|
Originally posted by indah1285 at 16-8-2007 10:53 AM
kalo pun ia blaku, pd In ia tdk mjadi hal juga... sbb iman tersemat di hati dan jiwa... bukan di lidah
Bingo |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Soal 'Holy Water' ni subjektif. Sy pernah menghadapi kes pelajar Muslim yg terminum air 'Holy Water' secara tak sengaja milik rakan Kristian serumah, & dia gagal menyebut kalimah Allah. Setelah dipulihkan semula (mengambil masa bbrp hari), rakannya .. Kristian Katolik mengatakan itu bukan air 'Holy Water', tp air jampi dukun Bidayuh bg menghalang kerasukan jin setan (ya, ramai Kristian di Sabah & Sarawak masih percayakan bomoh, sama cam Muslim Melayu). Kebetulan pula, botol air yg digunakan selalu dibawa ke gereja atau ke mana2, sehinggakan menimbulkan salah sangka td.
Perkara ni habis begitu sahaja.
Sy berkebetulan mendengar ceramah bekas seorang paderi Katolik yg telah memeluk Islam & kini menjadi pendakwah di Sarawak, ada sesi soal jawab dimana beliau menerima persoalan yg sama. Beliau mengatakan, teori atau cerita minum Holy Water blh menjdkan Muslim murtad / lupa Allah, adalah merapu & merepek. Beliau menjwb lg, minum arak MMG BLH menjdkan MUSLIM LUPAKAN ALLAH.
Sy harap penjelasan di atas dpt membantu.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..
Soal adakah umat Islam akan murtas setelah minum holy water tidaklah saya ketahui kesahihannya kerana
diluar pengetahuan saya...tapi ada beberapa sebab yang nyata kadangkala boleh dikatakan punca umat islam itu murtad....antaranya yg boleh dinyatakan...zaman sekarang boleh dikatakan tiap2 rumah org islam mempunyai berhala....apakah berhala itu?...berhala itu ditunggu ditatap setiap pagi petang siang malam tak kira masa...berhala inilah antara faktor umat islam menjadi semakin longgar pegangan pd agama...apalagi nak mengamalkannya..inilah berhala yg paling banyak memesongkan akidah umat islam..dalam kita tak sedar...
berhala yg saya maksudkan adalah televisyen..ramai yg kalah dgn televisyen..ramai yg tinggal masjid, surau krn televisyen...dan program2 dalam televisyen, banyak yg memaparkan adegan2 yg hanya menambah dosa mata...nyanyian2 akan mematikan hati memotong hidayah dari ALLAH swt...yg kelama-lamaan kita menjadi seorang yg fasiq kerana terus berkekalan dalam dosa...cara berpakaian Rasulullah saw di pinggir kononnya hanya org arab pakai jubah..inilah pemikiran yg memisahkan agama dan kehidupan..cara berpakaian barat lebih diutamakan...wanita2 beseluar ketat menampakkan bentuk badan..adakah ini dipanggil islam?..murtad bukan hanya dilaungkan kepada manusia bahwa dia telah murtad..amalan2 seharian yg bercanggah pon boleh membawa
kepada murtad...sedarlah semua..sentiasalah memperbaharui akidah iaitu dengan mengucap selalu...
banyak perkara diluar pengetahuan kita yg kita amalkan boleh memurtadkan kita...tinggal sembahyang, tolak hukum ALLAH swt, tidak yakin dgn segala yg telah ditakdirkan oleh ALLAH swt..(Qadariyyah)dan byk lagi...
selagi anak2 dibiarkan menonton TV dgn program nyanyian oleh artis2 yg fasiq, tak perlulah nak menyatakan
perlu didikan agama untuk anak2 untuk elak murtad kerana berhala dalam rumah (TV) sentiasa menjalankan program menyesatkan manusia khususnya umat islam...Sabda Nabi saw "Umat islam akan mengikut jejak yahudi walaupun masuk ke lubang biawak" wallahua'lam..
[ Last edited by Durian^Belanda at 26-8-2007 01:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rdzaccess at 10-8-2007 11:43 PM
Aku dulu ada kawan agama kristian.
Satu hari tu dia nak gi gereja ( kami ada business appointment pagi tuh).
Lepas tu dia kata dia nak pergi dah ( gereja) dia tanya " anything, else?"
Aku jawa ...
aku pun teringin nak tengok mcmn rupa holy water ni. aku nak buat basuh istinjak. ramai budak2 sekarang terpengaruh dgn movie holywood yg menguar2kan kehebatan holy water ni sbg ada kuasa & magis.
then about air Yasin. budaya masyarakat kita meletakkan berbotol2 air di tengah perkumpulan yang membaca surah Yasin. kenapa tidak saja membaca Yasin di kolah masjid supaya lebih ramai orang mendapat munafaatnya? tidak ada langsung syariat dari Rasulullah mengumpulkan botol2 air di tengah kumpulan jemaah lalu membaca Yasin beramai2.
masa kecik2 dulu aku pernah kena warning supaya jgn terlangkah air Yasin. apa masalahnya? adakah baldi air yg sudah dibacakan Yasin tak boleh digunakan utk beristinjak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 Durian^Belanda's post
Berkenaan dengan berhala yang ada di rumah, susahlah nak cakap. Itulah yang dipanggil peranan mak bapa dalam menentukan hala tuju dan aktiviti anak. Tidak sabah untuk berhibur asalkan jangan lalai dalam beribadat. Adakah disebabkan ini , maka semua umat ISLAM perlu membuang TV dari rumah mereka? Kita bercakap mengenai ISLAM yang syumul dan progressif, bercakap tentang kekuatan umat ISLAM dan kehebatan keimanan. Takkanlah kerana TV kita jadi macam tu..
