CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amir

Apa Perlu Qadha Solat Jika Di Perboleh Rukhsah Dan Taubat!

[Copy link]
Post time 22-3-2009 07:48 PM | Show all posts

Balas #31 Amir\ catat

Penentuannya apabila sesaorang itu bertaubat;yang dulunya orang kafir tanpa hidayah dan sekarang sudah Islam ia-itu sudah dapat hidayah,adalah sama seperti orang Islam yang dulunya tanpa hidayah(Islam warisan) dan sekarangnya sudah dapat hidayah. Mereka ini tidak melakukan solat kerana tanpa hidayah dan setelah mendapat hidayah lalu bertaubat,disitulah penentuannya. Allah tidak membebankan hambanya dengan bebanan sebegitu rupa. Bukankah Islam itu mudah,kamu sendiri akuinya?

apa point ostad amir kat sini? tak paham cuba jelaskan lagi...
apa kaitan taubat bg org yg kafir yg dah masuk Islam dgn org Islam secara warisan yg tak dpt hidayah ni?
sedangkan org yg murtad kemudian kembali memeluk Islam diwajibkan qada solat selama dia murtad itu
tidak lah sama dgn org kafir yg tak dpt hidayah, itu 2 perkara berbeza tu..



Jawapan kamu No.2 dan 3 menunjukkan hukum yang double standard! Orang yang pengsan;tidak sedarkan diri disuruh mengqadha solat walhal orang yang berhaid dan bernifas;secara sedar dia mengetahui bahawa dia telah meninggalkan solat,kenapa pulak tidak diwajibkan mengqadhanya? Double standard! Islam tidak seperti yang kamu sangkakan....

apa mende yg hukum double standard pulak ni..3rd standard takder ke?
nampaknya ostad aka lobai amir tidak mengerti ttg apa yg dikatakan uzur syar'ie bagi pompuan
yang berhaid dan nifas...saya cadangkan buka semula kitab yg bincangkan ttg uzur syar'ie ni dan mungkin
kamu akan paham nnt.



Mana nas hadisnya? Ibadah tidak boleh diqiaskan. Ibadah mestilah ada perintah daripada Allah dan RasulNya. Ibadah mesti mencontohi Nabi! Boleh qias tetapi bukan dalam perkara Ibadah khusus.


kan dah bagi nas hadis sebelum ni tak rujuk ke..bukan ke qiyas adalah sumber hukum yg ke-3 slps Al-Quran dan Sunnah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 08:06 PM | Show all posts
tumpang baca dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 10:23 PM | Show all posts

Mana perginya Usoop punya komen? Usoop tarik balik ke?

Sekarang aku berada di depan PC untuk menjawab persoalan seterusnya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by anak_johor at 22-3-2009 13:29
maaf mencelah..
bole terangkan ape maksud rukhsah itu secara detail..
tq



Rukhsah cakap Arab,cakap Melayunya ialah kelonggaran yang diberi oleh syariat untuk melakukan sesuatu ibadah. Seperti dalam bab solat,kita boleh menjamak dan qasak,atau pun jamak saje pun boleh bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 11:15 PM | Show all posts

Balas #36 always_typo\ catat

Kalau tak bayaq zakat bertahun-tahun, perlu usaha bersungguh-sungguh untuk qadha balik semua zakat yang miss tu, barulah taubat nasuha namanya - berusaha mendapatkan dan mengembalikan hak pada yang sepatutnya samada kepada manusia atau kepada Tuhannya.

Aku jawab begini:
Katalah tidak bayar kedua-dua jenis,perbuatan itu berdosa besar. Berdosa besar perlu kepada taubat nasuha iaitu taubat yang sungguh-sungguh.

Apakah keadah dan syarat-syarat?

Pertama wajib istighfar sambil mengenangkan dosa-dosa besar yang telah kita lakukan.
Kedua,berazam tidak kembali melakukan dosa-dosa tersebut.
Ketiga,banyak melakukan kebaikan menandakan bahawa taubat kita itu memperlihatkan kesungguhan. Apa saje kebaikan yang dilakukan boleh menghakis dosa-dosa yang lepas.


Samalah dengan solat juga, perlu diqadha. Ini pendapat Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar dan ramai lagi ulamak2 tersohor. Juga pendapat tokoh2 ulamak nusantara seperti syeikh daud al fathoni     melalui kitab-kitab jawi karangan mereka contoh Salamul Mubtadii

Taubat yang aku nyatakan diatas terpakai bagi semua dosa-dosa yang dilakukan oleh seorang insan.

