CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 93933

[DRAMA MELAYU] RTM1 vs RTM2 - Pendapat korang?

[Copy link]
Post time 23-11-2008 03:28 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by ChildrenOfBodom at 22-11-2008 11:50 PM




Berak Khas bagus??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 04:57 PM | Show all posts
ckp psl spektra mmg byk gler citer bes...

yg plg ingat citer ros anita...kok ogy berlakon...ada sorang cina yg slaloo berlakon citer spektra..xsilap nama dia ivy loh..mana skrang erkk..aku minat gler dia berlakon dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 06:02 PM | Show all posts
aku rasa malap sbb rtm bukan guna vhf kan??
sbb dia kena reach pedalaman...so kena guna uhf ke hape
unlike tv3/tv swasta
diorang guna gelombang vhf gitu

that's why ada certain major city dekat sarawak still tak dapat tv3 macam dekat bintulu

tapi aku tgk movie2 rtm cam up to date laa jugak...
especially cerita cina dia
cuma itulaaa
bila malap tuh ala2 kureng sket mood nak tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 08:54 PM | Show all posts
Macam mana LIMA tahun akan datang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 09:06 PM | Show all posts
malap? aku tgok gamabr dia lawa je. malap mcmana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 10:10 PM | Show all posts

Balas #45 Narutah\ catat

RTM masih lagi PUDAR?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2008 12:16 AM | Show all posts

Reply #46 93933's post

pdar mcmana? tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 07:43 AM | Show all posts
dorang sengaja bg pudar kot psl ramai org tua yg layan rtm... nnti sakit mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #47 Narutah's post

pudar...  gambar mcm zaman hang tuah..  cuba ko bandingkan gambarnya dgn tv swasta...

RTM ni pun x  digital lg..   ko try tgk tulisan grafik kt bwh skrin..  x smooth kn??

satu lagi nk tambah .. klu ada iklan terbitan filem negara malaysia...  mcm haram kualiiti dia..   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 10:52 AM | Show all posts

Balas #49 katana83\ catat

PUDAR yang dimaksudkan itu PUDAR WARNA kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 01:44 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by katana83 at 24-11-2008 08:57 AM
pudar...  gambar mcm zaman hang tuah..  cuba ko bandingkan gambarnya dgn tv swasta...

RTM ni pun x  digital lg..   ko try tgk tulisan grafik kt bwh skrin..  x smooth kn??

satu lagi nk tambah .. klu ada iklan terbitan filem negara malaysia...  mcm haram kualiiti dia..  燵/quote]


betui tu, dalam iklan tunjuk benda2 yg canggih manggih tp kualiti iklan macam zaman 80an dulu, guna kamera cap ayam kot...


RTM - Rancangan Tak Menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by ChildrenOfBodom at 24-11-2008 01:44 PM



betui tu, dalam iklan tunjuk benda2 yg canggih manggih tp kualiti iklan macam zaman 80an dulu, guna kamera cap ayam kot...


RTM - Rancangan Tak Menarik

Ya kan.
R - Rancangan yang
T - Tidak
M - Menarik minat penonton
Terutama sekali PETRONAS TV2 sebab TV2 la yang paling dibenci penonton RTM kecuali pada hari Ahad.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 04:34 PM | Show all posts

Reply #49 katana83's post

aku rasa gambar tv swasta mcm tv3 berdesir la, lagi suka gambar tv2 terutama kalau dia main movie
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 04:35 PM | Show all posts

Reply #52 93933's post

apa pulak tak menarik, banyak yg menarik terutama ranc ilmiah mcm agrotek tu, kalau nak banding dgn tv swasta, banyakhiburan la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2008 12:48 AM | Show all posts

Balas #54 sekngucing\ catat

TV2 la yang paling kurang menonjol sebab hari-hari tiada satu pun citer yang best kecuali pada hari Ahad yg mana pada hari tersebut ada movie jam 3.00 petang, Voltron jam 5.30 petang serta hari Sabtu malam minggu pun lepas berita RTM2 terus ada movie jam 9.00 mlm dan pastu ada drama bersiri ataupun rancangan hiburan jam 11.00 mlm.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 02:52 AM | Show all posts

Reply #55 93933's post

aku suka movie magic, lagunya mcm ni magic, magic, magic ,amgic, ada tangan penumbuk kat skrin tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2008 07:50 AM | Show all posts

Balas #56 sekngucing\ catat

Macam GTA (Grand Theft Auto) pulak itu. Terutama GTA San Andreas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 10:15 AM | Show all posts

Fragmen: Cabaran menstruktur semula RTM

Oleh Zainuri Misfar
[email protected]

RTM, stesen penyiaran rasmi kerajaan sekali lagi bakal mengalami rombakan agak besar pada tahun 2009 nanti. Ia membabitkan perubahan daripada segi nama saluran dan juga kandungan program yang hendak disiarkan.

