|
[R-TV] MENTOR 3 - TAHNIAH!!! BLACK & MAS IDAYU
[Copy link]
|
|
awie nk pompuan jew... org laki di xmo....
ajai lak meroyan sbb geram bebudak x pndai nyanyi, tp nk 2nd change...:@
klo aku jadik ajai mmg sure x kasi,,,, not fair to other pserta yg Q kt luo tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 lanalara's post
stuju gak...
nk jadik cm AF kew?? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau ke siapa yg dipilih???? |
|
|
|
|
|
|
|
Depan Mata: Jac layak jadi mentor?
Rap
PERANG program realiti sudah bermula. Jika One In A Million musim ketiga (OIAM3) menutup tirainya Jumaat ini untuk memilih juara ketiga selepas Suki dan Ayu, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) pula menyusul pertengahan Mei.
Mei juga bakal menyaksikan pertarungan peserta Bintang RTM dan Mentor musim ketiga. Matlamatnya sama, mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian seterusnya melahirkan sebutir bintang di empat stesen televisyen, OIAM di 8TV, AF (Astro), Bintang RTM (RTM) dan Mentor (TV3).
Tidak cukup saingan mencungkil bakat penyanyi, diperkenalkan pula program mencari pelakon.
Bukan satu, tetapi ada dua program yang punya konsep sama, Anak Wayang untuk siaran Astro dan Pilih Kasih (RTM). Sebelum ini ada Audition di ntv7, tetapi hanya sempat bersiaran dua musim terus hilang.
TV3 pula tampil dengan Mentor musim ketiga memperkenalkan enam mentor, Adibah Noor, Lah VE, Awie, Ajai, Mas Idayu dan Jaclyn Victor. Mereka bakal membimbing protege yang berjaya dipilih hasil uji bakat.
Konsep Mentor agak unik dan berbeza kerana mentor akan menurunkan segala ilmu dimiliki kepada seorang protege. Apabila enam mentor itu diperkenalkan, tertanya -tanya juga mengapa Jac?
Bukan menidakkan kemampuan penyanyi Gemilang itu, tetapi rasanya baru saja kita lihat pahit getir dan perjuangan Jac dalam program realiti Malaysian Idol. Kini sudah menjadi mentor untuk membimbing protege?
Sudah tiada lagikah artis kita yang berpengalaman dan berpengetahuan luas untuk menjayakan program itu? Sudah tentu ramai yang lebih layak, lagipun program itu hanya memerlukan enam mentor.
Sekadar memberi beberapa contoh, Datuk Sheila Majid, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Aishah, Datuk DJ Dave, Anuar Zain, Ziana Zain, Ramlah Ram, Rahim Maarof, Amy Mastura, Deja Moss, Camelia, Francissca Peter, M Nasir, Jamal Abdillah, Ella dan Fauziah Latiff.
Cuma mungkin masalah komitmen atau pun mereka tidak menjadi pilihan kerana faktor populariti. Maklumlah, untuk menarik penonton, perlukan artis popular.
Dalam pengejar populariti, sememangnya stesen televisyen meletakkan percaturan kepada nama-nama popular. Kehadiran artis yang sudah ada nama sebagai peserta menjadi tarikan OIAM dan konsep ini turut digunapakai AF7 apabila membuka penyertaan kepada artis yang pernah merakamkan album.
Kalau pesertanya tidak popular, pengacaranya perlu artis dikenali. Mungkin atas dasar itu, Anak Wayang memilih dua pelakon popular, Fazura dan Rusdi Ramli sebagai pengacara.
Mungkin RTM perlu menggunakan pendekatan ini untuk Bintang RTM kerana saban tahun program itu kurang diperkatakan walaupun menampilkan peserta yang punya vokal mantap.
Apabila dinamakan perang, tentulah masing-masing mengatur strategi untuk memastikan program mereka menarik perhatian penonton. Kalau tidak ramai yang menonton, bermakna program dianjurkan tidak popular.
Antara AF, OIAM, Mentor dan Bintang RTM, mana satu lebih popular dan menjadi sebutan? Rasanya AF lebih berjaya bukan sekadar mencipta fenomena malah satu ketika sampai deman dengan pelbagai kejutan saban minggu hingga ramai ternanti-nanti apa lagi bentuk kejutan diperkenalkan.
