CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Pres Iran - Ahmadinejad - Update: Pewaris Revolusi Khomeini

[Copy link]
 Author| Post time 14-6-2009 08:18 AM | Show all posts
Ahmadinejad menang besar

TEHERAN 13 Jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2009 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by dome at 28-4-2009 11:57
Hi Batuk, eek.


Ahmadinejad pendokong kuat Mahdaviat, menunggu kemunculan Imam Mahdi.

Masa dia berucap depan delegasi UN 2007, semacam ada kuasa ghaib ketika itu, semua yg hadir kaku terpe ...


Pernah terbaca kat satu kitab  bahawa Imam Mahdi pada permulaannya berperang menentang satu kumpulan Tentera dari Tanah Parsi.Bila cerita tentang Mahdaviat ini timbul juga syak,Adakah kumpulan ini yg akan berperang menentang Imam Mahdi kerana tidak berpuas hati ,Imam Mahdi tidak turun dikalangan mereka.Perkara ini seakan sama dengan penentangan orang Yahudi terhadap Nabi Muhammad SAW kerana Baginda tidak turun dalam kelompok bangsa mereka.Wallahu Alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2009 07:13 AM | Show all posts
Pewaris revolusi Khomeini

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


Riak wajahnya nampak lembut dan santun, seiring dengan keperibadian yang perlu ada pada seorang lelaki yang warak. Namun, ketegasan, kepintaran dan kelantangannya bersuara menyerlahkan aura Ahmadinejad sebagai pemimpin sejati.



DALAM satu sidang media antarabangsa, seorang wartawan Jepun melontarkan soalan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.

Dalam nada yang perlahan dan bersahaja, presiden berusia 52 tahun itu menjawab: "Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran."




PEMIMPIN Agung Iran kedua, Ayatollah Ali Khomeini berucap selepas
membuang undi semasa pemilihan Presiden baru-baru ini.



Demikian ketegasan dan kepintaran seorang pemimpin bernama Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun revolusi pemikirannya dikritik serta ditekan hebat Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, ia tidak sedikit pun menakutkan pemimpin itu.

Bahkan, dengan ugutan demi ugutan yang dilemparkan oleh AS, yang mahu menyerang bumi Iran sekiranya Ahmadinejad masih berdegil dengan ujian nuklearnya, ia langsung tidak mengurangkan sokongan rakyat Iran ke atas Ahmadinejad.

Lebih menarik lagi, tanggal 12 Jun lalu menjadi bukti betapa rakyat Iran berdiri teguh di belakang pemimpin itu. Di sebalik harapan Barat yang mahu melihat Ahmadinejad jatuh pada pemilihan presiden ke-10 baru-baru ini, rakyat Iran menutup mulut AS dan sekutunya apabila memberi kemenangan penuh bergaya kepada presiden kesayangan mereka.

Bahkan dengan pelbagai tajuk-tajuk berita negatif serta gambaran buruk tentang Ahmadinejad dari segi cara beliau menggerakkan ekonomi dan hak asasi manusia, Ahmadinejad tetap disanjung oleh rakyat Iran.

Jika pada kali pertama memenangi jawatan presiden pada tahun 2005, Ahmadinejad mendapat 62 peratus undi, kali ini, jumlah itu meningkat kepada 62.63 peratus.

Beliau mencapai kemenangan luar biasa dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Kamran Daneshjoo mengumumkan menerusi televisyen bahawa presiden itu memperoleh hampir 21.8 juta undi daripada jumlah undi di 346 daripada 366 kawasan pengundian.

Yang pasti, ketegasan dan kehebatan pemikiran revolusi bukanlah satu-satunya penyebab mengapa rakyat Iran terus menyokong Ahmadinejad sekali gus menolak pencabar terdekatnya, Mir-Hossein Mousavi, 68, serta kelompok kepimpinan reformis yang lain.

Malah, tambah mengagumkan, beliau bukanlah daripada sebuah keluarga bangsawan, bukan juga seorang tokoh ulama dan juga ahli politik gah pada awal kemunculannya.

Mengenali Ahmadinejad yang kini merupakan pemimpin Islam yang digeruni dan hangat diperkatakan di arena antarabangsa itu, beliau hanyalah anak kepada seorang tukang besi yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956 di Aradan, sebuah kawasan di luar Tehran.


TOKOH Revolusi Iran, Ayatollah Khomeini
menjadi mentor Ahmadinejad.


Beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Sains dan Teknologi Tehran dalam bidang Kejuruteraan Awam dan kemudiannya memperoleh ijazah doktor falsafah dalam Kejuruteraan Pengangkutan dan Perancangan dari universiti yang sama. Beliau juga seorang yang sangat sederhana dan warak.

Ahmadinejad datang dari kedudukan keluarga yang sederhana dengan ayah dan emaknya merupakan penyokong kuat Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.


