CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eastrun

Tolong saya...

[Copy link]
 Author| Post time 3-9-2007 12:49 PM | Show all posts

Reply #40 mekma's post

ENTAHLAH....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 3-9-2007 12:49 PM
ENTAHLAH....


Biar aku contribute sikit,eastrun.

Orang tabliq ini suka solat kat sarau kadang-kadang mereka ada ta'lim selepas solat zohor. Aku nasihatkan kau selepas solat tu kau join depa insyaAllah hatinya akan reda. Seterusnya kalau yang ini tak okey,pergi next step.

Kau solat pakai serban tak? Kalau pakai,ikat serban tu biar ada 2 ekor. Ini pun mungkin reda hatinya.

Bila kau nampak dia dah reda saje,sesekali kalau kau sebut nama Allah dan Rasul tu.....biar ada telo (slang) India sikit.... Ini pun stands a good chance dahh.....

Kalau semua tak berjaya,kau isi form ambil cuti 3 hari dan submit kat dia. Kalau dia tanya,kau katakan nak keluar 3 hari. Besar kemungkinan dia okey kottt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #42 Amir's post

Oh ye ker...patut la aku nampak ada ramai tabligh kat surau lepas Zohor tadi...

Weh...tak mungkin aku akan buat tu semua semata-mata nak memenangi hati bos aku...aku buat untuk Allah lagi ada banyak pekdahnya...lantak p la dia...aku bukan kurang ajar dengan dia pun....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 3-9-2007 04:40 PM
Oh ye ker...patut la aku nampak ada ramai tabligh kat surau lepas Zohor tadi...

Weh...tak mungkin aku akan buat tu semua semata-mata nak memenangi hati bos aku...aku buat untuk Allah lagi ada  ...


Aiyaaa,tadi kata nak mintak tolong!

Apa macam ini,tarak butot la luuu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 04:56 PM | Show all posts

Reply #44 Amir's post

Tapi, ko punya cara macam nak menipu die jer...janganlah macam tue...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 05:01 PM | Show all posts

Reply #42 Amir's post

xbaek buat kebaikan bkn krn Allah.....

syor yg xleh dipakai langsung....

abg eas... jgn ikut taawww....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2007 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 3-9-2007 04:56 PM
Tapi, ko punya cara macam nak menipu die jer...janganlah macam tue...


Itukan strategi bukannya menipu......

Kalau tak pun macam niii le....

Kalau kau tengok boss kau tu masih lagi bekerja walhal sudah waktu makan......Aku nasihatkan kau pergi dekat boss kau tu....dan katakan........

Boss,lunchowwwwhourr....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 05:33 PM | Show all posts
walaupun ada idea Amir yang aku tak setuju, tapi bersemangat sungguh aku tengok Amir nak tolong kau east.

Kat thread ni minta tolong, dia cuba nak tolong dengan idea2 dia yang unik tu...

Tapi aku rasa macam ko dah ada jawapan ko sendiri eastrun, cuma ko nak tengok apa orang kata je... ntah tak betul kot apa yang aku cakap nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 3-9-2007 05:01 PM
xbaek buat kebaikan bkn krn Allah.....

syor yg xleh dipakai langsung....

abg eas... jgn ikut taawww....


Rasenye elok kite semua sangka baik dengan Amir...niat die cuma nak menolong East settlekan prob...Pada East, ya...memang betul ko cakap...buat kebajikan kerana Allah, bukan kerana makhluk...aku respek pendirian ko dalam hal nie...

Cuma, idea yang Amir lontarkan tuh mungkin bole dipraktikan, tapi bukan dalam soal ibadat yang mana urusannye melibatkan antara kita dengan pencipta.

Tapi east, maybe ko leh praktikan idea Amir tuh pada benda2 lain yang tak melibatkan urusan ibadat (non-religous matter) cam contohnye, kalau die suke futsal....cuba2 laa join sekali dan tunjuk skil....mane tau nanti hubungan leh rapat kembali seperti dulu...

