|
Reply #36 ezal's post
ada lagi yg nak kaitkan dengan ina yg dah bahagia tu
bawa bawa bersabar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #40 ezal's post
ada ada aje ezal ni
tak mengata puan kikin
mengata kawan dia masuk air pulak
<kwn tau tak ni mengata dia ??>
apapun selamat datang n selamat berkenalan utk adik ezal
[ Last edited by niy at 5-6-2009 08:29 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ade lg kaitkan ngan ina... ina tu sejarah la weh.... ina dulu pun brutal gak.... tp skrg dah matang dah |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk betul korang ni
dia menang ke kalah ker...apa ada hal....dia tak kisah dah janji kikin ada di sisi dia.
aku pun tak kisah dah....tp kalu dia menang, aku senyum jer |
|
|
|
|
|
|
|
satu je ke yg terbaik..
yg popular tu mst la ada tp entah mng entah tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye la...
ye la...
Farell mintak maaf scr t'buke...
Uishhh...
[ Last edited by ezal at 9-6-2009 09:45 ] |
|
|
|
|
|
|
|
jgn bimbanglah dgn kesungguhan dino mengundi gerenti mawi menang. tapi kalau kalah korang boleh siap2 ayat power dan hamtam dino |
|
|
|
|
|
|
|
sbb citer mawi mcm dah lama tak ada kat paper
pic mawi yg cinonit ni pun jadilah ye
| HEBAT... Amin Hussen (empat dari kanan), Khairul Mizan Shagul (dua dari kanan) dan Isadhora Mohamed (tiga dari kanan) bersama artis yang hadir pada sidang media pertama Anugerah Planet Muzik 2009 baru-baru ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kwn ezal la...
[ Last edited by ezal at 9-6-2009 09:46 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 hyun\ catat
baru kali ni aku setuju dgn ko hyun.. |
|
|
|
|
|
|
|
dari kosmo
Anugerah Kosmo! APM 09Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
AMIN (tengah), Aznil (depan,kiri) dan Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul bersama barisan artis yang bakal berentap dalam majlis Anugerah Planet Muzik 2009.
BUAT pertama kalinya Anugerah Planet Muzik 2009 (APM) mewujudkan anugerah yang diberi nama Artis Paling Popular Malaysia Anugerah Kosmo!.
Perubahan itu dilakukan seiring dengan penglibatan Kosmo! sebagai media rasmi acara itu di Malaysia buat kali pertama dan perubahan seperti ini buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran APM yang bermula sejak tahun 2001.
Menurut Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., yang juga selaku Penerbit Eksekutif APM 2009, Amin Hussen, perubahan tersebut dilakukan bukan sahaja untuk mempromosi produk Malaysia ke luar negara tetapi meraih sokongan media di setiap negara yang terlibat.
"Tahun ini memang berbeza, kalau kategori Artis Paling Popular Malaysia kita namakannya sebagai Anugerah Kosmo!, bagi kategori Artis Paling Popular Indonesia dan Singapura, kita ada juga Anugerah yang mengambil nama setiap media rasmi APM 2009 di negara tersebut.
"Ini secara tidak langsung memperlihatkan sokongan padu yang kita terima daripada media di setiap negara dan APM memang perlukan perubahan selepas lapan kali diadakan. Tahun ini merupakan tahun yang tepat untuk melakukan semua perubahan yang telah dirancang," tuturnya.
Tambahnya, perubahan lain bagi anugerah dalam APM termasuk kategori baru yang diperkenalkan adalah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu bagi Artis Lelaki, Wanita dan Duo/Kumpulan Baru Terbaik selain kategori Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu.
Semua perubahan itu dilakukan setelah melalui perbincangan dan mendapat persetujuan daripada setiap persatuan muzik di ketiga-tiga negara.
"Sebagai penganjur, kita tidak boleh ubah format sesuka hati kerana ia melibatkan banyak pihak dan setelah mendapat kata putus, maka perubahan format dibuat. Kini bukan semua anugerah bergantung pada album semata-mata," katanya yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Selain itu, kata Amin lagi, perubahan ini ada kaitannya dengan trend semasa di ketiga-tiga negara iaitu ramai penyanyi lebih cenderung mengeluarkan lagu single daripada sebuah album penuh.
| AMIN HUSSEN
|
"Sekarang ini memang jarang kita dengar artis baru terus mengeluarkan album, mereka biasanya akan muncul dengan beberapa lagu single terlebih dahulu. Selepas mendapat sambutan barulah album penuh dikeluarkan.
"Atas dasar itulah kami mengubah Anugerah Persembahan Vokal Lelaki, Wanita, Duo/Kumpulan Baru Terbaik kepada Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu bagi setiap kategori.
"Begitu juga dengan anugerah baru yang diwujudkan tahun ini iaitu Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu. Kemunculan anugerah ini kerana kebanyakan lagu yang melibatkan kolaborasi tidak dimuatkan di dalam album sebaliknya hanya lagu single sahaja.
"Kalau tidak diubah maknanya tidak ramailah artis yang boleh menghantar pencalonan mereka dan yang akan terima anugerah balik-balik artis yang sama kerana hanya artis yang lama berani mengeluarkan album penuh bukannya artis baru," ulasnya lagi.
Bukan itu sahaja. Bagi Anugerah Artis Serantau Paling Popular yang dulu dibahagikan mengikut genre lagu kini disatukan dalam satu kategori dan setiap negara hanya layak menghantar empat nama artis yang dirasakan paling popular.
Bicara Amin lagi, anugerah tersebut disatukan kerana APM mahu melihat siapakah yang paling popular antara semua yang tercalon bukannya dihadkan pada genre sesebuah lagu.
APM 2009 mempertandingkan 16 kategori terbaik dan popular di samping dua anugerah khas iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik dan APM akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Ria (saluran 104, Astro) akan dihoskan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi di samping dua pengacara dari Indonesia dan Singapura yang masih belum diputuskan lagi.
Malahan, sejak lapan kali penganjurannya hanya Malaysia dan Singapura yang menjadi tuan rumah tetapi buat pertama kalinya APM 2009 yang dianjurkan oleh Media Corp Radio (Singapura) dan Beyond Events Sdn. Bhd., (Malaysia) akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan, Jakarta, Indonesia pada 18 Julai depan.
Bagi peminat yang ingin mengundi artis kesayangan masing-masing bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! dan Artis Serantau Paling Popular nantikan keluaran Kosmo! pada Khamis ini kerana undian hanya dibuka pada 18 Jun dan senarai artis serta nombor undian akan disenaraikan pada tarikh tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya mawi |
|
|
|
|
|
|
|
59# crayzee
kenapa cray ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|