Tentang cara berpakaian Rasullulah, saya tak tak bersetuju di mana kita perlu mengikut 100%. Kita perlu melihat syariat dan sunnah Rasullulah dalam bentuk yang lebih luas. Sememangnya Jubah ialah pakaian orang Arab, jadi terserahlah pada kita untuk memakainya atau tidak. Hukum yang lebih afdal ialah harus. Rasullulah menaiki unta, takkan kita pun kena naik unta semata-mata alasan untuk mengikut sunnah. Sebab itulah sunnah Rasullulah perlu dilihat dalam bentuk yang lebih luas. Tak perlu disempitkan hanya kerana bab-bab pakaian. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zalliza1717 at 27-8-2007 10:51 AM
Berkenaan dengan berhala yang ada di rumah, susahlah nak cakap. Itulah yang dipanggil peranan mak bapa dalam menentukan hala tuju dan aktiviti anak. Tidak sabah untuk berhibur asalkan jangan lala ...
zaman 70-an dulu apa saja yg orang sebut sbg sunnah kita telan sj. serban & jubah dianggap syiar Islam, sedangkan panduan yg Nabi beri ialah pakailah pakaian yg menutup aurat. orang melayu, orang cina, mat bangla, mat pakis boleh sj pakai pakaian ikut kebudayaan masing2 as long as menutup aurat. tak lama dulu ada bisnesman yg buat duit jual 'selipar Nabi', dpt pahala lebih kot sapa yg pakai selipar Nabi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 13-8-2007 03:40 PM
Sifulm,
Saya juga tak hendak mengatakan cerita tersebut tipu danfitnah...tetapi...kalaulah orang Islam benar-benar pengsan keranaterkena Holy Water (bukan diminum, kerana Holy Water bukan untukdiminum) ia amat menakjubkan saya.
Kenapa hanya orang Islam sahaja yang pengsan kerana terkena Holy Water?Kenapa orang Islam sahaja yang boleh dimurtadkan dengan Holy Water?
Kenapa penganut agama lain, Yahudi, Budhha, Hindu, Sikh, pagan, atheistidak pengsan dan murtad apabila terkena Holy Water ini? Belum pernahsaya mendengar komplen dari penganut agama lain. Adakah inibermaksud Islam kurang power berbanding agama lain?
Kenapa isu Holy Water dan murtad ini hanya terdapat dikalangan orangIslam di Malaysia sahaja? Adakah terdapat cerita orang Islam di Indon,Africa, Uk, Amerika yang dapat dimurtadkan dengan menggunakan HolyWater?Kalau ada, saya juga nak tahu..
Saya percaya dengan kewujudan sihir, tetapi menggunakan sihir untukmemurtadkan orang lain merupakan satu kezutan budaya bagai saya ....Syaitanpun tak guna sihir secara lansung untuk memurtadkan orang
aku cukup setuju dgn pendapat ko........... tak kan begitu lemah iman org melayu muslim??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zalliza1717 at 27-8-2007 10:51 AM
Berkenaan dengan berhala yang ada di rumah, susahlah nak cakap. Itulah yang dipanggil peranan mak bapa dalam menentukan hala tuju dan aktiviti anak. Tidak sabah untuk berhibur asalkan jangan lala ...
Adakah cukup hanya dengan peranan ibubapa?...zaman sekarang ibubapa sgt sibuk...yg mendidik anak2 zaman sekarang adalah tv..bukanlah kena buang tv..sbb hiburan tidak dilarang dalam islam...itu betul...tp hiburan dalam tv yg tak bercanggah dengan islam berapa banyak?...kan?..kalau ikutlah..
org lelaki tengok berita pon dah dose, sbb apa?..tengok rambut penyampai berita tak tutup aurat kan?..so..boleh u bg ratio antara program yg x bercanggah dgn islam dan sebaliknya... ok i list kat sini bg sumer org tengok... yg kita boleh fikir tak bercanggah contohnya spt HALAQAH, EHWAL ISLAM, MARI MENGAJI, KISAH ANBIYA' DAN LAIN2, YG BERCANGGAH LAK...MELODI,MUZIK2,MACAM2 AZNIL,HIBURAN MINGGU INI, KONSERT SURE HEBOH,GANGSTARS,AKADEMI FANTASIAL,ONE IN THE MILLION, DAN FILEM2 MELAYU YG MEMAPARKAN ARTIS2 MENDEDAH AURAT SANA SINI...akan menjadi ikutan bebudak yg masih mencari2 identiti....berapa peratus muda mudi yg tak lalai kalau dah hanyut ngan hiburan?...kalau ade seratus org berjemaah kat masjid, masih belum ramai,
berpuluh2 ribu yg tak semayang dalam stadium...kan?...
pasal nak berpakaian cara nabi atau tidak, tiada paksaan, masalahnya, bila nak ikut nabi itu ini begitu begini, tapi ikut cara berpakaian barat, takde nas pon ramai yang ikut kan?....melayu sekarang, bukan macam dulu baju kurung dasbgnya, sekarang nih, pakai jeans ketat, pakai tudung singkat, baju lengan pendek..
you takleh pikir ker?...betul ke cara budaya melayu macam nih...walau budaya sekalipun, kalau dah bercanggah, tetap haram..
ada hadis yang aku pernah dengar kat masjid, kuliah maghrib...ustaz tu ckp, Nabi telah bersabda, "pakailah kamu akan serban kerana malaikat turut memakainya"....so..adakah malaikat orang arab?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan pertama, takde pernah dengar hadis bab serban tu. Diketahui sifat malaikat bukannya seperti manusia. Jasad malaikat bukannya sama dengan kita. Jika hadis itu sahih, berikan rujukan agar bole diselidiki sumbernya..
