|
40# kawankau
sorry, aku tersilap tekan sbenarnya tu... lenkali kena jaga kat klik pad nih...
yg aku nak cakap kat kengkawan bek kita bersederhana jah dalam pandangan kat mana2 golongan... kalo tabligh ada contra, dia pon ada yang pro gak... ada baik, ada yg negatif... mana2 pon mmg mcm gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
suami saya merupakan jemaah tabligh.... nak share info sikit... sebenarnya... sebelum seseorg keluar 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 4 bulan... bukan boleh p macam tu aje... ada mesyuarat dan kena bagi nama semasa mesyuarat... dan sebelum pergi kena pastikan perbelanjaan segala urusan di rumah untuk jangka waktu pergi itu mencukupi... baru diorg boleh pergi.... bukannya diorg tinggal anak bini macam tu aje.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
tak kira lah atas apa tujuan sekali pun, jika mau tinggal anak isteri lama2, saya tak setuju. unless, jika bawa mereka bersama ke tempat yang kita pergi. bayangkan kepayahan isteri untuk men ...
rollasZek Post at 25-2-2010 11:38 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam kembali,
Ghaser teman, miker kurang arif akan 'PERJALANAN JT'.
Apakah SYARAT/TERTIB yang perlu di patuhi sebelum mereka di benarkan keluar 3H, 40H ataupun 4 bulan.
Harap miker belajar dahulu akan Perjalanan JT sebelum jumped to conclusion mengenai nya.
Sekiranya miker ada apa apa soklan mengenai nya, sila bertanya kpd yang lebey mengetahui.
Harap maklum |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 1-3-2010 08:25
awak join group mana??
n what the diff before n after awak join??
qislea Post at 25-2-2010 22:10 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Saya amat bersyukur, sangat besar ertinya menurut apa yg saya rasai, dulu saya suka bercampur dgn geng2 budak2 nakal dan telah berada dipinggir jurang kebinasaaan, hampir2 terjebak dgn dadah dan lain2 perkara yang bahaya dan boleh memusnahkan hidup saya(hilang pedoman), Alhamdulillah, Allah swt telah menyelamatkan saya, selepas keluar 3 hari saya sudah dapat membezakan antara yang Haq dan yang batil. Saya rasai sebelum itu hati saya dalam keadaan terbalik dan hitam, cenderung kepada perkara yang tak baik, selepas keluar 3 hari saya jadi cenderung kepada kebaikan dan jadi berminat dengan agama, datang perasan kerinduan kepada Nabi saw dan para sahabat. Sebelum itu bila dengar azan dalam TV pun rasa rimas dan alih channel lain. Hidup ketika itu tidak banyak ertinya dan kegelapan menyelubungi.
Dengan berkat keluar 3 hari tulah hidup saya berubah, ada masa saya cuba bercampur dengan budak2 nakal lagi, tapi hati saya jadi menolak dan tidak berminat lagi. Bersyukurnya saya tak terhingga kerana Allah swt telah campakkan nur hidayah dalam hati saya. Selepas keluar juga baru saya nampak alam ini terbentang luas dan penuh dengan tanggungjawab dan cabaran yang sebelum ini tidak saya ketahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 1-3-2010 08:25
Saya amat bersyukur, sangat besar ertinya menurut apa yg saya rasai, dulu saya suka bercampur dgn geng2 budak2 nakal dan telah berada dipinggir jura ...
zamkumis Post at 1-3-2010 08:18 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Assalamualaikum zam,
Insyaallah kita yakni forumis di sini berkemungkinan besar tidak akan bertemu muka, izinkan teman ceghiter perihal diri sendiri.
Semasa memula teman bekerja dulu, terlintas di hati.............adakah dgn mengamalkan Rukun Islam sahaja, kita sudah bley memasuki syurga??
Yakni dgn:
1. mengucap 2 kalimah syahadah
2. solat 5 waktu
3. puasa di bulan Ramadhan
4. membayar zakat
5. menunaikan haji sekiranya mampu
Kalau begitu, mudah laaa utk memasuki syurga Allah ini.
