CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anistar

top spot utk beli tudung - online or kedai

 Close [Copy link]
Post time 9-10-2009 11:41 AM | Show all posts
8# suzrie


kalau suka tudung corak, http://fadzbiz.com/kedai/ banyak jual....
kedai ni dah masuk 3 tahun dah menjual(sampai luar negara)...
kalau beli kali ke-2 kat situ bole dapat diskaun tap ...
purpler Post at 21-6-2009 20:55


dami 1st time beli ngan die.no wonder la kedai die rank agak tinggi

service so fast.masuk duit selase,khamis dh sampai brg.siap pulangkan baki sekali

ske beli ngn die sbb die jual tudung cotton dan pramit,which is tak banyak kat kedai online lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 07:14 PM | Show all posts
So far prefer beli kt kedai cuz kt cni berlambak kedai jual tudung shawls, pening nk pilih. Even kt pasar tani n pasar mlm pun berlambak. Harga pun murah fr yg dijual on9. Beli kt kedai, leh pegang material dia n tengok jahitan kemas ke tak. Biasanya bila nk beli shawl, mmg bwk baju terus so senang nk matching colour.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:02 PM | Show all posts
Hi,

Boleh rekomen top spot utk beli tudung kat Klang Valley.

Kedai better or online? Any site boleh rekomen...
anistar Post at 16-6-2009 12:34

i tahu kat mana leh dapat. tudung macam ariani style dan design yang sma tapi dgn harga yang lagi murah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:14 PM | Show all posts
kat mana tu ???
jom tgk kat blog saya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:09 AM | Show all posts
saya pun ada jual tudung gak...original Tudung fareeda...kualiti x sama yg jual kat pasar-pasar mlm tu ye..

leh refer ke laman web saya nie.. http://www.tudung-collections.com

nie saya letak antara cth tudung..

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 08:28 PM | Show all posts
mana nak beli tudung bawal yg sulam simple jek ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2009 12:24 AM | Show all posts
tumpang lalu n tumpang bace....



p/s:      http://www.dapatwang.com/?id=chomellest   <--------- cube click link nie jap...tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 04:53 PM | Show all posts
Suka beli on9....sebab senang...banyak design cantik2x....selalunye beli kat cnie...
http://kasihshawl.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2009 02:15 PM | Show all posts
biasanye saya suka beli baju&tudung yg ada brand dan at least dh pernah beli brand yg same, sekali kt luar so bile order online dh tak risau psl size n kualiti.nk bli selalu kt luar leceh coz anak kecik2.try le...

http://butikimpian23.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 02:18 PM | Show all posts
suke beli baju&tudung yg ade brand online coz anak kecik2..leceh skit nk shopping.tapi saya make sure dh pernah bli brand yg same at least skali kt luar so tak yah risau psl size n kualiti.

try le..
http://butikimpian23.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 02:43 PM | Show all posts
hem bagi saya.. ada positif & negative beli tudung secara online..

tp tepuk dada tanya selera la kan..

kalau nak kurang kan kos paking, panas terik, tenaga, dll boleh la memilih secara online

tp kalau nak ketelitian jenis kain... boleh la pergi ke kedai..

jom jenguk ke

http://applemerahcollection.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 10:14 AM | Show all posts
saya dah kena tipu dengan pemborong satu ni. apa nama dia
assyimal, nama dia pun malas nak ingat,
mnajiff Post at 12-9-2009 14:28


nie yang pemborong terbesar tue ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 11:59 AM | Show all posts
kenapa ngan pemborong tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 10:18 AM | Show all posts
hai saya juga ada ambil tempahan tudung.. ini antara tudung2 yg saya buat, kami bermula sejak dari tahun lepas sehingga sekarang





kualiti insyaAllah kebanyakan customer repeat ordet.. hehe maaf ye mode cuma tunjuk gambar cecikit.. klau nak tgk lagi boleh tgk www.kristaloctant.com

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:07 PM | Show all posts
tak ske beli online cuz takleh feel the kain tekstur n quality.. lagipun takleh nak try.. kalao dah beli tak ngam pastu susah lak nak tukar balik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:52 PM | Show all posts
kalu nak carik tudung yang lain dari yang lain..boleh singgah sini..

http://gallerytudungfareeda.blogspot.com/

blog ni jual tudung fareeda original...dijamin tak sama dengan tudung 2 lain di pasaran...kualiti pun baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 09:25 PM | Show all posts

Dua beradik buka butik maya jual busana Muslimah

GANDINGAN mantap dua beradik, Siti Azlia Idha, 27, dan Siti Allia Idha Abd Latif, 24 yang masih muda, bergaya dan bijak pastinya dicemburui ramai gadis.

