CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jiman

London 2012 Olympic Games - Persediaan Malaysia

[Copy link]
Post time 23-1-2009 06:39 AM | Show all posts
Chong Wei sandaran 2012
+ utusan malaysia

PUTRAJAYA -- Hampir semua atlet negara yang menyerlah dalam acara badminton, berbasikal dan memanah Sukan Olimpik Beijing 2008 termasuk pemenang pingat tunggal, Datuk Lee Chong Wei disenaraikan semula sebagai kelompok atlet yang berpotensi menyumbangkan pingat temasya di London 2012.

Pemenang pingat perak yang baru-baru ini turut menggondol gelaran Master Akhir dan Siri Super Terbuka Malaysia, mengetuai pemain badminton selain Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif (beregu lelaki), Wong Pei Tty-Chin Ee Hui (beregu wanita) dan perseorangan wanita serta beregu campuran yang bakal dikenal pasti.

Berbasikal mempertaruhkan semula Josiah Ng, Azizulhasni Awang, Rizal Tisin, Junaidi Nasir, Edrus Yunus khusus bagi acara trek dan pecut di London sementara memanah mengemukakan balik Cheng Chu Sian, Wan Khalmizan Aziz, Marbawi Sulaiman selain muka baru, Nazrin Aizad Nasir (berpasukan dan individu).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seorang pelumba basikal wanita, Fatehah Mustafa mungkin disenaraikan yang bergantung kepada kemajuan semasanya.

"Mereka yang disenaraikan ini bakal menikmati kemudahan pasukan sains sukan dan perubatan yang khas, pendedahan pertandingan lebih meluas, pembabitan program tindik, khidmat jurulatih terbaik pertambahan peruntukan kewangan.

"Penyenaraian ini turut berdasarkan ranking semasa dunia mereka, malah kita berpendapat atlet seperti Josiah dan Chong Wei yang bakal meningkat usia melebihi 30 tahun, masih mampu diharapkan untuk memburu pingat emas Olimpik seperti mana jagoan negara lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyeliaan ke London 2012 di Menara KBS di sini, semalam.

Majlis pelancaran program ini akan diadakan pada pukul 3 petang 12 Februari ini.

Katanya, sasaran Program Jalan Ke London 2012 ialah mengatasi pencapaian di Beijing, Ogos lalu iaitu sekurang-kurangnya sebutir emas atau lebih banyak daripada sebutir perak sumbangan Chong Wei dalam perseorangan lelaki badminton itu.

"Selagi ia lebih baik dari di Beijing, kita boleh berasa telah berjaya,'' ujar Ismail Sabri.

Menurut Ismail Sabri, tiga jawatankuasa kecil turut dibentuk di bawah program tersebut; kewangan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Yasin Salleh; teknikal dan pengurusan (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong) serta sains sukan dan perubatan sukan (Ketua Pengarah Institut Sukan Negara, Datuk Dr. Ramlan Aziz).

"Program ini juga akan cuba menjalinkan kerjasama dengan Universiti Loughbrough dan Universiti Bath, London atau mungkin Pusat Olimpik Leipzig, Jerman bagi bantuan kepakaran sains sukan sekiranya atlet kita berlatih atau menimba pendedahan di Eropah yang bakal melebihi 10 pertandingan antarabangsa berbanding lima atau enam seperti sebelumnya," katanya.

Menurut Ismail Sabri, program pembangunan sukan lain tetap diteruskan seperti biasa kerana Malaysia masih perlu menghadapi Sukan SEA, Asia dan Komanwel tetapi cuma keutamaan dan pandangan realistik kepada potensi tiga sukan berkenaan perlu diberikan bagi menghadapi Olimpik London 2012.

"Kalau boleh saya mahukan bola sepak turut dimasukkan dalam program ini tetapi kita kena realistik dengan pencapaian semasanya dan kita cuba tumpu tiga terlebih dulu malah kita masih berharap sukan lain seperti hoki mampu melepasi pusingan kelayakan untuk turut menyertai Olimpik London," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 06:41 AM | Show all posts
Tiga acara fokus utama negara
+ kosmo



Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, acara badminton, lumba basikal dan memanah akan diberi penekanan khusus bagi memastikan kontinjen negara meraih pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London.

"Kita perlu lebih realistik. Fokus utama diberikan kepada tiga acara ini kerana sememangnya ia merupakan prospek penyumbang pingat.

"Sasaran utama kita adalah memastikan negara meraih sasaran yang lebih baik berbanding temasya di Beijing atau sekurang-kurangnya satu pingat emas.

"Tapi apa yang pasti, kita mesti bawa pulang pingat tak kira apa pingat sekali pun," kata Ismail Sabri selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Sukan Olimpik 2012 di kementeriannya semalam.

Ismail Sabri berkata, tugas untuk mencapai sasaran yang lebih baik berbanding temasya di Beijing tahun lalu akan digalas oleh 19 atlet melalui acara badminton (10 atlet), lumba basikal (lima) dan memanah (empat).

