CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shone

KEMUSYKILAN DIDALAM SOLAT....

[Copy link]
Post time 15-7-2009 07:08 PM | Show all posts
mendidik anak haruslah bermula dr ibubapa terlebih dahulu................barulah menjadi keluarga yg terdidik............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 07:39 PM | Show all posts
saya pun slalu gitu.. usually jadi sbb fizikal saya amik wudhu, tapi mental saya tah menerawang kat mana...

lepas tuh lupa dah ratakan air ke belum

kalau wudhu' dah betul, apa yang menyeb ...
gunblade712 Post at 31-5-2009 12:49


GB, saya rasa setuju tentang masalah bacaan. Org di Malaysia lebih mementingkan merdunya suara, taranum dan little things comparing to makna didalam setiap bacaan.
Kenapa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 07:44 PM | Show all posts
................dalamilah dan perbaikilah bacaan al-fatihah anda........
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 03:49 PM | Show all posts
off topic sat.. teringat my 6-yr old son nak jamak maghrib and isyak..
reason: kang kena benti main game bila masuk isyak...

mom bagitau kalo musafir bleh jamak.. dia balas, Allah faham  ...
mom2003 Post at 8-6-2009 12:01


hehee.. kelakar anak mom... teringat lak patek masa kecik2 gitu gak... solat zohor wuduk pakai yg subuh td :kant:

pantang kuar jln2.. xkira jauh atau dekat, main nk jamak/qasar jek..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 01:23 AM | Show all posts
2 soalan

1.  Macamana kedudukan jari telunjuk sebenarnya masa tahayat?
2.  cara duduk betul tahayat akhir atas tumit ke atas lantai?

mohon jawapan dengan dalil-dalil sahih, kalau tanpa dalil tak perlu jawablah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 23-7-2009 09:01

45# kupia


1 - Tahrik dari perbahasan bahasa Arab

Tahrik ialah menggerak-gerakkan telunjuk ketika duduk tasyaahud. Imam al Baihaqee asySyafi'iy (Ma'arufat Sunan wal Atsar, Jld 3/ms 52 dan Amir Syun'any, Subulus Salam Jld 1/189), yuharriku dalam hadis2 bermaksud isyarat bukan menggerakkan dgn istimrar (gerak terus menerus). Yuharrik itu cukup dengan isyarat sekali sahaja. Ini bertepatan dgn hadis Ibn Zubair ra yg bermaksud, " Bahawasanya Nabi saw ketika duduk berdo'a (tasyaahud), baginda mengisyaratkan dgn jarinya dan tidak menggerak-gerakkan (telunjuk)."  - [Abu Daud, 989; al Nasa'iy, 1193, alBaihaqee (2786)]

Status hadis: Sahih menurut al Nawawee dan Syaykh Arnauth; SYAZ menurut al Muhaddith Albani  - (Dha'eef Abu Daud, 989).  Imam Muslim (alSahih, 579) tanpa tambahan  " dan tidak menggerak-gerakkannya)"

Itulah maksud "La Yuharrik" menurut al Baihaqee.

-  Bantahan pada alBaihaqee.

Pendapat alBaihaqee dibantah kerana 'Yuharriku' menunjukkan berterusan menggerakkan selama mana dalam keadaan berdo'a/bertasyaahud. Dalilnya ialah yuharriku dalam alQur:an, surah alQiyaamah: 16 "Janganlah kamu menggerak-gerakkan bibirmu secara tergesa-gesa ketika membaca alQur:an" (terjemahan) 'Tuharrik' dalam ayat itu (75:16) bermaksud menggerak-gerakkan bibir secara istimrar (berterusan).

Dalil kedua: ialah hadis Wa'il bin Hujr ra di mana Wa'il melapurkan Nabi saw 'yukarrikuha' (Nabi saw menggerak-gerakkan jarinya). Hadis ini statusnya sahih dan dikeluarkan oleh ramai Muhaddith, antaranya Imam Ahmad (18772),Darimi (1397), Ibn Khuzayma (714), annasa'iy (Sahih anNasa'iy lil ALBANI no 1267). hadis ini disahihkan oleh Syaraf Muhyiddin anNawawee, Arnauth dan Albani.


