|
ETIKA EMAS ESTET:Ar-Rahnu.PROGRAM PEMILIKAN DAN PENYIMPANAN EMAS 999.9(24K)
[Copy link]
|
|
Originally posted by chayuk at 31-5-2008 09:21 AM
Jika semuanya berjalan lancar...insyaAllah bole jadi lebih baik dari unit trust..
Dlm investment risiko mesti ada...tapi ikot search yg aku buat, rasanya bole control la.
Sebab ada backup e ...
kalau nak try n error pun, patutnya sebelum lancarkan program nie...
jgn la jdkan cust sebagai bahan ujian...
dah la time ubah2 polisi pun cust x diberitahu...
time nak dpt appreciation pun sesuka hati jer buat pengiraan yg entah mcm ner...
kalau nak invest, make sure simpan brochure yg derang kasi tu coz bab appreciation nie x der mention pun dlm agreement...
dia org suka2 hati leh ubah2...
aku bukan nak kelentong2 korang, aku pun x untung apa kalau kelentongkorang, tp jgn korang terkena lak..
nak minta n tanya pasal appreciation nie, punya la susah....
mcm duit org lak yg kita minta, padahal time suh masuk, mulut manis kalahkan madu...
itu boleh, ini boleh....
time masuk, pengiraan lain, time renew, tetiba lain lak pengiraannya...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mohaz69 at 30-5-2008 07:30 PM
ok ke invest benda alah ne..takde risiko ker??mana elok ngan unit trust?kalo company ne tutup naya ke kite?
better invest kat unit trust....
comp. lebih stabil n selamat....
etika memula jer bagus n tip top....lately |
|
|
|
|
|
|
|
Program Simpanan Bank(Bank Rakyat-ArRahnu).
* Setiap belian, kami akan beri 2 x ganda kuantiti belian sebagai pinjaman untuk disimpan dalam bank atas nama pembeli.
* Belian minima : 100g + 200g(pemberian sebagai pinjaman dari syarikat)
* Belian maksima : 200g(tertakluk pada terma bank)
* Caj Dokumen Perjanjian : RM100.
* Perkongsian Keuntungan(Hibah) : 3% dari harga belian - 0.35% dari nilai pemberian syarikat sebagai caj upah simpan.
* Emas hendaklah disimpan di bank Rakyat-ArRahnu atas nama pembeli untuk kesemua kuantiti.
* Wang dari ArRahnu sebanyak 65% dari nilai keseluruhan kuantiti yang bersamaan dengan nilai pemberian dari syarikat akan dipegang oleh syarikat sebagai cagaran.(cth:65% dari 300g=nilai 200g milik syarikat)
Contoh:
Harga:RM100/gram
Harga Belian:RM10,000
Hibah Bulan 1 hingga Bulan 6:RM100(hibah belian) + RM200(hibah pemberian syarikat) - RM70 (caj upah simpan bank bagi kuantiti pemberian syarikat sahaja)
Jumlah Hibah 6 Bulan:RM1,380
Bonus Kenaikan Harga(tertakluk kepada promosi)<-----buyer beli waktu promosi ni.......!!!
Harga Bulan 1:RM100
Harga Bulan 6:RM106(kadar kenaikan RM1 sebulan)
Beza Kenaikan:RM6
Jumlah Bonus kenaikan Harga:RM6 x 300g@RM1,800
en efendi...kalau buyer beli pada masa program adalah sperti di atas...maka buyer layak dapat appreciation atau bonus kenaikan harga walaupun takda dlm kontrak sbb dah di iklankan sperti tu...?? ni kes buyer awal yg guna program awal...kalau nak guna program baru pun kasik setel la yg awal punya seperti apa yg telah dijanjikan?are u agree with me???kalau u bleh slesaikan masalah buyer ni memang bagus sgt..kalau buyer ni tak dapat apa yg telah dijanjikan semasa belian dulu...etika sendiri akan terima kesan jualan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 rizz76's post
kes appreciation tuk buyer awal nie la yg buat aku hangin....
janji hanya tinggal janji jer rasanya...