Jika dilihat pada luaran, dua wanita muda ini tampak sama seperti wanita sebaya. Mereka suka bergaya dan benar-benar cintakan fesyen, namun setiap patah bicara tidak sekadar cakap kosong tanpa isi, sebaliknya pasti akan terselit cerita mengenai perniagaan dan hala tuju masa depan butik Muslimah dalam talian milik bersama iaitu getGorgeous (www.getGorgeous.com.my).

Kelahiran getGorgeous kira-kira tiga tahun lalu mengubah banyak perkara dalam hidup mereka. Azlia Idha, sebelum ini bergelar arkitek landskap di Seremban, manakala Allia Idha pula lulusan Sarjana Muda dalam bidang kreatif media dari Universiti Multimedia, Cyberjaya.

“Melepaskan jawatan profesional untuk bergelar usahawan internet bukan keputusan yang mudah dan memulakan perniagaan Internet juga bukan kerja yang main-main.

“Namun saya percaya, kejayaan getGorgeous sehingga mampu berada pada tahap ini dalam waktu yang singkat adalah hasil daripada keinginan yang kuat, kerja keras, pengorbanan dan berkat dorongan daripada mereka yang berpengalaman,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Mereka juga turut mengakui, rahmat Ilahi sentiasa menyebelahi sepanjang menjalankan perniagaan Internet selain beruntung kerana mendapat bimbingan daripada penasihat dan rakan kongsi, Nooraizan Mamat yang juga seorang panel motivasi untuk syarikat jualan langsung (MLM) mengenai selok-belok dunia perniagaan.

Tidak meletakkan sebarang tekanan walau menjalankan usaha sama bersama ahli keluarga sendiri, kata Azlia Idha, gandingan antara beliau dan adiknya melengkapkan penubuhan getGorgeous.

“Saya seorang yang minat berfesyen dan sentiasa mengambil tahu aliran gaya semasa, malah sebagai bekas arkitek, saya terdidik untuk sentiasa kreatif selain menjadikan setiap benda kelihatan indah.

“Adik saya pula mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia grafik dan kemahirannya dalam merekabentuk laman sesawang serta fotografi banyak membantu,” katanya.

Memulakan cerita mengenai butik muslimah secara dalam talian milik mereka, Azlia Idha memberitahu, semuanya tercetus ketika membantu abang dan kakak ipar mereka membuat perniagaan cupcake secara dalam talian di www.onepiecebakery.com.

“Memang semangat betul ketika itu apabila melihatkan perniagaan mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan seluruh negara. Lantas, saya terfikir, mengapa tidak saya membuka butik secara dalam talian juga.

“Kebetulan pula pada 2007, tidak ramai yang menjual pakaian Muslimah moden

di Internet. Memanfaatkan minat yang mendalam dalam bidang fesyen, malah rakan-rakan juga sering merujuk mengenai penampilan diri sesuai dengan mereka daripada saya, lantas lahirlah butik Muslimah getGorgeous,” katanya.

Pada awal penubuhan getGorgeous, Azlia Idha mengakui sukar mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana masih belum dikenali.

“Ada yang takut ditipu, justeru kami terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Sindiran negatif juga perkara biasa mungkin kerana mereka tidak yakin perniagaan Internet mampu menjana pendapatan yang kukuh.

“Bagaimanapun, semua itu kami anggap sebagai cabaran dan akhirnya, berkat kejayaan, kata sinis yang kami terima dulu bertukar menjadi pujian yang tiada penghujungnya,” katanya.

