kekeluargaan umat Islam.

Hak anak angkat dan anak luar nikah perlu dilindungi kerana mereka tidak bersalah. Mereka juga memerlukan kasih kitang dan bahagaian harta walaupun dari segi hukum faraid, mereka tiada sebarang hak. Jangan biarkan mereka menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2006 12:14 PM | Show all posts
Anda mempunyai anak lelaki atau anak perempuan? Anda masih perlu mengambil tindakan sekarang. Mengapa?

Sesetengah keluarga yang mempunyai anak lelaki tersenyum lebar dan lega kerana ada mempunyai pewaris harta yang kuat. Walaupun anak lelaki boleh mewarisi harta anda, dan secara automatik dia melindungi harta keluarga daripada ahli sanak-saudara lain, masih ada keperluan untuk merancang dan mengurus harta yang bakal ditinggalkan. Anda perlu memahami setiap sudut ilum faraid, wasiat, hibah, harta sepencarian dan pembahagian harta. Mengapa? Hak individu adalah terbatas dan ada kebarangkalian perkara yang tidak diingini berlaku.

Pertama sekali, sekiranya anda lega mempunyai anak lelaki sebagai pewaris harta yang ada, anda masih perlu merancang harta yang ada untuk melindungi hak isteri, ibubapa dan anak-anak yang lain jika ada. Anak lelaki anda mungkin seorang yang penyayang dan bertanggungjawab, tetapi masih ada kemungkinan untuk dia menjadi kurang bertanggungjawab setelah menerima harta, atau dihasut oleh orang lain. Kes seperti ini sudah biasa di kalangan orang kita. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara-cara dan kaedah untuk mengurus harta dengan baik. Setiap individu perlu mempunyai hak masing-masing supaya mereka boleh berdikari dan hak yang diwarisi tidak dipertikai di kemudian hari.

Kedua, setiap orang yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Tidak mustahil bagi waris yang kuat meninggal dunia samada sebelum, bersama atau selepas kematian pemilik harta sebenar. Oleh itu, dalam setiap wasiat dan perancangan harta, perlu diambil kira faktor-faktor lain seperti usia, ahli keluarga lain, ekonomi, masa depan dan perancangan peribadi. Tiada rancangan yang benar-benar sempurna dan sebagai makhluk Allah, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Ketiga, ada kemungkinan anak perempuan anda yang menjaga dan menunaikan tanggungjawab melebihi anak lelaki. Terdapat banyak kes di mana anak perempuanlah menjaga ibubapa yang sakit tenat sehingga hembusan nafas terakhir walaupun mereka telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Anak-anak perempuan masih mendapat setengah daripada bahagaian anak-anak lelaki. Sebagai ibubapa, anda berkuasa memberikan bahagian harta yang lebih banyak kepada mereka yang menyumbang. Sebagai contoh, seorang ayah yang telah berumur, memberikan harta yang lebih kepada anak perempuanya berbanding anak lelaki, (tetapi tidak menafikan hak anak lelakinya menurut hukum faraid), kerana beliau mengetahui bahawa anak perempuannya yang menjaga kepentingan semua ahli keluarga berbanding anak lelaki yang hanya menjenguk setahun sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 12:15 PM | Show all posts
Beberapa Fakta Tentang Wasiat

Apa itu dokumen wasiat?
Wasiat adalah satu dokumen bertulis mengenai arahan-arahan si pewasiat
tentang apa yang perlu dilakukan oleh wasi dan waris-warisnya selepas
kematiannya. Arahan tentang bagaimana harta-harta pewasiat juga boleh
dimasukkan ke dalam dokumen wasiat.
   
Kenapa dokumen wasiat penting?
Harta yang tidak mempunyai penama seperti hartanah, akaun simpanan dan semasa
dan yang lainnya akan dibekukan apabila tuan punya meninggal dunia. Proses
pewarisan harta-harta di atas tanpa dokumen wasiat akan mengambil masa lebih
lama berbanding jika simati mempunyai dokumen wasiat.
   
Siapa yang perlu membuat wasiat?
1. Pemilik-pemilik harta
2. Ibu atau Bapa tunggal
3. Pasangan yang tiada anak
4. Pasangan yang mempunyai anak angkat
5. Pasangan yang tiada anak lelaki
6. Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
   
Masalah tanpa dokumen wasiat.  Tempoh pengagihan harta pusaka yang lama :
Terdapat kes harta pusaka tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 5, 10, 20
tahun atau 1 generasi malahan 3 generasi.
   
