CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Penghuni neraka........

[Copy link]
Post time 21-5-2009 12:44 PM | Show all posts

Reply #40 mlsnklyn's post

tu la buat ilmu kebatinan lagi. kan dah gila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 12:45 PM | Show all posts
yakinilah... Allah itu Maha Adil
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 21-5-2009 12:44
tu la buat ilmu kebatinan lagi. kan dah gila.

buat ilmu?camner plak nak buat ilmu tu?
kalo buat tak paham aku tau la
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by mejik at 21-5-2009 12:45
yakinilah... Allah itu Maha Adil

Maha Adil lagi Bijaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 21-5-2009 08:59
Yang ni saya setuju sangat. Macam tidak adil. Dia sujud kat Allah bukan main lama. Tetiba Allah lupakan semua tu dan memberikan dia pengakhiran yang buruk kepada Dia. Macam tipu dan tak kena pada ...


Iblis telah 'dilayan' Allah dengan namanya @ sifatNya, Al Mudzil.. Dan Iblis tetap redha.. Semata-mata kerana 'tauhid' dan kerana itu juge merupakan 'skripnya' dalam permainan hayat ini. Bayangkan jika tiada Adam, adakah Iblis akan dilaknat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 21-5-2009 10:45
Iblis tu dari golongan Jin, yang mana satu masa dulu puak2 jin telah melakukan kerosakan di bumi Allah, sebelum manusia diciptakan. Allah turunkan bala yang besar kepada keturunan jin namun satu jin yang masih kecil terselamat dan malaikat simpati terhadap jin tersebut dan mohon untuk menjaganya. Allah perkenan. Maka bertambah nikmat Allah pada Jin tersebut, dan diangkat ke martabat malaikat2 yang tinggi, sehingga dia menjadi Abid yang terkemuka terkenal sebagai Azazil. Semua tu dari NIKMAT ALLAH JUA. Allah tiada aniaya pada Jin tersebut bahkan memberi kemuliaan padanya. Malaikat juga beri kemuliaan padanya dari ia kecil sampai besar, dan tibalah satu masa Allah Menguji jin tersebut.

Sesungguhnya Allah Menguji Jin dan Manusia. Itu ketetapan Allah.

Takabbur adalah 'Pakaian' Allah. Allah tak suka kepada sesiapa yang Takabbur. Sesiapa yang Takabbur akan tergelincir menjadi kufur, dan DOSA KUFUR tidak terampun kecuali bertaubat.

Setelah Iblis Takabbur dia dilaknat. DIa mempunyai masa untuk bertaubat, tapi dia bersumpah pula untuk menyesatkan anak Adam. Bertambah Takabbur.

Iblis diperintah sujud sebagai penghormatan kepada Nabi Adam, bukan untuk menyembah. Ini kita kena faham. Ada juga tafsir menyatakan sujud itu bererti tunduk penghormatan. Walau diperintah sujud sekali pun, kenapa siapa dia (Iblis) nak melawan perintah Allah? Sedangkan Allah terlah kurniakan banyak nikmat kepadanya.

Iblis melihat apa yang diperintah, bukan SIAPA yang perintah. Itulah Takabbur dan Kufur, bukan setakat merasa dia lebih mulia dari Adam, tapi kufur kepada Perintah Allah.

Tidak adilkah Allah?????



Allah itu adil.. Namun cuba lihat di sudut yang berbeza. Ke'ingkaran' Iblis cuma sekali, yakni tidak mahu sujud kepada Adam. Kerana itu dia dihukum, dilaknat dan dijanjikan neraka. Cuba bandingkan dengan keingkaran Adam kepada perintahan Allah supaya jauhi pokok larangan. Adam langgar perintah tersebut tetapi diampunkan dan dihalau ke dunia dari sorga.. Nasib Iblis lagi malang sedangkan dia ahli ibadah yang taat. Apa pendapat tuan? Lagi satu, manusia seringkali melanggar perintah Allah seperti tinggal solat, tidak puasa, tidak keluarkan zakat dan sebagainya.. Tetapi tetap disayangi oleh Allah dan dijanjikan pengampunan.. Kenapa manusia yang selalu ingkar ni lebih tinggi darjatnya berbanding makhluk yang taat seperti azazil contohnya? Dan cuba lihat sikap takabur yang ada pada manusia adakah melebihi apa yang ada pada Iblis atau kurang? Kerana manusia saya lihat sering merasakan dirinya serba hebat.. Iblis cuma menyatakan 'kejadian' dirinya (yang dijadikan Allah) lagi mulia dari Adam/manusia.

