|
Bintang Popular 25 Nov 2007
Faizal Tahir kenalah berhemah sikit, jangan 'over'
MALAM hujung minggu lalu, Kak Pora sempat juga tengok Muzik Muzik separuh akhir kategori Balada, tapi bukanlah secara live, cukuplah sekadar menonton di televisyen bersama anak-anak. Meriah juga bila tengok menerusi TV. Tidak dinafikan, semua lagu yang dipertandingkan best belaka.
Setiap lagu yang didendangkan, Kak Pora cuba untuk jadikannya sebagai lagu yang tersenarai dalam pertandingan akhir nanti. Tapi tak bolehlah macam tu. Jadi, Kak Pora pun tunggu dan lihat sajalah lagu mana yang akan dipilih juri. Jangan lupa, seorang daripada jurinya ialah kawan Kak Pora, Adam Salleh.
Nak dijadikan cerita, semasa pengumuman lagu mana yang bakal berentap ke peringkat akhir, Kak Pora sudah berkira-kira lagu nyanyian Faizal Tahir, iaitu Kasih Tercipta dan Maha Karya Cinta menjadi saingan hebat kepada lagu yang dipertandingkan dapat masuk ke final. Selepas satu daripada lagu nyanyian Faizal diumumkan layak, Kak Pora sudah bertepuk tangan. Bukannya apa, Kak Pora memang minat sangat dengan lagu ciptaan Ajai dan Audi Mok itu. Lebih-lebih lagi lagu nyanyiannya, bersesuaian sangat dengan vokalnya.
Pada masa sama, selepas tiga lagu dipilih, Kak Pora menunggu juga lagu nyanyian Datin Seri Siti Nurhaliza sama ada dipilih atau tidak. Tetapi nyata, keputusan juri berpihak kepada lagu kedua Faizal, Maha Karya Cinta. Gembira bukan kepalang. Tapi tiba-tiba penonton di studio dan di rumah mungkin, dikejutkan dengan aksi Faizal yang Kak Pora rasa keterlaluan dan tak sesuai. Daripada suka dengan penyertaannya, terus rasa jelik pula.
Kenapa nak tunjuk aksi gembira sampai macam itu, tergedik-gedik, sampai nak buat aksi slide macam tu? Tak kena sangat kelakuan itu pada tempatnya. Itu pun baru menang separuh akhir, apa yang hebat sangat? Orang lain yang dah beberapa kali menang final biasa saja, angkat dan lambai tangan, senyum dan ucap terima kasih cukuplah.
Kami semua tahu, lagu yang awak nyanyi dua-dua masuk final. Gembira? Memang gembira tapi berpada-pada lah. Banyak cara boleh tunjukkan kegembiraan awak tu. Dalam fikiran Kak Pora, sudah boleh agak, ramai orang yang tidak suka melihat aksinya itu.
Sah! Ramai yang mencebik bibir. Rata-rata kawan Kak Pora kata, aksi itu tidak ada etika dan kurang sopan. Penggubah dan penulis lagu opun kalau menang tak perlu buat macam itu. Faizal hanya ditugaskan untuk menyanyi lagu mereka tapi dia pula yang syok terlebih. Kak Pora rasa, aksi Faizal itu sedikit sebanyak mencalar hati penyanyi, komposer lagu dan penulis lirik yang tidak berjaya ke peringkat akhir. Kalaulah Faizal hanya tergamam sambil menekup mulut, Kak Pora rasa itu akan bersopan, menyelamatkan Faizal daripada jadi bahan bualan dan cemuhan.
Kak Pora ada terbaca dalam Harian Metro mengenai Faizal yang meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak. Baguslah tu, sekurang-kurangnya, teguran dan kritikan yang awak terima macam ini dijadikan panduan dan peringatan supaya lepas ini tidaklah over acting lagi. Seronok boleh tapi berpada-padalah dan tengok tempat dulu.
p/s:credit to Rienn@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal - berita harian - 12Dis07
Penulis muda mampu ubah senario muzik tanah air
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Faizal Tahir mula perukuh kedudukan dengan album sulung yang dilancar baru-baru ini
JEJAK yang disusun Faizal Tahir selepas menyertai pertandingan realiti, One In A Million (OIAM) mula membekas di hati peminat, biarpun tewas kepada peserta muda, Suki.
Lewat single yang memperkenalkan namanya kepada umum, Mahakarya Cinta, bapa muda kepada dua cahaya mata itu mengukuhkan namanya menerusi lagu untuk runut bunyi filem Waris Jari Hantu, Kasih Tercipta.
Lebih setahun berlalu, penantian Faizal berakhir 22 November lalu apabila album sulungnya dilancarkan dan dipasarkan serentak sekali gus menyaksikan pelayaran barunya sebagai artis rakaman.