Harta sepencarian :
Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syar抜ah dan memakan
masa yang lama.
   
Keluarga yang mempunyai anak perempuan sahaja :
Sebahagian harta simati akan menjadi milik adik-beradik simati (jika ibu/
bapa simati tiada). Timbul konflik kepada pasangan yang perlu membesarkan anak.
   
Konflik pemegang amanah :
Tanpa perlantikan wasi, hak anak di bawah umur boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tamak dan tidak bertanggungjawab.
   
Perbalahan keluarga :
Perbalahan di antara waris-waris mudah berlaku dan menjejaskan hubungan silaturrahim.
   
Apakah harta yang memerlukan dokumen wasiat untuk diuruskan?
1. Akaun-akaun bank (semasa dan simpanan)
2. KWSP, Takaful, Insurans, Tabung Haji dan Akaun Saham Amanah
3. Rumah, Tanah dan apa-apa sahaja harta tidak alih yang lain
4. Saham-saham di syarikat persendirian dan tersenarai

Untuk penulisan wasiat, ada banyak pihak yang menyediakan perkhidmatan menulis wasiat seperti Amanah Raya Berhad, Bank Muamalat, Maybank etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2006 12:18 PM | Show all posts
QUESTION & ANSWER ABOUT WASIAT & HIBAH (dari website http://www.wasiyyahshoppe.com/v2/index.php?section=48)

ISU DOKUMEN WASIAT.
Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.

Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?
Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.

Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?
Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.

Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?
Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.

Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?
Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.

Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?
Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.  

PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT.
Soalan : Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?
Jawapan : Sebenarnya, dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tanah, rumah, nombor akaun KWSP, nombor akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera, salinan kad pengenalan dan surat beranak waris-waris. Walau bagaimanapun dokumen-dokumen ini tidak perlu disediakan segera kerana yang lebih penting lagi di dalam dokumen wasiat ialah PERLANTIKAN WASI.

Soalan : Apakah itu Wasi dan apa peranannya ?
Jawapan : Wasi ialah individu atau entiti yang kita percayai dan fungsi utamanya ialah untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka  serta menjalankan arahan-arahan  lain di dalam dokumen wasiat. Di Wasiyyah Shoppe kami sentiasa mencadangkan agar AMANAH RAYA BERHAD dilantik sebagai wasi di dalam dokumen wasiat pelanggan kami.

Soalan : Jadi, sekiranya saya hendak membuat wasiat dan melantik Wasi, berapa lamakah proses itu akan berlangsung ?
Jawapan : Sekiranya tuan melantik AMANAH RAYA BERHAD sebagai wasi tuan, wasiat tuan boleh kami sediakan di dalam masa 3 minit sahaja !

Soalan : Secepat itu ?
Jawapan  : Ya. Kerana di Wasiyyah Shoppe kami mempunyai perisian penyediaan dokumen wasiat Islam yang kami panggil E-Wasiyyah dan perisian ini memudahkan kami menyediakan dokumen wasiat dengan cepat dan tepat di mana sahaja di seluruh dunia !

Soalan : Adakah perlantikan wasi sahaja merupakan fungsi wasiat ?
Jawapan : Tidak sekali-kali. Walaupun kami menyatakan bahawa elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah perlantikan wasi, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti pengisytiharan harta sepencarian, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan  di dalam dokumen wasiat.

Soalan : Cara pembahagian harta pusaka juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Pewasiat boleh menyatakan di dalam dokumen wasiatnya bagaimana hartanya boleh dibahagikan selepas kematiannya. Contohnya, pewasiat boleh menyatakan supaya harta pusakanya dibahagikan sama rata di antara anak perempuan dan lelakinya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sama ada arahan pembahagian harta ini boleh dilakukan ataupun tidak bergantung kepada persetujuan waris-waris. Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan arahan itu, Hukum Faraid tetap akan digunapakai.

Soalan : Jadi, waris-waris boleh untuk tidak bersetuju dengan arahan cara pembahagian harta di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Sekiranya mereka tidak bersetuju, Hukum Faraid akan tergunapakai tetapi sekiranya mereka bersetuju dengan arahan tersebut, formula pembahagian harta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen wasiat itu akan digunapakai.

