CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JoeJambul

Kambing boer

[Copy link]
Post time 24-5-2007 03:53 PM | Show all posts
feel..feel takde...tapi bagi siapa yang nak invest dan hanya  pulangan no hal..saya galakkan cara abuamirul tu...tapi kalau mau feelingggg sebagai agroprenur...kena usaha sendiri lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2007 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by abuamirul at 24-5-2007 02:43 PM
Joejambu,

Cuba tengok www.epawah.com.my

Boleh pelihara kambing secara on-line. .

Tak perlu cuci kandang pepagi, beri makan, minum, ubat, vitamin, garam galian . .  .



* aku lupa nak inform kau pasal livestock insurance....spt mana yang kau nyatakan di FAQ
Q17. Apa akan terjadi sekira kambing saya mati ?
Epawah Enterprise masih mencari syarikat insurans yang boleh memberiperlindungan insurans ternakan. Sehingga itu, kerugian dari kematianternakan adalah tanggungjawab Ahli Pawah.
Top

kau boleh merujuk ke Tokio Marine Insurance http://www.tokiomarine.com.my
Caw.Kuantan
  B78 & B80, 2nd Floor, Wisma Air Putih
  Jalan Air Putih
  25300 Kuantan
  Pahang Darul Makmur

harap berguna...
Reply

Use magic Report

bolshoibooze This user has been deleted
Post time 29-5-2007 01:59 AM | Show all posts
abuamirul,

macam best je ....
amacam pandangan ko....
atau pun ko dah join?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by bolshoibooze at 29-5-2007 01:59 AM
abuamirul,

macam best je ....
amacam pandangan ko....
atau pun ko dah join?


aku rasa abuamirul lah tuan punya e-pawah tu..hehehehe
Reply

Use magic Report

bolshoibooze This user has been deleted
Post time 30-5-2007 01:52 AM | Show all posts
so tamingsari,

apa pandangan lu....
maksud aku tentang e-pawah nie...
aku dah cuba calculate skit...
so, aku dapati it will be good investment....
it will give return more compare than other investment???

bagi komen skit....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 10:17 AM | Show all posts
sebenarnya konsep nie dah lama pun ada..cuma caranya di aplikasikan di internet pula...

biasanya penternak yang buat cam nie menggoffer sistem pawah nie pada mereka yang berminat tetapi ialah terhad di kawasannya sajalah..ialah orang yang nak melabur tu boleh tengok kambing dia sendiri..boleh monitor sendiri..contohnya boleh di lihat apa yang dioffer oleh seven stream.. http://www.sevennseven.com/page3.htm

kalau e-pawah nie aku tak kata ianya mustahil dilakukan..bergantung lah pada pengetahuan pelabur itu sendiri lah...kalau dia hanya nampak pulangan yang dijanjikan terpulanglah....tapi kalau pelabur yang berpengetahuan dah tentu dia kan tanya macam2...bagaimana penjagaannya..makanannya...kesihatannya...risiko kematiannya..dan mcm2 lagie.. bagi aku cuma jikalau pelaburnya jauh dari tempat tersebut..susah nak monitor apa yang berlaku tu jer....

bab kontrak juga harus diperhalusi..

kalau nak kira calculate...aku buat sendiri..hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2007 10:19 AM | Show all posts
e-pawah sesuailah bagi mereka yang saja2 nak merasa menternak kambing..tapi tanpa megetahui apa perasaan seorang penternak yang sejati..boleh lah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by abuamirul at 24-5-2007 02:43 PM
Joejambu,

Cuba tengok www.epawah.com.my

Boleh pelihara kambing secara on-line. .

Tak perlu cuci kandang pepagi, beri makan, minum, ubat, vitamin, garam galian . .  .


wah cam menarik aje... abuamirul, anda dah join ke belum? kalu dah leh saya merangkap kitaorang tanya lebih detail hehehe...makin menarik topik kambing nie hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


bolshoibooze This user has been deleted
Post time 31-5-2007 06:09 AM | Show all posts
nak tanya skit kat mana leh dapat info tentang gred kambing boer?
macam mana nak kenal boer F1, F2, F3, F4, Fullblood, and so on....?

kat na leh dapat info nie...
ada link yang nak rekomen!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 07:33 AM | Show all posts
salam,
sy nak join jgklah psl perbincangan kambing boer..pasaran kambing jenis ni mcm mana? senang dijual ker?