"Sama ada perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran, kesemua acara ini akan diberi penekanan yang sama.

"Dalam acara berbasikal, tumpuan akan diberikan kepada acara trek pecut dan memanah bagi acara individu dan berpasukan," katanya.

Katanya, peruntukan untuk ketiga-ketiga acara tersebut telah disediakan oleh KBS bagi melaksanakan program latihan yang diatur.

"Seperti yang saya katakan tadi, ketiga-tiga acara ini akan dipastikan mendapat tumpuan lebih. Seperti memanah, kita akan pastikan mereka menyertai sekurang-kurangnya 10 kejohanan antarabangsa.

"Bagi basikal pula, seperti semua sedia maklum, mereka jalani latihan di Australia. Kita juga telah mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan dua universiti di London iaitu Bath dan Loughborough.

"Ia bagi memberi peluang kepada atlet-atlet menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan sebagainya di sana. Bagaimanapun, MoU tersebut masih diteliti," katanya.

Ismail Sabri menambah, latihan bagi acara-acara sukan lain tetap dijalankan seperti biasa meskipun tumpuan diberikan kepada tiga acara tersebut.

"Acara sukan lain akan jalani latihan seperti biasa kerana ada banyak kejohanan lain yang akan disertai mereka.

"Begitupun, akan ada pertambahan dan pengurangan jumlah penyertaan atlet menjelang Olimpik London," ujarnya.

Terdahulu, KBS telah mewujudkan tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengurusan dan Teknikal, Jawatankuasa Kewangan serta Jawatankuasa Sains Sukan.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohd. Yassin Salleh telah dilantik untuk mengemudi Jawatankuasa Kewangan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong memimpin Jawatankuasa Teknikal dan Pengurusan manakala Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Ramlan Abd Aziz mengetuai Jawatankuasa Sains Sukan.

Ketiga-tiga jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan keperluan dan strategi yang akan digunapakai pada temasya di London kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 06:44 AM | Show all posts
KBS belum berani kemuka pelan
+ berita harian

HAKIKAT yang terserlah di sebalik Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pemandu `Road To London 2012’ adalah betapa Kementerian Belia dan Sukan (KBS), belum berani tampil mengemukakan pelan yang benar-benar mampu membutirkan pingat emas pertama negara di Olimpik.

Cuma apa yang disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan adalah, sasaran yang diletakkan ketika ini adalah memastikan kejayaan lebih hebat daripada satu pingat perak di Beijing, Ogos lalu.

“Untuk menghadapi Sukan Olimpik di London 2012, kita membentuk jawatankuasa pemandu yang mempunyai tiga jawatankuasa kecil bagi memastikan kita memperoleh keputusan yang lebih baik di Beijing.

“Buat masa ini, kita meletakkan tiga sukan utama yang mempunyai prospek pingat di London iaitu badminton, berbasikal dan memanah. Ini adalah disebabkan prestasi semasa atlit sukan terbabit yang menduduki ranking teratas dunia,” katanya.

Ismail Sabri berkata, bagi sukan yang diberikan keutamaan itu, mereka akan mendapat satu pasukan khas sains sukan sepenuh masa dan segala permohonan membabitkan penghantaran atlit keluar negara serta kemudahan lain akan diberikan keutamaan.

“Atlit dalam ketiga-tiga acara sukan ini akan dihantar menyertai lebih banyak kejohanan di luar negara terutama di Eropah bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana pertandingan sewaktu Olimpik nanti.

“Sebelum ini, sukan memanah hanya menyertai lima atau enam kejohanan di luar negara dan kita akan pastikan mereka mampu menyertai lebih daripada 10 kejohanan dunia dalam setahun.

“Begitu juga dengan program latihan di luar negara untuk atlit ini juga akan dipertingkatkan. Selain itu, jurulatih memanah sedia ada akan dikekalkan dan akan mengkaji permintaan persatuan termasuk cadangan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk mendapatkan jurulatih tambahan,” katanya.

Beliau menjelaskan, sukan bagi acara Olimpik lain yang tidak tersenarai perlu membuktikan kemampuan atlit masing-masing bagi membolehkan mereka mendapat layanan yang sama seperti ketiga-tiga sukan ini.

“Kita memasukkan tiga sukan ini adalah kerana prestasi semasa mereka yang berada pada kedudukan pingat. Andai selepas ini ada sukan lain yang berada pada kedudukan sama, kita memasukkan persatuan itu dalam senarai ini.

“Pada masa sama, program pembangunan lain seperti persediaan untuk Sukan Asia, Komanwel dan sebagainya, berjalan seperti biasa dan kedudukan jawatankuasa ini boleh dianggap sebagai program khusus dan dana tambahan untuk Olimpik,” katanya.

Ditanya apakah program ini mampu menghasilkan emas pertama negara di Olimpik London, beliau berkata: “Sasaran kita adalah mendapat keputusan yang lebih baik daripada Beijing walaupun cuma dapat tambah satu lagi pingat gangsa.”
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 03:05 AM | Show all posts
Ismail Sabri pertahan tindakan BAM
+ utusan malaysia

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri, mempertahankan langkah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan pemain senior ke Olimpik London walaupun ada di antara mereka akan bergelar pemain veteran pada temasya sukan 2012 itu nanti.