Selain daripada dosa meninggalkan puasa wajib bertaubat dan wajib diqadhakan kerana ada lagi perintah yang bersabit dengan puasa iaitu membayar fitdiyah jika tidak mampu mengantikan puasa. Lihatlah Kebesaran Tuhan yang senantiasa menjaga kemaslahatan manusia fakir dan miskin. Selain daripada itu bertaubat nasuha adalah perkara yang disyorkan oleh agama.

Jika dosa meninggalkan solat, wajib diqadha bagaimana pulak dosa terlibat dengan riba? Kita tahu dosa itu adalah dosa besar! Apakah wajib dilakukan oleh sesaorang yang terlibat dengan dosa riba bertahun-tahun lamanya? Bagaimana pulak cara hendak membayar dosa-dosa itu?




Tengok http://hembusan.blogspot.com/200 ... lil-yang-sahih.html untuk lebih dalil.

Topik ni dah pernah diskus dulu:

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=302770

[ Last edited by  Amir at 22-3-2009 23:16 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by nursha at 22-3-2009 16:32
Tinggal solat tu..same dgn berhutang..

klu berhutang....boley langsai ke, kalau x bayar??

Tp..ade byk pendpt ttg qadha solat ni.. ade yg trime adenye qadha solat, & ade jugak yg menentang. ...



Manusia mencari-cari alasan bagi memberatkan urusan ibadah walhal tiada suatu perintah pun mengenai dengan qadha solat!

Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah Maha Mengetahui,jika Dia memerintahkan agar solat yang di tinggalkan wajib diqadha sudah tentu ada perintahNya seperti mana yang berlaku pada puasa.

Jika ada perintah mengqadha solat,tentu sekali ada perintah untuk membayarnya jika sesaorang itu tidak mampu melakukannya. Seperti mana disabitkan membayar fitdiyah sebagai pengganti puasa bagi orang yang tidak mampu menggantikan puasa.

Wahai pembaca sekian,kamu sebenarnya tidak mampu membayar hutang solat jika diperintahkan. Besar kemungkinan dikuatiri bahawa suatu hari nanti kamu akan berkata-kata diatas perbuatan yang sangaje di ada-adakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2009 12:01 AM | Show all posts

Balas #39 ibnur\ catat

Salam Amir,- Salam kembali Ibnur,
Kamu ni ada masanya nampak hebat, tapi ada masanya nampak macam slack....- Yang Hebat itu Allah SWT dan yang slack itu aku sendiri.


memang betul Nabi s.a.w. tak pernah ajar qadha salat.  Qadha solat ni hanya andaian kita sebab kita lafaz ada'an tapi bukan tunai, sebaliknya ada'an nak bayar hutang.  Jadila qadha ganti lafaz ada'an.

Itu aku cakap bagi orang-orang sekarang yang berlafaz sedemikian. Aku tidak mengiyakan perbuatan itu.

Kalau pendapat dan amalan aku,jika aku tertidur atau pun dilalaikan oleh keadaan,setelah tersedar daripada itu,aku akan melakukan solat,tidak kira pada keadaan apa pun. Akhir waktu atau pun terlepas waktu,syaratnya aku sedar pada ketika itu,aku akan lakukan. Tidak ada istilah qadha bagi aku. Agaknya, kamu terlepas baca kot,Ibnur!


TETAPI....

Nabi s.a.w. pernah melakukan solat asar di dalam waktu maghrib.  Bukan sebab tertidur tetapi sebab dharurat lain.

Kamu Amir sebaliknya kata qadha (atau solat terlepas waktu) tu khusus untuk orang tertidur.  Ini rujukan hadith sahih :

Jabir bin Abdillah r.a menceritakan,
Di ketika Perang Khandak Umar al-Khattab menyumpah-marah kaum kafir Quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata, "Ya Rasulullah ! Saya tidak sempat mendirikan solat Asar dan matahari sudahpun turun!"
Nabi sallallahu-alaihi-wasallam berkata, "Demi Allah! Aku juga belum solat!"
Dengan itu kami turun ke Buthan (perigi air) dan Nabi berwudhu' dan kami juga berwudhu' dan kemudian kami mendirikan solat Asar setelah matahari terbenam diikuti dengan solat Maghrib.
( Maksud hadith dari  Sahih Bukhari 1/ 570 dan 2/560).