Mengapa kita kata yang mendidik anak-anak ialah TV. Ianya tetap ibu bapa.. Mengapa anda salahkah TV, sedangkan anda tak perlu pun ada TV dirumah seandainya anda takut ianya memberikan pengaruh negatif kepada anak-anak. Tidak ada paksaan pun agar setiap rumah mempunyai TV. Apakah didikan mak bapa kalau pada pendapatnya anak-anaknya hanyut dengan TV, tapi dia tak menegur, dia tak mengawal? Jika anda tak suka AF, jgn buka. Buka hanya bab rancangan agama. Adakah paksaan untuk mewajibkan kita membuka rancangan hiburan untuk anak-anak? Saya melihat banyak tempat di mana rumahnya ada 4 TV, tapi sekeluarga masih sembahyang jemaah bersama, mengaji di malam Jumaat, masih dalam suasana penuh keislaman. Rumah tu plak siap ada ASTRO lagi...
Pakaian ialah yang menutup aurat. Itu syariat. Dia tak suruh pakai serban, dia tak suruh kupiah, dan dia tak suruh pakai jubah. Perkara yang haram tetap haram, kalau pakai jeans ketat, haram ianya tetap haram. Namun tak semua pakaian barat haram. Kalau saya pakai blouse dress yang longgar menutup aurat dengan bertudung, haram jugak ker? Adakah kita perlu menilai lelaki yang memakai jeans itu meniru budaya barat? Atau mereka yang berkemeja, berkot dan tali leher itu haram sebab mengikut budaya barat? mengapa sempitkan pemikiran kita dengan benda-benda yang kecil sebegini...
Pokoknya ialah, kita perlu kukuhkan iman dan taqwa. manusia ini sentiasa dicuba dan di uji. Sebagai umat ISLAM, ujian kita lagilah hebat dan banyak. Jika kita semata-mata nak buang TV sebab hiburan, maka iman kita amatlah rendah berbanding dengan saudara seagama kita di negara luar terutamanya EROPAH. Mereka tu bukan berdepan dengan TV ajer, siap dengan strip club, alkohol, nak bersedudukan takde sapa halang, arak dijual macam air sejuk, dan rancangan TV takde yang bermoral langsung.. Itupun mereka dapat mempertahankan akidah dan kepercayaan mereka. Mereka membaca Al-Quran yang sama dengan kita, mengadap kiblat yang sama dengan kita... Takkan kita tak boleh kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zalliza1717 at 28-8-2007 02:07 AM
Soalan pertama, takde pernah dengar hadis bab serban tu. Diketahui sifat malaikat bukannya seperti manusia. Jasad malaikat bukannya sama dengan kita. Jika hadis itu sahih, berikan rujukan agar bo ...
-Arti riddah ialah kembali dari agama Islam kepada kepada agama2 yg kafir atau dengan lebih mudah dikata keluar dari agama Islam.Maka orang yg melakukan riddah ini dinamakan murtad.
Sebagaimana yg tersebut dalam kitab2 ulamak riddah ini bolih berlaku dengan tiga sebab yg utama :-
1.Ingkarkan hukum2 yg diijma択an olih ulamak seperti ingkar kewajipan solat lima waktu,zakat,puasa Ramadhan,naik haji,hudud,qisas dan seumpamanya atau ingkarkan perkara yg haram dengan ijmak seperti haram minum arak,berjudi,membunuh,mendedahkan aurat,makan riba dan seumpamanya.
2.Melakukan perbuatan2 yg tertentu dilakukan olih orang kafir seperti menyembah berhala,hantu syaitan atau menyembah manusia atau melakukan penghinaan keatas suatu yg dihormati syara |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 Durian^Belanda's post
tentang soalan pertama. Saya tak pernah bersetuju dengan hukum murtad ialah membunuh. bagi saya itu ialah ihtihad sesetengah ulama, dan ditolak oleh sesetangah ulama seperti Dr Yusof Al-Qaradawi.
Jua tidak pernah ada dalam dalil yang megatakan mendedahkan aurat, meminum arak dan sebagainya diistiharkan sebagai murtad. Murtad ialah menyekutu Allah secara sedar, atau membuat pengistiharan keluar dari agama.
Jangn lupa dalam ISLAM. terdapat perbezaan yang jelas antara syariat dan fikah (USL FIQH). Syariat ialah wahyu yang diturunkan oleh ALLAH, dimana lafaz dan pengertiannya terus dari ALLAH iaitu Al-Quran, dan wahyu yang lafaznya diungkap dari Rasullulah manakala pegertiannya dari ALLAH, dikenali sebagai Al-sunah yang sebahagian besarnya terdapat dalam SUnan Al-Sittah.
Fikah pula Kefahaman para ulama terhadap nas-nas syarak berdasarkan dan dikembangkan oleh ulama muktabar pada setiap zaman.
Anda perlu membezakan diantara syariat dan bidang fikah. Syariat ialah bersifat muqaddas iaitu sesuai untuk semua tempat dan semua zaman. Fikah pula tidak bersifat muqaddas. Ianya boleh dipertikaikan atas alasan tidak sesuai dengan keilmuan, atau tidak sesuai dengan zaman. Syaratnya hukum tersebut bukanlah kesimpulan secara terus dan jelas dari Al-quran dan Al-Sunnah sendiri, seperti hukum sembahyang, puasa dan sebagainya.