Selamat mencuba!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 10:18 PM | Show all posts

Reply #48 mnm77's post

Aku hargai apa yang Amir bagitahu, tapi apa yang aku bimbang, kalau aku buat macam tu, ada pulak nanti dia bertambah fikir aku macam munafik laks...Sebenarnya aku bukan la baik sangat., k...Jangan salah sangka.

Aku tak ada jalan yang spesifik untuk selesaikan masalah ni, cuma dari banyak - banyak yang aku dapat dari korang...kebanyakan kata jangan layan...cuma Amir punya lain sket...hehehehhe

Aku rasa benda yang oleh merapatkan aku (kalau non-religious matter) ialah field research kami sama sebab aku pun buat pasal ujian rintangan api untuk Msc aku...so memang aku kena collaborate dengan makmal dia...tapi aku rasa, tak sempat kot dia nak tengok aku buat test kat dia punya lab...sebab by the time aku nak start buat research kat lab dia...dia dah chow buat Ph D.InsYAllah.

Tapi bila aku fikir-fikir, macam dah tawar hati jer aku nak kerja kat department dia lepas ni....aku rasa aku stay je la kat department sekarang......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 3-9-2007 10:18 PM

Tapi bila aku fikir-fikir, macam dah tawar hati jer aku nak kerja katdepartment dia lepas ni....aku rasa aku stay je la kat departmentsekarang......


alaa kan ko buat research tu bukan kerana dia kan? ini perkara kecik je...

buat istikharah... itu yang terbaik. insha Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 08:42 AM | Show all posts

Reply #51 mnm77's post

Memang aku buat bukan kerana dia, tapi aku kena buat research tu kat tempat dia...ok, meh aku cerita panjang lebar...

Aku sekarang kat Makmal Komposit Kayu, aku buat papan serpai and etc.Pada projek aku yang kali ini, aku telah bercadang untuk buat ujian rintangan api pada papan serpai tersebut dengan memasukkan bahan kimia. So bila papan dah siap, aku akan buat test api tu kat tempat dia....so, nak tak nak memang kena la nak bekerjasama dengan dia...tapi aku rancang la...tunggu dia chow daripada makmal tu untuk pergi Haji dan PhD.So dari situ mungkin aku boleh collaborate dengan RO bawah dia..

Sebenarnya dulu aku mengimpikan untuk kerja bawah dia sebab dia....salah satu sebab dia tabligh...yang aku rasa boleh guide aku dalam hal-hal agama ker..lagipun aku tahu yang dia takkan nak guide aku buat Msc punya sebab smua kena initiative sendiri...tapi bila dah jadi masalah dan dia pun nampak macam tak nak damai jer..aku rasa maleh dah nak pindah p masuk department dia...

Sebenarnya kat tempat dia ada satu je Research Officer (RO) yang baru...maksudnya, bila dia chow nanti, aku rasa budak tu yang kena handle semua....so aku rancang, nak bantu budak tu...tapi pada masa yang sama, kat department aku, ada tiga orang RO yang pergi sambung belajar kat luar negara nanti dan hanya akan tinggal seorang je RO senior kat sini...dan aku juga bercadang nak tolong dia...tambahan pula, projek Msc aku ada kaitan dengan RO senior ni...so, aku rasa ada baiknya tolong dia...daripada tolong RO baru tu...

Tapi, disebabkan aku punya projek ada ujian rintangan api, aku rasa, nak tak nak, kena tolong RO baru tu gak...Tapi belum official lagi la....Hari tu dalam mesyuarat Pengarah bagi signal macam aku kena pindah ke makmal api tu...tapi aku dah tawar dah....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa aku rasa sangat bersalah bila RO tu benci aku?

