|
Berjuta bakal saksikan upacara pengebumian Jacko
LOS ANGELES: Daripada Elvis Presley hingga Puteri Diana, upacara pengebumian ikon dan selebriti terkenal dunia pasti menarik minat jutaan orang ramai menyaksikannya dan pengebumian Michael Jackson pasti tidak terkecuali.
Lebih sejuta peminatnya dijadual memenuhi upacara pengebumian 'Raja Pop' itu - satu lagi majlis peringatan yang mendapat tempat di seluruh dunia sama seperti kematian Presley pada 1977 dan Diana, 20 tahun kemudian.
Rancangan awal bagi pengebumian Michael dijadual bermula esok (Khamis) selepas laporan menyatakan jenazahnya akan dihantar ke kediaman rantasinya, Neverland dengan disertai puluhan kenderaan pengiring.
Pada Jumaat pula, keluarganya dikatakan membenarkan orang awam memberi penghormatan kepada anaknya itu sebelum disusuli upucara khas untuk keluarga terdekatnya pada hujung minggu ini.
Bagaimanapun, tarikh sebenar pengebumian Michael masih belum diketahui.
Bagaimanapun, spekulasi mula tersebar apabila keluarganya mungkin merancang mengadakan majlis memperingati kematian anaknya untuk tatapan seluruh dunia.
"Apapun yang dibuat membabitkan raja pop ini akan menarik minat umum, dari seluruh dunia," kata Robert Thompson, pakar dalam dunia pop dari sebuah university di New York.
"Ketika pengebumian Puteri Diana di United Kingdom ia mungkin agak terhad tapi untuk Michael Jackson ia tiada batas dan peraturan, tiada yang mustahil," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Acara pengebumian Michael Jackson semakin 'misteri'
Lukisan Michael Jackson ini dilukis oleh pelukis tempatan, aktor Imuda. -foto The Star
RAJA Pop, Michael Jackson mempunyai kehidupan yang pelik. Lebih aneh lagi selepas kematiannya, upacara memperingati mendiang Jackson dan keturunan anak-anaknya masih menjadi tanda tanya.
Terkini, media barat ada melaporkan yang penghibur legenda itu bukan merupakan bapa kandung kepada tiga anaknya.
Antara lain dakwaan 'luar biasa' ini turut mencatatkan bapa biologi Michael Jr, 12, dan Paris, 11, ialah ahli dermatologi Jackson sendiri, Dr Arnold Klein. Bekas isteri Michael Jackson, Debbie Rowe pernah bekerja dengan Dr Arnold.
Identiti ibu tumpang Prince Michael II, 7, tidak diketahui hingga kini walaupun banyak risikan dibuat. Selain itu, bekas isterinya, Debbie Rowe dikatakan bukan merupakan ibu biologi kepada dua anak mereka yang lebih besar.
Sementara itu, satu salinan wasiat Jackson yang dibuat pada 2002 telah diserahkan kepada wakil keluarga, menurut satu sumber yang mahir dengan dokumen tersebut.
Wasiat itu masih terkandung suatu benda yang "misteri" kerana ia belum dipersembahkan kepada mahkamah. Bagaimanapun, sumber berkata, wasiat itu menamakan ibu Jackson, Katherine sebagai penjaga anak-anaknya.
Di samping itu, wasiat itu meletakkan semua aset milik Jackson di dalam tangan badan amanah serta menamakan wakil lamanya, John Branca dan eksekutif, John McClain sebagai wasi (executor).
Raja Pop itu dikatakan tidak menyenaraikan bapanya, Joe sebagai salah seorang pewaris harta pusakanya. Difahamkan Joe pernah memukul Jackson semasa dia masih kanak-kanak.
Dalam pada itu, beberapa laporan media menyatakan mayat Jackson akan dibawa ke Neverland Valley Ranch berdekatan Santa Barbara di Central California, Khamis ini untuk membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir hujung minggu ini.
Satu media memberitakan mayat Jackson akan diangkut merentasi Los Angeles dengan kereta kuda yang mempunyai bekas gelas lingkup. Keranda yang diperbuat daripada gelas ini memberi gambaran persis 'Snow White' ketika dia tercekik buah epal dan tidak bernyawa.
Tiada sebarang laporan dapat mengesahkan perancangan pengurusan jenazah tersebut dengan para pengurus, peguam dan jurucakap yang mendakwa bercakap mewakili Jackson dan keluarganya.
