|
Mimpi Putih Saya sebelum menjadi saudara baru
[Copy link]
|
|
Balas #40 mnm77\ catat
hmm......
ya, dah pastilah tak semestinya ia menjadikan tuan rumah melebihi para nabi.....
lagipun tuan rumah tak kata dia bercakap....tapi paham2 gitu je....
dalam hal nie, benarlah memang susah nak explain mahupun nak tanya.....
saya hanya berharap tuan rumah mendapat hidayah yang haq dan sejati.....
dan saya jugak sepatutnya berharap diri sy sendiri yg penuh kesalahan ini mendapat hidayah yg sejati |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 19-10-2008 03:30 PM
Nabi Musa pernah mohon lihat Allah semasa di dunia, namun Allah beritahu dia tak mampu lihat. Ada kisah ni dalam Al Quran.
Hanya Nabi Muhammad saja yang dapat bertemu Allah semasa Mi'raj. ...
Ada pendapat mengatakan pertemuan ini tidak secara 'melihat dengan mata' oleh Nabi s.a.w berdasarkan ayat;
Surah An'am: 103
Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Tapi Ibnu Abbas r.a berpendapat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dapat melihat Tuhannya di malam Isra' Mi'raj dalam mengupas ayat (tulisan bold);
Surah Isra':60
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.
Aisyah r.a juga tidak membenarkan pendapat Nabi melihat Tuhan, Diriwayatkan dari Masruq; katanya ... saya berkata kepada Aisyah r.a: "Ya Ummul mukminin, Benarkah Nabiullah Muhamad s.a.w pernah melihat Tuhannya?, Beliau Aisyah r.a lalu menjawab;
... Benar-benar telah berdiri tegak bulu romaku kerana mendengar apa yang kau katakan itu, Hati-hatilah engkau dari tiga hal ini, Barang siapa yang memberitahukan padamu tentang tiga hal ini, pastilah ia berdusta,
" Barangsiapa yang memberitahu padamu bahawasanya Muhamad itu pernah melihat Tuhannya ia pasti berdusta" lalu Aisyah membaca surah An'am 103.
" Barang siapa yang memberitahu padamu bahawa ia dapat mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, pastilah ia berdusta" lalu Aisyah membaca surah Luqman 34.
" Barang siapa yang mengatakan padamu bahawa Ia (Rasul) menyembunyikan sedikitpun dari Wahyu, maka pastilah ia berdusta" lalu Aisyah membacakan ayat surah Al-Maidah 67.
" Tetapi Ia (Rasul) pernah melihat Jibril dalam bentuk aslinya sebanyak dua kali"
(diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #41 ussopp\ catat
Ya... tuan rumah tiadak berjumpa dengan imej dan tidak berdialog... cuma mendapat kefahaman sahaja (Ilham)
maka pada malam tu, saya termimpi berada dalam suasana warna putih (saya tidak pernah bermimpi dalam warna putih) , dan saya nampak ada bayangan kabur yang macam wap di depan saya. saya cuba sedaya upaya untuk melihatkanNya, tetapi saya masih hanya rasa kabur dan tidak berupaya melihatkanNya dengan jelas.
Dia berkomunikasi dengan saya dengan perasaan dan pemikiran dan bukan mana2 jenis bahasa, saya boleh memahamiNya dengan corak pemikiran dan perasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
ya, walaupun mcm mana saya melihat, hanya suasana putih dan kabur di depan saya.
Semasa Dia bercakap dengan corak pemikiran dan perasaan, saya dah terkejut dan cuba memahamiNya saja. Saya rasa saya tak mampu bercakap, pun tak tahu kenapa saya tidak terfikir nak cakap.
sekarang saya baru teringat, apa yang saya baca pada hari tu sebelum tidur ialah : la ilaha illa-llah. saya membacanya dari maklumat internet. saya rasa terkejut dan terharu selepas beberapa bulan semasa saya memeluk islam di jabatan agama islam, ustaz suruh saya mengikut dia baca dua kali.
walaubagaimanapun, mimpi tu palsu ke hidayah ke, saya telah membuat keputusan yang terbesar dalam seumur hidup saya dan saya sedang berusaha belajar Islam.
