|
Reply #36 migdal_bavel's post
aku pikir, maksud izza_dude tuh, israel, negara (tanah) untuk yahudi, tapi kamu balas, orang islam yang haji ngan umrah pun lebih kurang sama...tapi orang haji dan umrah tuh, balik lepas mengerjakan haji ngan umrah tuh..padahal orang yahudi terus duduk kat israel tunggu berita yang beribu2 tahun lepas , yang diceritakan dalam taurat dan talmud ajaran kamu..
kamu pun layan CI yer
dalam CI tuh macam2 ada..
sbb ramai orang CI tuh dari board gossip jugak |
|
|
|
|
|
|
|
migdal, apa perbezaan antara yahudi orthodok n zionis....
adakah agama yahudi ni utk bangsa yahudi ke? Rasanya ada yahudi yg berkulit hitam....mereka berketurunan yahudi atau menganut yahudi? Kat Amerika cthnya? Rasanya yahudi kulit hitam kat habsyah yg dibawa balik ke Israel secara rahsia. Mereka ni org yahudi masa zaman nabi sulaiman yg gi ke Sabaa n ke Habsyah. Dipercayai mereka memiliki suatu brg milik nabi musa. Mereka protect sungguh, x ingat tapi ada dlm rancangan ripley's believe it or not....
apa perbezaan antara taurat dan talmud?
[ Last edited by alhaadi2 at 11-5-2008 04:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh buka satu thread baru ni,'Siri bercakap dgn yahudi(yg tahu ckp melayu)' .Jgn marah migdal.
Tak pernah kenal dgn yahudi esp yg boleh cakap melayu ni,dok Malaysia pulak tu.Well migdal,boleh cite camne ko boleh 'tersesat' kat sini?Bukan apa pelik gak ada yahudi dok kat Malaysia ni,kalau Spore tu biasalah pasal ada hubungan diplomatik dg israel.Ko yahudi mana mari(asal negara mana)?Ada pernah balik kg tak(Israel)? |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ya migdal,sbg yahudi yg menyokong zionisme,boleh ko terangkan tentang 'The protocols of the elders of zion' yg mempunyai perancangan utk menguasai seluruh dunia dan mengapa kami tidak perlu memusuhi yahudi zionis dgn niat yg sebahaya itu? |
|
|
|
|
|
|
|
wah, bertubi-tubi soklan utk migdal, ...
p/s:diharap dapt berbincang dengan waras, gunakan peluang ni sebaik mungkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 11-5-2008 06:51 AM
yer, kalau ikut sebab peperangan, begitulah nampaknya
tapi, kaum Yahudi datang adalah sebab British yang bawa...ini adalah sah (kalau nak bahaskan dari segi sejarah la, sebab saudara mestilah x menerima hujah agama Yahudi)
Tetapi pihak British membawa kaum Yahudi tanpa persetujuan penduduk Palestin.
betul ker bukan atas persetujuan rakyat palestine?
cuba google pasal hubungan arab palestine-yahudi semasa kedatangan yahudi pada Aliyah yang pertama di mana,
orang2 arab menerima pengusahaan tanah2 pertanian oleh yahudi di palestine dan mereka juga mendapat kerja dengan menjadi petani2
kepada orang2 yahudi yg membeli tanah2...
hanya setelah imam ezzeddine al-qasam mati ditembak oleh polis british pada 1935 barulah orang2 arab mula menentang dasar british sehingga orang2 yahudi turut teraniaya oleh orang2 arab palestine.
..ini dinamakan da Great Arab Revolt yg berlarutan selama 3 tahun
kalau nak cakap atas persetujuan semua rakyat palestine, rasanya orang2 cina dan india di malaysia juga
tak diiktiraflah erk kedatangan mereka yg dibawa british ni yer?
macam mana yer pendapat forumner yg berbangsa cina dan india di sini (kalau ada)
Memang mereka tidak bersetuju. Mereka menerima yahudi kerana mereka tidak tahu bahawa tanah mereka akan dirampas, dan mereka menjadi minoriti. Pembunuhan ezzeddine al-qasam hanyalah "trigger' bagi the great arab revolt. The great arab revolt berlaku kerana rakyat palestin tidak bersetuju dengan tindakan british untuk membawa orang yahudi sehingga mereka menjadi minoriti. Mereka meminta satu pilihan raya diadakan, namun pihak British disokong oleh sesetengah pihak Yahudi memerangi mereka. Bukankah ini tipu daya dan penganayaan?
http://en.wikipedia.org/wiki/1936-1939_Arab_revolt_in_Palestine
Manakala semua penduduk Tanah Melayu menikmati pilihanraya sebelum kemerdekaan, dan telah diwakili oleh orang yang telah diundi oleh mereka.
revolts, penentangan orang2 palestine terhadap pengiktirafan Israel setelah British tamatkan mandatnya menyebabkan kekacau-bilauan
sudah tentu banyak benda yang musnah...dan yg lebih penting lagi ialah peperangan2 dgn negara2 arab lain sebaik sahaja tertubuhnya Israel
dan semua itu salah Yahudi yang mencerobohi tanah Palestin, bukan salah penduduk Palestin.
berapa negara yg x iktiraf? 34 buah negara jer...
dunia ada berapa buah negara?
