CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Aku diapproach & dioffer peluang jadi jutawan (Merchantile Point (MPSB))

[Copy link]
Post time 25-10-2008 12:55 PM | Show all posts
yang noradz tu dge citer jual kete kerajaan.. betul ke? membe aku suh melabur situ, tp aku tak konfiden walaupon membe aku dpt rm2k sebulan lepas invest 26k. die kate dpt rm2k selama 5 thn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2008 01:38 PM | Show all posts

Reply #41 tightcherry's post

bukan dah kene gam ke dgn BNM?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 10:00 PM | Show all posts
Kita mesti dedahkan parasit2 tu sejelas-jelasnya Tobby.

Dalam S&E Cariforum ni pun melambak...................tak habis2 dengan FX online dia.
Ada tu siap ads "Melabur dalam FOREX" "Aku ajar FX free...."
FX ni pelaburan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 04:17 PM | Show all posts
buat la bisnes betul2. tak bek tau tipu2 org...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by kekbelacan at 8-4-2008 09:33 PM
Mercantile Point kena raid by BNM

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=1604

Bank Negara Malaysia Investigates Mercantile Point Sdn Bhd and Sunshine Empire Sdn Bhd and its Related C ...  


TV3 memang bodoh.  skim cepat kaya Mercantile Point ni TV3 la yg tolong promote, siap interview penganjur skim nih masuk Buletin Utama lagik. mungkin masa tu Bank Negara belum haramkan Mercantile lagik. so dgn Tv3 sekali kena tipu dgn penganjur skim cepat kaya nih. or may be ramai orang TV3 pun ada yg terjebak dgn skim nih??


mari ikuti Interview TV3 dgn penganjur skim cepat kaya Mercantile Point Sdn Bhd.  

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 09:35 AM | Show all posts
yea.....lagi power sekuriti anti virus lagi power virus baru muncul, samala jugak lagi kuat pemantauan pihak sekuriti lagi kreatif la penipu2 di sana!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 09:40 AM | Show all posts
mcm org sabah jak dia ni, c rusdie....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 01:10 PM | Show all posts
kesian pulak org yg melabur, duit habies camtu je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 06:37 AM | Show all posts
Korang rasa macamani dgn laman nih http://www.ekoleksi.com/kaywan.  Aku belum  join lagi cuma tengah usyar jer. Modalnya cuma RM50 jer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 01:04 PM | Show all posts
wat habis jer duit
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 02:51 PM | Show all posts
tak pyh la msk benda mcm ni...time2 gawat ni better simpan duit tu dlm asb ...tak pon dlm unit trust...biar untung skit tp terjamin
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 03:11 PM | Show all posts
baca artikel dibwh. mrk guna modus operandi yg sama...... mungkinkah penganjur2 skim ni terdiri drpd kalangan org2 yg sama?  



http://www.utusan.com.my/utusan/ ... um&pg=fo_01.htm

Lagi tertipu skim cepat kaya
Dewasa ini, pelbagai skim cepat kaya didedahkan dalam media massa tempatan. Kebanyakan perniagaan yang dijalankan adalah berbentuk skim smartpartnership di mana ahli-ahli menjadi rakan kongsi kepada perniagaan yang dijalankan. Kebanyakannya menggunakan modus operandi yang hampir sama iaitu ahli melabur sejumlah modal dengan disertai perjanjian bertulis dan dokumen-dokumen berkaitan. Rakan kongsi akan menerima keuntungan tetap setiap bulan daripada keuntungan syarikat tersebut seperti yang telah dijanjikan.

Di sini, saya ingin mendedahkan sebuah syarikat yang menjalankan skim seperti ini dengan usaha sama sebuah lagi syarikat yang beroperasi di Kelantan. Program yang dijalankan mulai 2006 menerima pelaburan serendah RM1,000 sehingga beratus-ratus ribu ringgit daripada setiap ahli. Jumlah keuntungan yang ditawarkan ialah sebanyak 100 peratus setahun dengan kontrak selama 5 tahun di mana ahli-ahli akan menerima keuntungan yang dibayar setiap bulan mengikut pakej yang disertai.

Untuk makluman, program ini telah diiklan dalam sebuah akhbar tempatan dan satu taklimat program telah dijalankan pada tahun 2006 dengan dihadiri oleh pengarah syarikat, wakil sebuah agensi kerajaan, wakil kerajaan negeri, peguam syarikat dan hampir 200 orang hadirin. Saya percaya lebih 5,000 orang menyertai program ini kerana terpegun dengan pulangan lumayan yang dijanjikan.

Pada awal program dijalankan, pembayaran keuntungan setiap bulan berjalan dengan baik walaupun kadang-kadang berlaku kelewatan. Selepas lima atau enam kali menerima keuntungan, akhirnya syarikat gagal membuat pembayaran keuntungan seperti yang telah dijanjikan.

Selepas berbulan-bulan tidak mendapat keuntungan, saya telah berhubung dengan pengarah syarikat tersebut di mana beliau memaklumkan sandaran satu projek di sebuah negeri bernilai RM6 juta akan dijual untuk menggantikan modal para peserta program.

Namun, selepas satu tahun masalah berlarutan, syarikat telah menutup operasi dan pengarah syarikat juga telah cabut lari. Mereka langsung tidak mahu bertanggungjawab untuk membantu ahli-ahli mendapatkan balik modal sedangkan mengikut perjanjian, jika projek gagal maka syarikat akan menjual sandaran projek iaitu resort tersebut sebagai ganti kepada modal para peserta.