AHMADINEJAD terus kekal sebagai Presiden bumi Iran walaupun AS,
sekutunya dan media Barat melontarkan pelbagai berita negatif kepadanya.

Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Iran pertama apabila berjaya menjatuhkan monarki Pahlavi yang menindas golongan ulama melalui polisi antiulama manakala Revolusi Putih banyak mempengaruhi gaya kepimpinan Ahmadinejad.

Hakikatnya, figura revolusioner yang sangat diingati dunia inilah yang menjadi mentor kehidupan dan kepimpinan Ahmadinejad yang juga acap kali dilihat bagaikan seekor singa garang apabila mengaum tanpa rasa takut terhadap musuh-musuhnya terutama negara-negara yang menindas masyarakat Islam.


SOKONGAN isteri, Parvin menguatkan semangat Ahmadinejad
untuk menjadi Presiden unggul Iran.


Selain tegas melawan anasir-anasir yang menggugat Islam, Ahmadinejad membebaskan dirinya daripada lingkungan kebesaran harta dunia. Beliau membuktikan erti pemimpin berjiwa rakyat yang sejati seperti mana yang dipraktiskan oleh Ayatollah Khomeini.

Semasa Ayatollah Khomeini bergelar pemimpin nombor satu Iran, pernah berlaku bekalan elektrik terputus di kediamannya. Pembantunya kemudian segera membawa minyak ke rumah Ayatollah Khomeini untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan sistem pemanas berfungsi.


KETEGASAN keputusan dan kesederhanaan hidup Ahmadinejad
memikat jutaan rakyat Iran untuk terus setia dengannya.


Namun, Ayatollah Khomeini menolak. "Kalau rakyat menggigil kesejukan, mengapa pula aku harus bersenang-senang memasang pemanas," ungkapnya.

Itulah yang diteladani Ahmadinejad sekali gus menjadikan dia seorang pemimpin yang sangat dikagumi.

Jauh daripada mengagumi jentera Ford, Mercedes atau BMW, Ahmadinejad hanya menggunakan sebuah kereta Paykan buatan Iran.

Dalam kalangan penyokongnya, Ahmadinejad dilihat sebagai seorang lelaki yang sangat ringkas dengan cara hidup sederhana. Sewaktu pertama kali dipilih menjadi presiden pada tahun 2005, lelaki itu seboleh-bolehnya mahu hidup seperti biasa dengan tinggal di kediaman sendiri di Tehran.

Namun, gesaan daripada pasukan keselamatan menyebabkan dia bersetuju berpindah tinggal di istana presiden. Itu pun jauh daripada imej kekayaan yang biasanya dirujuk kepada presiden sebelumnya, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani. Sebaik sahaja berpindah, Ahmadinejad mengarahkan karpet istana ditukar.

"Presiden mengarahkan karpet-karpet mewah dan antik Persian digulung dan dihantar ke muzium untuk dijadikan bahan pameran. Beliau meminta karpet murah sebagai ganti di kediaman istana," cerita salah seorang pembantunya.

Ahmadinejad berkahwin dengan Parvin dan mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.


LOJI kuasa nuklear Iran yang menjadi kontroversi kerana dikutuk hebat AS.

Apa yang menariknya mengenai pemimpin Islam itu adalah, beliau kerap berpakaian baju-T dan jaket berbanding jubah hitam yang dipakai oleh pemimpin-pemimpin ulama Iran.

Paling dikagumi oleh dunia Islam, beliau juga merupakan pemimpin negara Islam yang bebas rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit, mengamalkan ajaran Islam dengan baik, malahan merupakan seorang yang soleh dan amat menjaga pergaulan.

Ahmadinejad juga mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara, bangsa dan ideologinya sehingga dia tidak pernah panik menangani ancaman asing khususnya AS.

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 14-6-2009 13:22


Pernah terbaca kat satu kitab  bahawa Imam Mahdi pada permulaannya berperang menentang satu kumpulan Tentera dari Tanah Parsi.Bila cerita tentang Mahdaviat ini timbul juga syak,Adakah kumpula ...



Apakah nama kitab itu?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 08:51 AM | Show all posts

Balas #42 sayapghaib\ catat

Tentera itu adalah tentera2 As Sufiyani. Mereka akan muncul terlebih dahulu membuat kekacauan. Bila muncul Pemuda Bani Tamim, mereka akan berperang dan kemenangan kpd PBT

Dipetik dr buku Imam Mahadi karangan Ustaz Mohamad Isa Daud:

Kata tabiin RH,
“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan timur Khurasan dan Parsi. Mereka akan dilawan oleh penduduk Timur dan ramai (tentera as-Sufyani) yang terbunuh. Kaum dari Timur itu kemudian (bergabung dan) membaiat al-Hasyimi yang mana tangan kanannya memegang bendera. Allah memudahkan urusan dan
jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama 5,000 orang penduduk Khurasan yang di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak berjambang. Seandainya mereka ini menghadapi gunung, nescaya dihancurkannya. Mereka lantas berhadapan dengan pasukan as-Sufyani, terus menggempur mereka dan (berjaya) membunuh mereka dalam jumlah yang besar. Akhirnya pasukan as-Sufyani melarikan diri dan al-Hasyimi pula menghilangkan diri. Kemudian secara diam-diam at-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Ketika perjalanannya sampai di Syam, dia menyerahkan pasukan (tenteranya) kepada al-Hasyimi.”