Jika majoriti dunia mengiktiraf kekejaman, itu tak menjadikan kekejaman tersebut sah.
hak untuk usir penduduk palestine? mana ada usir...diorang yg larikan diri sebab diorang sendiri memang x boleh hidup kat kawasan kering kontang tu...
maka terpaksalah berhijrah..
Takkan mereka nak berhijrah masuk ke kawasan yang menyusahkan mereka sendiri.
alahai, kan diorang tak iktiraf israel, jadi, takkan nak pula bantuan air dan tenaga elektrik?
mana2 negarapun tak ingin nak membantu negara yg memeranginya...
Ini bukan kes perang antara negara, negara yang diduduki Israel hak orang Palestin, air itu hak orang Palestin, tanah itu hak orang Palestin.
mana2 negarapun tak ingin nak membantu negara yg memeranginya...
nak ikut konsep negara asal, maka filipina bolehlah ambil sabah, indonesia ambil sebahagian borneo, thailand ambil pantai timur malaysia. x macam tu ker?
Bukan ikut konsep negara asal, ikut konsep persetujuan penduduk. Semua penduduk negeri Malaysia bersetuju, tapi penduduk asal Palestin tidak bersetuju kekuasaan Yahudi terhadap tanah mereka.
jika zionis tak masuk, mereka x lari?ini sudah tertakdir dalam suratan sejarah bahawa yahudi akan kembali melalui british mandate...
tak perlula nak berjika jika dalam takdir sejarah...banyak sangat jika nanti
kalau nak jika, maka lebih baik cakap
"jika perang dunia pertama, pihak sekutu khilafah turki uthmaniah x kalah maka akan kekallah kegemilangan islam bukan?"
Bukan kata pasal "jika", saya cuba untuk menyatakan bahawa pendatang Yahudi lah yang menyebabkan mereka lari. Secara langsung, mereka boleh dilihat sebagai diusir. Maka, hak mereka atas tanah itu tidak dibatalkan kerana mereka lari.
emmm, these Qs are redundant...rasa2 dah jawab dah
nenek moyang langsung x menetap?maksud kembali ke Tanah Air Leluhur adalah melakukan Aliyah yakni seruan agama Yahudi terhadap kaum Yahudi..
Israel kan negara Yahudi, jadi ikut suka dialah nak menetapkan undang2 macam mana sama ada nak berbaur keagamaan atau tidak..
soal nenek moyang penah tinggal atau tidak itu tak perlulah ko kesah sebab itu menurut kepercayaan agama Yahudi..
Mereka menggunakan alasan bahawa hanya kerana agama mereka menyatakan hak mereka atas tanah itu, maka itu benar. Namun begitu, penduduk Palestin, yang memang nenek moyang mereka tinggal di situ, yang tidak pernah tinggal di tanah lain, mempunyai lebih hak terhadap mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
sepertimana saya beritahu sebelum ini berhati-hatilah dengan orang yahudi.
kita orang islam, segala ayat quran kita terus yakin tanpa perlu pertikaikan sebarang bukti/fakta. Then hayati dan kupas hikmahnya sahaja.
Setiap kali dengar ayat quran, kita sebut aku yakin... akan naik spiritual/jiwa rohani
Setiap kali berpuasa ada nafsu/godaan yang kuat, kita sebut aku sedang berpuasa... akan naik spiritual/jiwa rohani kita
Dalam quran ada bab sejarah. Itulah sejarah yg tidak boleh dipertikaikan lagi dan dipelihara, dijadikan kitab malah terdapat dalam dada ramai manusia (hafazan).
Apabila kita berikan bukti, mereka akan pertikaikan dgn hujah yg lain, dari dulu dulu sampailah sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thessailly at 11-5-2008 02:33 PM
migdal_bavel...apa pandangan ko mengenai Allah? adkah ko percaya pada sifat-sifat-Nya seperti kami mempercayainya? contonhya seperti maha mengasihani, pemberi rezeki, dll?
jawab ni..penting...
