CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: amazed

serigala jadian wujud!!!

[Copy link]
Post time 19-11-2008 01:29 PM | Show all posts

Reply #36 316's post

itu kalo dalam simpulan bahasa melayu.. Puteri/a lilin.. ngengada x tahan panas.. jgn kijer kat site kalo nak duk ofis jerk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 01:35 PM | Show all posts

Reply #40 dexa's post

lebih kurang rasanya.. sebab dedua tak suka bawang putih.. dedua isap darah.. dedua ada taring.. dedua leh nyamar jadik manusia...

yg paling best.. vampire mat salleh leh bunuh ngan senapah n machine gun tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 19-11-2008 03:49 AM



gs - saya pun tak sure soalan tersebut --
tak tahan panas matahari - vampire -

rasanya ramai yang tak tahan panas tu -
cuma - tak adalah mati terbakar macam vampire ni -

vampire ni  ...


vampire n dracula .. xsame ke ?

rasenye dedua xleh kena matahari ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 19-11-2008 01:29 PM
itu kalo dalam simpulan bahasa melayu.. Puteri/a lilin.. ngengada x tahan panas.. jgn kijer kat site kalo nak duk ofis jerk..


adehhh .. terasa betul  .. aduhhhh .. aduhhhhh

bagai vampire disuluh dgn sportlight
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #44 316's post

ops.. kena ker? ko kier kat site ker? huhuh!!! sowie2!! x der niat bro!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 05:23 PM | Show all posts
dracula tu la boss pada vampire2 tu semua, mereka duduk kat Transylvania, Romania
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2008 08:06 AM | Show all posts
tp kat asia ada ilmu yg buleh jadi harimau jadian plak..... rasa2 kalu betemu, spa yg menang................
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 08:09 AM | Show all posts

Reply #47 bubpallo's post

harimau jadian bertemu siapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 11:25 AM | Show all posts
agaknyer ada kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:49 AM | Show all posts
..dari werewolf di middle ages europe bersambung jadi citer harimau jadian di nusantara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by limau at 21-11-2008 11:25 AM
agaknyer ada kot ..




ko tak yah agak ... mmg ada pun...!!!   tak caya tanya nixar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2008 05:15 PM | Show all posts
Harapan manusia serigala






PENEMUAN terbaru saintis di Universiti Colombia mungkin memberi harapan baru kepada penghidap Sindrom Serigala Jadian yang terpaksa berdepan masyarakat dengan keadaan badan mereka dipenuhi bulu.



PENEMUAN terbaru saintis di Universiti Colombia mungkin memberi harapan baru kepada penghidap Sindrom Serigala Jadian yang terpaksa berdepan masyarakat dengan keadaan badan mereka dipenuhi bulu.

Penyakit Sindrom Sindrom Serigala Jadian atau nama saintifiknya Congenital Generalized Hypertichosis (CGH) didakwa boleh diubati dengan menyuntik penghidapnya dengan testosterone — teknik yang selama ini digunakan untuk menghalang botak.

Menurut saintis, melalui kaedah itu pertumbuhan bulu melampau pada seluruh badan seseorang dapat dihentikan.

Berita itu memang khabar menggembirakan untuk penghidap CGH, seperti Pruthviraj Patil, antara 50 individu di seluruh dunia yang menghadapi masalah sama.

Pada waktu silam, penghidap CGH selalunya terpaksa berkurung pada waktu siang dan hanya keluar dari rumah ketika malam untuk mengelak menjadi bahan ejekan masyarakat.

Perlakuan itu menyebabkan mereka digelar ‘serigala jadian’. Bagi penghidap CGH, seluruh tubuh mereka ditumbuhi bulu lebat, kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

Penyelidik beranggapan, masalah itu adalah ‘kebangkitan semula’ unsur zaman purba sebelum manusia melalui proses evolusi.

Penyakit ini sebenarnya sangat jarang berlaku. Sejak zaman pertengahan, hanya kira-kira 50 kes dilaporkan, termasuk antara terawal ketika zaman pemerintahan Raja Henry II di Perancis.

Disebabkan Henry sangat berminat kepada keanehan manusia, pada 1547 dia menerima hadiah istimewa — seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang kelihatan separuh manusia dan separuh haiwan.

Hanya bibir dan matanya tidak ditumbuhi bulu sepanjang 10 sentimeter (sm) itu.