Akuinya ketika proses rakaman dilakukan, perasaan teruja menguasai diri dan atas kepercayaan Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar dia diberi sepenuh kepercayaan untuk menentukan hala tuju album sulungnya itu. Sempat menyiapkan lima hingga enam gubahan namun ketika itu, dia mula terfikir akan kedudukan dirinya.
揝aya orang baru dalam industri dan terfikir ada baiknya jika saya bekerjasama dengan mereka yang lebih berpengalaman. Atas sebab itu, saya memilih untuk mendapatkan khidmat serta bimbingan Audi Mok dan Aubrey Suwito.
揂ntara saya dengan Audi bagaikan ada keserasian yang pantas membuatkan kami selesa bekerjasama. Ia penghargaan buat saya apabila Audi sudi untuk turut menjadi penulis bersama dalam album ini.
揓adi lagu yang saya hasilkan dulu disimpan dan apa yang dipersembahkan dalam album ini adalah idea segar daripada nama baru dalam industri, |
|
|
|
|
|
|
|
5 bakat baru pilihan MStar Dec 27, 2007
![](http://img210.imageshack.us/img210/8776/009509780gz6.jpg)
1. Penyanyi Faizal Tahir kelahiran program realiti One In A Million mula menempa nama dalam industri muzik selepas kemunculan single pertama, Mahakarya Cinta dan diikuti dengan lagu Kasih Tercipta yang menjadi lagu tema filem Waris Jari Hantu. Antara pencapaian yang diraih oleh Faizal adalah memenangi Lagu Rock Pilihan melalui lagu Mahakarya Cinta dalam Anugerah Era 2007 lalu dan bergelar finalis Anugerah Juara Lagu 22 bagi kategori Balada melalui lagu Mahakarya Cinta dan Kasihku Tercipta. Kini Faizal semakin bergerak pantas dengan penghasilan album pertamanya, Aku. Muzik. Kamu.
2. Mila
3. Diana Danielle
4. Dafi
5. Mohd Syafie Naswip
p/s : credit to Rienn@ Rockensteiners.net
[ Last edited by sayasukagame at 19-1-2009 02:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Top 10 2007 - Rap, Metro Ahad 30 Dis 07
Top 10 2007
Oleh ABIE ABDULLAH
ESOK hari terakhir untuk 2007. Pelbagai cerita manusia terakam sepanjang tahun ini yang kini berada di dalam lipatan sejarah. Baik yang mencapai cita-cita atau yang masih tercari-cari arah, hari-hari 2007 mengisi kenangan dan pengalaman itu.
Industri hiburan kita juga tidak sunyi dengan usaha anak seni dalam memartabatkan dunia seni dan memajukan diri sendiri. Arena glamor yang sering dihambat kontroversi bagaimanapun tetap manis dengan pencapaian yang dibuktikan oleh aktivisnya.
Selebriti Metro Ahad mengamati pencapaian lebih 20 anak seni tanah air sepanjang 2007. Bagaimanapun, hari ini, cuma 10 terbaik disenaraikan mengikut penilaian kami. Perkiraan rawak dibuat berdasarkan sumbangan mereka dan kesan kepada industri hiburan keseluruhan.
10. SHARIFAH AMANI - Atas nama seni
9. JACLYN VICTOR - Bawa nama negara
8. FAIZAL TAHIR - Bakat baru paling menyerlah
BINTANG baru, Faizal Tahir boleh disifatkan antara yang menyerlah. Gagal dinobatkan sebagai juara One in A Million tahun lalu bukan halangan untuk mencipta nama. Kalau diperhatikan secara kasar, namanya lebih melonjak daripada juaranya, Suki.
Metro Ahad melihat Faizal sebagai transformasi penyanyi Melayu generasi baru yang tampil dengan genre muzik tersendiri. Malah syarikat gergasi Pepsi memilihnya selaku jurucakap minuman ringan itu di samping model untuk pakaian DC Superheroes.
7. VANIDA IMRAN - Kepulangan berbaloi
6. MAYA KARIN - Transisi menonjol
5. DATIN SERI SITI NURHALIZA - Kekal teratas
4. AZNIL NAWAWI - Angkat jenama pengacara
3. AHMAD IDHAM - Pecah panggung
2. YASMIN AHMAD - Perhatian dunia
1. DATIN SERI TIARA JACQUELINA - Naik taraf dunia seni
p/s: credit to Rienn@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo 13 Jan 2008
![](http://img85.imageshack.us/img85/9356/kosmotn8.jpg)
p/s: credit to zandradavis@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal - URTV 15-13/01/08
![](http://img214.imageshack.us/img214/4482/2222fb4.jpg)
p/s:credit to Sharina@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
The Star 15 Jan 2008
![](http://img137.imageshack.us/img137/4158/starph6.jpg)
p/s: credit to zandradavis@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir - gua.com.my
Nov 23, 2007
Setahun selepas memenangi tempat kedua di kejuaraan idola realiti One In A Million yang pertama, insan rock bernama Faizal Tahir akhirnya muncul dengan karya sulungnya.