Asar ini memperincikan lagi keterangan-keterangan daripada hadis-hadis lain mengenai peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman. Antara yang terpenting disebutkan di sini ialah bahawa peperangan antara Pemuda Bani Tamim dengan As-Sufyani akan berlaku di timur Khurasan dan bersempadan dengan Parsi (Iran). Apabila ini berlaku, sudah amat dekatlah
kemunculan pemimpin baru seluruh dunia ini iaitu Imam Mahdi, dengan dimulai oleh Pemuda Bani Tamim.

Menurut penulis juga, Imam Mahadi bukan dr golongan yg didakwa syiah sebab Iran x layak dipanggil timur.
Dlm beberapa hadis, Iran digelar Kufah dan Ma Wara an-Nahar atau pun juga dikenali sebagai Parsi.

Namun Saidina Ali pernah berkata, org2 Parsi akan bergabung dgn org2 Arab menetang kebatilan dan menghidupkan kembali sunnah dan menghapuskan bidaah.  

Pd pendpt me, mungkin ada 2 golongan di Iran.... golongan Sufyani dan golongan PBT atau Hasyimi. Golongan Sufyani adalah golongan yg tidak menghidupkan sunnah, menimbulkan bidaah... cinta dunia

Well, sebab apa mereka x suka Ahmadinejad? Strict? Menindas wanita? Lu fikir la sendiri!
Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:22 AM | Show all posts
golongan tak suka Ahmadnejad kebanyakan Pro Barat, Homoseksual (sebab gay kat sana dah pupus sebab kene hukum gantung)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2009 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 14-6-2009 13:22


Pernah terbaca kat satu kitab  bahawa Imam Mahdi pada permulaannya berperang menentang satu kumpulan Tentera dari Tanah Parsi.Bila cerita tentang Mahdaviat ini timbul juga syak,Adakah kumpula ...



Sebenarnya ramai sangat yg mengakui Imam Mahdi akan datang dari kalangan mereka, contohnya dari sebelah benua India, Afganistan (Khorasan) pun mengakui dari kalangan mereka, Yang bukan Islam Kristian, Yahudi, Bahai, Hindu,Buddha, Sikh pun menunggu gak dari kalangan mereka.

Yang tu macam yang Hotlips cakap.


Kalau ikut fahaman Mahdaviat ni:
Muhammad al Mahdi, imam yang ke 12. telah pun lahir lebih awal tapi disembunyikan oleh Tuhan. Akan muncul bersama Nabi Isa diakhir zaman nanti.

Ada masjid khas yangterletak di Jamkaran, 6km dari Qomyang dibina khas bagi menyambut kedatangan Imam Mahdi di sini. Dipercayai Imam Mahdi pernah muncul bersama Nabi Khidir.

[ Last edited by  dome at 19-6-2009 15:58 ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 03:55 PM | Show all posts
Tentang pilihanraya yg terbaru di Iran, dari sumber-sumber dalam Iran sendiri kata, Org Israel dan Amerika minat sangat ikuti perkembangan di Iran ( dorang kan tak suka kat Ahmedenijad). Media di US hari-hari hentam Ahmedinejad.

Laman web Twitters, Facebook (pemilik Yahudi yg dipantau ejen Mossad/CIA) tiba-tiba je dpt tumpuan beribu org Iran berinteraksi dlm bahasa Inggeris 2/3 hari sebelum pilihanraya Iran.

Orang-orang nilah yang menyibarkan cerita konon Ahmadenijad telah menipu dlm pilihanraya, yang menyebabkan golongan pelajar Iran dalam dan luar negara  tak puas hati dan mencadangkan dianjur demonstrasi besar-besaran di Iran.

Dari sumber ex-jeneral Pakistan lak bagitau  CIA memberi USD400 juta utk rakyat Iran melancarkan revolusi menentang Ahmedinejad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2009 04:07 PM | Show all posts
Dr. Ahmedinejad is Daily Demonized in The Jew-Controlled US Media. Are You Ready For War With Iran?
June 16, 2009
By Paul Craig Roberts

How much attention do elections in Japan, India, Argentina, or any other country, get from the US media? How many Americans and American journalists even know who is in political office in other countries besides England, France, and Germany? Who can name the political leaders of Switzerland, Holland, Brazil, Japan, or even China?

