|
[R-TV] Sehati Berdansa 3 [ Tahniah! Sean & Nana ]
[Copy link]
|
|
Awal pikul tugas lebih berat dalam Sehati Berdansa 3
Oleh WAHIDA ASRANI
KREDIBILITI Awal Ashaari sebagai seorang pengacara memang tidak boleh disangkal lagi. Gayanya yang tersendiri membuatkan jejaka berusia 28 tahun ini dilihat antara pengacara muda yang mampu pergi jauh di dalam bidang ini.
Sudah banyak program yang menyaksikan pengacara yang juga seorang pelakon ini tampil sebagai hos. Bermula dengan Beat TV, Awal mengorak langkah dengan begitu baik di dalam bidang pengacaraan.
Dan kini, setelah bertahun-tahun menceburi bidang ini, Awal dilihat terus 'laku' menjadi rebutan untuk mengendalikan pelbagai program.
![](http://www.mstar.com.my/archives/2009/9/16/mstar_hiburan/scha22.jpg)
Awal (kanan) bersama Scha dan Fahrin akan bergandingan mengendalikan Sehati Berdansa musim ketiga
Terbaru, selain bertindak selaku hos rancangan Rentak Bolly di Astro B4U, Awal sekali lagi dipilih mengendalikan program realiti berbentuk tarian, Sehati Berdansa, yang akan memasuki musim ketiga tidak lama lagi.
Turut serta menjadi hos bagi program itu ialah Fahrin Ahmad yang juga masih kekal sebagai hos utama bergandingan dengan bintang muda, Scha yang dipilih menggantikan Linda Onn.
Berbeza dengan musim-musim sebelum ini, kata Awal, untuk musim terbaru, tugas yang bakal dipikul semakin mencabar.
"Kali ini, saya memang cukup teruja dengan tanggungjawab yang bakal saya galas kelak. Apa yang saya lihat, selama dua musim saya bersama Sehati Berdansa, tugas-tugas yang saya pikul semakin besar.
"Ini satu perkembangan positif untuk saya kerana diberi lebih kepercayaan setiap musim. Untuk musim pertama dulu, saya hanya mengendalikan segmen Di Sebalik Sehati Berdansa dan Detik Sehati Berdansa.
"Masuk musim kedua, tugas saya bertambah kerana saya juga perlu mengacarakan segmen Memori Sehati Berdansa dan Kenali Sehati Berdansa.
"Dan kali ini, tanggungjawab saya bertambah lagi kerana saya akan menghoskan Debaran Sehati Berdansa, iaitu malam 'result show' yang mana sebelum ini ia dikendalikan oleh dua hos utama," ujar Awal yang ditemui pada majlis pengumuman hos Sehati Berdansa musim ini, kelmarin.
Turut diumumkan pada majlis itu ialah perunding tarian bagi musim terbaru ini iaitu Farah Sulaiman.
Ujar Awal lagi, tanggungjawab yang semakin mencabar itu memang amat dinantikan setelah dua musim dia menjadi salah seorang hos program yang akan memulakan siaran di Astro Ria tidak lama lagi.
"Saya bersyukur kerana pihak produksi turut 'menarik' saya ke depan. Maklumlah, sebelum ini saya hanya mengacarakan untuk program-program belakang tabir.
"Memanglah kalau boleh, saya ingin berada di 'frontliner' untuk sesebuah program. Tetapi, dengan tugas baru yang saya akan pikul ini, bagi saya ia sudah dikira bagus," katanya dalam nada ceria.
Secara ringkasnya, Sehati Berdansa merupakan sebuah program realiti tarian yang diadaptasi daripada format program hiburan popular antarabanga.
Sama seperti musim-musim terdahulu, pasangan selebriti yang terlibat akan menari untuk membantu mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan terpilih.
Persembahan pasangan selebriti ini akan diadili dengan sistem pemarkahan sebanyak 50 peratus oleh juri profesional dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.
