CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: toritonz82

ANUGERAH PLANET MUZIK 2009 (18 JULAI 2009 - SENAYAN, JAKARTA)

[Copy link]
Post time 31-5-2009 11:51 PM | Show all posts
band terbaik mst dpt kat indon......

lagu terbaik ader dingin x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 01:01 AM | Show all posts
APM ni dapat coverage meluas ke kat Indonesia? Kalau dapat coverage meluas, mesti artis2 Indon je menang..pengundi dorang saja berjuta-juta..tapi tiap2 tahun Malaysia je yg banyak menang..musykil gak... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by toritonz82 at 31-5-2009 10:10 PM
Ah miao nie mesti warga singapore kan.....


betul jugak kata Ah Miao... but then.. aku heran.. napa jadi cam tuh eh? padahal singapura tak ada hal pon nak gaduh/pekik/hatrik/kutuk/hina....

buang ttenanga, buang nafas yang berbau, dan tak ada gunanya.. sebab tiap tiap tahun.. mesti ada APM.. cam tuh jugak.. haizzz

huhuh.. aku tak support pon artis singapura.... aku pon duduk kota singa jugak

tah apa apa aja.. si aliff aziz tuh.. tak tahu joget.. sama je aku tengok dia joget/menari dari mula dia menang sampai skunk...

hady mirza... album mana lah kan?? takkan tak ada duit nak kluar album...

taufik tuh.. mana dia skunk eh?

hyrul anuar.. popular ke?

eka mairina... popular ke?

kadang kadang pencalonan untuk kategori singapura... band/artis yang tak pernah dengar pun tercalon.. heran!

ewwww.... banyak artis singa layan ke mesia lah kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2009 10:15 PM | Show all posts
APM


Buat julung-julung kalinya Anugerah Planet Muzik (APM) yang menggabungkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia akan diadakan di Jakarta, Indonesia. Acara yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik serantau ini akan berlangsung pada 18 Julai depan. Pengumuman ini telah dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Delicious Cafe, Dua Residency, Jalan Tun Razak pagi tadi.

Ini merupakan penganjuran kali ke-9 APM setelah diperkenalkan pada tahun 2000. Seperti tahun-tahun terdahulu, APM 2009 sekali lagi mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Music Award Foundation (YAMI) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI).

Sebanyak 18 kategori akan dipertandingkan pada APM 2009 nanti, di mana sembilan daripadanya di bawah Kategori Terbaik, tujuh di bawah Kategori Paling Popular dan dua untuk Kategori Khas.

Antara anugerah yang akan dipertandingkan ialah Persembahan Vokal dalam Lagu Terbaik (Artis Baru Lelaki dan Wanita), Artis Wanita Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Duo/Kumpulan Terbaik dan Kolaborasi Terbaik dalam Lagu.

Kumpulan Hujan mendominasi pencalonan daripada Malaysia dengan enam pencalonan di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik),  Duo/Kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik, Album Terbaik, Artis Malaysia Terbaik dan Artis Serantau Paling Popular (Malaysia).

Aizat menduduki tempat kedua dengan empat pencalonan. Manakala, Datuk Siti Nurhaliza di tempat ketiga dengan tiga pencalonan. Bagaimanapun, untuk tahun ini tiada pertembungan di antara Siti dengan sahabat baik, Krisdayanti kerana Kris tidak mendapat sebarang pencalonan kategori. Lain-lain artis yang turut mendapat pencalonan ialah Faizal Tahir, Meet Uncle Hussein, Stacy, Nubhan, Yuna, Ayu OIAM, Reshmonu, Misha Omar, Nikki, Joe Flizzow dan Malique.

Beralih kepada artis Indonesia pula, pendatang baru, Afghan mendapat pencalonan terbanyak dengan enam pencalonan yang terdiri daripada Persembahan Vokal dalam Lagu Terbaik (Artis Baru Lelaki), Artis Lelaki Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Artis Indonesia Terbaik dan Artis Serantau Paling Popular.

Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari pula berjaya mendapat dua pencalonan bagi kategori Artis Wanita Terbaik di samping rakan senegaranya Mulan Jameela dan Artis Indonesia Paling Popular. Kumpulan ST 12 yang popular dengan lagu “Puspa” mendapat empat pencalonan.

Untuk artis Singapura pula, Taufik Batisah dan Hardy Mirza masih mendominasi pencalonan daripada Kota Singa tersebut. Taufik mendapat lima pencalonan dan Hardy Mirza mendapat tiga pencalonan. Perkara ini memang sudah dijangka kerana kedua-dua penyanyi yang lahir daripada program realiti ini mempunyai peminat fanatik yang cukup ramai di sana.

APM 2009 yang dianjurkan oleh Media Corp Radio dan Beyond Events Sdn Bhd ini akan disiarkan di saluran Astro untuk penonton Malaysia, saluran SURIA untuk penonton di Singapura dan Global TV untuk penonton di Indonesia. Waktu siarannya ialah jam 9 malam untuk Malaysia dan Singapura dan 8 malam di Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 10:28 PM | Show all posts
menang besar lah si hujan tuh nanti yeh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 10:43 PM | Show all posts

Balas #44 toritonz82\ catat

senarai pencalonan penuh tadok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2009 11:01 PM | Show all posts

Balas #46 jac_diehard_fan\ catat

pagi tadi baru aje sidang akhbar.....esok or lusa dah ada kot....


try mintak kat klubbkidd or sultanmuzaffar....tak pun kat budiey or mr.vernon.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2009 11:34 PM | Show all posts
Sebahagian dari pencalonan (amik dari blog vernon)


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)

Afgan, Terimakasih Cinta
Aizat, Hanya Kau Yang Mampu
Dirly, Sampai Keujung Dunia
Lobow, Kau Cantik Hari Ini
Nubhan, Ada Untukmu


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)

Aura Kasih, Mari Bercinta
Ayu, Hanya Di Mercu
Cinta Laura, Oh Baby
Nana, Lafaz
Stacy, Aku Stacy
Yuna, Dan Sebenarnya


Artis Lelaki Terbaik (Album)

Afgan, Confession No. 1
Aizat, Percubaan Pertama
Reshmonu, Harapan
Taufik Batisah, Suria Hatiku
Tompi, My Happy Life


Artis Wanita Terbaik
Bunga Cinta Lestari, Tentang Kamu
Misha Omar, Misha Omar
Mulan Jameela, Mulan Jameela
Nikki, Hawa
Siti Nurhaliza, Lentera Timur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 11:46 PM | Show all posts
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)

Afgan, Terimakasih Cinta
Aizat, Hanya Kau Yang Mampu
Dirly, Sampai Keujung Dunia
Lobow, Kau Cantik Hari Ini
Nubhan, Ada Untukmu


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)

Aura Kasih, Mari Bercinta
Ayu, Hanya Di Mercu
Cinta Laura, Oh Baby
Nana, Lafaz
Stacy, Aku Stacy
Yuna, Dan Sebenarnya


wakil mesia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 09:57 AM | Show all posts
Senarai nominasi APM 2009

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Untuk Artis Baru Lelaki (Best Vocal Performance In A Song By A New Male Artiste):
Afgan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 10:02 AM | Show all posts
jom speku sapa yang menang tiap2 kategori.......









<<<<<nak tunggu momod colby buat exam lagi........
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:08 AM | Show all posts
aku dengar dengar tahun nih tak undi melalui web.... undi pakai sms aja!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 10:29 AM | Show all posts

Balas #52 khyree\ catat

sms pon sms laa......janji undi......
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 01:24 PM | Show all posts

Balas #51 toritonz82\ catat

dah tengok pencalonan.aku rase APM lagi susah dari AIM..
kalo exam risiko nak fail tuh besar
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 02:39 PM | Show all posts
format pencalonan nampaknya ada beberapa yang diasingkan ikut negara...maybe taknak ada yg kecik ati lagi kot or rasa bangga bila menang besar
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:09 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 3 JUN 2009:  Biarpun penganjuran Anugerah Planet Muzik (APM) sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi namun ia tetap tidak melemahkan semangat Media Corp Radio dan Beyond Events Sdn Bhd selaku penganjur bersama  untuk meneruskan acara ini bagi tahun yang ke-9.

