CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyani83

Kongsi washing machine with non-Muslim

[Copy link]
Post time 15-2-2010 04:50 PM | Show all posts

kerana itu ulama menetapkan 'mayat manusia, walaupun kafir - suci'  



Menurut pendapat mazhab hanafi, mayat manusia adalah najis berdasarkan fatwa sebahagian sahabat. antara mereka ialah ibnu 'abbas dan ibnu zubair yg menyamakan hukum mayat manusia seperti lain-lain bangkai.

so, tang mana yg dikatakan "penetapan" ulama' walhal para ulama sendiri berseliseh tentang kedudukan kenajisan mayat manusia. apatah pula tentang kenajisan org-org musyrik itu yg telah sabit nas zahirnya.






WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2010 05:22 PM | Show all posts
adapun soal kemuliaan &kenajisan itu adalah 2 perkara asasi yg sangat berbeza.

Adakah Allah memuliakan sesuatu yang najis?
Allah memuliakan manusia.
Allah memuliakan yang taat,
Allah melaknat  yang ingkar.
Jadi jelas.. yang mulia (makhluk) tetap mulia.. yg dimulia/dilaknat adalah perbuatannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini "

Kalau itu hanya takwil.. bukan maksud ayat, kenapa jangan menghampiri masjidilharam sahaja.. bukan masjid yang lain  atau lebih tegas lagi menghampiri orang Islam.

Ulama' mana yg buat penetapan di atas tu? boleh sebutkan siapakah yg buat penetapan di atas tu? kalau tak silap saya, imam 4 mazhab pun ada berbeza pendapat tentang kenajisan mayat manusia. namun, nas yg zahir tetap mengatakan: "sesungguhnya org-org musyrik itu adalah najis".

Hukum fiqh mazhab As-Syafie - dan Ijma ulama'

Pemahaman secara maknawi dalam kurungan itu hanyalah takwilan anda semata-mata shj.dan ayat itu hanya menyebut tentang musyrikun bukan kafirun. jelas ini adalah terjemahan yg di tambah-tambah dari lafaz Al-Quran yg sebenar.


Bagi saya.. pemahaman maknawi (dalam kurungan) itu bukan menjadi tambahan kepada lafaz, ia hanya untuk memahami konteks lafaz Al-Quran yang berkaitan sebab turun dan kaitan keseluruhan kandungan Al-Qur'an.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 06:48 PM | Show all posts

Adakah Allah memuliakan sesuatu yang najis?


Najis tak semestinya hina.
suci tak semestinya mulia.

Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yg hina?
Al-Mursalaat: 20.

Asal usul kejadian manusia itu hina walaupun di anggap suci oleh sebahagian mazhab dlm islam.

terutamanya mazhab syafi'e.




Jadi jelas.. yang mulia (makhluk) tetap mulia..
yg dimulia/dilaknat adalah perbuatannya.


Kita tidak membincangkan soal mulia, tapi soal najis.
sememangnya yg najis tetap najis.
yg suci tetap suci.

itulah hakikatnya.


Kalau itu hanya takwil.. bukan maksud ayat, kenapa jangan menghampiri masjidilharam sahaja.. bukan masjid yang lain  atau lebih tegas lagi menghampiri orang Islam.


Ia tidak mengubah hakikat kenajisan si musyrik walaupun ayat di atas hanya menyebut masjidilharam. dan tidak semestinya apabila ayat hanya menyebut masjidil haram lalu masjid-masjid lain boleh di dekati pula @ boleh menghampiri org islam pula @ org-org musyrik hanya menjadi najis saat di masjidilharam shj tetapi tidak di tempat yg lain pula.

Sesungguhnyakenajisan org-org musyrik itu telah sabit di atas nas yg zahir.


Hukum fiqh mazhab As-Syafie - dan Ijma ulama'


Maaf saudara.
itu hanya pendapat syafi'e juga ijma' ulama syafie'yyah shj.

bukan ijma' seluruh ulama' sejak dahulu hingga kini.


Bagi saya.. pemahaman maknawi (dalam kurungan) itu bukan menjadi tambahan kepada lafaz,


Tetapi ia tidak mengubah hakikat yg ia adalah tambahan hasil pemahaman maknawi dari pemikiran manusia sedangkan ayat yg zahir jelas berbunyi:
Sesungguhnya org-org musyrik itu adalah najis.




ia hanya untuk memahami konteks lafaz Al-Quran yang berkaitan sebab turun dan kaitan keseluruhan kandungan Al-Qur'an.