Bagi Azlia Idha, mengubah titik hidup untuk menjadi seorang yang berjaya memerlukan keberanian dan pesanan daripada Nooraizan, perkara yang paling susah adalah untuk memulakannya dan perkara yang paling mencabar adalah untuk mengekalkannya pasti akan disemat di dada sebagai pembakar semangat.

“Sekiranya anda masih ragu-ragu atau tidak yakin untuk memulakan perniagaan, saya sarankan supaya buat perniagaan secara sambilan dulu. Apabila anda rasa yakin, buatlah sepenuh masa.

“Paling penting adalah fokus. Jangan suka ikut dan dengar cakap orang, buat apa yang anda minat serta jujurlah kepada diri sendiri dan orang lain,” jelasnya.

Celah Allia Idha, ramai anak muda tidak didedahkan sepenuhnya dengan dunia perniagaan dan menganggap perniagaan adalah jalan terakhir untuk mencari rezeki sedangkan di dalam Quran ada menyebut sembilan daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan.

“Cabang perniagaan itu banyak dan carilah yang sesuai dengan jiwa anda kerana apabila serasi dengan kerja kita maka ia akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

“Tapi, makan gaji juga tidak salah kerana dari situ kita dapat mengutip pengalaman dan modal untuk mengukuhkan tapak sebelum terjun ke bidang perniagaan yang penuh risiko,” katanya.

Menurut Allia Idha lagi, getGorgeous sendiri bermula dengan modal yang sangat kecil, tetapi semangat dan keinginan yang besar dalam diri tidak membataskan langkah mula mereka ketika itu.

“Bayangkan, koleksi pertama kami hanya enam helai baju saja, malah ketika mula-mula membuat keputusan untuk bergelar usahawan Internet, bapa juga seolah-olah tidak merestui keputusan kami.

“Tapi mungkin kerana sejak di bangku sekolah, bapa sering menasihatkan kami berniaga daripada makan gaji, jadi semua kepayahan dan cakap-cakap daripada orang sekeliling yang mempertikaikan kemampuan kami membangunkan getGorgeous hanya melintas bak angin lalu saja,” jelasnya.

Bagaimanapun, berkat doa dan restu kedua ibu bapa, Zaimah Abdul Hamid dan Abdul Latif Idrus, walau usia perniagaan masih baru, dua adik-beradik itu mula melebarkan sayap perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan borong kepada peniaga butik yang berminat memasarkan koleksi getGorgeous.

Sehingga kini getGorgeous mempunyai pengedar dari lapan negeri antaranya Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak selain Kuala Lumpur serta sekitar Selangor.

Kini, Azlia Idha melangkah lebih jauh dan bercadang untuk berkongsi pengalaman memulakan perniagaan Internet, kisah hidup dan rahsia kejayaannya di e-book.



p/s: kat sini bukan takat beli tudung je bleh.nak matchmaking pakaian korang ngan tudung yg sesuai pon bleh... harga dijamin berpatutan.berminat? bleh gi website die
www.getgorgeous.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 08:20 PM | Show all posts
hai2.
pernah tak tengok pengacara syarifah nur from tv9 nyer tudung?
i saw her in nasi lemak kopi O few days ago.
she wore pink+blue shawl and i love it!!!
cantekkk..
dia macam pakai anak tudung lain,selendang lain..
u all taw tak mana nak dapat scarf tu?
if ada jual online,ley la bagi the website.. tanx.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by syamen at 11-12-2009 02:38

ediit...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:37 AM | Show all posts
tak ske beli online cuz takleh feel the kain tekstur n quality.. lagipun takleh nak try.. kalao dah beli tak ngam pastu susah lak nak tukar balik..
mesmerize Post at 6-12-2009 21:07


bergantung pada bentuk muka dan kesesuain tudung.. biasa customer akan discuss dengan seller sebelum tempah on9, jadi masalah2 tu insyaAllah dpt di atasi... biasa klau tak sesuai dengan muka kita akan soh customer return and kita buat semula, dan kos semua akan bayo balik lew,  if tempah tapi tak boleh pkai pun merugikan customer juga klau simpan dlm lemari je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.192945 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list