Yet, many know of Iran’s President Ahmadinejad. The reason is obvious. He is daily demonized in the US media.

The US media’s demonization of Ahmadinejad itself demonstrates American ignorance. The President of Iran is not the ruler. He is not the commander-in-chief of the armed forces. He cannot set policies outside the boundaries set by Iran’s rulers, the ayatollahs who are not willing for the Iranian Revolution to be overturned by American money in some color-coded "revolution."

Iranians have a bitter experience with the United States government. Their first democratic election, after emerging from occupied and colonized status, in the 1950s was overturned by the US government. The US government installed in place of the elected candidate a dictator who tortured and murdered dissidents who thought Iran should be an independent country and not ruled by an American puppet.

The US "superpower" has never forgiven the Iranian Islamic ayatollahs for the Iranian Revolution in the late 1970s, which overthrew the US puppet government and held hostage US embassy personnel, regarded as "a den of spies," while Iranian students pieced together shredded embassy documents that proved America’s complicity in the destruction of Iranian democracy.

The government-controlled US corporate media, a Ministry of Propaganda, has responded to the re-election of Ahmadinejad with non-stop reports of violent Iranians protests to a stolen election. A stolen election is presented as a fact, even thought there is no evidence whatsoever. The US media’s response to the documented stolen elections during the George W. Bush/Karl Rove era was to ignore the massive documented evidence of real stolen elections.

Leaders of the American puppet states of Great Britain and Germany have fallen in line with the American psychological warfare operation. The discredited British Foreign Secretary, David Miliband, expressed his " serious doubt " about Ahmadinejad’s victory to a meeting of European Union ministers in Luxembourg. Miliband, of course, has no source of independent information. He is simply following Washington’s instructions and relying on unsupported claims by the defeated candidate preferred by the US Government.

Angela Merkel, Chancellor of Germany, had her arm twisted, too. She called in the Iranian ambassador to demand "more transparency" on the elections.

Even the American left-wing has endorsed the US government’s propaganda. Writing in The Nation, Robert Dreyfuss presents the hysterical views of one Iranian dissident as if they are the definitive truth about "the illegitimate election," terming it "a coup d’etat."

What is the source of the information for the US media and the American puppet states?

Nothing but the assertions of the defeated candidate, the one America prefers.

However, there is hard evidence to the contrary. An independent, objective poll was conducted in Iran by American pollsters prior to the election. The pollsters, Ken Ballen of the nonprofit Center for Public Opinion and Patrick Doherty of the nonprofit New America Foundation, describe their poll results in the June 15 Washington Post. The polling was funded by the Rockefeller Brothers Fund and was conducted in Farsi "by a polling company whose work in the region for ABC News and the BBC has received an Emmy award."

You can find their report here.

The poll results, the only real information we have at this time, indicate that the election results reflect the will of the Iranian voters. Among the extremely interesting information revealed by the poll is the following:


contd.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 04:08 PM | Show all posts
"Many experts are claiming that the margin of victory of incumbent President Mahmoud Ahmadinejad was the result of fraud or manipulation, but our nationwide public opinion survey of Iranians three weeks before the vote showed Ahmadinejad leading by a more than 2 to 1 margin -- greater than his actual apparent margin of victory in Friday's election.

"While Western news reports from Tehran in the days leading up to the voting portrayed an Iranian public enthusiastic about Ahmadinejad's principal opponent, Mir Hossein Mousavi, our scientific sampling from across all 30 of Iran's provinces showed Ahmadinejad well ahead.

"The breadth of Ahmadinejad's support was apparent in our pre-election survey. During the campaign, for instance, Mousavi emphasized his identity as an Azeri, the second-largest ethnic group in Iran after Persians, to woo Azeri voters. Our survey indicated, though, that Azeris favored Ahmadinejad by 2 to 1 over Mousavi.

"Much commentary has portrayed Iranian youth and the Internet as harbingers of change in this election. But our poll found that only a third of Iranians even have access to the Internet, while 18-to-24-year-olds comprised the strongest voting bloc for Ahmadinejad of all age groups.

"The only demographic groups in which our survey found Mousavi leading or competitive with Ahmadinejad were university students and graduates, and the highest-income Iranians. When our poll was taken, almost a third of Iranians were also still undecided. Yet the baseline distributions we found then mirror the results reported by the Iranian authorities, indicating the possibility that the vote is not the product of widespread fraud."

There have been numerous news reports that the US government has implemented a program to destabilize Iran. There have been reports that the US government has financed bombings and assassinations within Iran. The US media treats these reports in a braggadocio manner as illustrations of the American Superpower’s ability to bring dissenting countries to heel, while some foreign media see these reports as evidence of the US government’s inherent immorality.

Pakistan’s former military chief, General Mirza Aslam Beig, said on Pashto Radio on Monday, June 15, that undisputed intelligence proves the US interfered in the Iranian election. "The documents prove that the CIA spent 400 million dollars inside Iran to prop up a colorful but hollow revolution following the election."