Soalan : Kalau arahan pembahagian itu boleh dicabar, apa gunanya saya membuat dokumen wasiat ?
Jawapan : Seperti yang dinyatakan pada awalnya, dokumen wasiat itu disediakan dengan tujuan utama untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan ia boleh dilaksanakan dengan hanya menyatakan perlantikan wasi di dalamnya. Jika dokumen wasiat itu tidak menyatakan tentang bagaimana harta pusaka itu hendak dibahagikan, maka secara otomatik , Hukum Faraid akan digunapakai. Jadi, klausa cara pembahagian harta ini boleh ada atau tidak di dalam dokumen wasiat. Kesimpulannya, tujuan utama dokumen wasiat ialah untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan bukannya untuk pembahagian harta.

DOKUMEN PENGISYTIHARAN HIBAH.
Soalan : Jadi, apakah instrumen terbaik untuk saya mewariskan harta sekiranya dokumen wasiat itu boleh dicabar ?
Jawapan : Sebenarnya, instrumen terbaik untuk mewariskan harta ialah Dokumen Pengisytiharan Hibah. Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan secara tidak langsung tidak perlu difaraidkan.

Soalan : Apakah maksud Hibah ?
Jawapan : Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.

Soalan : Bagaimanakah mekanisme Hibah itu berjalan ?
Jawapan : Apabila seseorang ingin mewariskan sesuatu hartanya kepada waris-waris tertentu, dia perlu untuk menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah dan Surat Ikatan Amanah. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik tanah tersebut hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.

Soalan : Jika saya sudah menghibahkan sesuatu harta kepada waris saya, bolehkan hibah itu ditarik balik ?
Jawapan : Hibah yang boleh ditarikbalik hanya melibatkan hibah yang diberi oleh seorang ayah / ibu kepada anaknya atau datuk / nenek kepada cucunya. Selain daripada hubungan itu, hubungan di dalam bentuk yang lain tidak boleh ditarikbalik. Contohnya jika seorang suami menghibahkan rumah kepada isterinya, hibah itu tidak boleh ditarikbalik. Begitu juga dengan hibah yang diberikan oleh seorang ayah angkat kepada anak angkatnya, juga tidak boleh ditarikbalik.

Soalan : Jadi, Hibah ialah dokumen terbaik yang perlu disediakan sekiranya saya ingin mewariskan sesuatu harta itu kepada waris saya ?
Jawapan : Ya, kerana apabila telah cukup segala syarat dan rukunnya, dokumen hibah tidak boleh dicabar oleh waris-waris yang lain. Contohnya sekiranya seorang suami itu menghibahkan rumahnya kepada isterinya, selepas kematiannya, rumah tersebut akan menjadi milik mutlak isterinya tanpa boleh dituntut oleh waris suami yang lain.

Soalan : Apakah jenis harta yang boleh dihibahkan dan bolehkah rumah yang masih mempunyai tanggungan pinjaman institusi kewangan boleh dihibahkan ?
Jawapan : Secara prinsipnya, semua jenis harta yang merupakan MILIK SEMPURNA pemiliknya boleh dihibahkan. Antaranya ialah rumah, tanah, bangunan, akaun simpanan tetap dan sebagainya. Namun di Wasiyyah Shoppe setakat ini kami cuma menyediakan Hibah hartanah sahaja. Rumah yang masih mempunyai pinjaman bank boleh dihibahkan dengan syarat pinjaman tersebut mempunyai insuran / takaful MRTA ke atasnya. Ini kerana bagi rumah yang mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi aset tetapi jika rumah tersebut tidak mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi liability.
   
