CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakencana

Zaman Kegelapan Islam & Ketibaan Era Kebangkitan Islam

[Copy link]
 Author| Post time 10-11-2008 05:02 PM | Show all posts

IRAQ (3)



Para pengkritik memanggilnya raja zalim yang dahagakan darah - Penyembelih Baghdad. Saddam Hussein memerintah Iraq dengan sarung tangan besi, dibantu oleh pasukan askar yang berjuta-juta orang dan legion sebagai penyampai maklumat, pembunuh upahan, dan pendera. Saddam yang dikenali di seluruh Timur Tengah, sesungguhnya sangat kejam dalam usahanya mengejar kemasyhuran untuk dirinya dan juga negaranya. Beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan gas beracun terhadap musuh dalaman dan luar.

Saddam telah menumpahkan darah ramai rakyat Iraq. Di akhir peperangan dengan Iran, 1 juta daripada 17 juta rakyat Iraq telah dibunuh atau cedera. Lebih sejuta rakyat lari dari negara itu disebabkan oleh faktor politik atau ekonomi. Pertubuhan hak asasi manusia yang berasaskan Washington, Pemerhati Timur Tengah menyatakan bahawa pengusiran paksa, penahanan dan hukuman tanpa sebarang sebab jenayah termasuklah penderaan dan pembunuhan "misteri" adalah di antara cara yang sering digunakan. Menurut Amnesti Antarabangsa, penderaan, termasuklah yang dilakukan ke atas kanak-kanak, melibatkan cara-cara seperti memanggang mangsa di atas api, mengerat hidung, peha, payudara dan alat kelamin, serta memaku badan.

Saddam menunjukkan sifat fasisnya ke atas rakyat dari pelbagai etnik pada tahun 1988 dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja. Gas saraf telah digunakan bagi menentang penduduk awam Kurdish, dan ramai rakyat yang tidak bersalah mati dalam keadaan azab, tanpa ada perbezaan di antara bayi, orang tua, lelaki dan wanita. Amnesti Antarabangsa melaporkan bahawa 5,000 penduduk Kurdish mati dalam peristiwa itu, dan beberapa ribu lagi dalam serangan sama yang dijalankan di tempat-tempat lain di negara itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2008 06:13 PM | Show all posts

IRAQ (4)



Penderaan yang dikenakan ke atas tahanan politik oleh rejim fasis Iraq adalah jauh lebih mengerikan. Seorang doktor yang lari dari negara itu telah menceritakan seperti berikut:

Saya adalah seorang doktor pelatih di sebuah hospital di bahagian selatan. Hanya doktor yang dapat melihat mereka yang dibawa dari penjara. Kebanyakan mereka hanyalah selonggok daging dan akan mati tidak lama lagi. Tiada seorang pun tahanan politik yang dapat hidup setelah melalui penderaan itu. Saya lari setelah saya menyedari saya akan ditangkap.




Malah, keluarga Saddam sendiri dan rakan sekerjanya juga tidak terlepas dari kekejamannya. Saudara tiri lelaki Saddam, Barzan Takriti dan anak lelakinya Uday telah lari ke Emiriah Arab Bersatu kerana takut dibunuh oleh Saddam. Dua orang anak menantu lelakinya, Hussein dan Saddam Kamel, melarikan diri ke Jordan pada 1995 juga kerana takutkan Saddam. Saddam kemudian memberi jaminan bahawa mereka tidak akan diancam dan memanggil mereka supaya kembali. Namun, apabila mereka kembali ke Baghdad, mereka telah dibunuh dengan segera, termasuklah bapa mereka sekali. Jasad ibu mereka yang dibunuh telah dijumpai kemudian.

Pemimpin Iraq ini menggertak para penentang rejim yang lari dari negara itu dengan menggunakan cara paling mengerikan. Sebagai contoh, Jeneral Najib Salihi lari ke Jordan pada 1995. Beliau mendedahkan bahawa rakaman video keluarga dan rakannya yang dirogol telah dihantar kepadanya, dan ini telah berlaku kepada ramai tokoh-tokoh penentang yang lain.

Seperti yang telah kita lihat dengan jelas melalui contoh-contoh tersebut, kekuasaan Saddam ke atas rakyat Iraq adalah berasaskan kepada gertakan, keganasan, penindasan dan penderaan. Rakyatnya sangat miskin dan menganggur disebabkan oleh polisi luar Iraq yang bersifat agresif dan bermusuhan. Polisi tersebut dicipta hanya untuk memenuhi ego Saddam semata-mata. Bayi-bayi mati disebabkan oleh kelaparan dan kekurangan ubat-ubatan. Walaupun Iraq kaya dengan sumber alamnya, namun ia sedang menuju ke arah kematian dan kepupusan.

Namun, di sini harus ditekankan bahawa keganasan bukanlah cara terbaik untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari terus berada di bawah kebuasan Saddam. Dalam peristiwa yang meng璯unakan polisi tersebut, rakyat Iraq yang tidak bersalah menderita lebih teruk berbanding Saddam. Tanpa ragu lagi bahawa rakyat yang tidak bersalah (kanak-kanak, wanita, orang tua, orang sakit) akan lebih menderita dalam mana-mana peperangan dan konflik. Mereka yang mempertahankan kenyataan bahawa kezaliman adalah penting bagi membebaskan rakyat Iraq harus lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kesilapan yang serupa seperti Saddam sendiri. Dengan kata lain, mereka mesti mengelak sebarang cara yang mampu merosakkan negara dan membahayakan nyawa ribuan yang tidak bersalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 07:52 PM | Show all posts

IRAQ (5)

Rayuan Hipokrit Saddam Terhadap Agama



Satu ciri penting yang dilakukan Saddam ke atas rakyat Iraq ialah beliau bertindak dengan menggunakan topeng agama yang palsu. Saddam sering menggunakan stail keagamaan, yang ditujukan kepada rakyatnya, di dalam polisi-polisi dalaman dan luarnya, dan dalam tindakan yang direka untuk menipu seseorang. Inilah sebabnya mengapa beliau sering melakukan perkara-perkara yang dapat menunjukkan dirinya sebagai seorang yang mempertahankan dunia Islam, dan berusaha untuk mengambil peluang dalam sensitiviti keagamaan rakyat, seperti mana penambahan kalimah "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) ke dalam bendera Iraq sewaktu berlakunya Perang Teluk.

