|
patut ke tak patut kejutan di konsert af |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pecaya
si Isma tu bebetul tak tahu laki dia ada belakang dia nyanyi
takkan tak kenal langsung suara laki sundri |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 18-4-2009 20:34 
tajuk yang mana satu?
kasik tajuk penuh
tajuk diari ext nih perlukah kejutan dibuat lg..lebih kurang mcm 2 la..
n last week rasenye ashna ade bt thread...
tajuk die perlukah gimik2 bodoh dibuat di konsert mingguan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #43 ToungeSoup\ catat
tiara ni bila msuk akademi bukan main berdandan dan bergaya time konsert pun sama..melaram...anak anak murid nye time konsert macam masing2 bawa baju dari rumah sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku tukar cenel tengok berita tv3 lar pulakkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
eh, ada siar kat radio x?  |
|
|
|
|
|
|
|
panggil ashna laa
mesti best lahar
 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 18-4-2009 20:38 
aku tak pecaya
si Isma tu bebetul tak tahu laki dia ada belakang dia nyanyi
takkan tak kenal langsung suara laki sundri
Masa ko nyanyi, ko x kan prasan sangat suara penyanyi teman duet ko.. kene lagi orang bising2 dan bunyi audia bingit mengigit tu..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 kecikgurl's post
aku diam jer  |
|
|
|
|
|
|
|
pitching2..
sape2 leh bgtau aku x...
ape pitching 2 sbenar nye???
af da ke7...
pitching pon aku xtau..adehh..
aku dgr sedap jek |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ToungeSoup at 18-4-2009 20:44 
mana ada...
kau ingat final ke...final je kuar kt era
Pasal era x buat ek, mesti rating naik kalau buat kan.. ke takut orang x tengok astro, maklumlah era tu kan free.. tapi dari segi publisiti kan itu bagus, ape je lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 kecikgurl's post
‘Juri Perlu Berilmu’
Oleh ABIE ABDULLAH
Rap
KEHADIRAN juri atau pengkritik bagaikan trend program realiti TV. Mereka diperlukan untuk menilai peserta yang bersaing di dalam pertandingan itu, baik daripada segi nyanyian, tarian mahupun rekaan fesyen.
Bagaimanapun, apa yang menentukan kewibawaan seseorang untuk menduduki kerusi pengkritik atau juri? Apakah kriteria lain selain pengalaman yang ditetapkan oleh setiap penganjur program untuk mereka layak dipilih?
Seniman Negara 2006, Datuk Ahmad Nawab, melihat perkembangan melahirkan bakat baru dunia seni melalui program realiti hari ini sebagai tidak meyakinkan kerana kebanyakan pengkritik bukan daripada kalangan orang sepatutnya.
Beberapa program realiti TV ditonton oleh komposer yang melahirkan nama besar industri muzik tanah air ini. Fenomena kurang sihat ini terus berlaku dan buat ketika ini, Ahmad Nawab melihat Akademi Fantasia 6 sebagai contoh terdekat.
“Adakah yang dilantik oleh penganjur itu orang yang betul-betul sesuai?” tanya Ahmad Nawab dalam pertemuan eksklusif dengan Selebriti Metro Ahad di rumahnya, minggu lalu.
Menurut beliau, setiap juri harus bertanggungjawab dan tahu apa yang mereka perkatakan. Bukan sekadar berkata-kata tanpa mesej itu sampai kepada pelajar atau peserta.
“Juri sepatutnya perlu menyanyikan bahagian mana yang salah dipersembahkan oleh pelajar, bukan tahu cakap saja atau asyik kata pasal ‘pitching’. Tahu tak apa itu ‘pitching’?
“Tolong beritahu bar mana atau bar ke berapa yang ‘pitching’ itu salah. Kalau pelajar menyanyi sumbang, itu bukan lagi pasal ‘pitching’, tetapi ‘tone deaf’ (pekak nada).
“Penilai kena nyanyikan bait lagu itu, baru pelajar tahu bahagian mana yang mereka silap. Kalau melodinya ‘B natural’ tetapi pelajar buat ‘B flat’, kena beritahu mereka. Ini cara kita membetulkan kesilapan,” katanya yang menyokong cara Hetty Koes Endang mengkritik.
Kata Ahmad Nawab, sebab itu mereka yang dilantik seharusnya yang betul-betul berpengalaman dalam muzik dan tahu ‘note by note’.
Dalam hal ini, katanya, pelajar yang menjadi mangsa dalam mengejar populariti sesebuah program seperti AF. Ilmu tidak ke mana, tetapi populariti mengatasi segala-galanya.
“Tengok apa yang jadi dengan pelajar AF sebelum ini. Di mana mereka hari ini? Apakah benar-benar menjadi penyanyi yang boleh dipanggil penyanyi?
“Kadangkala saya naik malu menonton program begini. Bukan kerana pelajar yang menyanyi sumbang, tetapi pengkritik juga tidak tahu apa harus dibetulkan. Ilmu kena tinggi, baru boleh ajar orang.
“Sayang sebab AF seharusnya menjadi platform melahirkan bakat dalam dunia muzik, menjadi pelapis kepada penyanyi hari ini, tetapi setakat ini saya tengok tiada kemajuan di kalangan pelajar itu.
“Namun AF melahirkan populariti, bukan bakat sebenar. Sedangkan ramai pelajar tidak faham di mana kelemahan mereka disebabkan kehendak pengkritik yang berbeza,” katanya.
Sebaliknya, kata komposer yang menghasilkan lebih 2,000 lagu ini, ketika di pentas, pelajar diberi peluang untuk bertanya setiap apa yang diungkitkan pengkritik mengenai persembahan mereka.
“AF pertandingan nyanyian, bukan bertanding cara berjalan atau baju siapa paling cantik,” katanya.
Sebenarnya, Ahmad Nawab terpanggil untuk menyentuh mengenai AF dan isu pengkritik ini antara lainnya kerana kebimbangan pandangan masyarakat luar terhadap mutu bakat tempatan.
“Harapnya kata-kata saya dapat memberi manfaat bersama, bukan saja AF, tetapi juga program lain yang cuba mencungkil bakat seni nyanyian yang lebih kurang sama diadakan di Malayia.
“Cuba fikir kesan jangka panjang industri kita, bukan sekadar mencari populariti daripada program itu,” katanya.
/- juri yang sorang tu, dah pandai lom baca note? |
|
|
|
|
|
|
| |
|