ISU AKAUN KWSP.
Soalan : KWSP pun perlu diagihkan kepada waris-waris yang lain ?
Jawapan : Ya. KWSP telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai harta pusaka bagi orang Islam. Ini bermakna, penama di dalam Akaun KWSP tersebut adalah bertindak sebagai Wasi dan Pemegang Amanah sahaja. Walaupun  pembayaran akan dibuat kepada mereka, wang tersebut perlu diagihkan semula kepada semua waris yang sah dan layak mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Saya meletakkan isteri saya sebagai penama di dalam akaun KWSP saya dan selepas kematian saya, dia mendapat wang KWSP tersebut. Apa akan berlaku sekiranya dia enggan menyerahkan wang tersebut kepada waris-waris saya yang lain seperti ibu dan bapa saya ?
Jawapan : Secara prinsipnya, wang KWSP itu adalah harta pusaka tuan seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan isteri tuan mempunyai tanggungjawab untuk mengagihkan semula wang tersebut kepada waris-waris yang lain. Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, maka waris-waris yang lain seperti ibu dan bapa tuan ada hak untuk menuntut bahagian mereka ke atas wang KWSP itu seperti bahagian yang diperuntukkan kepada mereka menurut Hukum Faraid.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 04:34 PM | Show all posts

Mengenai : Wang KWSP, ganjaran perlu difaraid

Wang KWSP, ganjaran perlu difaraid
Oleh Dr Mat Saad Abdul Rahman


Isteri kena tahu hak, beri perhatian serius kepada tuntutan harta semasa

APABILA bercakap mengenai hak wanita dalam pemilikan harta, biasanya tertumpu kepada pemilikan nafkah, pusaka, mutaah, mahar, harta hibah, hadiah dan sepencarian dalam ruang lingkup yang terbatas.

Dalam perkembangan kehidupan sekarang ini yang jauh berbeza daripada kehidupan zaman lampau, mahu tidak mahu, masyarakat akan bersua dengan kelompok harta baru atau semasa. Antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), harta ganjaran/pampasan, cukai pendapatan, hak dalam akaun bersama, harta sepencarian, wang pencen/ganjaran, insurans nyawa atau sekarang disebut harta takaful dan rumah kediaman.

Dalam beberapa kelompok harta semasa ini secara tidak disedari, wanita mempunyai hak walaupun pada kadar berbeza dalam tiap satunya.

Persoalan yang timbul sejauh manakah hak mereka di dalam harta disebutkan itu. Jika harta sepencarian, sudah ada peruntukan di dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri dan mempunyai kaedah penyelesaian. Biarpun kadang-kala mungkin ada perbezaan di antara sesebuah negeri dengan yang lain terhadap kaedah pembahagian, namun kedudukan harta lain kurang diperhalusi dan dibincangkan dengan jelas oleh mana-mana institusi.

Kedudukan ini memerlukan kepada satu peruntukan jelas di dalam Undang-undang Keluarga Islam jika kita ingin hak pemilikan harta wanita ini terbela.

Wang KWSP misalnya, seseorang pencarum pada kebiasaan akan menamakan seorang penama dalam borang pencarum. Penama bukanlah mereka yang berhak terhadap harta itu apabila pencarum meninggal dunia.

Menurut Fatwa Negeri Kelantan (Kumpulan Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia, 5 Julai 1973) penama tidak lebih daripada seorang pemegang amanah atau wasi kepada harta pencaruman si mati. Dia bertanggungjawab mengurus harta caruman itu untuk difaraidkan kepada ahli waris si pencarum yang berhak.

Seseorang suami yang meninggal dunia tanpa meninggalkan anak, maka isteri berhak mendapat sebanyak 1/4 daripada wang caruman, tetapi jika dia mempunyai anak, maka isteri akan mendapat 1/8 daripada jumlah caruman itu. Begitu juga jika si suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, maka peruntukan 1/8 itu akan dibahagikan sama rata di antara isteri-isterinya.

Wang pencen seseorang suami yang meninggal dunia, menurut Akta Pencen 1980, akan diberikan kepada isteri dan anak-anaknya secara saraan bulanan dan akan berkurangan sebanyak 70 peratus jika sudah melebihi 12 tahun dari tarikh kematian. Saraan untuk anak akan berterusan sehingga mereka mencapai umur 21 tahun atau sehingga mereka berkahwin atau (jika seorang pelajar) sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Hak seorang isteri akan berterusan sekalipun dia berkahwin lagi selepas itu.

Wang Ganjaran Kerja adalah milik suami ketika hayatnya dan ia tetap akan menjadi pusaka kepada ahli waris jika dia meninggal dunia kerana wang itu adalah sesuatu yang sudah tetap perkiraan di dalam perjanjian kerjanya.