Kemudiannya menpercayai akan Rukun Iman.
Ini pung tidak susah.
Tetapi ada sesuatu yang senantiasa bermain di kefaler teman.
Sekiranya pokok pokok, haiwan di darat, di laut dan juga di udara di cipta utk manusia.
Manusia pulak di cipta utk apa?
Di dalam Al Quran di katakan bahawa manusia di cipta utk beribadat kpd Allah swt.
Yakni menjadi Khalifah/Pemimpin/Penguasa.
Jadi, apakah tugas dan kelayakan seorang Khalifah itu?
Selepas bekerja utk bbrp tahun, teman merantau keseluruh duniya.
Alhamdulilah, Allah pertemukan teman dgn soghang kawan.
Dia menyuruh teman membaca buku Fadhail Amal n Kisah Para Sahabat r.a.
Kehidupan Rasulullah saw dan Para Sahabat r.a.
Pengorbanan mereka dari segi nyawa, wang ringgit/harta, kaum keluarga dan juga perasaan serta masa.
Mereka korbankan ini semuer utk apa??
Padahal sesetengah dari mereka telah DI JAMIN olih Allah utk memasuki syurga NYA.
Kenapa mereka masih lagi bersusah payah??
Sepatut nya mereka duduk sahaja di mesjid/surau n anak bini n tunggu saat kematian.
Dari situ, baru lah teman 'faham' akan tuntutan seoghang muslim.
Apakah yg di maksudkan 'percaya/beriman' kpd Rukun Iman n Rukun Islam.
Cara/kaedah utk mengamalkannya.
Apa kah 'tugas' kita sebagai oghang Islam.
Lelebey lagi umat akhir jaman.
Perjalanan yang 'lurus lagi terang' adalah Perjalanan Rasulullah saw n Para Sahabat r.a.
Ikuti lah mereka, nescaya komer tidak akan sesat buat selama lama nya.
Begitu jugalah dgn perjuangan dan amal ibadat, ikuti lah mereka.
Jangan di ada adakah sesuatu yang tiada.
Kelak oghang sampai ke Mekah, komer pulak ke Israel.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-3-2010 14:12
Semasa memula teman bekerja dulu, terlintas di hati.............adakah dgn mengamalkan Rukun Islam sahaja, kita sudah bley memasuki syurga??
Yakni dgn:
1. mengucap 2 kalimah syahadah
2. solat 5 waktu
3. puasa di bulan Ramadhan
4. membayar zakat
5. menunaikan haji sekiranya mampu
Kalau begitu, mudah laaa utk memasuki syurga Allah ini.
Kemudiannya menpercayai akan Rukun Iman.
Ini pung tidak susah.
Insya ALLAH pasti akan masuk syurga berdasarkan banyak riwayat-riwayat hadis yg saheh tentang kewajipan berpegang dgn rukun iman &islam.
ALLAH tidak menjadikan agama suatu kesusahan.
mengapa di susahkan Agama ALLAH.
apakah kamu mahu mengajar ALLAH tentang agama kamu?
ingat,
ALLAH tidak menjadikan agama itu suatu kesusahan.
Jadi, apakah tugas dan kelayakan seorang Khalifah itu?
Di antaranya termasuklah jihad.
jihad tu perintah ALLAH &sunnah nabi malah termasuk dlm 6 rukun JT pula.
oleh itu, meninggalkan jihad bererti meninggalkan sunnah nabi.
pd zmn nabi, org yg meninggalkan jihad itu kebanyakkannya dari golongan munafik.
sudah sampai masanya para elders mengangkat senjata kerana nabi &sahabat pun semuanya mengangkat senjata.
nabi pun bukan sentiasa gasyt& bayan 24 jam dlm masjid.
waktu dakwah kita berdakwah.
waktu jihad kita berjihad.
inilah ilmu yaitu:
mengetahui sesuatu menurut keutamaan sesuatu perkara.
seperti hanzalah yg telah menuju ke medan jihad dlm keadaan junub walaupun mandi junub itu wajib.
nah,
begitulah juga halnya dgn takaza umat islam skrg yaitu membela negara palestin.
berjihad membela ummat islam tentu lebih utama&wajib di dlm AlQuran &sunnah berbandeng hanya keluar tabligh 3hari, 40hari, 4bulan, setahun dsbnya.