"Sebab turun" itu hanyalah maklumat tambahan dari manusia semata-mata sedangkan kedudukan hujjah "sebab turun" itu lebih rendah berbandeng kedudukan hujjah zahir ayat AlQuran itu sendiri yg tidak boleh dipertikaikan lagi akan kebenarannya yg mutlak lagi muktamad.





WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 09:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 15-2-2010 21:59

Tuan sirri.

Eloklah awak lihat dulu pada tajuk asal TT iaitu
Kongsi washing machine with non-Muslim
non-muslim ialah kafirun.  tak payah jadi alhafiz pun tahu ni.  Dan awak sendiri yang tetiba post satu ayat al-quran (sekerat sahaja pulak tu dari satu ayat yang panjang)
Sesungguhnya org-org musyrik itu adalah najis.
At-Taubah: 28.


Jadi kalau macam awak kata bawah ni iaitu:
Sejak bila AlQuran mengatakan kafirun itu najis? setahu saya hanya musyrikun shj yg di katakan najis.


Apa issuenya awak bawa sekerat ayat attaubah 28.... sekerat pulak tu?  Kalau musyrikun najis, kafirun tak najis, tak ada la kaitan ayat awak bawa dengan tajuk topik TT.

Ni siapa yang bodo pulak?  Awak mai sini menulis sebab nak tunjuk pandai dan menang debat?  Atau awak nak penjelasan dan perjelaskan?
sebab kekdahnya takde larangan khusus dlm Quran &Hadis.  bodo punya ajaran.


Awak menyatakan zahiriah tu sama wahabi:
sebenarnya zahiri &wahabi itu adik beradik. sebab, dua-dua tolak takwil terutamanya bab-bab tajsim.

TETAPI...  sebenarnya awak tu sendiri yang zahiriah...  nah bacas ni posting-posting awak.
Sesungguhnyakenajisan org-org musyrik itu telah sabit di atas nas yg zahir
setahu saya, ayat itu adalah ayat muhkamat yg amat jelas serta mudah di fahami pula.
itu hanyalah Takwil semata-mata shj. konsep takwil ni rapuh sebenarnya wahai che' ibnur.


Bila ditanya adakah msuhrik itu najis dan perlu dicuci kalau bersentuh...  awak tak jawab betul-betul dengan jelas.  Yang awak berani cakap ulang-ulang kata mushrik itu najis.  Sampai awak qiaskan najis dan berjunub, tapi tak jelas jawapan awak tu........
dan bukankah junub itu juga tiada kaitan dgn "najis" walaupun muslim di wajibkan mandi. logiknya, bila tersentuh dgn najis, tentulah kita membersehkan diri dari kotoran najis itu.
bukankah begitu ya bung ibnur?
Kalau qias macam ni...  alahai...  baik awak balik belajar bab taharah...  apa itu istinja'. apa itu berwudhu', dan apa itu mandi janabah.  Tak payah lah nak main kait sana kait sini tapi soalan tak jawab-jawab lagi.

Sekarang, cuba jawab dengan jelas dan nyata...  adakah perlu mencuci bahagian tubuh yang tersentuh mushrik?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 10:50 PM | Show all posts
hmmm...ada beberapa perkataan yg saya tak tahu makna
a) bijana tu aper?

bejana atau bekas utk isi air

b) karunia-Nya???? hmm?

kurnia-Nya?!
c) kenapa tulis macam ni  " 9: 28 ( Malay ) ....napa tulis Malay i mean hmmmmmm?
mbhcsf Post at 14-2-2010 21:00

nie versi malay kot?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 11:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 15-2-2010 23:37
Najis tak semestinya hina.
suci tak semestinya mulia.

Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yg hina?
Al-Mursalaat: 20.

Betul.. Tapi 'memuliakan' juga tidak sama dengan 'mulia'
Dan air yg hina tidak  berarti air yg najis.. kerana itu Allah memuliakan manusia yg dijadikan dari air yg hina. (hal air yg hina.. rasanya dah bincang dulu )

Kita tidak membincangkan soal mulia, tapi soal najis.
sememangnya yg najis tetap najis.
yg suci tetap suci.
itulah hakikatnya.


Kita bincangkan samada manusia itu yg najis atau musyrik itu yg najis.