Maknanya, solat yang belum dilakukan dengan sebab dharurat, boleh dilakukan di luar waktunya.  Bukan biar tidak dilakukan terus dan  harap menanggung dosa pulak.  Sedangkan Nabi s.a.w. tetap melakukan solat yang terlepas waktu akibat dharurat (bukan tidur).

Aku bersetuju dengan kamu!

Soalan ke 2 tu, coma, pengsan, anaestheric tu semua adalah dikira sama dengan tidur dan wajib bersolat yang tertinggal kerananya.  Bukan dibiarkan sahaja.

Ini aku bersetuju jika masa kelamaan pengsan itu tidak begitu lama. Apabila terjaga daripada pengsan maka wajib melakukannya diluar waktu.
Tetapi bagaimana jika pengsan itu melibatkan masa yang panjang seperti seminggu,dua minggu dan mungkin berbulan? Ini jugak boleh diketogerikan sebagai uzur syarii seperti mana perempuan yang mendatangi haid dan bernifas. Mereka ini tidak disyariatkan mengganti solat yang tertinggal.

Boleh kamu bagi pendapat kenapa agaknya bagi perempuan yang uzur tidak wajib menggantikan solatnya? Walhal mereka secara sedar meninggalkan solat cuma tidak suci sahaja pada ketika itu. Kenapa syariat tidak mensabitkan mereka agar mengqadha solat mereka yang tertinggal?


[ Last edited by  Amir at 23-3-2009 00:54 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by S.A.M at 22-3-2009 19:47
Habis kalau begitu coma atau pengsan sampai meninggal dunia di kira mati dlm berhutang lah sebab tak sempat qadha.... bukan begitu?



Itu soalan yang bagus S.A.M. !

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 12:15 AM | Show all posts
mmm..nak tanya, bila kita ada hutang solat dengan Allah, then kita mati, adakah hutang tu kita akan bawa ke mati?. Boleh ke kita bagitahu kat ahli keluarga kita yang masih hidup untuk cover balik apa yang dah kita tak sempat nak buat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2009 12:28 AM | Show all posts

Balas #41 abstruse\ catat

apa point ostad amir kat sini? tak paham cuba jelaskan lagi...
apa kaitan taubat bg org yg kafir yg dah masuk Islam dgn org Islam secara warisan yg tak dpt hidayah ni?
sedangkan org yg murtad kemudian kembali memeluk Islam diwajibkan qada solat selama dia murtad itu- Orang yang murtad nak qadha apa? Murtad saje mengakibatkan keseluruh amalannya terhapus! Nak qadha apa? Bertaubatlah jawabnya dan kembali meyakinani Islam itu.
tidak lah sama dgn org kafir yg tak dpt hidayah, itu 2 perkara berbeza tu..

Kamu tahukan bahawa sepatutnya orang-orang yang hidup selepas Nabi menerima Islam. Disebabkan mereka tidak ada hidayah maka kesemuanya termasuklah orang-orang Islam warisan,diketogerikan orang-orang yang tidak ada hidayah.

Jadi apabila mereka menerima dan meyakini Islam itu maka taubat adalah satu-satu cara jalan kembali kepada Allah SWT.

Surah Attahrim ayat 8:

Allah berfirman: " Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kamu kepada Allah akan taubat nasuha."

Surah Hud ayat 3:

Allah berfirman: " Dan pohonkanlah olehmu ampunan Tuhanmu,kemudian bertaubatlah kamu kepadanya."

Hadis Ibnu Asakir: Sesungguhnya Allah itu lebih girang terhadap taubat hambanya daripada seorang mandul beroleh anak dan daripada orang yang kehilangan sesuatu lalu mendapatkannya kembali,dan daripada orang yang tengah kehausan yang mendapatkan tempat air.