Sehati Berdansa sebelum ini telah menyaksikan pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran muncul sebagai juara musim pertama diikuti dengan pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang tampil sebagai juara musim kedua. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau salleh yaakob masuk sehati berdansa...ai akan vote dia ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. vote 4 salleh.. kalo betui dia masuk arr... |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi dah cakap hari tu, tak akan masuk sehati berdansa sebab menghormati imej Ekin yang bertudung.
rossa Post at 27-8-2009 10:33 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mawi tu aku percaya kalau dia tak masuk......kalau bukan sbb bini dia bertudung tu pun.....aku rasa dia takkan masuk....maklumla la mamat tu klau menari dia kan ala2 kayu.....
tp klau si ekin gedikkksss tu mmg kompom la terkinja2 nak masuk.....org tak offer pun mahu dia offerkan diri dia sendiri.....tp sbb kawin dgn mawi.......lupa kan je la angan2 kau dikkkkk oiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
bila list peserta kuar yek?????? sapa2 tahu????? |
|
|
|
|
|
|
|
sedondon baju scha dgn fahrin |
|
|
|
|
|
|
|
scha???? kang jadi lak cam linda-fahrin hari tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti org tgk akward ke tak scha ngn fahrin ni sbb dah break![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa kak mah beter jadi pengacari sb nie.. celoteh dia mang best... tapi x per.. musim ke 4 nanti kak mah jadi pengacara k.....:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
28# Syd
enott??biar betik
larat ke laki dia nak agkat dia nanti???
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
48# dark_chocolate
x dpt tgk scha ngan fahrin bercinta lgk dlm sehati berdansa..dpt tgk
awal ngan scha pun jdk...awal pun terlibat apa dlm SB3 |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni aku suke kalu :-
diana rafar ngan zamarul
nabila huda ngan laki dia..ops x ley abil dh peknen....eh bler kew???dh ar pes baby
dynas ngan laki dia...
nadia mustapa ngan asben dia |
|
|
|
|
|
|
|
wat pe la c awal nie kat sehati berdansa... crouded sangat ler... :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Jawablah! Mereka perlu profesional
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
Scha, Fahrin wajar hormati tanggungjawab diamanah
BELUMPUN disiarkan, program Sehati Berdansa musim baru sudah pun mencipta kontroversi. Jika dua musim sebelum ini Linda Onn dan Fahrin Ahmad memikul tanggungjawab sebagai pengacara, kali ini tugas itu menjadi milik Fahrin bersama pelakon muda, Scha Alyahya. Menurut Linda Onn ketika dihubungi Hip sebelum ini, dia digugurkan atas alasan ingin menyuntik elemen kelainan dalam program itu.
Belum selesai isu itu diperkatakan ramai, timbul pula masalah baru apabila hubungan cinta Fahrin dan Scha putus di pertengahan jalan. Keadaan itu sedikit sebanyak dikatakan menimbulkan sedikit kesulitan untuk kedua-duanya bekerjasama apatah lagi jika pemilihan Scha sebagai pasangan Fahrin dibuat atas dasar keakraban yang terjalin antara mereka.
Jadi, apakah pihak Astro sebagai penerbit program ini bersedia dengan akibat yang berlaku ekoran cerita sensasi ini. Adakah mereka kini boleh tersenyum puas kerana setiap sensasi itu boleh meningkatkan rating.
Hip mendapatkan penjelasan daripada Penerbit Eksekutif program Sehati Berdansa, Norazian Mohd Zahir. Sambil menjelaskan pemilihan Scha sebagai pengacara dibuat dengan penuh telus, Azian berkata, pihak produksi percaya kedua-duanya mampu menjalankan tugas dengan baik dan penuh profesional.
Hip: Boleh tolong jelaskan mengapa Linda Onn tidak dipilih sebagai pengacara Sehati Berdansa musim ini?
Azian: Kami memang tidak memilihnya kerana ingin memberi nafas baru dalam program ini. Linda Onn bukanlah disingkirkan tetapi kami hanya mahu menyuntik elemen kelainan. Itu saja. Kami akui Linda berjaya memikul tanggungjawabnya dengan baik dan kami amat berterima kasih kepada Linda. Scha dipilih kerana kami lihat dia ada potensi untuk diketengahkan sebagai pengacara. Lagipun, disebabkan drama lakonan Scha iaitu Awan Dania akan disiarkan tidak lama lagi, saya rasa ini adalah salah satu promosi untuk dirinya.