Ia tidak mengubah hakikat kenajisan si musyrik walaupun ayat di atas hanya menyebut masjidilharam. dan tidak semestinya apabila ayat hanya menyebut masjidil haram lalu masjid-masjid lain boleh di dekati pula @ boleh menghampiri org islam pula @ org-org musyrik hanya menjadi najis saat di masjidilharam shj tetapi tidak di tempat yg lain pula.


Kenapa pula ditakwilkan masjidilharam kepada yg lain2.. sedangkan lafaz zahirnya masjidilharam.. yg membawa erti org musyrik menjadi najis dimasjidilharam sahaja!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2010 01:31 AM | Show all posts

Dan awak sendiri yang tetiba post satu ayat al-quran
(sekerat sahaja pulak tu dari satu ayat yang panjang)


Maafkan saya bung ibnur.
mula-mula sekali,boleh tak bung ibnur jelaskan apakah kaitan ayat itu dgn fahaman bukan "ahlussunnah" seperti yg tertera dlm tuduhan bung ibnu sendiri yaitu:
awak sebenarnya bukan membawa pegangan ahlussunnah tetapi membawa fahaman mazhab lain.....

so, tang mana yg dikatakan bukan fahaman ahlussunnah tu, ya bung ibnur?


Kalau musyrikun najis, kafirun tak najis, tak ada la kaitan ayat awak bawa dengan tajuk topik TT.


Setiap yg musyrikun mestilah kafirun tetapi setiap kafirun belum tentu musyrikun contohnya: golongan atheist dll.
so,

ada kaitan la tu ya bung ibnur.


  1. Ibnur:
  2. Awak menyatakan zahiriah tu sama wahabi:

  3. Sirri:
  4. sebenarnya zahiri &wahabi itu adik beradik. sebab, dua-dua tolak takwil terutamanya bab-bab tajsim.

  5. Ibnur:
  6. TETAPI...  sebenarnya awak tu sendiri yang zahiriah...  
  7. nah bacas ni posting-posting awak.
Copy the Code


So, adakah zahiri itu bukan ahlussunnah? Nah! coba baca balik tuduhan bung ibnur sendiri:
awak sebenarnya bukan membawa pegangan ahlussunnah tetapi membawa fahaman mazhab lain.....




Bila ditanya adakah msuhrik itu najis dan perlu dicuci kalau bersentuh...  awak tak jawab betul-betul dengan jelas.


Ye. musyrik itu najis &bukan semestinya setiap najis itu bisa di cuci.
so, mcmana kah caranya nak mencuci najis syirik iteww ya bung ibnur?
boleh di cuci ka?

fikirlah sendiri.


Tak payah lah nak main kait sana kait sini tapi soalan tak jawab-jawab lagi.


Dah bagi dah jawapan nya dlm posting #31. ini jawapan utk TT:
"Tinggalkanlah apa yg meragukan engkau kpd perkara yg tidak meragukan engkau."
riwayat Tirmizhi &Nasa'i dan Tirmizi berkata: Hadis Hasan Saheh.

Yg lain-lain tu cuma sekadar nak merasionalkannya shj.


Sekarang, cuba jawab dengan jelas dan nyata...  adakah perlu mencuci bahagian tubuh yang tersentuh mushrik?


Mcmana nak cuci ya bung ibnur?  

bukannya nampak 'ain najisnya!




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 01:55 AM | Show all posts

Kita bincangkan samada manusia itu yg najis atau musyrik itu yg najis.


Musyrik itu najis &musyrik itu sudah tentulah manusia juga.


Kenapa pula ditakwilkan masjidilharam kepada yg lain2.. sedangkan lafaz zahirnya masjidilharam..
yg membawa erti org musyrik menjadi najis dimasjidilharam sahaja!


Ayat tentang larangan mendekati masjidilharam itu adalah selepas datangnya ayat yg menegaskan tentang kenajisan org-org musyrik itu dahulu.
perhatikan kalimah INNA MA yg berfungsi menegaskan @ menguatkan sesuatu ayat perintah @ ayat larangan.
maka kenajisan org-org musyrik itu telah sabit zahir ayatnya dahulu, walau org-org musyrik itu tidak berada di masjidil haram sekalipun.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2010 09:09 AM | Show all posts
tuan sirri,
awak sebenarnya bukan membawa pegangan ahlussunnah tetapi membawa fahaman mazhab lain.....

memang saya perhatikan dari dulu lagi yang posting awak bukan seperti pandangan ahli sunnah wal jamaah yang saya dengar.  Contoh nya awak pi sendiri tengok posting-posting awak di bod mazhab.  Dan yang pasal mushrik dan kafir itu najis (bukan yg macam pandangan alqaradawi) memang jelas dari fahaman imamah dan zaidiyah.

