|
salam..
sy tertarik dgn perbincangan antara mazhab sebegini yakni ASWJ dan Syiah..
sy br nk kaji psl syiah ni apa dan siapa.
sy baru mengetahui perihal keburukan syiah yg bercabang2 ini..
dan sy juga melihat drpd sumber primer nye sendiri melalui website2nya dan buku2 mrk(syiah),terdapat kontradaksi setakat ini yg sy temui dgn apa yg sy baca melalui hakekat.com, tenteradajjal dll..
bg sy yg masih jagung ni, yg juga masih belajar dan ada belajar 'logic & critical thinking' di UM,
dlm apa2 yg kita cari/kaji,mestilah dicedok daripada sumber aslinya@primer@asal.
bak kata pepatah,"nak tahu pasal UMNO,bergaul dan duduk/berbincanglah bersama org UMNO,bukan dgn org PAS"..
malah, setiap hujah@argument, mesti ada premis2 yg mengikut syarat2 yg sah kemudian barulah ada kesimpulan yg sah.
dan apa yg sy lihat drpd sumber syiah sndiri, ternyata mrk bertuhankan Allah swt, ber rasul kan Muhammad saw. mrk juga kelihatan sering berselawat dlm majlis2 ilmu mrk, berbanding ASWJ sy kira kurang berselawat spt mana yg dilakukan oleh syiah.maaf..
apa2 pun sy tertarik dgn gaya perbahasan kedua2 pihak..
di sini sy ada 1 pertanyaan buat mazhab sy sendiri ASWJ dan 1 pertanyaan buat Syiah
kpd ASWJ : apakah ASWJ kita berpegang kpd "Al-Quran dan Itrah Ahlulbait"?
kpd Syiah : apakah anda menganggap kitab2 muktabar anda itu SAHIH sepenuhnya spt mana ASWJ kami memiliki kitab SAHIH kami yakni Bukhari dan Muslim ?
diharap,pakar/wakil ASWJ dan Syiah menjawab persoalan yg sy tujukan ini..
terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 14-6-2009 18:22 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bila masa pulak sayyidina abu bakr RA mencarut ? apa kata saudara bawakkan hadisnya secara keseluruhan supaya dapat di analisis dgn adil & saksama.
wajiblah kita mencintai abu bakr RA kerana ...
Bukankah Bill sudah pun menyatakan sumbernya itu dan sekarang ente pulak yang pakar bahasa Arab mengkaji dan menilainya sendiri.
bahasa Arabnya:
# 2770
http://www.al-eman.com/hadeeth/viewchp.asp?BID=13&CID=109#s1
Kalau dalam sirah Nabawiyyah oleh Dr.Said Ramadhan Al-Buti pun ada dinyatakan juga. Nah...cuba ikuti sebahagian kuliah yang disampaikan oleh TG Nik Aziz Nik Mat ini..
(Di antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang bernama Hudair bin Warqa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Triple_8 at 13-6-2009 01:30 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bawak saja sanadnya yang ente kata sahih tu. Kita tengok nanti.
Laaa. hang ni tak perasan ka yang Bill bawak mai sekali kitab sumber nya itu ataupun ang ni dah mula rabun mata tu. Kalau rabun cuba2 minum 'Brand pati cherry' supaya segar sikit mata naaa.
Kalau aku nak campuq lagi dengan banyak kelebihan2 Imam Ali tentu ang takkan tidoq malam lagi dibuatnya.
Nah...sekarang sebagaimana wahabi yang banyak mendaifkan hadis2 dari sumber ASWJ sendiri maka ang lah yang patut meneruskan tugas2 tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Triple_8 at 13-6-2009 01:30 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
النعمانبنبشير قال استأذن أبو بك&# ...
salam triple lapan..
berbincanglah dgn adil dan fikiran yg terbuka... wlpun sy menyokong sepenuhnya sdr yg berani berhujah dgn syiah, tetapi metodologi kamu sy rasa kurang enak mendengarnya dan seakan2 berputar belit.tidak kepada point. sy harap sdr tidak memalukan diri sendiri, sy dan ASWJ lain dlm berhujah dgn syiah. berlaku adillah wahai saudaraku. Allahuakbar! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 Gravedigger's post
Mengapa anda bersikap Khianat Bung?