Hukum hudud bukanlah syariat. Ianya boleh dilakukan atau boleh ditinggalkan bergantung kepada kesesuain fikah. Dan Hadis nabi yang anda sebut tentang bunuhlah dia ialah hadis Ahad. Ianya bukannya hadis sahih dan tidak terdapat dalam mana-mana kitab sahih (sepanjang pengetahuan saya).
Juga tidak terdapat juga hadis yang mengatakan malaikat memakai serban, sebab malaikat sendiri asalnya dari cahaya. Kesimpulannya bagi saya, ini ialah hadis palsu, kecuali anda boleh membuktikan sebaliknya..
berbalik kepada persoalan kita, anda meletakkan TV sebagai salah satu punca keruntuhan. Malangnya saya meletakkan pengaruh diri dan corak didikan sebagai benteng keimanan. Kalau asuhan dan didikan itu tetap, semua masalah seperti TV, dan lain-lain masalah sosial ini akan ditangani dengan baik. Itulah intipati kepada akidah dan keilmuan. Kalau anda mengatakan tentang AF, atau apa-apa program sekalipun, kita ada hak untuk melihat atau menentang. Anda meletakkan kesalahan pada TV seolah-olah kerana bagi anda TV ialah pendidik. Bagi anda TV ialah berhala (rujuk POS #43 anda). Anda suka ke ada berhala dalam rumah? Anda sendiri mengatakan berhala, jadi kita umat ISLAM dilarang ada berhala, jadi saya sarankan anda buang TV anda (sebab ANDA SENDIRI yang mengatakan berhala). jadi, salahkan saya meminta anda membuang BERHALA dari rumah anda sendiri?
Jua tentang pakaian. Anda menyebut ini di POS no 43.
Cara berpakaian Rasulullah saw di pinggir kononnya hanya org arab pakai jubah..inilah pemikiran yg memisahkan agama dan kehidupan..cara berpakaian barat lebih diutamakan...
Adakah kerana kita tak memakai jubah, maka anda labelkan inilah pemikiran yang memisahkan agama dan kehidupan. Maka kesimpulan dari tulisan anda sendiri ialah kalau kita mengaku kita berugama ISLAM, maka kita kena berjubah. Sebab itulah saya bertanya adakah memakai kot atau pakaian barat itu haram? Sebab anda seolah-olah bercakap hanya dengan memakai mengikut syariat nabi barulah orang beragama. Jadi mengapa mengatakan benda ini fitnah sedangkan anda yang menulisnya sendiri?
Bagi saya, anda ialah golongan yang menyalahkan semua orang dalam dunia. kita tak bertaqwa kerana TV, pemimpin dan sebagainya. Perlu tanya diri kita sendiri. Sebab itulah saya memberi contoh saudara ISLAM kita diluar sana. Adakah anda tak yakin atas keislaman mereka apabila anda mengungkapkan kata-kata begini.
awak bercakap pasal saudara seagama kita di eropah seperti awak dah duduk kat sana sangat lama dan kenal serta tahu sumer tindak tanduk
saudara kita....awak bercakap atas dasar fakta atau sedap mulut?..berapa percent yg dapat benar2 mempertahankan iman mereka dalam keadaan sebegitu?
Adakah anda merasakan keimanan dan ketaqwaan mereka ialah mainan? Adakah anda tak yakin bahawa dengan didikan dan pengukuhan akidah, umat ISLAM mampu mengharungi segala cabaran. Saya tidak ada statistik, tapi saya pasti umat ISLAM diluar sana lebih ramai dari dalam Malaysia. Adakah anda mengatakan mereka ini hanyalah ISLAM pada nama sahaja. Malangnya bagi UMMAH jika anda berfikiran begitu.
Sebab itulah sebelum mengutara sesuatu, berikan hujah secara bijaksana. Bukan menghentam dan menyalahkan itu ini. Saya hanya membalas apa yang anda poskan sahaja. tak perlulah kita salahkan apa yang ada, sebab umat ISLAm sentiasa diuji. Dalam setiap perkara ada kebaikan dan keburukan. Mengapa memandang yang busuk sedangkan anda bole mengambil yang baik...? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zalliza1717 at 29-8-2007 12:08 AM
tentang soalan pertama. Saya tak pernah bersetuju dengan hukum murtad ialah membunuh. bagi saya itu ialah ihtihad sesetengah ulama, dan ditolak oleh sesetangah ulama seperti Dr Yusof Al-Qaradawi. ...
Saya rasa kita bebeza fahaman..saya langsung tak faham apa yg awak cuba nak tegakkan...kalau tinggal sembahyang masih tidak dikira murtad...kenapa pernah sekali saidina abu bakar memerangi golongan murtad yg enggan membayar zakat?...adakah mereka mengiystiharkan diri mereka murtad?...
tidak kan?...tapi perbuatan mereka...menjadikan mereka murtad...murtad juga disebabkan amalan kita...terkeluar dari islam...
contoh....surah al-maidah ayat 44..maksudnya "barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan ALLAH, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir".
jadi...pemimpin yang tidak berhukum dgn hukum ALLAH swt boleh jd kafir dgn tindakannya meninggalkan hukum ALLAH..
aku bukan yg arif tentang agama..dan aku pernah duduk oversea bbrapa tahun...jd aku nampak, pelajar malaysia yg dok sana,
bawak balik lelaki masuk rumah pun ade?...mmg ade yg baik tapi environtment factor also memberi kesan kpd mereka.
Soalan: saya ingin tahu, apakah yang harus dilakukan kepada orang islam yang telah murtad dan tidak ingin kembali kepada islam.
Jawapan: Disegi undang2 jenayah Islam seorang yang murtad itu boleh dijatuhkan hukuman mengikut enakmen jenayah murtad setelah dia enggan bertaubat.