Apa yang lebih menarik, APM 2009 buat julung kali pertamanya akan diadakan di Jakarta Convention Center, Plenary Hall pada 18 Julai ini yang mana ia akan dipancarkan secara langsung oleh Global TV Indonesia, Astro Ria (Malaysia) dan Suria (Singapura).

Perkara ini telah diumumkan pihak penganjur di dalam sidang media APM 2009 yang berlangsung di Delicious Cafe Dua Residency, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Urusan Beyond Events Sdn Bhd, Amin Husseinm berkata, APM mula diperkenalkan sejak 2001 sebagai  satu platform yang mampu menonjolkan industri muzik Melayu serantau yang terbaik.

"Ia bukan sekadar acara anugerah semata-mata tetapi ia adalah sebuah acara yang diwujudkan untuk mengiktiraf hasil kerja dan usaha artis dari 3 negara serantau khususnya Singapura, Malaysia dan Indonesia. Pada masa yang sama ia juga membuktikan sokongan yang diperolehi daripada 3 negara terbabit dalam usaha untuk memartabatkan industri muzik Melayu yang berada dalam lingkungan serantau ini.

"Sungguhpun begitu, matlamat untuk memartabatkan  industri muzik yang serantau ini menjadi lebih bermakna lagi  apabila kita dapat melaksanakan penganjuran APM 2009 di Jakarta, Indonesia nanti," katanya

Menurut Amin lagi, pihaknya memang sudah lama bercadang untuk menganjurkan APM di Indonesia dan usaha ini sudah pun dilaksanakan sejak tahun 2003.

"Tapi, pada waktu itu kami tidak begitu bernasib baik kerana sering berhadapan dengan banyak masalah. Hanya pada tahun ini saja kita berjaya mendapat tajaan serta kerjasama daripada banyak pihak di sana.

"Seperkara lagi, isu 90:10 yang dibangkitkan pihak karyawan Malaysia juga seakan memberikan kesan yang positif buat pihak kami kerana Indonesia mungkin tidak mahu dilihat sebagai mengamalkan dasar pasaran tertutup untuk artis dari negara lain seperti Malaysia dan Singapura untuk masuk ke sana.

"Jadi, bila kami usaha sekali lagi untuk membawa APM 2009 ke sana, mereka nampaknya sangat mengalu-alukan kedatangan kita," katanya.

Tentang pencalonan APM 2009, Amin berkata, pihaknya menerima sambutan yang cukup menggalakkan dari para pengiat muzik tanah air dengan penambahan pencalonan melebihi 50 peratus.

"Hal ini membuktikan bahawa APM 2009 masih kukuh dan kredibilitinya boleh dipercayai. Namun, pencalonan dari Indonesia tidak begitu banyak iaitu hanya 185 saja berbanding 400 pencalonan yang biasa diterima.

"Jumlah pencalonan yang berkurangan ini bukanlah disebabkan Indonesia sudah kekurangan artis tetapi kita yang minta mereka tapis pencalonan dan hanya menghantar calon-calon yang terbaik saja.

"Jika tidak, setiap tahun kita pasti akan menghadapi kesukaran untuk mendengar 400 lebih pencalonan daripada negara Indonesia saja. Pencalonan Singapura untuk tahun ini juga tidak begitu banyak iaitu hanya 40 berbanding 1007 pada tahun lalu," katanya.