Justeru, ia wajib difaraidkan kepada ahli warisnya. Isteri akan mendapat 1/4 daripada wang itu jika dia tidak mempunyai anak. Tetapi, dia hanya berhak mendapat 1/8 jika mempunyai anak. Jika si suami mempunyai ibu, maka ibu juga berhak mendapat habuannya.

Berkaitan dengan cukai pendapatan, seorang isteri yang diceraikan suami atau bercerai kerana kematian, berhak mendapat pelepasan pada kadar tertentu dalam pembayaran cukai pendapatan yang berkaitan dengan tanggungannya.

Apa yang perlu dilakukan sebagai tindakan awal ialah memohon taksiran cukai pendapatan secara berasingan jika sebelumnya dia membuat taksiran bersama dengan suaminya, mengemukakan bukti perceraian atau sijil kematian yang sah kepada Bahagian Cukai Pendapatan serta menjelaskan purata perbelanjaan setiap anak bagi tahun taksiran berkenaan.

Pelepasan untuk anak yang tidak belajar hanya kepada had umur 16 tahun, manakala anak sedang belajar akan diberi pelepasan sehingga dia menamatkan pengajian dan kadar pelepasan itu akan berbeza berdasarkan kepada tingkatan pengajiannya.

Akaun Bersama adalah perkara biasa pada masa ini di kalangan pasangan suami isteri atas persetujuan masing-masing. Keadaan ini menyebabkan hak atau bahagian masing-masing tidak dapat dikenal pasti.

Dengan itu ia dianggap sebagai harta musya` dan pembahagian mengikut cara pembahagian harta musya`, iaitu diselesaikan menerusi sulh atau sumpah jika berlaku perselisihan. Tetapi, jika kedua-dua belah pihak bersetuju supaya wang simpanan itu dibahagi dua atau ada persetujuan lain, maka pembahagiannya mesti didasarkan kepada persetujuan itu.

Menurut ketetapan mahkamah, apabila salah seorang di antara mereka meninggal dunia, maka pihak yang hidup berhak mendapat semua baki simpanan yang ada melalui kaedah jus accrescendi. Kedudukan ini tidak selaras dengan kehendak syarak. Dengan itu, harus ada satu kaedah yang sesuai dibincangkan, sama ada merujuk kepada catitan simpanan masing-masing atau ia dibahagi dua, sama banyak, satu bahagian untuk pasangan yang masih hidup dan satu bahagian lagi akan menjadi harta pusaka yang difaraidkan di antara ahli waris.

Mengenai insurans nyawa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa insurans nyawa adalah haram. Bagaimanapun, masyarakat Islam pada masa ini sudah mempunyai pilihan menerusi Sistem Takaful yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Apabila berlaku kematian, ahli waris si mati boleh mengambil balik wang bayaran si mati kepada syarikat insurans pada kadar simpanannya saja. Fatwa Mesir menyatakan harus di sisi syarak kerana wang itu adalah wang yang dibayar oleh pemegang polisi dan ia adalah hartanya. Tetapi wang faedah insurans, masih dipertikaikan halal haram kerana sebahagian dihasilkan menerusi pelaburan yang tidak dibenarkan syarak.

Masalah penama, menurut fatwa Kelantan bahawa penama hanya pemegang amanah. Jumlah wang premium yang dibayar si mati hendaklah dijadikan pusaka yang difaraidkan. Manakala wang selebihnya, boleh diberikan kepada penama. Fatwa ini dipersetujui oleh fatwa Negeri Sembilan.

Kedua-dua fatwa itu memberi peruntukan kepada isteri sebagai ahli waris suami yang mempunyai hak terhadap wang premium/simpanan suami dalam sesebuah syarikat insuransnya.

Dalam hal rumah kediaman pula ia adalah tempat yang didiami bersama oleh kedua-dua pasangan suami isteri ketika berkahwin.

Kedudukan dapat dilihat daripada dua keadaan, pertama rumah sewaan, ini tidak berbangkit apa-apa masalah jika berlaku kematian.