Macam ni...untuk buat Msc, ko kena dapatkan penyelia...pada saat aku memerlukan penyelia...RO (yang aku sakitkan hati dia) ni tolong aku dan sudi terima aku dan TAWARKAN PROJEK ORGANISASI INI,tapi dia tak bagitahu aku yang dia nak p sambung belajar (ke memang dia yakin aku takkan dapat Msc?,itu aku tak tahu)...so, everything goes well until last minit bila HR dapat tahu yang aku tak boleh ambil dia sebagai penyelia sebab dia dah nak p further study...so waktu tu aku tension, sebab aku dah dapat tempat kat UPM.

So, aku tanya RO tu macam-macam dan dia tak jawab pun apa yang aku tanya..dia macam nak lepas tangan jer...cuma aku silap yang aku berlebih-lebih dalam bertanya kat dia kot....sebab aku panik dah....sebab kalau aku tak dapat penyelia, maksudnya aku takkan dapat buat Msc, melainkan next sem...tapi aku tak nak.

So, walaupun aku marah kat RO ni, tapi aku terhutang budi dengan dia.Sebab tanpa dia, tak mungkin aku akan dapat projek organisasi ni.Pada saat-saat akhir, ada seorang RO yang juga Ketua PengaraH kANAN organisasi ni yang sudi amik aku.So, akhirnya aku dapat masuk dalam organisasi ni dan buat Msc.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa aku nak baik sangat dengan RO (yang aku sakitkan hati) tu?.

Sebab dia dah tolong aku pada permulaannya...cuma pada pertengahannya...dia lepas tangan dan membuatkan aku sakit hati,tapi aku try bebaik dengan die...tak sangka lak boleh terlebih baik dan inilah bahananya....Aku silap tang SMS jer,coz aku ingatkan dia boleh terima, tapi dia boleh lak fikir aku mempermainkan dia....Rupanya, waktu mesyuarat hari tu, ramai yang dah tahu aku punya masalah dengan RO tu...tambahan pula...aku punya projek ditawarkan tanpa geran pun...so sekarang aku kena menumpang geran RO lain dan guna duit sendiri kot.

Dalam mesyuarat hari tu....Pengarah raised masalah tu....so bila tengok-tengok balik,kan,sebenarnya RO tu back fire credibility dia sendiri sebab dia tawarkan projek kat aku tanpa pengetahuan Pengarah...so aku rasa, salah satu sebab dia marah aku, bukan kerana SMS,tapi kerana Pengarah tahu yang dia overuled secara tak sengaja...Hal ini diketahui bila aku menggelabah cari penyelia lain hari tu...Habis aku tanya kat semua RO di sini dan mereka semua tahu masalah aku dengan RO tersebut.Dan secara automatiknya, Pengarah pun tahu...HR pun tahu...so, dia rasa insecure kot...aku bukan sengaja nak buat dia macam tu...aku mewar-warkan masalah aku sebab aku nak cari penyelia yang boleh ganti dia...takkan salah kot...

Tapi apapun dia buat kat aku,aku ingat balik apa yang dia buat (menawarkan projek kpd aku).Dan benda tu la yang buat aku tak boleh nak benci dia....kalau aku benci dia...aku rasa bersalah pula...tapi kekadang aku rasa baik benci dia...bukan benci dengan maki hamun, tapi benci jangan berjumpa.....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesian pun ada

Aku tak tahu la apa yang dia fikir dalam fikiran dia...Sebab setiap kali kami bertembung, dialah yang akan tarik muka...Aku dah minta maaf dan aku tak tahu apa yang dia marah lagi kat aku...dan hari tu...bila aku tak tahan dah...aku SMS dia, kata yang aku dah malas nak memujuk dia lagi, dan aku dah penat nak bergaduh dengan dia....Aku fed up la kena macam ni sebenarnya...Aku malu sangat...sekarang kalau jalan dengan RO-RO,semua akan tahu masalah aku dengan RO tu...RO tu memang dihormati kerana dia juga merupakan seorang juruaudit dalaman organisasi ini...Sebab tu aku rasa...tak payahlah pasang niat nak kerja kat department dia lagi...aku redha kalau department aku kat Makmal Komposit Kayu... Alhamdulillah....


