CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: pinkie

Semua mengenai anak luar nikah

[Copy link]
Post time 5-10-2009 03:53 PM | Show all posts
Tidak benar sama sekali anak yang dilahirkan di luar nikah itu mempunyai darah yang kotor dan ia tidak akan dimasukkan ke syurga, ini adalah pendapat yang tidak beralasan. Anak yang dilahirkan di luar nikah itu tidak bersalah bahkan yang menyebabkan ia lahir itulah yang bersalah. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang diriwayatkan daripada Sayidah 'Aisyah yang bermaksud:

"Anak yang dilahirkan hasil dari perzinaan, tidak ada kena mengena dengan dosa dan kesalahan yang dilakukankan oleh orang yang berzina itu."

Allah SWT tidak sezalim itu terhadap anak yang dilahirkan di luar nikah bahkan Allah menegaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Barang siapa yang beramal salih sama ada daripada lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik (dunia dan akhirat) dan akan Kami balas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (surah An-Nahl ayat 97)

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan putih bersih..."

Hadis ini menggambarkan bahawa setiap anak yang dilahirkan itu tidak kira sama ada anak dari keluarga Islam atau pun tidak ataupun anak dari perbuatan zina semuanya memiliki sifat fitrah, sekiranya ia menjadi seorang yang beriman dan beramal salih maka ia juga akan dimasukkan ke syurga bersama-sama orang yang beriman.

juga tidak benar sama sekali pendapat yang mengatakan bila mana anak luar nikah itu berkahwin, sama ada lelaki atau perempuan maka anak mereka nanti juga akan mempunyai darah yang kotor, bahkan anak itu sebenarnya adalah bersih kerana ibu bapanya telah berkahwin mengikut Islam dan perkahwinan mereka dianggap sah, dan tidak ada perbezaan di antar perkahwinan mereka dengan perkahwinan orang lain.

Anal yang dilahirkan di luar nikah itu adalh seperti manusia lain. Cuma anak luar nikah itu tidak ada wali baginya dan tidak boleh mempusakai harta pusaka, juga tidak mempunyai bapanya yang sebenar. Tentang penilaian hidupnya mungkin lebih bererti dan lebih mulia di sisi Allah jika ia bertakwa dan beramal salih. Hanya ini sahaja yang menjadi penilaian mulia hina seseorang itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 04:05 PM | Show all posts
Soal perbuatan ibu bapanya (zina) adalah satu perbuatan yang salah, tetapi jika sekiranya bertaubat dan insaf serta beramal dengan amalan yang salih, maka Allah juga akan mengampunkan sesalahan mereka. Firman Allah di dalam Surah Taha ayat 82 yang bermaksud:

Dan, sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal salih, kemudian ia tetap teguh menurut pertunjuk yang diberikan kepadanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043622 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list