Melihat kepada kekejaman yang dilakukan olehnya sudah jelas memberitahu kita bahawa apa yang dilakukan oleh Saddam itu bukannya untuk agama Islam ataupun nilai-nilai Al-Quran. Allah telah memberitahu situasi sedemikian tentang mereka yang bersifat demikian di dalam ayat yang berikut:

Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka sesungguhnya termasuk dari golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu... (At-Taubah, 9:56)




Jelaslah bahawa Saddam bukanlah seorang pemimpin Islam sejati. Jelas bahawa segala tindakannya ditegah dalam Islam, dan sangat-sangat dikutuk. Sebagai contoh, rasisme memainkan peranan penting dalam tindak-tanduk Saddam di Iraq. Ramai rakyat yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam, hanya disebabkan oleh asal-usul etnik mereka. Dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja, Saddam mencatat sejarah apabila membunuh kira-kira 5,000 orang. Seperti para pemimpin fasis yang lain, Saddam mendakwa keturunan etniknya adalah jauh lebih hebat. Al-Quran walau bagaimanapun sudah menjelaskan bahawa kehebatan tidak terletak pada bangsa, warna kulit atau pun ciri-ciri yang lain. Ia sebenarnya terletak pada ketaatan dan keimanan seseorang kepada Allah. Rasisme di sebaliknya, telah diterangkan di dalam ayat yang berikut:

Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan Jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa, dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Fath, 48:26)

Di samping rasisme, Saddam turut mempercayai fasisme. Beliau mengenakan penindasan fasis terhadap rakyatnya sendiri, dan seperti juga Hitler dan Mussolini, Saddam mendakwa peperangan adalah satu sifat yang suci. Padahal ia sangat berjauhan dengan kehendak al-Quran. Memulakan peperangan tanpa sebab adalah sangat dikeji oleh al-Quran dan ia adalah berdosa besar. Apa yang telah Allah firmankan kepada kaum Bani Israel yang enggan mempercayai kewujudan-Nya dapat ditujukan kepada semua mereka yang jahat dan keji: "...setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah mema璬am璳annya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi. Dan Allah tidak menyukai mereka yang melakukan kerosakan." (Al-Maaidah, 5:64)

Secara ringkas sejak tahun 1970-an, umat Islam Iraq sudah berada di bawah kepimpinan kejam seorang diktator yang sudah jauh dari nilai ajaran moral yang terdapat di dalam al-Quran. Saddam adalah seorang yang bersifat perkauman dan taksub kepada ke璽u璻u璶an. Beliau tidak teragak-agak untuk membunuh ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah semata-mata untuk memenuhi nafsunya, dan beliau seronok melihat kekejaman dan penderaan.

Di samping itu, ke璪a璶yakan dari mereka tidak menyedari apa yang sedang berlaku, di璼e璪abkan oleh propaganda berterusan yang dilancarkan. Tindakan me璶ye璴amatkan umat Islam dari tangan Saddam, atau dari mana-mana dik璽ator yang mungkin memerintah Baghdad selepasnya, bergantung kepada kekuatan ideologi dan material dunia Islam, iaitu meng璦mal璳an ajaran al-Quran dengan sepenuhnya, dan dengan memusnahkan ideologi fasis yang cuba beroperasi di bawah topeng Islam
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 02:21 AM | Show all posts
dunia ni mcm roda.... setiap empayar atau kuasa dunia tak kekal... cuma tak tau bile dia akan runtuh... maybe after this or 22century or 23 century time islam pulak menjadi kuasa dunia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 11:58 AM | Show all posts

Babylon, Ancient Iraq

Taman Tergantung Babylon



SEJARAH PEMBINAAN TAMAN TERGANTUNG BABYLON (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.

Negara Babylon terkenal di bawah pemerintahan raja yang terkenal pada ketika itu, iaitu Raja Hammurabi(1792 -1750SM). Anaknya, Nebuchadnezzar II (604-562 SM) yang merupakan raja yang telah membina taman ini. Menurut legenda, taman ini dibina oleh baginda sebagai menghargai isterinya dan gundik-gundiknya.  

Kewjudan taman ini masih menjadi tanda tanya. Namun adalah dikatakan taman ini adalah salah satu taman terindah di dunia. Ia mengandungi pelbagai flora dan fauna, yang menarik dan amat menakjubkan sehingga terpesona sesiapa sahaja yang melawatnya. Hinggalah kurun ke-20, ahli kajipurba menyatakan kewujudan taman ini adalah benar, namun kesan peninggalannya telah lama pupus.  

Taman tersebut terdiri daripada binaan yang menarik dan mengagumkan. Ia berbentuk seperti segiempat tepat dan tiang-tiangnya berbentuk seakan-akan kiub. Namun rekabentuk taman ini tidak dapat diceriktakan secara terperinci kerana para ahli kajipurba gagal menemui sebarang peninggalannya. Namun, menurut satu sumber taman ini lenyap akibat berlakunya satu malapetaka yang buruk. Para ahli kajipurba baru-baru ini telah menjumpai dinding setebal 25m di kawasan tapak taman tersebut yang mungkin adalah sebahagian dari dinding taman yang telah hilang.



The Lion of Babylon

[quote]Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 12:20 PM | Show all posts

AFGHANISTAN (1)

Perang Saudara yang Tidak Berkesudahan Disebabkan Oleh Kebuasan Komunis



99% daripada populasi Afghanistan beragama Islam. Negara ini bertemu dengan agama Islam ketika zaman khalifah Uthman. Ia kemudian jatuh ke tangan Samanids pada penggal kedua abad ke-9, seterusnya diperintah oleh Ghaz璶avids. Wilayah Afghanistan kemudian dikuasai oleh Moghul India, dan selepas itu sering-kali bertukar tangan sehinggalah menjelang aba ke-18.

Nadir Shah, yang menaiki takhta Iran pada tahun 1736, telah memasukkan Afgha璶istan ke dalam wilayah miliknya dalam masa beberapa tahun sahaja. Selepas beliau dibunuh dalam satu siri kebangkitan, empayar yang ditubuhkannya dengan cepat dimusnahkan oleh konflik dalamannya sendiri. Komander Penga瓀al, Ahmad Abdali kemudian dipilih oleh pelbagai suku kaum sebagai Shah, dan akhirnya berupaya menjadikan seluruh negara berada di bawah kekuasaannya. Beliau memerintah dengan menggunakan nama Ahmad Shah Durrani. Wilaya-wilayah miliknya bermula dari Kashmir ke Delhi, dan dari Sungai Amu Darya (Oxus) ke Oman, dan ia menjadi sangat eks璽ensif yang mana Empayar Afghanistan adalah kerajaan Islam kedua terbesar di dunia pada penggal kedua abad ke-18, selepas Empayar Turki Uthmaniyyah.