Cuma 'keistimewaan' awak ni, awak punya posting semua atas pagar.  Boleh lompat sebelah sana atau sini.

Cuba balik pada soalan asal iaitu berkongsi mesin basuh dengan kafir.  Kemudian awak bawa ayat mushrikin itu najis.  Macam seolah-olah awak menyatakan kafir dan mushrikin adalah najis ain'.  Sehinggakan tak boleh kongsi mesin basuh dengan mereka.

Tetapi kemudian awak kata....
so, mcmana kah caranya nak mencuci najis syirik iteww ya bung ibnur?
boleh di cuci ka?
Ni la macam al-qaradawi katakan najis aqidah.  

Maknanya tak payah la nak cuci anggota badan bila tersentuh kafir dan mushrik.  Kalau macam ni, tak adalah issue awak bawa ayat tu untuk awak jawab soalan pembuka thread.  Tu lah yang saya nak katakan, posting awak banyak mengelirukan orang.  Dengan pandangan-pandangan tak jelas dan boleh jadi belah sini atau belah sana.

maka kenajisan org-org musyrik itu telah sabit zahir ayatnya dahulu, walau org-org musyrik itu tidak berada di masjidil haram sekalipun.

kalau macam ni punya pendapat, tak pergi mana-mana isu ni.  Dok asyik ulang mushrikin najis. kemudian kata najis aqidah.  Kalau itu maksudnya, maknanya awak pun main takwil macam qaradawi.,  Tapi jelas sekali qaradawi dan ramai lagi sengakatan dan tidak seangkatan, yang terdahulu dan terkini....  syudah memberi jawapan yang sangat jelas.   Semuanya dari ulamak ahli sunnah wal jamaah.  Hanya awak sahaja yang masih bermain-main dengan pandangan yang tak jelas dan boleh kata macam lompat katak lompat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 04:09 PM | Show all posts

Dan yang pasal mushrik dan kafir itu najis (bukan yg macam pandangan alqaradawi) memang jelas dari fahaman imamah dan zaidiyah.



Maafkan saya bung ibnur, AlQuran sendiri yg menyatakan:
Sesungguhnya org-org musyrik itu  adalah najis.


so, adakah bung ibnur sudah tak percaya lagi dgn ayat-ayat AlQuran?



berkenaan dgn fahaman imamah &zaidiyah, apa kata bung ibnur bawak mai dulu pendapat-pendapat mazhab tersebut berkenaan kenajisan org-org yg musyrik itu?
bukan apa, cuma nak tengok buktinya shj.


Macam seolah-olah awak menyatakan kafir dan mushrikin adalah najis ain'.


Kenajisan org-org musyrik itu telah sabit di atas nas yg zahir.
adakah bung ibnur meraguinya?


Maknanya tak payah la nak cuci anggota badan bila tersentuh kafir dan mushrik.


Ish ish ish bung ibnur.... cubalah gunakan kemahiran berfikir yg telah di anugerahkan oleh ALLAH tu.. sebenarnya bukan susah pon cara nak "menyucikan diri" dari najis syirik ni... yaitu dgn cara tidak lagi mendekati najis syirik itu sepertimana org-org musyrik di larang mendekati masjidil haram dlm ayat 28 surah At-Taubah.
Nah, begitulah caranya menyucikan diri kita dari najis syirik. dgn itu, bersehlah hati &jasmani org-org islam dari pengaruh kenajisan org-org musyrik itu. so, takdelah lagi timbul isu was-was, ragu, syak dsbnya. sebab, awal-awal lagi dah di cegah najis syirik itu dari mengotori hati &jiwa kita yakni muslimin &muslimat.

See?



Tu lah yang saya nak katakan, posting awak banyak mengelirukan orang.  Dengan pandangan-pandangan tak jelas dan boleh jadi belah sini atau belah sana.


Tang mana yg keliru tu?  



kalau macam ni punya pendapat, tak pergi mana-mana isu ni.
Dok asyik ulang mushrikin najis.


Bung ibnur mcm tolak AlQuran je?



kemudian kata najis aqidah.  


Siapa yg kata?