Jackson, 50, menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun lalu ekoran serangan sakit jantung.
Beberapa pegawai keselamatan awam California memberitahu mereka tidak mendengar apa-apa daripada keluarga Jackson. Mereka hanya mengesahkan telah berbincang sama ada ingin mengadakan upacara pengebumian di Neverland.
Tom Barrack, ketua eksekutif Colony Capital LLC, firma ekuiti persendirian yang memiliki Neverland bersama, telah mengeluarkan satu surat terbuka kepada penduduk Santa Barbara County agar bersedia untuk berdepan dengan "a global drama of epic proportion. (satu drama global yang cukup agung)"
Punca kematian Jackson masih belum dipastikan. Ini kerana ujian toksikologi cuma dapat diketahui dalam tempoh 4-6 minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Diana Ross turut dinamakan dalam wasiat Jacko
LOS ANGELES: Kejutan berlaku apabila Michael Jackson bukan saja menamakan ibunya sebagai penjaga anak-anaknya dalam surat wasiat malah penyanyi legenda, Diana Ross sebagai penama kedua.
Perkara itu terdedah selepas surat wasiat lima muka surat yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, dikemukakan di mahkamah semalam.
Ia juga menyebut pembahagian harta untuk Ross, 50, perlu ditinggalkan dalam Amanah Keluarga Michael Jackson. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa lebih gila?
Oleh JESSABELL SOO
[email protected]
Sepanjang hayatnya, Michael Jackson bukan setakat mahu menjadi penyanyi terkenal atau popular. Sebaliknya impian sebenarnya adalah mahu setanding dengan populariti kumpulan The Beatles. Dia juga mahu diiktiraf sebagai Raja Muzik dan mengalahkan artis sepanjang zaman, Elvis Presley.
Tidak kira semasa hidup atau mati, Michael masih dibandingkan dengan Elvis. Sedar atau tidak, Michael akhirnya berjaya menyamai Elvis dari sudut baik dan buruk. Mencipta revolusi muzik dan fenomena pada era masing-masing, kedua-dua bintang itu turut meninggal dunia dalam keadaan tragis pada usia yang muda.
Kematian Michael pada usia 50 tahun tidak menghairankan tetapi mengejutkan dunia. Hanya selepas 32 tahun kematian Elvis, seorang lagi 'raja' meninggal dunia. Dipisahkan oleh generasi berbeza, mereka memiliki banyak persamaan.
Seorang merupakan Raja Pop dan seorang pula Raja Rock n Roll. Kedua-duanya memberi impak mendalam terhadap industri muzik global, bergelut dengan imej sendiri, kegagalan hubungan cinta serta masalah kesihatan. Berbakat pada tahap tiada tandingan, mereka juga dilabelkan sebagai genius seni 'gila'.
Elvis yang meninggal dunia pada usia 42 tahun menguasai era muzik tahun 1950-an dan Michael menjajah era 80-an. Elvis mengejutkan khalayak dengan tarian pinggulnya dan Michael memukau dengan gerak tarinya yang dipanggil, Moonwalk. Apabila Elvis meninggal pada tahun 1977, Michael memulakan penjajahan dan dia kemudian menukar populariti genre Elvis sepenuhnya.
Michael telah membuka sempadan muzik tanpa mengira kaum terutama warna kulit. Malah mengikut penyelidikan ramai, muzik Michael sebenarnya telah mengatasi empayar yang dibina Elvis. Jika diikutkan sejak kematian Elvis, belum ada lagi kematian legenda muzik yang berjaya menyentuh hati peminat muzik seluruh dunia sehingga hari ini.
Bekas isteri Michael yang juga merupakan anak tunggal Elvis, Lisa Marie Presley memberitahu pada Jumaat lalu bahawa bintang pop itu merupakan seorang yang memiliki jiwa yang terseksa.
TIDAK kira hidup atau mati, Michael dan Elvis sering dijadikan perbandingan antara satu sama lain.
Apa yang mengejutkan, menurut Lisa juga, Michael pernah meramalkan hayatnya akan mempunyai kesudahan seperti Elvis.
Menulis dalam blog laman sosial, MySpace, Lisa menyatakan hubungannya dengan Michael bukan dirancang seperti yang dihebohkan media, tetapi mereka berpisah kerana dia tidak dapat menyelamatkan Michael daripada perangai yang memusnahkan diri sendiri.