Kedua, rumah yang didiami oleh kedua-dua mereka; ia bergantung kepada siapa pemilik sebenar rumah itu. Jika ia milik suami sepenuhnya kerana dia yang membayar harga atau pinjaman pembayaran, atau ia rumah pusaka atau hadiah yang diterima, dengan erti tiada sumbangan daripada isteri sama sekali, maka rumah itu adalah miliknya. Apabila dia meninggal dunia, ia menjadi pusaka. Jika ia milik isteri, begitulah juga kedudukan akan menjadi milik sepenuh kepada isteri yang wajib difaraidkan apabila dia meninggal dunia.

Jika suami menghibahkan rumah miliknya itu kepada isterinya, maka rumah itu akan menjadi milik isteri sepenuhnya. Apabila isteri meninggal dunia, maka ia akan menjadi harta pusaka yang difaraidkan.

Tetapi jika rumah itu dibeli dengan pinjaman bersama atau hasil daripada wang simpanan bersama, sekiranya bahagian masing-masing boleh dikenal pasti, jika berlaku sebarang tuntutan, maka dibahagikan mengikut kadar bahagian masing-masing. Jika bahagian masing-masing tidak dapat dikenal pasti, maka ia hendaklah dibahagikan berdasarkan kepada pembahagian harta musya`.

Harta semasa ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak isteri kerana itu adalah hak mereka yang mesti dituntut. Pihak pentadbiran Mahkamah Syariah juga perlu memberikan perhatian yang saksama apabila kes seperti ini dibawa ke hadapan mereka.

Allah menegaskan bahawa setiap orang sama ada lelaki atau perempuan mempunyai bahagian masing-masing dalam usaha yang mereka lakukannya (maksud ayat 32, surah al-Nisa') dan Rasulullah SAW pula telah berpesan; hendaklah setiap orang diberikan haknya yang sebenar (al-Hadis).


INTI PATI

Fatwa Negeri Kelantan;

Penama KWSP tidak lebih daripada seorang pemegang amanah atau wasi kepada harta pencaruman si mati.

Penama bertanggungjawab mengurus harta caruman untuk difaraidkan kepada ahli waris si pencarum yang berhak.

Seseorang suami yang meninggal dunia tanpa meninggalkan anak, isteri berhak mendapat 1/4 daripada wang caruman, tetapi jika dia mempunyai anak, maka isteri mendapat 1/8 daripada jumlah caruman itu. Begitu juga jika si suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, maka peruntukan 1/8 itu akan dibahagikan sama rata.


link: http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0829003646/Article/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 10:19 AM | Show all posts
慒ahami makna harta sepencarian
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 12:36 PM | Show all posts
so pusaka...apa yg saya faham
dari artikel yg Syd beritu bermakna harta pusaka tak sama maksud ngan harta sepencarian
harta pusaka ada waris Asobah yg kuat iaitu anak
harta sepencarian tak ada
bhg isteri kalo harta sepencaria 1/2
bhg isteri kalo harta pusaka 1/8
betulkan jika saya salah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 04:20 PM | Show all posts
Sebelum diagihkan harta kepada waris-waris hendaklah diselesaikan pengagihan berikut mengikut tertib berikut
1 belanja pengurusan jenazah/pengebumian jika waris x mengeluarkan belanja pengurusan
2 hutang hak Allah seperti puasa/fidyah/haji
3 Hutang sesama manusia/institusi seperti hutang pelajaran/bank
4 pemberian/hibah/amal jariah
5 pemberian harta sepencarian si mati
dan akhir sekali baru harta dianggap bersih dan boleh di bahagi kepada waris-waris mengikut faraid atau lain2 kadar

pengistiharan harta sepencarian amat penting bagi isteri yang dicerai mati/talak dan sebelum suami berpoligami kerana isteri berhak mendapat harta yang diusahakannya bersama2 suami.

Ini bagi mengelakan isteri /suami teraniaya atau termakan harta yang bukan haknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 09:12 AM | Show all posts
so ninja betullah ye
harta sepencarian tak sama maksud dan kaedah pembahagiannya
dgn harta pusaka
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 10:31 AM | Show all posts
Hak Muslim: Wang KWSP mesti diagih ikut faraid
Bersama Zainul Rijal Abu Bakar


Penama bertanggungjawab bahagi secara hukum syarak

SUAMI saya meninggal dunia pada awal tahun ini. Saya adalah isteri kedua. Kami berkahwin lebih kurang tiga tahun dan dikurniakan dua anak. Suami berkahwin dengan isteri pertama lebih 10 tahun dan mereka mempunyai empat anak.