Nama RTM1 dan RTM2 kemungkinan kembali kepada nama asalnya iaitu TV1 dan TV2. Kandungan TV1 nanti juga distruktur semula dengan memuatkan program berita, dokumentari, bual bicara dan majalah sepenuhnya. TV1 juga akan beroperasi selama 24 jam sehari. Oleh itu, semua program berbentuk hiburan atau muzikal, drama dan seumpamanya akan dipindahkan ke TV2.

Sememangnya nama TV1 dan TV2 itu sebenarnya lebih relevan kerana ia sebagai simbol stesen pertama dan kedua yang wujud di negara ini sebelum kemunculan era stesen penyiaran swasta.

Penstrukturan semula RTM ini membuatkan penonton ada banyak pilihan menonton program berita dan maklumat. Sebelum ini, kita sudah disajikan dengan Astro Awani dan Bernama TV, dua saluran yang menyiarkan berita 24 jam. Selain berita, kedua-dua program ini menyiarkan program bual bicara, majalah dan laporan khas.

Bagaimanapun, Astro Awani dan Bernama TV ini hanya boleh diikuti oleh penonton yang melanggan Astro. Jadi, sasaran RTM menerusi TV1 nanti ialah mereka yang tidak mampu melanggan Astro. Jadi kelebihan kepada RTM ialah penonton masih boleh menonton seperti biasa walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Namun, begitu ia tidaklah semudah yang disangkakan. Astro Awani dan Bernama TV adalah dua saluran berita yang sudah ada jenama dan bertapak kukuh. Lagipun, ketika ini sudah ramai rakyat Malaysia berkemampuan untuk melanggan Astro.

Kita pasti, RTM kini sudah bersedia untuk menuju ke arah saluran berita 24 jam menerusi TV1 kerana tempoh kira-kira 30 hari dari sekarang adalah satu jangka masa yang singkat. Memperkenalkan benda baru memang mudah. Tapi cabaran paling getir nanti ialah untuk mengekalkan prestasi dan kualiti persembahan program itu nanti.

Apa yang pasti dan jelas, ini adalah antara usaha yang sedang dilakukan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang kurang gemar untuk menggunakan istilah penjenamaan semula sebaliknya apa yang hendak dilakukan ialah penstrukturan semula RTM.

Sejak kebelakangan ini, memang sudah beberapa kali beliau mengeluarkan kenyataan mengenai penstrukturan RTM sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini mungkin satu lagi usaha untuk menjadikan RTM sebagai stesen penyiaran yang berdaya saing dan segar selepas proses penjenamaan yang dilakukan sejak enam tahun lalu dianggap masih hambar. Kalaupun penjenamaan itu dikatakan membawa perubahan, ia tidaklah ketara sangat.

Penjenamaan atau penstrukturan membawa hala tuju yang sama iaitu perubahan dalam RTM. Perubahan itu tidak akan berjaya kalau tidak disokong dengan komitmen padu daripada kakitangan RTM sendiri. Sejauh mana pegawai kanan, kakitangan atau staf di RTM memahami maksud penjenamaan dan penstrukturan ini, ia juga sebenarnya satu cabaran kepada Kementerian Penerangan dan Jabatan Penyiaran.

Daripada sumber yang kita perolehi, penyusunan semula kakitangan dan pegawai kanan di RTM ini adalah sebahagian daripada penstrukturan. Ia disusun mengikut kesesuaian dan kemampuan dalam setiap unit.

Keupayaan dan karenah kakitangan RTM menjadi penentu sejauh mana wawasan Ahmad Shabery untuk melihat RTM sebagai stesen penyiaran yang berkredibiliti, disegani dan popular boleh tercapai, khususnya dalam konteks penyampaian berita dan maklumat. Tidak keterlaluan kalau kita menyatakan wujud konflik membabitkan sikap dan pemikiran kakitangan generasi muda dengan generasi lama. Kakitangan generasi lama masih terbawa-bawa dengan gaya pengurusan lama, berbanding pendekatan generasi muda yang inginkan persaingan, cabaran, berani dan perubahan.