Malah, Lisa dan Michael pernah bercerita mengenai kematian Elvis dan Lisa terkejut dengan reaksi Michael.
"Pada suatu ketika, Michael terhenti dan memandang tajam ke arah saya. Dia kemudian memberitahu, 'Saya takut saya akan menerima kesudahan seperti dia (Elvis)'."
Lisa juga menulis bahawa dia cuba untuk menghalang Michael daripada berfikir sedemikian tetapi lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya seperti sudah mengetahui apa yang akan berlaku dan tidak mahu dipujuk.
"Menyaksikan berita yang memaparkan senario yang sama berlaku pada 16 Ogos, 1977 dan kini bertukar fokus kepada Michael (satu pandangan yang saya tidak mahu lihat sekali lagi) seperti mana diramalkan oleh dia," ujar Lisa.
Persamaan Michael, Elvis
Elvis memasuki dunia nyanyian lebih lambat berbanding Michael yang memulakan karier sejak kecil. Populariti di seluruh dunia telah menyekat mereka berdua daripada menjalani hidup normal.
MICHAEL pernah bergelar menantu Elvis.
Dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak pada tahun 1993, Michael sejak itu menimbulkan perasaan benci dan meluat orang ramai terhadapnya. Dia dianggap manusia pelik dan psiko. Sementara itu, Elvis pula dipuja sebagai insan ternama dunia.
Michael diakui telah memusnahkan dirinya sendiri dan 'mungkin' pernah melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak (tetapi telah disabitkan tidak bersalah di mahkamah) dan menghayun anak ketiganya di balkoni.
Namun, Elvis sebenarnya turut mengharungi hidup yang 'gelap' seperti Michael. Tetapi mengapa Elvis tidak dipanggil gila atau begitu dibenci? Mungkin ketika era kegemilangan Elvis, media elektronik belum lagi berkembang pesat. Maka, ramai sebenarnya tidak mengetahui kisah-kisah hodoh Elvis.
Michael pula hidup dalam dunia siber yang sering kali menokok tambah kebenaran sesebuah cerita. Elvis sebenarnya juga dikatakan pernah melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak. Dalam satu laporan media, Elvis dikatakan meniduri bekas isterinya, Priscilla ketika wanita itu berusia 14 tahun. Bukankah itu juga satu kesalahan untuk mengadakan hubungan dengan gadis bawah umur?
Walaupun selepas itu, Priscilla menegaskan bahawa dia dan Elvis hanya tidur bersama selepas berusia 18 tahun, kebenaran hanya diketahui mereka berdua. Elvis yang sentiasa khayal dengan dadah juga dilihat membahayakan diri dan pernah dikatakan cuba untuk membunuh bekas isterinya itu selain membahayakan Lisa.
Elvis juga obses terhadap gadis yang masih memiliki dara dan mempunyai minat melampau terhadap wanita yang telah melahirkan anak. Bukankah itu juga satu sikap tidak normal? Michael ada melakukan pembedahan plastik yang telah merosakkan wajahnya. Elvis juga pernah menjalankan proses penegangan kulit muka. Tiada bezanya.
LISA (ketika kecil) bersama Elvis dan ibunya, Priscilla.
Mungkin disebabkan Elvis telah lama meninggal maka semua orang mula lupa akan insiden buruk yang berlaku sepanjang hidupnya. Maka, diharap 'keburukan' Michael turut sama berkubur saat dia meninggal dan semua kejayaan akan terus menyinar.
"Ia sangat pelik. Michael pernah mengahwini anak perempuan Elvis," kata pengkritik muzik, Greil Marcus yang menulis tentang Elvis dalam bukunya, Mystery Train.
Mungkin disebabkan mahu 'meningkatkan' lagi taraf populariti dirinya, Michael berkahwin anak perempuan Elvis, Lisa. Dia juga membeli hak cipta untuk beberapa buah lagu Elvis.
Elvis memiliki Graceland, yang menjadi simbol kepadanya sepanjang hayatnya. Michael memiliki Neverland, satu taman tema fantasi serta kediaman yang dibinanya dengan harapan dia hidup dalam dunia sendiri.