Usia empayar ter璼ebut tidak lama, ia kemu璬iannya terjebak dalam kancah perang saudara. Kuasa British mengambil peluang sewaktu ke璪i璶gu璶gan sedang melanda Afgha璶istan. Selepas itu, negara ini gagal mem璪entuk sebuah kerajaan yang kekal lama di璼ebab璳an oleh campur tangan Britain dan Rusia, dan men璬erita akibat konflik-konflik dalaman yang ber璴aku. Muhammad Nadir Khan, yang mula berkuasa pada 1929, berjaya menstabilkan keadaan buat beberapa ketika, namun Rusia terus menjaga tepi kain Afghanistan dan cuba untuk mendominasi pentadbirannya. Perhubungan kedua-dua negara ini sangat rapat, sehinggakan Afghanistan menjadi negara pertama yang mengiktiraf rejim komunis Bolshevik di Rusia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2008 12:29 PM | Show all posts

AFGHANISTAN (2)



Pada 1973, Kesatuan Soviet telah melakukan rampasan kuasa di Afghanistan. Zahir Shah yang pro-Barat telah disingkirkan dan Daud Khan (Muhammad Daud) telah mengambil alih tampuk pemerintahan. Selepas itu, para pegawai Marxis mula mempengaruhi sistem pentadbiran Afghanistan dan mereka menjawat jawatan-jawatan penting. Daud Khan berharap untuk melepaskan diri dari pengaruh Rusia dan mahu mewujudkan sebuah negara Islam. Perjanjian yang dibuat olehnya dengan Pakistan telah membuatkan pertubuhan-pertubuhan komunis domestik melakukan kekerasan. Adalah sesuatu yang jelas bahawa polisi yang mirip kepada sebuah negara Islam akan mencetuskan provokasi kepada Rusia.

Pada 1978, para jeneral Marxis dalam pasukan tentera dan beberapa penduduk awam komunis telah melakukan rampasan kuasa oleh Rusia. Kesemua ahli keluarga Daud Khan dan mereka yang terdekat telah dihapuskan. Perancang rampasan kuasa itu telah mengumumkan bahawa mereka akan memerintah Afghanistan dengan sebuah rejim komunis, dan mereka akan memulakan perang habis-habisan menentang agama. Buku Hitam Komunisme (The Black Book of Communism) telah men璫eritakan tentang kebencian komunis terhadap amalan beragama.



Tidak berapa lama selepas itu, kerajaan memulakan kempen menentang agama. Al-Quran telah dibakar di hadapan umum, para imam dan pemimpin agama telah ditangkap dan dibunuh. Pada malam 6 Januari 1979, kesemua 130 orang lelaki dari suku Mojaddedi, kumpulan peneraju Syiah, telah dibunuh secara beramai-ramai. Kesemua amalan-amalan keagamaan telah diharamkan.

Kumpulan komunis Afghanistan adalah alat yang dipergunakan oleh Kesatuan Soviet. Mereka bertindak di bawah arahan "penasihat" dari Moscow, dan menjalankan pembunuhan beramai-ramai ke atas bangsa mereka sendiri, seperti yang ditunjukkan oleh angka di bawah. Mereka telah melakukan kedahsyatan walaupun hanya berkuasa dalam masa yang singkat:

Michael Barry telah menceritakan satu insiden berikut:
"Pada Mac 1979...1,700 orang dewasa dan kanak-kanak, keseluruhan populasi lelaki di perkampungan [Kerala], telah dikumpulkan di bandar dan ditembak dengan senjata mesin-gun. Mereka yang mati dan yang hampir mati dicampakkan ke dalam tiga buah kubur besar dan ditimbus dengan menggunakan buldozer. Buat beberapa ketika selepas itu, wanita-wanita masih boleh melihat tanah bergerak sedikit kerana mereka yang cedera cuba untuk melepaskan diri, namun tidak lama selepas itu tidak wujud lagi sebarang pergerakan. Semua wanita lari ke Pakistan..." Pada masa yang sama, keganasan berlaku di Kabul. Penjara Pol-e-Charki, di bahagian timur pinggir bandar, dijadikan pusat tahanan. Seperti yang diterangkan oleh Sayyed Abdullah, seorang pengarah penjara, menerangkan kepada mereka yang dipenjara seperti berikut: "Kamu semua yang berada di sini akan ditukar menjadi satu longgokan sampah.

Di dalam bukunya Le R閟istance Afghane (Penentangan Afghanistan), Micheal Barry telah menerangkan praktis-praktis lain yang dikenakan ke atas para tahanan:
Penderaan adalah sesuatu yang lazim; bentuk yang paling ngeri termasuklah ditanam hidup-hidup di dalam tandas. Beratus tahanan dibunuh setiap malam, dan mereka yang mati dan hampir mati ditanam dengan menggunakan buldozer. Kaedah Stalin yang menghukum keseluruhan etnik disebabkan oleh kesalahan sebilangan kecil ahlinya telah diguna pakai. Ia membawa kepada penahanan 300 orang dari kumpulan etnik Hazaras pada 15 Ogos 1979. Mereka didakwa menyokong tindakan penentangan. "150 orang daripada mereka telah ditanam hidup-hidup oleh buldozer, dan yang bakinya telah disimbah dengan gasolin dan kemudiannya dibakar hidup-hidup." Pada September 1979, pihak berkuasa penjara mengaku bahawa kira-kira 12,000 orang tahanan telah dihapuskan. Pengarah Pol-e-Charki memberitahu kepada sesiapa sahaja yang mahu dengar: "Kami akan meninggalkan 1 juta rakyat Afghanistan sahaja - yang kami perlukan untuk membangunkan sosiolisme."

[ Last edited by  anakencana at 11-11-2008 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 12:37 PM | Show all posts

AFGHANISTAN (3)



Kesemua yang dilakukan itu adalah berdasarkan arahan yang diterima dari Moscow. Sebenarnya, segala kekacauan di Afghanistan sudah dirancang terlebih dahulu oleh Kesatuan Soviet. Rejim Soviet telah memutuskan untuk menubuhkan komunis di Afghanistan melalui rampasan kuasa dan kemudian menguasai keseluruhan negara dengan alasan untuk mempertahankan sebuah rejim yang kononnya didakwa sebagai "demokratik." Seperti yang telah dipersetujui oleh ramai sejarawan, adalah satu hakikat bahawa komunis melihat kebangkitan pantas Islam sebagai satu ancaman yang membuatkan Moscow tidak teragak-agak mengambil langkah sedemikian rupa.




Akhirnya pada 27 Disember 1979, pasukan Red Army men璲adikan tentangan dari pasukan mujahidin Islam terhadap rejim komunis di Afghanistan sebagai alasan yang membolehkan mereka menakluki negara tersebut. Kebuasan yang dilakukan ke atas penduduk Afghanistan bertambah setiap hari.