yg kedua sy nak tanya pasal margin keuntungan projek penternakan kambing boer ni agaknya berapa pe cent dan ketiga sy  nk tanya pusingan satu musim penjualan adalah dlm berapa lama?

mcm bestlah bisness ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by bolshoibooze at 31-5-2007 06:09 AM
nak tanya skit kat mana leh dapat info tentang gred kambing boer?
macam mana nak kenal boer F1, F2, F3, F4, Fullblood, and so on....?

kat na leh dapat info nie...
ada link yang nak rekomen!!!


boleh refer pada page 1 thread nie..

kita kekurangan rujukan dalam bahasa melayu untuk bab pembakaan dan gred nie..biasanya dier orang convert dulu ke bm..apa2 pun boleh refer kat blog esis http://kambing-boer.blogspot.com/

buat masa nie ramai yang masih2 samar perbezaan gred2 tersebut..tetapi kebiasaanya kita mengambil sifat2 umum lah untuk mengklasifikasikan gred2 tersebut seperti mana yang aku dah post kat page pertama... kalau nak tahu lebih lanjut biasanya kena berguru lah dengan mereka yang dah tahu benda nie...kena tengok ngan mata sendiri bai...bukan leh tengok gambar jer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 09:12 AM | Show all posts
actually pertanyaan nie dah ada dalam thread nie..cuma kau orang kena gali balik hehehehe..tapi takpe lah aku tolong sket


Q13: Originally posted by slayerknight at 5-12-2006 04:03 PM


bagusnya ada cikgu kambing boer dlm ni hehe nak tanya en boer la ... kebarangkalian klu nak biak dgn menggunakan jantan Fullblood ni bole dpt gred pe anak2 kambing tu? bagusnya klu ...





A13: Suka saya nak tunjukkan disini mengenai perkembangan gred kambing jenis boer
Dalam situasi dimana Pejantan adalah Fullblood dan betina induk merupakan F1 (paling cikai).
Kandungan darah Fullblood tidak kurang dari 98% manakala F1 tidak kurang dari 33%. Kemungkinan yang berlaku jika si betina dapat anak hasil kacukan dengan FB tadi adalah f2/f3. Ini adalah kerana menurut teori genetik, kandungan darah boer pada si anak akan meningkat dan melebihi si ibu.

Jika si anak tadi di kahwinkan dengan FB, maka kemungkinan untuk mendapat anak F4/5 adalh tinggi. Jika ini berterusan, maka untuk mendapatkan fullblood akan berlaku pada generasi ke4.
Tapi sekiranya, Anak F1 yg mula2 tadi dikahwinkan dengan Jantan F4 atau F5, kadar peluang untuk dapat F3 amatlah tipis. Paling kuat, dia pergi F2 sahaja melainkan, Pejantan F4/5 tadi sudah cukup matang dan mempunyai kualiti yang baik.

Memang bagus kalau dapat semua fullblood tapi kena ingat, kos sangat tinggi untuk memulakan penternakan boer fullblood ni. Tapi tumbesaran dan pembiakan sangat menakjubkan. Paling cikai beranak kembar kalau dah matang. 3 tu biasa je. Kalau ada kambing aku beranak 3, aku ajak korang datang kandang tengok hasil FB kawin dengan FB.

Perlu ditekankan di sini, proses matang adalah dikira kalau kambing jantan mencapai umur 18 bulan dan betina 13 bulan. Kalau umur sebelum tu, bukan tak boleh kawin, boleh tapi kualiti sperma jantan dan betina belum mencapai tahap yang terbaik. Tapi still, kambing F3 aku umur 8 bulan beranak kembar jugak. Sukanya aku....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Q5: Berapa profit (exstock) farm kalau umur kambing tu..esp Boer 1 tahun @ 40 kg @ 60kg

A5: Kadar profit ni yang payah nak cakap ni. Profit ni bergantung kepada berapa banyak kos yang dah kuar. Kalau nak cerita profit, berjela thread ni pun tak cukup. Okaylah, aku cuba buat ringkasan karangan


Profit estimated for trading boer at age 12mth weighing 40- 60kg = 20-30% of cost of good sold