Michael tidak suka Elvis
Dalam memoir berjudul, Moon Walk yang diterbitkan pada tahun 1988, Michael menegaskan bahawa Elvis tidak penting dalam hidupnya terutama semasa dia sedang membesar. Malah, dia tidak gembira apabila mengetahui lagunya yang dirakamkan bersama empat orang abangnya, Heartbreak Hotel berkongsi judul sama dengan lagu popular Elvis.
"Saya bersumpah lirik-lirik itu datang secara natural dan semasa saya menulisnya, saya tidak memikirkan lagu lain. Maka, syarikat rakaman saya mencetaknya sebagai This Place Hotel kerana Elvis. Tidak kira betapa pentingnya nilai dia terhadap muzik tidak kira kulit putih atau hitam, dia (Elvis) tidak memberi sebarang pengaruh kepada saya.
"Semasa saya mula popular, ramai yang berpendapat bahawa saya akan menerima nasib sepertinya. Tapi saya rasa dia melalui hidup yang berbeza dengan saya. Tapi cara Elvis memusnahkan dirinya menarik perhatian saya kerana saya tidak mahu melalui fasa hidup yang sama," kata Michael.
Apa yang tertulis dalam memoir itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Michael turut mati dengan tragis yang banyak faktornya dikira akibat perbuatan sendiri (walaupun laporan perubatan sah belum dikeluarkan).
Kaya selepas mati
Kedua-dua Elvis dan Michael turut mempunyai masalah kewangan. Namun, masalah itu lebih menghantui Michael yang dikelilingi hutang. Berbelanja secara mewah walaupun sudah lebih sedekad tidak aktif, gaya hidup Michael itu yang menjadi punca dia terpaksa menjual Neverland.
Sama seperti Michael, Elvis juga tidak muncul dengan album baru untuk beberapa tahun sebelum dia meninggal. Hanya bergantung kepada duit royaliti dan membuat persembahan di Las Vegas, kematiannya telah menjana keuntungan yang menimbulkan fenomena.
Estet Elvis yang dianggarkan bernilai AS$4.9 juta (RM17.15 juta) ketika dia meninggal. Pada tahun 2005, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Robert F.X. Sillerman telah membayar AS$100 juta (RM350 juta) untuk mendapatkan 85 peratus daripada estet di Graceland dengan hak milik sepanjang 90 tahun sahaja. Kesemua harta Elvis diwarisi oleh Lisa.
MICHAEL sering memukau khalayak dengan gerak tarinya yang luar biasa.
Dijangkakan estet Michael mungkin bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion). Selain itu, Michael memiliki separuh daripada aset Sony/ATV Music Publishing, barangan kemas bernilai AS$2 bilion (RM7 bilion), 750,000 katalog lagu termasuk lagu The Beatles, Bob Dylan, Neil Diamond, Lady Gaga dan Jonas Brothers.
"Michael mungkin sudah 'menyembunyikan' sedikit daripada hartanya untuk masa depan ketiga-tiga orang anaknya, Michael Joseph Jackson Jr. (Prince Michael), 12 Paris Michael Katherine Jackson, 11 dan Prince Michael II, 7," kata satu sumber.
Sementara itu, kematian Michael telah meningkatkan jualan lagu terutama jumlah muat turun. Senario yang sama juga berlaku ketika kematian Elvis. Pada tahun 2007, barangan yang menggunakan Elvis sebagai jenama telah menjana keuntungan sebanyak AS$52 juta (RM182 juta) mengalahkan keuntungan yang dibuat Justin Timberlake dan Madonna.
Justeru, pewaris Michael juga boleh meneroka cara membuat keuntungan seperti Elvis dengan menghasilkan kemeja-T, album kompilasi lagu-lagu yang belum diterbitkan (dilaporkan Michael mempunyai lebih 100 lagu yang belum diterbitkan) atau menjalankan pementasan berdasarkan lagu-lagunya.
GAYA dan penampilan hebat Elvis sebelum dilanda masalah obesiti.
Berdasarkan fenomena yang dicipta kedua-dua ikon muzik itu, maka tidak hairan jika media terutama menerusi medium komputer telah membicarakan satu tajuk sama iaitu perbandingan antara dua bintang tersohor itu. Siapa lebih hebat? Itu menjadi topik perbincangan mereka.