Pasukan Red Army terus berada di negara tersebut selama 10 hari genap. Ia cuba untuk tidak mempedulikan tentangan ber璲ustifikasi oleh puak mujahidin dengan melakukan kekejaman dan kebuasan yang sangat kejam dan dahsyat. Seorang pejuang Afghanistan menggambarkan cara yang dilakukan oleh pihak Red Army:

Pihak Soviet telah menyerang setiap rumah, merampas dan merogol wanita. Barbarisme adalah lebih teruk berbanding yang disangka, dan kelihatan seperti telah dirancang. Mereka tahu bahawa dengan berbuat demikian, mereka memusnahkan asas-asas ke璵asyarakatan kita.

Pasukan Tentera Soviet telah menggunakan cara paling keji dalam usaha menghapuskan umat Islam Afghanistan: periuk api direka seperti bentuk mainan supaya kanak-kanak Afghanistan meng璦mbilnya dengan tidak sengaja, kumpulan gerila yang ditahan didera dengan sekejam-kejamnya, dan penduduk awam dibom dengan sengaja. Mereka lebih gemar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keseluruhan kampung, berbanding membunuh mereka satu demi satu.

[ Last edited by  anakencana at 11-11-2008 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2008 12:59 PM | Show all posts

AFGHANISTAN (4)



Di akhir penjajahan Soviet selama sedekad itu, berpuluh-puluh ribu orang telah dibunuh, dan ramai juga yang mendapat kecacatan. Afghanistan menjadi negara pengimport utama anggota badan palsu berbanding negara-negara lain di dunia ini. Periuk api askar Red Army telah merampas berpuluh-puluh ribu anggota badan seperti tangan dan kaki rakyat Afghanistan.

Selepas Soviet berundur, Afghanistan menjadi kacau-bilau dan perang saudara bermula.

Taliban yang mula memegang tampuk kuasa pada tahun 1998 sebenarnya telah meningkatkan lagi ketegangan sosiol dan kemiskinan di negara tersebut dengan mewujudkan sebuah rejim yang sangat tegas dan ketat. Kami berharap agar rejim baru yang dibentuk selepas tumbangnya Taliban dapat menghentikan kezaliman dan kemiskinan yang semakin menjadi-jadi berikutan provokasi Moscow pada tahun 1970-an, diikuti pula dengan penjajahan Soviet.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 02:38 PM | Show all posts

Passage of Ancient Warriors...


The Khyber Pass is one of the most famous mountain passes in the World a 53-kilometer (33-miles) long, through the Hindu Kush mountain range It is one of the most important passes between Afghanistan and Pakistan and has had a long and often violent history. Conquering armies have used the Khyber as an entry point for their invasions. It was also been a major trade route for centuries...

Afghanistan, negara di persimpangan jalan Asia Tengah, telah banyak mengalami sejarah yang bergolak. Sejak berkurun lamanya, Afghanistan pernah dijajahi banyak kuasa-kuasa besar seperti Genghis Khan dan Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great).

Sebuah negara Afghanistan telah diasaskan pada tahun 1746 di bawah Empayar Durrani tetapi kuasa pemerintah telah dipindahkan kepada British sehingga Raja Amanullah menaiki takhta pada tahun 1919. Sejak itu, Afghanistan telah melalui bermacam jenis pemerintahan dan beberapa perang saudara. Raja-raja Afghanistan berasal daripada puak Abdali dari suku etnik Afghan, dan nama puak tersebut ditukarkan kepada "Durrani" sejak Ahmad Shah menaiki takhta.

Pada kurun ke-20, sebanyak sebelas raja-raja Afghanistan telah diturunkan takhta menerusi cara-cara yang tidak demokratik: 1919 (dibunuh), 1929 (meninggalkan takhta), 1929 (dihukum mati), 1933 (dibunuh), 1973 (dibuang), 1978 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1987 (disingkir), 1992 (diguling) and 1996 (diguling).

Period stabil yang terakhir sekali dikecapi oleh Afghanistan wujud dari tahun 1933 hingga 1973, apabila negara itu berada di bawah pimpinan Raja Zahir Shah. Pada 1973, Sardar Mohammed Daoud, saudara kepada Zahir Shah telah melancarkan rampasan kuasa. Namun pada 1978, Daoud dan keluarganya dibunuh oleh ahli komunis Parti Demokratik Rakyat Afghanistan yang memberontak dan berjaya mengambil alih kuasa memerintah.

Penentangan dan konflik yang hebat terhadap kerajaan berhaluan kiri telah memaksa Soviet Union untuk menakluk Afghanistan pada 24 December 1979. Namun demikian, setelah berhadapan dengan tekanan antarabangsa dan 15,000 askar Soviet terkorban akibat tentangan puak mujahideen yang dilatih oleh Amerika Syarikat, Pakistan dan kerajaan lain; askar Soviet berundur dari tanahair Afghanistan pada tahun 1989.



Sukan Buzkashi adalah popular di Afghanistan kerana penduduknya cekap dalam penunggangan kuda.


Sebelum Taliban menakluk Afghanistan, bandar raya Kabul merupakan tempat untuk ramai pemain muzik tradisional dan moden Afghanistan. Kabul pada pertengahan abad ke-20 telah dipersamakan dengan Vienna pada abad ke-18 dan ke-19.


Kebanyakan daripada monumen bersejarah Afghanistan telah dirosakkan dalam perang baru-baru. Dua arca Buddha termashyur yang terletak di provinsi Bamiyan telah dimusnahkan oleh Taliban kerana mereka menggangapinya sebagai lambang agama yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 03:49 PM | Show all posts

ALGERIA (1)

Peristiwa Berdarah Ekoran Dari Kekejaman dan Penindasan yang Tidak Berkesudahan



Algeria telah menikmati kehidupan yang selesa di bawah penyebaran Islam di Afrika Utara, namun telah di璵usnah璳an oleh kekacauan politik dan sosiol selama beberapa tahun sehingga sekarang. Punca kepada konflik yang berlaku di Algeria, yang mana dunia sudah pun mendengarnya sejak sedekad yang lalu, bermula sejak lama dahulu.




Pendudukan Perancis di Algeria

Algeria berada dalam keadaan aman damai semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah dari abad ke-16 sehinggalah abad ke-19. Walau bagaimanapun, apabila Empayar Turki Uthma璶iyyah mula hancur, kuasa-kuasa kolonial mula membahagi-bahagikan dunia Islam. Salah satu daripadanya adalah Algeria. Pada 1827, tentera Perancis seramai 37,000 menceroboh negara tersebut. Setelah tiga tahun perang tersebut tercetus, keseluruhan negara tersebut jatuh ke tangan Perancis. Algeria menjadi begitu penting kepada Perancis kerana memiliki takungan minyak yang besar dan menjadi posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Negara itu kemudian secara rasmi menjadi milik Perancis pada tahun 1830, dan kekal berada dalam koloni Perancis selama 132 tahun yang berikut璶ya.