Kami 1500 tahun sebelum Islam muncul, telahpun mengenali sifat-sifat dan nama-nama Allah
Sebab itulah Allah dinamakan HaShem=The Name bagi
mewakili YHVH (Hayah Hoveh Yihyeh-Dia Yang Telah Ada, Dia Yang Sedang Ada, Dia Yang Akan Sentiasa Ada)
Kerana dia mempunyai banyak nama seperti HaRachaman (ar-Rahman), HaRachum (ar-Rahim), HaMelech (al-Malik), HaQadush (al-Quddus), HaGadol (Yang Maha Besar), HaShalom (as-Salaam),HaMa'amin (al-Mu'min),El-Shaddai (ash-Shadid), El-'Elyon (al-'Aaliy) HaBaruch (al-Baarik), HaBorei (al-Baari), Malchei HaMelachim (Malikul Mulk),HaGibbor (al-Jabbar), HaChay (al-Hay), HaQayam (al-Qayyum) etc etc
itu baru nama-nama yang menerangkan attributes atau sifat Allah yang digunakan dalam segenap doa
nama-nama title juga banyak
EHYEH Asher EHYEH (AKU Adalah AKU), Ribbono Shel 'Olam (Rabbul Aalamin),Elohei Yisroel (Allah Israel), Elohei Avraham Elohei Yitzhak, Elohei Ya'akov (Allah Ibrahim, Allah Ishak, Allah Ya'akob), Dayan HaEmmet (Hakim Yang Maha Benar), Melech HaOlam (Raja Segala Alam), Avinu Malkeinu (Bapa Kami adalah Raja Kami), Magen Avraham (Perisai Ibrahim), Ro'eh Yisroel (Pengembala Israel), Tzur Yisroel (Batu Israel), HaQadosh Baruch Hu (Yang Maha Kudus Segala Puji Keberkatan Baginya), Elohim Tzeba'ot (Allah Segala Tentera)
HaShem Ro'i (HaShem Pengembalaku), HaShem Nissi (HaShem Panji-Panjiku), HaShem Tzidkanu (HaShem Kebenaran Kita), Shechinah (Sakinah), HaMaqom (Makam), Qadimah (Tiada Permulaan), Ein Sof (Tiada Batasan), Alef ve Tav (Awal dan Akhir) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41,44,47 narvmarishka's,tarabas1976's, rempo's, others' posts
Migdal....kenal tak Dana International@Sharon Cohen?how is her position in Jewish community?
Dia artis transexual....hanyalah israeli artis..kenapa ko tanya pasal dia, minat ker
err migdal bavel sajer jer nak tanyer.....ini first time aku jumpe yahudi cakap melayu. Cemaner ko blehtersebar hingga sampai kat sini?
Ak datang ke sini sejak berumur 8 tahun, macam mana itu adalah personal
Well migdal,boleh cite camne ko boleh 'tersesat' kat sini?Bukan apa pelik gak ada yahudi dok kat Malaysia ni,kalau Spore tu biasalah pasal ada hubungan diplomatik dg israel.Ko yahudi mana mari(asal negara mana)?Ada pernah balik kg tak(Israel)?
Personal
Nak tau, PM ak
remizati: aku pikir, maksud izza_dude tuh, israel, negara (tanah) untuk yahudi, tapi kamu balas, orang islam yang haji ngan umrah pun lebih kurang sama...tapi orang haji dan umrah tuh, balik lepas mengerjakan haji ngan umrah tuh..padahal orang yahudi terus duduk kat israel tunggu berita yang beribu2 tahun lepas , yang diceritakan dalam taurat dan talmud ajaran kamu..
Yer, ak tau, saja jer sebab dah tak tau nak balas...sebabnya dia memperlekehkan kepercayaan agama orang lain dan membanding-bandingkan dengan agama dia, ak nak buat macam mana, takkan nak menidakkan pula ajaran aku...tp, memperlekehkan agama orang ni, adakah ini yg dikatakan kebebasan agama orang Malaysia?
alhaadi2: migdal, apa perbezaan antara yahudi orthodok n zionis....
yahudi orthodox tu sebenarnya pengikut Judaism yang asal, yakni sebelum kemunculan mazhab reformation,liberalization...
sebelum tu, semua Yahudi mengikut agama asal, tetapi setelah kemunculan mazhab2 yang hanya menerima sesetengah syariat dan tidak mewajibkan syariat yang lain (macam Islam liberal, Sister in Islam, Islam Hadhari), maka penganut2 yang asal, yang tidak menjadi liberal atau reformed ni digelar orthodox
zionist tu orang Yahudi yang mempercayai Israel adalah negara Yahudi
maka, Yahudi Orthodox, Yahudi Liberal, Yahudi Sekular, Yahudi Konservatif atau sesiapa sahaja boleh dikira Zionis jika dia mempercayai Israel sebagai sebuah negara Yahudi mengikut kefahaman masing2
Yahudi orthodox (kecuali Jemaah Satmar dan Naturei Karta) pun menerima Zionism dengan menafsirkan ia sebagai tajdid bagi ajaran Judaism
mereka dahulu menentang, tapi mereka menganggap, adalah baik jika mereka mengubah konsep sekularism dalam Zionism dan memperelokkan ideologi Nasionalisme itu dengan roh Judaism sebab Zionism ini adalah Geulah (Salvation) pertama yang perlu kami kecapi sebelum Geulah kedua tiba (yang akan dibawa Messiah)...jika tidak, Messiah sendiri x akan sampai
adakah agama yahudi ni utk bangsa yahudi ke? Rasanya ada yahudi yg berkulit hitam....mereka berketurunan yahudi atau menganut yahudi? Kat Amerika cthnya? Rasanya yahudi kulit hitam kat habsyah yg dibawa balik ke Israel secara rahsia. Mereka ni org yahudi masa zaman nabi sulaiman yg gi ke Sabaa n ke Habsyah. Dipercayai mereka memiliki suatu brg milik nabi musa. Mereka protect sungguh, x ingat tapi ada dlm rancangan ripley's believe it or not....