Dia menyuruh teman membaca buku Fadhail Amal n Kisah Para Sahabat r.a.
Kehidupan Rasulullah saw dan Para Sahabat r.a.
Cuba baca pula 6 kitab yg saheh seperti bukhari, muslim, dll.
juga kitab-kitab sejarah seperti sirah ibnu hisyam dll pula.
kitab fadhilat amal &kesah sahabat tuh dah di disukat menurut fahaman JT semata-mata.
islam tidak menyuruh kita jumud dgn satu hala pemikiran &pemahaman satu golongan@satu jemaah semata-mata.
Sepatut nya mereka duduk sahaja di mesjid/surau
n anak bini n tunggu saat kematian.
Setahu saya, hanya anak cucu rasul shj yg merantau jauh utk berdakwah sehinggalah ke negara kita ni.
bukannya para sahabat.
saya selalu mendapat info yg salah di dlm JT.
JT terlalu mengagung-agungkan para sahabat tapi lupa dgn jasa anak cucu rasul yg telah menyampaikan islam pd kita khususnya nusantara.
itu tidaklah menghairankan kerana pemimpin JT itu adalah dari keturunan khalifah abu bakr.
sudah tentu jasa abu bakr akan sentiasa di sebut-sebut berbandeng jasa anak cucu rasul.
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD.
Dari situ, baru lah teman 'faham' akan tuntutan seoghang muslim.
Apakah yg di maksudkan 'percaya/beriman' kpd Rukun Iman n Rukun Islam.
Cara/kaedah utk mengamalkannya.
Apa kah 'tugas' kita sebagai oghang Islam.
Lelebey lagi umat akhir jaman.
Syabas saudara.
hanya JT lah yg faham maksud &tugas seorg muslim walaupun kenyataannya JT menolak jihad.
Perjalanan yang 'lurus lagi terang' adalah Perjalanan Rasulullah saw n Para Sahabat r.a.
Ikuti lah mereka, nescaya komer tidak akan sesat buat selama lama nya.
Bahkan ada hadis yg berbunyi mafhumnya:
hendaklah kamu berpegang dgn AlQuran &Ahlulbait nescaya tidak akan sesat buat selamanya.
Begitu jugalah dgn perjuangan dan amal ibadat, ikuti lah mereka.
Jangan di ada adakah sesuatu yang tiada.
Zmn nabi ada ke keluar tabligh 3 hari, 40 hari, 4 bulan, setahun dll?
setahu saya zmn nabi jihad perang ada la.... sunnah nabi mana pulak yg JT amalkan ni ye?
ada dalil ke?
Kelak oghang sampai ke Mekah, komer pulak ke Israel.
Bagus lah pi israel.
boleh berjihad di jalan ALLAH di sana.
lagipun ada hadis nabi yg menyuruh kita berziarah ke baitulmaqdis.
tapi takde pulak hadis yg menyuruh berziarah ke nizamuddin, raiwind, tonggi dsbnya.
Maafkan saya, hanya sekadar berkongsi pengalaman &pendapat shj. ![](static/image/smiley/grapeman/12.gif)
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-3-2010 14:12
Insya ALLAH pasti akan masuk syurga berdasarkan banyak riwayat-riwayat hadis yg saheh tentang kewajipan berpegang dgn rukun iman &islam.