Oleh kerana undang2 jenayah Islam tidak diperaktikkan di negara kita maka orang2 yang mengetahui hendaklah menyuruh ia bertaubat mudah2an dia kembali kepada agama Islam. Jika dia tetap enggan maka orang awam tidak ada kuasa hendak menjalankan hukuman sebagaimana yang dikehendakki oleh agama yakni hukuman mati kerana hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh pihak pemerintah.
Tentang Tv sbg berhala hanyalah sbg Laqab shj bknlah seperti berhala sebenar...cuma menunjukkan bahawa banyaknya masa kita duduk depan tv..
bukanlah benar2 menjadi berhala seperti sembahan itu....jadi, jika kita sudah berlainan fahaman...cakap banyak pun x guna..
lakum dinukum waliyadin....wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 Durian^Belanda's post
Pemahaman mungkin berbeza tapimasih mencarikebanaran yangsatu..
Jangan lupa peperangan Al-Riddah bukan sahaja menentang golongan yang tidak membayar zakat, tapi yang memerangi ISLAM, dan mencegah munculnya Nabi palsu pada zaman itu. Apatah lai terdapat anggapan bahawa zakat ialah cukai yang di bayar pada Nabi Muhamad SAW JAdi mereka diperangi bukan sebab murtad,tapi sebab memberontak pada kerajaan ISLAM pada masa itu.
Anda merujuk kapada ayat, tapi anda jangan lupa, hukum hudud bukannya syariat. Perkara ini disepakati oleh kebanyakkan ulama. Jika syariat seperti sembahyang pun, tidak jatuh hukum kafir kepada seseorang muslim, melainkan ia menyekutukan ALLAH.
Jika anda pernah duduk oversea, anda perlu melihat bukan pelajar Malaysia, anda perlu melihat pelajar MUSLIM disana, dari berbagai bangsa dan kaum. European Muslim atau Amercian Muslim. Lihat dan kaji bagaimana mereka boleh survive. Juga tak bole menghukum dengan segelintir. Itulah keimanan yang dipupuk dan dididik. Jangan bandingkan mereka dengan kita. Kita ni sebenarnya tak kuat mana. Kalau TV pun kita takut, tak payahlah kita bandingkan cabaran yang lebih hebat disana..
Juga tidak ada hukum bunuh kepada orang murtad. Pendapat ini tidak ada satu nas pun didalam AL-Quran. Melainkan jika adna membawa satu dalil didalam Al-Quran yang menyuruh membunuh orang murtad.
Surah An Nisa ayat 137
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar".
Bacan dan fahamai ayat ini. bukan sekali murtad tapui berkali-kali. Tidak ada hukum bunuh pun disini. Cuma tidak akan diberikan ampun dan mereka kekal di neraka selama-lamanya...
Tolong fahami ayat ini sebaik-baiknya:-
"DAN (BUKANLAH TANGGUNGJAWABMU WAHAI MUHAMMAD MENJADIKAN SELURUH UMAT MANUSIA BERIMAN), JIKA TUHANMU MENGKEHENDAKI NESCAYA BERIMANLAH SEKELIAN MANUSIA YANG ADA DI BUMI INI. (JANGANLAH ENGKAU BERSEDIH HATI TENTANG KEDEGILAN ORANG-ORANG YANG INGKAR ITU, KALAU TUHAN TIDAK MENGKEHENDAKINYA) MAKA PATUTKAH ENGKAU PULA MEMAKSA MANUSIA SUPAYA MENJADI ORANG-ORANG YANG BERIMAN"
Surah Yunus : 99
Tolong baca, dan kaji maksud firman Allah ini. Dan fikirkan :-
1. Lupakah kita pada kekuasaan Allah. Tidakkah Allah mampu memberikan cahaya keimanan pada sekelian umat manusia, JIKA DIKEHENDAKINYA... Adakah kita menolah ketetapan ini, jika dia kehendaki maka seluruh manusia di muka bumi ini akan beriman? Di serulah jadilah, maka ia akan terjadi. Kalau tak terjadi, ada hikmahnya sesuatu yang Allah lakukan. bukankah Allah itu Maha Mengetahui.
2. Jika Nabi Muhammad pun di firmankan PATUTKAH ENGKAU MEMAKSA, siapakah taraf kita yang nak memaksa orang beriman dengan menghukum? Siapa? Adakah kita merasakan diri kita lebih hebat dari NAbi Muhammad SAW?
membunuh orang yang murtad hanya terdapat dalam Taurat sahaja. Sila rujuk Deuteronomy 13:6-10.
Maka sebab inilah banyak ulama yang berselisih pendapat tentang hukum murtad. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nanarizqman at 9-8-2007 02:55 PM
MAAF. CUBA BERKONGSI eMAIL TERBARU YANG SAYA TERIMA.
TAPI SAYA FIKIR, APA YANG NAK DITAKUTKAN SANGAT DENGAN HOLY WATER TU?
Subject
> Fw: MAKLUMAT TERBARU !!!!!!!!!TOLONG SEBARKAN
>
...
sri pernah dpt email ne........ |
|
|
|
|
|
|
mollwyy This user has been deleted
|
Originally posted by zalliza1717 at 29-8-2007 09:52 AM
Pemahaman mungkin berbeza tapimasih mencarikebanaran yangsatu..
Jangan lupa peperangan Al-Riddah bukan sahaja menentang golongan yang tidak membayar zakat, tapi yang memerangi ISLAM, dan mence ...