[ Last edited by  Mr_Beruk at 21-5-2009 13:59 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2009 02:25 PM | Show all posts
jauhkanlah diri anda semua dari godaan/hasutan iblis,syaitan yg sedang mencari teman utk bersama-sama di dlm neraka.

mesej ini ditaja oleh diri sendiri utk sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 02:42 PM | Show all posts
Tanpa Iblis pun manusia akan tetap menyesatkan dirinya sendiri, cuma Iblis sering dijadikan 'mangsa' untuk dipersalahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 03:06 PM | Show all posts
mmg iblis takkan mengalah,tp sampai satu masa & keadaan iblis tetap kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 06:38 PM | Show all posts

Balas #1 Acong\ catat

org yg jauh dari Allah..............dan tidak mencegah kemungkaran............
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 10:34 PM | Show all posts

Balas #27 Mr_Beruk\ catat

ni nak tumpang tanya nie, siapa yang pandai buat2 cerita iblis ingkar dalam taat nie.....??

sapa wat cerita, ke lintasan2 pemikiran manusia2 tertentu....?


mana ada iblis ingkar dalam taat? MANA ADA?

itu cerita siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 10:50 PM | Show all posts

Reply #51 ussopp's post

Tak perlu tunggu siapa buat cerita, setiap cerita / kisah perlu dilihat dari pelbagai sudut. Jika lihat dari satu sudut sahaja maka sempitlah pandangan dan terlindunglah apa yang tersirat. Lainlah jika sdr seorang yang suka telan bulat-bulat setiap perkara yang disuap tanpa mahu mencari rahsia disebaliknya.

Saudara belum jawab lagi pertanyaan saya, di manakah 'keadilan' dalam kisah yang saya tanyakan sebelum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 11:03 PM | Show all posts

Balas #52 Mr_Beruk\ catat

first sekali, Islam yg saya pegang ialah ada di dalamnya kisah iblis mengingkari Tuhan....

tak ada kes ingkar dalam taat, sebab kalo ingkar dalam taat tu, mungkin ada unsur2 baik hati pada iblis tu....saya takpegang yg tu, dan kenapa saya nak layan fikiran2 tak berasas.....
boleh berfikir tetapi kena bagi jadi betul lah, bukan pakai terima je....ada limit...

ok lets say dia ingkar sebab taat...... kenapa dia ingkar Tuhan jugak......kalau itu yang Tuhan mahukan, dan dia tak tunaikan , maka dia bukan taat lagi melainkan ingkar saja....taat pada Tuhan tu hanya alasan je.....

taat itu sendiri ialah mendapatkan redo Tuhan, kenapa iblis tak cari redho Tuhan....??

camnie la bro.....di manakah makhluk itu boleh dinilai???hanya ada satu waktu sahaja iaitu KETIKA UJIAN.....

mungkin sebelum nie iblis duduk dalam zon selesa, jadi tidak ada zon ujian....dan bila diuji dia gagal.....

maka tidak ada tidak adilnya......


kita semua di sini diuji serupa.....ada yg sudah ada dalam zon selesa mungkin kerana dikurniakan takdir berupa watak anak orang kaya yg baik, namun ternyata semuanya hanyalah pemberian Tuhan dan dia masih belum diuji.....

jadi dengan takdir yg baik diberi kepadanya adakah kita boleh kira dia bernasib baik....?

orang tak pikir akan kata ya dia bernasib baik.....

tetapi selagi dia belum diuji dan berjaya, maka jangan kata dia bernasib baik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 11:27 PM | Show all posts

Reply #53 ussopp's post

Okey, terima kasih atas input sdr. Appriciate it.


Seperti juge yang saudara katakan pasal ujian. Saya melihatnya dari sudut berlainan. Bagi saya Iblis gagal dalam ujian 'kepatuhan' kepada perintah Tuhan, tapi dia berjaya mengelakkan dirinya dari tunduk / sujud kepada selain Tuhan. Bukan ke itu juge satu 'ujian yang tersirat' dari Tuhan dari sudut 'tauhid' / keesaan semata-mata? Dan dek kerana keingkarannya itu, makan terzahirlah sifat takkabur yang ada pada makhluk dan terlaksanalah hikmah yang Tuhan nak menempatkan manusia di dunia dengan cara tipudaya Iblis terhadap Adam dan Hawa. Cuba jika Iblis tak dijadikan ingkar dan bertobat, tentu Adam kekal di dalam sorga dan neraka tidak akan wujud in the 1st place kerana tiada yang jahat, hanya yang baik-baik aje yang ada.