ALLAH ...
sirrikhafi Post at 1-3-2010 14:10 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apa-apa hal Allah swt Maha luas ilmunya dan Maha bijaksana, Islam adalah agama yang hidup dan hebat, tidak ada agama lagi selain Islam agama yang benar diatas muka bumi ini. Allah swt yang menurunkan agama ini dan Allah swt yang memeliharanya, dia tidak memerlukan sesiapa untuk menolongnya, tetapi dia memberikan peluang kepada sesiapa yang mahu membantu untuk menjaga agama ini dan meneruskan kesinambungannya. Ini merupakan satu kemuliaan yang diberikan kepada umat akhir zaman, dulunya hanya diberikan kepada golongan Rasul2 sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tidak memerlukan sesiapa untuk menolongnya, tetapi dia memberikan peluang kepada sesiapa yang mahu membantu untuk menjaga agama ini dan meneruskan kesinambungannya.
Ini merupakan satu kemuliaan yang diberikan kepada umat akhir zaman, dulunya hanya diberikan kepada golongan Rasul2 sahaja.
Benar saudara ku.
membela agama ALLAH itu bukan setakat berdakwah &bertabligh tentang iman, sunnah&hukum hakam islam semata-mata.
bahkan termasuklah juga berjihad menegakkan keadilan &menghapuskan kezaliman di muka bumi.
inilah tanggungjawab setiap para nabi &rasul yg akhirnya di amanahkan kpd umat muslim akhir zmn.
Saya sedih melihat dgn golongan yg dikatakan mengamal sunnah seperti berdakwah, solat berjemaah, berjubah, berserban, bersugi, bercelak, bertongkat, membawa lota @bekas wudhuk, bercakap tentang 6 sifat dsbnya tetapi akhirnya menolak jihad yg jelas ianya adalah perintah ALLAH &Sunnah nabi SAW.
Apalah guna nya karkun yg seramai 3 juta berhimpun di ijtimak tonggi tetapi kesemua mereka menolak jihad terutamanya ketika afghanistan di serang amerika tempoh hari?
teringat saya dgn hadis yg berbunyi:
"bahkan kamu ketika itu banyak, tetapi kamu adalah seperti buih banjir. "
benarlah seperti kata saudara itu,
memang ALLAH tak perlukan muslim sebanyak 3 juta utk menolong agama Nya.
hanya dgn 313 org shj pun sudah memadai di sisi ALLAH.
berapa banyak golongan yg minoriti mengalahkan golongan majoriti dgn izin ALLAH.
Al-Baqarah: 249.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
amar makruf nahi mungkar adalah perintah Allah.
Ini juga jihad. Amar makruf sahaja tapi nahi mungkar tinggal, tidak ke mana.
Nahi mungkar nak dicegah dengan apa?
Ya, dengan kuasa. Macam mana nak dapat kuasa?
Mana nak dapat kuasa?.... ye mana nak dapat kuasa.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-3-2010 14:12
Insya ALLAH pasti akan masuk syurga berdasarkan banyak riwayat-riwayat hadis yg saheh tentang kewajipan berpegang dgn rukun iman &islam.
ALLAH ...
sirrikhafi Post at 1-3-2010 14:10 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam saudara zam,
Idak lah teman ingin mengulas tulisan miker.
JT tidak pernah menyisihkan cucu Rasulullah saw.
Dan tiada juga di dalam ajaran JT yang membelakangkan JIHAD.
Oghang yang berilmu seperti miker sepatutnya mendalami 6 Prinsip di dalam JT sebelum mengulasnya.
Jangan memfitnah JT sekiranya hanya samar samar sahaja pengetahuan mengenai nya.
Sebelum seseoghang itu hendak menduduki peperiksaan, apa yang dier perlu lakukan terlebey dahulu? |
|
|
|
|
|
|
|
Benar saudara ku.
membela agama ALLAH itu bukan setakat berdakwah &bertabligh tentang iman, sunnah&hukum hakam islam semata-mata.
bahkan termasuklah juga berjihad menegakkan keadilan &menghapu ...
sirrikhafi Post at 1-3-2010 15:47 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sila beri FAKTA yang JT menolak JIHAD.