Namun, perlukah Michael dan Elvis dijadikan perbandingan? Elvis meninggal lapan tahun lebih awal berbanding usia Michael. Tetapi mereka berduanya sebenarnya sudah lama 'mati' dari segi jiwa dan artistik. Moralnya, semakin anda berjaya dan menikmatinya, lebih banyak godaan yang anda tidak dapat tolak.
Bagi kedua-dua bintang itu, ia bukan sahaja mengenai dadah. Tekanan, populariti, kemasyhuran dan obsesi tidak dinafikan telah memusnahkan hidup kedua-dua bintang terunggul dunia. Namun, rasanya kematian telah menjadikan mereka berdua lebih megah berbanding hayat mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Jackson dikebumi cara Islam
PEMINAT dari Iran memberi penghormatan terakhir kepada Jackson di luar kediaman keluarga penyanyi itu di Encino, California.
Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai
LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.
"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.
"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdul aziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.
Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.
Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.
Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.
Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.
Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.
Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.
Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.
Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Syd at 7-7-2009 09:50
Hantu Michael berkeliaran?
LOS ANGELES: Nampaknya kematian Michael Jackson mencetuskan pelbagai fenomena, termasuk dakwaan rohnya masih berkeliaran di kediamannya di Neverland.
Dalam satu klip video di rumah besar raja pop itu, peminat mendakwa bayangan di hujung laluan di rumah berkenaan membuktikan kehadiran roh Michael.
Ia adalah khabar angin terbaru mengenai Michael sejak kematiannya hampir dua minggu lalu.
Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa konsert jelajah dunia Michael akan diadakan menggunakan teknologi hologram.
Mayat Michael juga didakwa akan ditanam tanpa otaknya kerana ia perlu menjalani ujian makmal.
Rakaman video di Neverland itu dibuat Miko Brando - anak kepada legenda filem, Marlon Brando - bersama jurukameranya.
Pada peringkat awal, tiada sesiapa menyedari kewujudan bayang yang didakwa roh Michael itu.
Namun, selepas rakaman berkenaan dipaparkan dalam laman web YouTube, khabar angin mengenainya merebak dengan cepat di Internet.
Pengunjung turut meninggalkan komen dan berdebat dengan penuh minat mengenai kemungkinan roh Michael kini berkeliaran di Neverland.
Seorang daripada mereka meninggalkan komen: “Ya, itu adalah MJ (Michael Jackson), malah gaya rambutnya menjadi bukti...!! Dia tak mati!” - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah putuskan ibu Jacko hilang hak ke atas harta
LOS ANGELES: Mahkamah memutuskan hak ke atas harta Michael Jackson diserahkan kepada peguam dan rakan perniagaannya, bukan kepada ibu raja pop itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mitchell Beckloff memutuskan harta Michael diserahkan kepada rakan peguam penyanyi itu, John Branca dan eksekutif muzik, John McClain yang dinamakan Michael dalam wasiatnya pada 2002.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili emak Michael, Katherine Jackson berulang kali membantah keputusan hakim itu dalam perbicaraan yang berlangsung semalam.
"Kami sedaya upaya akan menjalankan amanat yang ditinggalkan Michael kepada kami bagi menguruskan eset dan hartanya," kata Howard Weitzman yang mewakili anak guamnnya, Branca.
Weitzman dalam kenyataannya selepas keputusan mahkamah itu berkata, keputusan hakim adalah keputusan yang betul.
Katherine yang menfailkan permohonan untuk mendapatkan hak ke atas harta anaknya itu tetapi namanya tiada dalam surat wasiat yang ditinggalkan Michael pada 2002.
Peguam Katherine, Burt Levitch berkata, apa yang membimbangkan anak guamnnya ialah McClain dan Branca tidak mempunyai kemahiran dari segi kewangan untuk menguruskan harta itu.
Michael yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu dilaporkan menanggung sejumlah hutang yang tinggi.
Bagaimanapun, mahkamah mengemukakan laporkan aset penyanyi itu yang menjangkau lebih AS$500 juta. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
katherin paris - bayi ber'blanket'
|
|
|
|
|
|
|
|
Paris percaya ayahnya, Michael Jackson 'tinggal bersama malaikat'
Paris Katherine Jackson menangis ketika memberikan ucapan terakhir kepada bapanya
KAWAN Raja Pop, Lester mendedahkan anak perempuan Jackson, Paris percaya ayahnya kini 'tinggal bersama malaikat'.