3/6/08 today, aper berita tentang appreciation nie masih tergantung...
padahal appreciation nie la yg byk menarik org invest.... |
|
|
|
|
|
|
|
pada ejen2 etika yg rasa bertanggung jawab atas nama baik etika, tolong cek kes buyer lama nie perlu ikut polisi baru ker?
apa jadi ngan appreciation yg dijanjikan pada mula2 mereka masuk?
tetiba tukar polisi buyer lama kena ikut polisi baru lak ker?
lps nie, etika tukar polisi yg menguntungkan syarikat, buyer kena ikut lg la yer...
saya tahu, bila ikut appreciation lama nie, etika susah nak kaut untung besar, kan tu sebab tukarkan ke gold spot lak....
tp tolong la keep perjanjian antara buyer lama nie....yg baru, x per la ikut baru...
kalau mcm nie, buyer nampaknya x terjamin kerana perlu ikut polisi yg berubah2 w/pun pada mulanya dijanjikan ngan polisi yg lain....
p/s: jgn smp nama etika terjejas lak lepas nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
a'kum...
I minta tolong sangat2 u call atau bagi no phone u kat i untuk settlekan problem ni,k??U suruh saya settlekan macam mana sedangkan saya tak tahu siapa awak dan siapa client awak.Saya jarang sangat ada masa nak online,so lebih baik call saya atau u datang office.
I tahu,kalau u ejen etika,mesti u miss understanding atau u tak faham dengan jelas program yang etika jalankan.
So far,dalam group i memang tak de masalah tentang pembayaran dan redemption.
Pasal kontrak lama tu,kita telah upgrade kepada kontrak baru dari segi bahasa seperti yang saya nyatakan sebelum ini.Dan juga pasal redemption kita tak termasuk dalam kontrak sebab redemption berdasarkan harga kenaikan emas yang tidak tetap,so kita tak boleh masukan dalam kontrak.
Pasal pembayaran hibah,memang ada sesetengah kelewatan pembayaran.Ini pun disebabkan ejen tersebut tidak alert dengan clientnya.Saya akui management memang tengah upgrading untuk sistem yang lebih canggih.Buat masa sekarang,ejen memainkan peranan penting sekiranya ada clientnya yang tercicir dari pembayaran.Etika bukan tak dak duit nak bayar atau nak tipu orang,asetnya saja di bank rakyat cecah RM200 juta.
Kalau syarikat ini menipu orang,secara logiknya dah lama kena cekup dengan bank negara.Tapi yang peliknya KOTAMAS,KOWAJA iaitu koperasi naungan Telekom MoU dengan kita dan buka pinjaman kepada publik hanya untuk pembelian emas sahaja.Tak kan koperasi besar macam ni kena tipu kot,boleh gila koperasi ni tak survey dulu,main hentam saja.
Seriously speaking,etika akan berkembang pesat dan tidak ada penipuan yang berlaku.Sebab kita memang sentiasa berhubung dengan bank negara.
SEKALI LAGI SAYA KATA,KALAU U TAK HUBUNGI SAYA ATAU TINGGALKAN NO TELEFON U,APA YANG U KATAKAN MEMANG TIPU.MUNGKIN U DARI COMPANY LAIN YANG CUBA NAK JATUHKAN ETIKA.PLEASE.... |
|
|
|
|
|
|
|
SEKALI LAGI SAYA TERANGKAN:_
Just nak share sikit:-
Sebenarnya,apabila penyimpan mengikuti program pemilikan dan simpanan ini,secara tidak langsung anda telah membuat suatu pelaburan jangka pendek,jangka sederhana dan jangka panjang.
Jangka pendek
-Setiap 100g emas disimpan pelabur akan mendapat keuntungan berjadual sebanyak RM300 sebulan.Kalau 200g = RM600 dan begitu juga seterusnya.
Jangka sederhana
-Setiap kali berlaku kenaikan harga sebanyak RM5/g,pelabur akan membuat redeemption di mana pelabur akan mendapat keuntungan di atas kenaikan harga emas bagi 200g emas milik etika yang dicagarkan atas nama anda.
Contoh pengiraan:-
100g(Pelabur) +200g(Etika)
katakan harga belian 100g=RM10,000 pada 1/5/08
maka 300g=RM30,000
Ketika buat redeemption kenaikan harga 100g=RM10,500 pada 10/5/08
RM5 X 200g = RM1000
RM1000 - 0.7%(upah simpan RM30,000X0.7% = RM210.00)
=RM 790.00
25% X RM790.00 = RM197.50 adalah milik pelabur
Maka,sekiranya berlaku 2 kali kenaikan harga RM5/g,pelabur akan mendapat (RM197.50X2) + RM 300 = RM695.00
Bulan ini sahaja,pada awal bulan,harga 1g=RM102.81 dan hari ini adalah 1g=RM113.81.Maksudnya perbezaan harga adalah sebanyak RM11/g.
kenapa 200g,tidak 300g
-Emas yang diniagakan adalah 200g emas milik etika dan emas anda tidak diniagakan.Maknanya di sini,emas pelabur adalah sentiasa berdasarkan harga pada ketika belian dibuat.Maka 25% adalah reward yang etika berikan kepada pelabur.