Sejajar dengan panda璶gan para pengkoloni yang lain, Perancis melihat bangsa selain dari mereka sebagai manusia kelas ke璬ua. Dengan itu, tertubuhlah sistem yang berasaskan teka璶an dan keganasan di kesemua tanah jajahan yang mereka miliki. Kempen asimilasi budaya bermula. Mula-mula sekali, per璫aka璸an dan pengajaran bahasa Arab diharamkan. Bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi. Polisi ini bertujuan untuk menghapuskan iden璽iti kebangsaan dan warisan kebudayaan rakyat Algeria. Selepas itu, Algeria dijadikan supaya bergantung sepenuhnya kepada Perancis dari segi ekonomi, dan struktur politiknya telah dirombak supaya bersesuaian dengan kepentingan Perancis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 03:59 PM | Show all posts

ALGERIA (2)

Penentangan Algeria yang pertama terhadap penjajahan Perancis dimulakan oleh Abdul Kader, iaitu gabenor Mascara pada tahun 1832. Beribu-ribu umat Islam Algeria telah dibunuh dalam penentangan tersebut, dan Perancis telah menakluki keseluruhan negara itu. Sepanjang tempoh selepas tercetusnya pemberontakan, tiada sebarang kuasa yang mampu mengawal kemarahan rakyat terhadap penjajah. Banyak pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan yang diinspirasikan oleh polisi-polisi keganasan dan penindasan, telah ditundukkan oleh Perancis. Ini menjadikan Perancis terus berkuasa di negara tersebut sehingga pertengahan abad ke-20.




Dengan tercetusnya Perang Dunia II, era baru muncul di Algeria. Nazi Jerman telah menawan Perancis dan kemudian Algeria. Ramai pecinta tanah air Algeria yang ditahan oleh Jerman, kebanyakan mereka dibunuh atau di hantar ke kem-kem tahanan. Apabila Kuasa Bersekutu (Pent: Kuasa Bersekutu terdiri daripada negara Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat) berjaya menamatkan penjajahan Jerman (Pent: Jerman adalah dari Kuasa Paksi. Terdapat dua lagi buah negara yang menganggotai Kuasa Paksi, iaitu Itali dan Jepun) pada 1942, para ilmuwan Algeria membayangkan satu permulaan baru dan kedatangan sistem demokratik di Algeria.

Namun, akhirnya mereka menyedari dengan cepat bahawa mereka telah silap perkiraan. Pada 1943, satu kumpulan yang dipimpin oleh Ferhat Abbas mencadangkan kepada Kuasa Bersekutu bahawa kolonialisme mesti ditamatkan supaya sebuah negara merdeka dapat ditubuhkan sebaik sahaja perang tamat, dengan sebuah Perlembagaan baru, termasuklah bahawa rakyat Algeria mesti men璽adbir negara mereka sendiri dan mereka yang dipenjarakan disebabkan kepercayaan mereka mesti dibebaskan. Rakyat Algeria yang telah berjuang bersama-sama dengan Kuasa Bersekutu menganggap bahawa permintaan mereka akan dipenuhi. Namun, ia telah ditolak. Di samping itu, corak pembunuh yang baru menyusul tidak lama selepas itu.




Apabila ramai rakyat yang berkumpul sewaktu pengibaran bendera Algeria pada 8 Mei 1945, sebagai meraikan tamatnya peperangan, ia telah diganti dengan pertumpahan darah yang amat mengerikan. Askar Perancis telah melepas tembakan kepada mereka yang membawa bendera Algeria, dan 40 orang telah dibunuh dengan begitu kejam. Peristiwa ini mendapat reaksi umat Islam yang tinggal di kawasan lain. Penentangan meningkat, dan Perancis bertindak-balas dengan menggunakan kekuatan yang lebih besar. Unit-unit tentera mula melepaskan tembakan kepada masyarakat awam secara rambang. Akibatnya, berdasarkan kepada sumber kerajaan Amerika, kira-kira 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan yang dilancarkan. Ramai juga yang cedera. Insiden ini, yang dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai Setif, telah diikuti oleh tindakan-tindakan lain oleh rejim Perancis. Segala aktiviti politik diharamkan. Beribu-ribu rakyat Algeria ditahan tanpa ada sebarang justifikasi. Algeria menerima satu lagi penderitaan daripada kekejaman kuasa kolonialis.

[ Last edited by  anakencana at 11-11-2008 04:08 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 04:12 PM | Show all posts

ALGERIA (3)



Dekad yang berikutnya selepas Pembunuhan Beramai-ramai Setif... pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin matang. Notis yang dikeluarkan oleh mereka pada 1 November 1954, telah menyeru rakyat Algeria supaya bangkit bagi mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan. Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ALN), yang diasaskan pada tahun yang sama, telah mengepalai pergerakan kemerdekaan. FLN bukan sebuah pergerakan homogenus (Pent: iaitu tidak dianggotai oleh satu kaum atau satu parti politik sahaja), dan mereka yang datang dari pelbagai latar politik berkumpul di dalamnya. Pergerakan tersebut telah bermesyuarat di Kaherah pada September 1958, dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria.




Perancis sudah tentu tidak mahu kehilangan Algeria yang kaya dengan simpanan minyak dan gas aslinya. Potensi kemunculan sebuah negara Islam yang kaya dengan sumber asli telah membuatkan Perancis dan negara-negara lain yang anti-Islam berasa tidak selesa. Perancis menjangka bahawa perkembangan seperti itu akan membawa kesan domino kepada negara-negara Islam lain di Afrika, dan dengan itu terjadilah pembunuhan yang berikutnya. Banyak perkampungan yang dibakar oleh Perancis, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dirobohkan, sehinggalah Algeria mengisytiharkan kemerdekaannya. Sepanjang tempoh tersebut, yang menyaksikan ribuan nyawa melayang, Perancis masih terus memusnahkan tanaman rakyat Algeria dan juga turut membunuh haiwan ternakan mereka. Kira-kira 400,000 batang pokok anggur yang dimusnahkan dan ribuan haiwan dibunuh.

Walau bagaimanapun, Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan, walaupun sebenarnya Perancis tidak pernah teragak-agak untuk membunuh rakyat, wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersalah. Pada 1959, Presiden Perancis de Gaulle mengumumkan di dalam ucapannya di PBB bahawa beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Algeria. FLN dan Perancis telah mengisytiharkan genjatan senjata melalui Perjanjian Evian, dan Algeria akhirnya mendapat kemedekaan pada tahun 1962. Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Perancis selama lebih kurang 7 1/2 tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria mati.