Menurut Ismail Sabri, beliau yakin para pemain yang disenaraikan khususnya Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo masih berpotensi menyumbang pingat walaupun pada 2012 kedua-duanya mencecah usia 30 tahun.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun sebelum Olimpik London, pemain terbabit diyakini masih berada pada prestasi yang baik.

''Senarai atlet yang berpotensi meraih pingat pada Olimpik 2012 adalah berdasarkan prestasi semasa mereka.

''Memang diakui ada di antara pemain ini yang semakin meningkat usia menjelang Olimpik 2012 tetapi kita yakin prestasi mereka tidak jauh berbeza berbanding ketika ini.

''Lagipun tiga tahun (sebelum Olimpik London) bukanlah tempoh yang terlalu panjang.

''Begitupun kita masih membuka peluang kepada mana-mana pemain muda yang memiliki potensi dengan pencapaian di Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan sebagai ukuran.

''Keputusan BAM untuk tidak menyenaraikan pemain muda sebagai calon berpotensi untuk pingat pada Olimpik 2012 disebabkan jurang prestasi yang terlalu jauh berbeza dengan pemain senior,'' katanya ketika melawat Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara semalam.

Kelmarin, Ismail Sabri mengumumkan pemain nombor satu dunia Chong Wei sebagai antara pemain badminton negara yang berpotensi untuk menyumbang pingat di Olimpik London.

Turut disenaraikan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif (beregu lelaki), Wong Pei Tty-Chin Ee Hui (beregu wanita).

Pemain wanita nombor satu negara disahkan mengisi satu lagi senarai atlet di Olimpik 2012.

Tambah Ismail Sabri, walaupun Mew Choo kerap mengalami kecederaan dan akan mencecah usia 30-an tiga tahun lagi, kemampuannya tetap diyakini.

''Saya tidak melihat usia sebagai penghalang untuk pemain menyumbang pingat di Sukan Olimpik.

''Memang kita pernah kecewa apabila gagal merealisasikan impian emas pada Olimpik 2004 di Athens menerusi Wong Choon Hann.

''Namun jangan lupa pemain Denmark, Poul -Erik Hoyer Larsen adalah pemenang pingat emas pada Olimpik 1996 di Atlanta ketika berusia 32 tahun,'' katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan Stadium Juara Bukit Kiara sebagai Pusat Kecemerlangan Sementara Sukan Badminton.

Kata Ismail Sabri, langkah itu dibuat untuk tidak melengah-lengahkan masa persiapan skuad badminton negara bagi menghadapi Sukan Olimpik London 2012 yang hanya tinggal tiga tahun tujuh bulan lagi untuk berlangsung.

"Sukan Olimpik London 2012 tidak akan menunggu sesiapa. Untuk pengetahuan umum, Akademi Badminton Kebangsaan (ABK) di Cheras hanya akan memulakan pembinaan paling cepat dua tahun dari sekarang iaitu 2011 selepas segala urusan lain diselesaikan sepenuhnya.

"Hanya selepas siap sepenuhnya ABK di Cheras, semua pegawai, pemain, dan peralatan akan berpindah ke sana," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 03:08 AM | Show all posts
Operasi sementara di Bukit Kiara
+ kosmo


ISMAIL SABRI (kiri) melawat gelanggang badminton Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

AKADEMI Badminton Kebangsaan (ABK) yang dicadangkan dibina di Cheras bakal memulakan operasi secara sementara di Kompleks Sukan Bukit Kiara selewat-lewatnya Mac ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dibuat untuk tidak melengah-lengahkan persiapan skuad badminton negara bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London.

"Seperti sedia maklum, penyediaan pelan pembangunan mengambil masa.

"Kita perlu ambil kira dari isu tanah, kelulusan bangunan, tender dan sebagainya.

"Apa yang saya boleh katakan ialah ketika ini, proses melaksanakannya sedang dijalankan dan saya serta pihak BAM sendiri sememangnya mengharapkan pusat kecemerlangan yang sempurna.

"Atas sebab itu, KBS dan BAM telah mengambil keputusan untuk menjadikan Bukit Kiara sebagai pusat kecemerlangan buat sementara," kata Ismail Sabri selepas melawat Stadium Juara dan Kompleks Rakan Muda di Bukit Kiara semalam.

Ismail Sabri menambah, buat sementara waktu, ABK di Bukit Kiara akan menggunakan kemudahan tempat latihan di Stadium Juara, namun akan ditambah dengan perkhidmatan perubatan, gimnasium dan sebagainya.

"Stadium Juara akan jadi pusat latihan kerana ada 18 gelanggang manakala Kompleks Rakan Muda pula akan menjadi asrama bagi para atlet.

"Begitupun, sedikit penambahbaikan akan dilakukan di beberapa tempat.