Mengapa anda tidak terjemahkan sekali kata-kata kejian orang itu terhadap para sahabat? Mengapa anda hanya terjemahkan cacian Abu Bakar terhadapnya saja?
Jawapan saya senang saja. Abu Bakar menyumpah orang itu dengan kata-kata kesat kerana dia memang patut disumpah begitu. Ada ke patut dia berlaku biadab terhadap Nabi di depan sahabat-sahabatnya? Ada ke patut dia menghina Islam secara terang-terangan di depan Nabi dan para sahabatnya? Ada ke patut dia kata sahabat Nabi ni akan lari meninggalkan Nabi macam Syiah kata?
Kalaulah ada seseorang berlaku biadab terhadap bapa kamu di depan kamu, menghina keluarga kamu di depan kamu, menghina kamu semua secara berdepan dan terang-terangan, apakah agaknya yang kamu akan lakukan? Kalau kamu hanya sekadar menyumpah dia dengan "FAQ u", dia memang bertuah!
Abu Bakar telah menyumpahnya begitu di depan Nabi s.a.w. dan Baginda tidak menegurnya. Ini menunjukkan perbuatannya itu memang kena pada masa dan tempatnya. Orang itu memang layak untuk disumpah dengan kata-kata kesat kerana perbuatannya yang teramat buruk dan berani pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi pun Nabi sendirilah yang ajar kita balas macam tu.
أخبرنا إبراهيم بن محمد التيمي القاضي كان بالبصرةقال حدثنا يحيى بن سعيد القطان عن عوف عن الحسن عن عتي عن أبي قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من تعزى بعزاء الجاهلية فاعضوه بهن أبيه ولا تكنوا
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sesiapa yang melaungkan slogan jahiliyyah, kamu seranahlah dia (dengan berkata "Gigitlah kemaluan bapak engkau") dan tak payahlah kamu berselindung-selindung (menggunakan bahasa kinayah).
(Sunan Kubra Nasa'i, j. 5 m/s 272)
أخبرنا محمد بن هشام قال حدثنا خالد بن الحارث قال حدثنا أشعب عن الحسن أن أبيا قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : إذا اعتزى أحدهم بعزاء الجاهلية فاعضوه بهن أبيه ولا تكنوا
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sekiranya seseorang daripada mereka melaungkan slogan jahiliyyah, kamu seranahlah dia (dengan berkata "Gigitlah kemaluan bapak engkau") dan tak payahlah kamu berselindung-selindung (menggunakan bahasa kinayah).
(Sunan Kubra Nasa'i, j. 5 m/s 272)
[ Last edited by Triple_8 at 15-6-2009 22:14 ] |
|
|
|
|
|
|
|
حدثنا عثمان المؤذن قال حدثنا عوف عن الحسن عن عتي بن ضمرة قال : رأيت عند أبي رجلا تعزى بعزاء الجاهلية فأعضه أبي ولم يكنه فنظر إليه أصحابه قال كأنكم أنكرتموه فقال إني لا أهاب في هذا أحدا أبدا إني سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول من تعزى بعزاء الجاهلية فأعضوه ولا تكنوه
Bermaksud: Saya telah melihat seorang lelaki melaungkan slogan jahilyyah dekat Ubai, lalu dia menyeranahnya tanpa berselindung-selindung. Lalu sahabat-sahabatnya memandang kepadanya. Dia pun berkata, "Kamu berasa pelikkah? Sesungguhnya aku tidak takut kepada sesiapapun berkenaan perkara ini selama-lamanya, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sesiapa yang melaungkan slogan jahiliyyah, kamu seranahlah dia (dengan berkata "Gigitlah kemaluan bapak engkau") dan tak payahlah kamu berselindung-selindung (menggunakan bahasa kinayah).