Keganasan yang dilakukan oleh Perancis adalah satu pengesahan sadis tentang sifat-sifat mereka yang tidak beriman dan suka pula melakukan kerosakan seperti mana yang tercatat di dalam al-Quran. Mencederakan manusia yang tidak bersenjata sewaktu peperangan, menyebabkan kebuluran yang menjadikan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan, dan membiarkan mereka dalam kemiskinan adalah tindak-tanduk rejim-rejim kejam yang berlaku sepanjang sejarah manusia:

Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakan, dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang tenakan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (Al-Baqarah, 2:205)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 05:18 PM | Show all posts

ALGERIA (4)

Apa yang Berubah Dengan Kemerdekaan?

Algeria berjaya mencapai kemerdekaannya pada 1962, walaupun hanya sedikit perubahan berlaku kepada umat Islam. Dengan deklarasi kemerdekaan, FLN mahukan kuasa dan membentuk sebuah organisasi yang terikat secara rahsia dengan Perancis. Dengan mengikut tradisi yang sering dilihat di dalam dunia Islam pada abad ke-20, parti akan membentuk rejim penindas. Para pemimpin rejim tersebut telah mengeksploitasi kekayaan sumber alam sewaktu mereka berkuasa. Rakyat menjadi semakin miskin sewaktu para pemimpin FLN dan penyokongnya menikmati kemewahan. Pada tahun 1990-anan, kadar pengangguran meningkat kepada 70 peratus. Walau bagaimanapun, segala tekanan dan eksploitasi yang dikenakan ke atas umat telah mewujudkan benih-benih kemusnahan rejim itu sendiri.




Segala perkembangan tersebut menjadikan Algeria penuh dengan demonstrasi, boikot dan protes untuk rakyat melepaskan ke璵arahannya. Semakin banyak suara-suara yang menuntut kebebasan dan juga sistem multi-parti bagi menggantikan sistem satu parti yang sedia ada. Akhirnya pada tahun 1989, sistem multi-parti telah dibentuk.

Pilihan raya umum telah diadakan pada 26 Disember 1991. Terdapat dua kali pengundian bertulis, dan keputusannya telah diumumkan pada 30 Disember. Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah berjaya mendapat majoriti kerana memenangi 188 daripada 232 kerusi di parlimen. FLN yang memerintah ketika itu hanya berjaya mendapat 15 kerusi. Pusingan kedua turut dilihat akan memberikan keputusan yang serupa. FIS dilihat sudah pasti akan memenangi pilihan raya itu.

Namun demikian, rejim penindas di negara tersebut tidak akan membiarkan ia berlaku. Pasukan askar yang dipimpin oleh Ketua Staf Jeneral Khalid Nezzar telah melakukan rampasan kuasa. Wujud provokasi-provokasi dan berita-berita yang sudah jelas palsu bagi menjustifikasikan rampasan kuasa tersebut. Sebelum keputusan pusingan pertama diumumkan, perdana menteri mengatakan bahawa pengundian telah berjalan lancar, aman dan selamat. Selepas keputusan menjadi semakin jelas, perkara sebaliknya berlaku. Beliau telah membuat kenyataan bahawa pengundian "tidak dijalankan dengan cukup bebas dan jujur," yang dengan kata lain menuduh FIS sama ada sudah menipu atau menggunakan cara paksa.




Perkembangan rampasan kuasa itu juga agak menarik. Segala peristiwa yang telah terbentang menunjukkan bahawa segala-galanya sudah dirancang siap-siap. Berikutan rampasan kuasa, dan kontra terhadap luahan yang diberikan kepada penduduk dunia, umat Islam tidak memulakan "perang saudara." Konflik sebenarnyan dimulakan oleh mereka yang mencetuskan rampasan kuasa. FIS telah menyeru semua pihak supaya tidak menggunakan kekerasan dan sebaliknya menggunakan jalan damai. Kerajaan sebaliknya bertindak dengan menahan ribuan ahli FIS dan mengenakan hukuman-hukuman kejam ke atas mereka sewaktu di penjara.

Tahun-tahun berikutnya tidak membawa sebarang perubahan terhadap tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Algeria. Berikutan provokasi yang menyalahkan umat Islam, sebuah mahkamah yang memiliki kuasa luar biasa telah dibentuk. Pada mulanya, FIS dan para penyokongnya tidak mahu mengangkat kepala dan masih berpegang kepada cara yang lebih damai, namun kemudiannya mereka mula berubah sikap kerana tekanan dan ketidakadilan yang melampau-lampau. Satu kumpulan mula menggunakan senjata sebagai reaksi serangan bersenjata terhadap mereka oleh pasukan keselamatan. Akhirnya, Algeria terjebak ke dalam kancah perang saudara.

[ Last edited by  anakencana at 11-11-2008 05:45 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 05:43 PM | Show all posts

ALGERIA (5)

Siapakah Dalang Perang Saudara di Algeria

Tujuan perang saudara satu sahaja: untuk memusnahkan kuasa Islam, jika perlu dengan menggunakan cara penghapusan secara fizikal. Inilah sebabnya mengapa skuad pembunuh diwujudkan, di bawah nama "kumpulan anti-teroris." Umat Islam yang menjadi sasaran skuad ini akan dibunuh, dan kes-kes tersebut tidak pernah selesai. Berdasarkan kepada keterangan seorang pegawai polis Algeria, yang mengakui apa yang telah berlaku, kumpulan-kumpulan khas akan mengetuk pintu-pintu umat Islam yang menjadi sasaran mereka dan kemudian menembak mereka sebaik sahaja pintu dibuka.26 Professor Abdul Hamid Brahimi, yang merupakan Perdana Menteri Algeria 1984-1988, telah berucap tentang metod-metod yang digunakan sewaktu peperangan ke atas umat Islam:

Rakyat Algeria telah dirobek ketenangannya semenjak rampasan kuasa haram pada Januari 1992. Penangkapan secara rambang dan beramai-ramai terhadap mereka yang tidak bersalah, termasuk guru, jurutera, doktor, peguam, pedagang, dan pelajar; mereka dihantar tanpa usul-periksa ke kem-kem kurungan atau pun dicampak ke dalam penjara dan dilayan dengan cara yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Di samping itu, orang muda Algeria telah dibunuh setiap hari oleh skuad pembunuh tanpa ada sebab yang munasabah, hanya kerana mereka dianggap memiliki potensi yang berbahaya kepada puak rejim...