[ Last edited by  eastrun at 4-9-2007 11:05 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 03:29 PM | Show all posts

Reply #52 eastrun's post

Bacalah yer post aku kat atas...hehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 4-9-2007 03:29 PM
Bacalah yer post aku kat atas...hehhehehe


Aku rasa perkara yang kau hadapi lebih kepada administrative issue (pendapat aku la). Ramai researchers yg mengalami keadaan sedemikian bahkan lebih teruk dari itu (aku pun researcher jugak!)

Cuma ko ada tanggapan tertentu kpd boss ko tu yg menyebabkan bertambah susah ko nak hadapi masalah ni. Dan ko sendiri pun masih belum pasti apa sebab yg dia masam muka ngan ko, cuma ko agak saja (mungkin betul, mungkin ada sebab lain juga)

Seperti yg aku kata sebelum ni, buat biasa je. Kalau terserempak dengan dia beri salam, elakkan dari mengelak-elak... biar natural... Kalau dah cuba beri salam sampai lebih 3 kali terserempak dengannya, then beritau aku feedback

Seperti yg ko kata, dia ada target buat PhD, so mungkin itu salah satu dari priority padanya. Pada masa yg sama kita sebagai manusia selalu melihat macam sesuatu yg berlaku itu sebagai 'unfair', sebaliknya jika kita bertaqwa dan tawakkal pada Allah, tentu Allah buka jalan keluar untuk masalah kita

Ko tak perlu fikirkan banyak sangat pasal nanti nak kerja bawah dia ke tidak, masa depan belum tentu, tapi memang betul elok ada plan.. so istikharah dulu... kita mungkin tidak tahu yang kita nampak buruk itu mungkin zahirnya macam tu tapi hakikatnya mungkin sebaliknya

Ko juga tak perlu fikirkan pasal ko dah minta maaf padanya kenapa dia masih sedemikian, sebaliknya ko doakan saja dia menjadi orang yang baik budi pekerti, dan sama juga doa pada diri sendiri macam tu juga

Yang penting, kalau kita berbuat baik sesama manusia, kita hanya harap ganjaran dari Allah bukan manusia. Allah berkuasa merubah hati manusia dalam sekelip mata, dan dalam Genggaman Allah lah segala apa yang manusia ketahui dan yang tidak ketahui

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2007 04:29 PM | Show all posts

Reply #54 mnm77's post

Aku tak berapa faham...kenapa pula researcher mesti menghadapi masalah administrative???

Mengenai masam muka, dia start masam muka waktu aku hantar SMS.Sebelum aku masuk ke organisasi ni, aku tak tahu la apa yang dah dia lalui.tetapi,bila aku start masuk sini, dia macam dah tak nak layan dah,keadaan bertambah teruk bila aku SMS dia dengan dia sesuatu yang tak patut aku SMS rasanya....So, sebelum masuk aku tak tahu...

Aku tak larang pun dia buat PhD, tapi aku sedih bila ada masalah, dia diam je macam lepas tangan.Aku geram juga macam tu...dan jalan keluarnya ialah aku dapat buat Msc, taoi under orang lain...masalah yang timbul ialah apabila aku punya Supervisor yang baru ni ialah seorang Pengarah...dia power tapi dia sibuk...

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 5-9-2007 04:29 PM
Aku tak berapa faham...kenapa pula researcher mesti menghadapi masalah administrative???

Mengenai masam muka, dia start masam muka waktu aku hantar SMS.Sebelum aku masuk ke organisasi ni, aku  ...


Tak semestinya tetapi biasanya researcher menghadapi masalah administrative issue kerana jika membabitkan individu lain yang juga buat research, masing2 ada perancangan sendiri. Ada yang supervisor Professor pun pindah uni dan sebagainya, dan macam2 tak termsuk lagi politik dalaman dalam office... nak kerja dengan orang itu, orang ini, nak student itu, student ini, yang dpt grant dapat student, yg tak dpt rasa direndahkan bla bla bla

Don't take it too seriously when you have tried your best about your friendship with him. Leave it to Allah when things are out of your control
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 5-9-2007 04:29 PM
Aku tak larang pun dia buat PhD, tapi aku sedih bila ada masalah, diadiam je macam lepas tangan.Aku geram juga macam tu...dan jalankeluarnya ialah aku dapat buat Msc, taoi under orang lain...masalahyang timbul ialah apabila aku punya Supervisor yang baru ni ialahseorang Pengarah...dia power tapi dia sibuk...


