|
ada setengah mazhab yg membolehkan mereka berkahwin dengan jin dan bg mazhab syafie adalah ..haram.......................dan mereka mempunyai dalil yg kuat untuk menegakkan kenyataan ini..................... |
|
|
|
|
|
|
|
cth manusia yg takde maruah. |
|
|
|
|
|
|
|
sebaik2 jin adalah seburuk2 manusia.. pernah dgr org bgtau mcm ni... tp mungkin ni merefer pd jin kafir kot? kalu jin islam mestila baik kan? ape2 pun.. marilah kita menikah dgn yg setara dgn kita.. manusia lawannya manusia.... tak yah la diubah sunnatullah tuh... yg susah bkn kita jer.. cucu cicit kita nanti gak.... hehehehe...
setuju ngn forumer disini.. tak de dah kat Mesia.. cube cr kat tpt lain.. janji manusia.. heheehhehe... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la manusia kawin dgn anjing (cthnya la)
tp kalo manusia bersifat anjing tak mustahil |
|
|
|
|
|
|
|
jin blh nampak manusia
manusia tak blh nampak kecuali yg dianugerahNYA
jin kapir paling senang & byk menyerupai fizikal anjing.
sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
jin islam tidak akan memudaratkan org islam...................melainkan jin kafir yg merosakkan org islam.............. |
|
|
|
|
|
|
|
anak saya sek agama...dia presiden pelajar..selalu gak buat meeting dgn jin islam. jin islam ni tak puas hati dgn budak2 ...especially budak2 form one yg baru masuk..bila jin ni marah dia buat budak2 tu histeria...then terpaksa buat meeting tanya apa hal ...lbh kurang gitu lah he he
anak saya kata jin list out perkara2 or kesalahan2 yg budak form one buat yg dia orang tak suka...budak form tu kan baru masuk so dia orang ni masih lagi blm di tarbiyahkan bab agama...blm santun lagi dlm keperibadiannya...gitu lah
so antar perkara2 yg jin tu tak suka bdk form one buat
- dia orang suka mencarut...jin tak suka tu...saya dgr nak gelak pulak rasa
-bdk pompuan suka ckp lepas
-buang pad bersepah2
-buat main dgn pad tu...then ada lah anak i cite budak2 tu ada sekali ambil pad dia oarng jumpa kat bilik kaunseling then ambil marker merah conteng2 atas pad tu...mcm buat ada kesan darah lah then letak bawah meja budak2 lelaki....oh ni pun jin tu tak suka
lastly dia bagi warning kalau dlm seminggu tak ada perubahan dia akan kacau lagi...wah best tak jin bagi warning he he...
ni real tau bukan rekaan..so anak i kata bagi tazkirah lah kat budak2 baru masuk tu..budak2 yg pi sek agama ni kadang2 mostly bukan bck ground agama..mak pak paksa dia orang masuk sek agama..ada yg betul2 nak jadi baik..some dipaksa bila di paksa jadilah benda2 cam ni...
anak saya pun kerap jumpa benda2 ni kat sekolah dia...kalau i jumpa tak tau nak kata lah...langkah seribu ke tertonggeng ke..
dia selamba je...jumpa pompuan bertenggek atas koridor lah..dia panggil hantu tenggek..tapi dia orang tak kacau just tgk aja katanya..yg jahat2 ust2nya dah halau..
paling femes jin nenek kebayan...port dia kat bilik atas sekali tengah2...nanti dia main masuk bilik orang...tgk sape dah tidur sape lom tidur..dialog dia cam ni
katil no 3 dah lama tidur, no 4 dah tidur..no 5 dah lena..no 6 pura2 tidur??? kenapa cu tak blh tidur ingat kat mak ayah ke...lagi lorat budak2 kat sek tu blh bersembang dgn nenek kebayan tu..jadi cam kaunselor lak....oooh hai pengsan mak eh ni dgr.... |
|
|
|
|
|
|
|
48# sunsuria3
![](static/image/smiley/default/titter.gif) Suruh dia tanya nenek kebayan tu islam tak? Kalau Islam cakap kat dia, makcik HOTlips kirim salam.