Pada 16 November 1997, sebuah artikel bertajuk "Kami Menuduh 80,000 Kali," John Sweeney, seorang wartawan akhbar harian Britain The Observer, telah memberikan sokongan kepada kata-kata Brahimi. Sweeney amat berminat dengan Algeria dan telah memberikan pandangannya terhadap pembunuhan di negara tersebut selepas beliau menemu bual beberapa orang saksi yang telah melihat kekejaman yang dilakukan di hadapan mata mereka sendiri:

...himpunan bukti-bukti telah menjelaskan keadaan Algeria. Kira-kira 80,000 rakyat telah dibunuh semenjak penipuan umum kepada rakyat melalui pilihan raya yang dipenuhi pertengkaran pada 1991. Kerajaan - le pouvoir - adalah korup, dibenci dan terus memegang kuasa dengan cara keganasan. Pertimbangkan bukti daripada Amnesti Antarabangsa, Pemerhati Hak-Hak Kemanusiaan, Persekutuan Hak-Hak Kemanusiaan Antarabangsa, Wartawan-Wartawan Tanpa Sempadan; bukti-bukti dari pihak media-media Algeria sendiri yang dikongkong oleh kerajaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 05:59 PM | Show all posts

ALGERIA (6)

Mereka yang Benar-Benar Bertanggungjawab Terhadap Pembunuhan

Sweeney telah memberikan tiga buah contoh-contoh pembunuhan yang berasingan di dalam artikel tersebut, seterusnya mendedahkan dengan tepat tentang siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap siri-siri pembunuhan yang ditujukan kepada umat Islam. Kisah pertama bermula pada Julai 1994. Pada hari para pemimpin Barat yang menganggotai G-7 bertemu di Nepal, "ekstrimis Islam" telah dituduh mengelar leher tujuh orang ahli kelasi Itali sewaktu mereka berada di pelabuhan Algeria. Media-media Barat dengan cepat dan bengis menuduh kumpulan "radikal Islam" yang melakukan serangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Joseph, seorang anggota polis rahsia Algeria yang digunakan oleh Sweeney sebagai salah satu dari sumber maklumatnya, memiliki pandangan yang berbeza tentang serangan tersebut. Beliau memberitahu bahawa pembunuh adalah rakan-rakannya di dalam unit polis rahsia. Perkara yang lebih menarik ialah sewaktu serangan itu berlaku, pelabuhan tersebut berada di dalam kawasan militari, dan ia dilindungi sebaik-baiknya oleh pasukan tentera laut.

Sweeney telah menarik perhatian tentang perkara luar biasa yang berlaku sewaktu kejadian tersebut:
"...Jenjen, sewaktu berlaku pembunuhan beramai-ramai tersebut, dikawal ketat oleh pasukan tentera laut, di dalam zon ketenteraan, yang mana terdapat berek-berek askar beberapa ela sahaja dari kapal tempat orang-orang Itali itu disembelih. Jika kumpulan ekstrimis merupakan pembunuhnya, maka mereka mesti melepasi pemeriksaan tentera, berjalan berjengket-jengket di berek tempat tinggal askar, mengelar leher kelasi-kelasi Itali itu, memunggah turun 600 tan kargo yang didapati hilang, dan kemudian melarikan diri secara perlahan-lahan supaya tidak ditangkap".

Contoh kedua yang ditulis oleh Sweeney ini juga tidak kurang menariknya:
Pada 1995, satu siri pengeboman telah berlaku di kota Paris. Kumpulan-kumpulan ekstrimis Islam dipersalahkan dan Barat bersetuju. Joseph memberitahu kepada kita bahawa lelaki yang merancang pengeboman adalah Jeneral Tewfik dan Smain, yang merupakan komander-komander di dalam pasukan polis rahsia Algeria, dan operasi tersebut telah dikawal dari Kedutaan Algeria di Paris. Selepas pengeboman, Menteri Dalam Negeri Perancis, Jean-Louis Debre, telah ditanya sewaktu makan tengah hari sama ada wujudkah kemungkinan bagi pasukan polis rahsia Algeria bersembunyi di sebalik pengeboman tersebut. Beliau menjawab: "Militari keselamatan Algerian meng環arapkan kami supaya mengikut jejak yang salah, jadi kami dapat menghapuskan sesiapa sahaja yang mengganggu mereka."




Ramai sebenarnya yang turut berkongsi pandangan yang serupa seperti Abdul Hamid Brahimi dan John Sweeney tentang apa yang berlaku di Algeria. Ramai pakar yang sedang meneliti perkembangan di negara tersebut bersetuju bahawa kerajaan Algeria, yang disokong oleh junta (Pent: iaitu majlis pemerintah), adalah dalang di sebalik pembunuhan dan tindakan-tindakan keganasan. Salah seorang daripada kumpulan-kumpulan pakar tersebut ialah Perbadanan Rand Graham Fuller, bekas ejen CIA. Fuller telah mengenalpasti unit-unit militari yang bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan teroris di Algeria, termasuklah juga pengeboman di Paris, dan turut meng璯ambarkan niat mereka untuk memanipulasikan pandangan masya璻akat dunia. Beliau mempertahankan bahawa agensi-agensi intelek Barat mengetahui semua perkara yang berlaku dan mereka cuba mempengaruhi pandangan penduduk dunia dengan menyebarkan maklumat yang salah.

Fakta lain yang turut memberikan bukti penting ialah hampir kebanyakan jeneral-jeneral di dalam junta yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang dilakukan pada masa-masa yang tertentu atau yang lain adalah berada di dalam pasukan askar Perancis. Mereka ini memberikan perkhidmatan kepada pasukan askar Perancis sewaktu berlakunya Perang Kemerdekaan Algeria, atau dengan kata lain mereka bekerjasama dengan Perancis. Ketua Staf Jeneral Mohammed Amari, sebagai contoh, merupakan seorang pegawai di dalam pasukan askar Perancis. Beliau menganggotai pasukan askar Algeria sebaik sahaja sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Ketua bagi Bahagian Kepintaran iaitu Jeneral Tewfik, dan pemimpin yang melakukan rampasan kuasa secara haram, yang juga merupakan Menteri Pertahanan terdahulu iaitu Jeneral Khalid Nezzar turut menjadi pegawai di dalam pasukan askar Perancis.

Sebagai tambahan kepada semua ini, bekas Perdana Menteri iaitu Abdul Hamid Brahimi telah menerangkan bahawa semua tindakan keganasan dituduh dilakukan oleh umat Islam, padahal umat Islam tahu bahawa mereka tidak akan dapat mencapai impian mereka dengan cara pembunuhan. Selepas berkata demikian, Brahimi me璶e璳ankan bahawa itu semua dilakukan oleh bekas-bekas ahli OAS, iaitu sebuah pertubuhan penentang-gerila yang ditubuhkan bagi menentang kemerdekaan Algeria pada tahun 1962. Pertubuhan ini yang sebenarnya digerakkan oleh pihak pentadbiran Perancis, adalah dalang yang berselindung di sebalik keganasan yang berlaku di Algeria.