"Dari segi kemudahan asrama, gimnasium, dewan latihan, pusat perubatan dan sebagainya agar ia dapat digunakan sepenuhnya menjelang majlis pelancaran Mac ini," jelas Ismail Sabri.

Penubuhan ABK di Cheras, dengan peruntukan berjumlah RM24 juta telah diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan pada 11 November tahun lepas.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, gimnasium dan 30 buah gelanggang badminton.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 03:41 AM | Show all posts
Tingkat prestasi atlit
+ harian metro

SENARAI awal atlit sudah ada tetapi apa pula formula yang akan digunakan bagi memastikan atlit terpilih berada pada prestasi terbaik ketika Sukan Olimpik London 2012 seperti yang dirancang dan bukan sebaliknya.

Tidak dapat tidak, tumpuan pasti terarah kepada Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz yang turut menerajui Jawatankuasa Kecil Khidmat Sains dan Perubatan, Jawatankuasa Pemandu 'Road to London 2012'.

Aspek sains sukan yang dilihat antara entiti penting dalam meningkatkan prestasi atlit sejak kebelakangan ini turut diharap mampu menghasilkan 'keajaiban' menjelang temasya terbesar dunia itu selepas berjaya membawa pulang sebutir perak dari Beijing pada edisi lalu.

Bagi Dr Ramlan, dengan adanya calon atlit yang dikenalpasti untuk membawa cabaran negara ke Olimpik, program berlandaskan pendekatan 搕umpuan pada atlit, diterajui oleh jurulatih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2009 11:26 PM | Show all posts
Istaf syok sendiri
+ metro

WALAUPUN hanya mampu menyenaraikan empat kejohanan sepanjang tahun ini, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) masih tetap memasang angan-angan untuk membawa sukan itu ke peringkat Olimpik.

Selaku badan induk antarabangsa sepak takraw, Istaf perlu memainkan peranan lebih aktif dalam usaha memperkenalkan sukan berkenaan menerusi penganjuran bertaraf dunia.

Pemimpin badan induk itu perlu sedar sesuatu sukan itu akan hanya diterima masuk ke dalam temasya Olimpik sekiranya dimainkan secara meluas di sekurang-kurangnya 42 negara di seluruh dunia dan jika sekadar empat kejohanan setahun, sampai bilakah angan-angan itu akan tercapai.

Empat kejohanan disenaraikan di dalam kalendar Istaf tahun ini bermula dengan Piala Raja Thai di Bangkok pada 2 hingga 7 Julai diikuti Kejohanan Sukan Dunia di Kaohsiung, Taiwan pada 15 hingga 22 Julai.

Temasya Sukan Dalam Dewan Asia ke-3 dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober hingga 4 November di Hanoi, Vietnam menjadi kejohanan ketiga yang disenaraikan Istaf sebelum temasya Sukan Sea di Vientiane, Laos pada 9 hingga 19 Disember.

Anehnya, daripada empat kejohanan itu, tidak satu pun daripadanya dianjurkan sendiri Istaf. Piala Raja Thai dianjurkan Persatuan Sepak Takraw Thailand manakala tiga temasya selebihnya bukanlah anjuran Istaf.

Mujurlah negara gabungan Istaf yang lain ada menganjurkan pertandingan tetapi usaha murni itu seolah-olah menjadi alasan terbaik buat badan induk antarabangsa itu untuk mengelak daripada menganjurkan kejohanan.

Hakikat itu diakui Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahaya yang berkata negara gabungan Istaf tidak mempunyai banyak pilihan selain terpaksa menganjurkan sendiri kejohanan bagi mewujudkan suasana pertandingan di kalangan negara gabungan.

揢ntuk itu, PSM berterima kasih kepada gabungan Istaf yang menganjurkan pertandingan jemputan di peringkat antarabangsa. Kami perlu banyak pertandingan untuk pendedahan,
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 11:27 PM | Show all posts
Ada 'gangguan' pada janji MSN
+ berita harian

Tujuh jurulatih badminton masih belum tandatangani sambungan kontrak

ADA 'gangguan' menjelma di sebalik janji Majlis Sukan Negara (MSN) tidak memotong peruntukan kepada tiga jenis sukan - badminton, memanah dan berbasikal - yang dikenal pasti mampu mencipta gemilang pada Sukan Olimpik 2012 nanti.

Ianya timbul menerusi perkhabaran tujuh jurulatih badminton negara masih belum menandatangani sambungan kontrak ketika seorang lagi belum menerima tawaran kontrak baru.

Hanya dua jurulatih - Rosman Razak dan Jeremy Gan - sudahpun menandatangani kontrak, itupun selepas masing-masing menerima kenaikan gaji ekoran pertambahan tanggungjawab yang diberikan.

Ia mewujudkan kemungkinan tambahan bahawa lapan jurulatih itu mungkin terlewat menerima bayaran gaji untuk tugas dilaksanakan bulan ini - sehingga isu kontrak mereka diselesaikan.

Daripada kelompok belum menyatakan persetujuan itu, majoritinya terbabit dalam penstrukturan semula kejurulatihan dilaksanakan MSN dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) - dengan tugas, matlamat dan tanggungjawab tambahan diberikan.