[ Last edited by  Amir at 23-3-2009 00:29 ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 23-3-2009 00:28
Orang yang murtad nak qadha apa? Murtad saje mengakibatkan keseluruh amalannya terhapus! Nak qadha apa? Bertaubatlah jawabnya dan kembali meyakinani Islam itu.
...


yelah tue lobai amir

orang yg murtad kalau dah murtad selama2nya tak insaf n tak kembali pada Islam nak qada mende lg..sah2 dah jadi kufur

persoalan skrg adalah bg yg murtad tapi kembali ke pangkal jalan, insaf dan kembali memeluk Islam,
menurut pandangan fuqaha maka wajib la bagi org yg murtad ni qada balik segala solat yg dia tinggalkan yg dia tak wat
even masa tu dia dah kufur sbb asalnya Islam bukan kafir...yes mmg dia wajib bertaubat tapi bukan semata2 taubat saja
perkara2 yang lain perlu diambil kira jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:38 AM | Show all posts
mmm..nak tanya, bila kita ada hutang solat dengan Allah, then kita mati, adakah hutang tu kita akan bawa ke mati?. Boleh ke kita bagitahu kat ahli keluarga kita yang masih hidup untuk cover balik apa yang dah kita tak sempat nak buat



bab ibadah solat ni bila dah mati tak boleh nak minta tolong ahli keluarga tolong gantikan
sbb hal solat hanya urusan kita dgn Allah.

jika berhutang solat dgn Allah masa masih hidup ni ganti balik semua yg ditinggalkan n kalau tak ingat
sbb terlalu banyak tinggal buat sekadar yg ingat n perbanyakkan solat sunat moga dapat menampung
amalan2 yg kurang..taubat mesti seiring..samada ibadah diterima atau tidak berserah segalanya padaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:40 AM | Show all posts

Reply #51 abstruse's post

yes mmg dia wajib bertaubat tapi bukan semata2 taubat saja perkara2 yang lain perlu diambil kira jugak.
"perlu diambil kira jugak" boleh perjelaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:46 AM | Show all posts
Habis kalau begitu coma atau pengsan sampai meninggal dunia di kira mati dlm berhutang lah sebab tak sempat qadha.... bukan begitu?



nak qada apa lagi kalau dah tak celik dah lps koma atau pengsan terus ajal, tak lah dikira hutang
kiranya dalam keadaan uzur dan org tu dalam keadaan tak sedar diri, kira dimaafkan sbb keuzuran tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:52 AM | Show all posts

Balas #53 S.A.M\ catat

maksud perlu diambil kira juga tu....

contoh org murtad tadi nak kembali kepada Islam
perlu ada taubat dan mengucap semula kan..
tapi taubat saja tak mencukupi, segala amalan yg dia tinggalkan
masa kufur dulu wajib diganti balik contoh puasa dan solat..
bukan boleh terlepas camtu saja..hutang tetap kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 01:55 AM | Show all posts
Originally posted by abstruse at 23-3-2009 01:46

Soalan ke 2 tu, coma, pengsan, anaestheric tu semua adalah dikira sama dengan tidur dan wajib bersolat yang tertinggal kerananya.  Bukan dibiarkan sahaja.....oleh ibnur
Kalau begitu, kata2 ibnur kurang jelas lah...... betul kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2009 01:58 AM | Show all posts
Originally posted by abstruse at 23-3-2009 01:52
maksud perlu diambil kira juga tu....

contoh org murtad tadi nak kembali kepada Islam
perlu ada taubat dan mengucap semula kan..
tapi taubat saja tak mencukupi, segala amalan yg dia tinggalk ...
Tok Guru ckp kalau dah Tobat Nasuha dan kembali kpd Islam atau Allah dan Rasul tak perlu ulang semula semuanya? .....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 02:00 AM | Show all posts

Balas #56 S.A.M\ catat

mungkin maksudnya begini...

bagi org yang koma atau pengsan tu tapi sedar semula lps tu
dan bukan terus meninggal, dalam keadaan camni kena qada semula
solat yg ditinggalkan masa tempoh uzur tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 02:03 AM | Show all posts

Balas #57 S.A.M\ catat

tok guru amir ka yang cakap

ops im sorriiiiii amir

yang tu wallahua'lam la, saya amik ni pandangan fuqaha, banyak
khilaf pasal soal ni..terpulang nak pegang pada pendapat sesiapa pun
asalkan jangan menyimpang sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2009 02:10 AM | Show all posts
Originally posted by abstruse at 23-3-2009 02:03
tok guru amir ka yang cakap

ops im sorriiiiii amir

yang tu wallahua'lam la, saya amik ni pandangan fuqaha, banyak
khilaf pasal soal ni..terpulang nak pegang pada pendap ...
Kenapa "wallahua'lam" pula?. Ada kah anda sendiri kurang pasti dgn pegangan sendiri?...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067169 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list