Budak itu bernama Pedro Gonzales dan lahir di Kepulauan Canary. Apabila dewasa, dia berkahwin dengan wanita Perancis dan dikurniakan ramai anak. Lima daripada mereka mewarisi CGH.

Sejak itu, lebih banyak kes CGH dikesan, termasuk di China, Poland, Jerman, Russia dan Mexico.

Berasal dari Sangli, Mumbai, India, Pruthviraj, 11, ditumbuhi bulu sepanjang 7.6 sm di seluruh tubuhnya.

Sejak berusia 10 tahun, Pruthviraj menjalani pelbagai peringkat rawatan, sama ada secara moden atau tradisional. Penggunaan laser juga gagal membebaskan Pruthviraj daripada masalahnya.

Walaupun Pruthviraj mengakui sentiasa menjadi perhatian, dia popular di sekolah kerana bakatnya dalam sukan kriket.

“Masalah selalunya timbul jika saya keluar dari kampung atau bertemu orang tidak dikenali.

“Selebihnya, bulu ini tidak menyebabkan masalah seperti gatal, berbau busuk atau ruam,” katanya.

Bagaimanapun, Pruthviraj mengakui dia mahu bulunya dibuang.

Malangnya, kata Pruthviraj, selepas menjalani rawatan laser, ia tumbuh kembali dan membingungkan pakar perubatan.

Ketika mula bersekolah dulu, katanya, dia sering menjadi mangsa ejekan pelajar lain dan mereka mengambil masa lama untuk membiasakan diri dengannya.

Apabila Pruthviraj dilahirkan, orang kampung menyangkakan ibunya, Anita, 32, melahirkan ‘dewa Bhagwan’.

Sesetengah lain menganggap Pruthviraj sebagai makhluk asing atau petanda buruk bakal menimpa kampung mereka.

Di sebalik luar biasa Pruthviraj, dia sebenarnya sihat dan seronok di sekolah.

Bapanya, Dilip Patil, berkata tahap pembelajaran Pruthviraj juga membanggakan. “Daya ingatannya begitu kuat,” katanya.

Dilip mengakui mereka kurang selesa dengan keadaan tubuh Pruthviraj kerana ia sering menarik perhatian berlebihan di kalangan orang lain.

Kini, Pruthviraj berharap penemuan terbaru di Universiti Colombia itu mampu memberi sinar baru dalam hidupnya.

Sementara itu, dia terpaksa menguatkan semangat berdepan dengan pelbagai kerenah pihak yang tidak memahami masalah dihadapinya.




sindrom ni mmg ader... cuma tak sama dgn werewolf kat citer2 seram yg ko tengok kat tv tuh.... wokeyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2008 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by axman at 21-11-2008 11:49 AM
..dari werewolf di middle ages europe bersambung jadi citer harimau jadian di nusantara




kat bod ni mcm2 bley berlaku... rimau ijo yg bapak sekngucing nampak pun ada wokey!!!   ada gambaq dia aku dah post dah... leh check kat post2 sblm ni !!     
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:20 AM | Show all posts
teringat aku kat satu lagu ghazal

bulan mengambang...pak ngah lah yang balikkk...ahai lah sayang
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 02:08 PM | Show all posts
vampire = edward cullen


werewolf = jacob black


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 07:51 AM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 12-12-2008 06:20
teringat aku kat satu lagu ghazal

bulan mengambang...pak ngah lah yang balikkk...ahai lah sayang



adakah pak ngahh itu....... serigala jadian kekdahnyer...???     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 02:31 PM | Show all posts
di dalam kitab bible kalau tak silap aku dalam perjanjian lama ada mencerita mengenai binatang yang tak tergambar dalam fikiran kita seperti harimau ada kepak,ikan boleh terbang dan sebagainya tetapi benda2 nie dah pupus masa ada satu zaman tu..

Dan ini tak tolak sebarang kemungkinan mengenai hanuman juga.Monyet dlm kepercayaan hindu yang boleh terbang..

ini pendapat sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 11:53 AM | Show all posts
aku pun pernah terbaca or terdengar satu pendapat yang mengatakan bahawa apa saja yang tergambar dalam pemikiran manusia, perkara itu boleh dicapai, pernah dicapai atau sekurang2nya pernah wujud...

contohnya macam haiwan2 mistik ni...benda2 ni memang ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.268368 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list