Tetapi tawaran sambungan kontrak tetap menyatakan jumlah imbuhan bulanan sama - biarpun sumbangan beberapa jurulatih juga diperakui menerusi peningkatan pemain-pemain di bawah kendalian masing-masing.

BAM, dalam mesyuarat bersama MSN sebelum ini, sudah mengemukakan cadangan kenaikan imbuhan buat semua jurulatih.

"Ya, cadangan kenaikan itu ada dikemukakan untuk pertimbangan MSN sebelum ini," kata Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.

Malah MSN turut memberi petanda akan mempersetujui cadangan kenaikan disertakan justifikasi itu, tetapi ceritanya berbeza sebaik sahaja jurulatih-jurulatih terbabit menerima tawaran sambungan kontrak mereka.

Belanjawan MSN tahun ini menyaksikan pengurangan hampir 30 peratus peruntukan tetapi ketua pengarahnya, Datuk Zolkples Embong, menegaskan bahawa pembiayaan untuk badminton dan dua sukan lainnya itu tidak terjejas.

Ia senada kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sekali lagi menegaskan bahawa segala perancangan untuk Olimpik 2012 sudahpun berlangsung sepenuhnya, minggu lalu.

Tapi jelas, masih ada yang tidak kena dalam perancangan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 12:44 PM | Show all posts
LONDON (AP)桭unding for eight British sports was cut by at least a third for the 2012 London Olympics, with UK Sports blaming the reductions on the weak global economy.

The UK Sports cuts involved fencing, handball, shooting, table tennis, volleyball/beach volleyball, water polo, weightlifting and wrestling. Paralympic sports fencing, goalball, volleyball and women抯 wheelchair basketball also had their funding reduced.

A shortfall in private-sector spending also forced the cuts, UK Sports said Thursday. It added the reductions are in sports where Britain is unlikely to do well at the 2012 Olympics.

揑t was vital that, having successfully targeted our medal prospects, we also maximized the chances of every sport for London 2012 within our limited resources,
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:33 PM | Show all posts
Malaysia Sasar Emas Untuk Badminton Di Olimpik London

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akhirnya menetapkan sasaran untuk mencapai satu pingat emas daripada tiga acara sama ada dari badminton, memanah atau berbasikal pada Olimpik London 2012.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sasaran tersebut dibuat berdasarkan penilaian Jawatankuasa Pemandu Kontinjen Olimpik 2012 Majlis Sukan Negara (MSN) yang bermesyuarat baru-baru ini.

"Jawatankuasa ini berpendapat Malaysia perlu fokus kepada ketiga-tiga sukan ini untuk memastikan matlamat meraih emas pertama negara di Olimpik tercapai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Road To London 2012' di sini, Isnin.

KBS sebelum ini tidak meletakkan sasaran emas untuk dimenangi atlet negara tetapi sekadar sebarang pingat di London nanti.

Bagi sukan lain, pencapaian dalam satu atau dua tahun ini akan dijadikan kayu ukur, katanya.

"Ia semua bergantung kepada prestasi semasa atlet lain. Mungkin kalau ada sukan lain yang ada potensi untuk dapat emas, kita akan senaraikan dalam program Road To London 2012," kata Ismail Sabri.

Katanya buat masa sekarang, pihaknya cuma meletakkan sukan lain dalam kelas Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel untuk diberi peruntukan menyertai sesuatu kejohanan.

"Kita tetap akan hantar atlet lain yang layak, cuma peruntukan mereka kita kurangkan," katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai jumlah peruntukan yang disediakan kementerian itu.

Katanya maklumat akhir mengenai peruntukan akan diumumkan selepas MSN selesai meneliti draf cadangan daripada persatuan sukan terbabit tidak lama lagi.

Sebanyak 17 orang atlet elit terpilih menyertai progam persediaan Road To London 2012, antaranya pemain nombor satu badminton dunia Datuk Lee Chong Wei, pelumba berbasikal kategori keirin, Mohd Azizulhasni Awang dan atlet memanah Cheng Chu Sian.

Bagaimanapun kata Ismail, senarai atlet tersebut bukan muktamad sebaliknya bergantung kepada pertimbangan persatuan sukan terbabit untuk mengemaskinikan senarai terbaru atlet mereka yang layak untuk dimasukkan dalam program tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 01:55 AM | Show all posts

Reply #50 naen's post

tiap kali pun dah sasar emas ke hulu  emas ke hiliq masa olimpik.... tapi tu ler.. TERsasar ajer!!  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 01:56 AM | Show all posts
Malaysia targets gold medal at London Olympics
Bernama

KUALA LUMPUR, Mon:

THE Youth and Sports Ministry has targeted at least a gold medal either in badminton, archery or cycling in the 2012 London Olympics.

Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob said the target was based on the evaluation made by the National Sports Council抯 Olympic 2012 steering committee.