Kini, usaha menjejaki pengarah dan penganjur yang terlibat buntu kerana mereka telah melarikan diri.

Persoalannya, bagaimanakah caranya kami mahu mendapatkan balik modal sedangkan syarikat telah menutup operasi dan penganjur juga telah melarikan diri.

Kami hanya mahu keadilan iaitu memulangkan balik modal para peserta dengan menjual projek berkenaan yang selama ini dijaja sebagai sandaran atau jaminan kepada skim tersebut jika gagal.

Justeru, kami meminta penganjur bertanggung jawab kepada ahli-ahli dengan tampil memberikan penjelasan kepada kami tentang status bisnes yang dijalankan dan memulangkan balik modal kami. Jika tiada tindakan lanjut, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang terlibat.

MENCARI KEADILAN
Besut
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 03:15 PM | Show all posts
contoh yg lain ialah kes Amy Search, Hattan, Awie yg kena tipu 1 juta & beratus ribu ringgit.  perempuan yg menipu mrk tu adalah penganjiur skim cepat kaya yg dah menipu ramai org sebelum nih. yg heran tu kenapa polis tak dpt tangkap perempuan nih walaupun dlm rekod polis sudah diketahui memang kaki penipu?  maknanya penganjur2 ni memang licik & pandai melepaskan diri krn tiap kali di bawak ke mahkamah bukti tak cukup. so mrk diikat jamin & lepas bebas & tipu org lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 06:12 PM | Show all posts
depa yang menipu ni dah tau kut mcm mana undang2 kt Malaysia berfungsi. jadi, senang depa nak manipulasi untuk kepentingan diri sendiri.
contoh mcm bank negara, aku dok baca
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 08:34 PM | Show all posts
hidup ini hanya pinjaman..tipu2 nak ke mana..Allah dah anugerahkan akal yg bagus..nak menipu plak..menyalahgunakan akal yg diberi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2008 07:53 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by mat_macho at 29-12-2008 06:12 PM
depa yang menipu ni dah tau kut mcm mana undang2 kt Malaysia berfungsi. jadi, senang depa nak manipulasi untuk kepentingan diri sendiri.
contoh mcm bank negara, aku dok baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2009 08:22 AM | Show all posts
isy....isy........ dah kena penjara dah?  yg lawak tu dah masuk penjara pun masih ada downline yg percaya Encik Rusdie Ganning ini tdk menipu mrk.  ha....ha...ha.....ha...... downline yg bodoh bangang masih mharap dpt balik duit pelaburan yg hangus.  



Originally Posted by emoney  
LAPORAN DARI PENJARA SG BULOH

Kompleks Penjara Sg Buloh

Akhirnya kami telah berjaya bertemu dengan Pengarah Urusan MERCANTILE POINT SDN BHD, Encik Rusdie Ganning setelah beberapa kali ke penjara untuk menemui beliau. Prosedur penjara hanya membenarkan keluarga terdekat sahaja menemui OKT (Orang Kena Tahan) atau Tahanan Reman telah membuatkan kami mencari keluarga Encik Rusdie Ganning di Semenanjung. Encik Rusdie berasal dari Sabah.

Setelah melalui proses pendaftaran dan keselamatan penjara, kami telah bertemu dengan Encik Rusdie Ganning. Encik Rusdie tidak menduga bahawa beliau akan menemui pelawat kerana sejak di penjarakan tiada sesiapa yang menjenguknya.

Beberapa topik telah dibincangkan panjang lebar menyentuh beberapa perkara. Di antaranya ialah mengenai ada pihak yang mengambil kesempatan tetapi konspirasi mereka telah dapat digagalkan, produk-produk MPSB dan perkembangan proses undang-undang.

Menurut Encik Rusdie beliau bersyukur kerana melalui pengalaman dipenjarakan kerana di penjara beliau dapat melaksanakan ibadah-ibadah solat. Menurutnya lagi semasa di penjara beliau dapat melihat apa yang terjadi dengan jelas dan belajar memahaminya.

Beliau juga menyarankan supaya dimaklumkan perkembangan semasa kepada Rakan Kongsi.

- Pemegang Mandat

Salam

InsyaAllah kalau ada masa terluang...pokcik akan melawat sahabat baik..Rusdie Ganning

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 08:29 AM | Show all posts
so bulan Sept 2007 aku publish cerita penipuan skim ni,  skrg bulan March 2009 baru la penganjur masuk penjara.

Maknanya penganjur Encik Rusdie Ganning sempat menipu melayu2 bodoh yg terjerumus masuk skim ni selama 19 bulan.  

siapa yg dah tertipu sila angkat tangan. aku nak tolong gelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 08:40 AM | Show all posts


yg menakjubkan skim cepat kaya Rusdie Ganning ni pernah masuk Tibi Tiga, dan video klip tv3 inilah yg dijadikan modal utk menipu ramai2 melayu masuk skim ni.  

yg mrk tak tahu ialah, sebelum ni ramai staf tv3 pun terjebak dlm skim ni, sbb tu video klip Rusdie Ganning ni dpt laluan masuk tv3.  he....he.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:19 PM | Show all posts

Reply #57 tobby's post

ya ampunnnnnnnnnn bengapnyer


ada link website ke tobby? nak bc gak konspirasi gamaknya nak jatuhkan dia... gomen? Munturi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.315433 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list