Dua hari selepas Jackson menghembuskan nafas terakhir, Mark Lester bercakap dengan Paris yang berusia 11 tahun.
"Paris memberitahu saya, 'Mark, jangan bimbang, ayah kini tinggal bersama malaikat. Boleh tak kami datang dan tinggal bersama pak cik?" media memetik Lester sebagai berkata.
"Paris cuba memujuk saya supaya tidak bersedih. Dia sangat tabah dan tenang," tambahnya.
Lester turut menyangkal dakwaan Jackson tertekan ekoran siri konsertnya, 'London 02'.
Kata Lester: "Saya belum pernah melihat dia begitu teruja dan bersemangat tinggi. Keterujaannya itu sangat mempesonakan saya". |
|
|
|
|
|
|
|
Jacko is a dead mutant...Lab specimen. |
|
|
|
|
|
|
|
Jacko tidak akan mati (Belasungkawa Michael Jackson 1958-2009)
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Michael Jackson akan terus dekat di hati menerusi lagunya yang boleh membuat peminat tersenyum, ketawa, malah menitiskan air mata
LEGENDA yang pernah menemani hidup sebahagian besar demografik dunia menerusi lagu-lagunya itu tidak mungkin bangun semula mempertahankan dirinya terhadap pelbagai isu serta persoalan yang diperdebatkan sejak kematiannya pada 25 Jun lalu.
Jasadnya akan terus bersemadi, membawa bersama segala catatan kenangan - suka duka dan pahit manis sepanjang 50 tahun hayatnya.
Michael Jackson - ketika hayatnya dia disanjung dan dipuja, diasak dan ditohmah, malah maruahnya pernah diperkotak-katikkan, namun tidak sesekali dia mengalah kepada tekanan.
Menjelang sisa hayatnya dia masih membawa semangat untuk terus berdiri, membersihkan namanya menerusi siri konsert yang dijangka akan menggilap semula kegemilangan popularitinya.
Malang, segala yang dicita-citakan tidak menjadi kenyataan dan 25 Jun lalu dia menghembuskan nafas terakhir membawa bersama pelbagai misteri yang terus meninggalkan tanda tanya.
Tirai hidup insan yang dilahirkan di Gary, Indiana pada 29 Ogos 1958 itu kini terkunci kemas. Yang tinggal menemani hanya kenangan kepada mereka yang pernah terhibur dengan pesona lagu nyanyiannya, seterusnya meletakkan penyanyi kulit hitam paling berjaya ini sebagai Raja Pop Dunia.
Jasad yang terkujur kaku itu tidak mungkin bernafas kembali, namun di hati pengagumnya, Michael tidak akan pernah mati.
Dia akan terus hidup dan dekat di hati serta jiwa mereka menerusi lagu nyanyiannya yang bisa membuat penggemarnya tersenyum, ketawa, malah menitiskan air mata kerananya.
Betapa kehidupan misteri lelaki yang pernah dilabel sebagai Wacko Jacko itu akan terus melekat kukuh di hati sanubari pencinta seni.
ANGGOTA keluarga mengusung keranda Michael untuk majlis penghormatan terakhir di Staples Centre.
Lantas pemergian mengejutnya pada tarikh keramat itu akan terus diratapi dan ditangisi masyarakat seluruh dunia biarpun tidak pernah bertentang mata dengannya.
Selasa lalu, Staples Centre diresapi serta diselubungi sebuah lagi episod pilu. Antara drama, tangisan, jeritan dan kekalutan semuanya bersatu apabila peminat memberi penghormatan terakhir kepada penghibur berbakat besar itu sebelum jasadnya disemadikan.
Lebih 1.6 juta peminat mendaftar untuk menghadiri upacara memperingati penghibur misteri itu, namun hanya 8,750 yang terpilih untuk menerima penghormatan itu.
Nama terkenal seperti Stevie Wonder, Mariah Carey, Usher, Lionel Richie, Kobe Bryant, Jennifer Hudson, John Mayer dan Martin Luther King III dilaporkan turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Kematian mengejut Michael terus diratapi dan Walk Of Fame, Hollywood menjadi tumpuan peminat untuk menyatakan kesedihan mereka atas pemergian yang tidak diduga itu.