Pelancaran album Aku.Muzik.Kamu semalam di Hard Rock Café Kuala Lumpur memang rocking ... dirancang membawa hanya empat lagu untuk sebuah showcase album yang ringkas – dinyanyikannya pula hampir satu album!
Aku.Muzik.Kamu mengandungi 13 buah lagu termasuk lagu Sampai Syurga, Batu & Golek, Aku Punya Kamu, Sempurna, Cuba, La Da Di Dum, Mungkin Ku Tak Bisa, Mestikah Ada Yang Lain dan Gemuruh. Versi orchestral lagu hit Mahakarya Cinta turut diselitkan di samping versi akustik single Sampai Syurga.
Album ini menonjol dengan gubahan lagu dari Audi Mok, adunan mastering oleh Nick Lee di Sonique Studios dan juga sentuhan mahal pemain gitar Jamie Wilson, disamping juga suara Faizal sendiri yang berkiaskan penyanyi rock klasik seperti Eric Martin dari Mr. Big dan juga Jon Bon Jovi.
Artis Monkeybone yang semakin laku ini memang tidak boleh dinafikan ikhlas dan mendalam cintanya terhadap seni muzik dan dia menyanyi lagu-lagu tak dijangka dari album kebanggaannya ini seperti balada Kerna Kamu (dan juga lagu “berbahasa Rwanda” dalam kata Faizal sendiri, lagu Inggeris bertajuk Invitation).
Namun sebelum itu, Faizal dihadapankan dengan soalan-soalan yang ringkas tetapi menusuk daripada beberapa media arus perdana.
Lebih selesa berbahasa Inggeris, Faizal fasih, teratur dan dengan rendah diri melawak bahawa dia “tiada training yang profesional” seperti yang dituturkan oleh peserta American Idol, William Hung tidak lama dahulu.
Dia juga sempat beramah dengan rakan-rakan media yang hadir dengan mengatakan bahawa dia akan mendendangkan lagu layu Kasih Tercipta untuk lima kali berturut-turut jika semua duduk sahaja semasa persembahan pelancaran albumnya di Hard Rock Café itu.
Persembahan Faizal kali ini tidak banyak berbeza daripada persembahan-persembahannya yang dilihat di pentas OIAM, Muzik-Muzik dan juga acara-acara lain. Tetapi kali ini ternyata istimewa kerana pencapaian album sulungnya ini.
Kata Faizal: “Saya bermula bermain muzik pada umur saya 15 tahun, tetapi saya ditemui hanya sekarang bila umur saya sudahpun 28 tahun.”
Dalam ucapan pendeknya sempena pelancaran album ini, pengarah Monkeybone dan juga penerbit album Aku.Muzik.Kamu, Ahmad Izham Omar, sempat menceritakan pengalaman pertamanya menemui Faizal: “Saya dapat melihat terus bakatnya yang tiada batas.”
Untuk peminat-peminat Faizal Tahir ataupun lebih dikenali sebagai Rockensteiners, rajin-rajinlah melayari gua.com.my dalam masa yang terdekat ini untuk mengikuti dengan lanjut mengenai Faizal dan album pertamanya ini,.
p/s:credit to Hawa@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
BH-15/01/08
Faizal Tahir akan kena tindakan
KUALA LUMPUR: 8TV akan mengambil tindakan tegas terhadap naib juara pertandingan realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Faizal Tahir berikutan tindakannya menanggalkan baju ketika membuat persembahan meraikan sambutan ulang tahun keempat stesen televisyen itu, malam kelmarin.
Penyanyi yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta dan juga finalis Anugerah Juara Lagu ke-22 itu melakukan adegan yang dianggap mencolok mata terbabit di hadapan kira-kira 8,000 penonton di Central Park Avenue, Bandar Utama, kelmarin.
Rancangan berkenaan turut diikuti penonton di rumah apabila ia disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Faizal yang dianggap melakukan perbuatan memalukan tetapi sehingga ini beliau belum memutuskan bentuknya.
“Kami tidak akan mengambil mudah perkara ini dan akan bertindak di atas perbuatan Faizal. Buat masa ini, kami masih belum memikirkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadapnya.