Betullah, Judaism untuk Yahudi (yang dilahirkan oleh ibu Yahudi)...ada yahudi yang tidak mempercayai agama, menjadi kristian atau muslim, dan ada Yahudi yg setia menganut agama Yahudi
Mereka yg sekular, atheis, murtad akan dihakimi oleh Allah di Yom HaDin-Hari Pembalasan kelak..wallahu a'lam
Yahudi yang berkulit hitam di habsyah itu adalah keturunan Sulaiman tetapi mereka berkahwin campur dengan penduduk tempatan, sebab itulah gene mereka adalah gene orang kulit hitam
tetapi mereka dikenali sebagai Falashah (Orang Asing) oleh sekalian orang habsyah yg lain bermaksud, mereka adalah etnik lain
barang berharga itu maksud ko adalah Tabut Sakinah tu kan? tu orang kristian habsyah...diorang bukan Yahudi...
apa perbezaan antara taurat dan talmud?
dua-dua adalah Taurat,
Taurat yg ko tanya tu ialah kitab (macam korang punya al-qur'an), manakala Talmud itu adalah sunnah Taurat dalam bentuk Lisan (macam korang punya al-Hadith)
untuk penjelasan lebih lanjut, rujuk http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=350406&extra=&page=3 di post ke #67
rempo:Oh ya migdal,sbg yahudi yg menyokong zionisme,boleh ko terangkan tentang 'The protocols of the elders of zion' yg mempunyai perancangan utk menguasai seluruh dunia dan mengapa kami tidak perlu memusuhi yahudi zionis dgn niat yg sebahaya itu?
rempo, jangan ingat ak ini orang yang mempercayai zionism sebagai ideologi sekular...ak percaya terhadap zionism sebagai tajdid judaism, soal protokol2 tu ak rasa itu adalah tuduhan terhadap zionis sekular (kaum Yahudi yang zionis dalam masa yang sama meletakkan agama terasing daripada kehidupan mereka)...a
ak berlepas diri daripada tuduhan protokol2 (yang dibuat oleh golongan anti-semitik) tu sebab zionis sekular pun tak tahu menahu pasal buku tu...ini suatu fitnah yg masih belum terjawab
aizverus:to migdal:-
ko pernah terfikir tak bahawa ko di lahirkan mempunyai purpose tertentu...aku percaya setiap manusia di lahirkan ada tujuan tertentu...
aku rasa ko di lahirkan sebagai 'penjelas' kepada masalah israel-islam...
jika ko sedar..ko ada tugas besar ahead...menunggu messiah is another things, but ur purpose is to make future better...
ak seorang yang biasa saja, dan masa ak memang tak lama pun sebab ak ada masalah kesihatan
terima kasih sebab menjadi sahabat ak, aiz |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 jaundice's post
Tetapi pihak British membawa kaum Yahudi tanpa persetujuan penduduk Palestin.
Memang mereka tidak bersetuju. Mereka menerima yahudi kerana mereka tidak tahu bahawa tanah mereka akan dirampas, dan mereka menjadi minoriti. Pembunuhan ezzeddine al-qasam hanyalah "trigger' bagi the great arab revolt. The great arab revolt berlaku kerana rakyat palestin tidak bersetuju dengan tindakan british untuk membawa orang yahudi sehingga mereka menjadi minoriti. Mereka meminta satu pilihan raya diadakan, namun pihak British disokong oleh sesetengah pihak Yahudi memerangi mereka. Bukankah ini tipu daya dan penganayaan?
menerima itu samalah dengan tanda setuju...itu adalah action atau tindakan yg mengesahkan penerimaan mereka
mereka tak tahu atau tahu itu, itu soal lain...we're responsible for our own action..
jika hujah "menerima" itu nak dijadikan alasan hak mereka, maka susahlah hidup ni, sebab menerima itu adalah berkaitan dengan hati dan fikiran, yang mana boleh berubah-ubah berdasarkan keadaan
sebab itulah tindakan dijadikan ukuran...