Penjenamaan semula RTM bertujuan untuk mengangkat stesen penyiaran ini menjadi lebih dinamik dan berdaya saing. Namun, penjenamaan RTM ini gagal sehingga menjadi bahan gurauan oleh masyarakat luar kerana tiada perubahan dalam aspek pemikiran serta sikap di kalangan kakitangan stesen penyiaran ini.

Menyedari perkara ini, kita difahamkan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dikatakan sudah mula bertindak dengan mengeluarkan beberapa arahan agak tegas dalam soal ini. Justeru, ada beberapa kakitangan yang difikirkan tidak sesuai dengan keperluan penstrukturan ini, ditukarkan ke jabatan lain. Beliau dikatakan tidak akan berkompromi dalam aspek kualiti dan disiplin kerja. Difahamkan Kamarudin juga bakal terbabit secara langsung dalam penstrukturan dan pengurusan berita dan hal ehwal semasa RTM.

Beliau sudah mula mengarahkan pegawai kanan atau pengarang berita di RTM supaya lebih kerap bersosiol atau akan diwajibkan menghadiri majlis keramaian yang membabitkan media, yang sebelum ini kebiasaannya dihadiri oleh wartawan penyiaran biasa saja.

Perubahan sebegini memang agak mengundang beberapa tanggapan yang sinis. Orang luar akan melihat perubahan ini adalah sesuatu yang biasa di RTM apabila Kementerian Penerangan bertukar menteri. Namun begitu, kita percaya Ahmad Shabery memang sudah bersedia menghadapi pandangan sinis ini nanti.

Biarpun ada perubahan, ia sebenarnya bersifat kosmetik seperti pertukaran nama dan logo. Selain nama saluran TV, pertukaran nama bagi sesetengah saluran radio juga kita rasakan tidak perlu. Ini kerana nama lama saluran radio itu sudah menjadi satu jenama yang kekal abadi serta tersendiri kepada pendengarnya.

Mungkinkah selepas berjaya menstruktur semula TV, Ahmad Shabery akan bertindak sama pada radio RTM pula?

Di bawah kepimpinan Ahmad Shabery, beliau mahu melihat RTM menjadi lidah rasmi kerajaan. Tapi kita percaya, RTM sebenarnya boleh berperanan lebih daripada itu. Disebabkan ia stesen penyiaran rakyat, sewajarnya apa yang dipaparkan adalah dari rakyat, untuk rakyat dan seterusnya mendapat perhatian daripada wakil rakyat yang juga orang politik.

Sumber: HIP, Berita Harian, Rabu, 26 November 2008
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:38 AM | Show all posts
Secara keseluruhan RTM mengeluarkan garis panduan utk pembekal rancangan supaya mematuhi standard dan kualiti rancangan. Ini termasuk dari segi videodan audio.Malangnya produk RTM sendiri telah tidak mematuhi piawaian tersebut.Contoh2 paling ketara ialah sarikata. Ada sesetengah cerita tu, dari awal mmg ada sarikata, tapi ditengah-tengah cerita terus kosong, tanpa sarikata. Terutamanya kalau bahasa english tu derang (RTM) x berapa paham, derang akan skip dialog tu. Tak mcm tv-tv swasta yg lain derang setiap perkataan english akan dialihbahasakan dengan betul. Pasal audio pulak, dlm garis panduan ada disebut "reference level at 0vu" tapi tak disebutkan samada refence level tu adalah 1khz tone atau peak level (level tertinggi). Di stesen BBC contohnya, merekaada nyatakan "reference level" sepatutnya dimana, apakah dia dan "peak level" sepatutnya dimana dan apakah dia. RTM harus peka pada perkara2 teknikal sekecil-kecil seperti ini dan bukan hanya tertumpu pada perkara besar seperti "Pengdigitalan", padahal rata2 warga RTM tak tahu apa itu istilah Pengdigitalan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 12:53 PM | Show all posts

Balas #59 aliey\ catat

Mungkin kalau RTM berbuat demikian lagi macam kes RTM pada tahun 2003, maka minat untuk menonton RTM tak kira TV1 atau TV2 pasti akan berkurangan juga, lebih-lebih lagi untuk yang ada Astro sebab Astro banyak channel yang menyiarkan lebih banyak cerita best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.079372 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list