“Saya sendiri terkejut dengan perlakuan Faizal dan langsung tidak menyangka dia akan berbuat sedemikian rupa,” kata Ahmad Izham ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Tindakan yang akan dikenakan ke atas penyanyi yang mula membabitkan diri dalam dunia hiburan melalui kumpulan nasyid Mirwana itu akan hanya diputuskan Izham sekembalinya beliau daripada Manila, Filipina atas urusan kerja minggu depan.
Ahmad Izham dalam kenyataannya kepada Harian Metro semalam berkata, pihaknya akan segera bersemuka dengan penyanyi itu bagi memastikan perbuatan sedemikian tidak berlaku lagi pada masa depan.
Sementara itu, Berita Harian yang cuba mendapatkan penjelasan penyanyi berusia 30 tahun itu gagal dihubungi.
tetapi Pegawai Perhubungan Awam, syarikat rakaman yang dinaunginya, Monkey Bone Sdn Bhd, Mohd Helmy Hamdan berkata Faizal dinasihatkan supaya tidak memberikan sebarang ulasan mengenai kontroversi membabitkan dirinya.
“Faizal dinasihatkan supaya berdiam diri buat sementara waktu. Satu sidang media akan diadakan esok (hari ini) untuk memberi peluang kepada Faizal menerangkan perkara sebenar dan juga untuk berlaku adil kepada semua media,” katanya.
Faizal sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi gara-gara tindakan keterlaluannya meluncur di atas pentas apabila dua lagunya Kasih Tercipta dan Mahakarya Cinta diumumkan mara ke peringkat akhir kategori Balada, Anugerah Juara Lagu ke 22 yang akan berlangsung 27 Januari ini.
p/s:credit to juma@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
MStar 16 Jan 08
8TV denda Faizal Tahir buat kerja amal!
16-01-2008 11:00:15 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
RENTETAN dari aksi menanggalkan baju dan tali pinggangnya ketika Konsert Sambutan Ulang Tahun 8TV pada Ahad lalu dikatakan melampau dan memalukan stesen televisyen tersebut, penyanyi popular Faizal Tahir terpaksa meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak dan dikehendaki terlibat dalam sebarang kerja amal dalam tempoh enam bulan.
Hukuman tersebut dijatuhkan setelah tindakan tegas diambil terhadap penyanyi yang popular dengan lagu Batu dan Golek, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta ini kerana kontroversi tersebut menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk peminatnya sendiri.
Ketika sidang media dilakukan semalam, Faizal bersama Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama 8TV, Airin Zainul mewakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Izham Omar yang mempunyai komitmen di Filipina tampil bagi menjernihkan keadaan.
Menurut Airin, 8TV turut mengambil berat tentang isu tersebut dan berharap ianya tidak akan berulang lagi bagi mengelakkan prestasi stesen yang telah beroperasi selama empat tahun itu tercalar sebagai stesen 'urban' .
Sehubungan dengan kejadian yang berlaku di Central Park Avenue, Bandar Utama itu, Izham agak terkejut dan terperanjat dengan aksi lepas laku yang ditunjukkan oleh Faizal ketika konsert itu sedang berlangsung sekaligus menyatakan kekesalannya terhadap insiden itu.
"Setiap langkah berjaga-jaga terhadap apa jua perkara yang tidak diingini sebelum konsert diadakan telah diambil kira dan diberi perhatian.
"Termasuk juga memberi taklimat kepada semua artis yang terlibat mengenai garis panduan perilaku di atas pentas terlebih dahulu sebelum dan sepanjang konsert berlangsung.
"8TV telah membuatkeputusan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Faizal termasuk memberi amaran keras kepadanya selain meminta Faizal untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada baik yang menonton mahupun yang terlibat secara langsung.
"Bukan itu sahaja, Faizal juga dikehendaki untuk terlibat dalam sebarang kerja amal dalam tempoh enam bulan," tegas Izham dalam teks yang dibacakan oleh Airin.
Izham juga menambah bahawa 8TV akan terus memastikan bahawa semua garis panduan yang ditetapkan akan dipatuhi dan diikuti oleh semua artis, penerbit, pembekal dan semua yang terlibat secara langsung dengan 8TV.
Dalam pada itu, Faizal turut meminta maaf dan melahirkan rasa kekesalan terhadap salah laku yang telah dibuatnya.
"Saya meminta maaf kepada semua yang terlibat terutama kepada 8TV, kerajaan dan orang ramai yang menonton konsert tersebut.
"Saya faham aksi pada malam itu mendapat perhatian ramai dan tahu apa yang dilakukan adalah menyalahi dan tidak patut dilakukan.