Kalau itu maksudnya, maknanya awak pun main takwil macam qaradawi.,  Tapi jelas sekali qaradawi dan ramai lagi sengakatan dan tidak seangkatan, yang terdahulu dan terkini....  syudah memberi jawapan yang sangat jelas.   Semuanya dari ulamak ahli sunnah wal jamaah.


Zahiri pun ahlussunnah juga kan?



Hanya awak sahaja yang masih bermain-main dengan pandangan yang tak jelas dan boleh kata macam lompat katak lompat.


Tak salah berbeza pandangan @ pendapat. sebab menurut sebuah Hadis versi Ahlussunnah pernah menyatakan: Perbezaan pendapat itu adalah rahmat.

So, apakah ahlussunnah skrg sudah menolak hadis ini & skrg menolak pula konsep perbezaan pendapat, lalu memaksa penganut-penganutnyanya menjadi jumud &bertaqlid buta semata-mata? ataupun mana-mana pendapat yg selaras dgn kehendak bung ibnur, itulah Ahlussunnah. yg tidak selaras dgn kehendak bung ibnur, bukan ahlussunnah.

gitu ke?




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 04:21 PM | Show all posts
Kita bincangkan samada manusia itu yg najis atau musyrik itu yg najis.

Musyrik itu najis &musyrik itu sudah tentulah manusia juga.


Jadinya Musyrik yang menyebabkan manusia musyrik itu najis,
KERANA;
Musyrik itu yg najis, bukan manusia itu yg najis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 05:09 PM | Show all posts

Musyrik itu yg najis, bukan manusia itu yg najis.


Secara asalnya, manusia itu bukan najis walaupun asal usulnya sangat hina. tapi dgn sebab syirik, maka ia menjadi najis. sebab itu kita kata: org-org musyrik itu najis. kerana musyrik itu isim fa'iel, org yg melakukan perbuatan syirik itu.
so, memang betullah bahawa org-org musyrik itu najis walaupun asalnya bukan najis.
ALLAH tidak menyebut syirik, tapi menyebut musyrik itu yg najis.

so, telah sabitlah nas akan kenajisan org-org musyrik tu.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 12:35 AM | Show all posts
ALLAH tidak menyebut syirik, tapi menyebut musyrik itu yg najis.

so, telah sabitlah nas akan kenajisan org-org musyrik tu.[/quote]

Disebut musyrik supaya lebih umum daripada syirik..  ini termasuk atheist, Pagan dll (pendapat saudara.. atheist tidak termasuk dalam musyrik)..

Jadi... tiada apa-apa masalah dengan tafsiran ini;
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  
(  سورة التوبة  , At-Taubah, Chapter #9, Verse #28)


Musyrikun itu menjadi najis kerana sifat musyrik, kerana sifat musyrik itulah mereka ditegah mendekati Masjidilharam secara spesifik dalam ayat tersebut.

So.. tiada masalah najis bila bersentuhan dengan mereka samada yang masih hidup atau yg telah menjadi mayat.. selaras dengan hukum fiqh "mayat manusia suci- walaupun kafir".

      Kerana itu tiada masalah dalam menggunakan mesin dobi yg telah digunakan oleh Bukan Islam..  jika adapun keraguan berkaitan najis lain, itupun telah tercuci dengan kaedah pencucian pakaian pada masakini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 01:36 AM | Show all posts

Disebut musyrik supaya lebih umum daripada syirik..  


Bukan umum drpd syirik tapi khusus drpd kafir.
syirik=musyrik (mempersekutukan)
kufr=kafir (ingkar)
Atheist tak masuk kategori syirik tapi masuk kategori kafir.
setiap yg musyrik pastilah kafir tapi yg kafir tidak semestinya musyrik.






selaras dengan hukum fiqh "mayat manusia suci- walaupun kafir".


Mayat takde bezanya dgn bangkai so boleh jadi najis bahkan wajib di mandikan pula kecuali mayat para syuhada' shj.
dan musyrik itu tetap menjadi najis walaupun ianya bertukar menjadi mayat sekalipun.
dan si musyrik tetap tidak akan di benarkan mendekati masjidil haram hatta mayatnya sekalipun.
so, hukum kenajisan si musyrik itu tidak terangkat walau si musyrik telah menjadi mayat sekalipun.






Kerana itu tiada masalah dalam menggunakan mesin dobi yg telah digunakan oleh Bukan Islam..  