Peminat juga berkumpul di UCLA Medical Centre, selain kediamannya di Holmby Hills; Apollo Theatre, New York dan Hitsville, Detroit yang menempatkan ibu pejabat Motown tempat Michael memulakan karier nyanyiannya.
Laluan di sekitar hospital juga ditutup, selain seluruh Amerika meninggalkan tempat kerja mereka untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai kematiannya menerusi kaca televisyen.
Kumpulan kecil termasuk datuk bandar turut berkumpul di luar kediamannya ketika kecil di Gary, selain bendera dikibarkan separuh tiang sebagai memberi penghormatan atas pemergiannya.
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dilaporkan menghantar ucapan takziah kepada keluarga Michael, manakala Datuk Bandar Rio de Janeiro mengumumkan untuk membangunkan patung penyanyi itu di Dona Marta.
Mengulas kematian Michael, bekas isteri yang dinikahinya pada 26 Mei 1994, Lisa Marie Presley dilaporkan berkata, bekas suaminya itu pernah menyalurkan kebimbangan jika hidupnya berakhir seperti mendiang bapanya, Elvis Presley.
Kesedihan atas kematian Michael turut menular di seluruh dunia apabila peminat menyalakan lilin penghormatan di Yoyogi Park, Tokyo pada 27 Jun lalu.
Di Romania, MTV menganjurkan persembahan penghargaan di depan Stadium Lia Manoliu yang mana Michael pernah mengadakan konsert yang tidak akan dilupakan di Bucharest pada 1992.
Black Entertainment Television (BET) menganjurkan semula Anugerah BET dengan artis yang mengambil bahagian membawakan rangkaian lagu popularnya daripada permulaan karier bersama The Jackson 5 sebelum muncul solo.
Penyanyi rap, The Game ialah antara artis pertama yang menerbitkan lagu penghargaan, Better on the Other Side menampilkan Diddy dan Chris Brown dibantu Polow da Don, Mario Winans, Usher dan Boyz II Men.
Penyanyi 50 Cent pula tampil dengan Where You Are, dipetik daripada single I Wanna Be Where You Are yang dirakamkan pada 1972.
Muzik video, Do The Bartman yang ditulis bersama Michael kembali dimainkan dalam satu episod siaran semula The Simpsons pada 28 Jun lalu.
Satu lagi episod siri popular itu, Stark Raving Dad yang menampilkan penyanyi itu sebagai bintang undangan disiarkan kembali stesen televisyen Fox pada 5 Julai lalu.
Anugerah Muzik Dunia 2006 yang menyaksikan Michael menerima Anugerah Berlian dimainkan semula myNetwork TV pada 1 Julai lalu, manakala Madonna pada pembukaan konsert Sticky & Sweet Tour di O2 Arena, London turut memberi penghargaan kepada penyanyi itu.
Pengaruh besar Raja Pop Dunia
PEMERGIAN Michael secara tidak langsung melonjakkan penjualan albumnya. Timbalan Presiden Amazon, Bill Carr memberitahu, semua album penyanyi itu termasuk ketika bersama The Jackson 5 habis dijual beberapa minit selepas berita kematiannya tersebar.
Permintaan untuk album penyanyi itu terus meningkat, malah dilaporkan mengatasi permintaan terhadap album Elvis Presley dan John Lennon ketika mereka diberitakan meninggal dunia.
Permintaan luar biasa itu menguasai carta penjualan muzik di laman sesawang, iTunes dan Amazon. Album Thriller mendaki tangga pertama di carta American iTunes, diikuti The Essential Michael Jackson yang bakal mengambil alih posisi itu.
Sementara itu, 19 album lain milik penyanyi itu berjaya membolosi Top 40.
Di Jepun, enam daripada albumnya membolosi Carta Album Top 200 dan di Poland, album Thriller juga meraih kedudukan selesa.
Australia juga mencatat penjualan luar biasa untuk album penyanyi itu di mana 15 daripada judul yang dirakamkan Michael membolosi Top 100 dengan empat daripadanya berada dalam senarai Top 10 dan tiga daripadanya menduduki tangga tiga teratas.
Dia mempunyai 34 single dalam carta Top 100, empat daripadanya berada dalam Top 10. Penjualan albumnya sepanjang minggu lalu mencecah 62,015, manakala single pula melebihi 107,821 unit.