Iblis sedar dirinya dijadikan watak 'jahat' dalam cerita hayat ni dan dia redha. Dijadikan/dilakonkannya kejahatan agar kita menghargai / mencari kebaikan. Juge diwujudkan wataknya olih Tuhan untuk ujian kepada manusia. Yang jadi persoalannya, manusia sering 'memblamekan' kesalahan padanya atas setiap perkara buruk yang dilakukan olih manusia. Jarang manusia menyalahkan diri sendiri kerana tergoda. Sekiranya manusia itu kuat imannya, sekuat manapun godaan Iblis pun tak jadi apa. Malah dia pun tiada daya upaya juge untuk menyesatkan melainkan setakat yang dibenarkan olih Tuhan kepadanya.


My 2 sen.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 11:36 PM | Show all posts

Balas #54 Mr_Beruk\ catat

wah, wah, wah......hujah yg baik....

kalau ada ruang pemikiran yang begitu, saya percaya Tuhan itu Maha Adil dan boleh dihujahkan akhirat besok.....

jgn risau , sy sudahpun pikir semua tu, pernah pening kepala saya.....sy tau, ada masalah untuk menentukan sesuatu apabila seseorang tu apa yg difikirkannya berlainan....atau pemahaman nya lain.....

kalau dia ikhlas benar2 ikhlas, maka biarlah Tuhan yg judge dia....tak perlu cakap panjang lagi....

tetapi sy percaya, menjadi kewajiban bagi Tuhan sentiasa menghantar utusan agar manusia ini tidak bengkang bengkok dan menuju ke satu jalan yg lurus dalam variable pemikiran yg ada....

dan Islam adalah yg terakhir....

dan satu perkara mengenai menyalahkan syaitan semata2 apabila seseorang tu wat jahat, sy rasa saudara perlu mengubah pandangan tu, iaitu jgn generalize utk semua org.....

sebab orang yg benar2 beriman akan banyak melihat kesalahan sendiri.....

syaitan tu hanyalah makhluk Tuhan yg lain dimensinya sahaja, hakikatnya, manusia ada tanggungan dosa pahala sendiri......

org yg bijak tahu, menyalahkan syaitan tak akan melepaskannya dari dosa nya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 11:58 PM | Show all posts

Reply #55 ussopp's post

Yup. Tuhan itu sememangnya maha adil. KeadilanNya dinilai dari banyak segi yang Dia sendiri akan memperlihatkannya di akhirat kelak. Sekarang mungkin kita tak nampak (melainkan mereka yang diberikanNya nampak) kerana seringkali sesuatu perkara dihijab olih perkara yang lain yang nampak dominan tetapi tak kuat.

Rasul-rasul diutuskan dengan tugasnya yang utama yakni mengilap tauhid kepada yang Esa. Kerana manusia / insan adalah pelupa.. Sesuai dengan kata dasarnya 'ansaa' = lupa..(Betulkan saya jika salah) Lupa asal kejadiannya kerana terpalit dengan lumpur keduniaan. Yang 'lupa' nilah kena selalu diperingatkan dan bolih jadi juge kerana sesuai dengan sifatnya sebagai sering lupa maka Tuhan sentiasa menjanjikan keampunan kepada manusia. Makhluk lain tak pernah ada sifat lupa rasanya.

Lastly, pasal 'generalize' tu bukan saya yang buat. Dalam Quran sendiri ada menyatakan di akhirat kelak manusia yang dikumpulkan bersama syaitan/ jin akan saling menyalahkan satu sama lain atas keburukan yang dibuat.  Dan memang benar, orang yang benar, tidak akan memblamekan kesalahan yang dilakukannya kepada orang lain.