Kenyataan awak ini menunjukkan awak tidak berpuas hati dengannya. Dan mungkin dia juga ada masalah lain yang awak tidak tahu.

Cuba selesaikan masalah dengan AMAL contoh macam solat hajat. Pastu kalau boleh berbincang masalah research awak dengan sesiapa yang patut, elok juga.

Rezeki awak dari Allah, dan mungkin akan dapat menerusi jalan lain yang awak belum ketahui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 08:04 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 5-9-2007 05:29 PM


Tak semestinya tetapi biasanya researcher menghadapi masalah administrative issue kerana jika membabitkan individu lain yang juga buat research, masing2 ada perancangan sendiri. Ada yang supe ...


Cakap pasal grant, saya punya projek pun tak ada geran...heheheh...kena pakai duit sendiri dan menumpang ihsan supervisor.

Tapi,walaupun saya gagal dalam membuat hubungan persahabatan dengan dia, tapi sekurang-kurangnya seminggu sekali saya akan tanya khabar pada dia...walaupun saya tahu dia takkan balas.Sekurang-kurangnya saya telah cuba melepaskan diri saya dari berlaku sombong.Sekurang-kurangnya saya dapat mengawal diri saya dari membenci dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 5-9-2007 05:35 PM


Kenyataan awak ini menunjukkan awak tidak berpuas hati dengannya. Dan mungkin dia juga ada masalah lain yang awak tidak tahu.

Cuba selesaikan masalah dengan AMAL contoh macam solat hajat. ...


Memang saya agak tak berpuas hati dengan dia sebab dia lepas tangan.Saya tanya dia semua dia tak nak jawab.Saya tahu dia ada perancangan, tapi dia tidak letak dot dalam masalah saya dengan dia mengenai research itu..Memang dia menawarkan saya projek, tapi malangnya dia menawarkan projek tanpa memberitahu saya yang projek itu tiada geran..

Cuma waktu mesyuarat haritu, dia dah menerangkan segala-galanya...Pada Pengarah...dia sebenarnya tak tahu prosedur untuk pelajar Msc dan dia sebenarnya dah overuled Pengarah.So, bila saya dengar, saya rasa macam nak menangis pun ada...Sebab...rasa agak bersalah kat dia, walaupun saya rasa tak puas hati sesangat.

Bila saya buat solat istikharah, hati saya sangat cenderung untuk berada di makmal dia...saya tak tahu kenapa...tapi tiap pada itu hati saya berdebar juga...penerimaan saya di makmal saya sekarang, agak baik, walaupun mereka sebenarnya tidak menganggap saya akan duduk dekat makmal ini.Ini kerana saya punya projek adalah lebih kepada projek pegawai penyelidik yang terasa hati tu...

Apa hikmahnya terjadi ni semua, memang saya tak tahu...kenapa Allah kenakan ini semua...sebab saya betul-betul rasa tak selesa bila bergaduh dengan orang...apa lagi yang kaum sejenis dengan saya dan dengan orang saya pernah hormati dulu...Kalaulah waktu boleh diputar semula....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 6-9-2007 08:12 AM

Apa hikmahnya terjadi ni semua, memang saya tak tahu...kenapa Allahkenakan ini semua...sebab saya betul-betul rasa tak selesa bilabergaduh dengan orang...apa lagi yang kaum sejenis dengan saya dandengan orang saya pernah hormati dulu...Kalaulah waktu boleh diputarsemula....


Jawapannya juga ada pada awak... (see your signature!)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoakepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat dari Kami, berkatalah ia: 揂ku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.170808 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list