Jangka Panjang
-Setelah 5 tahun pelabur menyimpan di ar-rahnu dan harga semasa ketika itu adalah RM200/g,Pelabur boleh menjual emas tersebut berdasarkan pada harga belian terhadap harga semasa.Contoh:-
100g=RM10,000(waktu belian,1/5/08)
100g=RM20,000(harga semasa pada 1/5/13)
Disebabkan emas 100g pelabur tidak diniagakan,maka pelabur boleh menjual emas pelabur pada harga semasa pada 1/5/13 terhadap harga belian pada 1/5/08.Maka disini pelabur mendapat keuntungan sebanyak RM10,000.
p/s:Sila dapatkan penjelasan yang lebih jelas bagaimana dan caranya untuk mengikuti program ini.012-2374347(AFFANDI). |
|
|
|
|
|
|
|
Bonus Kenaikan Harga(tertakluk kepada promosi)<-----buyer beli waktu promosi ni.......!!!
Harga Bulan 1:RM100
Harga Bulan 6:RM106(kadar kenaikan RM1 sebulan)
Beza Kenaikan:RM6
Jumlah Bonus kenaikan Harga:RM6 x 300g@RM1,800
sebenarnya pengiraan yang u buat tu salah.
RM6X 200g=RM1200-(0.7%X300g)=RM1200-RM210=RM990X25%=RM247.5(penyimpan akan dapat)
Fikir logik la,bulan2 dapat RM300,pastu redemption 25% lagi dari 200g emas etika.Bukan 300g,sebab emas anda tidak diniagakan.Kalau diniagakan juga,nanti nilai emas anda untuk penjualan balik tidak dikira berdasakan harga belian mula.
TErus Terang saya katakan,ada miss understanding di sini.
P/s: KEpada sesiapa yang nak menyertai program ini di alu-alukan.Kalau rasa was2,sila ke bank agro taman tenaga dan jumpa dengan En.Norizan bahagian Ar-Rahnu.Atau kalau tak puas hati juga call bank negara terus.Call saya dan datang office.dapatkan penjelasan yang sewajarnya dan balik fikir..Pegi office bukan bermakna untuk pembelian sahaja,survey dulu..Dekat office,apa yang u tak percaya ke,tak puas hati ke,u luahkan.bukan caranya dalam forum ni.Aduhhh..tak faham aku,letih nak educate orang melayu yang typical ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
deleted...
[ Last edited by chayuk at 30-3-2009 08:31 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh...aku taip edi-affundi ke ..
sorry bro...edi-affandi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 edi_affandi's post
minta maaf en. afandi krn saya tidak dpt memberikan no phone spt yg disarankan en...ini kerana saya telah pun berurusan dgn salah seorg staff etika yg lebih bertangungjawab n saya menanti bayaran appreciation buyer hari ini....saya tidak mahu krn memberitahu identiti buyer n menjejaskan lg pula proses2 pembayaran kerana masalah ini setakat semalam telah pun dpt diselesaikan....
masalahnya bukan pada comp. cuba menipu, spt yg en. cuba tuduh saya itu....saya telah mula membawa masuk buyer dr thn lps lg sehingga sekarang saya tidak pernah putus2 memperkenalkan etika...kalau saya x yakin dg etika, saya x kan buat begitu...masalah terjadi hanya bila buyer lama nak renew n mahukan bayaran appreciation spt yg dijanjikan....kalau pengiraan saya salah, salahkan juga pada ejen yg bawa info ini pada saya n buyer....