"Apa yang saya buat itu hanyalah untuk suka-suka. Tiada niat untuk mengeruhkan dan memburukkan mana-mana pihak.
"Saya memang merancang untuk berbuat demikian. Sebagai penghibur, saya fikir ianya sekadar untuk menghiburkan penonton dan membuat benda baru.
"Memang saya tak fikir panjang dan impaknya. Sekarang baru saya sedar ianya merupakan kesalahan besar dan saya akan belajar dari kesilapan.
"Saya sangat bertuah kerana program itu disiarkan secara langsung di televisyen dan terima kasih kerana orang ramai boleh memberi komen.
"Saya akan bertanggungjawab dan selepas ini saya tidak akan mengulangi insiden ini lagi untuk meneruskan perjalanan karier saya," luah Faizal dalam suasana muram dan tegang.
Selepas persembahannya tamat pada malam itu, Faizal terus meninggalkan konsert lalu bergegas menenangkan diri apabila ada pihak yang menegurnya.
"Saya terus pergi jumpa dua orang anak saya. Tapi waktu tu saya ada bawa pakaian lain dan bukan pulang tanpa baju.
"Sebelum memulakan persembahan, dalam tempat persalinan belakang pentas tu ada dalam tiga orang kawan yang lihat saya membuat tulisan huruf 'S' berwarna merah di badan namun mereka tak tahu apa yang saya rancang dan mungkin mereka menganggap sebagai gurauan.
"Huruf 'S' itu brmaksud Superman dan Smallville kerana saya meniru aksi pelakon Tom Welling sebagai Clark Kent yang berlakon dalam siri tersebut," jelas Faizal yang mengaku beliau waras ketika itu serta bukan dibawah pengaruh dadah dan alkohol.
Kontroversi ini merupakan tamparan kedua buat Faizal tetapi lebih dashyat dari isu pertama yang beliau lakukan ketika Muzik Muzik Separuh Akhir kategori Balada tahun lepas.
Terdahulu Faizal dikatakan over ketika membuat aksi slide selepas diumumkan kedua-dua lagu nyanyiannya, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta berjaya layak keperingkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 22.
"Tak de saya kata tak belajar dari kontroversi lalu tetapi benda macam ni, impaknya saya pernah rasa namun saya tak sangka yang ia akan menjadi sebesar ini kerana saya merupakan seorang yang sangat kool dan teruja.
"Namun selepas insiden itu, saya baru saya sedar akan kesan buruk yang bakal mengganggu reputasi akan datang.
"Saya masih sayangkan nama Faizal Tahir dan berharap dapat gunakan nama ini sebaik mungkin untuk memberi sumbangan serta membuat yang terbaik dalam dunia seni ini," beritahu pememang tempat kedua rancangan realiti One In A Million ini.
Jika sebelum ini Faizal masih berpakaian walaupun sekadar bersinglet tetapi kali ini aksinya yang menanggalkan pakaian dan melontarnya kepada peminat dikatakan agak melampaui batas serta kurang bermoral.
Sebelum ini Faizal pernah berkata bahawa apa yang dilakukan menunjukkan dirinya sendiri dan semua yang dilakukan adalah cara beliau menghargai peminat.
"Mungkin ada yang dah tahu dan belum tahu tentang itu. Memang saya nak hargai peminat namun apa saya lakukan ada batasannya.
"Saya percaya yang nak hargai ada cara dan tidak perlu 'overboard'.
"Disamping mendapat kritikan negatif, ada juga yang memberi sokongan positif. Ada yang pesan supaya jangan terlalu 'overboard' termasuk keluarga yang turut memberi sokongan moral. Sokong, tapi boleh 'bantai'," kata Faizal sambil tersenyum.
Dalam teks kenyataan media, Izham setegas-tegasnya memberitahu bahawa 8TV amat menitik beratkan penampilan positif dan imej sihat seseorang artis yang muncul dalam setiap program kendalian 8TV kerana secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan kualiti hiburan terbitan tempatan.
Pihak penerbitan 8TV telah mengambil langkah pantas dengan meminimalkan sudut dekat kamera selepas terlihat kejadian yang tidak diingini ketika Faizal membuat persembahan terakhirnya.
p/s: credit to Rienn@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
MAAFKAN SAYA...FAIZAL TAHIR, Jan 16, 2008
Oleh: Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 15 JAN 2008: "Saya kesal dengan apa yang berlaku sekarang ini kerana telah menyusahkan banyak pihak terutama 8TV. Malah, saya juga rasa amat malu dan kecewa kerana telah menyinggung perasaan masyarakat Malaysia dengan perlakuan saya pada malam konsert itu.