Lakaran sejarah juga tercatat di United Kingdom dengan enam lagu nyanyiannya menduduki Top 40 iaitu Man in the Mirror ( kedudukan ke-11), Thriller (23), Billie Jean (25), Smooth Criminal (28), Beat It (30) dan Earth Song (38).
Minggu berikutnya, 13 lagu nyanyiannya menguasai carta termasuk Man In the Mirror menewaskan rekod yang dipegang Ruth Murray pada 1955 apabila lima lagu dendangannya membolosi Top 30.
Situasi yang sama juga dirasai di Amerika Syarikat apabila dia meruntuhkan tiga rekod, di mana sembilan daripada keseluruhan posisi dalam carta Billboard, Top Pop Catalog Albums dikuasai album yang mempunyai judul berkaitan dengan penyanyi itu.
Number Ones mencipta sebagai album paling laris dengan jualan melebihi 108,000 salinan, meningkat 2,340 peratus.
The Essential Michael Jackson pula berada pada kedudukan kedua katalog diikuti and Thriller yang turut terjual melebihi 100,000 salinan.
Judul lain yang turut mendapat sambutan adalah Off the Wall (tempat ke-4), Jackson Five's Ultimate Collection (5), Bad (6), Dangerous (7), HIStory: Past, Present and Future - Volume 1 (8) dan Jackson's Ultimate Collection (9).
Keseluruhannya, album solonya mencecah jualan 422,000 salinan pada minggu pertama kematiannya.
Dia juga mencipta rekod baru carta Top Digital Albums apabila menguasai enam daripada 10 slot teratas dengan mendominasi empat carta teratas.
Michael juga menjadi artis pertama yang menjual lebih satu juta muat turun dalam seminggu dengan catatan 2.6 juta.
INFO: Catatan hayat Michael Jackson
29 Ogos 1958: Dilahirkan di Gary, Indiana
1964: Mula mengadakan persembahan bersama The Jackson 5
Awal 1980-an: Perubahan pada penampilannya mula dikesan
30 November 1982: Album Thriller dipasarkan
25 Mac 1983: Persembahan pertama memperkenalkan teknik moonwalk
14 Mei 1984: Menerima pujian daripada Presiden Reagan atas kerja amal yang dilakukannya
1988: Berpindah ke Neverland
April 1988: Autobiografi Moonwalk diterbitkan
5 April 1990: Menerima penghargaan daripada Presiden Bush atas kerja amalnya
30 September 1992: Melancarkan Yayasan Heal The World
Mei 1992; Berkenalan dengan Jordan Chandler yang berusia 13 tahun
10 Februari 1993: Temu bual bersama Oprah Winfrey mengenai penderaan yang dialaminya ketika kanak-kanak
18 Ogos 1993: Polis Los Angeles memulakan penyiasatan apabila Chandler membuat laporan dia dicabul
13 November 1993: Membatalkan konsert jelajah, Dangerous dan menerima rawatan di pusat pemulihan di London
1993: La Toya secara terbuka menuduh Michael seorang pedofilia, bagaimanapun menarik kembali kenyataannya itu
1 Januari 1994: Menyelesaikan kes dengan Chandler dengan bayaran antara AS$10 - 22 juta.
26 Mei 1994: Mengahwini Lisa Marie Presley
Januari 1996: Lisa memfailkan perceraian
7 September 1996: Konsert jelajah HIStory bermula
14 November 1996: Mengahwini Debbie Rowe
13 Februari 1997: Michael Joseph Jackson, Jr dilahirkan
3 April 1998: Paris-Michael Katherine dilahirkan
8 Oktober 1999: Bercerai dengan Debbie
Februari 2002: Prince Michael Jackson II dilahirkan
3 Februari 2003: Siaran Living with Michael Jackson disiarkan yang mana dia berpegangan tangan dengan Gavin Arvizo, 13.
18 November 2003: 70 pegawai polis menyerbu Neverland
18 Disember 2003: Michael didakwa melakukan pencabulan terhadap Arvizo.
13 Jun 2005: Didapati tidak bersalah atas dakwaan yang dihadapinya
10 Mac 2009: Mengumumkan This Is It Tour yang akan bermula Julai
25 Jun 2009: Meninggal dunia kerana sakit jantung. |
|
|
|
|
|
|
|
50# Syd
erk... seramnya tgk kelibat rohnya tu.. roh dia ke tu?.. :cry: |
|
|
|
|
|
|
| |
|