(Al-Adab al-Mufrad, j. 1 m/s 334)
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عُتَيٍّ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ رَأَيْتُ رَجُلًا تَعَزَّى عِنْدَ أُبَيٍّ بِعَزَاءِ الْجَاهِلِيَّةِ افْتَخَرَ بِأَبِيهِ فَأَعَضَّهُ بِأَبِيهِ وَلَمْ يُكَنِّهِ ثُمَّ قَالَ لَهُمْ أَمَا إِنِّي قَدْ أَرَى الَّذِي فِي أَنْفُسِكُمْ إِنِّي لَا أَسْتَطِيعُ إِلَّا ذَلِكَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَعَزَّى بِعَزَاءِ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَعِضُّوهُ وَلَا تَكْنُوا
Daripada Ubai bin Kaab dia telah berkata, "Saya telah melihat seorang lelaki melaungkan slogan jahiliyyah dekat Ubai, dia berbangga dengan bapanya, lalu dia (Ubai) menyeranahnya tanpa berselindung-selindung. Kemudian dia berkata kepada mereka (sahabat-sahabatnya) "Ketahuilah, sesungguhnya aku telah mengetahui perasaan kamu, aku hanya mampu untuk berbuat begitu saja, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Sesiapa yang melaungkan slogan jahiliyyah, kamu seranahlah dia (dengan berkata "Gigitlah kemaluan bapak engkau") dan tak payahlah kamu berselindung-selindung (menggunakan bahasa kinayah).
(Musnad Ahmad, j. 35, m/s 158)
فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
Ini semua tidak bercanggah dengan al-Quran yang suatu ketika dulu sepakat dikatakan oleh Syiah sebagai palsu, tetapi ahkirnya mereka telah rebah tersungkur dan mengaku kalah di hadapannya...
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
[ Last edited by Triple_8 at 16-6-2009 13:32 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ha, mod, nak potong kredit kitorang pasal kes mencarut dengan Syiah yang memaki sahabat ni, ingat-ingatlah sikit hadis Nabi tuh.:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 Gravedigger's post
Hebat juga Abu Bakar ini kan...ingatkan seorang yang lemah lembutdan berbahasa sopan santun depan nabi tapi rupa-rupanya ada jugaciri-ciri samseng macam Umaq lah juga.
Jangan ingat orang Islam ni jenis yang bersopan-santun dan lemah-lembut dengan musuh pada setiap masa. Lembu pun reti tanduk orang yang kacau dia. Orang berlagak samseng dengan kita, kita akan berlagak samseng jugak. Macam tu barulah betul.
Tapi Syiah nampaknya suka dengan orang menghina sahabat dalam hadis tersebut, bahkan benci pulak terhadap Abu Bakar dan kata dia samseng kerana menyumpah orang itu dengan kata-kata kesat. Orang yang menghina sahabat tu tak samseng ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 Gravedigger's post
bukankah terjemahannya : ' hisaplah batu berhala mu ' ?
kekasaran abu bakr RA itu kena pd tempatnya dikala nabi SAW & islam di hina oleh musuh2 islam.
itu menunjukkan para sahabat itu tidaklah ma'sum walaupun mereka insan yg di redhai.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by billionaire at 12-6-2009 23:35 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Benarkah Aisyah paling dicintai oleh Rasulullah saaw?