Harap maklum |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak pernah setuju jika pergi tabligh meninggalkan anak dan isteri dalam jangka waktu yang lama.
Saudara,
nabi ibrahim as pun pernah tinggalkan anak bininya di tanah tandus yg langsung takde sumber-sumber kehidupan pun. semuanya semata-mata adalah perintah ALLAH juga dlm usaha menyampaikan dakwah &risalah Nya kpd ummat manusia.
apakah saudara tidak bersetuju dgn tindakan nabi ibrahim as?
saya fikir, org tabligh tidaklah meninggalkan anak isteri mereka sepertimana nabi ibrahim as meninggalkan anak isterinya di lembah tandus di negeri mekah.
sepatutnya kita bersyukur&berterima kaseh kpd JT yg sanggup korbankan kepentingan dunia &anak isteri mereka dlm rangka berdakwah& menghidupkan kembali agama islam yg suci itu seperti mana pd saat zmn baginda nabi muhammad SAW.
tak ramai org yg sanggup berkorban mcm JT.
so, hargailah pengorbanan &jasa mereka.
bukannya ada gaji pun buat dlm JT ni.
lagi berkorban keluar duit ada la.
adat berdakwah, memang kena merantau& berkorban hatta harta duniawi& anak isteri sekalipun.
bacalah sejarah nabi-nabi,
diorg tu buat dakwah dgn senang lenang ke?
duduk rilek dgn anak cucu sambil makan anggur &kurma ke?![](static/image/smiley/default/titter.gif)
bila kita masuk join JT,
insya ALLAH,
ALLAH SWT akan bagi kita kefahaman tentang apa itu USAHA DAKWAH sekaligus kita akan menghargai setiap apa jua bentuk pergerakan& usaha dlm rangka menyeru manusia kpd ALLAH 'azza wa jall tak kira JT dsbnya.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-3-2010 18:30
Sila beri FAKTA yang JT menolak JIHAD.
Harap maklum
Fakta bertulis tu takdelah. tapi apa yg saya ketahui ini berdasarkan bayan-bayan elders juga pendapat rakan-rakan JT walaupun ianya boleh di klaim sebagai bukan pendapat primer JT, namun secara pastinya itulah hasil buah pemikiran JT jika kita duduk mendengar dlm bayan-bayan elders terutamanya di ijtimak sepang tempoh hari.
sekiranya JT tidak menolak jihad, sudah tentu JT akan bergiat aktif di bidang jihad& siyasah contohnya seperti partai komunis yg terbabit dlm dunia perang ke-2.
seperti juga taliban &al qaeda ketika perang meletus di afghanistan, sebagai contoh shj dll.
saya fikir, pengaruh JT adalah pengaruh yg paling besar dlm dunia islam pd hari ini. maka sepatutnya JT harus memainkan peranan yg penting dlm dunia islam sebagai pemain utama bahkan apalagi dlm masaalah jihad &politik. seharusnya kita tidak perlu kembali ke zmn maulana ilyas lagi tapi sebaliknya menuju ke arah realiti dunia islam hari ini.
kalau JT yg punya pengaruh terbesar dlm dunia islam tidak mahu mengambil tanggungjawab rasul ini, maka jemaah &kumpulan mana lagi yg boleh di harapkan dlm dunia islam hari ini?
jadi adakah dgn mengambil pendekatan berkecuali dlm arena jihad &politik itu langkah terbaik utk dunia islam dgn alasan berdakwah semata-mata shj?
nabi juga berdakwah tapi beliau juga tetap teguh di medan perang.
kita kena terima hakikat ini dan skrg ini kita dlm era perang.
so, beramallah menurut keutamaan &takaza sesuatu amalan itu.
itulah maksud ilmu seperti tindakan sahabat yg bernama hanzalah itu.
org yg atheist seperti komunis pun menganggap mengecualikan diri dari berperang itu adalah perbuatan khianat.
inikan pula islam. sudah tentu ALLAH murka dgn mereka yg mengecualikan diri dari jihad tanpa alasan yg benar dari sisi Nya.
insaflah saudara seagamaku.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nak dapat kuasa?.... ye mana nak dapat kuasa..........