salah mereka jugalah sebab mereka x pandai nak berdiplomasi...lepas tu bila dah sedar silap sendiri, nak buat revolt pula, dan akhirnya,diorang yang lagi teruk tertindas, itu bukan salah british, jauh sekali orang yahudi
british hanya buat apa yang patut demi menamatkan revolt orang arab tu..
dan semua itu salah Yahudi yang mencerobohi tanah Palestin, bukan salah penduduk Palestin.
tak menceroboh...ini bukanlah menceroboh...orang yahudi datang dgn kebenaran british samalah macam orang cina dan india di malaysia ini
Jika majoriti dunia mengiktiraf kekejaman, itu tak menjadikan kekejaman tersebut sah .
kekejaman apa? dunia mengiktiraf israel..ini bukanlah kekejaman
mengiktiraf negara adalah lebih baik daripada tidak mengiktiraf (seperti yg malaysia buat)
israel sendiri mengiktiraf autoriti org2 palestin terhadap tebing barat dan gaza
Takkan mereka nak berhijrah masuk ke kawasan yang menyusahkan mereka sendiri.
kehidupan mereka lebih baik di negara lain...tak perlulah kembali sbab tengoklah keadaan saudara2 mereka yg idup di kawasan kering kontang tu..
muhammad pun berhijrah ke madinah bila dah x mampu hidup di mekah..ikutlah sunnah nabi tu, kan ada baiknya
Ini bukan kes perang antara negara, negara yang diduduki Israel hak orang Palestin, air itu hak orang Palestin, tanah itu hak orang Palestin.
perang antara negara lah(antara autonomi palestin dan negara israel) sebab tanah yg israel duduki itu sebelum british menamatkan penjajahan lagi sudah orang2 yahudi beli
kat majoriti kawasan israel itu, mana ad org arab melainkan sedikit shj...memang dah milik orang yahudi
disebabkan penentangan org arablah menyebabkan tanah palestine diberikan kepada 2-satu untuk orang arab (di bahagian yg kita kenali sekarang sbgai tebing barat dan gaza), satu lagi utk org yahudi (yg sekarang ini wujud sbg israel)
Bukan ikut konsep negara asal, ikut konsep persetujuan penduduk. Semua penduduk negeri Malaysia bersetuju, tapi penduduk asal Palestin tidak bersetuju kekuasaan Yahudi terhadap tanah mereka.
diorang setuju pada mulanya (x kesahlah diorang tersilap setuju atau tidak, itu adalah nasib diorang dan bertanggungjawablah terhadap perbuatan sendiri)
Bukan kata pasal "jika", saya cuba untuk menyatakan bahawa pendatang Yahudi lah yang menyebabkan mereka lari. Secara langsung, mereka boleh dilihat sebagai diusir. Maka, hak mereka atas tanah itu tidak dibatalkan kerana mereka lari.
x usir...diorang yg larikan diri
benda ini sama jer untuk semua orang, macam berlaku kat org2 bosnia, afghan, iraq yg mana, mereka mmg x dapat balik semula ke negara asal mereka...
maka hiduplah di tempat lain dgn azam baru, mulakan hidup baru...mengapa org palestin x nak terima hakikat?
tindakan mereka nk menentang hanya merumitkan lagi...dah hijrah tu hijrah jer la...mulakan hidup baru
malah untuk org2 yahudi yg melarikan diri dr eropah ke amerika sms WW II pun x dpt nk pulang ke negara2 eropah mereka..mereka hilang
kewarganegaraan tetapi mereka redha dan berusaha hidup di amerika..
Mereka menggunakan alasan bahawa hanya kerana agama mereka menyatakan hak mereka atas tanah itu, maka itu benar. Namun begitu, penduduk Palestin, yang memang nenek moyang mereka tinggal di situ, yang tidak pernah tinggal di tanah lain, mempunyai lebih hak terhadap mereka.
british yg bawa orang yahudi...atas dasar bersimpati terhadap kepercayaan org yahudi atau tidak, itu soal lain
soal terpenting ialah british yg telah bawa org yahudi di zaman kekuasaannya...itu adalah yg tertakdir
org palestine mmg dh tinggal di situ, maka mereka yg kekal dan tidak melarikan diri kini hidup sbg rakyat israel...maka x menjadi masalah
yg menjadi masalah ialah org yg dah larikan diri, tiba2 nak balik semula..sedangkan peperangan dan perjanjian telah banyak mengubah keadaan
[ Last edited by migdal_bavel at 12-5-2008 05:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 12-5-2008 04:16 AM
Kami 1500 tahun sebelum Islam muncul, telahpun mengenali sifat-sifat dan nama-nama Allah
Sebab itulah Allah dinamakan HaShem=The Name bagi
mewakili YHVH (Hayah Hoveh Yihyeh-Dia Yang Tela ...
aku pasti bahawa salah satu dari attribute Allah yang KITA percaya ialah Maha Adil.
jadi, mana mungkin yahudi adalah golongan terpilih. jikalau betul kaum yahudi ialah golongan terpilih, maka ia menyalahi
hukum bahawa Allah itu maha adil.
golongan kamu muncul 1500 tahun lebih awal dari Islam, kamu patut lebih tahu.
ni bukan nak kondem..cuma nak mintak pendapat...