APM 2009 tahun ini mempertandingkan 18 kategori termasuklah 5 kategori baru yang diperkenalkan iaitu Lagu Paling Popular Singapura (SMS), Lagu Paling Popular Malaysia (Muat Turun) dan Lagu Paling Popular Indonesia (MuatTurun), Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik) serta Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu.

dipetik dari murai.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 04:10 PM | Show all posts
senarai penuh pencalonan APM 2009


1. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)

- Afghan/Terima Kasih Cinta
- Aizat/Hanya Kau Yang Mampu
- Dirly/Sampai Keujung Dunia
- Lobow/Kau Cantik Hari Ini
- Nubhan/Ada Untukmu


2. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)

- Aura Kasih/Mari Bercinta
- Ayu/Hanya Di Mercu
- Cinta Laura/Oh Baby
- Nana/Lafaz
- Stacy/Aku Stacy
- Yuna/Dan Sebenarnya


3. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/Kumpulan Baru Terbaik)

- D'Masiv/Cinta Ini Membunuhku
- Hello/Ular Berbisa
- Hujan/Pagi Yang Gelap
- Kotak/Masih Cinta
- ST12/Puspa


4. Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu

- Be Te/Dewiq feat Ipank
- Bersamamu/Joe Flizzow feat Joeniar Arief
- Hikayat Cintaku/Glenn feat Dewi Persik
- Kepadanya/Taufik Batisah feat Hady Mirza
- Mantera Beradu/Malique feat M Nasir
- Sujud/Mawi & KRU

5. Artis Lelaki Terbaik

- Afghan/Confession No.1
- Aizat/Percubaan Pertama
- Reshmonu/Harapan
- Taufik Batisha/Suria Hatiku
- Tompi/My Happy Life


6. Artis Wanita Terbaik

- Bunga Citra Lestari/Tentang Kamu
- Misha Omar/Misha Omar
- Mulan Jameela/Mulan Jameela
- Nikki/Hawa
- Siti Nurhaliza/Lentera Timur


7.Duo/Berkumpulan Terbaik

- Andra & The Backbone/Season 2
- Hujan/Hujan
- Kotak/Kedua
- ST1/Puspa
- Yovie & Nuno/The Special One


8. Lagu Terbaik

- Dia Milikku/Yovie & Nuno
- Laskar Pelangi/Nidji
- Matahariku/Agnes Monica
- Pagi Yang Gelap/Hujan
- Terima Kasih Cinta/Afghan
- Terserah/Glenn Fredly


9. Album Terbaik

- Confession No.1/Afghan
- Hujan/Hujan
- Kedua/Kotak
- Percubaan Pertama/Aizat
- The Special One/Yovie & Nuno


10. Artis Singapura Paling Popular

- Aliff Aziz
- Didicazli
- Fauzie Lily
- Hady Mirza
- Hyrul Anuar
- Imran Ajmain
- Merah
- Nurun Nuwarrah
- Sleeq
- Taufik Batisah
- The Sallys
- Zaibaktian


11. Artis Malaysia Paling Popular

- Aizat
- Anuar Zain
- Bunkface
- Estranged
- Faizal Tahir
- Hujan
- Mawi
- Meet Uncle Hussein
- Misha Omar
- Siti Nurhaliza
- Stacy
- Yuna


12. Artis Indonesia Paling Popular

- Afghan
- Agnes Monica
- Bunga Citra Lestari
- D' Masiv
- Gita Gutawa
- Hijau Daun
- Kotak
- Nidji
- ST12
- The Changcuters
- Ungu
- Yovie & Nuno


13. Artis Serantau Paling Popular


Singapura

- Aliff Aziz
- Ahli Fiqir
- Hady Mirza
- Taufik Batisah


Malaysia

- Faizal Tahir
- Hujan
- Meet Uncle Hussein
- Siti Nurhaliza


Indonesia

- Afghan
- Agnes Monica
- Nidji
- ST12


14. Lagu Paling Popular (Singapura)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:17 PM | Show all posts
macam mana nak undi artis paling popular??
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 06:32 PM | Show all posts
juri yg pilih kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 06:43 PM | Show all posts
hmmm selalu kan Peminat yang pilih untuk kategori PPlar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054644 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list