Askum...apa yang aku lihat, saudara durian kita hanya berckp antara sebab terpesongnya akidah atau pegangan umat islam disebabkan tv adalah tepat..
namun, banyak lagi sebab2 lain yg boleh dijadikan musabab untuk seseorang itu menjadi murtad...aku bukanlah ahli dalam bidang agama..tapi apa yang saudara durian cuba sampaikan sampai jugaklah kebenak hatiku ini...ade kebenarannya....
saudari/saudara zaliza, yg saya tahu benda nih agak simple, namun saudara/saudari terlalu berfikir secara berat....cuba saudara/saudari jawab persoalan durian satu persatu...saudara/saudari mengemukakan hujah yang panjang lebar tapi masih tak sampai maksudnya..
ingin saya highlight disini soalan saudara durian kita..
1. adakah benar rancangan didlm televisyen dapat mempengaruhi anak2 kita?...jawab benar atau tidak...
2. soal berpakaian menurut sunnah adalah digalakkan, tapi kenapa kita yg mengaku islam, perlu kpd pakaian barat?...
3. saya lihat saudra/saudari mengatakan saudara durian bermaksud menbuang TV krn yang saya baca....tak ada pulak dia suruh buang tv?
bukan semua hukum yang tiada dalam al-quran dan hadis tak boleh ikut....kalau saudara/saudari hanya berpegang pada Al-quran dan hadis,
maka saudara/saudari boleh makan lemak babi krn dalam AL-quran tidak disebut pulak lemak babi haram?...saudara ada dalil quran? mengatakan lemak babi haram?...takkan jumpa kan?...disinilah pentingnya ijma' dan Qias ulama'
maafkan saya jika tersilap bicara bukan nak menyokong atau menentang sesiapa...
cuma pegangan saya bercakap benar walaupun pahit..wassalam...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 mollwyy's post
Saya akan menjawab soalan anda dengan sebaik mungkin.
1. Apabila ercakap mengenai akidah, saya sentiasa tekankan didikan. Sentiasa mendidik dan mendidik. Jika anda bercakap mengenai TV memesongkan akidah kerana rancangannya, maka mengapa anda tidak masukkan sekali komputer, dimana terdapat ribuan akses yang lagi jelas boleh meruntuhkan akidah dan pegangan. Dimana anak-anak boleh mencari pronografi, tentang black metal, memgakses web-web berkenaan ateis, gay, lesbian, kristian dan lain-lain. Seujukah anda kalau saya katakan internet lebih memesongkan akidah, lebih hebat dari TV, lebih hebat dari program AF.
Oleh sebab itu saya tegaskan didikan. Didiklah anak-anak apa yang baik dan batil. Didiklah apa erti akidah muslim, apa erti dosa dan sebagainya. Sebab itulah saya katakan jika didikan elok dan benar, anak-anak tidak akan mudah terpesong dan tergelincir. Intipati saya ialah cara didikan menentukan kekuatan akidah. Mudah dan simple. Tak perlu salahkan TV, tak perlu salahkan itu ini kalau didikan kita tak betul.
2. mengenai sunnah. Berpakaian mengikut sunnah apa maksudnya? Kalau anda berfikiran cetek, anda akan mengandaikan berpakaian seperti nabi, iaitu berjubah. mengapa tidak luaskan pandangan bahawa berpakian mengikut sunnah ialah berpakaian yang menutup aurat. Apa saja pakaian yang menutup aurat ialah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Samaada kain pelikat, baju melayu, seluar panjang, seluar track, pakaian jepun, pendekkata pakaian barat atau tidak kalau menutup aurat itulah sunnahnya. Mengapa perlu melihat kepada jubah semata-mata? Kita bercakap ISLAM yang universal, tapi kita menyempitkan pemikiran kita sendiri.
3. Buang TV. Sebab ia megandaikan TV ialah berhala, (rujuk POS 43). Ianyaobjek yang melalaikan bagi dirinya. Jadi, kalau anda ada satu objek yang melalaikan, yang anda anggap sebagai berhala, adakah anda akan simpan dirumah? Jadi, buang saja (ini adalah jawapan sarcastic dari saya). Sebab itulah saya tegaskan juga, mengapa tidak kawal, dan ambil yang baik buang yang buruk. Juga ianya menyentuh mengenai didikan. Mendidika agar melihat program yang baik, dan tidak melihat yang buruk. Jangan anggap Tv sebagai berhala, anggaplah sebagai sumber ilmu.
Terakhir tentang dalil anda mengenai hukum. Anda perlu faham bahawa terdapat hukum yang dinaskan dari Al-Quran dan al-sunah secara tegas dan jelas (mansus) dan hukum-hukum yang berasaskan ijtihad para fuqaha. Mengenai hukum lemak babi, ianya termasuk dalam hukum yang mansus. Pernahkah anda berjumpa ulama yang mengatakan boleh makan lemak babi? Atau orang ISLAM yang mengatakan boleh makan? Disepakati dari 1,400 tahun yang lalu dan diikuti dan dipersetujui oleh semua umat ISLAM. Begitu juga bab arak, sembahyang dan sebagainya. Ini juga tergolong dalam hukum tersebut dimana ianya tidak tertakluk kepada tajdid kerana ianya hukum syariat. Sudah ditetapkan dan akan kekal sampai bila-bila.
mengenai hukum bunuh terhadap murtad, ianya termasuk hukum ijtihad para fuqaha. Maka anda lihat sehingga hari ini, selepas 1400 tahun, para ulama kita masih tidak bersepakat dalam hukum ini. Masing-masing bertaklid mengikut daya pemikiran dan kajian masing-masing. Inilah kecantikan ISLAM, di mana kita sentiasa mencari titik pertemuan dan menjadikan hukum seiring dengan zaman. Inilah dikatakan ISLAM yang progressif.