[ Last edited by thessailly at 12-5-2008 06:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 thessailly's post
kalau tak paham konsep keadilan Allah dalam agama Yahudi, maka anda diminta hormat saja...
konsep keadilan dalam Judaism adalah lain dgn konsep akal fikiran ko
bagi bukan Yahudi, mereka mestilah mempelajari Sheva' Mitzvot Bnei Noach (7 Perintah Bagi Bani Nuh) yang mana, adalah disediakan khusus oleh Judaism bagi bukan Yahudi.
di Israel, terdapat sebahagian Arab dan Druze yang menganut 7 Perintah ini...
Bukan Yahudi yang menganut 7 Perintah ini mestilah keluar daripada agama yang dia anuti. Dia mesti bebas daripada mana-mana agama dan mematuhi 7 Perintah serta mengiktiraf umat Yahudi sebagai Orim La Goyim (Rahmat/Cahaya segala Bangsa)
maka mereka boleh masuk syurga sama seperti orang2 yahudi yg beriman yg mana, ada orang yahudi yg fasik yg masuk neraka
jika bukan yahudi tak menganut 7 perintah ini, maka setelah mati, roh mereka hilang begitu saja...
dgn kata lain, mereka tak ke neraka dan x ke syurga sebab mereka tak bertanggung jawab dalam menerima 613 mitzvot
menjadi Yahudi bukanlah bermaksud sesuka hati menjadi pilihan Allah untuk mendapat nikmat Allah tetapi, menerima tanggung jawab yg berat..
Yahudi yang mati dalam keadaan fasik dan x bertaubat, hukumnya ke nerakalah...
dan segala kebaikan dan kejahatan yg bukan Yahudi lakukan dibalas di atas dunia (macam mana?hanya Allah yg tahu)
ok, mari kita melihat Islam
dalam Islam pun tak adillah kalau kafir itu masuk ke neraka kan
"Dan orang-orang kafir, untuk mereka disediakan neraka Jahannam, tiada diputuskan perkara mereka hingga mereka mati, dan tidak pula diringankan dari mereka siksaannya. Begitulah Kami memberi balasan pada setiap orang yang sangat kafir (al-Fatir:36)
macam mana Islam itu adil kalau orang2 yang nun jauh di dunia ini tak pernah pun dgr pasal islam
kasihan, mereka masuk neraka....sebab mereka tidak mempercayai Allah pun...sedangkan Yahudi yg mempercayai Allah dan berbuat amal kebaikan pun akan semestinya masuk neraka Huthomah di sisi Islam
itulah, nak sangat guna akal fikiran dalam menghakimi agama Yahudi, sedangkan pengetahuan ko tentang agama Yahudi ini sangatlah cetek...
janganlah ko ubah nada hujah ko dalam menjawab soalan ak tu, jawablah dr segi keadilan mengikut akal fikiran ko sendiri tanpa mengikut al-qur'an dan as-sunnah
sebab itulah cara ko bertanyakan ak tadi...jawab, jawab jangan tak jawab |
|
|
|
|
|
|
|
Migdal, boleh tak terangkan ttg yahudi ashkenazi dan penyakit/sindrom hunter yg dihidapi oleh mereka.
Ref: http://www.jewishgeneticscenter.org/what/ashkenazi/
rupanya yahudi ashkenazi mempunyai penyakit yg hanya menyerang suku ashkenazi di dunia...
fyi.....rothschild, albert einstein, karl marx, rockefeller = ashkenazi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 migdal_bavel's post
macam mana Islam itu adil kalau orang2 yang nun jauh di dunia ini tak pernah pun dgr pasal islam
Pasal takder orang jawab maka aku jawab lah. Untuk umat manusia yang mana Islam tidak sampai kepada mereka (contohnya, kaum Red Indian atau kaum Eskimo pada abad ke-15) atau zaman selepas Nabi Isa dan Sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w....mereka dinisbatkan kepada agama fitrah selama mana mereka menyakini adanya/wujudnya Tuhan yang selari dengan fitrah manusia itu sendiri. Fitrah manusia, tidak mungkin Tuhan itu boleh diukir, diangkat dicuci dan kemudian disembah...Tuhan ialahYang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. Mereka yang tidak percaya adanya Tuhan (contohnya, percaya segala yang wujud adalah terjadi sendiri tanpa ada yang mencipta, tidak termasuk dalam kelompok ini).