My eldest penakut ya amat. Ekceli sumer anak2 jantan me ni penakut unlike yg pompuan sorg tu. Bila dia dok kat asrama madrasah, pertama kali la dia nampak. Dup dup dup. Mcm nak terkeluar jantung abang umi!!! Kawan dia dah biasa nampak, so main libas2 je dgn kain serban. Sejak tu kurang dah sifat penakut dia. |
|
|
|
|
|
|
|
48# sunsuria3
golongan jin ini ..............bagi mereka tindakan yg m,ereka buat 2 mereka tidak langsung melihat kepada kita sengaja atau pun tidak..................................dan kita ini tahu mahupun tidak..................bagi mereka kita yg sengaja lakukan.......... |
|
|
|
|
|
|
|
49# HOTlips
selalunya perasaan takut ni sbb kita belum penah lihat..................ttp bila dah lihat biasa je |
|
|
|
|
|
|
|
yg nenek kebayan tu rasa nya jin islam kut...i pun tak pasti lah...nanti i soh my son kirim salam ya he he ...sat lagi dia tanya sape kirim salam nak pi visit pandai2 lah ya he he...
tapi kata anak i jin yg jahat2 tak ada kat sekolah tu kena halau dgn ustd2 nya...
sekali tu dia turun dewan makan ambil air panas...pi basuh bekas thermos tu kat pipe luar dia nampak jin tinggi ya amat senyum je kat dia...tiap kali kalau i tanya tk takut ke? dia kata apa
mummy takut dgn Allah aja...
sekali tu dia tlg ust dia pindah rumah....dari rumah kat block asrama ke rumah dlm compound sekolah-rumah teres...pastu ust dia tanya kamu semua nak tgk anak jin tak? semua yg tgh berehat tu kata nak ust...ust tu baca apa tah tak lama lepas tu dia orang nampak ank jin bogel aja kat penjuru rumah tu....ada lah kawan dia yang terkejut terus menjerit...anak jin tu terkejut sepantas kilat lari terus tak nampak dah...
kira ust ni blh nampak lah menda2 halus ni semua ya...anak saya selalu ikut ust2 ni kalau ada apa2 hal...sampai meeting dgn jin pun kena ikut sbb dia presiden pelajar...jadi mcm2 cite dia bawa balik... |
|
|
|
|
|
|
|
my mom penah masuk ward hospital colombia kat seremban ni..masa tu hospital tu baru buka satu floor aja beroperasi...my mom kena operate ada batu dlm hempedu dia...adik i yg temankan dia malam2 kat hospital...dok 4/5 hari gak kat hospital tu
according to my mom tiap mlm tepat jam 12 mlm sampai nak masuk subuh dia blh dgr mcm2 aktiviti ...mcm suasana kat sebuah kg...dgr orang cakap2 bising, tumbuk sambal..budak2 main2...setiap mlm dia dgr dan tak blh tidur dah masuk subuh baru senyap
adik i yg temankan dia tu penakut gak..jam 10 dia dah pastikan lelap sblm midnite he he |
|
|
|
|
|
|
|
yg nenek kebayan tu rasa nya jin islam kut...i pun tak pasti lah...nanti i soh my son kirim salam ya he he ...sat lagi dia tanya sape kirim salam nak pi visit pandai2 lah ya he he...
tapi kata anak i ...
sunsuria3 Post at 25-7-2009 22:27 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
coba ko tanya anak ko...cam ner rupa anak jin...yg adult jugak...
nak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
53# makcikmengamok
dia kata cam toyol je telanjang bulat...dia nampak sekejap aja a few second lepas kawan dia jerit anak jin tu pun terkejut lari sepantas kilat... |
|
|
|
|
|
|
|
yg dia panggil hantu teggek tu rupa cam orang lah..cuma pucat jer...sorang pakai selendang putih, sorang lagi selendang hitam..menenggek atas coridor he he...aduhai selamba je dok situ..
yg jin tu pun rupa orang tinggi lampai senyum kat dia... |
|
|
|
|
|
|
|
34# sunsuria3
"orang bunian tu masuk katagori mana? apa lagi blh diberi protection bagainya macam dah menidakkan kuasa Allah...perlindungan sebenarnya hanya dari Allah bukan makhluk lain blh jadi syirik nanti.."
Semua makhluk Allah berkuasa mengikut kekuasaan yg diizinkan oleh Tuhan kpd mereka.
Kalau manusia, boleh berjalan, berfikir, berbuat itu, ini...dgn izin Tuhan.
Kalau jin, ikut pakej jin pulak la. Buleh terbang, bertukar rupa...etc. Dengan izin Tuhan juga. Jin buat kita sakit pun atas izin Tuhan.
Bottomline, kita tahu semuanya berlaku atas izin Tuhan.
Sidenote: Kalau manusia itu bertaqwa, rohnya akan menjadi kuat. Kalau jin tingginya setakat pokok kelapa, roh manusia boleh jadi hingga setinggi langit. Agaknya sebab tu iblis ketakutan lihat Sayidina Umar al Khattab dan bersumpah takkan lalui jejak2 yg pernah Sayidina Umar lalui. Kalau setakat badan fizikal Sayidina Umar, tak ke mana. Aku yakin iblis nampak roh Sayidina Umar. Tu belum roh Rasulullah SAW lagi. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dari blog seorang ust...percaya kepada kuasa lain selain allah tetap mensyirikkan allah...hati2lah
009' using pattern '/(\d\d\d\d)-(\d\d)-(\d\d)/' failed.
