CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

Usia Dunia. Siapa Yg Benar? Golongan Agama Atau Para Saintis?

[Copy link]
Post time 13-11-2009 10:14 PM | Show all posts
Kena tanya balik apa definisi manusia tu sendiri

Ni link jenis2 manusia yg telah wujud dari zaman dulu sampai sekarang di lokasi2 yg berbeza

http://en.wikipedia.org/wiki/Homo_%28genus%29
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2009 04:04 PM | Show all posts
menarik ni..citer la lagi...yang bumi2 sebelum ni kat mana lokasinya? dlm bima sakti juga ke??  
-bumi saja je, atau seluruh alam ni dah ada 6 kali sebelum ni????



geografi tiada subjek se ...
thessailly Post at 13-11-2009 09:02 PM


perlu ke kita gunapakai definisi kita pada zaman sekarang utk sesuatu yg wujud lebih lama drpd kita?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 01:45 AM | Show all posts
perlu lah...kita yang nak faham kan??

apa yang telah berlaku hanyalah sejarah @ pengetahuan @ memori.....kita ni yang sedang membuat sejarah sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 03:54 PM | Show all posts
23# NIXAR

kenapa kena gunakan term "adam" sebelum adam... kenapa tak gunakan 'kehidupan lain' sebelum adam?

term 'adam' sebelum adam ni menunjukkan seperti ada nabi adam sebelum nabi adam, ada ...
thessailly Post at 9-11-2009 16:19

aku pernah dengar ada adam yg lain sebelum adam bapa manusia skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 05:08 PM | Show all posts
kenapa semua orang percaya dengan sumber israilliyat.... kenapa sampai begitu sekali pemikiran cetek kalian???? begitukan kita yang berpegang pada Al-Quran dan sunnah....

kenapa tak jadikan AL-Quran terjemahan suatu buku sejarah dibaca diwaktu lapang dan sebelum tidur??? kenapa kita hanya rajin menyelak buku mastika dan majalah wanita atau mangga tapi cukup susah nak membuka helaian Al-Quran...

kenapa kita mudah pergi wayang labur duit beli tiket atau beli CD semata-mata nak tengok 2012 atau movie yang menggunakan CGI tapi malas nak pergi ke forum perdana atau tilawah Al-Quran???

kenapa kita selalu ada masa lepak kedai kopi atau kedai mamak untuk tengok EPL dan kelab favourite masing tapi takde masa nak ke masjid untuk berjumpa dengan ustaz atau ulama mengenai perihal perkara ini???

kenapa berjayanya DAJJAL menaburkan fitnahnya ke atas manusia??? inilah permulaan kebangkitan DAJJAL.. mula2 memutarbelitkan fakta agama supaya kita meyakini sesuatu perkara bukan dari suatu sudut agama tapi lebih pada SAINS.... sumber2 israilliyat dijadikan sumber berhujah dan keyakinan pada sumber2 israilliyat semakin menebal dari generasi ke generasi...

- sumber israilliyat yang paling popular ialah bumi ini akan kiamat... lepas kiamat 7 hari kemudian akan dijadikan balik, dihidupkan semula manusia di dunia atau generasi manusia yang lain... ianya akan berulang..

- bumi akan berlapis-lapis, lepas kiamat akan ada lapisan baru, kiamat balik lapisan baru balik...

- sebelum adam ada manusia yang telah hidup beribu-ribu tahun...

- ada bangsa yang wujud tetapi bukan manusia sebelum adam...

- malaikat dah mengetahui perihal manusia sebelum manusia dijadikan...

- Syaitan itu merupakan asalnya MALAIKAT... yang ini sumber israilliyat paling jelas..

- manusia berasal dari monyet..

- Dajjal itu ialah dikalangan JIN, bukan manusia.... sumber jelas...


dan banyak lagi kalau hamba nak listingkan... anyway.. kaji dulu dari sudut agama... ingat.. mengkaji tanpa GURU amatlah bahaya... itulah yang dipesan oleh GURU hamba yang hamba pegang hingga ke hari ini...

assalamualaikum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2009 03:13 AM | Show all posts
maaf. kajian ahli sains x berdasarkan kisah Israiliyat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2009 03:18 AM | Show all posts
perlu lah...kita yang nak faham kan??

apa yang telah berlaku hanyalah sejarah @ pengetahuan @ memori.....kita ni yang sedang membuat sejarah sekarang..
thessailly Post at 15-11-2009 01:45 AM


jika manusia sebelum kita ada kekurangan mungkin dr segi peratusan dia menggunakan akalnya dia tetap manusia juga. pada zaman ini juga w'pun seseorang itu ada kekurangan dr segi akal dan fikiran kita tetap panggil dia manusia. kenapa x panggil dia dgn panggilan lain?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 07:56 AM | Show all posts
sains x leh jangkau melebihi dunia ghaib.... dia ada sempadan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 10:15 AM | Show all posts
teringat saya pernah tanya sorang profesor akademik di utara berkenaan jin, jawab beliau jin ini asalnya genentik DNA manusia itu sendiri....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:03 PM | Show all posts
kenapa semua orang percaya dengan sumber israilliyat.... kenapa sampai begitu sekali pemikiran cetek kalian???? begitukan kita yang berpegang pada Al-Quran dan sunnah....