Suami meninggalkan beberapa harta yang kini dalam proses untuk mendapatkan surat faraid dan pentadbiran harta daripada Mahkamah Tinggi. Apa yang menyedihkan saya ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah suami saya dikeluarkan tanpa menunggu surat pentadbiran harta daripada mahkamah.

Wang itu diambil semuanya oleh isteri pertama kerana arwah suami menamakan beliau sebagai penama tunggal untuk caruman itu. Beliau berkata saya dan anak tidak berhak langsung ke atas simpanan itu. Beliau juga berkata oleh kerana saya baru berkahwin, saya tidak berhak dengan wang KWSP. Adakah saya berhak ke atas simpanan KWSP arwah suami saya itu.

Mazlina,
Ampang, Selangor.

Dalam Islam, hukum mengenai harta pusaka mempunyai hikmah tersendiri. Antaranya mewujudkan kasih sayang, menanam semangat kemesraan, tolong menolong dan bertimbang rasa di antara ahli waris.

Harta pusaka dibahagikan mengikut susunan yang diatur mengikut susun galur dinyatakan dengan terperinci di dalam al-Quran.

Nas al-Quran berhubung pengagihan harta pusaka amat jelas dan dibuat secara terperinci.

Pemberian harta pusaka kepada waris yang berhak menerima bertujuan menghapuskan rasa kekecewaan serta penindasan di kalangan ahli waris.

Perasaan kasih sayang dan timbang rasa dapat diukur dan dihasilkan dengan cara ini.

Hal ini kerana perlakuan hidup manusia kadang-kadang tidak selari dengan kehendak atau tuntutan syarak, terutama dalam perkara yang membabitkan harta benda, wang ringgit atau kedudukan.

Perpindahan harta pusaka ke tangan waris kadang-kadang dilakukan secara bertentangan dengan hukum syarak atas tujuan tertentu.

Sebenarnya ia amat bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.

Ia juga boleh berlaku akibat kejahilan seseorang atau sifat tamak seseorang yang ingin memonopoli harta pusaka itu.

Jika penamaan dibuat, pihak KWSP memang berhak mengeluarkan wang simpanan itu kepada penama.

Oleh itu, bukan menjadi kesalahan kepada KWSP mengeluarkan wang caruman itu kepada isteri pertama suami puan.

Penamaan di dalam akaun caruman KWSP tidak boleh disifatkan sebagai pemberian.

Bagi orang Islam, penamaan yang dilakukan di dalam akaun caruman KWSP hanya bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan kepada waris yang berhak.

Pengeluaran wang dengan cara ini tidak mengambil masa lama kerana waris tidak perlu menunggu sijil faraid dan surat pentadbiran harta pusaka dikeluarkan.

Penama bertanggungan sepenuhnya untuk mengagihkan wang itu mengikut hukum faraid.

Sebenarnya, ketika wang simpanan dikeluarkan penama dikehendaki menandatangani suatu aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu mengikut faraid.

Kegagalan mematuhi aku janji itu memberi kesan kepada penama dari sudut undang-undang.

Tindakan menurut undang-undang boleh diambil terhadap penama itu.

Penama hanya bertindak sebagai pentadbir yang wajib menguruskan wang itu mengikut hukum faraid.

Oleh itu, puan boleh menuntut wang simpanan itu bagi kepentingan puan dan anak.

Di sini juga, tidak timbul persoalan puan baru berkahwin dengan suami dan tidak melayakkan puan menuntut wang itu.

Puan berhak atas apa yang ditinggalkan oleh arwah suami mengikut faraid.

Namun, puan dinasihatkan supaya cuba berunding dengan madu terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Ia kerana tindakan undang-undang mungkin mengeruhkan perhubungan puan dan anak dengan keluarga di sebelah sana.

Mungkin juga mereka tidak faham konsep penamaan di dalam caruman KWSP dan menyangkakan bahawa ia menjadi miliknya.

Puan boleh menjelaskan kepada beliau secara baik kedudukan undang-undang sebenarnya. Sekiranya perlu puan bolehlah meminta beliau merujuk kepada orang yang lebih tahu mengenai perkara ini seperti peguam dan pegawai KWSP.