- Bagaimana menemukan pendapat Baihaqee dan ahli tahqeeq yg menolaknya spt Muhaddith Albani.

Imam alBaihaqee mengungguli hadis Ibn Zubair ra dan menetapkan ia berlawanan dgn hadis Wail. Imam-imam hadis dan manhaj salafiyah mengungguli hadis Wail dan menetapkan yuharrikuhu adalah berterusan mengikut tatabahasa Arab dan penggunaan alQur'an.

Imam-Imam Tahqeeq (analitis) berpendapat kedua-dua pendapat ini boleh dipertemukan. alAmir Syun'ani, alMubarakfuri, Syeykh Ali alQari, al'azim alAbadi mereka bersependapat bahawa sebenarnya hadis Wail tidak bercanggah dgn hadis Ibn Zubair. Pendapat yg kompromi ialah kedua-dua hadis itu menunjukkan Nabi saw kadang2 yuharrik (menggerak-gerakkan jari telunjuk) dan kadang2 La yuharriku (tidak menggerakkan, hanya memberi isyarat sahaja). Ini menunjukkan tahrik itu tidak wajib.




2 - Antaranya hadith Abu Humaid As-Sa’idi yang meriwayatkan sifat solat Nabi SAW:

فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ

" Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk) ". (HR. Bukhari)

Hadith ini membezakan antara duduk tahiyat awal dan akhir. Dan cara duduk tersebut merupakan yang paling afdal bagi kedua-dua keadaan duduk ini.

Imam Nawawi menjelaskan: jika seseorang itu meninggalkan duduk yang sunnah ini, solatnya tidak terbatal. Begitu juga dengan apa jenis duduk sekalipun, samada seseorang itu terbalikkan duduk tahyiat awal (iftirash) dengan duduk tahiyat akhir (tawarruk) atau duduk berlunjur atau bersila atau lain-lain jenis duduk, semua ini tidak membatalkan solat, tetapi dia dikira telah meninggalkan sunnah yang afdal.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- al-Majmuk oleh Imam Nawawi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2009 09:12 AM | Show all posts
sah kan solat kalau baca ruku' dan sujud sekali jek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by noriabdullah at 23-7-2009 11:55
sah kan solat kalau baca ruku' dan sujud sekali jek...


Bukan takat sah bahkan kalau tak baca apa2 waktu rukuk, sujud atau iktidal, solat tetap sah kerana rukuk, sujud dan iktidal itu cuma rukun fi'li ( perbuatan ). Yg pentingnya ketika membuat rukuk, sujud atau iktidal ini kena jaga tuma'ninah yg mana kena berhenti "pause" sekadar sebutan "Subhanallah" ( lebih kurang 3 atau 4 saat).

Manakala bacaan dlm solat yg menjadi rukun qauli ( lisan ) yg mana jika ditinggalkan boleh menyebabkan tidak sah solat ialah Takbiratulihram, Al-Fatihah, selawat ketika tahiyyat akhir dan salam. Maknanya wajib baca dan dijaga dari segi bacaan dan sebutan ( tajwid ) pada 4 bacaan ini.

Bagaimanapun jika dibaca sekali ketika sujud atau rukuk ianya adalah sunat jua dan mendapat pahala berbanding tidak membaca apa2 jua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2009 01:55 PM | Show all posts
camna kita nak tahu solat kita diterima atau tidak oleh Allah S.W.T??

boleh x kalu time kita solat,kita slalu membayangkan saat kita ketika mati,di dalam kubur,azab kubur,sewaktu di padang mashar,sewaktu melintas titian sirat?tak apa kan masa solat tuh aku slalu terbayang Allah ada depan aku?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 02:02 PM | Show all posts
tak apa ke kalu kita solat semata2 nak masuk syurga/elak seksa kubur?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 03:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 23-7-2009 21:25
Post Last Edit by bintang at 23-7-2009 09:01

45# kupia


1 - Tahrik dari perbahasan bahasa Arab

Tahrik ialah menggerak-gerakkan telunjuk ketika duduk tasyaahud. Imam al Baihaqee asySyafi'iy ...
bintang Post at 23-7-2009 08:59


terima kasih banyak bintang...