Tak perlu kuasa.
gunakan tangan, lidah dan akhir sekali hati yaitu benci kpd kemungkaran itu terlebih dahulu.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-3-2010 18:30
Fakta bertulis tu takdelah. tapi apa yg saya ketahui ini berdasarkan bayan-bayan elders juga pendapat rakan-rakan JT walaupun ianya boleh di klaim ...
sirrikhafi Post at 1-3-2010 17:22 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Patutkah seorang ayah memarahi jirannya kerana telah merotan anaknya yang kerkelakuan tidak sopan. Patutkah JT melibatkan diri dalam perang Arghanistan hanya kerana nak membela Osama Laden yang telah buat salah itu? melihat kepada prespektif dan matlamat perang seperti itu bukan jihad fisabilillah tetapi lebih merupakan suka2 main tembak2? |
|
|
|
|
|
|
|
ada tabligh tu nk g hong kong..ade ape kt hong kong tuh..slalu dengar tabligh nk g india, pakistan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf saudara sirrikhafi.
Adakah saudara lbh suka karkun2 Tabligh pergi masuk kem pejuang Taliban, hafal dakyah Al-Qaeda versi Osama, pergi berjuang sambil jd pejuang berani mati, menyusup ke mana2 lokasi tak kisah bazaar, bangunan kerajaan, balai polis di serata Afghanistan, meletupkan diri sambil menjerit nama Allah tatkala puluhan org Islam Afghan yg tak bersalah turut dibawa mati bersama?
Ataupun para Tablighi akan dilatih utk menganggotai Taliban Pakistan & kumpulan bersenjata anti-Syiah, yg berperang dgn tentera Pakistan, sambil berjihad meletupkan diri di mana2 masjid, pondok polis, sekolah perempuan, pasar, bangunan kerajaan serata Pakistan.
Ataupun balik ke Asia Tenggara, blh lah menjalankan jihad ke atas mana2 kerajaan sekular Islam spt Malaysia & Indonesia.
Saudara cakap soal jihad, kenapa blm graduate mcm arwah Dr Azahari ke, arwah Nordin Mat Top ke? Dah blaja buat bom ke blm, dah latih kader pengebom berani mati ke blm?
Maafkan sy krn skeptik, krn terlalu sinis dgn pernyataan jihad saudara. Saudara berckp seolah Tabligh menolak jihad, tp saudara sendiri senang lenang hidup di Malaysia, jihadnya tah ke hapa2, tah ke mana.
Baik kita berjihad ilmu dulu. Nak cakap soal jihad, jauh lbh baik berjihad membawa anak2 muda perempit ke jalan kebenaran, berjihad mencegah kemaksiatan & berjihad mencari sesuap nasi utk menghantar anak2 belajar ilmu agama terlbh dahulu.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
kata LuqmanulHaqim
Jgnlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 1-3-2010 18:30
Fakta bertulis tu takdelah. tapi apa yg saya ketahui ini berdasarkan bayan-bayan elders juga pendapat rakan-rakan JT walaupun ianya boleh di klaim ...
sirrikhafi Post at 1-3-2010 17:22 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Lanca*lah...sibuk duk suh JT gi jihad perang...dr sendri **** xde...:@
ckp berapi...tp,duk tang tue gak...beng*ng..:kant: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seolah2 ko tue terkecuali plak utk uat jihad...xphm tul aku pemahaman ko ni...seolah2 cm iri hati ngan perjalanan JT lebih dr perkongsian ilmu yg ko mksudkan...
klu da ko pun islam...ko pun pg ar uat dlu...br nk komen...aiiya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|