The success of the US government in financing color revolutions in former Soviet Georgia and Ukraine and in other parts of the former Soviet empire have been widely reported and discussed, with the US media treating it as an indication of US omnipotence and natural right and some foreign media as a sign of US interference in the internal affairs of other countries. It is certainly within the realm of possibility that Mir Hossein Mousavi is a bought and paid for operative of the US government.

We know for a fact that the US government has psychological warfare operations that target both Americans and foreigners through the US and foreign media. Many articles have been published on this subject.

Think about the Iranian election from a common sense standpoint. Neither myself nor the vast majority of readers are Iranian experts. But from a common sense standpoint, if your country was under constant threat of attack, even nuclear attack, from two countries with much more powerful military establishments, as is Iran from the US and Israel, would you desert your country’s best defender and elect the preferred candidate of the US and Israel?

Do you believe that the Iranian people would have voted to become an American puppet state?

Iran is an ancient and sophisticated society. Much of the intellectual class is secularized. A significant, but small, percentage of the youth has fallen in thrall to Western sexual promiscuity, to personal pleasure, and to self-absorption. These people are easily organized with American money to give their government and Islamic constraints on personal behavior the bird.

The US government is taking advantage of these westernized Iranians to create a basis for discrediting the Iranian election and the Iranian government.

On June 14, the McClatchy Washington Bureau, which sometimes attempts to report the real news, acquiesced to Washington’s psychological warfare and declared : "Iran election result makes Obama’s outreach efforts harder." What we see here is the raising of the ugly head of the excuse for "diplomatic failure," leaving only a military solution.

As a person who has seen it all from inside the US government, I believe that the purpose of the US government’s manipulation of the American and puppet government media is to discredit the Iranian government by portraying the Iranian government as an oppressor of the Iranian people and a frustrater of the Iranian people’s will. This is how the US government is setting up Iran for military attack.

With the help of Mousavi, the US government is creating another "oppressed people," like Iraqis under Saddam Hussein, who require American blood and treasure to liberate. Has Mousavi, the American candidate in the Iranian election who was roundly trounced, been chosen by Washington to become the American puppet ruler of Iran?

The great macho superpower is eager to restore its hegemony over the Iranian people, thus settling the score with the ayatollahs who overthrew American rule of Iran in 1978.

That is the script. You are watching it every minute on US television.

There is no end of "experts" to support the script. For one example among hundreds, we have Gary Sick, appropriately named, who formerly served on the National Security Council and currently teaches at Columbia University:

"If they'd been a little more modest and said Ahmadinejad had won by 51 percent," Sick said, Iranians might have been dubious but more accepting. But the government's assertion that Ahmadinejad won with 62.6 percent of the vote, "is not credible."

"I think," continued Sick, "it does mark a real transition point in the Iranian Revolution, from a position of claiming to have its legitimacy based on the support of the population, to a position that has increasingly relied on repression. The voice of the people is ignored."

The only hard information available is the poll referenced above. The poll found that Ahmadinejad was the favored candidate by a margin of two to one.

But as in everything else having to do with American hegemony over other peoples, facts and truth play no part. Lies and propaganda rule.

Consumed by its passion for hegemony, America is driven prevail over others, morality and justice be damned. This world-threatening script will play until America bankrupts itself and has so alienated the rest of the world that it is isolated and universally despised.

Paul Craig Roberts [email him] was Assistant Secretary of the Treasury
http://www.vdare.com/roberts/090616_war.htm
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 04:12 PM | Show all posts

Reply #48 dome's post

Kejadian nih  boleh diagak sapa punya kerja......
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 10:37 AM | Show all posts
off topic,

Kenapa aku macam baca newspaper kat thread nie?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 07:05 AM | Show all posts
Mahmoud sah presiden Iran

TEHERAN – Majlis Pengawal yang merupakan badan perundangan tertinggi Iran mengesahkan kemenangan Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya presiden yang diadakan pada 12 Jun lalu selepas melakukan pengiraan semula sejumlah peti undi yang dipertikaikan.

Mahmoud menewaskan pesaing terdekatnya, bekas Perdana Menteri, Mir Hossein Mousavi dengan perbezaan majoriti 11 juta undi dalam pilihan raya.

Majlis Pengawal yang terdiri daripada 12 ulama dan pakar undang-undang mengesahkan keputusan itu selepas membuat siasatan yang komprehensif. – AFP



bravo ahmadinejad!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 02:28 PM | Show all posts
Sebuah Dokumentari Yang Harus Ditonton oleh Ahli Gerakan Islam


08 July 2009




DEMOKRASI. Kebebasan. Hak asasi. Inilah yang dijual oleh Amerika Syarikat kepada dunia. Untuk tujuan itu, Amerika Syarikat akan turut mendanai kumpulan tertentu di negara yang disasarkan. Apabila negara tersebut jatuh ke tangan Amerika Syarikat, segala kemewahan akan disedut oleh sang kapitalis, dan yang mendapat keuntungan serta kelebihan ialah masyarakat kelas atasan, golongan kaya dan hartawan.

