Originally posted by hyie at 12-6-2009 09:53
aku nasihatkan baik le ko amik teksi kalau dah turun kat lrt tu. kalau jalan kaki, agak bahaya. sebab dengan kes ragutnya, eksiden dan sebagainya. tambang dalam 3/4 ringgit je.
kalau nak balik ...
thanks... very informative.. semoga anda dirahmati
KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 penonton termasuk tetamu kenamaan hadir menyemarakkan Malam Puisi Utusan (MPU) di Laman Santai, Istana Budaya malam tadi yang menyaksikan ramai selebriti serta tokoh-tokoh korporat bersatu memeriahkan majlis.
Paling mencuri tumpuan ialah lontaran vokal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dengan lagu Penantian ciptaan penggiat lagu puisi terkenal negara, Allahyarham Zubir Ali.
Selain penyanyi tersohor itu, kumpulan band indie, Hujan tidak ketinggalan bersama Kopratasa serta dua juara Akademi Fantasia, Mila dan Hafiz tampil dengan gaya tersendiri dalam menyampaikan puisi masing-masing.
SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir pada Malam Puisi Utusan Sempena Minggu Sastera Utusan di Laman Santai Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi. - Utusan/ Halim Khalid
KUALA LUMPUR 12 Jun - Malam Puisi Utusan (MPU) ke-12 di Laman Beringin, Istana Budaya malam ini, meriah dan mendapat sambutan daripada peminat dan pencinta seni sastera tanah air.
Mereka yang hadir terhibur dengan puisi-puisi indah yang disampaikan oleh Sasterawan Negara, 10 orang penyair, artis-artis dan Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khalid.
Penonton yang hadir tersentuh dengan puisi-puisi yang dideklamasikan mereka dengan penuh perasaan.
Puisi bertajuk Pemimpin Catakserukin dan Abjad Bertaring yang dideklamasikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mendapat tepukan gemuruh hadirin selepas beliau selesai membaca puisi itu.
MPU yang semakin hangat dengan dendangan pelbagai puisi karya para penyair terkenal tanah air itu bertambah semangat apabila penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mempersembahkan puisinya Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya karya Rozais Alanami dan lagu Penantian karya Allahyarham Zubir Ali.
Malam puisi kali ini memberi kelainan dengan kemunculan Dr. Faiz yang mendeklamasikan puisi Teja, Ku Tulis NamaMu dengan penuh perasaan.
Tidak ketinggalan sebuah puisi Dirimu Diriku yang dibacakan oleh isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal iaitu Datin Seri Shuryani Shuaib hasil karya beliau sendiri.
Pengacara Astro Awani, Syazwan Zakaria menyentuh perasaan penonton dengan puisinya bertajuk Ke Makam Bonda karya Datuk Dr. Usman Awang.
Penonton dan peminat karya seni turut terhibur dengan hasil deklamasi puisi daripada kumpulan Hujan yang bertajuk Surat Rindu Kepada Kekasih dan mendendangkan lagu Bila Aku Sudah Tiada.
MPU ke-12 itu juga menyaksikan persembahan oleh nama-nama besar yang telah lama berada di dalam industri seni antaranya, Pyanhabib, Zaen Kasturi, Marjan S, Marsli N.O dan Halim Yazid.
Prof. Datuk Hashim Yaacob dengan puisinya Negara Kita Kita Jaga memperlihatkan betapa semangat para penyair terhadap negara.
Prof. Rahman Shaari mendeklamasikan puisi Gajah Putih.
Selain itu, Kumpulan Kopratasa tampil mendendangkan puisi-puisi kasil karya mereka.
Penonton turut didendangkan dengan bacaan dua puisi daripada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali bertajuk Jika Kita Menjadi Kayu dan Hikmah Bencana karya Abdul Rahim Idris.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.
Bagi memeriahkan lagi Malam Puisi Utusan, juara Akademi Fantasia ke-7, Hafiz tidak ketinggalan untuk sama-sama membaca puisi Pak Utih di samping, Juara AF5, Mila juga menyampaikan puisi.
Khalid Salleh muncul dengan puisinya Selesema selain Shukri Abdullah dengan Kota Silap Mata.
Majlis dimeriahkan dengan telatah pelawak tanah air, Sabri Yunos dan Nik Sayyidah atau lebih dikenali Mek Salam Pantai Timur sebagai pengacara majlis.
MPU anjuran Astro sebagai penyiar rasmi, Istana Budaya sebagai penaja lokasi dan ExxonMobil sebagai penaja utama diadakan sempena Minggu Sastera Kumpulan Utusan 2009.
Acara MPU itu menggabungkan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ke-24 (HSKU).