1. tak salah aku memilih yuharriku - menggerakkan jari telunjuk... jarang2 aku tengok orang kita buat cam tu. Tapi kedua-duanya boleh pakai KAN?  Ada lagi sambung perbahasan panjang tentang pergerakan jari ni, aku cari balik rujukannya tak jumpa, dalam kitab fiqh Sheikh Wahbah Zuhaili kot...

2.  Setuju rakaat akhir duduk tawaruk.



2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 04:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by noriabdullah at 23-7-2009 11:55

Manakala bacaan dlm solat yg menjadi rukun qauli ( lisan ) yg mana jikaditinggalkan boleh menyebabkan tidak sah solat ialah Takbiratulihram,Al-Fatihah, selawat ketika tahiyyat akhir dan salam. Maknanya wajibbaca dan dijaga dari segi bacaan dan sebutan ( tajwid ) pada 4 bacaanini.
noriabdullah Post at 23-7-2009 11:54


Salam nori,

menarik juga kalau bincang pasal rukun qauli ni, tentang lisan bacaan ni yang saya faham (maaf tak dapat nak bawakan dalil-dalilnya sebab tak ada rujukan dalam simpanan, yang lebih kurang maksudnya bacaan lisan yang bunyinya diri kita sendiri boleh dengar tak mengganggu orang lain dalam solat jemaah.  (solah jahr).   

Ada sekali tu solat tarawih di masjid ada sorang kawan kat sebelah baca terlalu kuatlah, imam kat depan pun kalah bunyi kuatnya, jadi aku rasa terganggu aku lari pindah tempat lain... tak taulah aku yang salah ke dia yang salah ke... wallahu'alam...

berguna juga kalau boleh dibawakan dalil-dalil dan perbezaan2 pendapat tentang lisan bacaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 06:00 PM | Show all posts
terima kasih banyak menatang (tak sedaplah nak tulis nam ko ni)...

1. tak salah aku memilih yuharriku - menggerakkan jari telunjuk... jarang2 aku tengok orang kita buat cam tu. Tapi kedua-duany ...
kupia Post at 23-7-2009 15:50


patek bintang bukan menatang...{:2_73:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 07:57 PM | Show all posts
hehe sian bintang..

haaiii x ada sapa nk jawab soalan aku tuh ke????
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 09:27 PM | Show all posts
patek bintang bukan menatang...{:2_73:}
bintang Post at 23-7-2009 18:00


mintak maaf banyak-banyak bintang aku tersalah pandang nak laju sangat.... kesilapan amat dikesali dan telah diperbetulkan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 11:36 AM | Show all posts
52# kupia

Salam nori,

menarik juga kalau bincang pasal rukun qauli ni, tentang lisan bacaanni yang saya faham (maaf tak dapat nak bawakan dalil-dalilnya sebab takada rujukan dalam simpanan, yang lebih kurang maksudnya bacaan lisanyang bunyinya diri kita sendiri boleh dengar tak mengganggu orang laindalam solat jemaah.  (solah jahr).   

Ada sekali tu solat tarawih di masjid ada sorang kawan kat sebelah bacaterlalu kuatlah, imam kat depan pun kalah bunyi kuatnya, jadi aku rasaterganggu aku lari pindah tempat lain... tak taulah aku yang salah kedia yang salah ke... wallahu'alam...

berguna juga kalau boleh dibawakan dalil-dalil dan perbezaan2 pendapat tentang lisan bacaan ni...


Wa'alaikum salam,

Mula2 nak bagitau sdr Kupia silap paham dan merasakan yg apa yg saya ckp tu ialah psl bacaan secara 'sir' atau 'jahar'. Sedangkan tidak ada dlm jawapan saya yg maksudkan cam tu.

Senang nak paham rukun fi'li ( terjemahaan melayu fe'el = perangai ) membawa erti perbuatan. Jadi dlm ibadah solat rukun fi'li termasuklah spt qiam, rukuk, iktidal, sujud dll. Itulah sebab saya terangkan serba sikit yg rukun fi'li dlm rukuk, iktidal dan sujud tu termasuk sekali dgn tuma'ninah yg mewajibkan kita berhenti (pause) sekadar masa 3 atau 4 saat.