Mekasih atas input-input sdr.. Dapat juge jawapan yang memuaskan hati akhirnya. Heheh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 12:09 AM | Show all posts

Balas #56 Mr_Beruk\ catat

oooo....generalize tu betui la.....memang lumrah nya macam tu....

cuma yg sepatutnya bukan begitu....sy ingatkan saudara nak buat generalization utk kita jadikan pegangan.....rupa2nya saudara hanya menyatakan lumrah yg wujud dlm dunia....

jadi tak da masalahlah.....(di sini adalah contoh sy tersalah faham , yg mana samada sy atau anda itiada niat buruk)apatah lagi manusia yg penuh variasi ....

benarlah, Tuhan akan menyelesaikan segalanya di akhirat nanti dengan jawapan mutlak, sebelum tiba di akhirat, kita semua kena cuba yg terbaik dalam hidup ujian nie.....

tima kasih sama2...

semoga kita semua akan diredhaiNya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 08:44 AM | Show all posts
senang cerita
iblis,syaitan & sekutunya sedang usaha nak tambah ahli neraka sejak dari dulu sampai skang ni.
pandai2 la jaga diri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by Mr_Beruk at 21-5-2009 13:56
Allah itu adil.. Namun cuba lihat di sudut yang berbeza. Ke'ingkaran' Iblis cuma sekali, yakni tidak mahu sujud kepada Adam. Kerana itu dia dihukum, dilaknat dan dijanjikan neraka. Cuba bandingkan dengan keingkaran Adam kepada perintahan Allah supaya jauhi pokok larangan. Adam langgar perintah tersebut tetapi diampunkan dan dihalau ke dunia dari sorga.. Nasib Iblis lagi malang sedangkan dia ahli ibadah yang taat. Apa pendapat tuan? Lagi satu, manusia seringkali melanggar perintah Allah seperti tinggal solat, tidak puasa, tidak keluarkan zakat dan sebagainya.. Tetapi tetap disayangi oleh Allah dan dijanjikan pengampunan.. Kenapa manusia yang selalu ingkar ni lebih tinggi darjatnya berbanding makhluk yang taat seperti azazil contohnya? Dan cuba lihat sikap takabur yang ada pada manusia adakah melebihi apa yang ada pada Iblis atau kurang? Kerana manusia saya lihat sering merasakan dirinya serba hebat..


Buat saudara Mr Beruk, saya rasa saudara ni orang yang ada banyak pengalaman berforum, mungkin nickname saja newbie kat sini.

Saya ada satu soalan yang kalau saudara jawab, akan lebih mudah saya menyusun cara untuk menjawab persoalan saudara ni:

Adakah saudara seorang Islam?

Kalau ya, saya khuatir saudara terlalu memikirkan persoalan tentang Adilkah Allah, menyebabkan satu pintu terbuka bagi Syaitan dan Iblis mudah merobohkan Aqidah saudara.

Kalau saudara bukan Islam, tapi berminat ingin tahu tentang persoalan ni saya akan terang dari perspektif Dakwah kepada non-Muslim, Insha Allah.


Baiklah. Jawapan ringkas saya:

1. Orang Islam mesti tahu yang Allah TAK AMPUN DOSA KUFUR DAN SYIRIK. Iblis tidak melakukan Syirik tetapi berlaku Kufur, yakni Engkar. Kemudiannya bertambah kepada kesalah menyesatkan manusia.

2. Allah Uji Jin (termasuk Iblis) dan Manusia, dan golongan inilah akan ditempatkan samada di SYURGA atau NERAKA

3. Asalnya Iblis melakukan kesalahan sekali, tetapi kesalahan itu SANGAT BESAR memandangkan dia (Iblis) telah menyaksikan KEKUASAAN ALLAH, diberikan tempat yang mulia dan mengetahui alam Malaikat dan sebahagian dari yang Ghaib. Dan kesalahannya itu atas pilihannya, bukan dihasut oleh sesiapa. DIA BOLEH BERTAUBAT TETAPI SEMAKIN KUFUR DENGAN SUMPAH UNTUK MENYESATKAN ANAK ADAM. Dosa menyesatkan orang itu adalah SANGAT BESAR, kerana dia tahu kebenaran.

4. Nabi Adam (sebelum diangkat menjadi Nabi), melakukan kesalahan berpunca dari hasutan Iblis, bukan dari kemahuannya sendiri. Ini ujian Allah pada Nabi Adam. Dan kemudian Nabi Adam bertaubat sesungguh-sungguhnya dan menyesal atas kesalahan itu.