Boleh cerita panjang mengenai hal ini, namun buat apa nak cerita panjang2? Teringat peribahasa Melayu seperti kera bunga. Marilah kita perhatikan:
1. Hanya Aisyah (dan hafsyah) sahajalah isteri Nabi saaw yg diancam Allah SWT
Ketika Aisyah dan Hafsyah berpakat menipu Rasulullah saaw utk menyakitkan hatinya (lihat sahih Bukhari), Allah SWT berfirman:
揓ika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Triple_8 at 16-6-2009 13:41 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Jangan ingat orang Islam ni jenis yang bersopan-santun dan lemah-lembut dengan musuh pada setiap masa. Lembu pun reti tanduk orang yang kacau dia. Orang berlagak samseng dengan kita, kita akan ...
salam triple lapan..maaf mencelah,
sy ada terbaca mengenai kisah sejarah bgmana Abu Bakar memperlakukan tidak elok terhadap Saidina Ali dan Fatimah Az-zahra.peristiwa bai'at dan tanah fadak. apa yg sy faham, Abu bakar telah membuat Fatimah Az-zahra sedih&marah sehingga Fatimah wafat, beliau(fatimah) tidak membenarkan Abu Bakar dan Umar drpd menziarahnya. dan apa yg sy faham, jika bukan sebab Abu Bakar menzalimi Ahlulbait, maka Syiah juga sudah pasti tidak akan melaknatnya(abu bakar). tetapi hal ini berlaku. jika ada kesilapan,mohon maaf.sy masih mengkaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 16-6-2009 19:12 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
...Tapi mana ada laknat Allah kepada mereka dalam Al-Quran...
salam mnm tujuh puluh tujuh,
maaf mencelah,
sy sedang mengkaji perihal positif dan negatif mazhab syiah yg dikatakan SESAT ini,
dan apa yg sy peroleh,ingin sy kongsi dgn sdr.,
tiada laknat Allah di dalam Al-Quran, tak bermakna Allah tidak melaknat org itu. sama lah spt solat maghrib 3 rakaat walaupun tidak ada tercatat dlm Al-Quran,namun begitu Rasulullah saw yg menerangkannya,melalui hadis.
jadi, Al-Quran semata2 tidak cukup, ingat,Al-Quran digandingkan bersama sunnah@keluarga nabi. maka sandingkanlah keduanya. sy rasa,Aisyah berperang dgn Amirul Mukminin Ali dlm Battle of Jamal..ingatkah saudara? sy harap sdr semak sejarah berkenaan perang jamal. bagaimana dan punca serta kesannya. cuba sdr fikir sebaik-baiknya melalui sudut yg mencapah @ berfikiran secara adil, terima positif mahupun negatif dlm sejarah tersebut.
erm, ayat Al-Quran yg mana satu yg membicarakan ttg sucinya Aisyah daripada fitnah? boleh sy lihat..
apa2 pun sy menyokong sdr dlm berhujah. berhujahlah dgn adil dan dengan cara yg ilmiah..berfikiran terbuka..
ingat,nabi berhujah dgn paderi pun ada adab..dan dgn cara yg adil. ikutilah sunnah nabi...jgn biarkan kefanatikan sdr melebihi tujuan utama/niat sdr dlm membuktikan kebenaran ASWJ kita.. gunakan akal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by drc4rd1n at 16-6-2009 22:32 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sy sedang mengkaji perihal positif dan negatif mazhab syiah yg dikatakan SESAT ini,
dan apa yg sy peroleh,ingin sy kongsi dgn sdr.,
tiada laknat Allah di dalam Al-Quran, tak bermakna Allah tidak melaknat org itu. sama lah spt solat maghrib 3 rakaat walaupun tidak ada tercatat dlm Al-Quran,namun begitu Rasulullah saw yg menerangkannya,melalui hadis.
jadi, Al-Quran semata2 tidak cukup, ingat,Al-Quran digandingkan bersama sunnah@keluarga nabi. maka sandingkanlah keduanya. sy rasa,Aisyah berperang dgn Amirul Mukminin Ali dlm Battle of Jamal..ingatkah saudara? sy harap sdr semak sejarah berkenaan perang jamal. bagaimana dan punca serta kesannya. cuba sdr fikir sebaik-baiknya melalui sudut yg mencapah @ berfikiran secara adil, terima positif mahupun negatif dlm sejarah tersebut.
Salam saudara.