揟he committee feels that Malaysia should focus its attention on the three sports in winning the first ever gold medal for the country,
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 06:24 AM | Show all posts

Reply #51 amazed's post

pemilihan kata dasar (sasar) yg tak tepat ..

mungkin pasneh patut guna word lain plak kot ..

idok aa SASAR jauh sangat pasneh
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 06:26 AM | Show all posts
Program Road To London 2012 dilancar

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 06:00 AM | Show all posts
ASUM tidak kisah

Oleh DRAHMAN BAHARUN





"KAMI tidak berkecil hati."

Demikian respons Persatuan Renang Amatur Malaysia (PTAM) selepas atlet mereka tidak tersenarai dalam program 'Road To London 2012'.

Ketiadaan atlet terjun atau renang dalam program tersebut seharusnya dijadikan satu cabaran kepada mereka (atlet) untuk terus bekerja keras bagi membuktikan mereka juga berkemampuan untuk meraih kejayaan di pentas Olimpik.


Naib Presiden ASUM, Zainal Othman berkata, semua persatuan sukan harus melihatnya sebagai cabaran baru untuk terus bekerja keras bagi memantapkan prestasi atlet masing-masing.

"Ia adalah cabaran baru kepada kami selain membuka lembaran baru untuk merancang program yang lebih komprehensif ke arah melahirkan lebih ramai atlet yang lebih berdaya saing pada peringkat dunia.

"Kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) masih memberi sokongan kepada kami dari segi peruntukan untuk melaksanakan program latihan dan sebagainya.

"Kita akui, persatuan tidak boleh bergerak tanpa bantuan kerajaan, oleh itu kami mengambil program ini sebagai satu cabaran baru untuk bekerja lebih keras lagi," katanya kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan program Road To London 2012 yang setakat ini menyenaraikan atlet daripada sukan badminton, lumba basikal dan memanah.

Sebagai permulaan, 17 atlet dipilih yang dilihat berpotensi untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik 2012.

Zainal berkata, walaupun atlet renang tidak tersenarai dalam program tersebut, ia bukan bermakna mereka dipinggirkan kerana kerajaan memiliki cara tersendiri membuat penilaian terhadap kemampuan atlet yang mereka fikirkan berpotensi meraih pingat pada Sukan Olimpik.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan program latihan sedia ada bagi memastikan atlet renang dan terjun berjaya menempah tiket ke Olimpik London sekali gus meraih pingat.

Katanya, ASUM akan mencari inisiatif sendiri jika atlet tidak mendapat tajaan.

"Walaupun tidak disenaraikan, kami tetap mengintai slot ke Olimpik dan sasaran kami adalah untuk mempastikan mereka (atlet) layak secara merit berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).




***************************************************************************************

tak payah nak projected berapa emas semua tu pun tak apa -
yang penting persediaan rapi... bersedia nak fight and do the best -
kalau nak sasarkan emas sana sini.. pastu tak ada persediaan - cakap aje
tak guna juga --

renang memang susah nak score - mungkin untuk B dan kalau dapat
pecahkan record kebangsaan or SEA pun kira okay tu -
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 09:34 PM | Show all posts
26 Februari, 2009   
Misbun Dan Rashid Mungkin Dipaksa Ambil Sijil



KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Jurulatih badminton Misbun dan Rashid Sidek bersama-sama beberapa lagi jurulatih sukan teras mungkin akan diminta untuk mendapatkan sijil tauliah Sains Sukan Tahap 3 bagi memantapkan persiapan ke Sukan Olimpik London 2012.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata perkembangan sukan dunia moden sekarang lebih menitikberatkan aspek sains sukan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam sesuatu kejohanan.

"Kalau boleh saya tak mahu jurulatih kita ketinggalan perkembangan seperti ini terutama dalam tiga sukan teras, badminton, memanah dan berbasikal," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen Instuktur Sains Sukan dekat sini.

Katanya, perkara tersebut dilihat penting untuk mengekalkan pencapaian Malaysia setidak-tidaknya di tahap sekarang.

Sebagai langkah awal, Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) telah diminta untuk mengenalpasti beberapa orang jurulatih yang dilihat mampu untuk diserapkan menjadi jurulatih sampingan ke dalam ketiga-tiga sukan terbabit, katanya.

Sementara itu, Pengerusi LKK Dr Muner Che Muhammad berkata pihaknya sedang mengenalpasti mana-mana jurulatih yang tidak aktif untuk diserapkan ke dalam beberapa sukan tertentu.

"Kalau boleh kita nak cari jurulatih yang memang ada latar belakang dalam sukan badminton, memanah dan berbasikal,"

"Daripada maklumat awal kita tahu ramai jurulatih sains sukan Tahap 3 ini memang tak aktif, sebab terikat dengan kerja-kerja tetap dan kerajaan (Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan). Kita akan cari cara untuk mereka diserapkan ke dalam beberapa sukan ini," katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod kira-kira 300 jurulatih telah menerima sijil sains sukan Tahap 3, tetapi masih belum diserapkan ke dalam mana-mana program kejurulatihan.

Konvensyen tersebut dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wee Jeck Seng.