Untuk yang termasuk di dalam kelompok agama fitrah, mereka tidak dikelompokkan sebagai kafir tetapi diadili sama seperti orang Muslim.
Tetapi di abad ke-21 nier, rasernyer dah takder manusia dalam kelompok agama fitrah nier...yelar kat Ulu Tembeling pun dah pakai astro.
Itu yang setakat saya tauler....pasal sayer pun bukan dalam bidang syariah ataupun feqah...tapi dalam bidang genetik.k
[ Last edited by tarabas1976 at 12-5-2008 12:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by <i>migdal_bavel-Dia artis transexual....hanyalah israeli artis..kenapa ko tanya pasal dia, minat ker...
minat lagu2 dia jer,but she kinda pretty looking than israeli women...dari apa yg kita baca kesemua komen u mengenai Judaism,ternyata u berbangga dgn diri u sebagai yahudi.and u menganggap yahudi tak bersalah dlm semua perkara ...u sedar tak,lebih ramai org Palestine mati berbanding org yahudi israel?dan semakin lama semakin teruk laa keadaan kat sana...
[ Last edited by narvmarishka at 11-5-2008 11:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
british bawa orang yahudi ke palentine bukan sebab dia orang simpati pada bangsa yahudi ni,
british & orang eropah memang tak suka pada bangsa yahudi sebab tu dihantar ke palestine
dengan serampang dua mata pertama untuk mengusir bangsa yahudi dari eropah kedua bagi
melagakan yahudi dengan Islam kerana Islam musuh no. 1 orang kristian eropah sebab mereka
telah beberapa kali kalah semasa perang salib. maka sekarang yahudi dan Islam sering berbunuhan
dan orang kristian tersenyum kerana dua musuh mereka berperang sesama sendiri. mereka pula
dapat bussines jual senjata kepada kedua pihak |
|
|
|
|
|
|
|
actually from what I know, the Jews were safer in the Arab during Holocoust than in Europe...as they were safe in Andalusia than under Spain. During the holocoust (where the Jews claimed 6 million of them were killed despite the population of Jew in Germany not more than 2.5 million) many of them migrated to US, Europe and Middle East.
Because the West felt guilty for a genocide under the name of religion happened in their civilisation( is it?) then the British made an arrangement for an Israeli country to be set up in the middle of population with a religion, where history proved that....
1. the Jews were living safely in Jerusalem under the ruling of Moslem, but they were killed and expeleed under the Crusaders.
2.The Jews also lived happily under the ndalausia civilisation (also under Moslem), but they were hatred and expelled after Andalusia falls into the hands of Ferdinant and Isabella.
3.And now, the Jews are happily living in jerusalem again but not under the ruling of Moslem but with the killings of Moslem day by day (please take note who was the Defence Minister who involved in genocide of Sabra and Shatila, 1983 with the Christian Pahalangist in Lebanon). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 12-5-2008 05:24 AM
menerima itu samalah dengan tanda setuju...itu adalah action atau tindakan yg mengesahkan penerimaan mereka
mereka tak tahu atau tahu itu, itu soal lain...we're responsible for our own action..
jika hujah "menerima" itu nak dijadikan alasan hak mereka, maka susahlah hidup ni, sebab menerima itu adalah berkaitan dengan hati dan fikiran, yang mana boleh berubah-ubah berdasarkan keadaan
sebab itulah tindakan dijadikan ukuran...
Mereka "menerima" pada mula-mula kerana mereka tidak tahu bahawa orang Yahudi akan dibawa secara ramai-ramai dan mereka menjadi minoriti dan kuasa dipegang pada Yahudi. Jadi, mereka tertipu.
salah mereka jugalah sebab mereka x pandai nak berdiplomasi...lepas tu bila dah sedar silap sendiri, nak buat revolt pula, dan akhirnya,diorang yang lagi teruk tertindas, itu bukan salah british, jauh sekali orang yahudi
british hanya buat apa yang patut demi menamatkan revolt orang arab tu..
Mereka tertipu, takkan itu salah mereka? Mereka dianaya.
tak menceroboh...ini bukanlah menceroboh...orang yahudi datang dgn kebenaran british samalah macam orang cina dan india di malaysia ini
Pendudukan orang Melayu, Cina dan India di Malaysia dipersetujui oleh sesama sendiri, melalui pilihanraya, manakala penduduk Palestin ditipu.
kekejaman apa? dunia mengiktiraf israel..ini bukanlah kekejaman
mengiktiraf negara adalah lebih baik daripada tidak mengiktiraf (seperti yg malaysia buat)
Kekejaman itu Israel.
israel sendiri mengiktiraf autoriti org2 palestin terhadap tebing barat dan gaza
Tetapi hak orang Palestin bukan setakat tebing barat dan Gaza, hak mereka seluruh Palestin.
kehidupan mereka lebih baik di negara lain...tak perlulah kembali sbab tengoklah keadaan saudara2 mereka yg idup di kawasan kering kontang tu..