"Percayalah saya langsung tidak berniat untuk mencetuskan sebarang kontroversi yang sebegitu. Apatah lagi mengeruhkan suasana serta menyusahkan sesiapa dengan masalah yang seperti ini.
"Apa yang berlaku pada malam itu sama sekali hanyalah sekadar untuk berseronok dan memberikan sesuatu kelainan yang istimewa buat penonton saya juga. Tapi, saya tidak sedar ia akhirnya mendatangkan bahana.
Barangkali saya terlalu excited untuk beraksi di hadapan pemi
nat pada malam itu hingga tidak sedar ia telah menarik perhatian ramai pihak dan menyinggung perasaan mereka.
"Sekarang ini, fahamlah saya bahawa perlakuan saya pada malam itu keterlaluan dan langsung tidak boleh diterima. Maafkan saya. Maafkanlah saya. Saya memang sangat kesal dengan apa yang berlaku. Tak terlintas pun di hati ini untuk menyusahkan semua," kata Faizal Tahir dengan penuh sebak dan emosi.
Bintang yang dilahirkan menerusi program hiburan nyanyian One In A Million musim pertama ini turut mengesat air mata yang mengalir secara perlahan-lahan di pipinya.
Nyata dia memang tidak inginkan semua ini terjadi. Namun, apakan daya, apa yang berlaku telah berlaku dan seluruh masyarakat Malaysia telah menyaksikan perlakuan Faizal sewaktu menjayakan persembahan itu Konsert Sambutan Ulang Tahun 8TV di Central Park Avenue pada 13 Januari lalu..
Dalam kejadian tersebut, Faizal telah beraksi sambil membuka baju hingga menampakkan keseluruhan tubuh badannya dengan tanda huruf S berwarna merah di badannya. Malah dia telah membuka sama tali pinggangnya yang turut memiliki buckle bertanda huruf S.
Sungguhpun begitu, Faizal menafikan bahawa perlakuannya pada malam persembahan itu turut dibayangi serta
dipengaruhi unsur-unsur yang negatif seperti dadah serta alkohol.
"Percayalah saya tidak terbabit langsung dengan benda-benda seperti itu. Saya juga bersih daripada dipengaruhi kedua-dua benda itu. Cuma apa yang saya lakukan itu hanyalah untuk berseronok saja.
"Namun saya tersilap perkiraan dan langsung tidak memikirkan kesannya. Ia memang 100 peratus adalah salah saya. Atas sebab itu, saya mahu mengambil tanggung jawab yang sepenuhnya terhadap segala kesilapan yang saya lalukan ini.
"Saya juga sedar tak begitu senang untuk saya meneruskan perjalanan kerjaya seni saya selepas ini. Namun, ianya memberikan satu pengajaran yang sangat berguna buat saya dan saya berjanji akan memastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan stesen TV terbabit, Irene Zainul, pula berkata, pihaknya telah menerima pelbagai maklum balas berhubung aksi lepas laku Faizal yang berlaku pada malam kejadian itu.
"Kita memang sangat kesal dengan apa yang sudah berlaku itu, Namun, kita juga tidak akan memandang ringan akan perkara-perkara sebegini. Sebagai menghukum aksi salah laku Faizal itu, kita bukan saja sudah memberikan amaran keras melalui surat kepadanya tetapi juga meminta Faizal membuat permohonaan maaf secara terbuka kepada semua pihak.
"Bukan itu sahaja, Faizal juga dikehendaki untuk terbabit di dalam semua kerja-kerja amal selama enam bulan. Ini termasuklah mengadakan lawatan di rumah-rumah kebajikan seperti anak yatim dan orang tua-tua. Macam yang kita lihat di dalam program Bersamamu.
"Kita juga harap dengan pengakuan daripada Faizal ini, isu ini tidak akan lagi berpanjangan dan kita juga akan pastikan ianya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.
Tanda huruf S itu membawa maksud Superman iaitu karektor superhero yang menjadi kegemaran Faizal. Menyedari sikap obsesinya terhadap karektor superhero itu, Faizal turut dilantik menjadi duta untuk semua produk jenama pakaian Superman.
p/s : credit to Sue Ann@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa Ganti Faizal AJL 19 Januari?
by gua.com.my
19 Januari 2008
Hanya tinggal lapan hari Anugerah Juara Lagu 22 berlangsung, tetapi kini pihak penganjur terpaksa menangani masalah mencari pengganti penyanyi dua lagu yang dipertandingkan, “Mahakarya Cinta” dan “Kasih Tercipta”, yang bersaing di dalam kategori Balada.