-- BERNAMA



benda baek dan positip....    mmg patut buat...!!!  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 10:25 AM | Show all posts
Terjun mampu gegar pentas Olimpik - ASUM



KEN NEE raih dua pingat gangsa di Berlin.

AKSI cemerlang penerjun negara pada Kejohanan Terbuka Berlin di Jerman baru-baru ini, memberi keyakinan baru kepada Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), lapor DRAHMAN BAHARUN.

Berdasarkan pencapaian tersebut, ASUM yakin atlet terjun mereka mempunyai kemampuan untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada kejohanan di Berlin baru-baru ini yang turut disertai beberapa jaguh dunia, atlet terjun negara meraih dua pingat gangsa menerusi Yeoh Ken Nee dan Rossharisham Roslan dalam acara acara 3 meter papan anjal dan 3 meter papan anjal berirama.

Setiausaha ASUM, Edwin Chong berkata, berdasarkan keputusan tersebut peluang untuk mencatat kejayaan di London kelak adalah cerah tetapi dengan syarat, penerjun negara terus bekerja keras untuk mengekalkan prestasi cemerlang.

"Mereka yang menyertai kejohanan di Berlin itu adalah penerjun yang bakal menyertai Sukan Olimpik London empat tahun akan datang dan kemampuan penerjun kita memberi saingan kepada mereka memberi petanda bahawa kita juga sehebat mereka," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Edwin, ASUM hanya menyertai tiga acara pada kejohanan tersebut termasuk Leong Mun Yee.

Mengenai Bryan Nickson yang dipinggir daripada menyertai kejohanan tersebut, Edwin berkata: "Bryan perlu meningkatkan pencapaiannya.

"Ia adalah keputusan jurulatih. Kita berharap dia (Bryan) berlatih bersungguh-sungguh supaya dapat mengembalikan prestasinya jika mahu beraksi dalam kejohanan antarabangsa pada masa akan datang."

Selepas ini, penerjun negara akan menyertai Kejohanan Terjun Terbuka Amerika Syarikat pada Mei depan.

"Kita masih belum putuskan siapa yang akan dihantar kerana kejohanan ini lebih tinggi statusnya serta disertai lebih ramai atlet dunia," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 06:36 AM | Show all posts
Pingat di London cerah

Oleh DRAHMAN BAHARUN




ATLET lumba basikal negara dilihat memiliki peluang cerah untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik London 2012 jika prestasi semasa menjadi ukuran.

Kejayaan Azizulhasni Awang meraih pingat perak acara pecut individu dan Mohd. Rizal Tisin yang memenangi pingat gangsa dalam acara 1km ujian masa individu membawa petanda awal bahawa mereka mampu melakar kejutan pada temasya di London kelak.


Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) berkata, pihaknya berasa bangga dengan kejayaan atlet lumba basikal negara di pentas antarabangsa dan ini membuktikan bahawa mereka boleh melangkah lebih jauh lagi jika terus diberi pendedahan yang sewajarnya.

Menurutnya, menyedari kemampuan yang dipamerkan oleh atlet lumba basikal negara maka MSN tidak teragak-agak untuk meletakkan sukan tersebut antara tiga sukan termasuk badminton dan memanah disenaraikan dalam program Road To London 2012 yang bertujuan untuk memburu pingat pada temasya di London.


"Kita gembira di atas kejayaan mereka terutama kemenangan di pentas antarabangsa. Selepas kejayaan Rizal memenangi pingat pertama negara, muncul Azizulhasni pula melakar kejayaan yang sangat membanggakan.

"Ini bererti program jangka masa panjang yang dilaksanakan selama ini telah mula membuahkan hasil," katanya kepada Kosmo! semalam.

Zolkples berkata, pihaknya berpuas hati dengan langkah menghantar atlet lumba basikal negara berlatih di luar negara setelah menunjukkan hasil yang begitu memuaskan.

Menurutnya, kejayaan pelumba negara juga adalah hasil kerja keras jurulatih terbaik dari Australia, John Beasley.

"Kami menyerahkan kepada jurulatih (John Beasley) untuk memperkemaskan prestasi Azizulhasni dan beberapa pelumba lain untuk menghadapi kejohanan di luar negara.

"Selain itu, kami juga menghantar pelumba muda terutama pelumba pelapis menyertai latihan di luar negara pada masa akan datang secara berperingkat-peringkat," katanya.

Kelmarin, Azizulhasni meraih pingat perak dalam acara pecut individu selepas tewas kepada Gregory Bauge dari Perancis pada perlumbaan peringkat akhir.

Pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila memenangi pusingan kedua dengan catatan 10.499 saat setelah tewas pada pusingan pertama kepada lawannya itu dengan catatan 10.406s.

Kedua-dua pelumba itu kemudiannya terpaksa bersaing di pusingan ketiga dengan menyaksikan Bauge memenangi pusingan itu dengan catatan 10.281s sekali gus memaksa Azizulhasni sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

Sebelum itu, Azizulhasni menundukkan jaguh Australia, Shane Perkins pada peringkat separuh akhir.