Kalau diikutkan jumlah penonton yang melanggan Astro, banyak manalah berbanding mereka yang boleh menonton saluran percuma.
OIAM dan Mentor bertuah kerana 8TV dan TV3 berada di bawah payung Media Prima Berhad yang ada stesen radio Hot FM, Fly FM dan One FM. Tidak cukup dengan itu, bantuan rakan media dari akhbar kumpulan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP).
Bintang RTM juga mempunyai ruang sama kerana stesen kerajaan itu ada RTM1 dan RTM2 dan juga stesen radio tapi kalau diukur dari segi populariti, Bintang RTM paling bawah.
Mungkin RTM memerlukan rakan media untuk menyokong program mereka. Begitu juga Anak Wayang dan Pilih Kasih yang mempunyai konsep sama, perlu mengatur strategi sendiri. Bagaimana caranya? Tentulah melalui publisiti dan promosi yang dilakukan sama ada percuma atau berbayar.
Tapi dalam dunia berkiblat kebendaan dan wang ringgit, tiada yang percuma. Kalau ada duit, semua boleh jadi. Bukan maknanya sogok rasuah untuk membodek tapi melalui pembelian iklan di media cetak. Itu cara paling mudah dan berkesan.
Saya sarankan beli iklan di akhbar nombor satu Harian Metro yang mempunyai lebih dua juta pembaca. Astro sanggup melabur wang yang banyak bagi memastikan publisiti dan promosi program terbitannya di akhbar kumpulan NSTP terutama AF dan Anak Wayang.
Pilih Kasih juga perlu peruntukkan bajet besar untuk publisiti. Rasanya bajet bukan masalah kerana Suhan Movies & Trading Sdn Bhd mendapat tajaan RM4.3 juta daripada syarikat telekomunikasi.
Lebih-lebih lagi untuk merealisasikan azam Rosyam Nor mahu mencipta sejarah melalui Pilih Kasih sekaligus menaikkan rating RTM.
Sesuai dengan bajet besar dan azam besar, publisiti juga perlulah besar, jangan nanti orang bercakap mengenai Anak Wayang tetapi Pilih Kasih kurang menjadi pilihan.
Kalau masih ada berpegang cara lama dengan meminta simpati daripada rakan media atau bermodalkan air liur dan muka manis, sekali dua mungkin boleh tapi untuk memastikan publisiti besar-besaran dan berterusan, kuasa duit sangat penting. |
|
|
|
|
|
|
|
eh kowser kan minah yang nenangis masa audition jac tu
siap mintak jac call mak dia lagik
hellow
kau hengat TV3 tu syarikat makpak kau ke
choii |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #46 beta_carotene\ catat
haha kann.. motif sgt.. dtg odisyen semata2 nak jac call mak die |
|
|
|
|
|
|
|
peserta 6 org jek.. cukup ke utk sesi penyingkiran |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #48 jac_diehard_fan's post
7 org kan??? protege jac 2 org.....lisa dgr org bgth aaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #49 Eddlisa_uyuk\ catat
kire satu kumpulan.. jac kate die sayang nak lepaskan 2-2.. tapi i prefer yg nyanyi lagu if aint got u tu jek |
|
|
|
|
|
|
|
protoge ajai..abg stacy..chaq.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mizz_penang at 28-4-2009 01:06 PM
protoge ajai..abg stacy..chaq..
dia leh nyanyi ke??? cam dulu pun kureeeng...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lisa bt peraduan mingguan lak untuk mentor nih.......cam OIAM3 tuh...
ada yg nak enter ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #53 Eddlisa_uyuk\ catat
boley jek.. first time tgk gigih neh sbb ade jac |
|
|
|
|
|
|
|
BLACK Mentor : MAS IDAYU
Nama : Hanifah bin Md Hanafiah (Black)
Umur : 22
Tarikh Lahir : 21 Disember 1987
Pekerjaan : Berniaga
1. Apakah faktor terbesar anda untuk berjaya dalam Mentor 3?
Paras rupa bukan main factor untuk Berjaya, lihat kebolehannya - saya boleh menyanyi, & akan menjadi seorang legend dengan mutu suara saya walaupun paras rupa ku tak hensem, saya mengakulah muka tak hensem tetapi saya akan buat yg terbaik.