saya pernah ke ofis etika thn lalu lg ketika etika hny ada beberapa kerat org jer, sedangkan sekarang dah penuh satu malaysia mengenali etika.....etika juga pernah memberi kepercayaan kpd saya memegang beberatus gram emas tuk ditunjukkan pada potensiol buyer.....dan rasanya itu juga tidak melambangkan saya yg cuba menjatuhkan etika yer....dan saya juga tidak ada apa2 bisnes, atau menceburi apa2 bisnes yg bersaing dgn etika....jd x ada isu saya cuba nak menjatuhkan etika
masalah sekarang hanya timbul bila buyer lama inginkan janji2 spt mula2 mereka masuk dahulu n for ur info, buyer saya juga pernah gak ke etika sblm invest tuk dgr penjelasan...tp pelik gak kalau terjadi misunderstanding lg....yes, buyer saya telah renew agreement mereka n mereka faham dgn polisi baru etika dimana tidak ada lg appreciation n digantikan dgn goldspot....penjelasan tlh dibuat utk polisi baru n mereka amatlah faham dan tidak terjadi masalah tentang itu....utk sekian kalinya saya tegaskan lg, masalah hanya pada appreciation dahulu n layanan segelintir staff/ejen etika yg tidak beradap....bila nak renew, mereka kurang ajar, bila kata nak tambah, terus lemah lembut n suh tambah under mereka pula jgn under ejen lama... org2 sebegini yg merosakkan nama baik etika sebenarnya....apa yg diceritakan di sini utk kebaikan etika supaya dpt memperbetulkan kesilapan dan supaya ianya tidak berulang lg...
jgn hny melihat bila kita utarakan masalah di forum, dikatakan cuba untukmenjatuhkan org melayu...cuba ambil ianya sebagai sesuatu yg boleh memperbaiki kelemahan syarikat....kalau saya ingin jatuhkan terus melayu, saya tak gunakan bahasa2 spt di atas.....ianya hny utk meluahkan ketidakpuas hatian n supaya ejen etika lain belajar dr kesilapan dan jgn hny meilhat program ini sentiasa berjalan lancar dan terus2 mempunyai warga2 etika yg kurang ajar....cuba bayangkan kalau masalah yg terjadi ini terjadi pula kepada buyer yg beli emas berkilo2, bukankah akan merugikan etika juga?
di forum juga, ahli2 forum boleh menilai, ejen mana yg memberikan service yg terbaik dan sabar melayan kerenah buyer...buyer nie ada mcm2 kerenahkan, saya rasa en. affandi juga tahu....kat sini, market juga besar, jd terpulang dgn cara ejen bagaimana nak tarik buyer dgn cara yg berhemah dan jujur....itu yg saya maksudkan....jgn salah tafsir kenapa saya tuliskan di forum....
saya telah berjumpa dgn ejen yg kurang ajar, tp saya juga telah berjumpa dgn staff etika yg amat prihatin dgn masalah buyer saya ini...alhamdulillah, berkat kesabaran dia melayan kerenah saya dan buyer, masalah dpt diselesaikan.....org mcm inilah yg patutnya menjadi contoh kepada semua staff n ejen etika....
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chayuk at 4-6-2008 08:41 AM
Thank you brader edi-affundi. Good explanation.
Aku rasa kekeliruan nh disebabkan iklan2 yg dibuat sendiri oleh agen2.
Banyak aku baca iklan2 nh dlm internet (blog etc...) dan ada beza sikit.
...
bro chayuk nie, w/pun baru dlm etika tp faham dgn masalah yg diutarakan...
yes, masalah misunderstanding tuk buyer awal nie la yg menjadi persoalan sebenarnya....
betul tu, pada ejen yg kurang ajar nie memang patut di soundkan jer....
buyer saya smp hari nie x puas hati ngan layanan mamat tu...siap suh masuk under dia lg kalau nak tambah emas...
bila lambat x pula minta maaf, pastu memang rude la....
org2 mcm nie la yg merosakkan nama baik etika....
For En. Bujang, terima kasih atas layanan dan kesabaran anda....(staff mcm nie patut dicontohi)
[ Last edited by dafina at 4-6-2008 11:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aduan Dafina dan Penerangan Ejen Etika Emas
Salam,
Terima kasih dafina atas teguran.
Kita semua perlu faham bahawa Etika Emas atau mana2 syarikat sekalipun hanya akan fulfill apa2 yg terkandung di dalam perjanjian jual beli yang ditandatangani diantara kedua-dua belah pihak.
Sebarang perjanjian verbal atau mesej persendirian yang disampaikan oleh wakil penjual BUKANLAH melambangkan pendirian rasmi syarikat.