Untuk menjadikan kes ini jelas, John Pilger seorang jurnalis, pengarang dan pembikin flem dokumentari (55 dokumentari pelbagai tema khususnya politik ) mengarahkan sebuah filem yang dapat membuka mata kita terhadap modus operandi Amerika Syarikat, dengan menjadikan Venezuela dan Hugo Chavez sebagai kes yang dikupas. Filem tersebut berjudul The War on Democracy yang pernah menimbulkan kehebohan di Pesta Filem Cannes tahun 2007.

Sebagai sebuah dokumentari, aspek-aspek teknikal filem kurang diperhatikan oleh pengkritik filem. Persoalan yang diketengahkan yang akan menjadi perhatian dan kupasan. Untuk itu saya kira adalah lebih baik kita menyorot subjek yang diperkatakan John Pilger. Subjek yang dimaksudkan ialah bagaimana Amerika Syarikat bekerja untuk memporak perandakan sesebuah negara.

Hugo Chavez seperti yang kita maklumi adalah pemimpin Venezuela. Mengapa beliau menjadi pemimpin yang disenangi rakyat? Sebahagian besarnya ialah kerana polisinya untuk membela rakyat miskin, kelas bawahan dan rakyat di luar bandar. Dasar luar Chavez pula tidak pernah memberi muka kepada Amerika Syarikat, kuasa imperialis dunia. Kekayaan minyak Venezuela di tangan Chavez tertumpah kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Ini tentu tidak disenangi Washington. Perlahan-lahan Chavez dibenci oleh kelas atasan Venezuela, dan pelan menjatuhkannya mula dirancang di Miami, Rumah Putih dan kelab-kelab mewah di Caracas.

Media digunakan untuk menyebar kebencian dan dakyah palsu mengenai Chavez. Perlahan-lahan slogan anti Chavez meresap di televisyen swasta, dan akhbar-akhbar pro pembangkang (yang harus disemat dalam benak anda, mereka ini terbukti didanai golongan ‘berkepentingan’). Gerakan anti Chavez menjadi besar dan mendapat pengaruh. Kod warna diperkenalkan untuk menunjukkan solidariti mereka, konon, mereka bangkit untuk memastikan demokrasi, kebebasan dan hak asasi Venezuela ditakhtakan kembali. Untuk berlaku adil, John Pilger selaku pengarah menemuramah kapitalis dan tycoon di Venezuela yang anti Chavez. Ternyata kebencian mereka terhadap Chavez ialah kerana peluang-peluang niaga mereka telah tertutup dan dasar Chavez memihak kepada kumpulan bawahan.

Pada 11 April 2002, gerakan pembangkang yang semakin kuat kerana sokongan media tertentu mengatur ‘rally’ untuk menunjukkan protes terhadap Chavez. Pada hari yang sama, kumpulan pro Chavez juga berarak. Jalan yang akan mereka lalui tidak sama. Begitulah perancangannya. Tetapi sesuatu telah berlaku. Terdapat ahli dari gerakan pembangkang yang tidak dikenali muncul, memandu ribuan manusia ke arah jalan yang sedang dilalui perarakan pro Chavez. Mereka bertembung. Dan tiba-tiba keadaan menjadi huru-hara. Penembak hendap dari atas bumbung menembak orang awam khusus dari kumpulan pembangkang. Ramai yang terbunuh, begitu juga yang cedera. Malam tersebut media swasta yang memang anti Chavez menunjukkan rakaman penyokong Chavez berdiri di atas jambatan, mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kumpulan pembangkang yang sedang berarak di jalan bawah. Footage itu dengan jelas memaparkan kumpulan pro Chavez sedang menembak ‘sesuatu’. Ia berguna untuk membakar lagi semangat rakyat bahawa Chavez memang bertanggungjawab terhadap pembunuhan dan kemelut rusuhan berdarah.

Malah malam itu juga, pihak atasan tentera ikut muncul di kaca televisyen mengesahkan Presiden Chavez adalah ‘pembunuh’ dan diktator. Mereka menuntut Chavez meletak jawatan. Tentera malah mengepung kediaman Chavez.


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 02:31 PM | Show all posts
Adakah ia benar? Adakah penyokong Chavez benar-benar menembak gerombolan pembangkang? Siapakah penembak hendap di atas bumbung? Adakah mereka polis? Pihak berkuasa?