muhammad pun berhijrah ke madinah bila dah x mampu hidup di mekah..ikutlah sunnah nabi tu, kan ada baiknya
Memang betul kehidupan mereka lebih baik di negara lain, tetapi mereka cinta akan tanah air mereka. Mereka sanggup untuk meredah kesusahan. Itu bukti bahawa mereka orang Palestin, tak perlu dokumen-dokumen, tak perlu rumah-rumah yang telah diroboh sebagai bukti mereka.
perang antara negara lah(antara autonomi palestin dan negara israel) sebab tanah yg israel duduki itu sebelum british menamatkan penjajahan lagi sudah orang2 yahudi beli
kat majoriti kawasan israel itu, mana ad org arab melainkan sedikit shj...memang dah milik orang yahudi
Tanah Israel merupakan hak orang Palestin, ini bukan peperangan antara negara, ini adalah peperangan antara penduduk dan penceroboh.
disebabkan penentangan org arablah menyebabkan tanah palestine diberikan kepada 2-satu untuk orang arab (di bahagian yg kita kenali sekarang sbgai tebing barat dan gaza), satu lagi utk org yahudi (yg sekarang ini wujud sbg israel)
diorang setuju pada mulanya (x kesahlah diorang tersilap setuju atau tidak, itu adalah nasib diorang dan bertanggungjawablah terhadap perbuatan sendiri)
Jika seseorang itu ditipu, takkan itu "nasib" dia? Sesungguhnya si Penipu dan penguntunglah yang bersalah.
x usir...diorang yg larikan diri
benda ini sama jer untuk semua orang, macam berlaku kat org2 bosnia, afghan, iraq yg mana, mereka mmg x dapat balik semula ke negara asal mereka...
maka hiduplah di tempat lain dgn azam baru, mulakan hidup baru...mengapa org palestin x nak terima hakikat?
tindakan mereka nk menentang hanya merumitkan lagi...dah hijrah tu hijrah jer la...mulakan hidup baru
malah untuk org2 yahudi yg melarikan diri dr eropah ke amerika sms WW II pun x dpt nk pulang ke negara2 eropah mereka..mereka hilang
kewarganegaraan tetapi mereka redha dan berusaha hidup di amerika..
Mereka cinta akan negara mereka, dan negara mereka dicuri oleh puak zionis. Mereka "lari" kerana kacau-bilau yang dibuat oleh pendatang Yahudi. Secara langsung, boleh dikatakan mereka diusir oleh puak Yahudi. Mereka ingin kembali ke tanah air mereka yang dirampas.
british yg bawa orang yahudi...atas dasar bersimpati terhadap kepercayaan org yahudi atau tidak, itu soal lain
soal terpenting ialah british yg telah bawa org yahudi di zaman kekuasaannya...itu adalah yg tertakdir
org palestine mmg dh tinggal di situ, maka mereka yg kekal dan tidak melarikan diri kini hidup sbg rakyat israel...maka x menjadi masalah
yg menjadi masalah ialah org yg dah larikan diri, tiba2 nak balik semula..sedangkan peperangan dan perjanjian telah banyak mengubah keadaan
-orang Palestin ditipu oleh British
-mereka terpaksa lari daripada kekacauan yang dihasilkan pendatang Yahudi (diusir)
-mereka ingin kembali ke tanah air mereka
-tanah Israel merupakan hak orang Palestin |
|
|
|
|
|
|
|
british memang bangsa yg jahat, selepas Palestine macamtu juga dia buat kat Malaya, british lah yg membawa
masuk kaum cina dan india ke Malaya secara beramai-ramai, tujuan sebenar untuk tidak stabilkan kaum Melayu
Islam yg menjadi majoriti di Malaya, supaya ketiga kaum ini bergaduh dengan itu senanglah mereka memerintah
Malaya. Malaya memang perlu dilemahkan kerana mereka sudah mengkaji Quran & Hadis bahawa dari bumi sinilah
Islam akan bangkit semula, sekarang kita di dalam kepayahan kerana umat Islam hanya melebihi sedikit sahaja dari
yg bukan Islam di Malaya, dengan itu susah bagi kita mahu menegakkan negara yang bersyariatkan Islam. Selagi
kita tidak dapat menegakkan pemerintahan yg bersyaritkan Islam di Malaya maka kita akan sentiasa berada di dalam
kelemahan kerana Allah takkan tolong negara Islam yg sekular. Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak
mengubah kepada Islam sebenar di dalam diri kita. |
|
|
|
|
|
|
|
migdal, antara Ismael dan Ishak sape sebenarnya yg kena sembelih?
ada baca bukti dari Islam pasal mende ni terutamanya kesalahan dari segi waktu n tempat ia dijalankan? X ingat dah artikel ni kat mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|