Profit estimated for selling boer does (own breed) at the above specs = 200%

Profit estimated for selling boer wheather (own breed) at the above specs = 100%


Aku bagi dalam bentuk peratusan je sebab lain breeder lain kos dia. So, yang atas estimated je tau.



bOErSAkti
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Q10: Originally posted by pakatanct at 19-11-2006 09:44 AM


RM90,000/100 EKOR BIOR BETUL....SEEKOR DAH MASUK RM900...AKU BOLEH JUAL KAT KO RM500 /EKOR AMACAM?  ,JUAL RM1169 SEEKOR... ISH BOLEH KE JUAL REGE TUH, YANG AKU TAU MARKET PRICE  BUAT MASA NIH UNTUK  ...


A10:  En pakatanct.  Ini merupakan soalan/kemushkilan lazim daripada orang yang berminat tetapi tidak beternak macam en pakatanct ni. Encik nak fact maknanya encik nak dalam bentuk macam mana. Hardcopy atau kopi o kurang manis. Maaf, terlawak sket.

Industri Kambing boer ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1.  Breeding bermaksud ternak@biak. Untuk pembiakan, kita memerlukan sejenis baka boer yang bagus. Kadar kelahiran kembar untuk baka boer yang baik adalah 180%. Jadi maknanya, kalau baka elok, kembar tu konpom.

2. Fattening - ini dikhususkan untuk penggemukan boer untuk pasaran daging.  Boer yang diimport adalah dlm lingkungan umur 6 bulan. Berat sekitar +-20kg.  Kemudian, dibagi makan cukup sampai dia gemuk. Jangan tak caya kalau dlm masa 3 - 4 bulan kambing tu naik sampai 40 - 60kg.  Pastu buleh hantar untuk sembelih.

3. Trading - bermaksud, masuk kat sini, jual terus. Nak jual kat pasa borong ke, butcher ker, penternak ke, ikut suka. Kos tak tinggi tapi margin untung pun kurenggg

Untuk pengetahuan umum, kambing boer terdiri dari 7 gred yang disebut F1, F2, F3, F4, F5, FullBlood/purebreed dan non-grade.  

Boleh ke melihat F1-FB secara mata kasar? Apa tips kalau kita nak beli dan menentukan baka dari breeder?

Grade berdasarkan peratusan darah yang terkandung didalam badan kambing boer tersebut. Paling kurang F1 >30% dan paling tinggi FullBlood >98%. Untuk kambing yang tak cukup % darah dipanggil non-graded. Kira boer cokia la.  Jenis ini biasanya digunakan untuk sembelih. Harga memang murah sebab kecik-kecik lagi dah kena jual untuk digemukkan. Harga lingkungan RM100 - RM150. Dicampur dengan kos pengangkutan dll lebih kurang RM350 - RM450. Tengok ladang mana yang jual.  Kalau Terraweena di Australia tu mahal sikit tapi kalau chevredor ke apa ke, buleh tahan la harga dia.  Kambing boer non-graded ni tak sesuwaii langsung untuk dibuat baka kerana kelahiran anak kembar amat kurang dan anak juga tak baguih dok ada.  Ini disebabkan, kambing boer tersebut disasarkan untuk daging je.  BAgi dia gemuk elok punya, pastu jual.

Manakala, kambing untuk breeding atau suka saya panggil breeding protocol, memang dikhaskan untuk tujuan pembiakan.  Orang tak jual kambing boer jenis ni kat pasar borong. Rugi woo...  Ini adalah kerana, berat betina adalah dlm purata 35kg - 50kg sahaja.  Kambing untuk ini, tak boleh besar sangat.  Kambing jenis fit giler nih.  Bayangkan diantara orang yang gempal dgn yang tough.  Orang yang berisi nih kadar kesihatan dia tak tinggi sangat berbanding dengan yang jenis fit. (bukan mat fit).  Kambing jenis ini akan biasanyanya (kadar 180%) bunting kembar. Kalau ada 100 ekor pada January 2007, maka pada berakhir Disember 2008 akan ada lebih kurang 500 ekor. Kambing bunting untuk tempoh 5 bulan. Pastu sebulan pastu dah boleh mengawan balik. Kira dlm setahun 4 ekor la anak dia. 2 tahun ada 8 ekor. Kalau 100 ekor x 8 = 800 ekor. Tapi tak nak berlagak sangat, kita kata 500 ekor sahaja.  Sebab nilah, kambing boer dikenal pasti antara baka kambing yang terbaik.  Dari segi ketahanan fizikal juga mental, kambing juga antara top rank. Kalah Jamnaphari woo.  Baka pejantan untuk Boer ada yang mencapai 150kg. Dah macam anak lembu dah ni.