John Pilger berjaya mencungkil rahsia sebenarnya. Otto Neustald, koresponden CNN di Venezuela pada tahun 2002 dalam satu temubual mengakui beliau merakam kenyataan media komandan tentera Venezuela mengutuk Chavez ‘sebelum’ perarakan bermula. Malah, dalam kenyataan media tersebut, komandan tentera menyebut angka kematian dan kecederaan. Sedangkan rusuhan tersebut belum pun berlaku! Ini bermakna, terdapat episod yang memang dirancang. Dari situ Pilger terus mendalami sebab dan akibat yang menyebabkan rusuhan berdarah itu terjadi. Beliau berazam membongkar sumber asalnya.

Dalam huru-hara di istana Moraflores, Chavez kemudian diculik. Media swasta dan CNN segera melaporkan Chavez telah meletak jawatan. Dan seorang pemimpin baharu dilantik, seorang usahawan bernama Pedro Carmona. Propaganda media segera menghebahkan ‘cahaya baharu telah tiba di Venezuela’. Harus diingatkan Chavez tidak pernah meletak jawatan. Malah beliau diculik selama 48 jam. Pemimpin baharu Venezuela menggantung parlimen serta merta, kembali meletakkan dasar yang memihak kepada kumpulan atasan.

Seperti yang dijangkakan, Bush yang memerintah Amerika Syarikat waktu itu mengalu-alukan pertukaran ‘regim Chavez’. Rakaman pembunuhan yang dikatakan dilakukan oleh Chavez terhadap kumpulan pembangkang diulang-ulang oleh media antarabangsa. CNN, FOX, CBS dan BBC semuanya memanjangkan ‘berita’ yang sama. Kuasa Tuhan, Maria, isteri Chavez menelefon sebuah radio kiri di kawasan pedalaman dan menjelaskan, ‘Chavez tidak menandatangani surat perletakan jawatan. Tandatangan palsu telah diturunkan’. Kebenaran yang mengejutkan itu mendorong rakyat miskin, rakyat luar bandar dan kelas pekerja bangkit menyelamatkan Chavez. Mereka berarak ke Caracas dan menuntut Presiden Chavez dikembalikan. Tentera berpangkat rendah yang tidak sanggup lagi menipu, menyerbu istana Presiden, dan mengembalikan Chavez yang ditahan di sebuah tempat. Perancang yang merampas kuasa sebelumnya melarikan diri ke Miami.

Selapis demi selapis John Pilger membongkar kudeta yang sebenarnya dirancang oleh CIA. Bertahun-tahun Amerika Syarikat mengerahkan seluruh jentera yang ada khususnya media untuk menyediakan basis konspirasi dahsyat ini. Salah satu jentera di bawah CIA tersebut ialah NED. Apakah NED? NED ialah National Endowment for Democracy. NED berfungsi untuk menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara yang tidak memihak kepada Amerika Syarikat. Atau di negara yang Amerika Syarikat percaya tokoh buah hatinya akan lebih ‘berfungsi’. Di Venezuela, lebih dua juta dolar disalurkan kepada pembangkang untuk menjatuhkan Chavez.

Dokumentari ini sangat penting untuk ditonton. Kita akan memahami anatomi penipuan, helah, cara kerja Rumah Putih dalam menyediakan boneka Amerika di negara yang mereka sasarkan. Sejak 1945, menurut kajian Pilger, Amerika Syarikat telah berusaha menjatuhkan lebih 50 buah kerajaan yang demokratik supaya ia pro Washington.

Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau. Dan kita semua tahu betapa media selama bertahun-tahun menggambarkan Presiden Ahmadinejad sebagai fasis anti Zionis yang tidak cekap mengurus ekonomi.


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 02:35 PM | Show all posts




Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir sepuluh tahun lalu dengan apa yang dilalui Ahmadinejad hari ini? Siapakah pembunuh sebenar Neda, remaja yang ditembak mati oleh penembak hendap dari atas bumbung di Tehran? CNN mendakwa Neda Agha Soltan dibunuh oleh Basiji (kumpulan para militari yang setia kepada Ayatullah Ali Khamanei). Tetapi tidak pernah ada pembuktian. Malah video pembunuhan Neda yang kini boleh dimuat turun dari you tube dan dihebahkan menerusi twitter di seluruh dunia kononnya menjadi ikon untuk menjatuhkan Imam Ali Khamenei. Apa yang tidak disedari (tetapi ditunjukkan oleh Pilger dalam dokumentari ini) ialah ketika kudeta terhadap Chavez berlaku, imej penyokong Chavez menembak anggota pembangkang sebenarnya adalah imej yang dimanipulasikan. Apa yang sebetulnya berlaku ialah penyokong Chavez di atas jambatan mengeluarkan pistol untuk mempertahankan diri mereka dari penembak hendap yang sama, yang menembak kumpulan pembangkang. Ini bermakna ada campurtangan misterius yang sengaja melaga-lagakan dua kumpulan yang bertembung tersebut.