kenapa tak jadikan AL-Qura ...
edy137 Post at 15-11-2009 17:08


Bang, tak semua sumber israeliyat itu tak boleh diguna pakai untuk kita umat Islam. Ingat, Judeo-Kristian amatlah rapat sekali hubungannya dengan Islam, jadi tak hairan jika adanya persamaan antara agama2 Abraham ini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:49 PM | Show all posts
bang... sumber israilliyat adalah sumber yang digunakan untuk menumbangkan umat islam akhir zaman.. macamana kamu boleh kata kita nak guna nya sebagai penghujahan???

kamu dah dalami tasawwuf??? kamu dah dalami agama sedalam-dalamnya hingga sampai nak kena ambil sumber israilliyat.... adakah agama kita kekurangan sumber sampai nak kena ambil sumber agama lain????

think about it!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:58 PM | Show all posts
sumber israilliyat ialah suatu sumber yang cuba dimanipulasikan oleh golongan2 tertentu yang mana mengubah pengkisahan dalam Al-Quran... jika kita kata tidak salah mengambil sumber israilliyat.. makanya terang-terangan lah kita sebenarnya menidakkan AL-Quran itu sendiri.... fikir dari sudut itu...

kita boleh ambil sumber yang diubah pulak bukan ambil dari sumber yang asal....

kerana hamba mendalami tasawwuf maka, hamba memang cukup benci akan sumber israillyat yang cuba memesongkan akidah agama kita... balik ke rumah, abang cuba belek2 Al-Quran terjemahan.. mudah-mudahan jawapannya ada kat situ yang selama ini membelenggu saudara..... cuba baca Al-Baqarah dan Ali-Imran... insyaallah jawapannya ada kat situ...

assalamualaikum..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 11:45 PM | Show all posts
52# edy137

Maka apa pandangan saudara tentang tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir Ibnu Abbas?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 11:58 PM | Show all posts
mmg sebetul nya pun patut rujuk terjemahan al quran kalo ada kemuskilan
susah susah sgt compare jer dgn arab yg paham al quran
agak2 dia org bole buat kita buat
kawin yahudi
bela anjing
pakaian wanita bersolat
plastic surgery

itu lah pegangan kau selama ini

ada kah itu silap? sila komen dan segala pandangan anda di hargai
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 11:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by thessailly at 17-11-2009 11:56
jika manusia sebelum kita ada kekurangan mungkin dr segi peratusan diamenggunakan akalnya dia tetap manusia juga. pada zaman ini juga w'punseseorang itu ada kekurangan dr segi akal dan fikiran kita tetappanggil dia manusia. kenapa x panggil dia dgn panggilan lain?
NIXAR Post at 16-11-2009 03:18


sekarang ni kta bercakap fasal manusia sebelum Nabi Adam, kan?? dah jelas dinyatakan bahawa Nabi Adam adalah manusia pertama dicipta Allah.. jika ada manusia sebelumnya, kan dah salah tu...(menyalahi Quran).

oleh tu, hidupan seakan manusia yang wujud sebelum Nabi Adam (telah dibuktikan dari penemuan artifak) tak boleh dipanggil manusia sebab ia memang bukan dari bangsa manusia...

apa perbezaannya sy tak tau.

imo.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 12:54 PM | Show all posts
benar, masa Allah create Adam, malaikat pun bertanya kenapa tuhan nak ciptakan manusia yang sering buat kerosakan ? pernyataan ni ada pada surah Al baqarah..(kalo tak salah)..yang jadi persoalan adelah cemana malaikat tau manusia buat kerosakan?
mungkin kah ada manusia sebelum adanya adam..huhuuh..

**aku sekadar merefresh pendapat2 org yang aku ingin sangat tahu jawapannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2009 01:56 PM | Show all posts
Adam-adam Sebelum ADAM?



“Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya.

“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?”, saya bertanya kembali kepada beliau.

”Hmm, bab ni susah nak jawab”, katanya.

”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri”, saya sekadar memberi cadangan.

Nazri mengangguk.

”Memang banyak bezanya. Tapi bila diterjemah kepada bahasa Melayu, semuanya dibakulkan jadi ’Teori Darwin’. Itu sahaja”, sambungnya.

”Itu masalahnya. Pada pandangan ustaz, sikap pukul rata penceramah-penceramah mencela Teori Darwin, akan mendatangkan masalah, khususnya kepada orang macam anta, yang ambil Biologi untuk peperiksaan A-Level. Ramai yang sangka Teori Darwin dan evolusinya…. 100% bertentangan dengan Islam”, saya meneruskan cerita.

