CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: jeyjay

x paham maksud ketetapan ALLAH(QADA 'QADAR??)

[Copy link]
Post time 18-5-2009 01:17 PM | Show all posts

Reply #40 dune1989's post

hurm hurm someone told me macam heheh star wars YODA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 02:53 PM | Show all posts
ketika aku muda

aku sering berkunjung pd ulama'

mendengar fatwa geliga di putar2

melihat pendapat tinggi beredar2

dan akhirnya yg aku tahu

di mana pintu masukku

pintu keluarku juga di situ.




jika di tilik dalam & luar

atas, bawah, keliling

kita bermain sandiwara sakti

di dlm kotak berlilin mentari

kita watak puakanya

datang & pergi.





aku berjumpa sebuah pintu tapi kuncinya tiada

aku lihat sebuah tabir sebaliknya entah apa

aku terdengar org berkata

AKU & KAU

tapi sebentar saja dan hilang

KAU & AKU tidak di dengar lagi.





kemudian pd mega berarak aku berteriak

" lampu apakah ada utk memandu

anak2 kecil berjalan tumbang tersungkur

dlm gelap gulita ini ? "

dari mega suara berkata

" percaya buta saja lah, manusia. "





berapa lama lagi kita mesti mencari

kepandaian ini dan sengketa itu

mencari tidak berkeputusan

elok lagi bersukaria dgn air anggur

buah takde pahit getirnya

dan tak kenal derita.





bukankah anggur

dgn mudah boleh menyelesaikan

berpecah mazhab 72

dia lah ahli kimia yg menukar

besi hidup yg begini gelap

kpd bungkal emas berkilau




tinggalkan org cerdik bersengketa

marilah ikut aku

peduli apa pd perkelahian alam

kita duduk di ceruk

dengarkan sibuk suara

kita mainkan mereka

bagai mereka mainkan kita





jika anggur yg kau minum

dan bibir yg kau kucup

berakhir bagai akhir segala ada

maka apa pun darjah mu kini

kau tetap menjadi apa yg kau mesti jadi

tak mungkin kurang lagi.


( omar khayyam )





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:19 PM | Show all posts
takdir tak boleh diubah..mati tak akan blh berubah walau seminit cepat or seminit lambat...yang i cite pasal accident tu kalau accident blm sampai ajal..accident tu dah masuk dlm takdir..cuma degree kecederaan itu aja blh berubah kalau kita rajin berdoa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:23 PM | Show all posts
korang ingat tak kisah budak2 sek agama kat ampangan yang ter ' bunuh' rakan satu asrama tu..bapak budak yang meninggal tu kata saya terima ini takdir..kalau blh saya tak mau budak2 ni di dakwa..( dlm paper dan tv kata lain kan ) sbb dia pun orang beragama dia tau takdir anak dia disuratkan mati on that day...dia tetap akan meninggal walau apa cara sekali pun...
kawan saya 2 orang masuk penajra kajang, buat oral test BM dan Bi kat budak2 tu..dia orang cerita budak2 tu punyalah baik..ckp perlahan budak2 alim tapi tu lah suratan takdir mereka...niat asal baik utk menegur tapi takdir kawan yang meninggal dgn dia tu cross dgn takdir mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 18-5-2009 01:17 PM
hurm hurm someone told me macam heheh star wars YODA


xbaek yeop..
teman buka yoda hurm..hhurmm..

naseb baik tak krohh!!..kroahh!!
Darth vader..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:29 PM | Show all posts

Balas #13 ayu_ludo\ catat

stop usehe.....?
jgn risau,

kita ada akal dan pengetahuan dan ilmu....

melaluinya kita boleh tahu, adakah wajar kita stop usaha, atau masih banyak kekurangan....

manusia nie kalau dia benar2 inginkan , dia takkan stop punya, kerana hari esok sentiasa ada possibilities walau se"permanent" mana pun dakwat takdir itu.....



dan sebelum sampai tahap berserah tu, usahalah, biarlah terlajak usaha pun takpa.....jgn kurang usaha dah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2009 11:04 PM | Show all posts
harap semua faham lepas baca ni

JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari
azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian
seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam
semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti
dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang
telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen
perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini
tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan
bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga
tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan
telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.
Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang
pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang
lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari
azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi
hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru,
hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk
manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di
dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata:
'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan
manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya
pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah
berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku
berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan
mempengaruhi kehendak hamba itu."

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa
kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke
atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau
terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong
tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa
hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong
tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,
manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak
takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan
oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir
makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat
dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar
Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia
sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari
dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia
malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya
sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari
ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi
telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah
yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia
benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin
berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal
ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:
"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan
mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali
juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40
Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,
jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau
sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah
umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki
neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata:
"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini
ketika bertawaf: "Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di
dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang
celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang
betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai
pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk
mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

RUJUKAN: BUKU 'EMPAYAR MINDA MUSLIM' OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN
Di   http://formulacemerlang.com/

dia ni doktor perubatan tapi mendalami bidang keagamaan especially bidang sains n universe
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 11:09 PM | Show all posts
bila baca artikel ni baru teringat perkara2 yang memanjang kan umur seseorang

- sering berziarah dan melawat kawan..siap buat lawak dlm kelas..kau visit aku nanti aku visit engkau eh..
- anak2 yang berbuat baik dan menyenangkan hati ibu bapa...
- lagi satu tak ingat..nanti saya fikir2 balik apa ke dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 08:11 AM | Show all posts
Tiap-tiap hari kita doakan qadha yang baik utk diri kita dalam doa qunut subuh. Cuba hayati dan gunakan utk memulakan hari dengan semangat yang lebih jitu untuk mencari keredhaanNya.

Adadua portion:

1) Waqini sharrama qadhait

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidaksesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

2) Falakalhamdu 'alaa maa qadhait

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Kita puji dan terima apa yang Allah qadhakan akan berlaku kepada kita dan kita usahakan yang terbaik

Berusaha itu sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Baginda tidak pernah putus asa dalam usaha Baginda, walaupun Baginda tahu dan lebih arif tentang qadha Allah ini. Cuba tengok sejarah hidup nabi dan ambil iktibar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 09:45 AM | Show all posts

Reply #49 always_typo's post

this is good one....thankyou

tapi ramai dah tak baca doa qunut sekarang ni lagi kalau di arab saudi
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 01:25 PM | Show all posts
Pada pendapat haku... semuanya ada kaitan.

Ketetapan Allah (Qada & Qadar) -> berlaku mengikut sesuatu sifat ->terikat dengan Sebab dan Akibat -> Akhirnya terlaksana dengan Kehendak Allah jua -> Takdir (Qada & Qadar)

Kerana kita tak tahu apa ketetapan untuk kita,  Usaha akan menjadi sebab kepada Akibat yang baik, seterusnya berserah kepada Kehendak Allah dan terimalah Takdir seadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 04:10 PM | Show all posts
artikel yang baik..
terima kasih yeop..
nak kena belajar lagi..
sure aku amek artikel ni pos tempat lain..
insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 04:36 PM | Show all posts
kalau sebot pasai qada qadar, mustilah sebot jugak pasai pilihan yang diberikan Allah kan
manusia boleh pilih utk diri dia sndiri, ijbari dongan ikhtiari.ado sapo2 buleh explain dok?
aku poning lagi pasai ni...sobab masa sekolah dolu2, ustazah jenih minat cerita pecahan2 mcm jabariah, qadariah muktazilah suma tu, tapi dok bagitau pun penjelasan sebenaq pasai ijbari dan ikhtiari mengikot pahaman yg sebetulnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063537 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list