Harga untuk sekor-sekor kambing selepas CIF adalah lebih mahal dari jenis slaughter protocol tu (fattening).  Kalu en pakatanct kata boleh bagi RM500 sekor. Saya percaya tapi konpom tak beli la dari encik. Sudah semestinya umur dlm lingkungan 6 bulan dan jenis nak kena sembelih.  Kami hanya mengimport jenis breeding protocol pastu mix grade dari F1 sampai fullBlood. Boer non-graded kami belum bersedia untuk mengimportnya kerana beberapa sebab yang kami kenal pasti akan memberi masalah kepada kami.  Ingin juga diberitahu, untuk baka pejantan FullBlood with pedigree certificate kami bawa masuk sebanyak 5 ekor per cycle dimana kadar pasaran di Malaysia tidak kurang RM2600.00 sekor. Baka pejantan ini bukan jual ikut timbong kati ke kilo ke gantang ke dll.  Dia ni dijual mengikut kemachoan, kekuatan fizikal dan batin juga mengikut kualiti anak yang dia bulah bagi.  Suka nak kasitau, ada sekor pejantan boer yang dibeli oleh sorang Gabenor di Filipina untuk dijadikan binatang peliharaan (pet) berharga RM75k.  Kalau tak caya pegi ler check kat diaorangnya website.  Pastu lagi baka FullBlood female pun kita bawak masuk gak dalam sepuluh ekor.  Jangan tak caya, untuk FullBlood je harga pasaran untuk 15 ekor tu setelah dicampur-tolak = 33500.00. So Bakinya adalah campuran dari F1 hingga F4. Targetted sales for the remaining grade = 82500.00

Apa yang kami cuba buat disini adalah untuk trade kambing boer jenis breeding protocol ni. Bukan untuk buat fattening atau lain-lain.  Ini adalah kerana untuk mengelakkan kadar risiko yang tinggi seperti kematian.  Jadi bawak masuk, pastu terus jual.  W/pun return tak besar tapi kami percaya mampu nak bagi pulangan 60% kepada individu yang ingin bekerjasama dgn kami.  Di masa-masa akan datang kami sendiri bercadang untuk breed boer secara besar-besaran.  Segalanya mungkin, janji mencuba. dan berusaha pastu berserah.

Terima kasih lah kat en pakatanct kerana mengutarakan hal ini.  Banyak kesalah-fahaman berlaku didalam industri boer di Malaysia kerana kurangnya pengetahuan di kalangan breeder di Malaysia ni. Bukan salah diaorang pun sebab boer bukan asal sini.  Saya ada membuat kajian mengenai kesalah-fahaman mengenai kes seperti en pakatanct cakap.  Puncanya, ada di kalangan importer yang tidak bertanggung-jawab seperti tuttt...dan tutttt kerana membawa masuk kambing boer jenis slaughter dan dijual untuk dijadikan baka.  Memang murah tapi menghasilkan kualiti yang kurenggg amat. So, breeders yang terkena mula kata, kambing boer tak bagus la, cokia la, dan macam2 lagi.  Hakikatnya, diaorang terbeli boer bukan ternak punya.  Kesian kat diaorang.  Jadi En pakatanct, di harap en pakatanct faham apa yang saya cuba sampaikan disini dan juga yang kepada forumers amnya.  Cuba buat research yang lebih mendalam untuk fahami perbezaan antara kedua jenis boer tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 04:11 PM | Show all posts
aku nak share serba sket info ttg boer nie...


Why are Meat Goats
the fastest growing livestock industry in the world?
         

"...The demand for `chevon', or `cabrito', or `goat meat' in the United States is so high that producers can't keep up.  Because of this vacuum, much of the goat meat sold in the United States is imported from New Zealand or Australia.  About 1.5 million pounds of goat meat is imported every week.  And demand just keeps growing.