Jalan penyelesaian secara perundingan adalah yang paling sesuai di dalam menyelesaikan sesuatu masalah dihadapi.

Jika boleh janganlah diputuskan hubungan kekeluargaan walaupun selepas ketiadaan suami.

Puan perlu bijak di dalam menangani isu ini terutama apabila ia membabitkan wang ringgit dan pertalian persaudaraan.

Bertolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain adalah penting bagi menyelesaikan permasalahan keluarga sebegini.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Artikel ini dengan kerjasama PGSM. Pandangan dan persoalan kemukakan kepada PGSM pada [email protected], faksimile 03-80259495 atau layari http://www.pgsm.org.my/v2
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 02:52 PM | Show all posts

Reply #10 Edved's post

macam mana pula kalau simati tidak mempunyai anak lelaki....tapi mempunyai ramai anak perempua......contohnya...6 orang...siisteri pulak tak bekerja....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by Pusaka at 24-1-2006 09:14 PM
Mengikut undang Faraid......hak isteri cuma 1/8
daripada harta suami saja......Kesian huh:stp:  

Itu kalau satu isteri......kalau 4 isteri2 maka 1/8 bagi 4 = 1/32  

Rasa2 cukup ke......sa ...



Ini le masaalah bila kita dok pertikai tapi tak belajar betul-betul apa itu faraid.

faraid tu dah ditetapkan dlm al-quran.  juga ilmu faraid ni la antara ilmu-ilmu yang diambil atau diangkat dari hamba-hamba Allah bila kiamat dah dekat.  Contoh sekarang ni kita nampak, bila faraid jer org bergaduh berebut dan tak puas hati.  ada pula yg langsung tak buat faraid sampai cucu cicit dok nama arwah.  sekarang ni pulak timbul pemegang-pemegang amanah suruh orang buat wasiat dan hibah, dan ada dia org letak alasan wasiat dan hibah ni untuk keadilan.  Yang mana adil, pembahagian ikut faraid (yg ditetapkan Allah dlm Al-Quran) atau pembahagian oleh manusia melalui wasiat dan hibah?

Memula bab ni kita kena faham, adakah sama rata itu adil?  
Kenapa Allah buat org pompuan ajer yg mengandung?  
Kenapa nabi kata org perempuan solat di rumah lebih baik tapi org lelaki kalau dengar azan mesti pergi tmpt azan tu utk solat (mesjid/surau maksudnya ni)?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by hannan6d at 12-2-2007 02:52 PM
macam mana pula kalau simati tidak mempunyai anak lelaki....tapi mempunyai ramai anak perempua......contohnya...6 orang...siisteri pulak tak bekerja....


perlu dimasukkan saudara-saudara simati (kalau bapa sudah tiada).

ingat, faraid ni bukan tujuan utk bagi kaya.  ia adalah pembahagian yg ditetapkan oleh Allah.  salah satu tujuan adanya faraid ini ialah supaya kita berfikiran positif dan rajin berusaha mencari rezeki.  kalau dok pk nak bolot kekayaan, tu yg jadi setengah org malas kerja sebab bapak dah kaya.  nanti bapak mati harta semua harta dapat kat aku.

[ Last edited by  ibnur at 14-2-2007 12:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 12:08 AM | Show all posts
Beberapa contoh pengiraan.
Boleh cuba di link berikut...  http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html


1 Isteri - Pembahagian asal=1/8, TASH HIEH=9/72
6 Anak Perempuan - pembahagian asal (TH) = 2/3, tash hieh (TH) = 48/72
1 Saudara Perempuan Kandung = PA = 1/24, TH = 3/72
2 Saudara Lelaki Kandung - PA = 1/6, TH = 12/72


Kalau bapa masih hidup...

1 Isteri  - PA=1/8, TH=9/72
Bapa - PA=5/24, TH=15/72
6 Anak Perempuan - PA=2/3, TH=48/72
1 Saudara Perempuan Kandung - PA=0/1, TH=0/72
2 Saudara Lelaki Kandung - PA=0/1, TH=0/72

[ Last edited by  ibnur at 28-1-2009 12:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 10:03 AM | Show all posts
maaf sekadar mencelah...

maklumat ringkas mengenai pusaka...

http://tayibah.com/eIslam/hartapusaka.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.201520 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list