Dalam USUL-FIQH, kita berpandukan kepada Al-Quran, Hadis, ijmak dan Qias. Sumber tertinggi ialah Al-Quran, kemudian Hadis dan begitulah seterusnya. Jadi, sebab itulah saya kemukakan dalil dari Al-Quran, kerana disitulah sumber rujukan kita yang utama. Sebab itulah saya katakan, anda perlu membezakan hukum syariat dan hukum ijtihad, agar jangan terkeliru.
Seperti juga anda, kita berkongsi pendapat dan pandangan. Saya mengalu-galu pendapat anda dari segi ilmiah. Bercakap benar walaupun pahit, kerana inilah legasi yang akan kita tingalkan pada anak cucu kita kelak. Inilah pedoman yang kita boleh beri apabila kita tiada di dunia ini. Pemikiran perlu kepada ilmu, bukan kepada sentimen. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana nak kenal paderi muda nie ek?
dia pakai mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zalliza1717 at 29-8-2007 09:52 AM
Juga tidak ada hukum bunuh kepada orang murtad. Pendapat ini tidak ada satu nas pun didalam AL-Quran. Melainkan jika adna membawa satu dalil didalam Al-Quran yang menyuruh membunuh orang murtad.
...
Assalamualaikum...
APAKAH HUKUM BG SESEORANG YG MURTAD DALAM ISLAM?
> Dalam Islam Masih terdpt ruang bg mereka yg murtad utk kembali kpd Islam dgn adanya peruntukan berkaitan ISTITABAH(diminta utk bertaubat)
menerusi ISTITABAH, pesalah murtad akan dibimbing utk kembali semula kpd Islam. Sekiranya setelah melalui proses bimbingan dan pemulihan aqidah pesalah
murtad masih enggan bertaubat, maka HUKUMAN BUNUH akan dilaksanakan.
>Tempoh ISTITABAH berbeza menurut pandangan Ulama'. Ada yg berpendapat 3 hari, seminggu, sebulan dan setahun. Ini krn tempoh bertaubat ini
adalah berbentuk IJTIHAD dan tiada dalil secara terang dlm Al-Quran (ini hujah yg saudari pegang secara qat'i).
>Namun org yg murtad dan enggan bertaubat samada lelaki atau wanita akan dihukum bunuh berdasarkan kepada hadith2 berikut:
DALIL NO 1
" Tidak halal darah seseorang muslim yg bersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa aku ini utusan Allah, kecuali
dgn 3 perkara: 1. Nyawa dibalas dgn nyawa. 2.org yg telah berkahwin kemudian berzina. 3.org yang MENINGGALKAN AGAMANYA lalu memisahkan dirinya drpd jemaah"
( diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibn Majah dan Abu Daud)
DALIL NO 2
Daripada Ibn Abbas r.a Rasulullah SAW telah bersabda " Siapa yang menukar agama (ISLAM) BUNUHLAH dia" (SAHIH BUKHARI)
DALIL NO 3
Ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Ibn Jabal ke Yaman, Baginda SAW telah bersabda yg bermaksud
" Sekiranya seorang lelaki keluar dari Islam, maka serulah dia supaya kembali (kpd Islam). Jika dia kembali maka lepaskanlah dia.
Jika dia enggan maka PENGGALLAH lehernya. Dan sekiranya seorang wanita keluar dari Islam, maka serulah dia kembali, jika dia kembali maka lepaskan dia, jika dia enggan maka PENGGALLAH lehernya"
(Rujukan kitab Nail Al-Author, karangan Imam Syaukani: Jilid 8, m/s5. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asyqalani mengatakan hadis tersebut adalah
hadis HASAN)
DALIL NO 4
Rasulullah SAW telah bersabda
" Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunuhlah ia" (Riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain2)
*Rujukan buku MANUSIA DAN ISLAM karangan Prof. Dato' Dr. Haron Din
Inilah Dalil2 yg anda tidak jumpa wahai saudari Zaliza yg dihormati, Anda beritahu sebelum ini tiada dalil bagi hukuman bunuh tehadap
org murtad seolah2 anda menghafaz 250,000 hadis yg ada di dalam dada..Adakah anda terlalu alim krn berpendidikan agama sehingga
sewenang2nya bercakap itu tiada nas, ini tiada nas?...Jika anda benar2 berpengetahuan tentang usul fiqh mengapa bab hukum jenayah ini anda tak tahu?...Hudud, Qisas, Ta'zir,...
Walaupun Ayat2 Al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci hukuman murtad di dunia, hanya ancaman dan siksaan di akhirat, namun dalil2 dari hadis2 Rasulullah SAW sudah sempurna utk mengkategorikan hukuman kpd murtad itu sbg hukuman HAD (BUNUH) bkn ta'zir.
Selain dalil2 drpd hadis Rasulullah SAW, hukuman bunuh kpd pesalah murtad juga telah disepakati oleh para sahabat dan Ulama'.
Para sahabat Rasulullah SAW keseluruhannya telah bersepakat utk memerangi golongan arab yg murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW
dan kewajipan bunuh terhadap mereka...terimalah dalil ini wahai saudari krn sabda Nabi SAW..
"Man Ahdasa Fi Amrina Haaza Maa Laisa Minhu Fahuwa roddun"
"Barangsiapa yg menambah pada urusanku (urusan agama islam) maka dia ditolak(sesat)"
Wallahua'lam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mollwyy at 29-8-2007 06:59 PM
Askum...apa yang aku lihat, saudara durian kita hanya berckp antara sebab terpesongnya akidah atau pegangan umat islam disebabkan tv adalah tepat..
namun, banyak lagi sebab2 lain yg boleh dija ...