Krisis ini timbul ekoran pengumuman bahawa penyanyi lagu-lagu tersebut, Faizal Tahir, tidak dibenarkan muncul dalam rancangan hiburan berbentuk konsert yang ditayangkan di mana-mana stesyen televisyen swasta selama tiga bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Di konsert ulangtahun 8TV Ahad lepas, Faizal membuka baju yang dipakainya ketika membuat persembahan dan menayangkan huruf ‘S' yang dicat di badannya. Pihak 8TV sendiri sebelum ini telah menghukum Faizal dengan memberinya amaran keras serta mengarahkan beliau melakukan khidmat masyarakat selama enam bulan. Penyanyi yang baru muncul dengan album solonya yang pertama itu juga telah meminta maaf secara terbuka.
Apabila ditanya mengenai pencarian pengganti Faizal, pengurus besar jabatan hiburan, sukan dan rekreasi TV3, Azhar Borhan memberitahu gua.com.my: “Pihak kami telah pun memaklumkan kedua-dua komposer terlibat, Audi Mok (“Mahakarya Cinta”) dan Ajai (“Kasih Tercipta”) mengenai situasi ini dan berbincang dengan mereka tentang siapa yang mereka mahukan sebagai pangganti Faizal. Merekalah yang berhak membuat keputusan tersebut.”
Sementara itu apabila dihubungi pihak gua.com.my, Audi melahirkan rasa kecewa beliau dengan apa yang telah terjadi. “Lagu tersebut memang dicipta khas untuk Faizal. So it will always be his song. Harapan saya, siapa saja yang dipilih untuk menyanyikan “Mahakarya Cinta” pada malam tersebut akan dapat memberikan intepretasi tersendiri yang tak kurang hebatnya.”
Setakat ini, gua.com.my ada terdengar desas-desus yang Fiq Mentor akan menggantikan Faizal untuk lagu “Mahakarya Cinta”, sementara Ajai berkemungkinan besar menyanyikan sendiri lagu “Kasih Tercipta”.
p/s:credit to Niki@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO 21 Jan 2008
![](http://img408.imageshack.us/img408/6489/kosmo211bc0.jpg)
p/c:credit to zandradavis@ Rockensteiners. net |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak Tua: Jangan zalim bila menjatuhkan hukuman
24-01-2008
WALAUPUN bagi Kakak Tua perlakuan Faizal Tahir alias Superman membuka baju dan menconteng huruf S, simbolik initial Superman dan Smallville bukan satu 'jenayah' berat, ramai yang beranggapan sebaliknya.
Mungkin bagi mereka, Faizal telah melakukan sesuatu yang 'menyalahi' kebiasaan bak kata orang, 'Menumbuk di periuk, bertanak di lesung' - lain iramanya. Yang dibuat lain, yang diharap lain dan kesudahan peristiwa itu telah memalitkan satu lagi sejarah buat OIAM dan semua artis agar menjadikannya satu tauladan.
Tapi hairan sekali kenapa begitu berat hukuman yang dijatuhkan pada Faizal. Seolah-olah sudah tidak ada lagi pengampunan buat ketika ini. Dari hukuman tiga bulan tidak boleh beraksi di pentas live, digugurkan dalam AJL hinggalah ke penahanan royalti Faizal. Dan Faizal juga dikenakan hukum melakukan kerja sosiol atau khidmat masyarakat selama 6 bulan.
Kenapa begitu cepat sekali memberi tindak balas ekstrim? Tidak ada lagi ke jalan perundingan. Bukan sedikit orang yang tertanya-tanya bagaimana pula salah laku artis perempuan yang membogelkan diri dengan rela dan membuat laporan kononnya gambarnya disuperimpose.
Artis-artis perempuan tidak pula diambil tindakan bila berkelakuan tidak senonoh sehingga mereka langsung tidak tercalit perasaan malu, malah berasa megah lagi.
Kesian Faizal. Kalau langit hendak menimpa bumi, masakan boleh ditahan dengan telunjuk? Pada Faizal, Kakak Tua berpesan, lepas ni pandai-pandailah membawa diri. Kalau kita pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.Yang baik jadikan tauladan, yang tak elok jadikan sempadan.
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.Beringat-ingatlah selalu, jangan terpedaya dengan kehebatan diri dan mencari kemarahan orang lagi.
Bagi 'penyimpan mohor' pula, seharusnya dititip pesanan agar senantiasa bersikap adil. Janganlah semut di seberang nampak, tapi gajah yang tergolek-golek depan CCTV langsung tak dikalis. Seeloknya kita memahat didalam baris dan berkata dalam pusaka. Ikutlah aturan yang betul bukan ikut sesuka hati dan nafsu amarah saja bila menjatuhkan hukum.