NED, The National Endowment for Democracy adalah sebuah gerakan berbahaya yang dapat dikenalpasti menerusi promosi revolusi warna yang didanainya di Ukraine, Georgia, dan Serbia. Pekerja NED dilatih untuk menggunakan komunikasi moden (ya seperti twitter!) untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Selain menggunakan kod warna, NED menggunakan sepenuhnya media. Dan jika kita berwaspada kita akan dapat misalnya menekuni setiap kronologi rusuhan di Iran hari ini. Misalnya pada 23 Mei 2007, Brian Ross dan Richard Esposito melaporkan di saluran berita ABC: “The CIA has received secret presidential approval to mount a covert “black” operation to destabilize the Iranian government, current and former officials in the intelligence community tell ABC News.” Pada 27 Mei 2007 pula, akhbar London Telegraph melaporkan: “Mr. Bush has signed an official document endorsing CIA plans for a propaganda and disinformation campaign intended to destabilize, and eventually topple, the theocratic rule of the mullahs.” Hal ini semuanya didedahkan oleh Paul Craig Roberts, pembantu setiausaha kewangan di zaman Ronald Reagan (pengarang buku The Tyranny of Good Intentions) yang tulisannya tentang ini boleh ditemukan di banyak laman internet kiri.

Amerika Syarikat memang sering campur tangan dalam keputusan pilihanraya di bermacam negara. 7 Jun lalu, di Lubnan, Amerika, dengan kerjasama Arab Saudi telah mendanai parti pimpinan Saad Hariri untuk memastikan Hezbullah tidak menang di Lubnan dan berkuasa. Pun di sebalik usaha tersebut Harii hanya berupaya mendapat 68 buah kerusi parlimen, Hezbullah dan sekutunya mendapat 57 buah kerusi dengan tiga ahli parlimen bebas. Penyelewengan pilihanraya berlaku, tetapi Nasrallah tidak mengeluh. Mereka meneruskan perjuangan seperti biasa. Selepas ini langkah mereka akan lebih berhati-hati.

Di Malaysia, adakah NED beroperasi? Sudah tentu. Pendokong gerakan Islam mestilah berhati-hati dengan laporan media dan khabar angin menerusi internet misalnya, selain menjauhi sebarang gerakan yang obses dengan kod warna seperti kuning atau hitam. Pendokong gerakan Islam juga boleh menghindari dari terjebak dengan kejahatan Amerika Syarikat ini dengan mengenalpasti siapakah tokoh politik yang sentiasa lunak dan menjadi jurucakap untuk Amerika Syarikat. Cepat, dapatkan filem The War On Democracy dan tonton sendiri!

Artikel ini tersiar di Siasah edisi 28 Jun-4 Julai 2009.



Sources : http://tehranifaisal.blogspot.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2009 07:49 PM | Show all posts
Sunday August 16, 2009Iran's Ahmadinejad to name three women ministers
EDITORS' NOTE: Reuters and other foreign media are subject to Iranian restrictions on their ability to film or take pictures in Tehran. Iran's President Mahmoud Ahmadinejad speaks to members of parliament during his swearing-in ceremony in Tehran August 5, 2009, file photo. (REUTERS/Raheb Homavandi)
TEHRAN (Reuters) - Iranian President Mahmoud Ahmadinejad said on Sunday he would propose at least three women as ministers in his next cabinet following June's disputed presidential election.

It would be the first time a woman would hold such a position in the conservative Islamic Republic.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 07:36 PM | Show all posts
Menurut kawan aku Iran, dia kata rakyat iran x suka dia sbb apa dia ckp bukan mencerminkan rakyat iran, sbb tu ms dia menang, ramai buat demonstrasi membantah.

Cthnya prinsip2 dia yg anti-amerika telah meletakkan rakyat warga iran dlm bahaya, dimana bnyk negara europe dan amerika akan berhati2 dan meletakkan syarat pada warga iran bila meraka travel ke negara tersebut.

Kawan iran ckp, mcm malaysia wpon x suka amerika tetapi masih ada hubungan baik dgn amerika sbb tu lah rakyat msia travel ke around the world pon ok sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 10:16 PM | Show all posts
Menurut kawan aku Iran, dia kata rakyat iran x suka dia sbb apa dia ckp bukan mencerminkan rakyat iran, sbb tu ms dia menang, ramai buat demonstrasi membantah.

Cthnya prinsip2 dia yg anti-amerika t ...
lica_mica Post at 17-8-2009 19:36


masalahnya betulkah majoriti rakyat iran tidak suka Presiden yang satu ni?

even kat malaysia , kalau org luar tanya org Pas/DAP, mmg sampai langit menjerit pun, dikatanya PM Najib tidak disenangi rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 06:45 PM | Show all posts
ye kot majoriti x suka, tu yg masa dia menang pilihanraya bbaru ni, ramai org merusuh sampai  ada yg mati..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.387406 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list