Itu adalah jelas dan perlu dimaklumi oleh pembeli.
Istilah customer always right juga bukanlah sesuatu yg tepat dan boleh digunapakai dalam semua keadaan. Lihat slogan yg digunapakai oleh antara syarikat terkaya di dunia seperti Walmart.
Kakitangan yg bersikap kurang ajar bukanlah melambangkan kod tatalaku Etika Emas secara keseluruhan. Seperti mana apabila seorang guru menumbuk anak muridnya, tidaklah bererti sekolah tersebut sekolah yg tidak baik. Tetapi kelakuan guru tersebut juga bukanlah sesuatu yang betul dan perlu diambil tindakan.
Pd masa yg sama, Dafina dan rakan2 lain juga perlu sedar bahawa tahap pengetahuan rakyat Malaysia berkenaan pasaran, derivatif, manipulasi, dan segala aktiviti berkaitan emas adalah masih pada tahap yg rendah kerana kita tidak didedahkan dengannya. Sebab itu saya galakkan pembeli2 supaya membaca buku-buku dan merujuk ke laman2 web prominent seperti wikipedia, kitco, dan sebagainya.
Saya cadangkan agar saudara/i sekelian merujuk ke laman web Etika Emas untuk mendapat gambaran rasmi tentang pendirian dan modus-operandi syarikat. Apa yang terkeluar dari konteks tersebut tidak melambangkan keputusan atau pendirian syarikat, sekalipun ianya dibuat oleh wakil penjual Etika Emas. Kita juga perlu bersikap realistik kerana adalah mustahil Etika Emas mampu mengawal semuanya wakil jualannya pada setiap masa.
Diharap kekeliruan ini dapat dicernakan dengan baik. Saya jyga minta Dafina berikan kepada saya nama individu berkenaan yang dikatakan "kurang ajar" itu. Sekurang-kurangnya kita boleh semak dan buat penambahbaikan.
Sekian, jzk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 faizalmn's post
rasanya en faizalmn's kena baca balik post2 saya yg terdahulu....adakah saya mengatakan semua ejen/satff etika 'kurang ajar'? rasanya forumer2 yg ada kat sini pun dah tahu, saya tujukan khas pada ejen/staff etika yg tertentu sahaja, bukan semuanya...jd, teguran dibuat utk memperbetulkan etika kerja staf2/ejen2 etika yg x betul sahaja....
spt yg tlh saya tegaskan di atas sebelumnya, dgn adanya aduan spt di atas, saya juga tlh dpt berjumpa dgn beberapa ejen2 etika dan staff etika yg amat bertanggungjawab dan bersabar melayan karenah cust.....
en. faizalmn's....mestikah semua cust mengkaji setiap pelaburan yg mereka ceburi kalau mereka hanya setakat pekerja2 kampung dan warga2 tua? fahamkah mereka dgn terma2 buku, dan internet ini? di sini, itulah gunanya ejen utk bertanggungjawab menerangkan dan mmeberi info yg betul kepada cust...jgn ingat semua cust nie cerdik buku dan celik komputer.....pada mereka2 yg boleh mengkaji, alhamdulillah krn mereka boleh faham dgn perjalanan program, tp bagaimana dgn mereka yg hny boleh baca, tp x faham? disini pada siapa yg patut mereka rujuk? bukan pada ejen kah?
saya rasa, encik kena faham dgn situasi buyer dan jgn hanya berada di pihak syarikat....bila encik berada di kedua belah pihak, barulah encik boleh memberi komen dan nasihat yg berguna pada cust. bukan hanya pada sebelah pihak sahaja....cuba belajar cara2 beberapa ejen etika yg ada di forum ini memberi nasihat dan komen....
nama indiviidu yg saya maksudkan itu telah pun saya majukan kepada etika sendiri dan rasanya pihak etika tahulah apa nak buat...kalau saya letak lagi namnya di sini, takut lak kalau2 encik sdr adalah individu tersebut (lg lah encik hangin dgn saya nanti kan )
masalah yg saya sebutkan sebelum2 ini telah pun dpt diselesaikan dgn cara yg paling baik dan hak cust tetap dpt....(bukan hny berharap dgn terma agreement jer)....inilah jln terbaik krn mungkin encik tidak tahu dgn situasi 1st buyer nie....so the new agreement tidak menjadi persoalan lg krn pihak cust tidak mempersoalkannya lg....jd dianggap masalah telah selesai....