Kalau saya tak berlaku adil, sebutlah di mana. Tak adil saudara membuat komen seolah-olah saya tak berlaku adil tanpa menyatakan dengan jelas.
Secara ringkas, anda kena tahu yang banyak hadith ASWJ tidak diterima Syiah, dan hadith yang mengandungi perawi Syiah juga tidak diterima oleh ASWJ. Justeru perbahasan tidak akan selesai kalau masing2 ikut hadith masing2.
Perang Jamal pun saya dah sentuh sebelum ni kat sub-board ni. Mungkin pada anda Aisyah berniat berperang dengan Ali menampakkan permusuhan keduanya. Namun mereka bukan berniat perang, Aisyah menuntut pembunuh Uthman dihukum, dan pembunuh2 Uthman pula cepat2 bai'ah Ali bersama-sama dengan sahabat yang lain maka sukar untuk mencari pembunuh yag sebenar. Apabila mereka rasa meraka terancam, pembunuh2 itulah yang memulakan peperangan dengan menyerang kedua-dua kem di waktu awal pagi maka peperangan meletus dan sukar dikawal.
Saya juga berharap anda menerima penerangan sumber ASWJ dengan adil.
Juga berkaitan tanah Fadak telahpun disentuh di sub board ni. Anda bolehlah buat search. Masalah Tanah Fadak itu adalah masalah Ijtihad bukannya masalah menidakkan haqq. Abu Bakr sendiri tidak mengutamakan keluarganya, dan juga beliau berpegang kepada pesanan Nabi bahawa Nabi2 tidak mewariskan harta.
Adakah kerana harta yang menyebabkan kemarahan yang amat dahsyat oleh Fatimah kepada Abu Bakr? Tidak sama sekali namun sejarah bolehlah dikaji dari banyak sudut, dan bayak cerita pelbagai versi ada maka kajilah dengan hati yang bersih, adil dan saksama.
Berkenaan ayat yang mensucikan Aisyah dari fitnah, anda bolehlah mengkaji asbaab nuzul ayat 11 hingga 23 Surah An-Nuur.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 mnm77's post
bukankah ALLAH memerintahkan 'aisyah RA, ibu org2 yg beriman, yaitu hendaklah TETAP di rumahnya, bertujuan utk membersihkan ahlulbayt dari najis jahiliyyah ( al ahzab 33 ). oleh itu mengapa 'a i syah RA meninggalkan rumahnya & pergi berperang ? bukankah perbuatan 'a i syah RA ini bertentangan dgn perintah ALLAH SWT ? mohon penjelasan............
berkaitan tanah fadak, ALLAH berfirman :
.......DAN ORG2 YG MEMPUNYAI HUBUNGAN DARAH SEBAHAGIAN MEREKA LEBIH UTAMA DGN SEBAHAGIAN ( YG LAIN ) DI DLM KITAB ALLAH DARI ORG2 YG BERIMAN DAN ORG2 MUHAJIRIN.... QURAN surah al ahzab ayat 6.
bukankah fatimah RA mempunyai PETALIAN DARAH dgn nabi SAW ? sudah tentulah beliau LEBIH UTAMA dari mana2 org beriman mahupun dari kalangan sahabat muhajirin sekalipun. dan ORG2 YG MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH berhak mewarisi dari pewaris seperti apa yg telah di tetapkan di dlm ALQURAN. dan ummat islam sepatutnya MENGUTAMAKAN AHLULBAYT kerana ini adalah perintah ALLAH dan haq ahlulbayt.
fatimah RA berhak marah kerana haq.
WALLAHU A'LAM.
[ Last edited by sirri_khafi at 17-6-2009 02:01 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 01:23 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
bukankah ALLAH memerintahkan 'aisyah RA, ibu org2 yg beriman, yaitu hendaklah TETAP di rumahnya, bertujuan utk membersihkan ahlulbayt dari najis jahiliyyah ( al ahzab 33 ). oleh itu mengapa 'a i syah RA meninggalkan rumahnya & pergi berperang ? bukankah perbuatan 'a i syah RA ini bertentangan dgn perintah ALLAH SWT ? mohon penjelasan............