Tak payahlah dicari-cari lagi kesalahan Faizal dan terus-menerus mengaitkannya dengan apa saja hukuman yang terlintas difikiran. Itu zalim namanya. Sebaik-baiknya bila seseorang sudah mengaku melakukan kesilapan, kita buka saja lembaran baru.
Walaupun sering kali kita dikejutkan dengan berita-berita artis yang tak makan saman dan tak serik-serik melakukan salah laku. Balik-balik muka yang sama saja yang membuat silap. Buat silap, minta maaf, lepas tu buat lagi. Lama-lama kitapun naik meluat juga.
Nasib Faizal mungkin tidak sebaik Jamal, Saleem dan ramai lagi artis yang selalu saja diberi 'lesen besar' dan imuniti untuk buat salah dan semua orang sedia memaafkan. Faizal artis berbakat besar yang disebut-sebut sebagai pelapis yang mempunyai masa depan cerah.
Impian Faizal masih lagi tidak kesampaian. Angan-angannya untuk menjadi Superman di atas pentas tidak direstui. Lantas dia dihukum. Memanglah pelik dan sedikit lucu melihat gelagat insan bernama Faizal Tahir ini. Tapi menghukumnya dengan berbagai cara sungguh tidak adil.
Kelebihan ikan adalah radai, kelebihan manusia pula akal dan tiap-tiap manusia ada kelebihannya. Faizal yang hanya sempat menunjukkan kelebihannya 'membuka baju' dan menggelunsur, sudah dijatuhkan hukum.
Seharusnya apa saja kreativiti Faizal perlu dirujuk pada orang yang lebih arif agar ianya dapat disalurkan dengan cara lebih sempurna. Stesen 8TV tidak seharusnya membunuh terus kreativitinya dengan cara begini. Kalau sayang 'anak' sekalipun dan ingin memberi pengajaran, janganlah sampai 'overboard'!
p/s: credit to Niki@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal to continue singing - The Star, Jan24
PETALING JAYA: He has wept in private, thought of quitting the local music scene and has been absolutely devastated. But now, Faizal Tahir has found a fresh resolve to continue his career as a singer.
揑 was totally devastated especially after being dropped from the Anugerah Juara Lagu. But at the end of the day, I have only myself to blame, |
|
|
|
|
|
|
|
NST 28 Jan 2008
![](http://img246.imageshack.us/img246/3409/nst282tz5.jpg)
p/s:credit to zandradavis@ Rockensteiners. net |
|
|
|
|
|
|
|
kosmo- 7 feb 2008
Dari pentas ke rumah Chesire
KERJA AMAL. Naib juara pertandingan realiti televisyen, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir dalam diam rupa-rupanya sibuk bersama penghuni Rumah Chesire, Batu Caves semalam melakukan kerja-kerja amal membersihkan ladang buah naga.
![](http://img255.imageshack.us/img255/2228/ne0711tt9.jpg)
FAIZAL (kanan) bermesra dengan penghuni rumah kebajikan Chesire di Batu Caves semalam.
Bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana tekun melakukan kerja-kerja pembersihan ladang itu yang diusahakan oleh pengurusan rumah kebajikan tersebut.
Kerja amal itu sebahagian daripada hukuman yang dikenakan gara-gara aksinya membuka baju ketika menyanyi pada persembahan pentas yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV baru-baru ini.
揂da hikmah di sebalik hukuman ini kerana sebelum ini saya tidak pernah berpeluang untuk melakukan kerja-kerja kebajikan kerana kesuntukan masa dan kini, inilah masanya, |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian 5 Feb 2008
![](http://img216.imageshack.us/img216/2113/berita521ma9.jpg)
p/s: credit to zandaradavis@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Media Hiburan - 16 FeB o8
![](http://img266.imageshack.us/img266/9836/mh16feb1mr1.jpg)
![](http://img528.imageshack.us/img528/4963/mh16feb2zb2.jpg)
p/s:credit to sharina@ Rockensteiners.net |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan 18 Feb 08
Faizal Tahir masih disenangi
BIARPUN telah melalui detik-detik hitam berkaitan kontroversi yang telah dicipta, namun Faizal Tahir masih percaya bahawa rezekinya dalam industri muzik tempatan masih bercahaya.
Walaupun tindakannya tempoh hari telah mencetuskan pelbagai persepsi yang mana ada pihak masih bersimpati serta ada juga sebaliknya namun ia sedikit pun tidak memberi tekanan kepada naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM) ini.
揂lhamdulillah, sehingga ke hari ini saya masih dalam keadaan baik. Ahli keluarga dan kawan-kawan banyak memberi sokongan kepada saya. Saya masih bernafas untuk terus berjuang dalam bidang seni ini. Apa yang telah berlaku tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya, |
|
|
|
|
|
|
| |
|