|
Mengenai Urusan Tabung Haji dan Jemaah Haji
[Copy link]
|
|
Reply #40 ianho's post
paling best kalau dapt pergi selama 40 hari.... |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Fatwa perlu perjelas pinjaman bank tunai haji
BATU PAHAT: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta memberi penjelasan segera sama ada pinjaman bank boleh dibuat bagi menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung isu itu.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ketika ini, ada percanggahan pendapat antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan timbalannya, Senator Datuk Dr Ma#ah Ibrahim, mengenai isu itu dan ia mengelirukan orang ramai.
"Isu ini menimbulkan kekeliruan bakal haji kerana Timbalan Menteri (Ma#ah) kata pinjaman bank dibolehkan untuk mengerjakan haji sebaliknya Menteri (Ahmad Zahid) dalam kenyataan balas mengatakan ia tidak boleh, jadi mana satu yang betul?
"Saya meminta penjelasan segera diberikan dengan satu ketetapan sama ada ia boleh atau sebaliknya supaya orang ramai tidak terus keliru," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Bakal Haji dan Hajah Parlimen Batu Pahat, di Dewan Senggarang, di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, pinjaman bank untuk mengerjakan ibadat haji sudah lama dilaksanakan di Indonesia dan ini mungkin membuatkan ada rakyat negara ini menganggap ia juga sudah dilaksanakan di negara ini ekoran kenyataan Ma#ah, sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, jika pinjaman bank dibenarkan sekalipun, orang ramai harus mengerjakan ibadat haji dengan kemampuan sendiri dengan berusaha mengumpul wang secukupnya tanpa berhutang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|