diharap dgn adanya beberapa masalah berbangkit ini, pihak dan warga2 etika dpt lebih belajar dgn kesilapan...jgn pulak hanya menunding jari pada cust. konon2 nak salahkan pihak syarikat sahaja.....cust hny ingin meluahkan rasa hati.....
pada buyer2 yg rasa nak invest dlm etika, pilihlah ejen yg sepatutnya....pilihan di tgn anda.....cuba menilai dr cara2 ejen melayan kerenah cust kat forum2 spt nie...pada yg sabar dan memberi info yg telus tu, itulah yg terbaik....pada yg tahu nak salahkan cust jer, pikir2kan lah dikemudian hari kalau anda ada masalah, mungkin anda juga akan dipersalahkan pula nanti....pilihan di tangan anda... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #54 dafina\ catat
Dafina definitely salah org. Saya sendiri adalah pembeli emas Etika. Saya buat pembelian yg agak banyak, dah berkilo dah emas saya beli dgn Etika ni. Alhamdulillah setakat ini takde masalah apa2 sebab saya kaji sebelum saya beli.
So bila dafina kata "en. faizalmn's....mestikah semua cust mengkaji setiap pelaburan yg mereka ceburi kalau mereka hanya setakat pekerja2 kampung dan warga2 tua?", .... Inilah yg menjadi masalahnya.
Saya bukan kata kajian tu tahap mendalam mcm nak buat PhD, tapi cukuplah sekadar dia faham apa yg dia beli, dan faham kandungan perjanjian yg hanya beberapa helai saja utk dibaca. Dalam Bahasa Melayu pulak tu.
Berapa banyak org yg rasa dia terpedaya sebab dia tak tahu apa yg dia sign. Sebab tu saya syorkan supaya faham, baru beli. Jangan main ikut org saja... main ikut-ikut org ni yg selalu jadi masalah sebab diri sendiri tak faham apa2...
So whatever you do, you should know the basis of it. Dalam Islam pun kita tak boleh suka2 ikut org. Mesti kita kena belajar dan faham. Boleh ke bila org tanya kita, "Kenapa awak solat?". Kita jawab, "Saya ni petani je Encik, orang lain solat, saya pun solatlah". Rasa2 betul ke jawapan tu?
Kita kena tahu basis sesuatu perkara. Kita solat sebab Alllah SWT suruh org Islam solat, bukan sebab kita ikut orang. Itulah jawapannya. Tentang fiqh solat tu kena belajar lah detail lagi berpandukan hadis2 sahih Rasulullah SAW.
Itulah maksud saya dalam hal ni. Mengikut (secara mengkhinzir buta) tanpa tahu apa2 ni memang bahaya, bahkan dalam mengamalkan Islam sekalipun. Sebab perkara ikut-ikut tanpa tahu basis ni dah jadi amalan sejak dahulu kala lagi. Kalau tak bahaya, Allah SWT takkan cerita ulang2 kali dalam AQ bab ni, antaranya:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” [Al Israa:36]"
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah." Mereka menjawab: "(Tidak),
tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya." Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)?“ [Luqman:21]
Harap dapat ambil pengajaran ... kalau tak faham, tanya org lain yg faham sampai kita faham .. kalau kita was-was, lebih baik tinggalkan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #55 faizalmn\ catat
caya lahhh bro faizal.. |
|
|
|
|
|
|
|
baguih la kalau masalah dah selesai..isu ni dah jadi subjek....apa yg terkandung dalam terma memang tak menjadi persoalan pada kes ni...cuma benda sampingan jer....macam meniaga kat kedai....kedai jual tomyam..buat promosi air percuma...so dlm waktu pembelian dah tentu pelanggan tuntut... tu dinamakna promosi....kalau takmo dituntut jangan promosikan sampingan utk tarikan tu...
pada sumer bakal pembeli..boleh la beli waktu sekarang memandangkan harga yg munasabah sebelum berlaku kenaikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faizalmn at 6-6-2008 10:21 AM
Dafina definitely salah org. Saya sendiri adalah pembeli emas Etika. Saya buat pembelian yg agak banyak, dah berkilo dah emas saya beli dgn Etika ni. Alhamdulillah setakat ini takde masalah apa2 ...
tau la hang banyak duit beli berkilo2...takyah la nak sindir pembeli lain kalau tak paham apa yg dia tuntut.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|