Hip: Kalau betul ingin suntuk elemen kelainan, mengapa hanya Linda saja yang ditukar tetapi tidak Fahrin?
Azian: Program realiti Sehati Berdansa ini ditaja oleh sebuah syarikat pengendali telekomunikasi dan kebetulan Fahrin dan Scha terbabit dengan iklan mereka. Jadi mereka (penaja) lihat keserasian mereka di TV dan berpendapat lebih baik jika perkara itu diteruskan untuk program Sehati Berdansa.
Hip: Ada pihak mendakwa pemilihan Scha kerana ada kaitan dengan hubungannya dengan Fahrin.
Azian: Pemilihan Scha adalah telus. Kami adakan uji bakat sebelum memilihnya sebagai pengacara. Kami lihat Scha mempunyai personaliti dan gaya tersendiri untuk mengendalikan rancangan itu. Sebelum kami mengambil keputusan mengambil Scha, kami terlebih dulu melihat hasil kerjanya dan kami dapati dia berpotensi untuk maju. Dakwaan mengatakan pemilihan Scha kerana hubungannya bersama Fahrin tidak benar sama sekali. Kami tidak mencampur adukkan antara perkara peribadi dan profesionalisme.
Hip: Tapi sekarang hubungan itu khabarnya sudah berakhir. Mampukah mereka menjalankan tugas dengan profesional?
Azian: Itulah, apabila kami baca akhbar, terkejut juga dengan cerita yang tersiar itu. Tak dinafikan bimbang juga kerana kita tak tahu apa yang tersimpan di hati masing-masing. Apapun saya percaya mereka berdua sudah dewasa dan boleh berfikir. Jadi saya pasti mereka akan bersikap profesional. Inikan program Sehati Berdansa, yang objektifnya merapatkan hubungan antara pasangan. Manalah tahu hubungan yang renggang itu akan menjadi rapat semula selepas ini.
Hip: Nampaknya program Sehati Berdansa terus mencipta kontroversi. Apakah ia mampu menjual program ini?
Azian: Saya tak nafikan yang kontroversi turut menyumbang kepada rating namun itu bukanlah objektif program ini. Saya mahu program ini ditonton kerana tarian dan aksi yang ditunjukkan setiap pasangan. Lagipun program ini membabitkan rumah kebajikan, jadi saya rasa tidak elok jika kita memperbesarkan isu kontroversi itu.
Hip: Anda tidak rasa program Sehati Berdansa macam ada badi kerana kontroversi yang membabitkan pengacara hinggalah kepada peserta?
Azian: Apa yang berlaku, itu satu kebetulan. Kalau kita lihat, program Sehati Berdansa ini juga mampu mengeratkan lagi ikatan suami isteri. Apapun, saya harap musim ketiga Sehati Berdansa dapat berlangsung dengan jayanya. Kalau ada kontroversi sikit-sikit itu, biasalah. Saya harap penggemar program ini akan bersabar menantikan program ini ditayangkan pada pertengahan bulan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Haku tak berapa layan Sehati Berdansa. Tido awal mlm minggu lagi bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
best klu Tok Ti ngan Tok K....pastu erra ngan emran...saingan sengit tuh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by jal08 at 13-10-2009 20:00
Teks oleh Thani Hasbullah from murai.com.my
PETALING JAYA, 13 OKTOBER 2009: Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kan berentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.
Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail.
Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.
Program popular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3.
Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.
Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas iaitu Sehati [email protected]. Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini.
Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3
Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.
Berikut adalah senarai program SB3:
Kenali Sehati Berdansa 3
17 & 18 Oktober, Sabtu & Ahad, 9 Malam
Detik Sehati Berdansa 3
Bermula 19 Oktober, Setiap Isnin – khamis, 9 - 9.05 Malam
Di Sebalik Sehati Berdansa 3
Bermula 23 Oktober, Setiap Jumaat, 9 Malam
Malam Sehati Berdansa 3
Bermula 24 Oktober, Setiap Sabtu, 9 Malam
Debaran Sehati Berdansa 3
Bermula 25 Oktober, Setiap Ahad, 9 Malam |
|
|
|
|
|
|
|
td tertgk iklan psl sehati berdansa ni..
alahai nmpk sgt anita & isma peserta paling gedikss :kant: |
|
|
|
|
|
|
| |
|