Di samping semua ini, perkara yang mesti dijelaskan ialah kumpulan-kumpulan Islam yang terlibat dalam serangan-serangan keganasan terhadap penduduk awam adalah berada di landasan yang salah. Seperti yang telah kami beritahu, metod-metod yang sedemikian adalah tidak serasi dan selaras dengan ajaran Islam.

Islam sentiasa mengajak umatnya memilih jalan damai, dan jika peperangan menjadi satu-satunya jalan terakhir, Islam memastikan nyawa dan hak pen璬u璬uk awam yang tidak bersalah tidak dicabuli. Selain itu, segala macam bentuk "perjuangan" yang membawa kepada kezaliman yang ti璬ak berjustifikasi adalah berlawanan dengan kehendak Islam. Umat Islam di Algeria perlu sensitif terhadap perkara ini. Mereka seharusnya ti璬ak melancarkan peperangan dengan cara mengangkat senjata, se璪aliknya dengan menggunakan kebudayaan, ilmu dan juga kewarasan. Mudahan-mudahan segala darah dan air mata yang menitik di bumi Algeria akan diganti dengan sebuah kedamaian dan keselamatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 07:29 PM | Show all posts
good info. sronok baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 07:59 PM | Show all posts

Reply #57 Maxx's post

makasih... sharing is caring kann..:handshake: harap para forummer yang tahu sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu dan pengalaman 2gather2.. the more is merrier:flower:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 08:06 PM | Show all posts

TURKESTAN TIMUR (1)

Kebuasan yang Disorokkan oleh kerajaan Komunis China



Apabila kita memperkatakan tentang ideologi-ideologi yang menyebarkan kesengsaraan di serata dunia, maka komunisme mendapat tempat paling atas. Dengan berdasarkan kepada idea-idea dua orang ahli falsafah Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels, sistem kepercayaan ini telah pun dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin yang kejam seperti Lenin, Stalin, dan Mao, dan seterusnya membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang amat kejam sepanjang sejarah peradaban dunia.

Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan pecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali.




Kekejaman China di Turkestan Timur

Umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs, telah hidup di bawah dominasi kerajaan China selama lebih kurang 250 tahun. China telah memberikan nama kepada wilayah Islam tersebut sebagai "Xinjiang" ataupun "tanah yang ditawan" dan menganggapnya sebagai tanah milik mereka sendiri. Berikutan dengan pengambilalihan China oleh komunis pada tahun 1949 oleh Mao, pe璶inda璼an yang berlaku di Turkestan Timur semakin menjadi-jadi. Rejim ko璵u?nis mula melakukan penghapusan umat Islam yang enggan untuk diasi璵i璴asikan.

Bilangan umat Is璴am yang dibunuh amat mengejutkan. Di antara tahun 1949 dan 1952, 2.8 juta umat Islam mati, sama ada dibunuh oleh tentera China ataupun mati akibat kebuluran. Di antara tahun 1952 dan 1957, lebih 3.5 juta nyawa terkorban, kemudian 6.7 juta di antara 1958 dan 1960, dan kemudian di antara tahun 1961 dan 1965 pula, seramai 13.3 juta manusia mati.

Kaum Uighurs yang berjaya hidup pula berada di dalam penindasan dan penderaan. Pemerintah Turkestan Timur terkini iaitu Isa Yusuf Alptekin, yang banyak menghabiskan umurnya dalam buangan, telah menggambarkan situasi tersebut di dalam bukunya Dogu Turkistan Davasi (Hubungan Turkestan Timur) dan juga Unutulan Vatan Dogu Turkestan (Turkestan Timur: Tanah yang Dilupakan). Berdasarkan kepada buku-buku tersebut, penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Turkestan Timur tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Bosnia, ataupun majoriti kaum Albania oleh Serbia.

"Hukuman" yang dikenakan oleh mahkamah China terhadap negara tersebut adalah terlampau kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan. Ini termasuklah membakar manusia hidup-hidup, memukul manusia sehingga hampir mati dan kemudian membogelkan mereka dan membiarkan mati di dalam kesejukan salji. Malah ada juga yang diikat dengan lembu jantan pada kedua-dua belah kaki mereka untuk memisahkannya daripada badan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 08:08 PM | Show all posts

TURKESTAN TIMUR (2)

Amalan Asimilasi yang Bertujuan Menghapuskan Budaya Secara Besar-besaran

Semenjak tahun 1949 lagi, rejim komunis telah mula merancang program penghapusan populasi umat Islam, dan telah memindahkan pendatang China ke kawasan tersebut dengan begitu sistematik sekali. Kesan daripada kempen ini yang dimulakan oleh kerajaan China pada 1953, begitu berkesan sekali. Pada tahun 1953, 75% daripada keseluruhan populasi adalah umat Islam, dan hanya 6% dikuasai oleh orang-orang China. Pada tahun 1982, nisbahnya telah berubah dengan menyaksikan penurunan populasi umat Islam kepada 53%, manakala populasi China meningkat kepada 40%. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada 1990, populasi yang dilaporkan adalah 40% umat Islam dan 53 % rakyat China, dengan itu telah mendedahkan dengan jelas proses pembersihan etnik yang sedang berlaku di wilayah tersebut.

Baru-baru ini, bangsa Uighurs telah ditempatkan di kawasan perkampungan, manakala orang-orang China dipindahkan ke bandar. Oleh itu, wujud beberapa buah bandar yang memiliki kira-kira 80% orang-orang China. Ia bertujuan untuk menjadikan bandar yang majoritinya adalah rakyat China. Polisi kerajaan China yang menggalakkan perkahwinan campur di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China juga menjadi sebahagian daripada polisi asimilasi tersebut.




Kerajaan China turut menggunakan umat Islam Turkestan Timur sebagai bahan uji kaji program nuklearnya. Ujian tersebut bermula pada 16 Oktober 1964, dan kesannya, penduduk di kawasan tersebut telah mendapat penyakit-penyakit yang membawa maut, dan kira-kira 20,000 kanak-kanak cacat telah dilahirkan. Jumlah umat Islam yang terkorban di dalam ujian tersebut dianggarkan seramai 210,000 orang. Beribu yang lain telah mendapat kanser atau dibiarkan lumpuh.

Dari tahun 1964 sehingga kini, China telah meletupkan kira-kira 50 buah bom-bom atom dan hidrogen di Turkestan Timur. Ahli-ahli pakar dari Sweden telah mengukur gegaran yang berlaku disebabkan letupan bawah tanah pada tahun 1984 dan mencatatkan bacaan 6.8 pada skala Richter.

[ Last edited by  anakencana at 12-11-2008 08:10 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077483 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list