[ Last edited by darkcat at 19-10-2008 06:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #43 Nazrulism\ catat
yap2....
tulah, kita tertakluk pada 5 deria untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat ke otak....iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa, dan bau.....
sedangakan Tuhan tidak tertakluk.....dan Dia juga boleh buat apa yg Dia suka....
ilham adalah salah satu bentuk komunikasi yg jarang2 manusia dapat rasa.....kita jarang2 dapat 'On' sensor atau deria utk ilham....
tapi kadang2 ter "On " juga dgn izin Allah....
mungkin di dunia ni banyak lagi cara komunikasi.....sedangakan guna gelombang pun kita boleh berkomunikasi.......
dan dalam padanngan sains jugak mengatakan yg kita semua ni hidup dalam dunia gelombang kerana partikel jugak bersifat seperti gelombang seperti dalam mekanik kuantum.....
maka, kalau manusia boleh berhubung melalui gelombang, maka yang lain2 tentulah lebih mudah bagi Tuhan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum semua...saya sebenarnya banyak melalui mimpi2 yg pelik dari berumur 15 tahun dan yang lebih pelik nya saya bermimpi pelik2 lagi sehinggalah 2 bulan yang lalu. mimpi saya seakan2 sama dengan mimpi tuan rumah...tapi saya nie dilahirkan sebagai seorang islam. Dalam mimpi saya tu pun saya tak bercakap cuma berkomunikasi secara dalam pemikiran...ada kabus putih yang sama tapi tak boleh nak nampak.......katanya kepada saya...Dia tanya kalau2 saya mengenali siapa dia..saya kata tak pasti..dia kata cuba lagi kenali dia betul2 tapi saya tetap tak boleh...diantara dia dan saya ada sehelai kain yang macam nampak tak nampak dan dia sentiasa senyum...lepas tu saya tak ingat sangat..apalah agak nya maksud mimpi saya itu.
pertama kali mimpi pelik nie ketika berumur 15 tahun...masa tu memanglah kuat menunaikan ibadah..kira2nya tak pernah tinggal solat dan sebagainya. satu hari tu selepas menunaikan sembahang maghrib...sementara menuggu sembahyang isya tu, saya tertidur...dan terus bermimpi dalam keadaan telekung masih di badan...di dalam mimpi saya itu...saya berumur 6 tahun dan datang seorang lelaki berjubah putih dengan muka tak kelihatan menjelma di hadapan saya...katanya: hai di sebutkan nama penuh saya...kemudian memberitahu saya bahawa saya akan mati keesokkan harinya....tapi saya tidak percaya di sebabkan di dalam mimpi itu saya budak2 lagi. Tapi keesokkan hari di dalam mimpi...ketika bermain anak patung di dalam rumah....memang betul tiba2 saya rasa macam ada benda di tarik dari kerongkong...sakit tak terkira, kira2 macam dah nak mati dah...rasanya lebih halus dan tajam....masyaallah..sakit dan terus rebah. kemudian saya boleh merasakan bahawa banyak orang menziarahi saya di rumah...saya cuba bercakap kepada orang yg datang tapi tak seorang pun yang boleh mendengar.
lepas tu...saya rasa saya di mandikan dan tiba2 saya dengar satu suara memanggil," Ya di sebutkan nama saya dan mengatakan bahawa bersedialah engkau untuk menemui Tuhan mu yang hak".Bila di kafan kan pun suara itu muncul sehinggalah saya di kuburkan. Saya boleh rasa semuanya sehinggalah semua orang beredar.ketika itulah saya sedar bahawa saya sudah mati. timbullah rasa ngeri di dalam kubur seorang diri..dan gelap pulak tu. saya menangis....dan terus berdoa kepada Allah ketika itu supaya saya di beri peluang hidup semula dan berjanji untuk berbuat kebaikkan, solat, bersedekah dan sebagainya. Tiba2 saya rasa kaki saya boleh di gerakkan dan selepas itu tangan dan seluruh anggota badan bergerak. saya cuba keluar dari liang lahad dan berlari kerumah sambil menjerit saya masih hidup...dan terus saya terbangun dari tidur.