2. Siapakah idola anda?
Amy search, saya nak jadi macam abang Amy Search supaya saya dapat menggegarkan seni tanah air hingga ke Hollywood. Insyaallah
3. Apakah persamaan anda dgn mentor anda?
Mungkin saya boleh gelek macam dia, saya boleh nyanyi nyanyian dangdut & apa2 saja, saya versatile
Undi Black
MENTOR BLACK KE 33399
MENTOR<jarak>Nama Protege untuk 1 undi,
MENTOR5<jarak>Nama Protege untuk 5 votes,
MENTOR10<jarak>Nama Protege untuk 10 votes.
MENTOR = 1 vote = RM 0.50
MENTOR5 = 5 votes = RM 2.50
MENTOR10 = 10 votes = RM 5.00
Bagaimana untuk mengundi: sms MENTOR<jarak>Nama Protege ke 33399.
Contoh:
sms MENTOR<jarak>BLACK ke 33399, RM 0.50 per vote.
sms MENTOR5<jarak>BLACK ke 33399, RM 2.50 per vote.
sms MENTOR10<jarak>BLACK ke 33399, RM 5.00 per vote.
[ Last edited by toritonz82 at 3-5-2009 10:56 ] |
|
|
|
|
|
|
|
CHAQ
Mentor : AJAI
Nama : Camellus De抣elli Anam (Chaq)
Umur : 20
Tarikh Lahir : 26 Julai 1988
Pekerjaan : Penyanyi / Penari
1. Apakah persamaan anda dengan mentor anda?
Abang Ajai sporting, boleh satu kepala dengan saya.
2. Apa anda akan buat lepas Mentor 3 jika anda memenangi Mentor 3? -
Terpulanglah kepada Ajai & tengoklah masa depan nanti.
3. Siapakah Idola anda?
Justin Timberlake. Apa yang Justin ada, Chaq pun ada!
4. Kenapakah anda menyertai Mentor 3?
Dulu saya mempunyai group, namanya Bad Boys. Tapi saya sekarang dah berada di Mentor 3 untuk memperjuangkan jiwa solo saya.
Undi Chaq
MENTOR CHAQ KE 33399
MENTOR<jarak>Nama Protege untuk 1 undi,
MENTOR5<jarak>Nama Protege untuk 5 votes,
MENTOR10<jarak>Nama Protege untuk 10 votes.
MENTOR = 1 vote = RM 0.50
MENTOR5 = 5 votes = RM 2.50
MENTOR10 = 10 votes = RM 5.00
Bagaimana untuk mengundi: sms MENTOR<jarak>Nama Protege ke 33399.
Contoh:
sms MENTOR<jarak>CHAQ ke 33399, RM 0.50 per vote.
sms MENTOR5<jarak>CHAQ ke 33399, RM 2.50 per vote.
sms MENTOR10<jarak>CHAQ ke 33399, RM 5.00 per vote.
[ Last edited by toritonz82 at 3-5-2009 10:58 ] |
|
|
|
|
|
|
|
EVO
Mentor : JACLYN VICTOR
Nama : Khairul Najmuddin bin Abu Samah (Hyrul)
Umur : 17
Tarikh Lahir : 5 Disember 1991
Pekerjaan : Pelajar
Selepas Mentor 3, adakah awak akan terus bersama Evo ataupun menyanyi secara solo.?
Hyrul: buat masa ini kita belum lagi tentu, kena tengok keadaannya, kalau keadaan tak menentu, tetapi kita tengok la apa yang akan jadi pada masa depan
Apakah yang anda akan buat jika memenangi mentor 3?