”Hujah mereka mudah. Kalau percaya tentang Teori Darwin, maknanya kita percaya yang atuk nenek kita dulu ialah beruk! Itu sahaja”, Nazri menyokong.

Kami sama-sama termenung. Ia bukan isu yang mudah.


TEORI EVOLUSI ITU LUAS

Kefahaman kita tentang teori evolusi bukanlah terhad kepada mahu menjawab soalan siapa / apa bapa kita. Ia juga bukan sekadar untuk mencela penjajahan Barat yang disandarkan kepada kepercayaan struggle of the fittest golongan Social Darwinist.

Kebetulan di dalam kelas Muslim Historiography saya bersama Assoc. Prof. Dr. Ahmed Elyas Hussein, kami telah berbincang tentang persoalan yang lebih mendasar terhadap perlunya kepada pendirian yang betul terhadap Teori Evolusi ini, iaitu persoalan ”Permulaan Sejarah”.

Ia membabitkan pengujian kita terhadap teori evolusi biologi dalam menjawab persoalan penciptaan Adam dan kehidupan di bumi sebelum Adam.

Hal ini penting, untuk mengungkaikan keresahan kita apabila kemajuan kajian DNA, telah membantu saintis untuk menghitung kadar mutasi struktur hidupan. Kebolehan ini mengukuhkan lagi usia fosil yang ditemui dan ini mencabar kesimpulan simplistik kita terhadap ”Persoalan Sejarah” yang saya maksudkan tadi.

Setakat ini, saintis telah mengesan kira-kira 15 spesis awal manusia. Tetapi sulit untuk dikategori dan ditentukan bagaimanakah hubungan di antara spesis ini dan bagaimanakah setiap satu spesis itu berakhir. Spesis seawal Australopithecine yang dianggarkan berusia 5 ke 2 juta tahun dahulu, membawa kepada spesis Neanderthal yang dianggarkan berusia 200,000 ke 24,000 tahun yang lalu, kesemuanya ini menimbulkan persoalan berkaitan penciptaan Adam, dan pendirian Islam terhadap evolusi itu sendiri. Apakah Adam itu hidup seawal era Australopithecine atau bagaimana?

Saya mungkin tidak berkeahlian dalam membicarakan tentang hal ini, khususnya melalui saluran Biologi, namun saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa perkara yang boleh membantu pembaca membuat penilaian awal tentang hal ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 02:04 PM | Show all posts
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENCIPTAAN MANUSIA

Saya datangkan beberapa ayat al-Quran berkenaan dengan asal usul manusia:

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:



Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar (Al-Rahmaan 55: 14)

Lihat juga ayat-ayat di 22:5, 23:12, 30:20, 32:7, 37:11

Allah SWT juga menyebut:



Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Al-Tin 95: 4)

Mohamed Asad dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa: Allah SWT telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang paling sempurna dan dikurniakan kualiti-kualiti yang positif pada fizikal dan mentalnya sesuai dengan tujuan yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang diciptakan ini.

Lihat juga ayat-ayat di 8:2 dan 7:8

Allah SWT turut menjelaskan di dalam al-Quran bahawa seluruh manusia adalah dari keturunan Adam. Firman-Nya:



Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. (Al-Nisaa’ 4: 1)

Dan manusia itu diciptakan Allah dengan maksud menjadikan mereka Khalifah di muka bumi:



Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 02:07 PM | Show all posts
PANDANGAN ULAMA ISLAM YANG AWAL

Di dalam sejarah Islam, tumpuan kita adalah pada melihat sejauh mana umat melaksanakan peraturan Allah, sebagai mekanisma jatuh dan bangunnya tamadun. Oleh kerana tumpuannya begitu, maka kadang-kadang kita terlepas pandang kepada pandangan para ulama’ terhadap persoalan-persoalan ‘pra-sejarah’ ini.

Sebagaimana teori evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek dan Roman serta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapan kepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendiri mengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada di sekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip al-Quran tetap menjadi teras utama kepada mereka.

Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.

Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.

Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.

Persoalan ini penting di sisi ilmuan Islam, untuk membina dan menstrukturkan World History pada perspektif Islam. Mereka melihat persoalan Tuhan, manusia dan alam, sebagai subjek yang tidak boleh dipisahkan. Di atas prinsip itu, persoalan sejarah tidak sewenang-wenangnya bermula hanya dengan penciptaan Adam, tetapi era Pra-Adam turut diambil kira.

Inilah yang mengagumkan saya. Sekian lama saya terlepas pandang terhadap perhatian yang diberikan oleh Ulama’ seawal kurun ke-10M terhadap isu ini. Keprihatinan mereka menunjukkan bahawa subjek ini berharga untuk diberikan perhatian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 02:10 PM | Show all posts
‘ADAM’ SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.062897 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list