Terima kasih saudara krn dapat memahami bahasa simple yg saya gunakan....
apa yg saya maksudkan bukanlah membuang TV...pada pandangan saya, program2 TV banyak menjadi ikutan negatif kpd anak2 muda...
dan ada ANTARANYA krn terlalu mengikut idola2 artis kesayangan mereka, mereka telah terjebak dalam satu penyakit yg di panggil GHUZWATUL FIKRI
atau pun serangan pemikiran ank2 muda kita...
satu benda yg simple akan menjadi sangat rumit krn kita tidak boleh menerima pandangan org yg bertentangan dgn prinsip
diri sendir..bukan atas dasar keimanan dan agama Islam yg suci... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #58 Durian^Belanda's post
Terima kasih kerana memberikan ulasan yang penuh berilmiah.
Dalam mengungkap persoalan, kita perlu kembali kepada USUL-FIQH. Sumber yang tertingi ialah Al-Quran, kemudian ialah hadis. hadis yang anda sebut itu ialah hadis yang kebanyakan ulama menilai sebagai hadis daif dan mempunyai satu isnad sahaja. Sebab itulah hadis tersebut tidak tercatat dalam mana-mana hadis sahih yang menjadi rujukan ulama. Dalil yang utama ialah dalil dari Al-Quran, sebab ianya sumber yang diperakui oleh ALLAH tidak tercemar sehingga hari Kiamat.
Juga terdapat pandangan ulama bahawa hadis ini hanya khusus terpakai dalam kes-kes yang melibatkan pemberontakan. Rasullulah menghukum demikian keatas sekumpulan orang yang murtad kemudian memerangi ISLAM. Hukuman dijatuhkan bukan kerana mereka murtad, tapi kerana mereka mengistiharkan pemberontakan terhadap ISLAM.
Selain dari itu, tidak ada bukti jelas yang menunjukkan Rasullulah SAW dan para sahabat menjatuhkan hukuman mati ke atas orang murtad selain dari pemberontakan.
Sayugia disebut, pendapat ini bukannya baru, tetapi dikeluarkan sejak abad ketujuh lagi. hujah-hujah mereka berlandaskan pada dalil Al-Quran yang saya ada sebutkan di atas. Di antara tokoh yang yang berpendapat hukuman murtad bukannya di tangan manusia tapi diantara manusia dan pencipta ialah Shams Al-Din Al-Sarakhsi (Ulama terkenal Hanafi), Abul Walid Al-Baji (Ulama Maliki), Ibnu Tamiyyah (Ulama Hanbali), Allahyarham Muhammad Shahtut dan juga Sheikh Al Azhar iaitu Dr Mohammad Sayed Tantawi. Mereka berpendapat bahawa hukuman bunuh tidak bole digunakan berdasarkan pada hadis-hadis ahad.
Jadi anda perlu melihat dengan mata hati mengapa para ulama tidak bersepakat didalam perkara ini. juga terdapat pendapat dimana jika terdapat kekhilafan diantara hadis dan Al-Quran, maka anda perlu kembali kepada seumber yang utama iaitu Al-Quran. Hadis tidak boleh melangkaui Al-Quran. Inilah kesepakatan ulama. juga anda perlu ingat, bahawa hukum bunuh ini ialah hukum ijtihad, bukannya hukum muktamad yang dikeluarkan oleh ALLAH. Apabila bercakap hukum ijtihad, ianya ialah perkara yang ditetapkan oleh ulama, dan manusia tidak akan ada yang sempurna. Jika anda merujuk kepada hadis, yang adakah anda yakin bahawa ianya tidak tercemar atau adakah hadis ini palsu? Jika anda was-was maka anda perlu merujuk kepada Al-Quran. Juga cabaran yang dilontar pada ulama silam ialah sebutkan peristiwa dimana Nabi Muhammd membunuh orang yang murtad, dimana mustahil jika ada peristiwa ini ianya tidak akan dicatatkan, sedangkan peperangan Al-Riddah ada dicatatkan didalam sejarah ISLAM. Satu cabaran yang sehingga kini tidak terjawab walau dari abad ke 7.
Renungilah firman ALLAH ini :-
"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, TAATILAH ALLAH DAN TAATI RASUL(NYA), DAN ULUL AMRI DI ANTARA KAMU. KEMUDIAN JIKA KAMU BERLAINAN PENDAPAT TENTANG SESUATU, MAKA KEMBALIKANLAH IA KEPADA ALLAH (AL-QURAN) DAN RASULNYA (SUNAH), JIKA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH UTAMA (BAGIMU) DAN LEBIH BAIK AKIBATNYA.
Surah An-Nisa : 59.
Kembalilah kepada Al-Quran kerana ianya sumber yang benar, tidak tercemar dan dipelihara sehingga hari Kiamat. Jangan disebabkan kebebalan hati, sentimen, kita menidakkan yang benar dan menegakkan yang batil... Ilmu ALLAH adalah luas. DAn jangan lupa ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.. Jangan dibatasi ilmu Allah dengan rasa hati kita manusia. Lupakah anda jika ALLAH mengkehndaki semua manusia beriman,maka diseru jadilah, jadilah ia. Allah tinggalkan satu persoalan untuk kita, untuk menjadi pedoman bahawa ISLAM ialah umat yang adil, yang bijaksana, yang terpilih, berbanding umat lain yang terdahulu, yang membunuh orang-orang yang murtad hanya berpandukan kepada kitab mereka. Disinilah terserlah perbezaan diatara kita dan mereka... Lainlah kalau saudara ingin menjadi sebahagian dari mereka...
[ Last edited by zalliza1717 at 31-8-2007 12:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|