Pencapaian Azizulhasni yang juga merupakan pelumba harapan negara pada Sukan Olimpik 2012 di London sedikit sebanyak dapat menebus kekecewaannya setelah gagal dalam acara kegemaran iaitu keirin dengan hanya menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

Kejayaan itu juga hadir hanya sehari selepas seorang lagi pelumba negara, Mohd. Rizal Tisin menghadiahkan pingat pertama negara di pentas dunia selepas meraih gangsa dalam acara 1km ujian masa individu lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 05:33 AM | Show all posts
Sukan Olimpik 2012: Nurul Ain cari penaja untuk layakkan diri


SHABERY (kanan) berbincang sesuatu dengan Nurul Ain
di pejabatnya di Putrajaya semalam.


HASRAT pelayar negara, Nurul Ain Md. Isa untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 mungkin tidak kesampaian jika dia tidak mendapat tajaan bagi meneruskan usahanya mengumpul mata untuk melayakkan diri ke temasya tersebut.

Bagaimanapun, Nurul Ain tetap berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dan badan sukan lain dapat membantunya dari segi kewangan dan bantuan lain.

"Dengan kemahiran dan kebolehan yang sedia ada, saya bercita-cita untuk menyumbang sesuatu dengan cara mewakili negara ke Sukan Olimpik dan ia merupakan impian saya sejak dari dahulu lagi," katanya semalam.

Nurul Ain berkata, sebelum ini dia banyak menggunakan duit sendiri untuk bertanding dan menjalani latihan, namun untuk ke peringkat yang lebih tinggi dia memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak lain.

Tambahnya, bagi memantapkan lagi kemahirannya, dia perlu lebih kerap bersaing dengan pelayar dari luar negara kerana ia akan banyak membantunya apabila menghadapi kejohanan sebenar nanti.

"Jika ingin layak ke Olimpik, saya perlu mengumpul mata kelayakan dengan mengikuti kejohanan yang telah disenaraikan oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) dan ia melibat- kan kos yang tinggi," jelas pelayar berusia 24 tahun dari Perak itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya akan meneliti jenis bantuan yang sesuai untuk Nurul Ain.

"Apabila telah mempunyai atlet yang berbakat seperti Nurul Ain, kita tidak akan mensia-siakan bakat yang ada pada beliau sebaliknya akan cuba membantu," katanya.

Beliau berkata, pengarah perlumbaan Piala Monsun Malaysia, Datuk Peter Gilmour telah mencalonkan nama Nurul Ain sebagai salah seorang pelayar berbakat yang sepatutnya diberi perhatian.

Nurul Ain yang mula belayar pada umur 13 tahun, muncul juara kategori wanita Kejohanan Optimist ASEAN 2000 di Singapura dan naib juara Kejohanan Pelayaran Asia 2001 di Dubai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 11:55 PM | Show all posts
Hoki disenarai dalam program Road To London 2012

PUTRAJAYA - Kemungkinan besar pasukan hoki negara akan diletakkan dalam program Road To London ekoran prestasi baik yang ditunjukkan skuad itu ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, berdasarkan pencapaian baik yang ditunjukkan oleh skuad hoki dalam dua kejohanan, Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Asia telah mendorong Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menimbangkan cadangan membawa masuk skuad hoki ke dalam program tersebut.

"Kalau skuad hoki terus menunjukkan keputusan baik dan layak beraksi di Piala Dunia pula selepas ini, tidak salah untuk meletakkan pasukan kebangsaan itu di bawah program Road To London 2012.

"Fokus harus diberikan kepada skuad hoki negara berdasarkan pencapaian baik ketika ini. Jika dilihat mampu untuk menyumbangkan pingat di Sukan Olimpik, skuad ini akan terus diberi perhatian," katanya di sini semalam.

Ditanya mengenai kemungkinan ada perubahan program Road To London yang diilhamkan oleh Menteri Belia dan Sukan terdahulu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Shabery berkata, program itu akan dikekalkan oleh KBS berdasarkan kelebihan yang akan diperoleh.

Katanya, bidang-bidang sukan yang berpotensi menyumbangkan pingat akan terus diberi perhatian sepenuhnya dan memperhebatkan lagi sukan teras tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery mengalu-alukan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempopularkan semula sukan di peringkat sekolah.

Katanya, sekolah adalah tempat asas kepada negara untuk mencungkil atlet baru dalam dunia sukan dan mengenalpasti bakat-bakat baru di peringkat awal.

Sehubungan itu katanya, dia berharap agar hubungan rapat KBS dan Kementerian Pelajaran dapat diperkukuhkan lagi dalam merealisasikan hasrat tersebut.

"Mungkin cadangan itu boleh dicapai dengan lebih baik jika mengadakan kerjasama lebih erat melalui Majlis Sukan Negara (MSN).

"Malah sekolah-sekolah sukan yang ada ketika ini telah menunjukkan hasil yang baik dalam membekalkan atlet sukan berpotensi tinggi," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063713 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list