Hukum Manusia Berkahwin Dengan Jin
Soalan :
berikut adalah sebahagian petikan artikel yg saya terima dr seorg rakan...
"Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin." Sahabat saya mendakwa ada kawan kepada kawannya yang berkahwin dengan org bunian dan mendapat anak.. dan hidup seperti biasa.
Soalan saya, adakah ini benar? manusia boleh berkahwin dengan makhluk halus dan melahirkan anak2.. apakah sah perkahwinannya..bagaimana pula nasib anak2nya..apakah agama mereka? bukankah manusia dijadikan berpasangan dgn manusia sahaja bukan dengan jin atau makhluk halus???
Jawapan:
al-Quran dan Hadith menyebut adanya manusia dan Jin. Kedua-dua makhluk ini wajib beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad saw. Agama yang mesti mereka imani adalah agama Islam, kerana Nabi Muhammad adalah Nabi kepada manusia dan Jin.
Berbalik kepada soalan saudara.
Sesiapa sahaja boleh mengada-adakan cerita, mendakwa itu dan ini. Namun cuba kita tanya semula kepada mereka, apakah bukti atas dakwaan-dakwaan tersebut ? Saya pasti mereka tidak dapat mendatangkan walau satu bukti, melainkan kata orang sahaja.
Manusia berkahwin dengan Jin
Tidak terdapat bukti yang jelas bolehnya manusia berkahwin dengan jin. Adapun tentang hukum perkahwinan manusia dengan jin, para ulama berbeza pendapat. Kebanyakan ulama mengatakan haram hukumnya perkahwinan antara manusia dengan jin, dan inilah pendapat yang lebih kuat dan benar. Pendapat ini berdasarkan firman Allah swt :
æÇááå ÌÚáßã ãä ÃäÝÓßã ÃÒæÇÌÇ
Maksudnya : "Dan Allah telah menciptakan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri." (al-Nahl : 72) Demikian juga firman ALlah
æãä ÂíÇÊå Ãä þÎáÞ áßã ãä ÃäÝÓßã ÃÒæÇÌÇð
Maksudnya : "Dan antara tanda-tanda kebesaranNya (Allah), Dia telah menciptakan bagi kamu ister-isteri dari jenis kamu sendiri." (al-Rum : 21) Berdasarkan ayat-ayat ini, para ulama tafsir menyebut maknanya Allah swt menjadikan isteri dari jenis kita iaitu manusia. Allah swt juga berfirman :
ÝÇäßÍæÇ ãÇ ØÇÈ áßã þãä ÇáäÓÇÁ
Maksudnya : "Maka berkahwinlah dengan mana-mana wanita yang kamu senangi..." (al-Nisa' : 3). Kalimah ( ÇáäÓÇÁ - wanita) ialah dimaksudkan kepada wanita bani Adam secara khusus. Maka perkahwinan dengan selain wanita bani Adam adalah haram disebabkan ketiadaan dalil yang membenarkannya. Ini kerana kaedah : (ÇáÃÕá Ýí ÇáÃÈÖÇÚ ÇáÊÍÑíã ) iaitu asal dalam perkara hubungan seksual itu adalah haram, melainkan datangnya dalil yang membenarkannya.
Selain itu, jika adanya kemungkinan berlakunya perkahwinan antara manusia dan jin, perkahwinan ini lebih membawa banyak keburukan. Ini kerana jin adalah satu makhluk yang boleh merupa beberapa bentuk, maka bagimanakah seseorang mengetahui yang datang itu merupakan pasangannya yang sebenar ataupun tidak ?
wallahu a'lam. bs
by bin sahak |
|
|
|
|
|
|
|
ni dari blog darul syifa' jgn lah ada lagi yg terpedaya dgn kisah orang bunian or jin ni..
Soalan
Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya. Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?
Jawapan
Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.
Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), "Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga". (Surah an-Nahli ayat 72)
Firman Allah (mafhumnya), "Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T." (Surah ar-Rum, ayat 21).
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.
Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.
Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.
Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.
Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.
Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.
Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, "Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta." |
|
|
|
|
|
|
|
byk article soal jawab agama tentang org bunian yg dijawab ust harun din dlm blog darul syifaa ni...interesting..ramainya manusia yang berhubungan dgn orang bunian ni...yg belum pasti pun dari makhluk apa sebenarnya??
Ditempat saya, ada orang mendakwa, bahawa dia bersahabat dengan orang bunian, kerana orang bunian ini katanya, jauh lebih Islam dan orang yang alim, jauh mengatasi manusia. Mereka boleh memberi bantuan kepada manusia dan boleh mengajar ilmu tinggi yang dipunyai oleh alim ulama kita. Dato' betulkan dakwaan itu, wujudkah alasan syarak yang boleh menerima dakwaan ini?