mimpi kedua tak berapa ingat umur berapa tahun...tapi yang saya ingat saya berada di dalam sebuah kelas belajar agama...ada seorang ustaz tapi tak nampak muka...katanya kepada kami semua ....di kehendaki kami menyalin semula semua ayat2 yang ada di dalam alquran. saya berasa sangat hairan kenapa hendak di salin semula al-quran sedangkan al-quran tu dah perfect. Terus saya tanya ustaz tu tentang perasaan musykil yang ada dalam hati ketika itu...kenapa nak salin al-quran semula ustaz. Tiba2 ustaz yg tak nampak muka tu kata...siapa2 yang menyalin al-quran semula dengan betul akan di anugerahkan kelebihan melihat Nabi Muhammad S.A.W. Terkejut saya dan terus terbangun.
mimpi ketiga pulak dalam awal tahun 2008 nie...ini mugkin di sebabkan perjanjian saya kepada Allah ketika berumur 15 tahun itu. Mimpinya amat dasyat....sebelum nie kan saya pernah berjanji nak buat kebaikkan tetapi rasa2nya dosa saya lagi banyak dari apa yang saya telah janjikan....oleh itu...didalam mimpi saya itu...saya berada di atas rakit seorang diri di tengah2 laut dengan ribut dan taufan yang melanda...masyaallah....Allah saja yang maha mengetahui....tiba2 saya dengar satu suara memanggil nama saya......."ya si fulan....engkau adalah salah seorang hamba yang Allah paling sayang....tapi engkau telah menderhaka kepadaNya.....ya si fulan engkau memang tidak mengenang budi dan tidak pernah bersyukur....maka rasakan lah pembalasan Allah keatas mu. Saya ketika itu di dalam mimpi memang terasa amat takut dan tidak pernah terasa begitu ketiaka hidup ini lagi....rasa2 ketika itu saya telah melakukan kesalahan yang memang tak boleh di ampun..tubuh saya mengeletar...sampai satai berteriak kepada Allah supaya mengampunkan saya...ampun kan saya, ampun kan saya....saya di hentam dengan macam2 benda yang menyakitkan ketika itu didalam keadaan gelap..memang tak boleh nampak apa2.Tiba2 suami membangunkan saya di sebabkan saya berteriak dan perpeluh2. Mimpi nielah yang telah mengubah saya sekarang...Alhamdullillah saya cuba berbuat apa yang telah saya janjikan ketika mimpi berumur 15 tahun itu dan sambungan mimpi selepas itu lah saya bermimpi seperti yang di alami oleh tuan rumah.
Ada siapa2 boleh bagi komen kat mimpi2 saya di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 elsiealaia\ catat
ini mugkin di sebabkan perjanjian saya kepada Allah ketika berumur 15 tahun itu.
kalau nak diikutkan, semua manusia dalam perjanjian dengan Allah. Iaitu solat, tunaikan zakat, puasa, haji dan semua perkara-perkara wajib dibuat termasuk yang wajib ditinggalkan.
satu lagi saya terfikir, katala dalam awak keluar dari kubur, lari balik rumah tuuu... tetiba bila sampai rumah, orang kata hantuuuuuuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah darkcat kerana sampai hidayah kepada anda.
caranya mungkin dipersoalkan ramai tapi kita tak tahu keputusan atau tindakan tuhan sampaikan hidayah dengan cara sebegitu. takkan lah kita nak persoalkan tuhan yang maha bijaksana. lagipun, tak semestinya hanya kerana ia berbeza atau sama dengan lenlain, maka ianya salah. tak ada ditetapkan kat mana-mana pasal cara yang betul untuk hidayah sampai kepada manusia.
aku pun berharap hidayah akan sampai kat amoi aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 ibnur's post
logically ...hahhah...bless u .....hmm.. interesting experience |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 25-10-2008 11:19 AM
tahniah darkcat kerana sampai hidayah kepada anda.
caranya mungkin dipersoalkan ramai tapi kita tak tahu keputusan atau tindakan tuhan sampaikan hidayah dengan cara sebegitu. takkan lah kit ...
....aku pun berharap hidayah akan sampai kat amoi aku.
Bagi kita yang awam ni.... kena belajar mencari petunjuk dan hidayahNya.
dan Ko... dah ada tugas.. mengajar amoi tu mencari petunjuk dan hidayah!
Kita tak boleh 'berharap' ianya datang dari mimpi (Ilham) sahaja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #50 Nazrulism\ catat
dok mencuba la ni sejak 5 tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|