Much of the demand is generated by the changing ethnic demographics of the continent.  About 63% of the red meat consumed worldwide is goat!  Much of the goat meat demand in the United States comes from ethnic groups that include Middle Eastern, Asian, African, Latin American and Caribbean heritage. Most of these groups buy goat meat whenever they can find it, and they are willing to pay better prices for higher quality meat.

What is so special about chevon (goat meat)?  Many people have digestive problems that require a careful diet.  The molecular structure of chevon is different than that of other meats.  Therefore, chevon digests more easily.  It is also a low fat, good tasting alternative to chicken or fish. I am one of those people who have to watch what they eat.  I can eat chicken, some kinds of fish, turkey and chevon.  I prefer chevon from an animal that is at least 75% Boer.  The Boer influence changes the taste of the meat to a milder, more veal-like flavor.  When you have as few choices in your diet as I do, you learn what you like.  I have not had the opportunity to try Kiko or Fainting goat meat.  My comparisons are with dairy goat meat...

Boer goats are large framed animals resembling, in many ways, the Nubian goat.  The most striking difference between a Boer goat and any other type of goat you may have seen, is the size.  A Boer is a large, double muscled animal developed in Southern Africa specifically for meat and hardiness.  They can consistently produce more muscling in less time than any other breed of goat, and will pass this capability to their kids.  Boers are easy to raise, have mild temperaments, are affectionate, require no milking, no special care, no shearing, and no fancy fences. Boers and Boer crosses also have huge rumen capacity.  The Boer goats were developed to clear land that was too difficult to be cleared by humans.  They spend a lot more time grazing than other types of goats do.  One reason for this, is that they are out grazing in the heat of the day when dairy goats are wilting in the shade.  They are also out grazing when the snow is blowing across the pasture...."

petikan dari Boer Goat Home..http://www.boergoatshome.com/

pi kat link tu kau orang leh saksikan boer anatomy,hoof trimming,kidding calculation, kidding photo(camna beranak),dll..

*sayang kita masih kekurangan website yang berilmiah sepenuhnya dalam bahasa malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by tamingSari at 31-5-2007 04:11 PM
aku nak share serba sket info ttg boer nie...


Why are Meat Goats
the fastest growing livestock industry in the world?
         

"...The demand for `chevon', or `cabrito', or `goat meat'  ...

dah g lawat HS NADA, selayang..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 04:53 PM | Show all posts
udah..leh lihat gambar aku pi kat http://www.flickr.com/photos/7205232@N02/ heheh salah sorang tu ada lah aku..yang pegang kamera..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 04:57 PM | Show all posts
7hb Jun nie nak melawat farm norian mai...sambil tu nak cari anak pokok kelapa matak hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2007 07:13 PM | Show all posts
nak tanya soalan yg kuar dr tajuk sikit. sy ada attend satu kos pasal pemakanan which bincang pasal lemak dan kolestrol..ikut kursus tu kambing punya collestrol memang rendah tp lemak tinggi. but kat dlm thread kat atas ada kata yg kambing jenis boer rebdah dr sudut kandungan lemak.....so which statement is correct....
Reply

Use magic Report

bolshoibooze This user has been deleted
Post time 2-6-2007 01:17 AM | Show all posts
ada sesape ada info mengenai umur kambing espeacially boer

umur boer boleh hidup sampai berapa thn????
boleh beranak berapa generasi ?????
umur kambing boer monopos ????

hrheheheh  kelakar gak soalan nie...

tapi aku serios nie...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by hshiyuti at 31-5-2007 07:13 PM
nak tanya soalan yg kuar dr tajuk sikit. sy ada attend satu kos pasal pemakanan which bincang pasal lemak dan kolestrol..ikut kursus tu kambing punya collestrol memang rendah tp lemak tinggi. but ...


ini terjadi kerana pensyarah yang tu sendiri pun tak tahu yang daging kambing yang disebutkan tu daging kambing baka apa??...kalau dia citer daging kambing kampung...mungkin lah... tapi tidak dengan boer..kalau betul2 nak rasa daging boer yang special...gie lah victoria station...daging kambing kampung tak main lah kat situ hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 10:01 AM | Show all posts
ok tq taming sari......nanti saya pergi untuk try rasa.....kalau betul-betul saya pun berminat lah nak jadi penternak kambing boer ni...tapi nak kena survey tempat dulu

p/s kedai mamak punya nasi beriani kambing biasanya pakai kambing boer ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.102283 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list