Menjauhkan diri dari najis adalah langkah utama menuju ke arah kesucian &kebersihan.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 11:33 AM | Show all posts
Lagi percanggahan sirrikhafi alhafiz.
Yg menjadi objek hukum ialah sabitnya nas tentang kenajisan org-org yg musyrik. ia tiada kena mengena langsung tentang soal bejana mahupun soal hidangan makanan kerana bejana &hidangan makanan itu bukanlah objek hukum yg hendak di istinbathkan dlm masaalah kenajisan org-org yg musyrik.


Nazrulism kata:
Kerana itu tiada masalah dalam menggunakan mesin dobi yg telah digunakan oleh Bukan Islam..  jika adapun keraguan berkaitan najis lain, itupun telah tercuci dengan kaedah pencucian pakaian pada masakini.


Jawapan sirri:
Menjauhkan diri dari najis adalah langkah utama menuju ke arah kesucian &kebersihan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 11:57 AM | Show all posts
Harus bertambah pening tuan rumah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2010 12:28 PM | Show all posts
Bukan umum drpd syirik tapi khusus drpd kafir.
syirik=musyrik (mempersekutukan)
kufr=kafir (ingkar)
Atheist tak masuk kategori syirik tapi masuk kategori kafir.
setiap yg musyrik pastilah kafir tapi yg kafir tidak semestinya musyrik.


saya memang tak mahir bahasa Arab
TAPI setiap Istilah tu ada kaitan..
Kufr= kafir (ingkar) :   syirik/musyrik (mempersekutukan) juga kerana ingkar "jangan mempersekutukan Allah"

Atheist juga termasuk dalam kategori 'ingkar (kafir)' .. Enggan mengakui adanya Tuhan (Allah), boleh juga termasuk dalam syirik/musyrik.. mempersekutukan 'Yang Ada' dengan 'yang tiada' sebagaimana musyrikun mempersekutukan 'Yang Kekal Ada' dengan 'yang ada sementara'.

Mayat takde bezanya dgn bangkai so boleh jadi najis bahkan wajib di mandikan pula kecuali mayat para syuhada' shj.
dan musyrik itu tetap menjadi najis walaupun ianya bertukar menjadi mayat sekalipun.
dan si musyrik tetap tidak akan di benarkan mendekati masjidil haram hatta mayatnya sekalipun.
so, hukum kenajisan si musyrik itu tidak terangkat walau si musyrik telah menjadi mayat sekalipun.


Memandikan  mayat adalah untuk mencuci najis pada mayat, bukan mencuci mayat!
najis boleh dihilangkan dengan mencuci, jika mayat itu sendiri najis.. bagaimana nak hilangkan mayat (najis) itu ?

Menjauhkan diri dari najis adalah langkah utama menuju ke arah kesucian &kebersihan.

Benar.. kerana itu kita disyariatkan berwudhu sebagai kaedah bersuci dari najis ma'nawi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 12:47 PM | Show all posts
Harus bertambah pening tuan rumah!
HOTlips Post at 17-2-2010 11:57


well it is hoped that tuan rumah would say : I could make a PhD out of this topic concerning  laundry from Islamic POV. i mean u know somehow ada nilai ilmiah kan sini daripada tajuk yg simple.seriously. i am not joking. Aspect on cleanlines according to ISlamic POV
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 02:17 PM | Show all posts
well it is hoped that tuan rumah would say : I could make a PhD out of this topic concerning  laundry from Islamic POV. i mean u know somehow ada nilai ilmiah kan sini daripada tajuk yg simple.ser ...
mbhcsf Post at 17-2-2010 12:47


.. itu baru sikit, cuba bayangkan bagaimana Imam Mazhab nak keluarkan sesuatu hukum !
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 03:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 17-2-2010 15:33

mempersekutukan 'Yang Ada' dengan 'yang tiada' sebagaimana musyrikun mempersekutukan 'Yang Kekal Ada' dengan 'yang ada sementara'.


"Yg ada" tu Asma ul Husna ke?



jika mayat itu sendiri najis.. bagaimana nak hilangkan mayat (najis) itu ?


Apabila mayat selesai di tanam, hilang lah "najis tuh" (mcm kucing la plak!)


Oh ya,

Mayat musyrik tetap menjadi najis sampai bila-bila.



.. itu baru sikit,
cuba bayangkan bagaimana Imam Mazhab nak keluarkan sesuatu hukum !




Tau takper.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.531589 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list