Salam.
Untuk lebih adil berbincang bab ni, saya ada beberapa persoalan:
1. Pada ustaz, adakah Aishah termasuk dalam kategori ahlul bait?
2. Adakah Aishah diiktiraf sebagai Ummul Mukminin?
3. Adakah Aisyah seorang yang maksum?
4. Adakah Aisyah tidak pernah menyesal atas kesilapannya, iaitu keluar dari rumah (niat bukan untuk berperang, namun akhirnya terjebak dalam peperangan)
Kalau ustaz kaji sejarah dari sumber ASWJ, nescaya ustaz akan dapat jawapannya Insha Allah.
Nabi Yunus, seorang Nabi Allah, ketika dalam kesukaran memilih untuk meninggalkan kaumnya yang mana pilihan itu tidak disukai Allah maka akhirnya beliau ditelan ikan besar dan akhirnya bertaubat semasa dalam perut ikan tersebut.
Ujian untuk para Nabi adalah sebesar-besar ujian, kemudian kepada orang2 seperti Ummul Mukmin, ahlul bait, para Ahlullah mengikut darjat keimanan mereka kepada Allah.
berkaitan tanah fadak, ALLAH berfirman :
.......DAN ORG2 YG MEMPUNYAI HUBUNGAN DARAH SEBAHAGIAN MEREKA LEBIH UTAMA DGN SEBAHAGIAN ( YG LAIN ) DI DLM KITAB ALLAH DARI ORG2 YG BERIMAN DAN ORG2 MUHAJIRIN.... QURAN surah al ahzab ayat 6.
bukankah fatimah RA mempunyai PETALIAN DARAH dgn nabi SAW ? sudah tentulah beliau LEBIH UTAMA dari mana2 org beriman mahupun dari kalangan sahabat muhajirin sekalipun. dan ORG2 YG MEMPUNYAI PERTALIAN DARAH berhak mewarisi dari pewaris seperti apa yg telah di tetapkan di dlm ALQURAN. dan ummat islam sepatutnya MENGUTAMAKAN AHLULBAYT kerana ini adalah perintah ALLAH dan haq ahlulbayt.
fatimah RA berhak marah kerana haq.
Anda benar, Fatimah berhak untuk marah. Adakah dengan ini bermakna Abu Bakr layak dilaknat? Sedangkan ketika Abu Bakr menjelaskan kepada Fatimah perihal Fadak, beliau sendiri menyatakan Fatimah (ahlul bait) dicintainya melebihi keluarganya.
Sebab itu saya katakan ia adalah masalah ijtihad. Pada Abu Bakr, para Nabi tidak mewariskan harta adalah yang lebih utama. Beliau boleh disalahkan, namun lihatlah pengorbanan Abu Bakr menginfakkan segala hartanya demi agama. Adakah Abu Bakr lebih mementingkan harta untuk peribadi atau kerabatnya, ataupun untuk sahabat muhajirin atau yang lain sekalipun?
WAllahu a'lam
Penerangan yang lebih terperinci di bawah:
[ Last edited by mnm77 at 17-6-2009 07:57 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 01:23 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
bukankah ALLAH memerintahkan 'aisyah RA, ibu org2 yg beriman, yaitu hendaklah TETAP di rumahnya, bertujuan utk membersihkan ahlulbayt dari najis jahiliyyah ( al ahzab 33 ). oleh itu mengapa 'a i ...
assalamualaikum ustaz,
satu persoalan yang ingin saya kemukakan, apa pandangan ustaz tentang saidina abu bakar? apakah dia berdosa tentang isu tanah fadak? adakah saidina abu bakar terlalu jahil tentang agama?. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #57 madie\ catat
beliau ialah sahabat nabi SAW. RADIYALLAHU 'AN HU.
dosa & pahala hanya ALLAH yg tahu.
beliau lebih alim dari dari saya.