Hyrul: Kita akan membuat album, dan membuka lagi genre yang dapat memuaskan hati penonton sekalian
Nama : Halhusani bin Razmi (Sani)
Umur : 20
Tarikh Lahir : 10 Disember 1988
Pekerjaan : Pelajar
1. Adakah awak berasa selesa berada dalam kumpulan duo?
Sani: Yea. Kami amat selesa buat masa kini bekerja sesama. Kelebihan kita adalah kita dapat mencantum 2 idea sebagai 1
2. Selepas Mentor 3, adakah awak akan terus bersama Evo ataupun menyanyi secara solo.?
Sani: seperti yg dirancangkan kita akan kekalkan kumpulan ini, insyallah
3.Apakah yang anda akan buat jika memenangi mentor 3?
Sani: kita akan melebarkan sayap dalam bidang seni ini & cuba untuk memberi evolusi terbaru dalam dunia muzik.
Undi Evo
MENTOR EVO KE 33399
MENTOR<jarak>Nama Protege untuk 1 undi,
MENTOR5<jarak>Nama Protege untuk 5 votes,
MENTOR10<jarak>Nama Protege untuk 10 votes.
MENTOR = 1 vote = RM 0.50
MENTOR5 = 5 votes = RM 2.50
MENTOR10 = 10 votes = RM 5.00
Bagaimana untuk mengundi: sms MENTOR<jarak>Nama Protege ke 33399.
Contoh:
sms MENTOR<jarak>EVO ke 33399, RM 0.50 per vote.
sms MENTOR5<jarak>EVO ke 33399, RM 2.50 per vote.
sms MENTOR10<jarak>EVO ke 33399, RM 5.00 per vote.
[ Last edited by toritonz82 at 3-5-2009 10:59 ] |
|
|
|
|
|
|
|
FIRA
Mentor : LAH AHMAD
Nama : Hunanis Zafira binti Huzaini (Fira)
Umur : 18
Tarikh Lahir : 21 November 1991
Pekerjaan : Pelajar
1. Adakah anda akan mendengar mentor anda, & tidak meluahkan idea atau input kepada mentor anda?
saya tetap akan memberi pendapat saya kepada mentor saya, dan kita akan gabung pendapat & idea kita ini untuk 搘ow |
|
|
|
|
|
|
|
KEENA
Mentor : AWIE
Nama : Suriana binti Abdul Wahab
Umur : 22 Tarikh Lahir : 3 Ogos 1986
Pekerjaan : Live Band Singer
1. Sekiranya anda kalah dalam pertandingan ini, apakah yang paling anda rasa?
Saya masih bersyukur dapat mengikut mentor 3, bukan semua orang dapat peluang mendapat sifu yang boleh mengajar vokal & segalanya, & juga saya banyak berdikari hidup sendiri dengan kawan mentor yang lain.
2. Apa yang anda belajari dari Awie dari minggu yang lepas?
Belajar dari segi lagu & penampilan kerana awie pentingkan penampilan seseorang
3. Jika anda menang, apakah yang akan anda buat lepas mentor 3?
Saya akan membuat album rock, sebab di Malaysia jarang ada perempuan rock kebanyakkan lelaki sahaja
Undi Keena
MENTOR KEENA KE 33399
MENTOR<jarak>Nama Protege untuk 1 undi,
MENTOR5<jarak>Nama Protege untuk 5 votes,
MENTOR10<jarak>Nama Protege untuk 10 votes.
MENTOR = 1 vote = RM 0.50
MENTOR5 = 5 votes = RM 2.50
MENTOR10 = 10 votes = RM 5.00
Bagaimana untuk mengundi: sms MENTOR<jarak>Nama Protege ke 33399.
Contoh:
sms MENTOR<jarak>KEENA ke 33399, RM 0.50 per vote.
sms MENTOR5<jarak>KEENA ke 33399, RM 2.50 per vote.
sms MENTOR10<jarak>KEENA ke 33399, RM 5.00 per vote.
[ Last edited by toritonz82 at 3-5-2009 11:03 ] |
|
|
|
|
|
|
|
THYE
Mentor : ADIBAH NOOR
Nama : Tahiruddin bin Haji Sain (Thye)
Umur : 22
Pekerjaan : Artis Budaya
1. Sekiranya anda tidak memenangi pertandingan ini, apakah yang anda rasa?
Itu mungkin adat bertanding & rezeki drpd allah & saya 揳ppreciate |
|
|
|
|
|
|
| |
|