5. Mafhum hadith Allah TIDAK PERNAH LETIH memberi pengampunan kepada sesiapa yang bertaubat walaupun membuat kesalahan demi kesalahan. Manusia dan Jin diciptakan mempunyai Akal dan Nafsu dan cenderung melakukan kesalahan. TAPI IBLIS TAK PERNAH MENYESAL ATAS KESALAHANNYA.  

.. Iblis cuma menyatakan 'kejadian' dirinya (yang dijadikan Allah) lagi mulia dari Adam/manusia.


Tidak benar tu, kalau CUMA menyatakan, kenapa ENGKAR?

ENGKAR ketika kejadian tu menunjukkan dirinya hebat, seolah-olah macam nak beritahu Allah yang dia lebih hebat, dan seolah-olah Allah tak tahu (Na'uzubillah). Kenapa tidak dia TAAT sambil menyatakan dia lebih mulia? Sebaliknya DIA ENGKAR dan TERUS ENGKAR?



Originally posted by eastrun at 21-5-2009 11:41

Saya tahu apa yang mnm77 cuba sampaikan. Sebenarnya apa yang diberikan Iblis adalah ujian. Macam saya kena la ni sikit. Cuma kesilapan yang Iblis ialah dia tak nak ikut kata Allah. Tapi, Allah marah dia terus dengan satu kesilapan sahaja dan melupakan apa yang iblis telah lakukan selama ini?. Saya pun, kalau orang tu brush me off just because a single mistake dan melupakan apa yang saya berikan yang terbaik pada dia, saya pun akan menjadi marah dan menentang dengan sehabisnya. Kesian pula Iblis. Sudahla dilupakan pastu dihalau keluar. Macam situasi saya pula.


Sebenarnya IBLIS yang LUPA segala NIKMAT dan KEMULIAAN yang diberikan kepadanya dan TAKABBUR serta ENGGAN BERTAUBAT dari kesalahannya walaupun kesalahan itu sekali saja. Alangkah baiknya kalau dia bersifat macam malaikat yang semuanya tunduk kepada Nabi Adam bila diperintahkan Allah, tetapi dia ENGKAR selamanya.

Adakah kita nak kasihan kepada IBLIS atau DAJJAL yang akan menyesatkan manusia?

Manusia boleh buat banyak kesalahan, tapi kufur/syirik tu kesalahan yang tak terampun. Bagaimana dengan kesalahan membawa orang kepada kufur/syirik????

[ Last edited by  mnm77 at 22-5-2009 16:00 ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 22-5-2009 15:39


Sebenarnya IBLIS yang LUPA segala NIKMAT dan KEMULIAAN yang diberikankepadanya dan TAKABBUR serta ENGGAN BERTAUBAT dari kesalahannyawalaupun kesalahan itu sekali saja. Alangkah baiknya kalau dia bersifatmacam malaikat yang semuanya tunduk kepada Nabi Adam bila diperintahkanAllah, tetapi dia ENGKAR selamanya.

Adakah kita nak kasihan kepada IBLIS atau DAJJAL yang akan menyesatkan manusia?

Manusia boleh buat banyak kesalahan, tapi kufur/syirik tu kesalahanyang tak terampun. Bagaimana dengan kesalahan membawa orang kepadakufur/syirik????


Ini semua termasuk dalam rancangan Allah. Maksud saya, kalau Iblis tak kufur, siapa yang nak memegang watak sebagai penyesat dan siapa pula yang akan menjadi watak yang disesatkan?. Jika ditakdirkan Iblis tu bertaubat, maka amanlah dunia ni dari sebarang godaan. Tapi, bukan saya nak menentang akidah, saya juga tertanya, hanya kerna kesilapan itu, semuanya hancur lebur???. Saya bukan kasihankan iblis yang menyesatkan manusia, cuma saya tertanya hukuman tersebut terlalu berat untuk kesilapan yang satu berbanding amalan yang taat sejak sekian lama.

Kesalahan kepada kufur dan syirik?. Maksudnya?. Menyembah taghut?. Bermain sihir?. Nyata2 dah masuk bersengkongkol dengan Iblis, tapi itu bukan topik perbincangan kita. Sebab itu saya pernah mendengar satu pepatah: " Sesungguhnya kegembiraan seseorang itu, adalah kesedihan bagi seseorang yang lain". Tuhan itu Satu, tapi bagaimana nak merebut Tuhan kalau Tuhan tak sudi dan memilih siapa2 sahaja yang Dia suka???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.075198 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list