Jawapan
Bunian adalah segolongan makhluk halus yang wujud. Mengenai persahabatan dengan manusia, saya merujuk kepada fakta al-Quran. Makhluk halus dicipta Allah untuk hidup dalam masyarakat mereka dengan cara serta kebolehan dan adat resam tersendiri. Makhluk halus berbeza daripada manusia dari sudut rupa bentuk, kebolehan dan keinginan.
Islam menyarankan agar manusia hendaklah bersahabat dengan manusia juga. Kita tidak diharuskan pada umumnya untuk bersahabat dengan makhluk halus.
Saya menegaskan, bahawa saya tidak sampai kepada keputusan muktamad tentang bunian. Saya tidak pasti mereka masuk dalam golongan mana, sama ada qareen, jin, syaitan atau iblis.
Mereka adalah makhluk halus. Namun saya lebih dekat untuk menamakan mereka sebagai qareen. Sebab ia bermakna sahabat atau kawan. Kalau ini boleh diterima, al-Quran menyatakan bahawa makhluk halus ini sanggup menjadi pelindung kepada manusia, tetapi kesanggupan mereka (untuk menolong) lebih banyak mengundang padah.
Firman Allah (mafhumnya), "Dan sesungguhnya telah adalah. lelaki di kalangan manusia meminta perlindungan dan bantuan daripada lelaki jin, maka dengan demikian itu jin-jin ini telah menjadi lebih bongkak, lebih takbur daripada manusia." (Surah al-Jin ayat 6).
Dengan ayat ini kita difahamkan bahawa memang boleh berlaku persahabatan antara manusia dan jin. Tetapi kesan buruknya akan diterima oleh manusia.
Ini ada kaitan dengan jawapan saya terdahulu, dalam peperangan Badar, Suraqah bin Malik yang berjanji menolong kuffar menentang Islam. Yang lari itu bukan Suraqah tetapi iblis yang menyerupai manusia.
Mengenai Qareen, Firman Allah (mafhumnya),"Dan sesiapa yang menjadikan syaitan itu baginya kawan setia, maka dia telah mendapat sejahat-jahat kawan. (Surah an-Nisa, ayat 38).
Secara logiknya, baik bagaimanapun makhluk halus ini, satu masa nanti kita akan berselisih dengan mereka, pada ketika itu, mereka akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap kita kerana manusia tidak dapat melihat mereka.
Atau sekurang-kurangnya rasa selesa hidup manusia akan hilang kerana takut kawan yang telah menjadi musuh akan datang melakukan sesuatu tindakan buruk.
Mengenai kehebatan ilmu, saya sukar untuk menerima makhluk halus ini lebih alim daripada manusia. Pada saya makhluk yang terbaik adalah manusia. Jika makhluk halus ini lebih baik, tentulah mereka lebih layak menjadi khalifah di muka bumi.
Dalam alam manusia Allah melantik Nabi dan Rasul menjadi utusan Allah daripada Adam a.s hingga Muhammad s.a.w. Dalam hadis menyebut berapa ramai Rasul dan Nabi dari kalangan manusia.
Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan terakhir adalah Nabi dan Rasul ke semesta alam, termasuk untuk makhluk halus.
Ada disebut dalam beberapa hadis, bahawa Allah S.W.T pernah mengutuskan Rasul dari kalangan jin untuk kelompok mereka sahaja, bukan untuk manusia. Bagaimanapun Rasul itu dibunuh oleh jin pada zaman itu.
Firman Allah (mafhumnya),"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam dan Kami beri layanan kepada mereka di daratan dan di lautan, diberikan rezeki yang baik-baik kepada mereka dan Kami lebihkan mereka berbanding dengan makhluk lain yang Kami jadikan dengan berbagai kelebihan." (Surah al-Isra' ayat 70).
Ulama besar Sheikh Abdul Wahab as-Sya'rani pernah menyebut dalam kitab-kitabnya bahawa ketika mengajar ilmu agama kepada murid di zamannya, telah ditanya oleh makhluk halus dengan suatu tulisan yang sampai kepadanya.
Surat itu menyebut, "Kami dalam masyarakat jin telah bertanya ulama-ulama besar dari kalangan kami, bolehkah atau tidak Allah S.W.T menganugerahkan kepada makhluk pengetahuan yang sama dengan pengetahuannya ataupun tidak boleh? Kami telah tanya soalan ini kepada ulama kami, tetapi mereka tidak boleh menjawabnya."
Sheikh Abdul Wahab as-Sya'rani menjelaskan, tidak mungkin, Allah tidak akan melakukan seuatu perkara yang berlawanan dengan kekudusannya, iaitu tidak ada apa pun yang sebanding dengan-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan
Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya);
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87 (mahfumnya);
"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah S.W.T.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|