bagi abu bakr RA, tidak ada makna kaseh sayang terhadap nabi & keluarga nabi kalau melanggar perntah nabi SAW.
abu bakr RA berpegang dgn hadis " tidak di ambil pusaka dari kami ( keluarga nabi ) kerana ia adalah sedekah ". ini menunjukkan ketaatan abu bakr RA terhadap sunnah nabi mengatasi segalanya.
namun, ALQURAN sebaliknya menegaskan : DAN ORG2 YG MEMPUNYAI HUBUNGAN DARAH SEBAHAGIAN MEREKA LEBIH UTAMA DGN SEBAHAGIAN ( YG LAIN ) DI DLM KITAB ALLAH. al ahzab 6.
lagipun, di dlm ALQURAN tidak ada larangan pun utk AHLULBAYT mewarisi HAQ mereka dari nabi SAW.
jadi, sudah tentulah hadis abu bakr RA itu berlawanan dgn nas QURAN. sedangkan kedudukan ALQURAN sebagai SUMBER HUKUM lebih UTAMA berbanding HADIS. namun sudah menjadi ijma' bahawa hadis juga adalah SUMBER HUKUM selepas ALQURAN.
pd saya, dalil ayat 6 al ahzab itu membuktikan yg sayyidah fatimah RA BERHAQ terhadap tanah fadak & hukum ALQURAN ini lebih adil utk manusia secara amnya.
boleh jadi abu bakr RA itu betul, boleh jadi juga beliau salah kerana beliau bukannya maksum. setiap manusia pasti ada salah & silap.
p/s : saya pun tak maksum dan barangkali saya pun boleh tersilap dlm ijtihad mcm para sahabat gak !
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #56 mnm77\ catat
pd pendapat saya, 'a i syah RA itu adalah isteri nabi & ibu org2 beriman. beliau juga AHLULBAYT namun tetaplah xsama dgn kategori ULUL ARHAM ( org2 yg mempunyai pertalian darah ). seandainya kalau 'a i syah RA di ceraikan nabi SAW, ' a i syah RA sudah menjadi ORG LUAR. bukan AHLULBAYT lagi. namun ali RA, fatimah RA, hasan RA, husain RA adalah ULUL ARHAM sekaligus AHLULBAYT YG SEJATI SAMPAI BILA2.
'a i syah RA tidaklah maksum. beliau juga tidak sunyi dari salah & silap. sedangkan nabi SAW sendiri pun beristighfar 70 kali sehari. jadi xperlulah di tanya soal maksum kerana hanya ALLAH lah yg mutlaq xpernah buat silap & dosa. sedangkan manusia ada salah & silap walaupun 'itiqod ahlussunnah mengatakan bahawa para nabi itu ma'sum. namun jika kita kaji ALQURAN ada juga kesah2 para nabi yg melakukan kesilapan seperti kisah nabi yunus AS dll.
maseng2 ada ujian maseng2 sesuai dgn kedudukan maseng2. namun yg salah tetap salah & yg benar tetap benar dan ALLAH tidak malu dgn KEBENARAN.
oleh itu sebagai UMMAT WASOTAN/YG ADIL, kita hendaklah bersikap adil di dlm memahami sirah & sejarah supaya kita tidak tersilap menilai keadilan manusia.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 17-6-2009 11:10 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
beliau ialah sahabat nabi SAW. RADIYALLAHU 'AN HU.
dosa & pahala hanya ALLAH yg tahu.
beliau lebih alim dari dari saya.
bagi abu bakr RA, tidak ada makna kaseh sayang terhadap nabi & ...
assalamualaikum,
kalau saudara berkata demikian tak apalah, cuma saya hairan kenapa kita berani mempertikaikan sahabat yang mana saidina abu bakar merupakan sahabat besar.
mungkin saya silap, kerana gaya saudara memberi penerangan seolah olah saidina abu bakar melakukan kesilapan besar terhadap siti fatimah.
salam |
|
|
|
|
|
|
| |
|