Okay...sekarang ambik apa yg boleh difahamkan dgn rukun fi'li yg saya explain nih dan apply pulak pada rukun qauli. Saya rasa sdr Kupia pahamkan yg saya bermaksud rukun qauli ni ialah membaca secara jahar ( diperkuatkan suara ). Mcm mana boleh jadi cam nih ? Mungkin dari sebab saya terjemah rukun qauli tu sebagai rukun lisan.

Qaul kalau nak diterjemah secara langsung dari perkataan Arab bermaksud kata. Kalau nak pakai kata rasa2nya cam pelik lak. Sebab kita membaca ayat2 Al-Quran ( al-Fatihah ), zikirullah ( bacaan takbir ketika takbiratulihram ) dan doa ( bacaan ketika selawat dan salam ).

Saya boleh juga tulis rukun bacaan. Tapi translation Arab utk bacaan ialah qara'a. Dan dlm nih kita bukan setakat membaca tapi membaca berserta dgn tajwid ( refer semula apa yg saya tulis di atas psl rukun fi'li [perbuatan] ==> bukan setakat perbuatan rukuk, iktidal dan sujud tapi berserta tuma'ninah yg wajib disempurnakan sama ).

Maka selepas difikir dgn masak2 perkataan sesuai utk rukun qauli ialah menulisnya sebagai rukun lisan. Ini kerana ia mencakupi kesempurnaan dlm sebutan makhraj yg tepat dan rukun tajwid betul. Selain itu juga lisan juga sesuai digunakan kerana apabila membaca spt Al-Fatihah kita tidak boleh membacanya di dlm hati. Paling kurang pun ia dibaca secara kumat-kamit mulut kerana hendak membacanya dgn tajwid.

Saya pun biasa dengar psl hukum bacaan jahar ketika solat jamaah yg mana kita dibolehkan memperkuatkan suara sekadar orang disebelah ( kiri/kanan ) kita sahaja dan jangan sampai orang yg kedua pada saf kiri/kanan kita.

Apa pun, spt yg saya bagitau sebelum ini utk menjawap soalan Zamnie tu : Rukun qauli mewajibkan kita membaca takbir ( takbiratul ihram ), Al-Fatihah pada semua rakaat solat, selawat ( Tahiyyat Akhir ) dan salam ( salam yg pertama wajib manakala yg keduanya sunat ). Sementara bacaan ketika rukuk, iktidal, duduk antara dua sujud dan sujud semua itu sunat sahaja. Kalau tidak dibaca tidak menyebabkan solat menjadi tidak sah. Tetapi membacanya lebih afdal dan sunat dan ianya menyempurnakan solat kita kepada Allah yg merupakan package perbuatan dan lisan yg wajib dan sunat.

Wallahu A'lam.

*** Satu lagi nak tambah bacaan Al-Fatihah pula dlm keadaan tertentu boleh digugurkan, misalnya utk makmum masbuk yg mahu mengikut imam sebelum imam itu bangkit dan rukuk utk mendapatkan pahala berjemaah. Tapi ini dah keluar sket dari topik perbincangan dan soalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2009 04:18 PM | Show all posts


mintak maaf banyak-banyak bintang aku tersalah pandang nak laju sangat.... kesilapan amat dikesali dan telah diperbetulkan...
kupia Post at 23-7-2009 21:27



tidak mengapa, sebenarnya patek pun tau tuan tersilap pandang saje..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 06:43 PM | Show all posts
50# menatang


solat hanyalah kerana kita mengaku bahawa Allah itu tuhan yg Esa dan harus disembah..................maka jauhkan dari kerana niat yang lain......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 01:49 AM | Show all posts
haaaa se lg soalan aku..aku bg contoh neh..ada sorg hamba Allah nama A..A neh mmg solat x penah tnggal tp A ni masih lg melakukan kemungkaran contohnya pukul org,tgk porn,mencuri dan sbgainya?adakah itu bermaksud mmg solat si A x diterima dari dulu lg? kerana solat itu sendiri mencegah kemungkaran?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 11:23 AM | Show all posts
59# menatang

orang yang melakukan kejahatan atau maksiat, dalam keadaan dia tahu perkara tu haram, boleh lah kita kategorikan sebagai fasik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.131282 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list